BAB
4
ARISSA tersenyum–senyum sendiri.
Gambar Ikmal ditatap
lama. Memikirkan sikap
lelaki itu, Arissa
jadi sebal. Ingatkan
Ikmal itu menyeronokkan. Rupa-rupanya
beku. Ikmal tak
pernah menghantarnya gambar.
Gambar pada simpanannya
itu merupakan gambar
profile picture WhatsApp
lelaki itu. Nak
harap Ikmal bagi?
Memang taklah. Dahlah
tak ada mesej
apa-apa pun selepas
mereka bergelar sepasang
kekasih.
Jangan-jangan Ikmal
ada orang lain
tak? Tapi tak
mungkin. Hafizul tak
pernah memberitahu pula
tentang hal itu.
Takkanlah Hafizul nak
tengok adik ipar
dia merana? Bukankah Hafizul
juga yang asyik
mengkenenkan mereka berdua
dulu?
Dalam senarai
kontak, tiba-tiba gambar
profile picture Liza,
kawan baiknya di
kuliah berubah. Tentu
Liza belum tidur.
Apa lagi? Terus
disergah rakannya. Dia
perlukan kawan untuk
bercerita tentang dia
dengan Ikmal.
Hoi Liza.
Tak tidur lagi
ke? - Arissa
Apa hoi-hoi?
Macam tak boleh
beri salam pulak.
- Liza
Salam. -
Arissa
WASALAM. Nak
apa mesej aku
ni? - Liza
Nak share
story sikit. -
Arissa
Apa? - Liza
Aku dah
rasmi jadi awek
orang... - Arissa
Hah?! Zack
ke? Euw! - Liza
No laaa!
- Arissa
Tidak lama
kemudian telefon bimbitnya
berbunyi. Bab-bab bergosip
dan rahsia, Liza
memang laju. Arissa
tersenyum sampai ke
dahi melihat nama
yang tertera di
telefon bimbitnya. Bersungguh
dia menarik nafas
sebab tak sabar
nak bercerita tentangnya
menggunakan satu nafas
saja. Dia benar-benar
gembira!
“Siapa weh?”
sergah Liza sebaik
saja talian diangkat.
Mati terus keinginan
Arissa untuk bercerita.
Macam itu disergahnya?
“Apa weh-weh?
Tak pandai bagi
salam?” sindir Arissa
dalam senyuman. Padan
muka.
“Alah! Ni
kira bersambung aje
dengan mesej tadi.
Assalammualaikum. Siapa weh?”
Liza memang dah
tak sabar lagi
mahu mengorek rahsia.
Teringin juga dia
tahu siapa jejaka
pilihan Arissa. Kawan
baiknya itu bukan
main jual mahal
lagi selama ini.
“Waalaikumsalam. Kau
tekalah.” Senyumannya semakin
melebar. Terbayang-bayang wajah
kacak Ikmal di
layar fikiran.
“Aku nampak
kau balik dengan
Zack.” Liza bersuara
parau. Macam tak
rela kalau teman
baiknya bercinta dengan
Zack.
“Eeeyuuu. Aku
tak suka dia,
okey? Memang aku
balik dengan dia.
Tapi sebab terpaksa.
Bukan sebab aku
suka.” Arissa mengibas
rambut ke belakang.
Rasa geli kalau
dia bercinta dengan
rakan sekelasnya sendiri.
Awkward...
“Asal kau
balik dengan dia?”
“Perjanjian. Dia
rahsiakan pasal aku training, aku
kena balik dengan
dia.”
“Pandai si troublemaker tu
kan?” sinis suara
Liza. Memang dia
langsung tak sukakan
Zack. Zack suka
mencari pasal.
“Dia baiklah...”
“Dia selalu
cari pasal dengan
kau. Baik apa?”
“Kau jangan
cerita pasal tu
dekat Abang Ikmal.
Nanti dia tinju
Zack. Aku cakap
kat dia Zack
tu baik.” Rayu
Arissa.
“Ah ha!
Aku tahu dah.
Abang Ikmalkan boyfriend kau?”
Liza seperti terpekik
gembira sebaik saja
terfikirkan Ikmal.
“Alaaa, kantoi...”
“Wah! Biar
betul? Kiranya angan-angan
kau jadi kenyataanlah
eh?” teruja sungguh
suara Liza di
hujung talian membuatkan
senyuman Arissa semakin
memekar.
“Hmmm... kau
tekalah macam mana
kitorang boleh declare...”
“Kau yang
nak cerita atau
kau nak suruh aku
teka sepanjang masa
ni?” sindir Liza
geram apabila asyik
disuruh teka saja.
Terkekeh-kekeh Arissa ketawa.
Disindir begitupun dia
boleh ketawa. Memang
besar penangan cinta
Ikmal.
Dan mereka
pun berbual sehingga
jam pukul dua
pagi. Selepas Liza
kehabisan kredit, Arissa
pula yang menelefonnya.
Kemudian, setelah kreditnya
habis, mereka bersambung
video call
melalui Wechat pula. bermacam-macam posisi.
Dari baring, jadi
duduk. Dari duduk
jadi berdiri... semuanya
sebab gosip!
HARI Sabtu,
seperti yang dijanjikan,
Arissa bersiap-siap untuk
pergi berjoging bersama
Hafizul dan Ikmal.
Aida, pagi-pagi lagi
sudah menyediakan sarapan.
Isteri mithalilah katakan.
Selesai bersarapan, Hafizul
mencium dahi Aida.
Tersenyum Arissa menyaksikan
pasangan itu. Alangkah
indahnya jika dia
mempunyai seorang suami
seperti abang iparnya
itu? Penyabar, baik
hati, pelindung dan
penyayang. Setia pula
tu...
“Kami pergi
dulu.” Hafizul bersuara.
Aida angguk.
“Joi, kau
jaga adik aku
elok-elok ye.” Pesan
Aida. Hafizul mengangguk.
“Ye, aku
tahu sayang... jaga
anak aku elok-elok.”
pesannya pula. Di
saat itu, Arissa
sudah membayangkan kehidupannya
bila bergelar isteri
kepada Ikmal. Hambar.
Dia mengeluh. Ikmal
langsung tak romantik!
Dahlah malam
tadi tak ada
nak mesej-mesej macam
pasangan kekasih patut
buat. Dah tahu
ada awek, ucaplah
selamat malam ke
apa, kan? Ini diam. Okey,
ada satu mesej
dari Ikmal semalam.
Dekat Whatsapp.
‘Jangan lewat
sangat tidur. Kalau
tengok last seen
pukul dua, siap!’
Begitu... sakitnya
hati. Kenapa Ikmal
tak macam Hafizul?
Ah, tak macam
hero filem. Lari menyimpang dari
hero novel segala.
Memang Ikmal pakwe
yang paling besiii!
Tiba-tiba Arissa tertendang
kerusi di hadapannya
bagaikan dia menendang
Ikmal. Kemudian dia
mengaduh sendiri.
“Banyak benda
yang boleh ditendang,
dia pilih kerusi.”
Sinis si kakak.
“Okeylah daripada
tendang laki akak.
Kang mulalah menangis
macam orang tak
betul.” Jeling Arissa.
Terkekeh-kekeh Hafizul gelak.
Tak pasal-pasal dia
yang jadi mangsa.
Arissa menyarungkan
kasut sukannya yang
berwarna ungu. Dapat
juga dia berjoging
dengan dua bekas
jaguh muay thai.
Ingat senang ke?
Oh ya, Abang
Pijoinya masih lagi
terlibat dalam sukan
Muay Thai. Memandangkan
Hafizul kini sudah
mempunyai anak, dia hanya dapat
ke gym pada
hari Sabtu dan
Ahad. Selebihnya dia
berlatih sendiri di
rumah, di ruangan
gym privatenya.
Tapi Hafizul
tak melakukan workout
pada setiap hari.
Hafizul melarangnya dari
melakukan workout pada
setiap hari. Kata
Hafizul, beri masa
untuk otot berehat
juga. Tapi, disebabkan
Arissa jenis seorang
yang degil, dia
melakukannya tiap-tiap hari.
Pedulilah apa kata
jaguh.
“WARM UP dulu,
Rissa...” tegur Hafizul
bila Arissa terus saja mahu
mula berlari. Larian
Arissa mati. Perlahan-lahan dia
berjoging mengundur. Malu-malu
dia menayang senyum
pada Hafizul dan
Ikmal.
Ikmal menjadi
konduktur mereka. Arissa
menurut dengan patuh
pada setiap pergerakan
dalam sesi memanaskan
badan. Ikmal buat
selamba saja bagaikan
perkara semalam langsung
tak pernah mereka
bincangkan. Ikmal melayannya
bagaikan adik.
Kalau tak
ada Hafizul memang
dah lama Ikmal
tu kena cekik.
“Berapa pusingan
ni?” soal Arissa
apabila usai mereka
memanaskan badan.
“Tiga puluh.”
Jawab Ikmal bersahaja.
Mata Hafizul pun
terbuntang tapi Ikmal
menghantar isyarat, buat
tak tau aje...
“What?!”
Arissa yang menjangka
sepuluh pusingan itu
terbelalak. Bukan sepuluh,
tapi tiga puluh!
Tiga kali ganda!!
Boleh pengsan dia
nak pusing taman
tasik sebesar itu
sebanyak tiga puluh
kali.
“Kalau Rissa
tak larat, buat
dua puluh sudahlah.”
Kata Ikmal lagi. Dua puluh? Tak
boleh ke kurangkan
lagi? Soalnya di
dalam hati. Dia
mula ternampak-nampak bayangannya
yang akan pulang
dalam keadaan mengesot
akibat kepenatan.
“Rissa try dululah,
okey?” dia bersuara
dengan tak rela.
Ikmal hanya
tersenyum. Dia dapat
menjangkakan yang Arissa
tak mungkin dapat
menghabiskan tiga puluh
pusingan itu pada
hari ini. Dia
pada awal-awal dulu
hanya mampu buat
lima belas pusingan
saja. Itu pun
nyaris saja pengsan.
“Jahatnya! Adik
ipar aku tu...”
Hafizul terkekeh-kekeh gelak
bila melihat Arissa
bersemangat memulakan ‘pengembaraannya’. Ikmal
tersenyum lebar.
“Tengok la
setakat mana dia
mampu tu...”
“Kau buat
lima belas pun
bising. Kau kenakan
dia banyak-banyak. Mati
aku kalau Aida
tahu ni.” rungut
Hafizul.
“Ah, takde maknanya
Arissa tu mampu
habiskan. Nanti aku
suruhlah dia berhenti.
Takut sangat dengan
Aida tu.” Ikmal
memulakan lariannya untuk
mengejar langkah Arissa
yang begitu bersungguh
sekali.
SEMAKIN lama
lariannya semakin perlahan.
Arissa mencengkam pinggangnya
yang tiba-tiba rasa
sakit. Akhirnya dia
berjalan saja. Tekak
terasa kering, badan
mula panas membahang
biarpun hari masih
pagi. Peluh yang
pada awalnya mengganggu
keselesaannya sudah tidak
dihiraukan lagi. Basah
bajunya pun tidak
diperdulikan.
Nafas ditarik
dalam. Dia berpaling
melihat Ikmal dan
Hafizul. Mereka berdua
berlari seiring dan
sudah menewaskan Arissa
sebanyak dua pusingan.
Kalau Ikmal dan
Hafizul dapat melintas
dia, maknanya dia
sudah ketinggalan tiga
pusingan! Memang memalukan.
Bila melihat
abang iparnya dan
Ikmal semakin hampir,
dia mula berlari
semula.
“Dah berapa
banyak?” tiba-tiba Ikmal
melintasinya. Warghhh! Cepatnya!
Arissa berpaling ke
belakang, dia nampak
Hafizul berlari cool
and steady lagi.
“Abang...” semput bila
berlari sambil memanggil
Ikmal.
“Abang...” panggilnya
lagi sambil menggagau-gagau tangannya.
Ikmal berlari mengundur.
Dia berjoging setempat.
“Kenapa?”
“Penat...” kata
Arissa dengan nafas
tercungap-cungap.
“Berapa banyak dah?”
“Sebelas... lagi...
lagi... lagi sembilan...”
Arissa tunduk, memegang
kedua belah kepala
lututnya. Nafas ditarik
dalam. Terbit pula
rasa bersalah dalam
diri Ikmal. Cekal
sungguh Arissa.
“Berehatlah. Tak
payah buat dah...”
arahnya. Arissa menggeleng-gelengkan kepalanya.
Dia tetap mahu
meneruskan juga.
“Kenapa? Penat?”
Hafizul muncul. Arissa
mengangguk
bersungguh-sungguh.
“Dahlah. Pergi
rehat. Awal-awal ni
orang buat sepuluh
pusingan aje. Ikmal
tu kelentong Rissa.”
Kata Hafizul.
“Apa!” Tegak
Arissa berdiri. Tak
menunggu lama, dia
menghayunkan kakinya, menendang
belakang lutut Ikmal.
Ikmal tergelak besar.
Berlari-lari dia menyelamatkan
diri bila dikejar
Arissa. Hafizul tergelak
melihat telatah mereka
berdua itu.
Tenaga Arissa
muncul kembali dek
kerana sakit hati
ditipu. Bersungguh-sungguh dia
mengejar Ikmal. Pedulilah
kalau Ikmal itu
kekasih ke jurulatih
ke? Kalau macam
ini perangainya, Ikmal
memang layak makan
kaki dia!
Kalau orang
lain bersungguh-sungguh tak
mahu awek mereka
keletihan. Ikmal? Heeee!
Memang langsung tak sweet!
Khianat! Marah Arissa
dalam hati. Sebaik
sahaja tangannya dapat
mencangkuk belakang leher
baju Ikmal, terus
dia menyiku bahu Ikmal.
Tak cukup
dengan itu, tumbukan
padu dihadiahkan di
belakang badan Ikmal.
Lutut diangkat dan
dihayunkan ke punggung
Ikmal. Ikmal tak
sempat mengelak. Sakit
punggungnya dilutut. Tangan
melindung punggung, bimbang
dilutut lagi. Ganas
sungguhlah Arissa ni.
Terkekeh-kekeh dia
gelak dalam lelah.
Penat berlari. Mati-mati
dia ingatkan Arissa
betul-betul kehabisan tenaga
tadi. Hafizul pun
satu! Kenapa mengaku
cepat sangat? Tunggulah
sampai Arissa terduduk.
Baru senang dia
nak lari melepaskan
diri.
“Sorry! Sorry!”
Ikmal menahan dirinya
dari dipukul.
“Jahat sungguhlah!”
Arissa mengamuk. Dia
berjalan meninggalkan Ikmal
dengan penuh rasa
geram. Puas hati
dia dapat mendebik
Ikmal.
“Abang tak
sangka ilmu Muay
Thai Rissa dah
tinggi.” Katanya dalam
lelah. Arissa tetap
juga berjalan. Dari
gaya berjalan pun
memang dah tahu
yang Arissa marah.
“Abang takkan
pujuk...” Ikmal berjalan
menyaingi Arissa. Arissa
menjelingnya tajam. Makin
laju langkah kakinya.
“Tak ada
sesiapa pun harap
awak pujuklah!” marahnya.
Awak? Ikmal telan
liur. Marah sungguh
ke? Ini yang
payah bila ada
awek. Dia menggaru-garu
belakang lehernya. Mata
melihat saja langkah
kaki Arissa berjalan
menjauhinya. Arissa kembali
mula berjoging.
Tiba-tiba bahunya
ditepuk. Senyuman lebar
Hafizul membuatkan muka
Ikmal memerah.
“Macam ada
apa je...” syak
Hafizul.
“Hmmm...” keluh Ikmal. Dia
sudah penat. Tapi
dari gaya Arissa,
memang macam nak
sudahkan lagi sembilan
pusingan saja...
“JOM, balik...” ajak
Ikmal. Arissa yang
bersandar di bawah
pokok itu bangkit.
Botol air mineral
diambil. Tuala kecil disangkutkan
ke bahu. Hafizul
sudah berjalan ke
kereta.
“Marah lagi?”
soal Ikmal. Belajar
memujuk. Tertelan juga
air liur melihat
Arissanya sunyi sepi.
Takkanlah sentap sampai
tahap itu kut?
Arissa menggeleng-gelengkan kepalanya.
Dia dah tak
marah tapi dia
betul-betul tak larat
nak keluarkan suara
sebab berjaya sudahkan
juga lima belas
pusingan. Walaupun tak
cukup dua puluh
tapi itu sudah
mampu membuat dia
tersenyum lebar. Dia
rasa bangga pada
diri sendiri sebab
berjaya buktikan pada
Ikmal yang dia
bukan perempuan lemah.
“Betul ke
ni?” soal Ikmal
menilik wajah Arissa.
Arissa angguk berkali-kali.
Tangan mula melayang-layang, memberi
isyarat yang dia
tak mampu mengeluarkan
suara. Tergelak Ikmal
melihatnya.
“Betul ni
tak marah abang
dah?” soal Ikmal
inginkan kepastian. Arissa
mengangguk berkali-kali. Ikmal
menaikkan tapak tangannya.
“High five?”
tanda berdamai. Arissa
menyambut. Ikmal kelegaan.
“Abang tak
sangka Arissa sanggup
habiskan lima belas
pusingan.” Arissa hanya
tersenyum. Bangga. Jangan
pandang rendah pada
orang bernama Arissa
kerana dia sangat
berbisa.
“Hari ni
training datang awal
sikit.” Arah Ikmal.
Arissa angkat kening.
Kenapa?
“Banyak benda
nak diajar.” Kata
Ikmal. Arissa angguk.
Ikmal tersenyum. Alasan
semata-mata. Dia nak
berlama dengan Arissa
sebenarnya.
0 komen:
Post a Comment