BAB 8
“SAYA Cuma
nak rapat dengan
awak. Apa pasal
awak mengelak?” soal
Zakwan. Arissa garu
kepala. Ini dah
sampai dia tak
tahu nak garu
apa lagi. Payahnya
dengan orang tak
reti bahasa macam
Zakwan ni. Makin
hari makin menakutkan
pula.
“Saya dah
cakap saya tak
nak. Saya anggap
awak kawan saya
aje. Tak lebih.
Saya pun dah
ada boyfriend. Tak
manislah kalau boyfriend
saya nampak awak
dengan saya dalam
keadaan macam ni.”
Rungut Arissa. Dia
cuba slow talk
dengan Zakwan tapi
ini bahananya. Memang
kalau dengan Zakwan
ni kena cakap
guna tangan agaknya.
“Bila-bila masa
boleh putus. Tak
payah nak agung
sangatlah dengan boyfriend
awak tu. Baru
bercinta dah nak
berlagak.” Zakwan mencemik.
Tak puas hati
bila Arissa langsung
tak layan dia.
Mana boleh begitu?
Dia dah bertaruh
dengan rakan-rakan dari
kelas lain bahawa
Arissa akan jadi
kekasihnya. Sekarang dia
ditolak mentah-mentah begini?
Melayanglah duit dia!
“Saya tak
pernah agungkan dia.
Saya cuma nak
jaga hati dia.
Saya nak bataskan
pergaulan saya. Yang
awak tiba-tiba nak
melenting ni pasal
apa? Awak, ramai
lagi perempuan dekat
kolej ni.” Arissa
mula berceramah. Sakitnya
hati kalau bercakap
dengan Zakwan ni.
“Takkan sama
dengan awak.”
“Apa yang
tak samanya? Saya
ada dua mata.
Bukan tiga! Ada
satu hidung bukan
lima!” Arissa mula
membentak. Hilang melayang
segala pesanan Aida
dan Ikmal semalam.
“Tak payah
nak melawaklah.”
“Saya tak melawak.
Saya cakap jujur
ni.” Arissa mendengus.
Lambat pula Ikmal
nak ambil dia
kali ni. Kalau
ada Ikmal tentu
dia rasa selamat
sikit.
“Siapa dia?”
tiba-tiba Zakwan menyoal.
“Apa?”
“Boyfriend awak.”
“Kenapa? Awak
nak cari dia?
Nak pukul dia?”
sinis soalan Arissa.
Jangan harap dia
nak benarkan sesiapa
pukul kekasih hatinya.
Langkah mayat dia
dulu. Ikmal pun
bukan jenis yang
mudah dipukul. Silap
hari bulan, melayang
nyawa Zakwan sendiri. Menempah
maut.
“Tak. Sekadar
nak tahu.”
“Jurulatih saya.”
Arissa memberitahu supaya
Zakwan tidak lagi
membuat kacau dengannya.
Tentu Zakwan takut
kalau tahu kekasih
hati dia bukan
calang-calang orang. Dia
tak mahu Zakwan
mengganggu hidup dia
lagi. Menyesal pula
dia pernah menerima
bantuan Zakwan dulu.
Ada udang di
sebalik batu rupa-rupanya.
“Saya dah
agak. Gatal awak
ni. Entah-entah takde
ilmu pun yang
awak dapat melainkan
pergi sana buat
maksiat.” Tuduh Zakwan
tanpa usul periksa.
Tak dapat apa?
Zakwan menguji diakah?
Automatik Arissa
naik minyak. Apa
Zakwan ingat dia
perempuan yang begitu?
Serta-merta dia
layangkan penumbuk cangkuk
ke perut Zakwan.
Zakwan berkerut-kerut menahan
sakit.
“Itu mat
wiang san! Ini
kradot chok!” ujarnya
seraya meloncat dan
menumbuk Zakwan serentak.
Memang lincah sekali
pergerakannya. Maklumlah, dia
sudah bermula berlatih
di gelanggang.
“Dan yang ini, ti
sok!” dia berpusing
dan menyiku muka
Zakwan yang tidak
sempat mempertahankan diri
itu. Memang banyak
mata yang memandang
ke arah mereka
tapi Arissa langsung
tak ambil peduli.
Zakwan sudah melutut
ke lantai memegang perut.
“Dan pelajaran
terakhir, shadow kick!”
belum sempat dia
menerajang Zakwan, tiba-tiba
kakinya dipegang seseorang.
Wajah cemas Ikmal
membuatkan dia terpaksa
menghentikan langkahnya. Kakinya
Ikmal turunkan perlahan-lahan.
“Nak jadi
apa? Gangster? Tak
ingat abang pesan
apa!” marah Ikmal.
Ikmal membantu Zakwan
bangun. Bahu Zakwan
ditepuk.
“Jangan kacau
dia lagi.” Sempat
dia berpesan. Zakwan
angguk. Tangan Arissa
diheret ke arah
keretanya.
“Dia dulu
yang cari pasal!”
Arissa membentak.
“Masuk!” Ikmal
meninggikan suaranya. Arissa
menurut dalam terpaksa.
Dia sempat mengerling
ke arah tempat
kejadian. Masih ada
pelajar yang tercengang-cengang. Huh,
kalau ada lecturer tadi,
memang teruk dia
kena! Ini semua
gara-gara mulut celopar
Zakwan. Rasa tak
puas untuk dia
mengajar Zakwan tadi.
ARISSA masih
lagi diam. Ikmal
menoleh sekali-sekala ke
arah kekasihnya. Sah-sah
kena pujuk dulu
ni, baru boleh
hantar balik. Dia
juga tak senang
kalau Arissa merajuk
dengannya.
“Kenapa pukul
dia sampai macam
tu?” soal Ikmal
dengan suara mendatar.
Arissa mencemik.
“Tadi tak
pandai pulak nak
tanya kenapa? Terus
aje marah.” Bebel
Arissa.
“Sekarang abang
tanya, jawab...” selamba
Ikmal berkata. Memang
dia tak pandai
nak pujuk dengan
ayat semanis gula.
Hadap sajalah, Arissa.
“Dia tuduh
Rissa pergi gym
semata-mata nak buat
maksiat dengan abang.
Dia cakap entah-entah
tak ada apa
pun yang Rissa
dapat sepanjang belajar
Muay Thai. Mana
tak sakit hati?
Rissa sharelah apa
yang Rissa tahu
sepanjang bergelar pelajar
abang. Salah ke?”
dengus Arissa. Ikmal
menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Dia tu
nak provok aje
supaya Arissa menafikannya.
Bukannya nak suruh
Arissa ajar dia
kat situ. Dah
malu dia depan
budak kolej. Arissa,
apa yang Rissa
buat ni bahaya
tahu tak? Dia
mungkin akan balas
dendam pada Rissa.
Rissa tu perempuan.
Bukan lelaki. Kalau
dia seorang bolehlah
Arissa tumpaskan. Kalau
beramai macam mana?”
bebel Ikmal. Dia
risaukan keselamatan Arissa.
”Provok-provok juga.
Tapi memfitnah tu
melampau.” Arissa berpeluk
tubuh. Langsung tak
hiraukan amarah Ikmal.
Ikmal apa tahu?
“Arissa...”
“Tu pun
mujur baru kena
sikit.” Arissa mendengus.
“Arissa...” semakin
meleret namanya dipanggil
Ikmal. Arissa mengeluh.
“Rissa tak
kisah.”
“Tapi abang
kisah! Kalau dia
bawak geng dia
balas dendam terhadap
Arissa macam mana?
Boleh ke Arissa
nak lawan tenaga
lelaki yang ramai?
Dan kalau ditakdirkan
waktu tu abang
tak ada dekat
dengan Arissa, nak
bantu dan lindung
Arissa. Macam mana?
Lain kali fikir
dulu sebelum bertindak.
Susah ke?” bebel
Ikmal. Dia risau.
Lelaki zaman sekarang
jangan dicabar sedikit.
Lain jadinya.
Arissa menarik
muncung panjang. Dia
tahu Ikmal risaukan
dia. Tapi tak
perlulah over sangat.
Apa Ikmal ingat
kes dia macam
dalam drama tv
ke?
“Dia takkan
berani dah.” Kata
Arissa yakin. Ikmal
mengeluh. Kenapa Arissa
langsung tak risau?
Arissa tak sayangkan
diri sendirikah?
“Hati lelaki
sukar dijangka. Nak-nak
dia dimalukan di
khalayak ramai. Di
depan budak kolej.
Di depan abang,
boyfriend Arissa
terutamanya.” Ikmal mengeluh.
Degilnya Arissa ni...
kadang-kadang dia rasa
nak gigit-gigit. Sakit
hati punya pasal.
“Malaslah nak
fikir.” Arissa menguatkan
volume radio. Dia
memandang ke luar
tingkap. Ikmal mengeluh.
Payah kalau begini.
Nak tak nak
dia kena jadi
bodyguard Arissa pula
lepas ni. Volume
radio kembali diperlahankan.
“Abang risaukan
Arissa.” Pujuknya.
“Tahu.”
“Lepas ni
nak buat apa-apa,
fikir panjang dulu.
Jangan ikut sedap
aje.” Ikmal mengendurkan
suaranya.
“Rissa mempertahankan maruah
Rissa.” Arissa masih
lagi berdegil.
“Ha, yelah
abang tahu. Kalau
cakap dengan Rissa,
seribu tahun pun
abang takkan menang.”
Ikmal mendengus.
Macam tak
ada cara lain
nak mempertahankan maruah?
Kenapa cara agresif
itu juga yang
Arissa pilih? Nanti
muncul segala macam
masalah, dia juga
yang dipersalahkan kerana
menjadi tenaga pengajar
bagi pembelajaran Muay
Thai itu.
“Tahu pun.”
“Malam ni
pergi makan dengan
abang.” Ikmal mengubah
topik.
“Apa mimpi
abang ni?” Arissa
berkerut dahi.
“Abang masih berusaha nak
jadi boyfriend yang
baik untuk Arissa.”
Ikmal bersuara tanpa
memandang Arissa. Sebenarnya
bukan itu alasan
dia nak bawa
Arissa keluar makan.
Dia dah tak
ada hati nak
mengajar Arissa lagi.
Nanti Arissa gunakan ilmu
itu untuk bertindak
sesuka hati macam
tadi.
Kalau dia cancel
kelas begitu saja,
tentu Arissa mengamuk.
Jadi, lebih baik
gantikan dengan makan
malam. Kalau ikutkan
dia lebih seronok
berada di rumah,
bermain game berbanding
makan malam bersama
Arissa. Tapi hati
kekasih kena jaga
juga. Mujurlah Arissa
bukan jenis yang
suka mendesak macam
bekas kekasih dia
yang dulu. Memang
haru hidupnya kalau
sekali lagi terpaksa
berhadapan dengan perempuan
sebegitu.
“Oh, boyfriend
mithali ya?” Arissa
sudah tersenyum. Sejuk
hati Ikmal melihatnya.
Mujur dia dah
tahu macam mana
cara nak buat
Arissa tersenyum semula.
Tak perlu belikan
apa-apa.
“Mestilah.”
“Okey. Makan
dekat mana?” Arissa
nampak teruja. Ikmal
kelegaan. Sekejap sajalah
Arissa merajuk dengan
dia. Sekarang dia
tahu apa kelemahan
Arissa.
“Makan malam
biasa aje. Bukan candle
light dinner. So singgah
ajelah kedai makan
mana-mana malam nanti.”
Selamba dia bersuara.
Wajah ceria Arissa
sudah muram.
“Larr... kata
nak jadi boyfriend mithali?”
rungut Arissa.
“Tak semestinya
kena ada dua
batang lilin dekat
atas meja baru
boleh jadi boyfriend
mithali.” Dalih Ikmal.
Arissa tersenyum. Tahu
sangat sikap Ikmal
yang satu itu.
Tak apalah. Ingat
senang ke Ikmal
nak ajak dia
makan malam? Itu
pun dia dah
bersyukur.
“Yelah...” akur.
“Tak ada
masa.” Arissa berpeluk
tubuh.
“Adakan masa
tu. Mintak maaf
dengan dia.” Ikmal
menyuruh lagi. Arissa
mencemik. Memandangkan Ikmal
begitu baik hari
ini hendak mengajaknya
makan malam, jadi...
dia terpaksalah merendahkan
sedikit egonya.
“Tengoklah.” Ujarnya.
Masih malas berjanji.
Memang dia tak
rasa nak minta
maaf pun.
“Tengok tu.”
“Yelah.” Akhirnya
dia mengalah.
Bagus rissa ! memang patut pun si zack tu kene amik kau ha
ReplyDelete