Bab 4
ABBY termenung
melihat Diela sedang
nyenyak melelapkan mata
di ruang tamu
bersama komputer riba
yang masih terang
menyala. Tak sangka
sungguh sebegitu kentalnya
semangat Diela untuk
mencari pekerja baru buat bosnya.
Hailah, sampai macam
ini teruknya Diela
bekerja semata-mata untuk
mencari pengganti dia
buat bekerja di
pejabat itu. Neraka
dunia, Diela kata.
“Bos! Saya
dah jumpa pengganti
bos!” Abby terkejut
beruk mendengar suara
Diela yang kedengaran
sungguh bersemangat itu. Mana datang
bosnya? Mengigau rupanya.
Dia baru hendak
mengejutkan Diela daripada
tidur terbongkang di
ruang tamu itu. Abby menahan
gelak.
“Saya dah
jumpa! Betul!!” Diela
menekan perkataan ‘betul’
itu.
“Eh bos,
jangan pandang saya
tak ada mata
tau? Saya berjaya
cari pekerja yang
tak capang macam telinga saya.
Kali ini telinga
dia kecil je
macam telinga alien!” Diela
membebel lagi.
Abby sudah pun keras
perut menahan tawa.
Dia tergolek-golek di
lantai menahan rasa
lucu yang menebak
di dada. Teruk
betul penangan bos
Diela sampaikan gadis
itu termengigaukan dia.
Sampai masuk mimpi!
Perut dipegang kuat.
Rasa nak pecah
perut menahan gelak
dengan telatah Diela
itu.
“Apa ni
bos? Betullah,” kali
ini suara Diela
meninggi sehingga melengking
suaranya. Tentu dia
bermimpi yang dia sedang bergaduh
dengan bosnya. Abby
tersenyum-senyum. Idea nakal
muncul. Dia mengeluarkan
telefon bimbitnya untuk
merakam igauan kawannya
itu. Besok pagi,
siaplah kau, Diela!
Diela membebel-bebel geram.
Abby mengemam bibirnya.
Bimbang tawanya bakal
membuatkan Diela terjaga.
“Eeee!
Dah cari pekerja
telinga kecil pun
tak kena juga!
Hantu punya bos!”
jerkah Diela kuat. Abbyterhinggut mendengar
jerkahan itu namun
kemudian, dia sudah
senak perut menahan
tawanya daripada terhambur
keluar.
“Memang kau
ni bos paling
hantu yang pernah
aku jumpa! Hantu
pun lari dapat
bos macam kau!”
Diela menjerkah lagi.
Wajah Abby sudah
memerah sakan. Diela
membahasakan dirinya aku
dengan ‘bos’ dalam
mimpinya itu. Maknanya,
dia betul-betul marah!
Siapalah bos Diela
yang sebenarnya? Teringin
juga Abby hendak
melihatnya.
Sudah beberapa
kali Diela menyebut
ayat ‘hantu punya
bos’ itu. Hantu
betul agaknya. Teruk
sungguh perangainya. ‘Sampai
trauma kawan aku
yang seorang ni.
Aduhai. Kasihan.’ Dia
melihat tangan Diela
menggagau-gagau ke awangan.
Alahai. Kelakar sungguh
Diela. Diela manusia
paling comel yang
dia pernah jumpa.
Telatahnya, sentiasa mencuit
hati.
“Dee, bangun.
Tidur dalam bilik,”
akhirnya Abby berkeputusan
untuk mengejutkan Diela
dari tidurnya. Tidak
sampai hati mahu
melihat muka mencuka
kawannya yang sedang
mengigau itu. Dia
sudah mengah menahan
rasa lucu. Diela
tersentak hebat apabila
badannya digoyang-goyangkan. Takut-takut
sahaja wajahnya.
“Aku ingatkan
aku tertidur di
pejabat tadi. Mujurlah
kau yang kejutkan
aku,” dia berkata
tidak lama kemudian.
Dia mengurut-urut dadanya
kelegaan dengan tangan kanan
sambil tangan kirinya
menggenyeh mata. Abby
tergelak. Takut bos
dia kejutkanlah tu!
Sekali kena petir,
terus segar mata.
Diela berpisat-pisat bangkit
dari tidurnya.
“Kau ni,
tak teragak-agak langsung
nak mengigau. Teruk
betul. Mujurlah yang
lain dah tidur,
Diela oii. Kalau
diorang tengok keadaan
kau tadi, jadi hot
issue kau,” Abby
mengutuk selamba. Diela
berkerut-kerut.
“Masa bila
aku mengigau? Aku
ada mengigau ke, babe?”
Diela menyoal Abby
dengan nada panik.
Abby tergelak juga
akhirnya.
“Dah, dah.
Sekarang kau pergi
tidur. Besok kau
sambung buat iklan
tu. Besok, baru
aku jawab sama
ada kau mengigau
atau tidak beserta
bukti yang sahih,”
Abby berkata selamba.
Dia pergi melangkah
ke dalam bilik
tidurnya meninggalkan Diela
yang terpinga-pinga sendirian
di ruang tamu.
Diela mencebikkan bibir
dan mengangkat bahunya.
Bukti?
Dia menutup
komputer ribanya yang
terpasang tadi dan menyimpannya ke
dalam beg. Kemudian,
dia bangkit dan
masuk ke bilik
untuk tidur. Penat
setelah berperang dengan
bosnya di dalam
mimpi. Disebabkan bos
dialah, dia perlu
bersengkang mata sehingga
jam dua pagi
bagi menyiapkan iklan
jawatan kosong itu.
KEESOKAN harinya,
setelah pulang dari
tempat kerja, Diela
terus meneruskan tugasnya
dalam membuat iklan.
Abby setia berada
disampingnya. Menegur apa
yang patut.
“Weh, takkanlah
kau nak buat
macam itu? Tak
sesuailah! Sampai sudah
orang tak nak
bekerja kat syarikat
tu nanti,” tegur Abby apabila
Diela menaip suatu
ayat yang tidak
berapa sesuai buat
‘mempromosikan’ jawatan kosong
itu.
“Betul apa
yang aku tulis
ni?!” Diela tidak
mahu kalah. Dia
memang berpuas hati
dengan apa yang
ditulisnya itu. Dapat juga dia membalas dendamnya
pada Arrayyan yang
sudah lama dipendam
dalam lubuk hatinya
meskipun hanya melalui
‘promosi’ jawatan kosong
itu.
“Betul tu
memanglah betul. Nanti
tak ada sesiapa
berani nak bekerja
kat tempat kau. Last-last, kau
berhenti tanpa gaji jugak.
Believe me!”
Abby pula menegakkan
benang keringnya. Dia
bukan hendak menakutkan
kawannya itu tetapi dia
hanya menyatakan perkara
yang benar. Padanya,
Diela tidak sepatutnya
berbuat demikian. Dia
menegur benda yang
betul, untuk kesenangan
Diela juga.
“Alah. Tak
ada apalah. Memang
diorang patut tahu
pun perangai bakal
bos diorang ni.
Bos berperangai hantu
yang tak sedar
diri,” Diela berkata
selamba sambil meneruskan
kritikannya terhadap bos
di tempat kerjanya.
Abby menjegilkan matanya.
“Mana boleh
buat macam ni?
‘Seseorang yang tidak
berpenyakit lemah jantung,
berdaya kental dan
kalis maki amat
diperlukan kerana pengarah
syarikat merupakan seorang
yang terlalu garang,
suka menjerkah, suka
memperkecilkan pekerjanya dan
sangat sombong!’ Ini,
nak tempah bala
namanya. Buatnya nanti,
bos kau baca! Macam mana?”
Abby menegur lagi
bersama sebaris ayat
yang dibaca daripada
iklan yang sedang
Diela buat.
“Bos takkan
baca punya!” yakin
sekali nada Diela
berkata. Agak bongkak.
Abby mendengus.
“Takkan baca
ya? Buatnya kalau
orang tu bawak
iklan ni kepada
bos kau, mesti
dia tahu punya
kerja siapa! Kau
dipecat tanpa sempat
berhenti pun...” Abby
berkata selari dengan
pemikiran rasionalnya.
“Eeee.
Habis tu nak
aku buat macam
mana lagi? Inilah
kenyataannya!” Diela mencemik
geram. Kepala yang
tidak gatal digaru
serabut. Geram kerana
ideanya ditolak Abby.
“Okey, kalau
kau nak buat
macam ni juga,
kau buatlah, jangan
tanya aku kenapa kalau tak
ada orang nak
bagi respons pada
kerja kosong ni
nanti,” Abby berkata
mengalah sambil menyatakan
akibat sekiranya Diela
meneruskan kerjanya yang
tidak berapa cerdik
itu. Dia sudah
malas memujuk. Ada
baiknya dia pergi
menonton tv sahaja.
“Yalah-yalah. Aku
nak kena buat
macam mana ni?”
Diela mengalah juga.
Dia mengeluh. Benar
kata Abby, kalau
dia yang terbaca
iklan yang seperti
ini, sudah lama
dia membakulsampahkan iklan
tersebut. Orang gila
pun belum tentu
berminat dengan kerja
ini jika dia
menyatakan sikap baran
bosnya. Abby tersenyum
sinis. Senyuman kemenangan.
“Kau kena
buat, jawatan kosong
sebagai P.A kepada
Encik…??” Abby menyoal
Diela. Diela mencebikkan
bibirnya. Lama dia
terdiam. Nak sebut
ke tak nak
nama bos dia
tu? Dengusan kasar
dilepaskan apabila melihat
riak Abby yang
masih setia menanti
jawapan.
“Arrayyan bin
Zainuddin,” Diela berkata
dengan cebikan melampau.
Menyampah dia hendak
menyebut nama bosnya
yang berperangai tak
matang itu.
Kerjanya dari
pagi sehingga petang
ialah mengamuk tak
tentu fasal. Hari
ini pun begitu
juga perangainya. Menyampah
Diela bila mengenangkan
telinganya sekali lagi menjadi mangsa
buat mulut petir Arrayyan hari
ini. Entah apa
yang Arrayyan tidak
berpuas hati dengan
telinganya pun dia
tidak tahu. Setahunya,
telinga capangnya itu
tidak pernah membuat
dosa atau onar
terhadap sesiapa. Hmmph.
“Wow. Nama
dia sangat unik. Cantiknya nama.
Arrayyan... eh! Okey,
buat macam ni.
Jawatan kosong sebagai
P.A kepada Encik
Arrayyan bin Zainuddin
di Syarikat Avaloft,
Kuala Lumpur. Berminat,
sila hubungi saya,
Nor Adilah binti
Mukhtar. Emailkan butiran
peribadi serta gambar
anda kepada noradilahmukhtar88@gmail.com,” Abby
berkata dengan muka
bersemangat.
“Macam tu aje
ke? Simple gila. Iklan
kenalah menarik, babe!” Diela
membantah. Takkanlah seringkas
itu sahaja? Layu
sekejap semangat yang
timbul tadi.
“Habis, yang
kau kritik bos
kau tu, menarik
sangatlah? Silap-silap hari
bulan kena saman
kau!” Abby menempelak
Diela. Diela tersengih-sengih malu.
Kalau kena saman,
Tunang dialah yang
menjadi mangsa nampaknya...
“Alah, itu
pun nak berkira.
Aku saja cakap
macam tu. Okey
dah ni,” Diela
malas hendak melayan
amarah Abby jadi
dia bersetuju sahaja.
Abby mencebik. Dia
tahu Diela tak
berapa berkenan dengan
ideanya. Memang simple dan
kurang menarik pun.
“Kat bawah
tu tulislah benefits yang
ada bilabekerja dekat
Syarikat Avaloft tu,” Abby memberikan
cadangan lagi. Diela
inilah, kan? Entah
apa yang dia
buat sampai pagi,
semalam. Satu pun
belum siap lagi.
Tentu dia hanya
promot dekat dalam
blog sahaja. Blog
baru ada lima follower, takkanlah
ada yang berminat?
“Kebaikan? Cheh! Apa
yang baiknya bekerja
di situ? Semuanya
buruk-buruk belaka,” Diela
memperlekehkan syarikat tempatnya
bekerja. Kuku dibelek-belek
mengada.
“Eee, tulislah.
Hipokrit sikit pun
tak apa. Nak
selamat atau tak,
kau ni?” Abby
jadi berang dengan
sikap Diela yang
mengambil mudah tentang
perkara ini. Diela
mengangguk-angguk tanda mahu
selamat. Abby mendengus
geram. ‘Tau pun
dia! Orang nak
tolong, dia buat
tak endah.’ Geram Abby dengan
Diela yang tidak
berfikir panjang dalam
membuat sebarang keputusan.
“Yalah-yalah. Tapi,
kebaikan apa yang
diorang dapat kalau
bekerja di situ? Mati
dengan lebih cepat
dan mudah! Menemui
jalan ke kubur
dengan sekali jerkahan,”
Diela menjawab dengan
penuh nada sarkastik.
Abby yang berang
tadi sudah tergelak-gelak mendengar
jawapan Diela. Diela
ni, bilalah nak
serius?
“Kau ni,
seriuslah!” Abby memarahi
Diela apabila selesai
dia menghamburkan tawanya
sepuas hati. Diela
tersengih.
“Seriuslah ni.
Memang betul pun
diorang akan mati
cepat dan mudah.
Kalau ada pesakit
jantung, memang mudah
amat cara matinya
nanti. Percayalah cakap
aku!” Diela menjawab
dengan riak bersungguh-sungguh.
“Hisy kau
ni!” Abby mendengus
geram. Diela mengalah
juga akhirnya.
“Gaji besar,
persekitaran bersih dan
cantik, ada bilik
sendiri, dan pekerja
yang ramah,” Diela
menjawab dengan muka
meluat. Abby terkekeh-kekeh mendengarnya.
Nampak sangat Diela
enggan mengakui ‘nikmat’
bekerja di bawah
Arrayyan itu.
“Kau tulis
kat blog akulah.
Blog aku ramai
sikit peminat berbanding
kau! Dua ratus
lebih follower. Kira okeylah
dari kau yang
baru ada beberapa
‘puntung’ ni. Satu
puntung daripadanya adalah
aku,” tempelak Abby
lagi. Wajah Diela
bercahaya bagaikan disuluh
lampu. Teruja apabila
Abby sanggup membantunya.
“Aku punya
blog tak ramai follower
sebab aku baru
buka blog aku.
Eh, boleh ke
aku guna blog
kau?” Diela bertanya
teruja. Abby hanya
menganggukkan kepalanya.
“Come,
biar aku yang
tolong kau,” Abby
mengambil alih tugas
tak bergaji itu.
Dia membuat iklan
dengan penuh tekun.Siap
disertakan gambar syarikat
Diela bekerja itu
lagi supaya lebih
menarik. Setelah mendaftar
masuk akaun blognya,
dia membuat iklan
itu dengan dihiasi
gadget yang menarik.
“Gaji tinggi
bersama insurans, SOCSO
dan bonus bulanan.
Kami memerlukan pekerja
yang berperwatakan menarik,
dan tahan bekerja
di bawah tekanan,”
Diela membaca sepotong
ayat yang ditulis
oleh Abby itu.
Dia tersenyum. Ya,
bos memang tak
boleh dapat pekerja
yang tercela di
mana-mana. Kalau jari
terkontot sikit pun
agaknya dia akan
menegur dengan ejekan
dan sindiran.
“Bergeliga juga
otak kau, kan?”
Diela memuji sahabatnya.
Abby hanya tersenyum
bangga. Dia meneruskan
tugasnya tanpa menghiraukan
Diela.
“Kau macam
tak kenal aku,” Abby mula
mengangkat bakul. Diela
mencemik geram. Mulalah
nak perasan. Memang pantang dipuji
sungguh insan bernama
Abby ni!
“Babe.
Besok kau temankan
aku keluar. Aku
rindu nak hang out
dengan kaulah. Dah
lama kita tak
keluar berdua,” Diela
mula memakai mata
Puss In Boots
dan Abby terpukau.
Pandai betul dia
meraih simpati Abby.
“Boleh, tapi,
tak mahu lepak
jauh-jauh ya? Cukuplah
kita melepak dekat
Tropicana saja. Aku
malas nak keluar
jauh-jauh. Wandi tak
bagi aku keluar
ke bandar KL
betul,” Abby menyatakan
syaratnya. Dia begitu
setia pada kekasihnya
bernama Wandi itu.
Mereka sudah berpacaran
selama enam tahun.
Tentulah dia begitu
setia. Wandi cinta
pertamanya!
“Yalah-yalah. Kau
nak keluar ni
pun dah kira
okey,” Diela mengalah.
Abby tersenyum kemenangan.
Tiba-tiba dia teringat
pada rakamannya semalam.
Rakaman Diela mengigau
tahap gaban. Dia
harus menunjukkan video
itu kepada Diela.
Harus!
“Dee, aku
ada sesuatu nak
tunjuk kat kau
ni...” Abby menayang
muka nakal. Diela
sudah tidak sedap
perut.
0 komen:
Post a Comment