OKEY, diri ni terasa semakinnnnlah geli dengan bab terbaru ni. Jangan risau. Gatal-gatal laki bini ni takkan lama. InsyaAllah. Cukuplah sampai enam tujuh bab je kut. Ku nak muntah. Werk. Pape pun, Selamat membaca. :D
BAB 2
Cinta ini
terlalu indah untuk
dinikmati,
Hilang gundah
di dalam hati...
“SELAMAT pagi,
cinta.” ucapnya. Aku
mencelikkan mata dengan
bersusah payah. Tersenyum
mendengar ucapan dan
senyuman manisnya. Malam
tadi, selamat malam,
cinta. Pagi ini
pula, masih dia
memanggilku, cinta. Hai!
Romantik sungguh suamiku.
Barulah aku tahu.
Selama kami bercinta
dulu, tak pernah
aku tahu yang
dia bakal menjadi
seromantis ini. Manja...
lembut.
“Selamat pagi,
abang.” ucapku. Dia
merapatkan wajah kami,
merenung anak mataku
dengan tajam dan
penuh kasih. Bibirnya
masih tidak lokek mengorak senyuman
manis.
“Lena?” soalnya.
Aku angguk dan
mengusap pipinya lembut.
Lena sangat bila
dia di sisi.
Mendakap tubuhku dan
membuatkan aku rasa
selamat. Selamat dipeluk
dengan pelukan kasihnya
itu.
“Abang?” soalku
pula.
“Lena sangat.
Sebab bidadari abang
ada di sisi,
temani abang sampai
ke pagi.” ucapnya
bersama tawa kecil
yang kedengaran manja.
Hidungku dikucup. Aku
terpejam. Hidung kecilku
menjadi sasarannya? Sungguh
dia ini mendebarkan!
Ciuman dia tak
dapat kujangka bila.
“Thank
you, cinta...” ucapnya.
“Untuk apa?”
soalku pendek.
“Terima kasih
untuk perkahwinan ini,
terima kasih untuk
cinta ini, terima
kasih untuk malam yang penuh
makna tadi, terima
kasih untuk segalanya.”
luahnya.
Tangannya membelai
rambutku yang menutupi
mata. Kami berbalas
senyuman. Manis sekali
orangnya. Patutlah aku
berdebar bagai nak
gila setiap kali
dia di sisi. Dia
bangkit tidak lama
kemudian dan menggeliat
ke kiri dan
ke kanan.
“Subuh jom.” ajaknya sambil
menggeliat sedikit. Comel!
Rambutnya kusut masai.
Aku menahan senyum.
Masih tidak percaya
bahawa kami telah
pun berumah tangga.
Cincin dijariku, aku
tatap lama. Ya,
dia menikahiku. Atas
dasar cinta...
Dia menarik
kedua belah tanganku
agar bangkit dari
pembaringan. Usai membersihkan
diri dan bersolat,
dia duduk di
tikar sejadah. Lama.
Dalam keadaan tahiyat
akhirnya.
“Wahai TUHAN
kami. Kami telah
beriman kepada apa
yang telah ENGKAU
turunkan dan kami
mengikut Rasul-MU; oleh
itu suratkanlah kami
beserta orang yang
menjadi saksi (yang
mengakui keesaan-MU dan
kebenaran Rasul-MU).” Doa
pendek dibaca. Aku
yakin itu surah
ali’-Imran ayat ke
lima puluh tiga.
Doa meminta perlindungan
daripadaNya. Doa yang
sering menjadi titipan
dia ketika kami
berjauhan.
Dia menghulurkan
tangannya kepadaku. Aku
menyambut dengan tangan
yang menggeletar. Gemuruhnya
untuk aku mengucup tangan
yang menjadi imamku
ini. Terasa bahagia
dunia ini. Dia
sudah sah bergelar
suami. Sudah layak
bergelar imamku juga.
Semestinya. Sebaik sahaja
hidungku mencecah tangan
kanannya, dia meletakkan
tapak tangan kirinya
ke atas ubun-ubunku
lantas diusap penuh
kasih. Terharu.
Terima kasih,
cinta.” ucapnya sambil
mengangkat daguku. Rajin
sungguh dia berterima
kasih kepadaku. Terharu
aku jadinya. Dahiku
dikucup lembut. Hangat
kasih seorang suami.
Haraplah ianya berkekalan
sehingga ke jannah.
SEWAKTU memasak,
tubuhku dipeluk dari
belakang.
“Cinta, terpisah
ruang waktu tetap
cinta... bersatu dalam
hatiku, walau raga,
kita tak mungkin
bersama... kuyakini hati
kan tetap setia...”
dia menyanyi di
tepi telingaku. Lembut
dan mendayu-dayu. Aku
tergelak kecil. Merdunya
suara dia menenangkan
jiwaku. Dia sememangnya
berbakat dalam bidang
nyanyian. Perkara itu
telah aku tahu
sejak dulu lagi.
“Lagu untuk
Irqin atau abang
suka-suka nak menyanyi?”
soalku berpura-pura tak
tahu. Dia tergelak kecil.
“Irqin rasa?”
berteka-teki pula dia.
“Mana Irqin
tahu?” aku menjungkitkan
bahu. Tanganku masih
lincah memotong bawang,
dan sayuran untuk
dibuat tomyam. Masakan
kegemaran Rasydan.
“Perasaan sendiri
pun tak tahu?”
soalan dibalas dengan
soalan lagi.
“Irqin rasa,
abang menyanyi sebab
suka-suka.” aku menjawab
selamba walaupun aku
tahu, dia menyanyikan
lagu itu untuk
aku. Dia itukan
romantis sekali orangnya?
Dari dulu lagi,
sikap penyayang dia
tak luntur padaku.
“Ada pulak
macam tu?! Abang
menyanyi untuk sayanglah.
Cepatlah masak, abang
dah lapar ni.”
dia merengek manja.
Aku menggeleng-gelengkan kepalaku.
Dah macam budak
sepuluh tahun pula
dia ni.
“Abang, sabar
tu separuh dari
iman. Sabar.” aku
menenangkan dia. Dia
tergelak kecil.
“Tak boleh
sabar.” dia jawab
mengada dan kemudian
tergelak kecil.
“Kalau tak
boleh, nanti jangan
lengahkan Irqin macam
ni.” rajukku lantas
melepaskan rangkulannya. Dia
kembali merangkul pinggangku.
Dagunya ditongkat ke bahuku. Meniup
telingaku sehingga aku
menggeliat kegelian. Dia
ni betul-betul pandai
memujuk sampai aku
tak boleh nak
merajuk lama-lama dengannya!
“Manja lepas
kahwin ni eh?”
soalnya. Memujuk aku
dengan suara garaunya
yang seksi itu.
“Manja lepas
kahwin itu bagus,
bang. Sebelum kahwin
tu yang tak
bagus.” aku jawab
selamba. Pipiku dicubitnya.
Aku tergelak kuat.
Sakit pipiku menjadi
mangsa cubitannya.
“Ada saja
jawapannya dari mulut
tu. Mujur siang hari tau?”
jawapannya membuatkan aku
menyiku perutnya perlahan.
Dia tergelak manja.
“Abang lapar
Irqinlah.” ujarnya.
“Abang ni! Behavelah!” aku
tampar lembut tangannya
yang masih di
pinggang. Dia tergelak.
“Okey, masak
sekarang. Abang nak
tolong.” ujarnya sambil
berdiri di sisiku.
Lengan baju panjangnya
disinsing sehingga ke
paras siku. Dia
mencapai pisau dan
mengambil papan pemotong.
Tanpa disuruh, dia
mengupas bawang dan
memotongnya secara dadu.
Aku tergelak.
“Abang potong
macam tu, nak
buat apa?” soalku.
“Nak buat
cicah asamlah. Sayang
goreng ikan tilapia tu
kan?” soalnya. Aku
tersenyum. Pandai dia!
“Ikan tu
asalnya Irqin cadang
nak buat sweet sour.
Tapi, dah jadi
satu kerja pulak
nak cari macam-macam
alat. Dengan sosnya
tak ada. Lagipun,
perut dah lapar
sangat ni. Sebab
tu Irqin goreng
kosong aje. Bagusnya
suami Irqin ni.”
aku memujinya. Dia
tersengih.
“Abang tahu.”
berlagak pula dia.
Tapi aku tergelak
sahaja. Aku tahu
dia memang suka
dipuji aku. Dia
tersenyum simpul. Aku
lihat sahaja dia
membuat asam pencicah
itu. Mula-mula dilarutkan
air asam jawa.
Kemudian, dia memotong
tomato, juga berbentuk
dadu.
“Abang belajar
dari mana?” soalku
kagum. Aku tak
pernah pandai buat
pencicah asam itu
sebenarnya. Dia tersengih.
“Abang selalu
tengok mama memasak.
Lauk kegemaran abang,
jadi abang belajarlah
sendiri.” dia berkata
bangga. Alhamdulillah. Suamiku
memang Prince Charmingku!
Setiap apa yang
dia buat sentiasa
menawan hati.
“Eleh, muka
abang tu bangga
sangat!” aku menempelaknya
sambil tersenyum-senyum. Aku
yang berasa bangga
sebenarnya.
“KESIAN ISTERINYA... dia
tinggal bini dia.
Macam tu aje.
Lepas tu tak explain.
Suka-suka hati datang
semula tanpa minta
maaf. Dan expect, isteri
dia maafkan dia.
Teruk betul.” Aku
berkata sambil menyulamkan
jari aku dengan
Rasydan. Aku membetulkan
kedudukanku di dalam
pelukannya. Bimbang dia
berasa sakit dihempap
badanku.
“Sayang menangis?”
soalnya apabila menilik
mukaku. Air mata
yang berlinang tadi
jatuh juga.
“Sedih. Irqin
bayangkan kalau abang
buat Irqin macam
tu. Sedihnya.” Kataku
sambil mengesat air
mata. Lebar senyuman
suamiku. Tidak teragak-agak,
dia mengucup mataku,
cuba mengeringkan air
mataku dengan kucupan
kasih sayangnya.
“Abang takkan
buat Irqin macam
tu. Tapi abang
rasa, tentu ada
sebab dia tinggal
bini dia.” Kata
suamiku pula. Kami
sedang mengulas sebuah
drama yang kami
tonton bersama. Suamiku
lebih banyak ‘menonton’
aku berbanding dengan
drama di tv.
“Kalau betul
ada sebab, abang
rasa apa sebabnya?”
soalku sambil mendongak
memandangnya. Jari jemariku
dikucupnya lembut.
“Abang tak
tahu...” kata suamiku
pendek sambil mengusap
belakang tanganku. Ya,
dia sangat romantis.
Itu yang menyebabkan
sayangku padanya semakin
menebal saban hari.
Mungkin perkahwinan kami
masih lagi awal,
tetapi aku harap
kasih sayangnya akan
berkekalan.
“Kalau abang
di tempat dia,
abang akan buat
perkara yang sama?”
soalku lagi. Suamiku
kini mengirai rambutku
dengan jarinya. Lembut.
Kemudian, dapat aku
rasa ubun-ubunku dikucupnya
lembut.
“Kalau bukan
sebab ajal, abang
takkan buat perkara
yang sama, sayang.
Never.” Kata
suamiku.
“Irqin tak
suka abang cakap
soal ajal. Irqin
malas fikir. Irqin
rasa jauh lagi.”
kataku mengelak. Ubun-ubunku
dikucup lagi.
“Ajal di
tangan Tuhan. Kita
kena ingat tu.
Pandang abang, sayang...”
daguku dicuit. Aku
memandangnya, mengikut arahannya.
Kedua-dua belah mataku
dikucup lembut. Keningku
digosok dengan ibu
jarinya. Lembut.
“Cantik isteri
abang.” Pujinya. Remote pada
tanganku dicapainya. Tv
ditutup serta-merta. Membodek
saja rupa-rupanya!
“Abang... kan
kita tengah tengok?”
aku merungut. Dia
tersenyum. Pelukan di
tubuhku dieratkan.
“Sekarang tak
lagi.” Kata suamiku
bersama senyuman nakalnya
yang tak langsung
dibendung. Aku melingkarkan
tangan ke bahunya.
Telinga aku sandarkan
ke dadanya. Mendengar
setiap denyutan jantungnya
yang berlagu indah.
“Abang ni...
perangai manja-manja macam
ni yang buat
Irqin rasa susah
nak lepaskan abang
pergi kerja nanti.”
Aku membebel. Suka
sangat dia memanjakan
aku. Aku dengar
suaranya ketawa kecil.
“Abang pun
tak sangka bila
dah berbini abang
jadi macam ni.
Jangan risau, lambat
lagi abang mula
bekerja balik.” Katanya
sambil ketawa kecil.
“Alah. Bila
abang kerja nanti,
entah-entah abang dah
tak macam ni
lagi? Entah-entah abang
mula abaikan Irqin.”
Rajukku.
“Aaaa... dah
start membebel... merajuk...”
katanya.
“Irqin tau.
Mesti abang tak
suka kena bebel,
kan?” Tuduhku.
“Abang suka
sayang membebel. Abang
geram. Mulut tu
ada saja benda
nak diluahnya...” Katanya.
Aku tergelak saja.
0 komen:
Post a Comment