BAB
15
“KAU nak
ke mana tu,
Melur?!” kuat suara
Aizat menegurku. Terpasak
terus kakiku ke
tanah. Baru lagi
aku sarungkan selipar.
Bukannya nak pergi
mana pun! Heee, dia
ni! Selagi dia
ada di rumahku,
selagi itulah aku
tak bebas, tahu?!
Bergerak sejengkal saja
terus ditanya aku
nak ke mana.
Macamlah aku ni
bini dia. Rimas!
“Ke mana-manalah.
Sibuk aje nak
tahu!” bidasku geram.
Terperanjat tahu? Tak
pasal-pasal suaranya memetir.
Entah apa salah
ibuku mengandung pun
aku tak tahulah!
Asyik kena petir
saja dengan dia.
“Jangan nak
mengada-ngada erk? Keluar
sesuka hati. Kau
tu anak dara.”
Dia memarahiku. Dia ni
kenapa sebenarnya? Datang
bulan ke apa?
“Awak kisah
apa?!” aku menjegil
semula.
“Apa kau
ingat aku kisahkan
kau? Apa nanti
kata orang kampung?
Tak cukup ada
masalah, ditambahnya lagi. Tak kesian
kat mak kau
ke nak kena
tanggung fitnah kau
tu nanti?” dia
menyoalku sinis. Pergi
ke belakang rumah
pun kena fitnah?
Hee, dia ni.
Semalam macam dah
elok. Hari ni
buat hal semula.
Sakit pulak hati
aku ni.
“Heee! Orang
nak pergi ke
belakang rumah ajelah!
Cari buah salak!
Siapa yang nak
memfitnah orang yang
mencari buah salak?”
tak pasal-pasal aku
menyalak! Geram sungguh.
Tak pasal-pasal hari
ini bergaduh lagi dengan
dia. Muka dia
berubah sedikit. Malulah
tu! Sikit-sikit nak
tafsir lain. Siapa
suruh?
“Kau tak
bagitahu aku. Mana aku
tau yang kau
nak ke belakang!
Aku fikir kau
nak berdating. Cun semacam
saja.” dia menepuk
kepalaku dengan tapak
tangannya. Eleh, ayat cover
malu. Aku mendengus
geram. Heee. Pantangnya
aku orang usik
kepala aku. Kalau
nak usap lembut-lembut
tak apalah juga.
Tapi tak apa
kalau bukan dia
yang usap!
“Awak nak
ke mana?” soalnya.
“Aku nak tolong kau
cari buah salaklah,”
jawabnya selamba sambil
menyarungkan selipar.
“Ada saya
minta tolong dengan
awak ke? Awak
tu kenal ke
tidak dengan buah
salak?” soalku dengan
kening terjungkit. Dia
itukan orang bandar.
Jangan sampai tertukar
buah salak dengan
buah kelubi. Mahu
menangis dia nanti
aku paksa dia
telan kelubi tu.
“Jangan pandang
aku tak ada
matalah. Berapa kali
aku nak kena
cakap kat kau?
Aku ni, bukan
setakat buah salak
saja aku tak
kenal, buah kelapa pun aku dah
lupa macam mana
bentuknya,” katanya angkuh
sambil menggaru-garu belakang
telinga. Aku tergelak
sakan! Ingatkan dia
cakap macam tu
sebab dia kenal
buah salak! Dasar
orang bandar!
“MANA perginya
buah salak tu?”
soalnya hampa apabila
tiada buah salak
pun di pangkal pokoknya.
Sudah habis semua
pokok salak kami
tinjau. Semuanya meninggalkan
rasa hampa yang
serupa buat si
Aizat. Aku menjeling.
Aku yang nak makan, dia
pula tayang muka
sedih macam baru
lepas dipotong gaji.
“Nampak tak
kesan ni? Semua
dah kena sondol
dengan ba alif
ba ya.” Kataku
sambil menunjuk dengan
telunjuk ke arah
kesan sondolan babi
di akar pokok
salak tersebut.
“Pelik aku.
Babi pun makan
benda ni jugak
ke?” soal si
budak bandar. Habis,
dia ingat binatang
hidung seksi tu
makan apa pula? Makan
dia? Ba alif
ba ya pun
tak berselera tengok
dia.
“Hisss! Tak
baiklah sebut macam
tu. Ba alif
ba ya...” aku mengajar.
“Ah. Dah
nama dia macam
tu. Famous pulak lagi.
Budak-budak kecil pun
dah pandai menyebutnya.”
Kata Aizat tanpa
riak bersalah. Cis.
“His! Lantaklah!
Kalau binatang hidung
mancung tu tak
makan ni, binatang
tu nak makan
apa? Khinzir?” soalku
sinis. Geram tahu.
Takkanlah tak boleh
fikir binatang coyuk tu
makan apa.
“Habis tu
macam mana? Kat
pokok ni tak
ada.” Aizat sudah
menggaru-garu badannya. Gatal diketik nyamuk
lagaknya. Kasihan pula
aku melihat rupanya
sekarang. Hampa sangat.
Sambil-sambil menilik-nilik pokok
salak terakhir, aku
mendapat idea.
“Aizat, kenapa
awak suka kenakan
saya?” soalku tiba-tiba.
Ada agenda
dalam kepala otak.
Lebih baik tanya
dia dulu mengapa.
Kalau dia kata
dia suka tengok
muka aku berubah
merah sebab aku
nampak comel begitu,
aku akan batalkan
niatku untuk mengenakan
dia. Tapi kalau
dia kata dah
memang lumrah alam
ke, atau memang
dia suka kenakan
aku dan seangkatan
dengannya, maknanya memang
aku patut kenakan
dia.
“Apa pasallah
tiba-tiba tanya aku
soalan tu? Kau
ni kenapa?” soalnya
pelik.
“Jawab ajelah.”
Paksaku.
“Ada ke
aku kenakan kau
sekarang?” soalnya geram.
“Tak ada.
Tapi kenapa dulu
awak suka sangat
kenakan saya?” soalku
lagi. Dia menayang
wajah pelik.
“Sampai sekarang
pun aku suka
kenakan kau. Tapi
bukanlah kat sini.
Dalam situasi sekarang,
idea aku tak
keluar pulak. Tak
boleh nak kenakan
kau. Mungkin disebabkan
sekarang kita duduk
dekat kawasan babi
menjamu selera agaknya.”
Katanya selamba. Aku
mendengus. Kau belum
pernah kena dengan
aku. Jangan ingat
kau cukup pailang
dah ye.
“Oh! Malangnya
nasib saya.” aku
berkata dengan mimik
sedih. Sengaja ingin
menduga reaksi dia.
“Sakit budak
ni. Baru sekarang
nak tahu nasibnya
malang padahal dah
jenuh kena prankdengan aku.”
dia menjeling dan
berkata perlahan. Kurang
ajar! Dia cakap
aku sakit?! Heeee,
ingatkan adalah kata-kata
maaf.
“Habis tu
macam mana kita
ni? Nak tercegat
kat sini sampai
buah tu tumbuh
baru ke apa?”
soal Aizat sinis dalam sibuk
bergaru-garu itu. Kasihannya.
Dia dah banyak
kena gigit nyamuklah.
Aduhai.
Akukan permaisuri
nyamuk. Dekat pokok
rambutan, akulah permaisuri
kerengga. Terasa diri
ini seperti Katy
Perry dalam Roar
pula. Hihihi. Semua
binatang takut. Ini
semua pengaruh Aizat.
Suka sangat pasang
MTV. Habis dengan
aku-aku sekali terkena
jangkitannya. Kalau dulu
aku tak kenal
siapa Katy Perry,
sekarang... tengok gambar
pun aku dah
dapat teka! Ah!
Jauh aku merepek,
kembali semula ke
topik asal.
“Kat belakang
sana ada kut?”
aku sudah mula
memasang jerat. Aku
berjalan ke arah
belakang kebun. Dia
membontotiku.
“Haaa, tu ada banyak!”
dia berkata dengan
penuh semangat sambil
telunjuknya menayang ke
arah satu pokok.
“Ha...” aku
menepuk tanganku dengan
muka bahagia seperti
ada lingkaran syurga
di atas kepala.
Padan muka kau,
Aizat.
“KAU nak
buat apa petik
buah banyak-banyak ni Aizat?
Sanggup ke kau
makan semua ni?”
suara emak memetir.
Aku menyorok ke
belakang pintu bilik
dengan tawa yang
meledak tanpa suara.
Rasakan kau, Aizat.
“Tu buah
salaklah Mak De, si Melur
ni teringin sangat.
Dialah yang habiskan
nanti.” Kata Aizat
selamba. Muka aku
sekarang? Berkerut-kerut kemasaman
membayangkan sekiranya buah
kelubi itu masuk
ke tekakku.
“Melur bukannya
suka sangat pun
kat buah ni.
Ni bukannya buah
salaklah nak oi.
Kau dah tersalah
buah ni.” aku
sudah terduduk kali
ini. Hahahaha! Teringin
pula hendak melihat
muka budak bandar
tu. Entah macam
manalah rupa dia
sekarang bila tahu yang
itu sebenarnya buah
kelubi.
“Tapi tadi
dia kata dia
suka makan buah
ni. Bukan buah
salak?” soal Aizat
dengan nada pelik.
“Bukan.” Mak
aku jawab sepatah.
“Habis tu,
buah apa?” soal
Aizat. Kali ini
aku sudah tidak
tertahan lagi. Bergolek-golek ke
lantai. Suara sahaja yang
masih tak berbunyi.
Bimbang kena jerkah
dengan mak pula nanti.
“Buah ni
yang orang buat
jeruk. Nanti Mak
De siap kupas,
siap jerukkan, Mak
De bagi kamu
makan ye. Ni
la buah asam
kelubi tu.” Kata
emak lembut. Jaga
sangat hati anak
buah kesayangan dia
tu. Meluat aku
dengan perangai Aizat
yang lebih bermanja
dengan mak berbanding
dengan abah. Walaupun
begitu, tetap juga
abah memanjakannya. Cemburu!
“Hisy. Melur
kata ini buah
salak. Kulit pun
nampak sama...” Aizat
mendengus. Aku dengar
mak ketawa sopan.
Hehehe. Mak pun
tentu geli hati
bila memikirkan budak
yang selalu sangat
kenakan aku itu
akhirnya terkena.
“Dia tipu
kaulah tu. Kelubi
ni bulat-bulat, salak
pulak dia bujur-bujur.
Warna pun ada
beza kalau perhati
betul-betul. Dalam kelubi,
ada satu je
bijik. Tapi kalau
dalam salak, biasanya
ada tiga biji.
Tu kalau yang
betul-betul masak. Ada
juga yang dua.”
kata emak.
“Oh. Habis
tu kelubi ni...
boleh makan ke?”
soal Aizat kejakunan.
“Eh! Bolehlah
makan. Tapi, kau tu sanggup
ke, Aizat?” soal
mak.
“Tak boleh
makan terus ke
lepas kupas kulit
dia ni?” soal
Aizat. Kali ini
aku kembali rasa
nak tergelak. Kalau
aku jadi mak,
aku dah bagi
dia makan terus
yang tak berkupas.
Teringin nak tengok
muka dia waktu
makan buah kelubi
itu. Tentu ala-ala
si hero Spiderman
nak bertukar menjadi
Spiderman hitam.
“Kau sanggup?”
soal mak terkejut.
“Kenapa pulak
tak sanggup, Mak
De?” soalnya. Wah!
Angkuh benar bunyinya.
Belum dia tahu
penangan buah kelubi
tak berjeruk itu
macam mana.
“Haaa, nanti
aku kupas, bagi
kau makan terus
pun cantik jugak.”
Kata mak. Kali
ni kuat aku
ketawa. Mak pun
sibuk nak mengenakan
Aizat ke. Aku
dengar, mak pun
ikut terkekeh-kekeh ketawa.
“Haaa! Tu
dia suara budak
yang kenakan kau.
Pergi.” Mak mengarahkan
aizat untuk ‘mengerjakan’
aku. Alamak! Mak
ni, takkan tak
boleh nak back up
aku langsung?
“Melur, kau
keluar sekarang!” suara
Aizat di depan
pintu bilikku menjerit
memanggilku.
“Tak nak.”
Aku jawab selamba.
“Sekarang!” aku
keluar jugalah. Buat
muka tahan senyum.
Mata pandang ke
kaki yang sudah
menggesel-gesel lantai. Bila
tertangkap bersalah, macam
inilah keadaanku. Serba
tak kena. Lagi
seram bila yang
berdiri bercekak pinggang
di hadapanku ialah
abahku. Si samurai
ini jatuh kepada
kedua seram.
“Kenapa kau
kelentong aku?” soalnya
geram. Mata sepetnya
membulat geram.
“Eh cakap
baik-baik sikit. Mana
ada saya kelentong
awak?” aku menafikannya
sambil berusaha menahan
tawa. Janganlah meletus,
tawa oii.
“Jangan nak
menipu.” Katanya tegas.
Memaksa aku mengakukah?
“Awak ingat
balik ye kejadian
tadi. Ingat semula.
Yang tunjuk pokok
tu, bukannya saya,
tapi awak!” aku
menjegilkan mata. Dia
terdiam.
“Yang kau
tak nafikan yang
pokok tu sebenarnya
bukan pokok buah
salak tu kenapa?”
soalnya masih menyalahkan
aku.
“Tak sampai
hati nak hampakan
awak. Jadi saya
iakan sajalah.” Jawabku
selamba. Baik punya
alasan aku bagi.
“Banyaklah alasan
kau! Baiknya kau.
Padahal kau memang
sengaja bawak aku
ke kebun buah
tu. Kau nak
kenakan aku kan?”
soalnya dengan wajah
yang pedas berapi.
Memang betul sangat
tekaan dia tu.
Sebenarnya aku bawa
ke belakang sebab
nak tipu dia,
alih-alih, dia dulu
yang tunjuk kat
aku ‘buah salak’
tu. Memudahkan kerja
aku betullah.
“Eh! Tak
baik memfitnah!” aku
menjelingnya. Buat-buat marah
sedangkan tekaannya tidak
salah.
“Aku cakap
benda yang betul.
Macamlah aku tak
tahu niat kau
heret aku ke
belakang sana.” katanya
geram. kali ini
kata-katanya membuatkan aku
ternganga. Aku heret
dia? Dia yang
sibuk nak mengekor.
“Masa bila
saya heret awak?!”
soalku geram bersama
tangan yang sudah
bercekak pinggang. Ini
sudah masuk kes
fitnah ke apa?
“Hey! Sudahlah
tu...” mak memarahi
kami. Jatuh terus
tanganku yang bercekak
pinggang tadi.
“Benda tu
boleh makan jugak.
Janganlah macam ni.
Melur, kau ni
pun satu. Kenapa
tak dicakapnya yang
buah tu buah
kelubi? Nak balas
dendam ke apa?”
soal mak geram.
“Alah, sebab
buah kelubi aje
pun. Itu pun
sibuk nak kecoh!”
aku menjeling Aizat.
“Kecohlah, sebab
kau dah tipu
aku!” bebel Aizat.
“Habis, tak fikir yang
awak tipu saya
mengenai pekerjaan awak?”
soalku pula.
“Aku main-main
aje. Kau yang
percaya siapa suruh?”
sakit betul hati
aku. Ada sahaja
alasannya.
Best...sweetlah aizat & melur.. Suka sangat b'tikam lidah...tidak mahu b'alah..!!
ReplyDeleteGood job..!!!
auww terima kasih. <3
DeleteBest!
ReplyDeletetQ :*
ReplyDeletetak sabarr nak bace sambungan dyy :DDD
ReplyDeleteBest...
ReplyDelete