Bab
8
“AKU cakap
dengan kau kan?”
suara Julia mematikan
ingatan aku pada
kejadian petang tadi.
Aku meletakkan beg
tangan aku ke
kerusi. Duduk di
situ menghilangkan penat.
Julia nampak macam
tak puas hati
bila soalannya tak
dibalas. Aku mendengus.
“Ya, aku
balik dengan diorang.
Diorang datang sekolah
aku tadi. Ada
hal penting yang
tak dapat dielakkan.” aku memberitahu.
Tudung di kepala,
aku cabut dan
sidai di bahu
kiri. Julia ni
angin pasang ke?
Cemberut sahaja mukanya.
Bukannya dia tak
tahu kisah aku
dengan Fareez. Itu
pun nak cemburu
lagi ke? Tak
faham betul aku
dengan dia ni.
“Kalau kau
risau aku mengurat
diorang, jangan risau
lagi. Aku tak
ada mood nak mengurat
dua ekor monkeys tu.
Tadi aku balik
dengan diorang sebab
terpaksa aje. Ada
kes urgent. Jangan risau,
mak aku dah
telefon aku. Dia
kata, abah aku
tengah giat cari
jodoh untuk aku.
Minggu depan aku
balik rumah. Nak
tahu sejauh mana mak dan
abah aku dah
berjaya dapatkan calon-calonnya. Tak
lama lagi, kau
dah tak payah
nak buat muka
meluat setiap kali
pandang aku.” aku
berkata sinis lantas
masuk ke dalam bilik. Tak
pasal-pasal Irfan dan
Bad dapat gelaran
monkey. Half-monkey aje
sebenarnya. Hahaha.
“Betul ni
Mona?” soal Julia
bersungguh.
“Yup!” aku
jerit dari bilik.
Julia terkinja-kinja di
luar bersama tawa
galaknya. Aku menggeleng-gelengkan kepala.
Tudung aku campak
ke katil. Tak
ada masa nak
gantung-gantung.
“Thanks
Mona!” luahnya gembira.
Whatever, Julia. Aku
malas nak ambil
tahu hal kau.
Aku melangkah ke
meja kerjaku di
dalam bilik. Laptopku
buka. Sudah lama
aku meninggalkan kerja
menulisku. Aku tak
tahu nak sambung
novel apa? Atau
mulakan novel baru
aje senang?
Mata tiba-tiba
rasa gatal pulak
nak tengok semula
kenangan aku dengan
arwah Fareez. Aku
meninggalkan laptop yang
masih terpasang itu
dan berjalan ke
katil. Kotak di
bawah katil aku
ambil dan buka.
Nota-nota yang berwarna-warni aku
tatap sedih. Warnanya
sudah usang sedikit.
Sudah terlalu lama
aku menyimpan nota-nota
cinta ini.
Nota pertama
aku belek.
“Assalamualaikum, saya
dah lama perhatikan
awak. Awak comel
sangat.” nota pertama
yang menyebabkan jantung
aku hampir terloncat
keluar ketika mula-mula
aku membacanya. Mulanya
aku ingatkan nota
tersebut tersalah ‘terbang’.
Tapi... nota itu
sudah terselit elok
di dalam sampul
yang tertulis, ‘buat
Mona’! Aku pelik!
Siapa tahu nama
aku?
Di bawah
nota itu terselit,
‘sila balas segera
dan letak semula
dalam sampul ni,’.
aku berkerut sakan
membacanya. Siapa yang
terlalu kuno sangat nak
berbalas surat ni?
Macamlah telefon bimbit
tak ada. Mungkin
dia orang susah...
Waktu dulu
memang aku tak expect
langsung yang dia
bakal jatuh suka
pada aku sebab
aku selalu nampak
dia melepak di
laman rumahnya sambil
mendengar earphone dan melukis
tanpa menghiraukan persekitarannya. Nak
harapkan teguran, memang
taklah! Dia pandang
aku pun tidak!
Selalunya, aku yang
curi pandang dia.
Aku ingat lagi,
kali pertama aku
pandang dia adalah
ketika bila dia
membasuh kereta. Dia
menegur baik dan
aku jawab acuh
tak acuh. Malu-malu
meow gitu. Selepas
kejadian itu, terus
dia tak tegur
aku dah. Ternanti-nanti juga
aku bila dia
nak menegur lagi.
Tapi hampa... nama
dia pun aku
tahu bila mama
dia panggil dia
dulu. Bukan kerana
dia menegurku. Bila
terserempak dengan dia
di laman rumah,
aku senyum dan
dia hanya menjeling.
Selepas itu terus aku tak
senyum setiap kali
bertentang mata dengan
dia. Padaku dia
sangat sombong! Mungkin
sebab aku yang
terlebih dahulu sombong
padanya. Hehehe.
Selepas aku
membaca note itu, aku
langsung tak balas.
Bukannya apa, aku
takut orang sengaja
nak buat khianat
dekat aku. Atau
lebih tepat lagi,
rakan-rakanku yang nakal
tak terampun! Jadi
aku buat tak
tahu sahajalah. Besoknya,
muncul sampul surat
baru, buat Mona
lagi. Aku dah
naik gerun.
Tulisannya bukan
main cantik lagi. Sumpah aku
tak tipu. Bulat-bulat
aje. macam tulisan
orang perempuan. Jadi
aku expect, kawan-kawan aku
sengaja nak kenakan
aku. Aku buka
sampul tu, ada
kertas merah tergunting
bentuk love. Di tengah-tengahnya ada
orang lidi, lelaki
dan perempuan. Di
hati sebelah kiri,
orang lidi lelaki
itu menghulurkan ‘love’ atau
cinta. Yang si
perempuannya sebelah kanan
pula menadah. Aku
tak dapat nafikan
yang aku suka
terima surat ‘layang’
tu sebab itu
pertama kali ada
yang berminat dengan
aku dan menggunakan
cara paling kuno
tetapi romantik untuk
mendekatiku. Perlahan-lahan kepala
otakku teringat kenangan
itu...
“Siapa ni? Fail
betul melukis! Orang
lidi aje?” aku
membebel dan mendengus.
Ada sekeping lagi
kertas terselit. Aku
baca kertas kecil
itu.
“Saya nak
berkenalan dengan awak,
tapi saya malu.”
aku mendengus.
“Habis, macam
mana nak kenal
kalau dah malu?
Aduhai. Pelik-pelik betullah!
Ni siapa yang
kenakan aku tak
ingat dunia ni?”
aku mendengus dan
mendengus lagi. Betapa
geram dikenakan si
misteri person. Tapi surat
itu aku simpan
juga. Nak tengok
tulisannya macam mana
pula kalau ada
lagi surat selanjutnya.
Buat masa ini,
tulisannya sama sahaja.
Hari ketiga
pula, aku tengok
mailbox lagi,
masih ada surat
baru. Lukisan yang
lain pula disertakan.
Kali ini lukisan
berwajah aku. Tergamam
aku. Takkan dia
dengar aku kutuk
lukisan dia kut?
Cantik lukisannya. Mungkin
sebab dia lukis
gambar aku kut?
Hehehe.
“Bilalah awak
nak balas surat
saya? Saya nak
berkawan dengan awak, Mona.” Aku
mendengus lagi. Apa
kata, layankan sahajalah
surat lelaki ini? Aku masuk
ke bilik. Ambil
kertas warna-warni lalu
aku gunting bentuk
tapak tangan. Sebatang
lidi aku tampal
menjadi ‘lengan’ bagi
tapak tangan itu. Ayat pertama
aku...
“Tolong tampar
pipi anda dengan
kertas ini berkali-kali
sehingga pengsan!” selepas
itu aku tinggalkan
di mailbox. Puas ku
nanti, siapa yang
datang menghampiri mailbox itu?
Tiada orang! Aku
mengeluh. Tiada sesiapa.
Keesokan paginya, aku ke mailbox, terkejut
aku apabila mendapati
tiada ‘penamparku’ di
situ. Eh? Pergi
ke mana pula?
Sehelai kertas berlipat
elok tertinggal di
dalam itu. Aku
ambil dengan teragak-agak.
“Saya tak pengsan-pengsan pun!
Macam mana ni?” Aku tersenyum.
Bersiap sedia untuk
membalas suratnya yang
seterusnya.
“Tell
me your name.”
akhirnya ‘surat’ menjadi
nota pendek sependek-pendeknya. Seperti
biasa, entah waktu
bila, nota itu diambil dan
digantikan dengan nota
yang baru oleh
orang yang aku
tak tahu siapa.
“Fareez.” balasan
surat itu membuatkan
aku terjerit dan
terlompat kecil di
hadapan mailbox akibat terperanjat.
Kedengaran suara lelaki mentertawakan
cara aku terkejut
yang tak terampun
itu. Aku menilik.
Entah siapa? Tiba-tiba
dia keluar dari
tempat persembunyiannya dan
bersandar di pagar
rumahnya iaitu di
sebelahku. Aku telan
liur. Lambat-lambat aku
pandang dia. Dia
menunduk dan tersenyum
sambil memeluk tubuh.
Di tangannya terdapat
‘penampar’ aku! Aku
gigit bibir. Aku
tak jangka langsung
yang dia lelaki
misteri itu!
Saat itu,
aku mula patah-patahkan jari.
Goyang-goyang pinggang. Menahan
rasa kekok dan
malu.
“Assalamualaikum...” macho suaranya
memberi salam. Aku
berdeham beberapa kali.
Membuang debaran di
dada.
“Waa... waalaikumsalam...” aku
jawab tersipu-sipu. Jari
telunjuk aku cantum-cantumkan tanpa
sengaja. Ah, gedik
sungguh aku waktu
tu rupa-rupanya!
“Ekhem... hem...
saya Fareez. Maaflah,
lukisan orang lidi
dulu tu buruk.
Erm, lukisan muka
Mona tu, okey?”
soalnya dengan mata
setia memandang kasut.
Aku tersenyum.
“Okey. Cantik
sangat. Awak dengar
eh kritikan saya
dulu? Sorry...” aku berkatadengan
suara yang meleret-leret. Malunya.
Dia dengar aku
kutuk lukisan dia! Then,
he comes with
the better one.
Lot more better
than I’ve expected!
Muka aku terus
yang dia lukis.
Dia memang berbakat.
“It’s
okay. Erm, so macam
mana ni?” soalnya
sambil menampar-nampar pipinya
dengan ‘penampar’ aku.
Matanya masih memandang kasut.
Lebih baik dia
tengok aku daripada
dia tengok kasut
dia. Muka aku
lagi cun dari
kasut dia, okey?!
Aku mendengus sikit.
Kenapa dia tampar
muka dia dengan
benda alah tu?
Nak mengejek aku
atau dia masih
dalam mood nak tampar
pipi sendiri sampai
pengsan?
“Kita... ermm...
kita surat-menyurat sahajalah!”
aku berkata lantas
berlari-lari anak masuk
ke dalam rumah.
Serius aku mengaku,
aku gedik sangat
masa tu! Kalau
aku jadi Fareez
waktu tu, harus
aku tarik balik
keputusan nak berkenalan.
Entah macam mana
Fareez masih okey
dengan aku selepas
kejadian itu.
Selepas itu,
kami masih berutus
surat. Cuma kata-kata
yang pendek menjadi
‘perutusan’ kami sepanjang
hari seperti, ‘rindu’,
‘mengada’, ‘suka awak’,
‘gatal’ dan sebagainya.
Adalah satu hari
tu, terkantoi dengan
abah aku! Aku rasa tak
nak muncul lagi
dekat dunia ni...
abah aku perasan
yang aku selalu
pergi ke mailbox dia setiap pagi.
Jadi dia pergi
sebelum aku di
waktu pagi buta!
Hari itu,
aku tertunggu-tunggu surat
dari Fareez. Dia
terlupa hantarkah? Rupa-rupanya,
abah aku buat dajal tanpa
pengetahuan aku. Dari
pagi aku tunggu
surat Fareez sehinggalah
ke tengah hari.
Pada waktu itu, abah sedang
duduk bersila dekat
atas bangku depan
beranda. Konon-konon sibuk membaca surat
khabar. Lama sungguh
dia baca surat
khabar. Dari pagi,
bawa ke tengah
hari. Surat khabar
apa yang tebal
sangat tu?
Tak pernah
dalam hayat aku
melihat abah baca
surat khabar di
luar rumah pada
waktu pagi sehinggalah
tengah hari panas
membahang begitu. Lama
sungguh. Aku yang
ternanti-nanti surat dari
Fareez, tentu-tentunya duduk
di luar juga.
“Aira tak
masuk ke dalam
tolong mak memasak
ke?” abah aku
bersuara tanpa memandangku.
Aku lihat bahunya
terhinggut. Abah ketawa?
Dalam surat khabar
ada benda yang
melucukan ke? Oh!
Teringat pada sketsa
kartun yang biasanya
diselitkan dalam surat
khabar itu. Mungkin
abah sedang baca
sketsa tu... fikirku.
“Abah ni
duduk luar kenapa?
Dari pagi sampai
siang duduk kat
sini. Pergilah masuk
ke dalam sana.
Tak pernah hayat
abah duduk kat
sini selama ini.”
soalan abah aku
tak layan. Terus
aku suruh abah
aku duduk dalam
rumah.
“Malaslah! Panas
duduk kat dalam
tu...” abah aku
membalas.
“Hari-hari duduk
bawah kipas, panas
apanya lagi? Sebelum
ni elok aje
abah duk kat
dalam sana. Lagi
panas dari hari
ini pun ada.”
gumamku sendiri. Mataku
melirik ke rumah
sebelah. Fareez... mana
awak ni? Kenapa
tak hantar surat?
“Kenapa duduk
pandang-pandang rumah sebelah
tu? Ada kekasih
sedang menanti ke?”
soalan abah membuatkan
aku gigit jari!
Alamak. Mana ada
kekasih... hehehe. Malu
pula aku jadinya.
“Mana ada...”
aku memuncungkan mulut.
Kaki melangkah ke
peti surat. Aku
tilik isi dalam.
Kosong. Tak puas
hati, aku masukkan
tangan ke dalam
peti itu dan
meraba-raba. Juga tiada!
Kenapa dari pagi lagi tiada
apa-apa di situ?
“Cari apa
kat situ?” soal
abah sambil mengangkat
tinggi surat khabarnya
dan menutup muka.
Aku berkerut seribu.
Surat khabar dan
badan abah bergegar.
Abah baca apa
ni yang kelakar
sangat? Aku dah mula suspicious dengan
abah sendiri. Entah-entah
ada majalah porno di sebalik
surat khabar tu tak?
Sebab
itulah abah baca
‘lambat’ bukan main! Esk!
Mona!!! Aku tampar
mukaku sendiri. Ada
pula aku fikir
buruk tentang abah
sendiri. Tak baik...
tak baik...
“Tak cari
apa! Buang lalat
ni ha! Masuk mailbox.” aku
berkata sambil buat-buat
menjentik sesuatu yang
memang tak ada.
Abah terkekeh-kekeh gelak.
Entah kenapa. Memang
aku teringin nak
baca surat khabar
tu. Selama ni, mood
abah memang serius
setiap kali dia
buka surat khabar.
Apa yang kelakar
sangat? Itu yang
aku nak tahu
tu.
Tiba-tiba Fareez
keluar dari rumahnya.
Aku terkeras di
depan mailbox.
“Mana?” soalnya
tanpa suara. Mulutnya
saja bergerak. Aku
angkat kening.
“Mana apa?”
soalku juga tanpa
suara. Dia bersandar
di pagar rumahnya
dan aku bersandar
di dinding peti
suratku.
“Kenapa awak tak balas?”
soalnya buat muka.
Berbisik apabila dia
semakin mendekat. Aku
terbelalak. Nak balas
apa?
Sempat lagi
mataku gatal memandangnya
dari atas sehingga
ke bawah. Kakinya
hanya bersarung selipar
jepun. Seluar pendek
berwarna putih dipakai
menampakkan betisnya yang
agak berbulu. Aku
kulum senyum. Seksi!
Dia mengenakan t-shirt
hitam yang ketat.
Sesak nafasku. Alamak!
Meskipun badan dia
agak keding dan
kurang tough, tapi aku
suka... sebab dia
pandai bergaya... ngehehe!
“Kenapa tak
balas?” dia menyoalku
lagi. Aku mengalih
pandangan daripada terus
tersengih-sengih merenungnya.
“Nak balas
apa kalau bendanya
tak ada? Dari
pukul sembilan pagi
tadi lagi saya
tunggu kat sini!”
aku mengetap bibir.
Volume suara
aku rendahkan seminima
yang boleh. Takut
abah di beranda
mendengari. Jarak dalam
lima enam meter
sahaja dari aku
dan Fareez. Abah
berdeham. Aku pandang
abah. Dia masih
tekun dengan surat
khabarnya. Tiba-tiba otak
aku rasa curious. Kenapa
abah baca surat
khabar tu dari
tadi tanpa menyelak
helaian lain? Memang
abah aku dah slow
membaca ke apa?
Atau aku yang
tak perasan abah
menyelak helaian baru?
Boleh jadi aku
yang tak perasan.
Atau abah memang
ada niat nak
khatam surat khabar
tu berkali-kali.
“Saya dah
hantar dah tadi!”
dia membentak perlahan.
Mukanya masam habis.
Merajuk. Sambil hentak
kaki dan memeluk
tubuh. Comelnya. Macam
budak kecil!
“Mana adalah!
Tak percaya, awak
tengok sendiri ni ha! Penat
saya tunggu surat
dari awak.” aku
bersuara pula. Hentak
kaki juga. Dia kelihatan terkejut
benar mendengar kata-kataku.
Matanya terbuntang luas.
Entah apa isi
suratnya sampai dia
jadi macam ni? Ini
yang buat aku
tak sabar nak
baca isi kandungannya.
Hais. Manalah surat
tu dah pergi?
Curious gila
aku!
Fareez tercari-cari
surat di dalam
peti surat rumahku.
Kepala digaru-garu. Dari
tak pernah dia
masuk ke halaman
rumahku, kini sudah
bersungguh dia masuk
mencari surat. Aku
ikut mencari sama
di atas rumput.
Kut-kut jatuh ke?
“Tadi ada
tau tak? Memang
saya yakin yang
saya dah letak
kat dalam sini!”
dia berbisik. Serius
ke?
“Awak letak
surat tu dalam
pukul berapa?” soalku.
“Pukul tujuh
lebih.” Jawabnya. Amboi!
Pagi sungguh! Memang
tak adalah aku nak bangun
sepagi itu bila
waktu cuti begitu.
“Apa pasal
awal sangat?” soalku
geram.
“Sebab saya
tak sabar nak
awak balas surat
tu. Memang tadi
saya letaklah. Atau
awak dah ambil
tetapi terlupa?” soalnya
semula.
“Taklah. Saya
tahulah. Masalahnya sekarang
benda tu tak
ada...” aku sudah
mula mencemik-cemik. Geram
bila dia bagaikan
tidak mempercayaiku.
“Cari apa?”
soal abah mencelah
pergaduhan kecil antara
aku dengan Fareez.
Serentak dengan itu, kami berdua
berdiri tegak. Fareez
mengetap bibirnya. Baru
terperasan yang dia
sudah di laman
rumahku. Abah menyilangkan
kaki dari duduknya.
“Tak ada apa-apa, pak
cik.” kata Fareez
malu-malu. Merah menyala
muka dia. Comel
sungguh wajahnya dalam
keadaan malu-malu begitu.
“Ke cari
benda ni?” soal
abah sambil melayang-layangkan sehelai
kertas dengan tawa
yang mula meletus.
Kami berpandangan sesama
sendiri. Muka aku sudah naik
hijau saat ini, aku rasa.
Mujurlah tak ada
cermin. Tak sanggup
aku hendak melihat
wajahku sendiri dalam
keadaan begini.
“Abah ni
jahat!!!” aku membentak.
Berlari ke arah abah.
Kemudian surat itu
aku rampas. Fareez
kaku di tempat
dia berdiri dengan
muka pucat. Abahku
terkekeh-kekeh gelakkan aku.Sampai
tepuk-tepuk perutnya yang
agak membuncit.
“Pak cik...
pak cik baca
dulu sebelum Mona
ya?” dia kelihatan
sedikit terkilan. Aku
tengok sekali imbas
surat itu. Amboi!
Panjang berjela dia menulisnya. Entah
apalah isi dalam
agaknya?
“Pak cik
nak tahu juga.”
jawab abah sambil
tergelak-gelak. Fareez ketap
bibir menahan senyum
malu-malu kucingnya.
“Mehlah duduk
sekali sini. Berkenalanlah
dulu dengan bakal
mertua.” abah jungkit-jungkit kening.
Aku hentak kaki
berkali-kali. Malu! Malu!
Perlahan-lahan Fareez berjalan
ke arah abah.
Dia duduk di hadapan abah
dengan teragak-agak.
“Aira, buatkan
Fareez ni air.”
arah abah selamba.
Abahku memang sporting. Tapi
aku tak tahulah
bab-bab macam ni
dia sporting ke tidak!Aku
menurut perintah abah
dengan segera berlalu ke
dapur.
Surat yang
Fareez bagi, aku
buka di dapur.
“Assalamualaikum Mona.
Saya nak beritahu
awak sebab saya
selesa berutus surat
berbanding bersms dengan
awak. Ya, awak
ada nombor saya,
dan saya pun
ada nombor awak.
Tapi saya bukan
macam lelaki lain.
Saya tak berapa
suka bermain dengan
gadget. Saya lebih
suka menulis... SMS
tu sekejap aje
dah boleh dapat
tahu macam-macam mengenai
awak. Saya lebih
suka tahu satu
persatu. Sebab itulah
saya berutus surat.”
oh! Jadi sebab
itulah dia suka
bermain surat dengan
aku.
Baguslah! Aku
pun tak berapa
suka bersms. Entah
ke mana aku
campak handphone three three
ten aku tu
pun aku tak tahu? Aku
kembali menyambung bacaan.
“Sebelum ni,
saya pernah tegur
awak. Tapi awak
bercakap dengan tanaman
awak. Awak tak
pandang muka saya.
Saya tahulah pokok
bunga awak lagi tough
dari badan saya...
lepas tu saya
terus takut nak
tegur awak. Sebab
awak macam tak
sudi. Bila mak
saya cakap, dia
selalu nampak awak
duduk dekat beranda.
Kadang-kadang dia perasan
awak pandang saya.
Mak saya cakap,
mungkin awak segan
nak berkawan. Saya
lagilah segan. Sebab
tu saya hantar
surat aje. Sorrylah. Kuno
sangat cara ni.
Tapi saya suka.”
aku tersenyum. Kantoi
dengan mak dia
rupanya yang aku
sibuk melihat ke
arahnya! Alamak! Abah
baca yang ni ke? Abah
ni, spoil!
“Setiap surat
dari awak, saya
masih simpan elok.
Paling saya sayang
sekali, tentulah ‘penampar’
awak. Hari-hari saya
cuba tampar diri
saya sendiri guna
penampar ajaib tu.
Tapi tak berjaya
pengsanlah. Saya tak
tahu kenapa? Hehehe.
Saya nak cakap
yang saya suka
awak. Dah lama.
Hari ni baru
saya meluah sebab
awak pun... macam
suka saya. Macamlah!
Saya tak cakap
yang awak suka
saya... okay. Merepek
dah ni! Saya
nak cakap yang
saya suka awak!
Suka sangat-sangat. Sebab
apa, saya tak
tahu. Sila balas
surat saya guna
kuasa kuda. Sebab
saya betul-betul nak
tahu jawapan dari
awak! Sincerely, Fareez.” Terkeras
aku apabila membacanya.
Tragis! Abah gelak-gelak
tadi, baca surat
ni ke? Fareez
mengaku dia suka
aku dan and that
time, abah yang
baca? Mana aku
nak letak muka
aku ni?!!
“Aira! Mana
air untuk si
Fareez?” soal abah
kuat. Aku terkejut.
Surat aku lipat
secara random lantas aku
menyumbat surat itu
ke dalam poket
seluar. Aku menuang
air jus oren
yang tersedia di
dalam peti.
“Mona?!” panggilan
Julia bersama ketukan
pintu mengejutkan aku
dari kenangan itu.
Hilang, terbang
melayang semua yang
aku khayalkan tadi.
Fareez sudah tiada
di hadapan mataku.
Jag air sudah
tiada di tangan.
Yang ada hanyalah
surat-surat cinta dari
Fareez.. aku menarik
nafas dalam. Surat
itu aku letakkan
semula ke dalam
kotak. Air mata
yang entah bila
menitis, aku sapu
perlahan.
Fareez, selamat
tinggal, sayang... selamat
tinggal. Moga engkau
berbahagia di sana
di samping penciptamu.
Nafas kutarik dalam.
Sebak rasa di
dada mengenangkan dia.
“Kenapa Jue?”
soalku dari dalam.
Kotak itu aku
simpan di bawah
katil.
“Telefon kau
berbunyi dari tadi,
kenapa tak angkat?
Siapa yang call?” soal
Julia dari luar.
Aku terkejut. Bila
masa dia berbunyi?
Aku mencapai telefon
bimbitku. Ada tiga
panggilan tak dijawab
daripada nombor emakku.
Nak apa pula
mak ni? Tak
pernah mak telefon
aku sampai tiga
kali macam ni...
macam ada hal
penting.
Aku kembali
mendail nombor mak.
0 komen:
Post a Comment