Bab
13
“KENAPA NI Raudhah?
Termenung bukan main
lagi aku tengok
kau ni sekarang.
Cakap ajelah tumpuan
kau teralih bila
Irsyad muncul, kan?
Mesti kau berdebar
kan? Jatuh cinta
dengan dia? Muka
dia kacak sangat!
Tak mustahil untuk
kau tak jatuh
cinta dengannya.” serkap
Hani.
Hingus dihembus
kuat. Semenjak dia
lemas kelmarin, antibodinya
terasa lemah. Dia
diserang demam sewaktu
sedang enak bercuti.
Huh! Tak heaven! Lagi
tak heaven bila dia
mendapat bebelan dari
Zara berkajang-kajang panjangnya!
Rasa nak balik
rumah dan tinggalkan
Zara sendirian di Duta Village
itu!
Zara mendengus.
Gembira? Gembiralah sangat
dia nak menghadap
orang yang buat
dia rasa trauma
nak berkawan dengan
lelaki? Gembiralah sangat
bila dapat tengok
orang yang dah
menghancurkan hidup dia?
Gembira dapat melihat
insan yang meragut
kesucian dirinya sebelum
sampai masa? Gembira
melihat wajah yang
pernah menjadi kesayangannya, menghancurkan
kepercayaannya? Itu yang
dikategorikan Hani sebagai
gembira? Tidak! Hani
takkan faham! Betapa
luluhnya hati dia
bila menghadap muka
Irsyad. Seolah-olah kejadian
lampau tidak langsung
berbekas di hati
lelaki itu!
Hanya dengan
kata-kata, I SCREWED UP?
Apa maknanya, Irsyad?
Awak bukan lagi screwed
up! Tapi awak syaitan! Binatang!!
Hanya dengan kata-kata
LET ME CLEAR
THINGS UP, awak
ingat awak boleh
kembalikan kesucian saya?
Tidak! Maruah saya
tak dapat dipulangkan
balik. Walau awak
menangis air mata
darah pun... saya
tetap perempuan yang kotor! Tiada
takdir yang dapat
mengubah itu!
“Weyy! Jangan
menangis. Aku gurau
aje...” suara serba-salah
Hani menyentak lamunan
Zara. Tanpa disedari
bila, air matanya
mengalir laju. Pedih
mengenangkan Irsyad. Segala-galanya tentang
Irsyad buat dia
rasa pedih. Hati
bagaikan disayat-sayat. Dilapah!
Dicincang lumat!
“Apa hubungan
kau dengan dia?”
soal Hani. Dia
memeluk bahu Zara
cuba memberi kekuatan.
“Dia... tak
ada apa-apa hubungan
dengan aku. Aku
benci dia. Jangan
pernah cakap pasal
dia depan aku!
Jangan sebut nama
dia!” hanya itu
yang terluah.
Bencikah Zara
kalau setiap masa
dia masih termimpikan wajah Irsyad?
Kenapa dalam banyak-banyak
lelaki yang cuba
menghampirinya, wajah Irsyad
juga datang menjelma?
Kenapa setiap kali
mulutnya melafaz kata
benci, tetapi hatinya
pedih bagai ditikam?
Bencikah dia?
Kenapa Irsyad
buat aku macam
ni? Kalau dia
jujur tentang perasaan
dia pada aku
awal-awal dulu, semuanya
takkan jadi macam
ni! Aku benci
kau Irsyad! Kau
buat aku rasa
jijik dengan kau!
Irsyad bodoh!
“Okey. Calm down.”
Hani cuba menenangkan
sahabatnya.
Zara melentokkan
kepalanya ke bahu
Hani. Hani... bahu
kau menjadi sandaranku. Tapi,
rahsiaku tetap rahsia.
Aku malu pada
kau. Kalau kau
tahu rahsia ni,
tentu kau pun
aku nak dekat
dengan aku. Aku takut,
Hani. Aku takut
kehilangan segalanya yang
aku ada sekarang
hanya disebabkan masa
lampauku dulu.
“Raudhah...” panggil
Hani lembut.
“Hmm..” Zara
menyahut.
“Aku tahu
kau tak bagi
aku sebut pasal
dia tapi... aku
nampak kesungguhan dia
nak dekat dengan
kau.” Hani berkata
juga walaupun takut.
Dia tahu, Zara
tentu ada kaitan
dengan Irsyad di
masa silam mereka.
Daripada riak Irsyad
dan Zara kelmarin,
dia dapat rumuskan
bahawa hubungan Zara
dengan Irsyad sangat
teruk! Apa puncanya?
“Aku tak
perlukan parasit macam
dia untuk mendekati
aku. Aku tak
perlukan dia! Tak
ingin nak tengok
muka dia!” Zara
bersuara kuat. Hani
mengetap bibir. Daripada
kes ini, dapat
dia rumuskan... Irsyad
yang bersalah kerana
Irsyad kelihatan sangat
serba salah! Zara
pula terus membenci.
Hmm... tapi kenapa??
“Mungkin dia
dah berubah.” Hani
cuba memujuk.
“Stop
talking about him!”
Zara membentak.
Terus Hani
kunci mulut. Sepatah
pun tak keluar.
Takut! Dan.. melalui
sergahan itu, dapat
dia rumuskan, jangan
menganggu orang yang
tengah JK (Jiwa
Kacau) dan lebih tepat
lagi, jangan sesekali
jadi orang yang busy
body atau jangan
menyibuk nak jadi Miss
Nosy Parker! Titik!
“SO, how’s
she?”
soal Mummy Qilah
setelah Irsyad menceritakan
perihal apa yang
dia dapat daripada
abang Zara dan
Hadi baru-baru ini.
“She’s
awesome!” ujar Irsyad
sambil tersenyum.
Mummy Qilah
turut tersenyum
mendengarnya. Irsyad terlalu
memuja gadis bernama
Zara. Hanya kerana
salah faham dan
tersilap langkah, Irsyad
terjerlus ke kancah
maksiat dan Zara
menjadi mangsa cinta
Irsyad. Teringin dia
berhadapan dengan gadis
yang membuatkan anaknya
setia sampai begini
sekali. Sebelum berkenalan
dengan Zara, Irsyad
ini boleh tahan
ligat!
“Just awesome?” soal Mummy
Qilah dengan kening
terjungkit sebelah.
“She’s
so beautiful, mummy. She’s
even more beautiful
than I can
remember. Mummy, I
think that I’m
truly... madly... in
love with her.
Again...” luah Irsyad.
Dia melentokkan kepalanya
ke lutut mummynya. Mummy Qilah
mengusap kepala anaknya
dengan penuh kasih.
“I know. I
know how deep is your
love. So, Icat
nak mummy masuk meminang
terus ke?” soal Mummy
Qilah. Amboi! Terus
dia masuk bab
meminang... Irsyad menggeleng-gelengkan kepalanya.
“I
wish I could.
But mie, ini
hanya menjarakkan lagi
hubungan dia dengan
Icat. Mummy. Kalau boleh
Icat nak dia
tahu niat Icat
ni. Icat nak
kahwin dengan dia
bukan setakat disebabkan
oleh apa yang
pernah Icat lakukan
pada dia dulu
tapi... Icat nak
kahwin dengan dia
sebab Icat terlampau
sayangkan dia. Mummy... doakan
Icat berjodoh dengan
dia...” pinta Irsyad.
“Hmm. Mummy sentiasa
doakan yang terbaik
untuk anak mummy. Dah mummy
tahu Zaralah orang
yang terbaik untuk
anak mummy.” Luah Mummy
Qilah.
“Dia tak
nak pandang Icat. Mummy.
Kalau abang dia
tahu tentang apa
yang dah Icat
buat, macam mana??”
soal Irsyad.
“Icat takut
kena pukul dengan
abang dia?” soal mummynya. Irsyad
menggeleng. Sekali pun
dia kena pukul,
dia tidak akan
melawan. Sudah tertera
memang salah dia!
“Tak. Icat
rela dipukul. Berkali-kali
pun tak apa.
Sebab memang salah
Icat. Semua jadi
kacau macam ni
disebabkan Icat sendiri.
Icat risau... macam
mana kalau Aiman
tak benarkan Icat berkahwin dengan
adik dia?” soal
Irsyad. Itu yang
paling digeruninya sekarang!
“Lambat-laun benda
ni akan terbongkar
juga. Sayang, jangan
risau. Kalau Aiman
tu seorang yang
matang, boleh fikir
baik buruk, dia
tentu boleh terima.
Dia tentu akan
suruh Icat bertanggung
jawab dan berkahwin
dengan adiknya. Doakan
dia agar disejukkan
hati. Kalau hati
dia panas, doa
pula hati Irsyad
agar disejukkan. Bimbang
kalau dua-dua panas,
jadi benda tak
diingini.
Dalam surah
at-Taubah ayat ke
15 ada menyatakan,
‘dan, Dia
juga menghilangkan kebimbangan
hati orang-orang mukmin
dan Allah S.W.T
akan menerima taubat
orang yang dikehendaki-Nya. (Ingatlah)
Allah S.W.T Maha Mengetahui
lagi Maha Bijaksana.’ Itu
doa penyejuk hati.
Banyakkan membaca doa
penyejuk hati ya,
sayang? Lagi bagus
kalau minta petunjuk
dariNya. Doa ni
dapat kurangkan Icat
dari rasa marah-marah...” pujuk
Mummy Qilah.
Irsyad mengangguk-anggukkan kepalanya. Setiap
hari dia tidak
putus berdoa. Berdoa
pada Allah agar
menerima taubatnya. Berdoa
pada Allah agar
mengampunkan dosa-dosanya. Berdoa
pada Allah agar
dimakbulkan doanya untuk
berjumpa semula dengan
Zara. Berdoa pada
Allah agar Zara
itu jodoh dan
menjadi miliknya yang
hakiki di dunia
dan di akhirat
nanti...
AIMAN menggaru-garu
belakang telinganya. Aduhai.
Macam mana ni?
Siapa yang harus
dia jumpa sekarang
ni? Tadi Mr.
Chow suruh dia
menunggu klien di
Hotel Vistana. Dinanti-nanti
kelibat orangnya, tidak
ada pula.
Sudah hampir
dua puluh minit
dia menanti kelibat
orang itu. Tiada
pun. Bila ditelefon
Mr. Chow, majikannya
kata klien mereka
ada! Mungkin terlambat
sedikit. Apa punya
hallah? Dia sangat
tak suka menunggu.
Perempuan. Bersiap-siap sahaja
pun makan masa
dua tiga jam!
Nama yang diberitahu Mr.
Chow tadi mengingatkan
dia pada kenangan
di UiTM Jengka.
Menakutkan. Haraplah bukan
dia!
“Encik Aiman
Yusuf?” soal satu
suara gadis. Aiman
menjongketkan kening. Ho
lah! Memang suara
yang sama. Ini
menakutkan. Lambat-lambat dia
berpaling.
“Ya saya.
Aiman Yus...” tak
sempat dia habiskan
kata-katanya. Gadis itu
terkujat di tempatnya
berdiri. Manakala Aiman
yang sedang duduk
itu terbangun secara
automatik! Mulutnya terlopong.
“Zarina!” terlucut
nama itu dari
mulut Aiman. Terpempan
dia sesaat melihat
gadis di hadapannya.
“Aiman...” lembut suara
Zarina menyapa gegendang
telinganya. Aiman rasa
berdebar! Apa ni,
Man? Kenapa rasa
macam ni? Terkejut
melihat perubahan Zarina.
Gadis itu yang
dulunya sentiasa kelihatan
anggun dan seksi
berfree hair
sekarang manis berselendang.
Wajahnya lembut tanpa
mengenakan solekan yang
tebal. Nampak natural
dan cantik...
“So,
awaklah klien saya?”
soal Aiman lambat-lambat. Zarina
memejamkan mata. Cuba
mengambil nafas. Be professional,
Zarina! Dia mengingatkan
dirinya. Perlahan-lahan senyuman
diukir dan kepalanya
diangguk.
“Ya saya,
Encik Aiman.” ujar
Zarina sambil tersenyum.
Aiman tersentak. Encik?
Formalnya...
“Oh. Sa...
saya tak sangka...”
Aiman tidak dapat
meneruskan kata-katanya.
Banyak perkara
yang tidak disangkanya.
Bertemu dengan Zarina
iaitu kliennya sendiri
selepas enam tahun.
Melihat keadaan Zarina
yang sangat sopan
sekarang. Mendengar tutur
kata Zarina yang
lembut... Memang jauh
berbeza dengan Zarina
yang dulu. Jauh
beza dengan gadis
yang bongkak dan
gedik dahulu. Siapa
sangka, Zarina berada
di depan matanya?
“Saya minta
maaf sebab terlambat.
Kereta tiba-tiba rosak
kat tepi jalan.
Bukan nak memberi
alasan tetapi itulah
yang terjadi tadi...”
Zarina bersuara dengan
nada yang bersalah.
Aiman tersenyum salah
kena.
“Tak apa.
Saya pun baru
lagi kat sini.”
Bohong Aiman untuk
menyedapkan hati Zarina
yang kelihatan serba
salah itu. Mentanglah
kliennya merupakan orang
yang cantik dan
lemah-lembut, terus berubah
sikapnya.
“Duduklah Zarina.
Awak datang ni
tadi naik apa?”
soal Aiman. Zarina
mengambil tempat duduk
di hadapan Aiman.
Canggungnya nak menatap
muka Aiman.
“Terima kasih.
Saya datang naik
keretalah.” Zarina menjawab
dengan lurus.
“Bukan tadi
kereta awak rosak
ke?” soal Aiman.
“Oh! Awalnya
saya datang naik
kereta saya. Dah
rosak tepi jalan
tu, saya call Irsyad.
Lepas tu, Irsyad
tolong hantarkan kat
sini.” ujar Zarina
sambil tersenyum. Aiman
telan air liur.
Irsyad mana?
“Irsyad? Suami
awak ke?” soal
Aiman lambat-lambat.
“Ya Irsyad.
Dia sepupu sayalah.
Yang satu universiti
dengan kita dulu,
Encik Aiman.” kata Zarina
sambil tersenyum malu.
Suami? Adakah yang
berminat dengan dia?
“Dia sepupu
awak?” soal Aiman
terbelalak. Irsyad yang
sama, hatinya terasa
lega sedikit. Zarina
mengangguk-anggukkan kepalanya. Eh,
datang atas niat
nak bekerja, kan?
Zarina mengingatkan dirinya.
“Ha ah,
Encik Aiman. Dia
sepupu rapat saya.
Er. Kalau tak
ada apa-apa, Encik
Aiman, shall we start?”
soal Zarina yang
tidak mahu berlama.
Ketar tangannya
cuba disembunyikan... terkejut
melihat Aiman. Kenapa
dia rasa gembira
dengan cara Aiman
memandangnya? Inilah baru
pertama kali Aiman
memandangnya dengan penuh
minat. Dulu... hmm...
sekali pun Aiman
tak mahu memandang wajahnya
sebegitu. Adakah kerana
perubahan dia ini?
“Eh! Ha? Ha ah.
Boleh... boleh... Boleh!”
Aiman berkata kalut.
Encik? Kenapa Zarina
formal sangat ni?
Kenapa hatinya tidak
senang dengan sikap
formal Zarina itu?
0 komen:
Post a Comment