BAB
8
“SIAPA yang
sudi ke pentas
untuk menyanyi ni?”
soal pengacara di
Dataran Intergrasi itu.
Zara ditolak Shila
untuk ke pentas.
Kononnya Shila meminta
untuk dia menyanyikan
lagu di khalayak
ramai. Itu kerja
gila! Zara bukannya
pandai menyanyi! Dia
Cuma pandai merosakkan
telinga orang dengan
nyanyiannya. Silap besarlah
Shila jika dia
rasa Zara mampu
lakukannya.
“Pergilah tunjuk
bakat you.” Shila
berbisik ke telinga
Zara. Automatik Zara
tergelak. Bakat? Bakat
apa yang dia
ada?
“Ah, tak
mahu I! Kang
semua pengsan.” Katanya
berseloroh.
“Hahaha. Takkanlah
ada sampai yang
pengsan...” bahu Zara
ditepuknya lembut.
“Apa kata
kalau you yang
pergi? I tak
pandai menyanyi. Seumur
hidup I, I
menyanyi pada volume
paling rendah tahu?”
Zara berkata benar.
Dia memang payah
untuk menyanyi. Jika
di gembira, dia
akan menyanyi. Itupun
payah!
“Alah, I
suruh you, you
suruh I pulak.”
Shila mencemik.
“Hey, Shila,
Zara...” tiba-tiba Irsyad
muncul. Zara mula
berasa tidak selesa.
“Heyyyy...” leret
Zara dengan malas-malas.
“Icat! Go!
Naik ke pentas
dengan Zara...” Shila
menepuk belakang badan
Irsyad, mengarahkan supaya
Irsyad naik ke
pentas. Zara terbelalak
dibuatnya. Gila apa
nak suruh dia
naik pentas dengan
Irsyad?
“Huh? Kenapa?”
Irsyad nampak blur.
“Tak dengar
ke tadi?” soal
Shila. Zara mengeluh.
Bila dua orang
ni dah berjumpa,
tiada maknalah dia
di situ lagi.
“Icat baru
sampai laa.” Kata
Irsyad yang tidak
tahu apa-apa itu.
“Oh... tu
dah ada orang
naik.” Shila mencemik.
Baru dia rasa nak kenakan
Irsyad dan Zara.
Tiba-tiba ada seorang
gadis naik ke
pentas tersipu-sipu. Lega
Zara. Tidak perlulah
Shila menyuruhnya naik
ke pentas lagi.
“Kenapa?” Irsyad
masih lagi tidak
dapat menangkap apa-apa.
“Tadi emcee
tu cakap, silalah
naik ke pentas
bagi sesiapa yang
nak menyanyi... Icatkan
pandai menyanyi... boleh
tunjuk bakat.” Kata
Shila dengan geram.
“Tak ada
kerjalah...” Irsyad mencemik.
“Hmmm.... Siapa
nak berduet ni?
Lelaki? Jadi Robbie
William. Adik kita
ni minta untuk
menyanyikan lagu Something
Stupid.” Emcee itu
bersuara, membuat pengumuman.
“Haaaa! Lagu favorite
Icatlah! Icat naik.
Tunggu kat sini
ye.” Irsyad tanpa
berlengah lagi terus
naik ke pentas.
Shila sudah
menepuk tangannya dan
bersorak. Sorakan menjadi
lebih kuat sebaik
sahaja orang ramai
melihat Irsyad naik
ke pentas. Si
gadis yang sedang
memegang mikrofon untuk
menyanyi itu juga
sudah tersipu-sipu malu
apabila lelaki idaman
ramai ini sudi
menyanyi dengannya. Zara
mendengus. Urgh. Kenapalah
Irsyad ni suka
sangat mencari perhatian?
“Lagu ni
untuk dia yang
saya cinta!” tangan
Irsyad terpanah ke
arah Shila dan
Zara.
Shila bersorak
dan bertepuk tangan
sekali lagi. Zara
mendengus. Tentu Irsyad
tujukan buat Shila.
Dasar lelaki mulut
manis! Cuma mata
Irsyad saja yang
tidak putus-putus memandangnya.
Mungkin juga lelaki
itu memandang Shila.
Jarak yang agak
jauh begitu membuatkan
Zara tak berapa
yakin dengan pandangan
matanya.
“I
know I stand
in line until
you think you
have the time
to spend an
evening with me,
and if we go some
place to dance
I know that
there’s a chance
you won’t be
leaving with me,
and afterwards we
drop into a
quiet little place
or have a
drink or two,
and then I
go and spoil
it all by
saying something stupid
like “I love
you”. I can
see it in your eyes
that you despise
the same old
lies you heard
the night before,
and though it’s
just a line
to you for me it’s
true and never
seem so right
before...
I practice
everyday to find
some clever lines
to say to
make the meaning
come through, but
then I think,
I’ll wait until
the evening gets
late and I’m
alone with you,
the time is
right, your perfume
fills my head,
the stars get
red, and oh,
the night’s so
blue, and then
I go and
spoil it all
by saying something
stupid like “I
love you”...
The time
is right, your
perfume fills my
head, the stars
get red, and
oh, the night’s
so blue, and
then I go
and spoil it
all by saying
something stupid like
“I love you”...
I love you...
I love you...
I love you...” mata
Irsyad memang terpanah
dekat Zara! Zara
yakin sekali... namun
Shila di sisinya
dipandang. Kedua tangan
gadis itu sudah
berada di dada.
“Sweetnya...” kata
Shila dengan nada
yang kedengaran terharu
di telinga Zara.
Walaupun dia terbuai
mendengar nyanyian Irsyad
itu, namun dia
tak boleh! Tak
boleh untuk menaruh
harapan. Kasihan Shila.
“I balik
dulu. Sakit perutlah.”
Zara meminta izin
apabila melihat Irsyad
sudah turun dari
pentas dengan sorakan
orang ramai. Zara
menghilang secepat mungkin.
“Mana perginya
dia?” soal Irsyad
apabila dia melangkah
ke arah Shila.
“Dia balik.
Sakit perut katanya.
Sweet betul
apa Icat buat
untuk dia.” Puji
Shila. Irsyad tersenyum.
Orang ramai memerhati
mereka berdua dan
bersorak. Tentu mereka
ingatkan yang lagu
tadi ditujukan buat
Shila.
“Nampak gayanya,
dia sama macam
orang lain. Dia
ingatkan Icat tujukan
lagu untuk Shila.”
Kata Irsyad bersama
keluhan hampanya.
“Tapi Shila
tahu dia merasakannya.” Pujuk
Shila.
ZARA MEMEGANG dadanya.
Masih berombak kencang.
Kenapa mesti dia
perasan bahawa lagu
itu ditujukan buatnya
sedangkan jelas sekali,
pasti Irsyad menyanyikan
untuk Shila. Shilakan
cinta hatinya?
Kenapa mesti
dia berasa kecewa
seperti ini? Kenapa?
Dia sepatutnya sedar
diri. Dia masuk
ke universiti ini
untuk belajar, bukannya
untuk bercinta atau
jatuh cinta! Kenapa
dia semakin hanyut
kebelakangan ini? Dia
tidak patut berperasaan
seperti tadi.
Dia pulang
ke bilik kerana
rasa serba salah
dengan perasaannya. Bukan
kerana sakit perut.
Dia tidak sanggup
melukakan hati Shila.
Shila terlalu baik
dengannya. Dan Irsyad,
kenapa lelaki itu
memberikannya perasaan seperti
ini? Memberikan harapan
palsu! Tak kasihankah
lelaki itu kepada
Shila? Tak mungkin
Irsyad ada hati kepadanya
juga. Mungkin Irsyad
sekadar nak berfoya-foya.
Tetapi kenapa dia
mengumumkan tentang gadis
yang dia cinta
di khalayak ramai
kalau dia berniat
nak berfoya-foya?
“Zara, mungkin
kau yang terlalu
perasan. Mungkin tadi, dia
nak pandang Shila
tetapi matanya terpandangkan
kau.” Kata Zara
pula bila melihat
wajah pucatnya di
dalam cermin.
“Zara, lupakan
dia... cari crush baru.”
Pesan Zara lagi.
Air mata kecewa
di tubir matanya
disapu. Irsyad, apa
mahunya lelaki itu?
Kenapa lelaki itu
cuba mendekati dia
jika sudah ada
Shila? Kenapa lelaki
itu mengumumkan perasaannya
kepada Shila di
khalayak ramai begitu?
Dan kenapa harus
dia sekecewa ini
hanya kerana perlakuan Irsyad
tadi?
Walaupun dia
yakin Irsyad menyanyikan
lagu tadi untuk
dia, namun, apabila
melihat reaksi Shila,
keyakinannya lumpuh serta-merta... pasti
dia yang terperasan
lebih. Dan itu
menyedihkannya kerana dia
hanya mampu perasan
sendiri. Mulai hari
ini dia akan
tumpukan sepenuh perhatian
kepada pembelajaran dia
saja. Tiada lagi
Irsyad. Itu tekad
hatinya.
“YEAH! Penderitaan
berakhir! Minggu ni,
lagi beberapa hari
saja lagi cuti
semester akan bermulaaaa!!”
pekik Zara dengan
gembira. Dia menari-nari
kegirangan di dalam
biliknya. Sekejap-sekejap pinggulnya
digelek penuh gembira.
Bukan senang untuk
dia berperangai gila-gila
begitu. Ini semua
gara-gara rasa rindu
terhadap ibu bapa
yang menggebu di
dalam dirinya.
“Hey, machaa! Diamlah!
Aku nak study! Kecohlah
kau!” marah sahabat
biliknya, Annur yang
baru mula membuka
buku bagi subjek
MGT. Nurain yang
sedang studi itu
terkekeh-kekeh mentertawakan Zara
yang dimarah Annur.
Annur dan Zara,
dua-dua boleh tahan
keras kepala.
Zara
buat muka toya
sahaja. Lantaklah! Dah
dia rasa gembira,
siapa boleh halang?
Zara memandang Nurain
yang tak pandai
nak berhenti ketawa
itu. Apa yang
kelakar sangatnya?
“Kau diamlah,
Nurain Fatin Hamzah!
Jangan gelak sangat.”
Itu dia! Nurain
pula menerima habuan.
Nama penuh Nurain, Zara
panggil menyebabkan Nurain
menelan tawanya. Gerun!
Zara memang garang.
Akhirnya si Annur
tergelak apabila melihat
muka kelat Nurain
yang dimarahi Zara.
Dia bukannya mula
mentelaah buku lagi.
Sengaja mahu mengenakan
Zara yang sudah
angau nak balik
tu.
“Kau diamlah
Annur!” Nurain mula
memulangkan paku buah
keras. Annur mengetap
bibir apabila dijerkah
begitu. Masing-masing terdiam
dan memandang sesama
mereka beberapa ketika.
Akhirnya mereka bertiga
tergelak serentak.
“Tak berapa
betul budak-budak ni!”
komen Annur geram.
Dia menekuni buku
yang dibuka tadi.
Bucu pen digigit-gigit. Seketika
kemudian, sehelai kertas
kajang dikeluarkan dan
dilipat dua. Nota mula dicatat
dengan tekun.
“Kau studi chapter
berapa, Nor?” soal
Zara kepada Annur.
“Dari mulalah.
Chapter one.”
ujar Annur dengan
riak seriusnya.
“Pergh, tekunnya.”
usik Zara. Dia
mengambil tempat duduknya
di sebelah meja
studi Nurain. Nurain
lebih-lebih lagi tekun!
Gila!
“Kata nak
dapat four flat.” sampuk
Nurain pula. Zara
tersengih cuma.
“Aku doa
agar aku dapat
dekan.” Annur bersuara
sambil mencatat nota.
Sekejap-sekejap dia menggunakan
highlighter yang
berwarna-warni ke atas
notanya.
“Amiinn... aku
pun sama. Aku
doakan kita satu
bilik ni dekan.”
Zara bersuara gembira.
Teringin benar
dia hendak mendapat
dekan. Teringin juga
untuk merasa menjadi
pelajar cemerlang di
universiti. Kalau di
sekolah dahulu dia
tidak dapat membuktikannya, biarlah
di universiti ini
dia berjaya membuat
ibu bapanya bangga.
Lagi pula, dia
ingin membuktikan kepada
dirinya sendiri yang
dia di sini
untuk belajar. Bukan
untuk perasan bercinta
dengan jejaka pilihan
ramai... Irsyad. Sudah
lama dia mengelakkan
diri dari bertembung
dengan Irsyad.
Apa khabar
lelaki itu agaknya?
“Amiinn.” sahut
Annur dan Nurain
serentak. Sahutan itu
mematikan lamunan Zara
kepada Irsyad.
“MACAM mana
eh?” soal Aiman
kepada Jamal disebelahnya.
Irsyad yang sengaja
datang ke bilik
mereka untuk melepak
itu pula hanya
duduk menopang dagu.
Masalah bagi Aiman
merupakan kesyukuran buat
dia. Nampak macam
dia kejam, tetapi
dia hanya kejam
terhadap Aiman. Silap
Aiman jatuh cinta
pada cinta hatinya.
Siapa suruh
nak menggedik dengan
Zara? Zara tu
pun satu, apa
susahnya? Balik sahajalah
naik bas. Ini
sibuk juga nak kekasih hati
dia hantarkan. Sekali
kereta rosak daa...
Aiman pula, macamlah
tak ada kelas?
Sekarang, puas dia
nak mereka alasan.
Macam mana dia
nak cakap pada
Zara yang dia tak
boleh hantarkan Zara
balik ke Kuantan
nanti? Zara pula
dengan yakin nak
balik awal sehari
nak kejutkan mama.
Hmm...
“Suruh ajelah
dia tunggu sampai
kereta kau siap
baiki.” Jamal mengeluarkan
idea.
“Tak boleh.
Borang clearance tu dia
dah isi. Paling
lewat pun, dia
kena keluar dari
kompleks tu dalam
masa sehari selepas
dia habis final.
Kereta aku minggu
depan baru dapat... hee. Entah apa
yang Razak dah
buat kat kereta
aku. Sabar ajelah!”
bebel Aiman geram.
Rosak keretanya
bukan kerana diri
sendiri yang mendajalkannya tetapi
kerana Razak! Razak meminjam keretanya
untuk berdating dengan awek,
balik-balik aje, kereta
dah tak ada.
Razak kata dah
kena tow. Accident! Cheh! Mujur
Razak sanggup bayar.
Tetapi pedih jugalah
hati Aiman. Nanti
dia nak bergerak
ke hulu ke
hilir macam mana?!
“Biar aku
hantarkan dia balik.
Aku tak ada
kelas hari dia
habis final tu.”
Irsyad menawarkan diri
atau dalam erti
kata lain, dia
sedang mencuri kesempatan.
Masa bilalah lagi
dia dapat berbual
dengan Zara? Nanti,
dia dah habis
degree. Macam mana
nak jumpa gadis
itu kalau nombor
telefon pun dia
masih belum dapat?
Dia mahu
minta nombor dengan
usahanya sendiri tanpa
bantuan Shila. Dan...
dia perasan, Zara
sudah jarang meluangkan
masa dengan Shila
sekarang. Selepas kes
dia menyanyikan Zara
lagu dululah. Kenapa
ya? Ketara sangat
Zara cuba mengelak
daripada bertembung dengannya.
“Esh! Susahkan
kau aje. Tak
payahlah! Kesian kat
dia. Dia mana
biasa dengan orang
lain selain aku.
Dia manja sangat
ngan aku. Salah
aku juga. Kalau
aku tak tabur
janji, tak adalah
benda ni semua
jadi. Ni kalau
dia tahu, confirm merajuk!
Penatlah nak pujuk.
Merajuk kalah orang
bunting.” Aiman bersuara
sedih.
Irsyad ketap
giginya. Aiii, sabar
ajelah hati. Bunyi
bahagia benar hubungan
Aiman dengan Zara.
Menyampah! Rasa nak
terajang Aiman sejuta
kali! Boleh dia
zahirkan betapa bahagianya
hubungan dia dengan
Zara dalam keadaan
muka selebet begitu?
Zara tu hak aku! Ah,
peduli apa?
Sedangkan tunang
orang pun aku
pernah rembat, inikan
pula awek orang?
Tapi awek orang
ni yang liat
sangat nak tergoda
dengan aku. Tunang
orang tu... ala...
kawan biasa-biasa. Mana
aku tau dia
tunang orang. Huhuhu.
Okey, itu kes
dua tahun lepas!
Tutup kes! Hatinya
berdesis.
“Tak adalah.
Aku memang nak
balik Kuantan pun
hari tu. Empat
hari lagi, kan?”
soal Irsyad konon-konon
free waktu
itu. Si Aiman
yang dah terpercaya
itu ternganga. Wah!
Pucuk dicita ulam
mendatang! Dia sanggup
skip kelas
untuk Zara! Bukan
satu kelas tetapi
dua!
“Betul ni,
tak menyusahkan kau?!”
soal Aiman dengan
nada teruja. Irsyad
mengangguk penuh semangat.
Hehehe. Aku kebas
aje awek kau.
Tak salah, kan?
Lantaklah kalau Aiman
nak kata dia
tu spesies heavyhanded atau
apa? Apa dia
peduli? Dia hendak
meluahkan perasaannya kepada
Zara! Itu yang
pasti.
“Betul tak.”
jawabnya yakin.
“Erm. Tapi
jangan bagi tahu
Zara dulu. Kau
pujuk dialah, biar
dia balik dengan
kau. Aku tahu sangat dia
tu jenis yang
macam mana. Kalau
boleh kelentong, kau
kelentonglah
habis-habisan...” si Aiman
mengajar Irsyad. Irsyad
menahan senyum.
‘Kau tak
payah beritahu pun
aku tahu tugas
aku!’ hatinya tergelak
jahat.
“Okey, aku
akan pastikan dia
selamat balik dengan
aku.” Irsyad bersuara,
memberikan janji.
“Betul ke
aku boleh percayakan
kau?” soal Aiman
pula ragu-ragu.
“Hm? Kau
tak percayakan aku
eh? Ada pernah
dengar cerita buruk-buruk
dak pasal aku?”
soal Irsyad dengan
nada serius. Jamal
di tengah sudah
ternganga-nganga. Suasana macam
tegang sekejap aje?
“Bukan tak percaya. kalau
orang putih kata
apa eh? Ominous! Tak
sedap hati... aku
ngan Zara mana
pernah berpisah selama
ni. Berenggang kejap
pun susah.” Aiman
bersuara. Kening digaru-garu
dengan jari kelingkingnya.
Memang dia
risaukan adiknya dan
dia ada hak
untuk risau. Zara
amanahnya. Dia bertanggung
jawab terhadap keselamatan
dan kesihatan adiknya
di universiti ini.
Irsyad menahan dirinya
daripada mendengus. Geram
pula dia dengan
sikap Aiman. Macamlah
dia hendak merosakkan
Zara. Dia takkan
buatlah kerja gila
macam tu! Dia
masih punya iman.
“Kau jangan
risaulah. Aku bawak
kereta slow-slow. Tak
pecut pun kalau
kau risaukan keselamatan
dia. Kalau kau
risaukan aku buat
apa-apa kat dia,
lebih baik kau
berhenti risau. Aku
takkan usik dia
pun. Kau tahu
kat mana nak
cari aku kalau
ada perkara buruk
menimpa dia.” Irsyad
menyedapkan hati Aiman.
Memang dia
takkan apa-apakan Zara.
Dia cuma mahu
meluahkan rasanya terhadap
Zara. Perasaan yang
terpendam sejak beberapa
bulan lalu. Berkurangan
sedikit rasa risau
Aiman mendengar penjelasan
Irsyad itu. Dia
ada alamat rumah
Irsyad. Jadi, ya,
dia boleh percayakan
Irsyad.
“Hmm. Aku
harap kau boleh
pujuk dia balik
dengan kau. Bersalah
gila aku dengan
dia. Tak pernah
aku mungkir janji
macam ni. Pasal
kereta, semua tak
jadi... aduh...” rengus
Aiman perlahan.
“Kau tak
nak suruh dia
beli tiket bas?” soal
Jamal. Irsyad mengetap
gigi. Ai, tak
percayakan aku nampaknya
budak dua ekor
ni! Aku bukannya
buaya! Cuma aku
selalu dicap buaya.
Hmmph!
“Aku dah try
tanya kat kaunter
tiket siang tadi
tapi, tiket ke
Kuantan kena beli
waktu nak balik
itu aje. Dia
habis exam petang, memang
tak sempatlah nak
beli tiket. Gerenti
tiket habis punya.
Tengoklah, musim diorang
cuti sem kan
sekarang ni?” Aiman
bersuara.
“Sayangnya kau
dekat awek kau
kan? Berapa lama
dah kau dengan
dia? First love kau
ke?” soalan-soalan Jamal
menyebabkan darah Irsyad
mendidih geram. Ada
jugak yang kena
hayun dengan tukul
ni nampaknya.
“Esh kau
ni Mal, sibuk
sangat nak jadi nosy
parker tu kenapa?!” si
Irsyad menjegilkan matanya.
Jamal tergelak. Aiman
pula hanya tersenyum-senyum.
“Aku just nak
tau. Sweet diorang ni.”
puji Jamal. Irsyad
ketap gigi dengan
kuat. Penumbuk dikepal-kepal
geram. tak ada
apa yang sweet pun!
“Dah lama
aku ngan dia.
Sejak dia lahir
lagi. Hehehe.” jawab
Aiman bersahaja.
“Main-main pulak!”
bahunya ditumbuk oleh
Jamal.
“Eh, tak
apa ke menyusahkan
kau? Betul tak
apa?” soal Aiman
untuk keberapa kalinya.
Irsyad mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Tak menyusahkan
akulah. Lagi pun
aku nak balik
Kuantan jugak. Mama
aku ada benda
nak bagi kat
aku.” bohong Irsyad
selamba. Mamanya bukan
ada di rumah.
Mereka sekeluarga bakal
bercuti ke Thailand.
Irsyad sahaja yang
tidak boleh ikut
sama kerana sibuk
belajar.
“Err, kalau
kau rasa dia
tu menyusahkan kau,
aku mintak tolong
dengan Wanie ajelah.
Wanie duduk kat
luar, buat sementara
nak tunggu kereta
aku elok, boleh
Zara tumpang Wanie
aje.” Aiman bersuara
pula.
“Eh, tak
jadi keslah, Man!
Aku boleh hantar
dia balik. Jangan
risaulah. Aku jaga
Zara tu. Tak
adanya nak rampas
kawan punya awek.”
dalam hati, Irsyad
sudah tergelak sakan.
Memang bodohlah kalau
si Aiman percaya!
“Hii. Aku
bukan risau benda
tu, Zara tu
yang aku risaukan
sangat. Degil, keras
kepala. Seribu macam
perangai ada pada
dia.” bebel Aiman.
Irsyad tersenyum sinis.
Oh, so, tak risau
ya kalau aku
rampas awek kau?
“Tak apa,
In sha Allah
aku boleh handle.” kata
Irsyad dengan senyuman
yang menampakkan lesung
pipitnya yang agak
ketara.
Lesung pipit
mengejek sebenarnya. Akhirnya,
dapat juga dia
peluang untuk berbual
dengan Zara dan
meluahkan perasaannya. Pakwe
Zara sendiri pula
tu yang membenarkan
dia membawa Zara
pulang. Heaven! Kalau Zara reject
cintanya, dia masih
boleh terima lagi.
Tapi, kalau Zara
buat hati keras
dia tu macam
mana? Macam mana
kalau Zara tak
nak buka mulut
bila diajak berborak?
Itulah yang Irsyad
paling pantang sekali!
Pantang dengan orang
sombong...
Sudah beberapa
kali dia cuba
menahan diri dari
mengamuk bila Zara
buat tak endah
akannya. Pertama sekali,
sewaktu Aiman sakit
dahulu akibat terjatuh
dari main bola.
Zara buat dia
macam tak wujud
pula! Selepas itu,
sewaktu Zara berjoging dulu. Tak cakap
maaf pun. Eee. Memang
menduga betul.
Kali ketiga
sewaktu Zara membeli
pakaian dulu. Waktu
itu, dia sudah
rasa macam nak
hempuk muka comel
Zara itu sekuat
hati. Sabar punya
sabar, itu yang
dia dapat? Layanan
zero! Zara
menolak untuk menjadi
kawannya! Kawan aje pun!
Kali keempat
pula tentunya di B5 pada
bulan lepas. Sewaktu
makan, boleh Zara
buat tak endah
kewujudannya? Puas dia
mengajak Zara berbual
tetapi gadis itu
buat-buat pekak. Puas
dia menahan amarahnya
agar tidak terhambur
keluar. Dayus dia
nanti! Paling tidak
pun, penumbuk dikepal-kepal
menahan marah.
‘Aduhai, Irsyad,
kau pun satu,
bebal sungguh! Kenapa
masih tak berputus
asa?’ hatinya menyoal
pedih.
‘Sebab dia
lain daripada yang
lain. Dia satu
dalam sejuta!’ akal
baiknya pula berkata.
‘Boleh kau
tahan dengan perangai
dia. Itu pun
tak sampai sejam
Zara buat derk kat
kau, kau dah
nak melenting.. Kalau
dari perjalanan Jengka
ke Kuantan... hampir
dua jam. Masaklah
kau nak bertahan
dengan perangai Zara.’
Hatinya menghasut.
‘Harap Zara
tak buat hal.
Harap Zara tak
tipiskan iman aku.
Aku akan bersabar
selagi boleh.’ Akal
Irsyad memutuskan.
0 komen:
Post a Comment