Second Day.
12 February 2016 - JUMAAT
Hari kedua
kami dekat Phuket.
Nak kata waktu
rehat tu dah
dapat cover, tak
jugaklah. Memang tak
puas langsung berehat.
Berapa jam je
pun aku tidur.
Aku bangun
pukul 6.30 pagi.
Itupun sebab jam
loceng. Bagi Abby
masa rehat lebih
sikit. Kesian dekat
dia. Aku mandi
dulu. Dah siap
mandi baru aku
kejut dia. Bila
masing-masing dah bersiap
tu, kami turun,
tunggu van datang
pick up.
Jangan lupa
bawak baju spare
sebab aktiviti Island
Hopping ni memang
akan buat korang
basah lencun punya.
Naik speed boat
memang air terpercik
punyalah. Tak usah
kata yang korang
tak nak mandilah.
Memang korang akan
termandi tanpa sengaja.
Kehkehkeh.
Bawak baju
spare okey sebab
waktu balik tu
memang driver van
suruh korang tukar
baju. Basah-basah, dia
tak bagi naik
van!
Jauh jugaklah
perjalanan dari hotel
ke tempat kami
nak naik speedboat
tu. Ada dalam
lebih kurang sejam.
Dengar ceramah bagai
lagi pasal itinerary
kitaorang hari tu.
Sambil-sambil tu boleh
sarapan kat situ.
Aku tak sarapan pun
sebab… aku sangat
cerewet bab makan
ni. Roti aku
tak makan. Last-last
ambik pisang je
makan. Jadilah, alas
perut.
Dah siap
instructor membebel tu,
kami pun disuruh
naik ke boat.
Akhirnya. Ini yang
aku tunggu sangat
ni. Dalam bot
tu memang diaorang
sediakan air mineral
dan air coke.
So don’t worry
kalau tetiba rasa
dehydrated ke apa
kan… tapi kalau
lapar, tak dapat
la nak bantu.
Bawak bekal la…
Okey, perjalanan
ke Phi Phi
mengambil masa 45
minit. Sepanjang tu,
‘driver’ boat tu
lap sana sini
dengan skill dia.
Terjerit-jerit kitaorang macam
kena sawan. Diaorang
pasang lagu bukan
main kuat lagi.
Semua lagu best-best.
Sambil menjerit takut,
sambil menyanyi tau.
Currrlas!
Dah sampai
Phi Phi Don.
Tengok monyet katanya.
Tapi takde monyet
pun yang aku
nampak. Aku tak
kisah pun takde
monyet sebab belakang
rumah aku berlambak.
Sapie ngan monyet
pun dua kali
lima je aku
tengok. Kehkehkeh! Sorry
Sapie.
Phi Phi
ni, tempat dia
memang… superb. Serious
shit memang lawa!
Air dia jerniiiiihhh
je. Waktu ni
korang akan menyumpah
gila kalau betri
henpon atau kamera
tak cukup. Make
sure cas penuh-penuh
ek. Kami diberi
masa berapa lama
tah kat sini.
Lepas tu,
kami naik bot
balik. Make sure
korang ingat bot
mana korang naik.
Aku tak ingat
pun. Tapi sebab
krew dorang yang
ingat muka aku,
dia jemput ha…
HAHAHAH! Mujur dia
ingat muka kami.
Kami dibawak
pergi snorkeling (aku
tak ingat kat
mana. Pamplet aku
hilang) Waktu ni
hesitate je aku
nak snorkeling. Yelah,
aku mana pandai
berenang. Tapi jaket
ada. Pengalaman takde.
Dalam berfikir-fikir tu,
Sapie racun aku. Dia kata,
alah! Tak matilah
kalau kau dah
pakai jaket tu…
cubalah! Apa punya
pengecut. Amalina yang
tak pandai berenang
tu pun boleh
buat, takkan kau
tak boleh? Etc,
etc! semuanya dia
perlekehkan aku. Jadi
aku pun debush!
Terjun jugakla…
Aku tak
kata aku cool
bila masuk dalam
air. Aku panik
okey? Tapi bila
tengok orang lain
cool, aku pun
beransurlah tenang.
Banyak gila
ikan! Geram nak
cekup-cekup. Lawa gila
weh. Serius! Waktu
tu aku rasa,
ruginya adik aku
tak join sekali.
Adik aku tak
berani awalnya. So,
dia tunggu dalam
bot je. Berendam
lebih kurang tu,
diaorang panggil naik.
Nak pergi makan.
Mesti la lapar
kan, dah berendam
lama.
Kami ke
Phi Phi Don
balik. Makan. Dah
settle makan tu,
kami dibawak bersiar
ke Viking Cave
tak silap aku.
Kat sini, kami
tengok dari jauh
je sebab katanya
takde orang pun
duduk kat situ.
Nak snap gambar
tak boleh, semua orang
berdiri dan hadang
kami dari ambik
gambar. Mat saleh,
sekali berdiri macam
mana kan? Tenggelam
teruslah kami yang
pendek-pendek ni.
Lepas ke
situ, kami ke
Maya Bay (tempat
Leonardo DiCaprio berlakon
tu). Kat sini
kami tak boleh
turun dari bot
sebab tak bayar
tiket masuk. Aku
tak rasa berbaloi
pun bayar memahal
tapi duduk kat
situ. Buat kami
yang tak bayar
ke National park
ke pebenda tah
tu, diaorang bawak
kami pergi snorkeling
dekat area-area situ.
Kat sini,
aku pulak yang
racun adik aku
suruh terjun sama.
Mula-mula dia tak
nak. Tapi aku
cakaplah, cari pengalaman
dik. Kita rahsiakan
dari ibu. Kehkehkeh!
At last, dia
terjun jugak. Debush!
Semua air laut
terpercik masuk dalam
bot sebab adik
aku berisi sikit.
Kehkehkeh. Sorry dik.
Gurau, gurau… kat
sinilah pengalaman lucu
aku ngan adik
aku…
“Kokna! Macam
mana nak turunkan
kaki? Dia naik
sendiri!!”
“Kokna, macam
mana nak pusingkan
badan? Tak boleh
nak pusing!”
“Kokna! Jangan
lepas tangan adik!”
“Kokna, tolong
adik. Macam mana
nak pergi sana?”
Kelakar gile
weh. Sakit perut
aku gelak. Dah
cukup masa tu,
kami dipanggil naik.
Nak pergi ambik
tourist lain dekat
Maya Bay tadi
tu. Haa… kami
ni dah on
the way nak
balik dah. Singgah
pulak dekat Koh
Khai Island untuk
aktiviti snorkeling lagi.
Kat Koh
Khai ni, aku
memang tak snorkeling
la cerita dia.
Dahlah banyak batu…
terpijak batu je
kerjanya. Lepas tu
pulau dia kecik.
Balik-balik jumpa orang
sama. Memang tak
nafikan, tempat dia
lawa. Tapi itulah…
terlalu padat dengan
orang.
So, last-last
Abby ngan aku
tunggu dekat dalam
boat je. Berborak
macam ayam ngan
itik dengan pemandu
pelancong kitaorang tu.
Kami cakap BM
dia cakap Thai.
Dia bukan peduli
dah kita paham
ke tak bahasa
dia. Last-last ngekek
sebab bahasa masing-masing. Settle
dekat sini, kami
dihantar balik…
Waktu balik
tu, dia tunjuk
frame gambar beserta
gambarlah kan… gambar
kami yang diaorang
ambik waktu kami
baru nak naik
bot awal pagi
tadi. Mulanya tak
nak beli. Sebab
mahal. 200baht. Tapi
bila pikir balik,
tu je kenangan
kami ada dari
Thailand memandangkan kami
tak beli souvernir
pape pun. So,
aku share ngan
adik aku. Tetiba
si Sapie mulut
manis tu pujuk
orang tu. Dapatlah
murah! Mujur berguna
jugak si Sapie
tu.
TIPS :
1)
Bawak beg
waterproof okey? Sangat
berguna. Aku ngan
adik aku tumpang
beg Sapie sebab
beg dia besar.
2)
Bawak baju spare.
3)
Bawak duit, kalau
rasa nak membeli
air ke apa.
Lagi satu, last-last
nanti dia akan
tunjuk gambar group
kita pergi tu.
Terpulang la nak
beli ke tak.
Aku beli. Buat
kenangan. Dia ada
jual cd jugak
sepanjang perjalanan tu
tapi tak beli
pun. Bazir. Hahaha.
4)
Sunglasses dan
sunblock ni wajib
ada. Aku ngan
adik tak pakai
sunblock. Hasilnya, sampai
sekarang kulit kami
menggelupas, gatal etc.
Jangan ambik mudah
hal ni. Bawak!
Terik tau tak
kat sana…
5)
Entry
pertama itu hari,
aku lupa nak
pesan… bawak charger
adapter (untuk dalam
bilik hotel). Dioarang
pakai charger dua
kaki.
6)
Tapi
kalau kau orang
terlupa bawak charger
pun, ni hack
dia. Aku tak
ingat aku baca
kat mana… kat
belakang TV dalam
bilik hotel tu
akan ada punya
lubang USB. Korang
mesti bawak kan
korang punya USB?
So, takde charger
adapter pun no
hal. Cuma tv
kena pasang la
sepanjang nak mengecas
tu. And kemungkinan
cas masuk lambat
sikit. Hehehe.
7)
Bawak powerbank! You
never know penyesalan
dia macam mana
bila henpon korang
tak cukup betri
nak ambik gambar.
Dah sampai
hotel, kami rehat.
Tak lama. Sebab kami sampai
tu dah senja
okey? Kami mandi-mandi
siap-siap… baring kejap,
Wan panggil suruh
turun. Cari makan.
Kalau semalam kami
dinner menghadap ke barat,
kali ni kami
menghadap ke timur pulak.
Banyak gila kedai
makan. Kedai makan
yang kami pergi
tu apa tah
namanya. Tapi dia
tulis Thailand Malaysia.
Pernah masuk tv3 tak silap.
Makanan kat
situ, boleh tahan
sedap. Berbaloilah… aku
dengan adik aku
bayar berapa… sorry.
Aku tak ingat
sangat. Tapi sebab
kami mentekedarah, memang
kami berdua kena
bayar lebih pada
orang lain. Kami
oder menu yang
kami teringin nak
makan.
Dah settle
tu sempatlah bergambar
kejap. Lepas tu
kami balik hotel
sebab nak memerut.
Kononnya nak sambung
pulak keluar berjalan
ke Bangla Road
lagi sekali. Tapi,
bila dah masuk
je bilik, aku
dengan adik terus
lupakan niat nak
berjalan. Penat tadi,
semalam dengan kelmarin
tak hilang lagi. So, Wan,
Sapie dengan Amalina
bawak haluan diaoranglah
sementara aku ngan
adik buat taik
mata. Sorry korang,
katil lebih menarik
berbanding offer korang.
Hekhekhek!
Hari ketiga
bakal bersambung. Dah,
dah! Aku nak
tulis novel pulak
ni. Bye…
0 komen:
Post a Comment