Bab 15
“ANDY,you
tak nak bawa
I jumpa famili
you ke?”
soalku setelah puas
aku memikir tentang
hal ini malam
tadi. Memandangkan dia
masih belum tidur
apabila aku dengar
ada bunyi suara
dari televisyen biliknya,
jadi aku akan
kemukakan juga soalan
ini padanya. Now or
never. Aku melangkah
ke dalam biliknya
meskipun tidak dijemput
masuk dan duduk
di atas katil
di sebelahnya. Seperti
biasa, dia akan
menutup televisyen dan
menumpukan sepenuh perhatian
pada aku. Terharu.
“Memang I
nak bawa you tapi...”
dia berjeda. Tapi
apa? Aku tak
mahu menjadi menantu
yang langsung tak
dikenali. Tak apa
kalau Andy minta
aku merahsiakan fitrahnya
itu. Janji, aku
tidak perlulah rasa
bersalah dengan keluarga
dia.
“Tapi?” soalku
penuh debaran.
“Tapi, you dah
bersedia ke nak
jumpa dengan mama?”
soal dia.
“Maksud you?” soalku.
Tanganku menggeletar. Tiba-tiba
rasa takut pula.
entahlah, muka dia
nampak macam orang
sedang bersusah hati.
Itu yang menyebabkan
aku rasa takut!
“Mama...” dia
mengeluh. Aku sudah
semakin kecut perut.
“Kenapa dengan
mama you?!” aku menyoal
geram. janganlah buat
dada aku rasa
senak begini. Aku
dah nak mati
akibat rasa takut
yang melampau ni,
tahu tak?!
“Promised
me something first.”
dia meminta aku
berjanji. Aku pandang
anak matanya lama.
Matanya penuh dengan
sinar keikhlasan. Akhirnya
aku menganggukkan kepalaku.
“Mama I fussy
sangat. You tolong menangi
hati mama I. You
tolong jadi menantu
paling mithali buat
mama I. Boleh
tak?” permintaan Andy
kali ini bagaikan
mencekik-cekik leher aku.
Aku rasa macam
tak boleh bernafas
saja. Gilalah! Mithali?
Aku ni sejadah
pun dah lama
tak pegang. Telekung
pun entah ke
mana. Aduhai. Barulah
aku tahu yang
perangai aku ni
dah sampai tahap syaitonnirajin yang
mempunyai paling banyak
tanduk!
Tapi anggukan
aku tadi menjadi
tanda bahawa aku
sudah berjanji dengan
Andy. Dia menanti
jawapan aku penuh
berharap. Tak sanggup
nak hampakan dia.
Aku terdiam lama.
Mithali? Menantu mithali?
Macam dalam rancangan
realiti tv pula
aku rasa! Tapi,
bukankah itu memang
niatku semenjak menjejakkan
kaki ke sini?
Aku hendak berubah?
Bila lagi Emma
Raisha hendak berubah
kalau bukan sekarang?
Aku harus berubah.
Menjadi yang lebih
baik.
“But
how?” soalku bersedih.
“Mama I
sudah tetapkan beberapa
syarat untuk I
cari gadis yang
boleh penuhi ciri-ciri
menantu mithali dia.”
Andy berkata begitu
dengan tenang.
Aku yang
mendengarnya ini pula
rasa tak tenang.
Aku jadi tak
sedap hati. Aduhai.
Bolehkah aku berubah
sekelip mata? Maksud
aku, dari perangai
buruk aku ini,
menjadi menantu mithali?
Aku Emma Raisha!
Si bekas kaki clubbing
dan minum arak.
Si bekas kaki enjoy
yang dah lama
tak menyentuh sejadah.
Perangai aku dah
macam haram jadah!
Barulah aku tahu
sekarang padahnya! Oh no!!
Kenapalah kena jadi
menantu mithali? Kalau
menantu yang dikesali,
itu barulah aku!
“Apa syaratnya?”
soalku pendek. Sudah
tidak sabar-sabar hendak
mengetahui syarat-syaratnya. Andy
memandangku penuh simpati.
Dadaku berombak kencang.
Syarat apakah?
“FIRST,you kena pakai
tudung. Tudung tak
labuh tak mengapa.
Tudung atau selendang
pun tak kisahlah.
Janji tutup aurat.
Tapi I cadangkan,
you bertudung
daripada berselendang sebab
bertudung tutup semua,
kan?” Ya Allah!
Yang pertama ni
aku memang dah
gagal sangat! Mama
Andy nak suruh
aku bertudung? Inilah
perkara yang paling
liat sekali aku
nak buat sejak
dulu lagi.
“Tapi I
mana ada tudung!
I tak biasalah!”
aku mula mencipta
alasan.
“I boleh
belikan you tudung.” dia
berkata memotong percakapanku.
Aku rasa geram.
Aku bukannya jenis
yang suka bertudung.
Rasa rimas walaupun
aku tahu pakai
tudung itu wajib!
Aku perah otak
aku untuk mencari
alasan lain. Alasan
yang lebih bernas
lagi hendaknya.
“I tak
nak habiskan duit you,
Dee. Tapi, kalau
tak pakai tudung
pun tak apa
kan? I boleh
pakai baju sopan-sopan.”
aku beralasan lagi.
Andy buat muka
menagih simpati. Sedang
memujuk aku sebenarnya
ni. Aku tahu
sangat. Andy sangat
suka buat muka
macam ni bila
dia nak pujuk
aku.
“You
ni. I nak
beritahu you. I nak
terus terang dengan
you.” dia
berkata. Oh! Ada
lagikah benda yang
hendak diberitahu padaku?
“Pasal apa?”
soalku. Aku pandang
mukanya. Rapat sangat
dengan muka aku.
Aku undur sikit.
Erkh! Perasaan aku
langsung tak selesa.
Sikit pun tak
selesa!
“Tentang famili
I.” dia berkata.
Tentunya pasal pangkat,
darjat dan harta.
Orang kaya, kan? Aku
mula berfikiran negatif.
“Yup? Famili
you pentingkan
perempuan yang ada
pangkat, darjat dan
harta ke?” soalku
tidak menunggu lama.
Dia menggeleng laju.
“Bukan! Famili
I bukan jenis
macam tu. Tapi,
mama papa I
pentingkan agama. Maksud
I, sangat-sangat pentingkan
agama.” saat mendengar
kata-kata Andy, aku
sudah tergelak sakan.
Agama? Andy sendiri
bagaimana dengan didikan
agamanya? Siap boleh
minum minuman yang
beralkohol bagai lagi.
Dengan peluk cium
dan tinggal serumah
dengan aku sebelum
kami menikah dulu.
Dengan bercinta dengan
Mason lagi. Kaum
sejenis! Kuatkah agama
Andy? I don’t think
so!
“Hey, you ingat
I main-main ke?”
soal Andy serius.
Aku angguk. Sangat
betul tekaan Andy
itu. Sakit perut
aku dibuatnya. Aku
gelak bagai nak
mati besok hari.
Andy ni, tak
teragak langsung nak
melawak! Boleh keluar
six pax aku kalau gelak
macam ni lagi
dua minit!
“I tak
percayalah! You ni tak
nampak macam orang
beriman langsung.” aku
berkata jujur. Dia
tersenyum manis. Tidak
terasakah dengan kata-kataku.
“You
tak kenal I
siapa eh? Don’t judge
a book by
its cover. You belum
tahu lagi I
ni jenis macam
mana. Kalau you tahu
nanti...” dia berjeda.
Nakal sungguh riak
muka yang dipamer
dia. Dia dah
berubah minatkah?
Matanya galak
memandang aku dari
atas hingga ke bawah. Pandangannya
akhirnya jatuh tepat
di dadaku yang
bersaiz 34B. Aku
kira agak menonjol
keadaan dadaku sekarang
walaupun aku memakai
t-shirt besar. Aku
terhenti gelak. Telan
air liur. Takut.
Aku ketap bibir
kuat-kuat. Mukanya nampak
serius bukan main
lagi. Dia berminat
pada akukah? Tak
mungkin dia ini
biseksual! Takut pula
rasanya untuk bergelak
tak kena masa.
Aku tutup mulut.
Zip rapat-rapat.
“Yalah, you.. you.. you kan
macam ni.” aku
berkata perlahan dan
tergagap-gagap lantas menjauhinya.
Takut diterkam seperti
apa yang Andy
katakan tadi. Aku
mungkin gedik tapi
bab-bab sulit macam
ni, gedik aku
hilang terus! Ini
tak kelakar!
“I ni
kat rumah mama
papa I, I
kena solat, baca
al-quran, baca doa
makan dan macam-macamlah.” dia
berkata kepadaku. Aku
tergelak lagi macam
orang gila. Lupa
terus pada ugutannya
tadi. Andy? Sembahyang?
Hahaha! Sumpah aku
tak percaya. Sudahlah
kaki kelab malam.
Aku sudah terbahak
tahap meroyan di
situ. Sampai hampir
keras perutku.
“You
ni. Takkanlah hipokrit
sangat!” aku berkata
selamba. Dia tergelak.
“I akui
yang I pernah
jadi hipokrit depan
mama papa I.
Tapi, I dah ubah sikap
hipokrit I itu
sejak you tinggal serumah
dengan I. I
rasa... rela. Rela
nak buat semua
benda tu. You pun
tahu kan, berapa
lama I dah
berhenti ke kelab
malam? Lepas you duduk
sini, apa yang
I fikir, hanyalah you! I
dah berubah, Emma. Not
fully recover but,
I’m recovering.” dia
bersungguh cuba meyakinkan
aku. Aku terdiam.
Aku pun rasa
macam tu.
Aku rasa
timbul satu perasaan.
Menyesal kerana menghabiskan
wang aku untuk
benda yang haram
sebegitu. Patutlah aku
dilanda musibah memanjang!
Aku baru sedar
semuanya kini. Sesal
dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna.
Sekarang, nak menyesal
pun tak ada
guna. Duit dah
habis aku belanjakan,
nasib malang yang
telah menimpaku pula
dah tak boleh
diubah. Alahai.
“Berbalik pada
syarat menantu mithali
mama I tadi,
dia nak menantu
yang bertudung. Berpakaian
sopan. Baju kurung
lebih baik.” kata-katanya
membuatkan aku berfikir-fikir. Ya.
Syarat mama dia
yang pertama tadi,
akan aku patuhi
kalau benarlah itu
jalan terbaik buatku.
Aku hendak berubah,
bukan? Andy juga
berkata dia sedang
berubah kan? Tapi,
dia dengan Mason
bagaimana? Pedulilah!
“I akan
biasakan diri selepas
ni. Kalau orang
lain boleh bertudung,
kenapa tidak I?”
aku mula berfikir
positif untuk perubahan
ini. Masih belum
terlambat. Aku pandang
Andy. Matanya merenung
anak mataku dengan
penuh harapan.
“You
kena pakai depan
mama I saja.
Tapi I lagi
suka kalau you pakai
terus sampai bila-bila.
I sejujurnya, nak you
terus bertudung, Emma.”
dia berkata bersungguh.
“Yalah, I
yakin I boleh.”
aku akhirnya mencapai
keputusan. Aku pandang
anak mata hitamnya.
Alahai. Bersinar-sinar. Aku
nampak dia senyum,
tersentuh aku melihat
kesungguhannya.
“Thanks,
mia amor.
Lepas ni, kita
pergi beli tudung
dan baju kurung
ya?” dia berkata
lagi. Aku angguk.
Aku sudah tidak
mahu kisah lagi
asalkan aku dengan
dia, cuba berubah.
Sedikit demi sedikit!
Hanya itu yang
bermain di fikiranku
kini.
“Oh, baiklah.
I keluar dulu...”
aku meminta diri.
Belum sempat aku
bangkit dari katilnya,
dia menyambar lenganku.
“You
masuk kandang I. You
tanya I yang
tengah ‘lapar’ ni
dengan gaya seksi you.
Then, you nak minta
diri macam itu
aje?” soalnya dengan mata
yang galak memandang
tubuhku. Aku tak
faham kata-katanya tetapi...
aku faham dia
kata aku bergaya
seksi? Seksikah begini?
Berbaju t besar
dan labuh dan
berlegging hitam!
“Mana ada
I pakai seksi!”
aku cuba meleraikan
tangannya tetapi tak
berjaya. Dia menarik
lenganku sehingga tersembam
ke dadanya. Ops!
“Seksi, bukan
pada pakaian tetapi
pada aura you. You tak
pakai seksi pun you
tetap nampak seksi
pada I...” meleret
sahaja suaranya. Wajahnya
semakin mendekat. Mata
kuyunya menakutkan! Kenapa
tiba-tiba dia jadi
begini? Menggeletar tanganku
melihat perubahannya ini.
“Dee...” aku
cuba mengelak. Kenapa
tiba-tiba sangat ni?
“You
kena jadi menantu
mithali mama, mia amor.
You nak
abaikan I?” soalnya.
Apa Andy ni
cakap?!
“You
cakap apa ni?”
soalku tak faham.
“You
isteri I. You nak
buat perangai bluryou ni
sampai bila, Emma?
Sampai bila baru you
nak cakap yang you
dah ready untuk I?”
soalnya. Aku ternganga...
takkanlah dia... ? Oh!
Tidak mungkin! Pelik.
Dia bukan gaykah?
“Andy... you bukan...”
belum sempat aku
menghabiskan kata-kataku, ibu
jarinya sudah melekap
ke bibirku. Dioles-oles
bibirku dengan ibu
jarinya lembut. Debaran
di dada semakin
tak sekata. Andy...
takkanlah dia?
“I’m
waiting for you...
dah lama sangat.
So... so
long, Emma. Don’t
expect me to
wait any longer.
I want you.I mean,
now. I mean it...”
apa maksud dia?
Mason bagaimana?
“Andy...” belum
habis berkata-kata, bibirku
dipaut lembut. Mataku
terbuntang luas dan
akhirnya terkatup perlahan-lahan.
0 komen:
Post a Comment