Bab
5
“PAN, petang semalam,
kau ada dengar
tak suara Bruno
dari Marikh menyanyi
sambil tersembelit?” suara
sumbang menyapa telingaku
awal pagi itu.
Hish! Dia
menyindir aku tu
sebab aku menyanyi
sakan semalam. Aku
buat tak dengar
sahaja sindirannya itu sambil langkah
kuhayun laju ke
kereta. Enjin kereta
kuhidupkan dengan sekali
pulas. Hari ini,
terpaksalah aku menumpangkan
Julia lagi memandangkan
keretanya masih di
bengkel.
“Tak ada
pun? Suara Bruno
Mars, adalah aku
dengar. Best. Versi perempuan
punya...” Irfan pula
berkata manis yang entah ikhlas
entahkan tidak. Aku
mendengus. Buat-buat tak
ambil tahu tentang
‘siapa’ yang mereka
katakan itu.
“Julia!” aku
melaung.
“Kejap!!” Julia
menyahut. Kejap? Kejap
Julia itu bermaksud
lagi dua puluh
minit lagi! Huh!
Aku mengeluh. Enjin,
cepatlah panas. Hati,
cepatlah sejuk. Julia,
cepatlah bersiap!
“Selamat pagi,
Kak Fashionista!” aku
tutup pintu kereta
bersama dengusan kasar
sebaik sahaja mendengar
suara Bad itu.
Pasang lagu Bruno
Mars yang telah
aku burn dalam CD.
Kuat-kuat. Lalalala!! Ekor
mata terpandang budak
dua ekor di
rumah sebelah. Bad
sedang menari-nari sambil
menjelirkan lidah ke
arahku manakala Irfan
tergelak sambil memegang
perutnya. Sakit betul
hati aku!!
Lagu, aku
perlahankan. Diorang boleh
dengar lagu yang
aku pasang agaknya.
Sebab tu sampai
menari-nari. Kelibat Julia
muncul juga. Dia
sempat bersapa-sapaan dengan
Irfan dan Bad
macam hari-hari sebelumnya.
Ramah sungguh Julia
ini. Bagus... yang
tak bagusnya, dia
melengah-lengahkan masa aku!
Aku
tekan
hon! Ping!! Bad
melatah agaknya apabila
dia menekup mulutnya.
Irfan pula berdekah-dekah bersama
Julia yang tergelak
cover ayu
sambil melangkah ke
kereta. Bad menghantar
pandangan maut kepadaku
tetapi, do I look
like I care?
Julia membuka
tingkap dan melambaikan
tangannya ke arah
lelaki dua orang
itu. Dia dah
buat gaya ratu
dunialah pula.
“Take care, Monafendy.” Bad
bersuara sarkastik. Aku
menekan hon sekali
lagi bersama jeritan,
“Take care
like I care, monkey!” ambik
nak! Puas... cermin
pandang belakang aku
lihat. Irfan terkekeh-kekeh gelak.
Aku tersenyum senget. This
means war, baby...this means war...
“CIKGU, saya nak
pergi ke tandas!
Nak shishi. Tak
tahan.”Nora berkata manja
tetapi dengan dahi
yang berkerut-kerut. Terkejut
aku dibuatnya! Bertuah
punya budak. Tergelak
satu kelas itu
mendengar kata-katanya. His!
Tak malunya Nora
ni! Mujurlah budak-budak
lagi. Kalau tidak,
memang aku hayun
dengan buku sampai
terteleng kepalanya.
“Nora, cukup
sekadar beritahu cikgu
yang kamu nak
ke tandas. Jangan
sebut nak shishi
ke, nak ‘em em’
ke, nak mekap
ke. Tak manis,
sayang.” aku tegur
Nora apabila dia
mengambil pas kebenaran
keluar kelas daripadaku.
Dia mengangguk akur.
“Cikgu, saya
nak temankan Nora pergi shishi,
boleh?” aku kemam
bibir. Automatik teringat
pada dua ekor
badut nakal di
sebelah rumah. Ini
cerminnya. Zahid dan
Ariff. Selepas mereka
berkata begitu, mereka
tergelak sungguh-sungguh. Rakan
sekelas yang lain
ikut tergelak. Aku,
tidak terkecuali. Eh?
Kenapa mesti aku
gelak?!Aku berdeham untuk
menahan diri dari
rasa nak gelak.
“Ariff! Zahid!
Berdiri kat depan
kelas! Siapa ajar
jadi gatal macam
tu?” soalku garang.
Mereka berdua
tertunduk-tunduk menahan senyum.
Aku capai rotan
sebesar jari kelingking.
Berdiri bercekak pinggang
di hadapan. Terkocoh-kocoh mereka
berdua berlari ke
hadapan. Di sekolah,
hari-hari, muka mereka
berdua sahaja yang
buat perangai. Di
rumah pula, Bad
dan Irfan!
Rotan aku
acu ke arah
mereka. Buat muka
garang sikit dengan
kening sebelah terangkat
tinggi kalah Ziana
Zain. Sebelah tangan
lagi aku cekak
pinggang. Muka masih
tegang kalah muka
Kak Ton pakai
kologen.
“Apa saya
nak buat dengan
budak nakal macam
awak berdua ni?”
aku berkata sendiri...
muka mereka dah
cuak. Aku berpaling
menghadap budak kelas
yang memandang wajah
garangku dengan takut-takut.
Mereka kemudiannya
tergelak kecil. Aku
pusing ke arah
Ariff dan Zahid,
mereka buat muka
selamba. Aku kembali
pandang ke budak
kelas. Tak jadi!
Mereka gelak menjadi-jadi
bila aku berpaling
memandang mereka. Hati
aku rasa lain
macam. Budak dua
ekor tu ada
buat sesuatu di
belakang aku. Aku
pusing laju-laju.
Naik mencanak
darah aku sampai
hampir menyembur ikut
hidung! Dua ekor
monyet mini Bad
dan Irfan ni
sedang menonggeng punggung
dekat aku. Cepat-cepat
mereka berdua cover malu.
Dah terkantoi pun okey?
Tak kelakar langsung!!
Darah terasa turun
naik... tanpa dapat
ditahan, piap!! Piapp!!! Dua budak
lelaki itu dilibas
di punggung. Menggeliat-geliut budak
itu menahan sakit.
Haa, rasakan.
Puas!! Puasss
hati aku! Puassss!!!
Puas aku nak
jawab dengan mak
bapak budak ni
nanti. Adoilah Mona!!
Kenapa kesabaran aku
makin menipis sekarang?
Budak dua orang
itu hanya tergelak
sahaja. kawan-kawan kelasnya
terdiam dan menggigit
bibir. Takut! Huh...
Nora masuk
ke kelas sesudah
shi shi. Muka
bertambah bedak nampak.
Hailah! Budak lapan
tahun pun suka
melawa! Kalah cikgu...
budak zaman sekarang...
“Uuuu, cantiknya
Nora!” Zahid bersuara
kagum melihat muka
Nora yang sudah
bertambah bedak itu.
Masih tak serik
meskipun telah dirotan.
Ya Allah, give me
strength.
“Macam Nora
Danish la! Nak
nombor...” ayat si
Ariff pula. Aku
naik angin sampai
kepala. Bilalah budak-budak
ni nak belajar jadi serius?
“Ariff, Zahid!!
Berdiri kat atas
kerusi dengan sebelah
kaki! Se-ka-rang! Jangan
letak kaki kalau
tak nak kena
rotan!!” aku menghamun
geram.
Sebenarnya, aku
dapat lihat Irfan
dan Bad versi
kecil. Sebab itu
aku mengamuk! Zahid
dan Ariff pun
berdiri menggunakan sebelah
kaki di atas
kerusi masing-masing. Sekejap
ke kiri sekejap
ke kanan tubuh
mereka cuba mengimbangi
badan. Rasakan. Kalau
versi besar dia
aku tak dapat
nak denda, versi
kecil pun jadi!
Yang pasti, hati
aku puas! Soal
berjawab dengan orang
tua mereka, tak
mengapalah. Aku jawab aje
yang budak ni
nakal sangat!
“AKU rasa
aku tahu siapa
punya kerja ni!
Aduhai anak muridku!!”
aku tepuk dahi.
Julia, aku minta
maaf, kereta aku
pun bakal ke
‘hospital’ juga macam
kereta kau. Haih!
Aku mendail nombor
telefon Julia.
“Jue, aku
tak boleh ambik
kau la! Kereta
aku pancit wey.
Aku tahu siapa
buat. Ini mesti
kes dendam kesumat...”
aku mendengus. Tangan
aku genggam-genggam geram.
Zahid, Ariff, kalau
besok, aku jumpa
kau berdua, memang
siap!! Siap aku
kerjakan!!
“Lah, ye
ke? Aku naik
bas la kalau
macam ni... penatlah
aku nak berebut
dengan anak murid.
Haih. Jatuh market aku...”
Julia merengek. Hiss!
Fikir market dia aje. Market
aku pulak macam
mana? Tak suka
tau? Arghh! Besok memang
kena budak dua
ekor tu. Tengok
la kalau tak
percaya!!
Aku bercangkung
di tayar keretaku.
Tangan memicit tayar.
Entah siapa yang
ajar budak dua
ekor tu buat
benda-benda yang begini.
Habis tayar kereta
aku pancit! Pancit
sangat pula tu! Keempat-empat tayar,
okey? Memang langsung
tak kelakar! Adess!
Mulalah menyesal
sebab tak dengar
perintah abah. Abah
suruh aku letak
pam angin kat
dalam kereta siap-siap.
Aku buat derk sebab
aku cakap, perkara
macam ni takkan
terjadi punya. Sekarang?!!
Mulalah rasa kesal
itu timbul. Berapalah
sangat pam angin
tu...
“Cikgu Mona,
ada masalah ke?”
suara garau menegur.
Aku berpaling.
Kening, secara automatik
terangkat sebelah.Kelihatan Cikgu
Farhan melangkah penuh
segak ke arahku.
Dia memegang beberapa
buah buku di
tangannya. Aku mulalah
garu hidunglah, garu
telingalah. Nak mengaku
yang aku ada
masalah? Aduh! Malunya.
Aku ni payah
nak meminta tolong
dengan orang. Selama
ini, apa yang
aku buat mesti sendirian berhad
punya kerja.
“Err, tak
ada..” aku jawab
malu-malu.
“Saya dari
tadi perhatikan awak,
Mona. Nampak macam
ada masalah. Bila
saya duduk dekat
sini, barulah saya
tahu kenapa. Kereta
awak... tayar pancit
eh?” Farhan menyoalku
sambil mengerling ke
arah tayar keretaku.
Aku tersenyum salah
kena. Dah nampak
pun, kan? Buat
apa tanya lagi?
“Er. Ha ah! Biasalah,
Pa’an. Jadi cikgu
ni, banyak yang
tak kena...” aku
tersengih malu. Farhan
ikut tersenyum. Hati
aku kuat menyatakan
ini kerja budak
dua orang itu.
Sebab mereka memang
mahir buat kerja
kimpalan segala ni.
entah belajar dari
mana pun aku
tak tahulah. Yang
pastinya, jika aku
seratus peratus benar,
akan aku cari
tok gurunya dan
aku cekik-cekik sampai
pucat. Menyusahkan aku
sungguhlah!
“Err, jom
saya tumpangkan awak!”
Farhan mempelawa.
Aku menggelengkan
kepalaku, menolak. Pada
mulanya aku menggeleng
sekali. Bila tengok
dia berjalan menghampiri
kenderaannya, kali ini
aku menggeleng seribu
kali! Naik kapcai!
Gila apa? Ingat
aku suka nak
merempit dengan dia?
Reputasi aku sebagai
guru bertudung tu
kena jaga. Sebagai
perempuan muslimah pulak
tu meskipun kurang
muslimahnya. Hehehe...
Biasanya aku
tengok dia naik
kereta. Apa pasal
pulak hari ni
dia nak naik
motor? Alah! Kalau
naik kereta sekali
pun, memang aku
tak nak tumpang
dia. Aura dia
kuat. Serius. Muka
kacak. Jambang nipis
dia trim baik
punya. Aku memanglah
terlebih lemah dengan
lelaki yang berjambang
nipis ni. Rasa
tak selamat jiwa.
Memang spesies eye-candy aku..
Isk Mona, gatalnya
kau!
“Tak apalah,
Pa’an.. saya balik
naik bas aje.”
aku tersenyum.
Muka dia
yang macam hero
filem hindustan, Arjun
Rampal kesayanganku! Aduhai
Mona! Awat gedik
sangat kebelakangan ni?
Dah terkena jangkitan
virus Julia agaknya
aku ni. Dulu muka Pa’an
ni aku pandang
tak guna mata
pun.Bahaya virus Julia
sebarkan ni.
“Saya ada
dua helmet ni.
Jomlah!” serius gila
Cikgu Farhan sorang
ni? Dia menepuk-nepuk
dua helmet di
atas sit motor itu.
Aku sudah mula
rasa tak selesa.
Kalau dia ajak
naik motorbike ke,
mahu jugalah aku.
Eh?! Teruknya!
“No
thanks.” aku berkata.
Rasa tak sedap
hati dah ni.
Muka dia serius
bukan main.Itu yang
aku tak boleh
blah!
Helmet dihulurkan
kepadaku. Helmet stail
tahun bila dia
pakai ni? Macam
cengkerang kura-kura saja!
Aku lebih rela
sarungkan cengkerang kura-kura
ke atas kepala.
Aku menggeleng-geleng tidak
mahu. Rasanya dah
boleh dapat penyakit
geleng tak sudah
dah aku ni. Apa pasallah
dia tak balik
lagi ni?
“Cepatlah.”eh eh dia ni!
Dah aku tak
mahu, takkan nak
mendesak pula?aku paling
pantang dengan orang
yang suka mendesak
begini. Mulalah angin
datang menyerang satu
badan. Jangan tanya
kenapa kalau kedua-dua
helmet itu tersarung
di atas kepala
dia nanti. Kenapa
ramai pula orang
yang menaikkan darah
aku sekarang? Ini
ujian ke apa?
“Tak apalah!
Saya tak selesa.”
aku akhirnya bersuara
jujur. Dah tak
sanggup untuk berterusan
didesak. Takut nanti
dia makan kasut
aku saja. Kesabaran
aku semakin nipis
semenjak munculnya Bad
dan Irfan sebagai
jiranku. Ditambah dengan
anak murid yang
gatal macam Zahid
dan Ariff itu.
Oh tuhan! Farhan
tergelak besar sebaik
sahaja aku berkatabegitu. Apa
pasal eh?
“Saya gurau
ajelah. Ini motor
pak cik kebun!
Takkan saya nak
rembat. Kunci pun takde!
Lagipun kita mana
halal. Saya kena
jaga batas. Alahai
awak ni Mona!
Lurus sangat orangnya.
Jom, saya tumpangkan
awak. Kereta kat
depan sana.” Farhan
tergelak lagi.
Aku mendengus.
Geram betullah! Apa
pasal ramai orang
suka buli aku
ni? Apa dosa
aku? Memang dah
tertulis kat dahi
aku ke, SILA
BULI SAYA? Ke
macam mana? Di
kelas dengan anak
murid yang senget-senget
macam Zahid dan
Ariff itu! Di
sekolah dengan cikgu
tak siap ni!
Di rumah nanti
ada lagi! Cabaran
terbesar aku adalah
di rumah. Bad
dan Irfan. Aduhai!
Nak pindah! Nak
tukar sekolah!! Warghh!
“Tak apalah,
Pa’an, saya balik
sendiri aje. Serius.
Saya tak naklah
susahkan orang, kalau
boleh.” aku memberi
alasan. Sebenarnya nak
tutup rasa malu.
Gila tak malu?
Bersungguh-sungguh aku menggeleng
kepala tadi macam
orang ada sakit
anjing gila pula!
Isk! Mintalah dijauhkan.
“Tak ada
menyusahkanlah, Mona. Saya
naik kereta. Awak
jangan bimbang.” Farhan
berkata sambil tersenyum.
Aku menggeleng-gelengkan kepala
lagi sekali. Kali
ini slow motion punya.
Aku tak mahu
menyusahkan dia dan
aku tak mahu ada apa-apa
berita tak elok
di sekolah nanti
mengenai aku dan
dia. Cikgu-cikgu sekarang
ni kadang-kadang bergosip
tentang kita macamlah
kita ni artis.
“Tak apa.
Serius. Saya nak
tunggu kawan saya
aje yang datang
ambil.” aku menipu.
Punyalah tak nak!
Malu ni...
“Oh, kalau
macam tu. Tak
apalah. Saya balik
dulu eh? Awak
hati-hati tau Mona?
Saya balik dulu.
Apa-apa hal, awak call
saya tau? Saya
boleh datang ambil.”
Farhan bersuara dengan
muka risaunya. Aku
mengangguk dan tersenyum
sedikit. Dia risaukan
aku? Heaven! Heaven! Ya Allah!
Aku ni dah
makin gatal sekarang
semenjak Julia menyebarkan
virusnya. Bukan nak
kata apa, sebelum
ini, rasa malu
aku begitu terlindung
sekali. Hahahaha!
“Baik Pa’an.
You too,
take care.” aku
bersuara pula lantas
memasukkan buku tutor
ke dalam beg
besar gedabak aku.
Buku latihan anak
murid yang berada
di bumbung kereta
aku capai dan
membawanya dengan bersusah
payah.
Malang nasib
aku bila buku
sebanyak ini, hanya
mampu aku bawa
dengan menaiki bas. Bas Metro
nombor 55 atau
50 atau pun
RapidKL. Alah! Seringgit
saja pun. Lagi
pula, bukanlah jauh
mana jarak rumah
aku dengan sekolah
ni. Kalau jalan
kaki pun memang
takkan jauh manalah.
Cuma, barang yang
banyak menyukarkan aku
untuk berjalan kaki.
“Anak murid
buat spoil! Berdendam tak ingat! Kau
berdua tu dahlah
ada rupa orang gila
sebelah rumah aku!
Perangai lagilah sebijik! Memang
kau berdua ni
nak kena dengan
aku! Besok, aku
panggil mak ayah
kau datang sekolah!
Aku sebat korang
depan mak ayah
korang. Memang melampau
sangat!!!” aku memaki
sambil berjalan bersusah
payah menuju ke
pondok bas. Geram!
Geram!
Pap!! Buku
aku hentak ke
bangku di pondok
bas. Sudahlah hari
ini aku pulang
lewat, terkena pula
dengan buku latihan
budak yang banyak
ni. Lima puluh
lebih buah buku!
Gabung dua buah kelas. Aku rasa nak
pitam! Nak pitam sangat!
Lelah rasanya apabila
terpaksa berjalan ke
sini dengan buku
yang banyak. Aku
nak balik! Nak
minum ais kosong.
Rasa-rasanya buat masa
ni, ais kosonglah
air paling enak
yang dapat aku
bayangkan...
Baru lagi
duduk, sebuah bas
sudah muncul. Aku
kembali berdiri tetapi
kemudian, duduk semula.
Crowded ya
Rabbi! Waktu budak
sekolah menengah balik
dari sekolah. Haruslah
bas penuh! Dah
macam sardin saja
aku tengok. Teksi
mana? Kenapa waktu
macam ni teksi
tak nak lalu?
Warghh!! Aku sudah
kepenatan tahap unta
dah ni. Tiba-tiba
ada sebuah kereta
berhenti. Macam pernah
tengok saja kereta
ini. Cermin kereta
diturunkan. Dia tersenyum
senget. Aku menjeling
dan memandang ke arah lain.
Memang pernah tengok.
Malah, selalu tengok
sejak beberapa hari
ni.
“Kereta mana,
Monaaa?” leretnya mengejek.
Aku mendengus.
“Rosak!” aku
jawab sepatah.
“Oh! Pity you.
Come, sehala
ni. Jomlah naik
sekali.” dia mengajak.
Aku memandang mukanya.
Tersenyum bukan main
menganjing lagi. Lupakan
niat kau kalau
kau nak mengejek
aku kat sini!
“No
thanks!” aku jawab
kasar. Dia menaikkan
cermin kereta dan
pergi dari situ.
Aku mengeluh. Macam
mana aku nak
balik ni? Kenapa
aku tak tumpang
aje dia? Ah!
Jatuhlah reputasi aku
kalau aku tumpang
dia tadi. Aku
tau niat dia,
memang dia nak
mengejek aku!
Pop! Bunyi
pintu kereta ditutup.
Pandanganku terkalih. Eh? Dia lagi?
Kenapa tak balik
lagi? Dia parking kereta
kat tepi jalan
untuk apa? Aku
mendengus apabila langkahnya
semakin hampir. Dia
masih setia dengan
senyum senget dia. tangan diseluk
ke dalam kocek.
Kemudian, dia duduk di sisiku.
Tali leher dirungkai
perlahan. Aduhai. Jiwa
kacau! Seksi pulak
dia dalam keadaan
begitu.
“Pity
you...” ejeknya lagi.
Telinga aku berasap
ke main. Kalau
aku hempuk dengan
buku-buku latihan anak
murid aku ni,
tak pasal-pasal dia
ni hilang ingatan.
Bagus juga kalau
dia hilang ingatan!
Nak aje aku
tuntut dia sebagai
bibik aku. Biar
padan dengan muka.
“Pergilah sana!”
aku menghalau. Langsung
tak pandang ke
arahnya.
“Ada tulis
‘Ini Mona Punya
Kerusi’ ke kat
sini?” soalnya sambil
membelek-belek kerusi simen
yang kami duduk.
Dasar... argh! Bencinya!
Kenapa mesti dia
yang muncul kat
sini? Kenapa?!
“Tak ada.
Tetapi kat mulut
ni yang cakap,
pergilah sana.” aku
menjelingnya. Dia tergelak
cara orang beriman.
Huh!
0 komen:
Post a Comment