BAB
5
IRSYAD menapak ke
Dataran Integrasi dengan
malas. Kalau diikutkan
hati, malas sungguh
dia hendak menemani
Shila ke situ.
Mentanglah ada karnival
yang dianjurkan oleh
pihak UiTM di
situ. Tegak terus
telinga Shila mendengar
promosi dan jualan
yang trerdapat di
situ. Dialah yang
menjadi mangsanya.
“Cat, Shila
nak baju tu.”
Shila mula merengek.
Irsyad mengeluh perlahan.
Hadoilah. Ini yang
dia tak berapa
berkenan dengan perangai
Shila! Suka sangat
‘mengepau’ dia. Bukannya
Shila tiada duit.
Sibuk juga gadis
itu hendak menghabiskan
duit poketnya. Tapi,
dalam membentak pun,
Irsyad hulurkan juga
duit. Permintaan Shila
tidak akan sesekali
ditolak.
“Yeay!
I
know that you’re
the best. I
love you, Icat!
Like a lot!” pekik
Shila gembira apabila
baju sudah menjadi
miliknya. Irsyad tersenyum
sahaja. Janji Shila
gembira. Shila memang
gadis periang. Tidak
dapat disangkal lagi.
Cuma, sewaktu di
dalam kelas sahaja
gadis itu agak
serius. Itu menurut
kata Shila sendirilah.
“Wowowo!!” terdengar
suara gadis seperti
terperanjat akan sesuatu.
Mereka berpaling menghadap
datangnya suara itu.
Irsyad rasa, suara
itu seperti suara
Zara! Ya! Memang
Zara! Wajahnya sudah
pucat lesi. Apa
tanggapan Zara nanti
mengenai dia dengan
Shila? Gadis kecil
di hadapan mereka
itu tidak berkelip
memandang dia dan
Shila silih berganti.
Zara terdengarkah apa
yang diucapkan Shila
tadi? Gulp!
Melihat dari
air muka Zara,
Irsyad tahu Zara
dengar semuanya. Zara
terkejut. Dalam Irsyad
mempamerkan kesungguhannya untuk
berkenalan dengan dia,
Irsyad boleh berpacaran
dengan Zarina dan
Shila serentak! Itu
yang dia tidak
faham. Apa Irsyad
ingat, dia sanggup
jadi kekasih lelaki
itu yang ketigakah?
“Hai Zara.”
tegur Shila ramah.
Terkejut melihat wajah
sahabat karibnya di
situ. Zara tersenyum
sumbing. Melihat pautan
kemas tangan Shila
di lengan Irsyad
menyebabkan Zara rasa...
‘okay, this is
too much!’. Dia
rasa sakit mata,
sakit hati, sakit
mata hati! Kenapa?
Dia pun tak
tahu. Apa yang
pasti, hatinya sakit
melihat kemesraan itu.
“Oh! Hai! Beli baju?”
soal Zara sekadar
berbasa-basi. Sudah terang
lagi bersuluh, mereka
di kedai baju!
Memang sudah jelas
tadi, Shila membeli
baju dan dia
juga tidak buta
untuk melihat siapa
gerangan yang membayar
baju Shila itu. Irsyad memandangnya
tidak berkelip. Zara
tidak faham dengan
Irsyad. Irsyad ingat,
dia boleh berkawan
dengan semua orang
dengan cara peluk-peluk
lengan begitu agaknya?
Siapa sebenarnya kekasih
hati Irsyad, Zara
pun tak tahu.
Irsyad terlalu ramai
pendampingnya.
“Yeap.
You buat
apa kat sini?
Beli baju jugak
eh? Want to join
us?” soal Shila
yang sememangnya ramah
itu. Zara cepat-cepat
menggeleng-gelengkan kepalanya. Kalau
dengan melihat sahaja
membuatkan biji matanya
bernanah, takkan dia
mahu mencari penyakit
dengan menyertai pasangan
dua sejoli itu? No!
Dia masih mahu
menjaga perasaan sendiri!
“Nah, I’m just
checking around. Nothing to buy,
I guess. Tak
apalah, you shopping aje dulu.
I nak tunggu
si Nurain.” ujar
Zara memberi alasan.
Nurain? Entah masa
bila pula dia
berjanji dengan rakan
sebiliknya itu pun
dia tak tahu.
Yang pasti, dia
ingin beransur-ansur lenyapkan
diri dari situ.
“Oh! Ruginya
you! I
ingatkan baru nak
ajak you pow si Irsyad
ni.” Shila berkata
selamba sambil tergelak
jahat. Irsyad sudah
menggelabah. Apa tanggapan
Zara nanti?
“Zara,
can we talk?”
soal Irsyad tiba-tiba.
Zara berkerut. Talk? Selama
ini mereka tidak
pernah ‘talk’ pun. Secara
tidak sengaja dulu
adalah sekali! Itu
pun hanya cakap
‘apa’ dan ‘tak
apa, terima kasih’
sahaja rasanya. Bercakapkah
kalau begitu? Depan
Shila pun boleh
dia buat perangai
buaya dia. Muka
Shila relax sahaja.
Tiba-tiba Zara
teringat sesuatu. Irsyad
tahu nama dia?
Sejak bila? Kalau
dia yang tahu
nama Irsyad, itu
bukanlah perkara yang
aneh kerana dia
tahu nama Irsyad
memang sering meniti
di bibir pelajar
UiTM, lebih-lebih lagi
dari bibir pelajar
perempuan. Eh, tapi!
Ya, mungkin Irsyad
tahu baru tadi.
Shila ada menyebut
namanya tadi... Zara
berfikir sendiri. Adeh
Zara, kau ni
kenapa?! Keletuk! Kepalanya
diketuk perlahan. Baru
nak perasan jadi
‘tumpuan’ si crush sekejap,
terus lenyap angannya.
“Tak apalah,
saya busy. Daa.”
Zara melambai Shila
dan terus menghilangkan
diri. Lantaklah apa
yang Irsyad nak
kata. Golongan playboy harus
dijauhi! Harus!
Irsyad mengeluh
perlahan. Kenapa? Kenapa
mesti Zara melayannya
dengan buruk? Dan
kenapa setiap kali
dia cuba mendekati
Zara, pasti muncul
pelbagai dugaan? Aduh!
Dia cuma hendak
menerangkan kedudukan sebenar.
Dia hendak memberitahu
segalanya tentang dia,
Zarina, Kay, Shila...
dia tidak mahu
Zara memandangnya serong
lagi.
ZARA mengeluh.
Aduhai, kenapalah crushnya itu
boleh berada di
situ juga? Bersama
Shila pula tu!
Kenapa hati ini
rasa cemburu sangat
melihat kemesraan mereka.
Ingat Zara, dia
tu cuma crush kau
sahaja. Bukan kekasih!
Crush! Lantak
dialah kalau dia
nak keluar dengan
sesiapa pun! Dia
bukan pakwe kau! Zara
bermonolog. Cuba menyedapkan
hati sendiri.
Tak sangka
betul dia bahawa
Shila akan membuat
kenyataan dan pengakuan
dari hati ke
hati di tempat
terbuka seperti ini.
Gila betul! I love
you! Bagai berulang-tayang kata-kata itu
di telinga Zara.
Ah! Benci! Benci!
Benci! Lebih mengejutkan
lagi bila bibirnya
secara tidak langsung
tersebut ‘wowowo’ akibat
terlalu terkejut tadi.
Tak sangka selama
ini telahannya betul.
Irsyad dan Shila
memang berpacaran. Tapi,
apa pula kedudukan
Zarina? Irsyad juga
sering keluar makan
dengan Zarina di
bandar! Aduh! Pening...
pening!
Sambil meredakan
perasaannya yang berkecamuk,
dia mencuci mata
melihat pakaian-pakaian yang
dijual di situ.
Matanya tertancap pada
sehelai baju yang tergantung. Boleh
tahan cantik. Dia
memegang dan membelek
baju itu dengan
teliti sekali. Hm, not bad! Mulut
dibuka untuk menanyakan
harga. Si penjual
menjawab dengan ramah.
Hmm, tidaklah mahal
mana pun. Cantik
pun cantik!
Disebabkan hati
mula berkenan pada
baju itu, terlupa
terus dia pada
Irsyad dan Shila
tadi. Dia membelek
lagi pakaian yang
lainnya.
“Err, bang,
yang ni ada
warna lain tak?”
soal Zara penuh
minat. Abang yang menjaga gerai
itu tersenyum dan mengangguk.
Alahai! Manisnya muka
dia. Sempat lagi
Zara memuji di
dalam hati.
“Ada, nak
warna apa? Kat
sini ada warna
kuning, merah, hitam,
putih dan biru
muda saja, dik.”
kata lelaki itu ramah. Sempat
dia mengenyitkan mata
kepada Zara. Zara
menjeling terbalik. Spesies
gatal! Dia paling
benci lelaki dari
spesies ini! Miang
tak hengat!
“Warna pink
takkan tak ada?”
soal Zara dengan
muka berkerut. Warna
merah jambu jugalah
yang dicarinya. Warna
merah jambu sahaja
yang masih belum
disebut oleh si
penjual. Zara berdoa
sangat agar warna
kegemaran dia itu ada.
Entah kenapa,
dia begitu berkenan
pada warna itu.
Meskipun ramai yang
berkata bahawa warna
itu terlalu keperempuanan
dan lembut, dia
tetap juga meminatinya.
Malah, obses! Hampir
setiap peralatannya berwarna
merah jambu. Gajetnya
juga semuanya berwarna
merah jambu. Padanya,
warna merah jambu
itu dapat menyejukkan
matanya.
“Ada tadi
tapi sekarang dah
habis. Hehehe.” bercanda
pula dia! Ingat
kelakar sangatlah?!
‘Ha ha
ha ha! Joke all
you want!’ bebel
Zara di dalam
hati dengan sinis
sekali. Dia mendengus.
Tak ada pula
warna kegemarannya. Hatinya
sudah terpaut benar
pada baju itu.
Bukan senang untuk
dia jatuh cinta
pada sehelai baju!
“Warna merah,
ada kan? Saya nak
tengok boleh?” soal
Zara. Padanya biarlah warna
merah jambu tiada asalkan
warna merah masih
ada. Merah campur
putih kan, tetap
jadi merah jambu?
Hehee.
“Ada, kejap
abang ambilkan ya?
Tunggu tau cik
adik manis, intan payung sayur
keladi.” pandai pula
si penjual bermain
kata. Kedengaran dengusan
kasar menyapa telinga
Zara. Dengusan itu kedengaran betul-betul
di belakangnya! Dengusan
seorang lelaki. Bukankah
sepatutnya Zara yang
mendengus kasar mendengar
ayat penjual baju
itu? Dia berpaling.
Eh? Sejak bila
Irsyad berdiri di
belakangnya? Dan Irsyad
sedang memerhatikan dia
tidak berkelip! Mana
perginya kekasih awal
dan akhir lelaki
itu tadi? Shila
mana?
“Awak berkenan
kat baju ni
eh?” soal Irsyad
sambil tersengih dan
menunjukkan baju yang
dipegang Zara itu.
Zara mengangguk sahaja.
Awek hilang sekejap,
terus sahaja merayap
dekat sini? Dasar
lelaki! Kutuk hati
Zara.
“Hmm. Hmm.”
sahutnya perlahan dengan
mahu tak mahu.
Lantaklah kalau Irsyad
nak kata apa.
Dia tidak mahu
dituduh cuba menggoda
kekasih orang. Kekasih
Shila pula tu!
Selama ini Shila
begitu baik dengannya.
Tidak mungkin dia
rela dituduh sebegitu
oleh orang yang
sudah berbuat baik
dengannya!
“Saya belikan
awak. Saya belanja
nak?” soal Irsyad
menawar diri untuk
membayar harga baju
itu. Zara menggeleng-gelengkan kepalanya.
“No
thanks. Kalau awak
beli dengan harapan
untuk mendapat lagi
satu ucapan ‘I love
you’ dari seorang
perempuan, sorry. Awak takkan
dapat.” sindir Zara yang masih
beremosi itu. Oh!
Kali ini berapa
patah perkataan yang
kau dah ‘talk’ dengan
dia ya, Zara?
Hati Zara menyoal.
Irsyad masih
lagi tersenyum biarpun
nada sinis yang
diterimanya tadi itu
membuktikan bahawa Zara
tidak sudi melayan
kewujudannya di sini.
Dia cuba menahan
getaran hati. Terbakar?
Tentu sekali! Dia
sememangnya sudah terbakar
dengan layanan dingin
Zara terhadapnya. Kut
ya pun bencikan
dia, tak perlulah
Zara tayang sangat
perangai tak suka
dia tu! Menjeling
terbalik dan buat
muka meluat. Sungguh
Irsyad tercabar melihat
riak Zara itu.
Tapi, dah
namanya anak jantan,
buat apa nak
mengalah terlalu awal?
Irsyad tidak berputus
asa. Padanya, lelaki
yang mudah mengalah
ini merupakan lelaki
yang pengecut. Dan
dia bukan pengecut!
BUKAN!
“I’m
not saying that.
Tak terfikir pun
tentang collecting ucapan ‘I love
you’ dari macam-macam
perempuan. Saya cuma
menawarkan perkhidmatan percuma
kepada awak. Lagipun
tak salah kalau saya belanja
awak.” tutur Irsyad
sambil tersenyum manis.
Wah! Terpegun Zara
melihat senyuman lelaki
itu. Lelaki ini
memang kacak! Puji
hatinya.
“Sorry,
do I know
you?” soal Zara
setelah menyedari bahawa,
dia tidak sepatutnya
melayan perasaan pada
kekasih teman karib
sendiri.
Dia tidak mahu menjadi
perhatian di situ.
Berdiri sahaja Irsyad
di sini sudah
cukup membuktikan betapa
popularnya lelaki itu.
Ramai yang mencuri
pandang ke arah
mereka dan Zara langsung
rasa tak selesa!
Ini tak kelakar!
Kalau gosip sampai
ke telinga Shila,
dia boleh mati
berdiri di situ!
Riak Irsyad
berubah serta-merta mendengar
soalan sinis daripada
Zara itu. Sungguh
dia rasa tercabar.
Walau bagaimana remuk
sekalipun hati dia,
dia tetap cuba
berlagak tenang. Buat
muka tembok sajalah,
Irsyad! Hanya itu
semangat yang ditiupkan
buat dirinya sendiri.
Selama ini dia
tidak pernah menerima sebarang penolakan.
Apa yang
dia nak, semuanya
dia akan dapat.
Tetapi, bila berhadapan dengan
Zara, dia menjadi
seorang lelaki yang
gagal! Inilah kali
pertama dia merasa
gagal setelah berhadapan
dengan situasi ditolak
oleh gadis yang
sama berulang kali.
Dia menerima penolakan
Zara ini sebagai
satu cabaran buatnya!
“Oh! Maaf,
saya tak perkenalkan
diri saya. Nama
saya Muhammad Irsyadul
Firdaus bin Rosli.”
Irsyad menghulurkan salam
perkenalan sambil mengukir
senyuman. Salamnya tidak
bersambut.
“Sorry?
Bukan Syed Irsyadul
Firdaus ke?” soal
Zara pelik. Setahu
Zara, nama lelaki
itu bermula dengan
gelaran Syed di
hadapannya dan bukannya
Muhammad! Irsyad tergelak
kecil menampakkan lesung
pipitnya yang tidak
berapa ketara. Manis!
“Gotcha!
So
you know me.
You knew me!” ujar
Irsyad sambil tersengih.
Air muka Zara
berubah. Oh tuhan!
Malunya... nampak sangat
yang aku pernah
stalk dia! Do
I know youlah
sangat! Sekarang, ambik kau.
Kan dah terkena
kat batang hidung
sendiri? Bebel Zara
di dalam hati.
“Okay,
whatever. Abang,
mana dia baju
yang saya minta?!”
soal Zara separuh
menjerit kepada abang gerai
yang tak muncul-muncul
itu. Lama betul!
Dia cuba mengawal
rasa malunya.
Malunya. Rasa
macam nak pergi
ke tapak pelupusan
sampah dan minta
dilupuskan sekali dengan
sampah-sampahnya! Kenapa mulut
dia boleh menjadi
secabul itu untuk
menyoal Irsyad tadi?
Irsyad hanya tersenyum.
Comelnya Zara. Dalam endah
tak endah Zara
itu, ada juga
hal tentang dia
yang Zara ambil
tahu rupa-rupanya.
“Kejap dik,
abang tengah cari
lagi ni. Tadi
ada. Tunggu kejap
ya?” laung si
penjual pula entah
di mana. Zara
mendengus geram. Lambat
sangat!
“So,
Nur Izzati Raudhah,
friends?” soal
Irsyad sambil tersenyum
manis. Zara terbelalak.
“Macam mana
awak boleh tahu
nama saya? I mean,
nama sebenar saya?”
soal Zara terkejut.
“I
just knew it.”
balas Irsyad yang
masih tersenyum itu. nama bapa Zara pun
dia tak tahu
sebenarnya. Maklumat ini
pun dia terima
daripada Shila apabila
Shila begitu teruja
berbual dengan dia
mengenai rakan karibnya.
Zara menelan liur.
Aduhai. Dia dah
buat muka handsome dia
dah!
“Hmm? Sorry? Macam
mana boleh tau?”
soal Zara tidak
berpuas hati.
“Trust
me, I’m a
good spy.” ujar
Irsyad sambil mengangkat
keningnya. Dia... dia
sedang menggodakah? Zara
menelan liur yang
semakin payau. Kesat!
Urgh! Kenapa mesti dia jatuh
cinta berkali-kali kepada
kekasih Shila ini?!
Tak sukanya!! Tetapi
benarkah Irsyad sedang
menggodanya? Atau ini
semua perasaan dia
sahaja?
“Hmm, whatever Mr...
Spy.” Zara menjawab
malas-malas. Setiap kali dia terasa
bahagia, cepat-cepat dia
ingatkan diri sendiri
bahawa kebahagiaannya akan
membawa penderitaan kepada
Shila! No! Dia tak
sanggup! Irsyad, tolonglah
berhenti buat saya
rasa macam ni!
Rayu hati Zara.
“So,
friends?” soal Irsyad
sekali lagi. Mereka
sudah berbual dengan
agak ‘mesra’ seperti
ini. Mungkin Zara
sudi berkawan dengannya. Teringin benar
Zara menyambut huluran itu
dan pekik sekuat
hati bahawa mereka
akan bergelar kawan.
Tiba-tiba muncul pula
wajah sugul Shila
dalam bayangan Zara.
Zara menelan liur.
“Nah,
I don’t need
to be anyone’s
friend I guess.”
Zara menolak lantas
menapak ke dalam
gerai itu dengan
keluhan hampa. Jangan
kocakkan jiwa aku!
Aku tak mahu
dibebani rasa bersalah
pada sahabat karib
sendiri. No! Benda itu
takkan terjadi.
Irsyad yang
ditinggalkan Zara di luar
hanya menunduk. Jemari
yang menghulur salam
perkenalan tadi digenggam
kuat. Tidak bersambut.
Suatu hari nanti
dia akan pastikan
huluran itu bersambut!
Malu sungguh mukanya
apabila huluran tangan
tidak disambut. Ada
beberapa pasang mata
yang memandang. Tak
apa, Zara. Saya
takkan berputus asa.
Bila saya kata
‘nak’, saya mesti
dapat! Itu nekad
dan azam Irsyad.
Beberapa minit
kemudian, Zara keluar
dengan seplastik beg
di tangan. Sudah
berjaya mendapatkan apa
yang dia nak.
“Saya tak
puas hati, kenapa
awak tak nak
berkawan dengan saya?
Apa salah saya?”
soal Irsyad tidak
berpuas hati. Dia
berpeluk tubuh di
hadapan kedai itu.
Sanggup dia berjemur
di tengah panas
semata-mata menantikan Zara.
“Pardon?”
soal Zara pelik.
Tak serik-serik lagikah
Irsyad ini?
“Kenapa tak
nak berkawan dengan
saya? Lets be friends!”
ajak Irsyad sedikit
mendesak. Zara berkerut.
Apa ni? Sampai
mendesak bagai! Bahaya
betul.
“When
I said no,
it
means no! Absolutely NO!
Tang mana yang
awak tak faham
tu?” soal Zara
tegas. Dia tidak
boleh berhadapan dengan
situasi ini. Mana
Shila? Shila patut
tahu dengan siapa
dia berpacaran. Shila
patut tahu Irsyad
ini jenis lelaki
yang bagaimana! Irsyad
rasa tercabar. Terasa
malu. Tebal mukanya
berinci-inci dek soalan
sinis Zara itu!
“It’s
okay now. Saya
dah faham. You are
too ‘friendly’ to
be my friend.
Sorry for that.”
Irsyad berkata perlahan
sebelum melangkah pergi.
Sumpah dia terasa
seperti diperbodohkan Zara.
Seperti memperbodohkan diri
sendiri juga. Niatnya
suci. Kenapa Zara
sentiasa memanaskan hati
dia dengan kedinginan
dan kata-kata sinis
begitu? Apa salah
dia?
Zara menelan
liur. Tidak menyangka
bahawa Irsyad berkecil
hati. Tak sangka?
Betul ke? Dia
melilau memandang sekeliling.
Ramai gadis yang
menjadi penonton sedari
tadi memandang ke
arahnya dengan pandangan
tak puas hati.
Ada yang tersenyum
sinis dan mengutuk
Zara secara berdepan.
Bagi mereka, salam
yang dihulurkan oleh
Irsyadlah merupakan salam
yang paling dinanti.
Pada mereka, Zara
bodoh kerana melepaskan
peluang keemasan yang
tak mungkin akan
datang kepada mereka.
Zara mengeluh
perlahan. Terlalu sombongkah
dia? Dia berlagak
sombong hanya kerana
mahu menjaga sekeping
hati seorang sahabat
karib... kasihan Shila.
0 komen:
Post a Comment