BAB
2
“ITULAH! Orang
dah cakap dah
dulu. Tak ada
faedahnya awak pergi
menghambat bola yang
sama tu ke
hulu ke hilir
dalam masa sejam
lebih. Buat habis
tenaga saja. Buat
lelah badan. Kat
luar padang tu
berlambak lagi bola spare.
Main sajalah bola-bola
tu sampai siang
besok pun. Ini
tidak, sibuk juga
dia nak kejar
bola yang satu
tu. Macam orang
tak ada kerja!
Nanti Zara belikan
Iman bola yang
baru. Cakap aje
nak corak apa.
Tembikai? Kepala ultraman?
Zara boleh belikan.
Ini tidak, sanggup
dia berpenat sakan
bermain permainan gila
tu.” bebel Zara
dengan panjang lebar.
“Tak ada
faedah langsung. Baik
duduk dalam bilik,
study. Senang.
Nak dekan sangat
katanya dulu.” bebel
Zara lagi lalu
diletakkan ais ke
pipi abangnya yang
agak lebam kesan
dari terjatuh tadi.
Aiman mencemikkan mukanya.
Geram dibebel macam
mak nenek oleh
Zara.
Melihat cemikan
Aiman menambahkan rasa
bengang Zara. Dia
menonyoh pipi Aiman
dengan beg ais
itu tanda dia
benar-benar geram. Dah
nak pengsan pun
ada hati lagi
buat muka!
“Sakitlah!” Aiman
mengamuk. Tangan Zara
dicengkam kuat. Geram.
Zara membuntangkan matanya.
Memberi amaran. Dia
dengan Aiman sangat
rapat. Mereka tidak
mempunyai adik beradik
yang lain. Malah,
jarak umur mereka
juga agak jauh.
Aiman lambat dapat
adik, sebab itulah
dia suka memanjakan
dan dimanjakan oleh
Zara.
“Siapa suruh
buat muka?!” marah
Zara.
“Zara membebel
macam mak nenek.
Bising! Bingit telinga
ni ha! Iman
tak suruh pun
Zara membebel, kan?!
Bising sangat dia.
Macamlah tangan dia
yang Iman patahkan!”
bebel Aiman geram.
“Zara bebel,
Iman buat muka.
Ingat handsome sangatlah bila
buat muka macam
tu? Muka tu
dah tak handsome lagi.
Pipi dah biru.
Muka dah macam
tak siap! Zara membebel benda
yang betul.” bebel
Zara lagi. Aiman
tergelak bila Zara
mengutuk mukanya. Padanya,
Zara menurun benar
perangai mak mereka.
Kuat membebel. Sekali
Zara membebel, payahlah
nak berhenti!
Mulut Zara
memang berbisa seperti
liur biawak komodo.
Itulah bahaya untuk
adiknya berkawan dengan
orang-orang di sini.
Dia yang tidak
berapa benarkan Zara
untuk berkawan. Bukan
kerana hendak mengongkong
si adik tetapi
untuk ‘keselamatan’ hati
orang ramai. Mulut
adiknya penuh bisa.
Sekali dia mengeluarkan
bisa, jangan haraplah
ada yang tak
menangis! Aiman sendiri
pun pernah termenangis
dibuatnya.
Dia beberapa
kali makan hati
dengan mulut adiknya
sendiri. Tetapi, adiknya
itu juga ada
penawarnya. Zara pandai
dalam bab-bab beli
jiwa ini. Zara
sangat pandai memujuk
dia dengan kata-kata
manis dan perlakuan
yang comel. Sampai
lembut hati orang
yang dah berkecai
disemburnya.
“Bila orang
membebel, dia gelak.
Suka sangat agaknya
kena bebel?” soal
Zara geram. Telinga
si abang dipulas
geram. Aiman mengaduh
kesakitan.
Abangnya ini memanglah
aktif. Semua sukan
pun dia nak
terlibat sama. Kalau
ada sukan tenis,
dia masuk tenis.
Kalau ada sukan
memanah, dia masuk juga. Ada
ragbi, dia masuk
ragbi. Macam tak
cukup kasih sayang
pula Zara melihat
abangnya ini. Semua
kelab sukan pun
dia ada nak
menempel mendamba kasih.
Tahulah atlet. Irsyad
pun dua kali
lima juga.
Tetapi Irsyad
lebih tertumpu kepada
sukan ragbi. Bola
sepak pula, lelaki
itu kurang melibatkan
diri sebenarnya. Zara
pernah tengok bagaimana
Irsyad melibatkan diri
dalam bermain ragbi.
Dari situlah permulaannya
di mana dia
jatuh suka dengan
Irsyad. Lelaki itu
sedang bermain ragbi
dengan serius sewaktu
dia berjalan pulang
dari kelas. Apabila
si jurulatih bercakap
dalam telefon, Irsyad
menjatuhkan kawannya dan
menggeletek si mangsa
bersama rakan pasukan
yang lain. Tergelak
Zara melihat kejadian
itu. Irsyad nampak
happy...
Irsyad yang
sedari tadi ada di situ
hanya memerhati tingkah
Zara yang begitu
sibuk merawat Aiman.
Dia mendengus tidak
senang hati apabila
tangan Zara dan
Aiman bersentuhan berkali-kali.
Rapat benar. Bebelan
Zara yang merimaskan
Aiman itu sepatutnya
hanya untuk dia.
Kalau dialah yang
dibebel Zara begitu,
dia lagi suka.
Nampak bahawa ada
yang ambil berat.
Caring gila
Zara pada Aiman.
‘Dengan aku,
nak senyum pun
tak pernah!’ bebel
hati Irsyad geram.
Zara sangat sombong
dengannya. Masalahnya, dengan
orang lain, Zara
tak ada pula
nak buat perangai
sombong dia. Dengan
Irsyad sahaja. Tercabar
betul hati Irsyad
jadinya.
Aiman yang
dibebel Zara itu
hanya mencemik. Bertambah
panas hati Irsyad
melihatnya. Nampak sweet sungguh
mereka berdua ini.
Itu yang harus
Irsyad akui. Yang
seorang membebel penuh
prihatin kalah mak
nenek, dan yang
seorang lagi buat
muka merajuk minta
dipujuk. Kalau dia
ditempat Zara, sudah
lama dia tumbuk
muka Aiman yang
mencemik begitu. Ingat
comel sangat agaknya?
Dengki betul dia
melihat kemesraan pasangan
di hadapannya itu
“Lepas ni
jangan main bola
lagi. Nanti Zara
belikan Iman bola
lima bijik!” sembur
Zara lagi. Dia
duduk di sisi
Aiman. Aiman tergelak
kuat mendengar kata-kata
adiknya.
“Gelak pulak!”
marah Zara geram.
“Dah Zara
tu cakap merepek
macam tu, siapa
yang suruh? Apa masalahnya sampai
nak beli bola
untuk Iman? Macamlah
Iman tak mampu.
Iman nak main
bola sepak pun
dia marah. Sibuk
aje. Minat orang
ni, supportlah sikit.” bebel
Aiman tidak mahu
kalah. Berkerut-kerut keningnya
memprotes.
Zara menonyoh
beg ais yang
dipegangnya tadi ke
pipi abangnya sekali
lagi dek rasa
geram dengan sikap
abangnya yang tidak
mengenal erti serik
itu. Sakit-sakit begitu
pun ada hati
lagi hendak membantah
kata-katanya. Tangan sudah
patah sebab bola.
Takkanlah tak serik?
“Sakitlah Zara!”
Aiman menepis tangan
Zara. Geram. Zara
pula menjelirkan lidahnya
mengejek. Siapa suruh
degil sangat?
“Ekhem!” Irsyad
berdeham.
Dia bagaikan
tidak wujud pula
di situ. Geram
sungguh. Dia bukanlah
rapat mana pun
dengan Aiman tetapi,
bila melihat Zara
bersungguh-sungguh memapah Aiman
tadi, hatinya jadi
sakit. Sakit cemburu
mungkin. Mana ada
lagi gadis yang
bersikap sombong dengannya
sebelum ini. Dia hot
stuff di UiTM
itu. Disebabkan oleh
rasa bengang dan cemburu
yang melampau, dia
turut keluar padang.
Kononnya untuk membantu
Aiman sedangkan, dia
hendak nampak baik
di mata Zara.
Biarlah. Satu gol
sudah disumbangkan kepada
pasukan mereka.
Kalau diikutkan
hati yang sedang
marak dengan api
cemburu ini, sudah
lama didebik si
Aiman sehingga lelaki
itu tidak mampu
bergerak langsung. Cemburu
punya fasal. Namun
dia masih waras.
“Oh, Irsyad.
Lupa pulak kau
ada kat sini. Thanks
ya dah tolong
aku?” Aiman mengucapkan
terima kasih kerana
membantunya tadi. Zara mengerling
sekilas ke arah
Irsyad yang berdiri
tegak di muka
pintu bilik medic itu.
Sumpah dia handsome!!! Jerit
batin Zara kuat.
Zara membuat muka
selamba. Tidak terfikir
untuk menghadiahkan sekuntum
senyuman pun buat
si teruna.
Dia tidak
selesa dengan pandangan
jengkel Irsyad terhadap
abangnya. Nampak sangat
Irsyad membantu abangnya
tanpa rasa ikhlas.
“My
pleasure.” jawab Irsyad
entahkan ikhlas entahkan
tidak. My pleasure ke pressure? Soal
Zara di dalam
hati. Irsyad mengerling
ke arah Zara
yang begitu prihatin
terhadap Aiman. Cemburunya
datang lagi. Sudah
lama dia menaruh
hati pada Zara.
Tetapi, siapa yang
Zara pandang? Aiman
juga!
“Irsyad sayang.”
panggil satu suara
gedik entah dari
planet mana munculnya.
Potong stim!
Zarinalah, siapa lagi?
Dia berjalan tergedik-gedik menghampiri
Irsyad. Zara dan
Aiman berpandangan dengan
wajah jengkel. Ada
isyarat mata yang
sempat mereka hantar
melalui pandangan itu.
Masing-masing cuba menahan
tawa melihat telatah
gedik terlajak Zarina
itu. Entah mana
perginya kasut tinggi
dia tadi? Sekarang,
dia hanya berselipar
jepun! Kelakar sangat!
“Eh! Zara,
jumpa lagi kita
ek?” tegur Zarina
seraya memaut lengan
Irsyad. Irsyad buat
muka selamba sahaja.
Sudah biasa dipeluk
Zarina begini. Sejak
kecil memang mereka
begini. Padanya, sepupunya
yang seorang ini
memanglah ‘kureng’ sikit. Tahu
nak berkepit dengan
orang sahaja dua
puluh empat jam.
Tak fikir dah
pada pandangan orang
ramai. Berkali-kali ditegur,
tetap sama. Akhirnya
Irsyad sudah terbiasa.
Ini semua
gara-gara Aunty Masturalah
yang memintanya untuk menjaga
si
Zarina ini. Anak
tunggal kesayangan Aunty
Masturalah katakan. Kalau
ada apa-apa yang
berlaku pada Zarina,
dialah yang bakal
dipersalahkan kerana mereka
belajar di tempat
yang sama. Irsyad
sebagai ‘abang sulung’
perlulah menjaga kebajikan
adiknya. Irsyad mengeluh.
Mujur juga
Aunty Mastura sentiasa
berpesan benda yang
sama. Kalau tidak,
diberi sejuta ringgit
pun dia tidak
mahu. Buat malu
sahaja. Zarina selalu
datang menyibuk tak
kena tempat dan
masa. Susahlah untuk
Irsyad mengurat dan
mendekati Zara. Tentu
Zara akan menyalahertikan hubungan
Zarina dengan dia!
Sebenarnya, Irsyad
tidak berapa gemar
akan perangai Zarina
ini. Mulut Zarina
selalu mengadu itu
dan ini kepada
mamanya sekiranya tidak
diberi perhatian. Terpaksalah
dia melayan budak
tak siap itu.
Zara naik
meluat melihat kegedikan
Zarina itu. Bertambah parah
bila melihat tangan
si Zarina yang
memeluk lengan Irsyad.
Tergedik-gedik aje dia.
Si Irsyad pula
hanya mempamerkan wajah
tak beriak. Serius
sahaja wajahnya. Tak
ada gaya nak
mengelak langsung. Nampak
sangat dia suka
lengannya dipeluk Zarina.
“Yalah, jumpa
lagi kita ek?
Tak sangka betul!
What a
small world. I
tak sangka boleh
terserempak dengan you
dekat UiTM Jengka
ni! This is a
small world after
all.” ujar Zara
dengan nada sarkastik
dengan muka seriusnya.
Dah namanya belajar
satu universiti, apa
yang nak dia
terkejutkan sangat bila
bersua? Macamlah UiTM
ni besar sangat?
Annoying betul!
Kutuk Zara di
dalam hati.
Dilihat Aiman
dan Irsyad sedang
cuba menahan tawa
sehingga terhinggut bahu
mereka berdua. Kelakar
melihat riak meluat
Zara yang menyindir
Zarina. Zarina sudah
terkulat-kulat disindir begitu.
Malu.
“You
dengan Aiman ni
macam... ekk... are you...?”
belum sempat Zarina
menghabiskan soalannya, Zara
menyampuk.
“We aa... we aaa..
we
are... we both... urmm.”
gagap pula! Nak
menyampuk sangat, tapi
tak tahu nak
kata apa?! Ingatkan,
bolehlah dia menepis
tanggapan Zarina pada
mereka, rupa-rupanya dia
dua kali lima
sahaja gagap seperti
Zarina!
Irsyad semakin
panas hati. Aiman
menggeleng-gelengkan
kepalanya kepada Zara.
Dia tidak mahu
Zara memberitahu status
mereka kepada Zarina.
Kalau terbongkar juga
status mereka, biarlah
terbongkar di hadapan
Irsyad seorang sahaja.
Bukannya Aiman tidak
tahu bahawa Zarina
itu ada hati
dengannya. Kalaulah kantoi
hubungan Zara dengannya
nanti, habislah dia!
Habislah juga Zara
yang terpaksa menjadi
orang tengah! Tak
mahu! Dia rimas
dengan Zarina. Sampai
tahun 2020 pun
dia tidak mahu
tengok muka Zarina!
Gedik melampau. Orang
gedik pun malu
nak menggedik sebegitu
rupa.
“Oh!
I
get it. No need
to explain more.
Wow, you both
look... sweet.” lambat-lambat dia
memuji. Air mukanya
berubah seiring dengan
pujiannya. Waktu itu
juga Zara menyaksikan
perubahan wajah Irsyad
setelah mendengar pujian
Zarina.
“We
have to go,
right?” soal Irsyad
sambil menarik lengan
Zarina. Zarina menurut
saja.
0 komen:
Post a Comment