Bab 10
AKU
bangun tidur dengan
rasa yang agak
pelik pada hari
berikutnya. Masih lagi
dalam hari jadi
Andy. Pagi tadi
kami berborak sampai
lebih pukul empat
pagi rasanya. Aku
celikkan mataku dengan
luas seluas-luasnya. Aku
bukan dalam bilik
aku!
Aku lihat
ke kiri dan
ke kanan! Gosh.
Aku tertidur dengan
Andy? Mata, cepat-cepat
aku pandang ke
pakaian di badan.
Rasa syukur aku
panjatkan. Aku masih
berpakaian lengkap. Dan
dia juga berpakaian
lengkap! Mujur sangat!
Mana tahu, kut-kut
‘minat’ Andy tertukar
pula pada perempuan
secara tiba-tiba! Mati
berdiri aku nanti.
Dia sedang
enak memeluk bahu
aku sekarang. Kalau
dia tahulah yang
dipeluknya ini adalah
aku, mahu dia
muntah lapan hari
berturut-turut. Manalah tahu,
selama ini dia
biasa tidur peluk
Mason sahaja. Kami
tidur dalam keadaan
duduk. Macam keadaan
sewaktu kami minum semalam!
Kami tidak naik
ke bilik rupanya.
Aku kejutkan
Andy. Dia tidak
pergi kerjakah hari
ini? Aku pandang
jam sekilas, sudah
jam dua belas
tengah hari! Dan,
bibik tak datangkah
hari ini? Atau
bibik datang tetapi,
tiada sesiapa membuka
pintu lantas bibik
pun pulang? Hmm.
Boleh jadi! Aku
goncangkan lagi badan
Andy apabila dia
masih lagi kaku.
Dia kelam-kabut setelah
badannya aku goncangkan
dengan kuat.
“Kenapa?” akhirnya
dia terjaga. Dia
menenyeh-nenyehkan matanya dan
menggeliat. Mukanya berubah
bila sedar dia
sudah terpeluk aku
dalam tidurnya. Haa.
Takut kena maki
dengan Masonlah tu.
“You
tak pergi kerjakah?”
aku menyoal dia. Dia
tengok jam dinding
sekilas. Kemudian dia
menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Terlajak tidur.
Cuti sajalah hari
ni.” jawabnya selamba.
Tak ada riak
gelisah langsung? Wah!
Semudah itu?Dia merebahkan
kepalanya ke bahuku.
Amboi mewahnya hidup
jadi bos orang!
Nak cuti bila-bila
pun tak apa
ya? Geram pula
aku dengan cara
hidupnya yang sangat
senang itu. Cemburu
betul aku.
Selama aku
hidup, memang payah
betullah kalau nak
dapat cuti tanpa
mc begitu. Aku
tolak kepalanya. Tak
selesa. Aku rasa
lain bila keadaan
kami macam ni.
Aku tak sukakan
perasaan aku ni.
Aku tahu, aku
sudah terjerat dengan
cinta si jejaka
gay ini. Argh!
Bencinya!
Kenapa mesti
aku jatuh cinta
pada lelaki gay? Tidak
ada lelaki lainkah
dalam dunia ni?
Dari dulu lagi
aku cuba lupakan
perasaan aku pada
dia. Dari awal
perkenalan lagi aku
tahu aku sudah
mula sukakan dia.
Aku ingatkan hanya
suka biasa-biasa. Sejak
aku tinggal serumah
dengannya kini, barulah
aku yakin perasaan
bodoh aku ini! Damn!
“I nak
mandi.” aku bangkit
dengan kalut.
Tin-tin Coca
Cola semalam aku
kutip bersama piring
kek yang kami
makan. Aku buangkan
tin ke dalam
plastik sampah hitam
dan kemudiannya memasukkan
plastik hitam tersebut
ke dalam tong
sampah. Piring kek
yang kotor itu
aku basuh.
Dia, aku
lihat sedang bangkit
dari duduknya dan
menaiki tangga ke
biliknya. Aku naik
tangga ke bilikku.
Sedang enak berendam
dengan buih-buih menggebu
dalam tab mandi,
pintu kaca bilik
airku diketuk kasar.
Aku bangun terkial-kial
kerana tab mandi
tersebut agak licin.
Setelah menyarungkan
tuala ke badan,
aku buka sedikit
pintu kaca itu,
aku nampak muka
Andy kalut. Dia
tolak luas pintu
kaca aku kemudian
ditarik tangan aku
menuju ke biliknya.
Hey?! Aku masih
dipenuhi buih ni!
Gila! Kelam kabut
aku membetulkan kain
tuala yang hampir
terlucut. Kaki juga
terkial-kial menahan diri
dari tergelincir ke
lantai mozek di
rumahnya. Dia suruh
aku duduk diam
dalam biliknya. Aku
tercengang. Lima minit
selepas itu, dia
datang bersama longgokan
baju aku! Semuanya
disumbat dalam almari
dia. Aku tercengang!
Aku semakin
keliru. Dia pergi
semula, kini datangnya
bersama ‘sotong-sotong’ aku
yang berciciran sewaktu
dia mengangkat pakaianku
tadi. Laju saja
aku merampas seluar
dalamku. Malu.
“Mama call tadi.
Dia kata pada
I yang dia
nak datang sekarang,
cepat pakai baju you.
Mungkin lagi lima
minit dia sampai
sini.” dia berkata
cemas. Aku yang
mendengarnya apa lagi?
Bertambah cemaslah aku.
Tak sempat nak
bilas badan yang bersabun
ni? Oh! Pengsan!
Aku memakai baju
di dalam bilik
mandi Andy sahaja
dan selepas itu,
aku keluar dan
duduk di sisinya
yang nampak gelabah
itu.
DING DONG! Loceng rumah
sudah berbunyi. Andy
cepat-cepat bangkit. Dia suruh
aku sembunyi dalam
almari besarnya. Aku
turut saja. Aku
berbaring dalam almari
itu. Gelap. Takut
juga aku. Derapan
tapak kaki Andy
tidak kudengar selepas
dia menguncikan aku
di dalam almari.
Cis! Dia
kunci aku kat
dalam almari ini
rupanya! Tak teragak
langsung! Aku tidak
dapat mendengar apa-apa
pun sehinggalah derapan
tapak kaki mendekati
almariku lima minit
kemudian. Aku berdebar
tahap dewa.
“You
sabar kay? Duduk dalam
tu diam-diam.” suara
Andy berbisik. Tahulah
aku, bunyi tapak
kaki tadi adalah
milik Andy. Macam
mana aku nak
buat bising di
dalam tempat sempit
ini? Memang aku
akan duduk diam-diamlah.
Tak payah pesan
pun aku tahu.
“Fendy, mama
nampak kek kat
dalam peti tu,
siapa yang buatkan?”
tiba-tiba aku dengar
suara seorang wanita
di dalam bilik
Andy. Mama? Tentulah
mama Andy! Bunyi
suaranya macam kerek
amat. Takut jugalah
aku nak berkenalan
dengan mama Andy nanti. Buat
apa nak berkenalan?
Aku bukan bakal
menantu dia pun.
Hiss.
“Err. Kek
tu kawan Fendy
yang buatkan sempena
hari jadi Fendy.”
suara Andy kedengaran
gugup. Aku masih
diam di dalam
almari Andy sambil
memasang telinga gajah.
Sekarang aku rasa
nafasku sudah semput.
Tolonglah! Aku perlukan
udara segar. Aku
perlukan oksigen!!
“Kawan istimewa?”
soal mama Andy.
Andy tidak menjawab
apa-apa pun? Aku
tak dengar suaranya.
Mungkin dia buat
tak tahu sahaja
dengan soalan mamanya
itu. Yalah, diakan
sudah ada Mason!
Tiba-tiba aku sentap!
“Bawa mama
jumpa dia. Mama
dah rasa kek
tu. Sedap. Macam
rasa kek yang
pernah mama beli
dulu.” berdegup kencang
dadaku mendengar ucapan
mamanya Andy. Nak
berjumpa dengan aku?!
Gulp! Berdebar. Semakin
semput nafasku kala
ini.Mataku semakin berat.
Nafas juga sudah
semakin lemah. Aku
lemas bersama timbunan
baju ini. Sudahlah
banyak, ruang kecil
dan gelap itu
membuatkan nafasku jadi
sesak.
“Erk. Dia
tak ada masa,
mama. Tak boleh.”
Andy beralasan.
Nampak sangat
aku ni bukan
apa-apa pada dia
sehingga dia tak
mahu aku dengan
mamanya bertemu. Tapi
bila fikir balik,
kenapa mesti aku
nak sentap? Kalau
Andy bawa mama
dia bertemu aku,
tentu mamanya akan
fikir hubungan kami
ini sudah mencapai
tahap serius! Kasihan
dia terpaksa merahsiakan
hal Mason. Kasihan,
memanglah kasihan. Tetapi,
mengapa hendak diubah
‘fitrah’ asalnya? Teruk
betul!
“Mama akan
tunggu sampai dia
ada masa. Mama
nak dia jadi
calon menantu mama.”
kata-kata itu bagaikan
menyengat aku. Semakin
perlahan nafasku dibuatnya.
Berat dan semakin
tak tertahan. Dunia
tiba-tiba kelam. Tiada
lagi suara Andy,
tiada lagi suara
mama Andy.
AKU
celikkan mata yang
terasa berat. Terang.
Sudah tidak gelap
lagi. Sebaik sahaja
aku mencelikkan mata,
terus tubuh aku
dipeluk Andy. Kuat.
Aku ternganga luas.
Kenapa nak peluk
aku sampai macam
ni? Aku baru
bangkit dari matikah?
Isy! Celoparnya aku.
“You
dah sedar akhirnya.
Mujur you dah sedar!
I minta maaf
sebab tinggalkan you kat
dalam tu tadi!
Maafkan I!” bersungguh-sungguh dia
meminta maaf dariku.
Aku melepaskan pelukannya
yang semakin menyesakkan
dada.Aku lemas? Yakah?
Aku cuba mengimbas
balik satu persatu
kejadian tadi. Oh.
Aku dikurung dalam
almari. Almari yang
gelap dan sempit
bersama timbunan baju
aku. Oh! Memang
sesak dan lemas.
“It’s
okay.” aku jawab
begitu. Memang patutlah
aku kena kurung.
Sudahlah aku ni
menumpang. Bukan bini
dia pula tu.
Aku bangkit. Ini
katil Andy! Andy
angkat aku ke
sini? Katil yang
aku teringin hendak
merasa dulu. Dapat
juga aku baring
akhirnya. Isy! Kenapa
dia angkat aku
ke sini? Andy
ni!
“No
it’s not okay!
I ingat I
bakal kehilangan you. Badan you
lemah sangat tadi. I’m
scared.” dia berkata
lagi. Aku pelik
dengan sikapnya ini.
Biar betul. Andy
tersalah makan nasikah?
Aku letak belakang
tangan aku ke
dahinya. Okey saja.
Tak panas.
“Hey, I’m here.
Mama you mana?” aku
menyoal Andy. Andy
mengeluh. Berat. Macam
ada masalah saja.
Aku diam. Mungkin
dia tiada mood.
Siapa tahu?
“Mama dah
balik.” Andy jawab
ringkas. Aku bangkit
dari katil itu
dan berjalan ke
arah bilikku. Nafasku
masih lagi semput
rupanya. Sesak nafasku
sedangkan baru beberapa
langkah aku berjalan.
Sumpah aku tak
nak menyorok dalam
almari Andy lagi
dah. Andy mengekori
aku.
“You
okey ke?” dia
menyoalku dengan nada
prihatin. Terharu sekejap
aku rasa bila
dia tanya keadaan
aku. Aku angguk
saja menandakan yang
aku okey. Malas
hendakku layan rasa
terharu ni. Melampau
jadinya nanti.
0 komen:
Post a Comment