Bab 14
“ICAT ada
datang ke rumah
baru-baru ni. Dia kirim
salam.” kata-kata Aiman itu
mengejutkan Zara. Aiman
jumpa Irsyad? Eh
tak! Irsyad datang
ke rumah ini
jumpa Aiman? Mana
Irsyad tahu alamat rumah
ni?! Siapa yang
bagi?
“Dia nak
apa jumpa Iman?”
soal Zara mendengus.
Muncung ditarik sedepa
tanpa sedar.
“Borak-borak. Nak
tahu something tak?” soal
Aiman teruja untuk
menceritakan kepada adiknya
mengenai Irsyad, Zarina
dan Shila. Zara
mengangkat kening. Tak
suka hendak tahu
apa-apa sebenarnya. Tapi
melihat wajah abangnya
bukan main ceria
lagi membuatkan dia tak
sampai hati hendak
mengabaikan soalan abangnya.
“Pasal
apa?” akhirnya dia
menyoal juga.
“Pasal Icat.
Eh eh. Pasal
Zarina. Eh! Tak
mahulah!” Aiman bermonolog.
Zara mendengus geram.
Main-main pula!
“Pasal Shila
dululah!” Aiman berkira-kira
hendak memberitahu berita
gembira itu kepada
adiknya. Zara tersentak
mendengar nama Shila.
Shila Irsyad? Kalau
betul dia... apa
khabar gadis itu?
Adakah mereka masih
berkasih? Akan terimakah
dia sekiranya dia tahu bahawa
Irsyad telah merosakkan
aku? Fikir Zara.
Gulp. Pahit. Sedangkan
dirinya sendiri pun
masih belum dapat
menerimanya...
“Ceritalah.” Zara
bersuara lemah. Shila?
Masih dengan Irsyad?
Apa nak terkejut.
Tapi... berdebar-debar jugalah
hatinya hendak mendengar
cerita tentang Shila.
Entah-entah, Shila dah
tahu? Tak mungkin!
“Shila tu
kan, dia sekarang
duduk rumah aje.
Jaga anak. Irsyad
yang cerita.” Bergegar
segala urat Zara
mendengarnya. Anak? Irsyadkah?
Kenapa hati dia
perit?
“Oh. Baguslah.
Kahwin jugak diorang.”
Perubahan wajah Zara
sudah cukup membuktikan bahawa
dia masih ada
hati pada Irsyad.
Aiman menahan senyum.
“Eh... dia tu...”
leret Aiman. Sengaja
dia hendak menduga
reaksi Zara. Muka
Zara dah macam
cemberut. Ini bagus!
Tapi bagi Zara,
ini tak bagus!
“Apa?!!” marah
Zara. Sengaja nak
melambat-lambatkan masa.
“Dia dengan
Irsyadul kesayangan awak
tu dik, rupa-rupanya...” Aiman
masih giat hendak
menyakat namun muka
Zara berubah bagai
nak gila bila
Aiman menyebu ‘Irsyadul
awak’. Aiman tak
tau! Urgh!
“Dia bukan
Zara punya... Zara
benci dia!” jerkah
Zara tiba-tiba. Terbantut
niat Aiman hendak
bergurau. Amboi. Garang
ke main lagi!
“Lah. Marah
pulak. Kalau nak
tau, Shila tu
adik angkat dia.
Adik susuan dia.
Eh, betul ke
apa Iman cakap
ni? Ada ke
adik susan? Macam
pelik aje... macam
ni, Shila tu
anak susuan mummy Irsyad
sebenarnya.” Cerita Aiman.
Zara terdiam. Jadi,
Shila dengan Irsyad
bukan kekasihlah selama
mereka bergelar pelajar
UiTM Jengka dulu? Ah! Lantaklah!
“Oh.” Zara
membalas. Rasa lega
menyelinap ke hati. Dia melentokkan
kepalanya ke sofa.
Penat sungguh rasanya.
Pening kepala dia
semenjak kewujudan Irsyad
di Duta Village
itu hari. Irsyad
membuatkan dia lebih
banyak memikir daripada
biasa. Dan... dia
benci Irsyad.. sangat
benci!
Lelaki itu
kembali menghuru-harakan hidupnya!
“Zarina..” ujar
Aiman bersama senyuman
yang entah dari
mana munculnya. Takk
tahulah! Sebut nama
Zarina, berbunga-bunga rasa
hati. Gembira tak terucap!
“Kenapa dengan Zarina?
Bukan dia perempuan
gedik dulu ke?”
soal Zara kasar.
Langsung tak berminat
mendengar cerita abangnya...
semuanya berkaitan dengan
Irsyad! Irsyad, Irsyad
dan Irsyad lagi!
Aiman tersenyum lagi.
“Dulu dia
gedik, kan...” leret
Aiman. Senyuman dah
mencecah telinga. Gembira
tak terucap. Zara
buat muka innocent. Memang
dia gedik pun!
“Hmm...” sahut
Zara. Dia sudah
tidak larat hendak
membuka mata. Mengantuk!
Penat! Pening!
“Iman rasa...
Iman dah macam
tersuka kat dialah...”
jawab Aiman mengada-ngada. Sukanya
mengenangkan Zarina versi
sekarang. Cantik. Sopan...
ah! Jatuh cinta!
“Hmm...
hmm...”
hanya itu yang
dijawab Zara. Otaknya
semakin melayang. Semakin
jauh dibawa masuk
ke mimpi.
“Dia tu
sepupu Irsyad aje rupa-rupanya.” Irsyad
lagi. Irsyad lagi!
Zara rasa nak
mengamuk! Lantaklah sepupu
ke sepapat ke?
Itu tak memungkinkan
mereka untuk tidak
jatuh cinta sesama
mereka.
“Dia dah
makin cantik. Bertudung
litup. Lembut dan
ayu. Dah tak
gedik. Iman jumpa
dia. Er, dia klien Iman...”
cerita Aiman sambil
tersengih-sengih.
Zara membuka
matanya mendengar berita
itu. Dah bertudung?
Tak gedik?? Macam
mana tu? Tak dapat dia
nak bayangkan bagaimana
perubahan Zarina kini!
Muka Zarina pun
dia ingat-ingat lupa.
Mata kembali dipejam
apabila dirasakan tiada
faedah melihat muka
abangnya yang tersengih-sengih gatal
itu. Awek keliling
pinggang ada hati
nak tambah lagi!
“Zara dengar
tak ni? Iman
rasa... Iman dah
jatuh cinta pada
dia.” tutur Aiman
mengakuinya. Dia memang
punya banyak awek.
Tapi kenapa orang
yang ditolak dulu
jugalah yang bakal buat dia
tak keruan begini?
Perempuan yang paling
dia benci kini
sudah berjaya masuk
ke dalam mimpi
indahnya! Parah!
“Hmm...” sahut
Zara semakin perlahan.
Aiman jatuh cinta?
Tunggu kiamat!
“Pasal Icat
pulak...” leret Aiman.
“Hmm.” malas
Zara nak mendengar
lagi. Dipejamkan matanya
rapat-rapat cuba menghilangkan
bayangan Irsyad versi
baharu. Yang berkemeja
dan... dalam keadaan
basah setelah menyelamatkan
Hani. Seksi dan
seksa... urgh!
“Dia sebenarnya
cintakan Zara sampai
sekarang...” tercelik serta-merta
mata Zara dibuatnya.
Amboi! Kalau cinta,
ada ke nak
buat dia punya
hidup merana? Apa
memang Irsyad takrifkan
cinta dia macam
tu?? Bodoh! Kutuk
hati Zara geram.
“Dah lama. Dari enam
tahun lepas.” sambung
Aiman lagi. Amboi!
Terbuntang mata cik
adiknya. Tentu dia
masih mengharapkan Irsyad
lagi! Wah Irsyad,
bertuahlah kau!
“Laki bangsat
tu?” soalan Zara
mengejutkan Aiman. Bangsat?
“Lah... tak
baik cakap kat
dia macam tu. Kalau dia
dengar, dah terasa
hati... kenapa pulak
cakap dia macam
tu?” soal Aiman.
“Lagi bagus
kalau dia dengar!
Laki gila tu.
Bencilah!” Zara mendengus.
Dia bangkit dan
menghentak-hentak kakinya sebelum
masuk ke bilik.
Aiman berkerut memandang
perilaku Zara itu.
Anehnya!!
“MAN, Zara
ada tak?” kedatangan
Irsyad menyebabkan Aiman
tersenyum-senyum. Tengok muka
Irsyad, teringat kat
Zarina. Parah! Parah!
Irsyad menghampiri Aiman
yang baru sahaja
pulang dari kerja
itu. Pakaian Irsyad
menunjukkan yang dia
juga baru pulang
dari kerja. Adakah
Irsyad pun parah
macam Aiman juga?
Sehingga, tiada kesempatan
untuk menukar pakaian
kerjanya?
“Zara waktu-waktu
macam ni memang
tak lekat kat
rumahlah, Cat. Aku
rasa dia pergi
ke rumah si
Hadi tu.” sengaja
Aiman bangkitkan nama
Hadi. Nak tengok
muka Irsyad macam
mana. Nakal senyumannya
diukir setelah melihat
perubahan wajah Irsyad.
Nampak cemburu dan
sangat bengis! Yeah.
Itulah niatnya. Nak
bagi Irsyad mengamuk.
Jahatkah dia?
“Oh.” hanya
itu jawapan Irsyad.
Disabarkan hatinya agar
tidak terlalu cemburu
dengan Hadi. Buruk
padahnya. Buruk!
“Oh. Tak
apalah kalau macam
tu... err, dia
dengan Hadi tu
ada apa-apa ke??”
soal Irsyad. Aiman
senyum nakal. Ada
agenda dalam benaknya.
“Tak.” jawabnya
sepatah. Irsyad melepaskan
nafas lega. Walaupun
dia sudah maklum
tentang Hadi dan
Zara yang tiada
sebarang hubungan itu,
namun dia tetap
inginkan kepastian.
“Tapi Hadi
macam berminat sangat
dengan dia.” sambung
Aiman dengan muka
tak bersalah. Irsyad
kembali mengeluh.
“Oh.” Irsyad
menjawab sepatah. Keluhan
dilepaskan.
“Kenapa?” soal
Aiman meskipun dia
tahu Irsyad mengeluh
mendengar berita itu.
“Kenapa apa?”
soal Irsyad.
“Dari tadi
kau main oh-oh
ni.” kata Aiman
bersama senyuman yang
tertahan. Tahu sangat
dia yang Irsyad
dah frust menonggeng.
“Tak ada
apalah. Aku balik
dulu.” Irsyad meminta
diri untuk pulang.
Aiman mengangguk dan
menghulurkan salam. Irsyad
menyambut salamnya dengan
senyuman hambar. Dalam
hati, teringin juga
dia hendak mendengar
Irsyad menyoal tentang
Zara. Selepas itu,
dia akan membalas
soalan tentang Zarina
pula. Kan adil
tu?
Langkah Irsyad
ke arah kereta
dipandang sepi. Hm.
Lain kalilah aku contact
Irsyad. Bukan aku
tak ada nombor
dia. Aiman berfikir.
Baru-baru ini mereka
sempat bertukar nombor.
Tiba-tiba langkah Irsyad
terhenti. Perlahan-lahan lelaki
itu berpaling memandang
Aiman. Dia menggenggam
tangannya. Bagai ada
sesuatu yang hendak
diluahkan. Apa dia?
“Kalau aku
minta izin... nak
mengurat adik kau,
kau marah tak?”
soal Irsyad tiba-tiba.
Aiman rasa nak
buat lompat bintang
sepuluh kali! Dah
terkena sangat dengan
agendanya!
“Kalau aku
minta izin... nak
mengurat sepupu kau,
kau marah tak?”
soalan dibalas dengan
soalan. Soalan yang
sama cuma tukar
perkataan adik kepada
sepupu sahaja. Irsyad
berkerut kening. Apa
ni? Aiman sedang
mengejeknya atau Aiman
sedang serius? Muka
Aiman ni macam
tengah... mengejek! Tersengih-sengih...
“Tak boleh
eh?” soal Irsyad.
“Boleh, kalau
kau boleh tolong
aku... nak kenal
dengan Zarina.” ujar
Aiman. Terbuntang mata
Irsyad. Eh eh!
Dulu dia kata
macam mana? Tak
nak Zarina. Sampai
sanggup sembunyikan status
antara dia dengan
Zara lagi. Apa
kes tiba-tiba jadi
nak kenal dengan
Zarina pula.
“Bukan kau
dah kenal dia?”
soal Irsyad pelik.
Lagi satu, mana
Aiman tahu yang
Zarina tu sepupu
dia? Rasa-rasanya tidak
pula dia memberitahu
Aiman mengenai hubungannya
dengan Zarina. Tentang
Shila adalah!
“Ya, kali
ini, aku nak
kenal lebih rapat
lagi.” ujar Aiman
tanpa segan silu.
“Wowowo!! Mana
kau tahu dia
sepupu aku?” soal
Irsyad pula. kakinya
kembali melangkah ke
arah Aiman yang
sudah tersengih-sengih itu.
“I
just knew it.”
jawab Aiman selamba.
Irsyad julingkan matanya
ke atas.
“You
can’t just knew
it!” Irsyad mengangkat
keningnya dan bersuara
tidak puas hati.
Dia tidak mahu
Zarina bersedih lagi.
dulu, Zarina bukan
sahaja pernah ditolak
mentah-mentah tetapi juga
pernah dihina Aiman.
Siapa sangka? Kerana
hinaan Aiman itulah,
Zarina mengubah imej.
“Aku jumpa
dia. Ter... err,
bolehlah?” pujuk Aiman.
Irsyad memicit dahi.
Nak kenalkan? Bad idea?
Really bad
idea! No, no! It is
a disaster! Irsyad
menggeleng-gelengkan
kepalanya tanda tidak
membenarkan Aiman mengenali
dan menyakiti Zarina.
Kasihan sepupunya itu.
“Cat! Aku
beri peluang untuk
kau mengurat Zara
kalau kau beri
peluang aku nak
mengurat Zarina!” laung
Aiman setelah Irsyad
menjauhinya dan semakin
dekat dengan keretanya
di luar pagar.
Irsyad berhenti melangkah
sesaat nama Zara
terbit. Oh, like, seriously?! Really?!
Irsyad terdiam
lama... berdiri statik
di sisi keretanya.
Hendakkan Zara? Zarina
bagaimana pula nasibnya?
Seriuskah Aiman? Tidak!
Zarina melakukan penghijrahan
itu disebabkan Aiman.
Dan... Zara pula?
Bukankah ini yang
ditunggu-tunggu olehnya? Bertanggung
jawab terhadap Zara?
Oh tuhan! Rumitnya!
0 komen:
Post a Comment