BAB
6
“KERETA buruk
ni?” Benji macam
tak percaya saja
bila melihat apa
yang ada di
depan matanya. Kereta
buruk jenis Toyota
KE70 yang warna
warni. Pintu warna
kuning… nak berkarat.
Bonet warna merah.
Bodi warna biru…
“Buruk bukan
sebarang buruk. Ini
dah banyak berjasa…”
Ikram menepuk-nepuk kereta
kesayangannya yang sudah
buruk itu. Kereta
yang memang dikhaskan
untuk aktiviti driftingnya.
Kereta itulah ‘awek’
dia selama ini.
“So
you drive kereta
ni ke?” soal
Benji kepada aku.
“Yes.”
“Kereta ni
umpama baby kami…” Ikram
meletakkan tangannya ke
bahuku lalu dirapatkan
ke dadanya. Aku
tersenyum acah-acah macam
ada orang nak
ambil gambar kami.
Benji menjeling aku.
Kerek. Mesti dia
tak percaya kehebatan
kereta ni. Nampak
saja buruk, sekali
mengaum, kalah kereta
Skyline. Okey, tipu.
“Oh, you
bawak kereta mana?”
soalnya kepada Ikram
pula.
“Ini juga.
Tapi aku bawa
Oddie dulu, baru
Oddie bawa kau.”
Ikram tersenyum. Hish
Benji ni. Habis
dia fikir aku
nak bawa kereta
yang mana lagi?
“Kalau I
naik dengan you?”
soal Benji. Muka
dah pucat semacam.
Yelah, dia kan
tak percayakan perempuan
yang bawak three pedals?
Meluat aku dengan
lelaki yang selalu
anggap perempuan tak
boleh buat aktiviti
lelaki.
Ikram selalu
kata, kalau aku
boleh buat, kau
pun boleh buat!
Itulah yang aku
nak! Yakin pada
kebolehan seorang perempuan.
“Tak boleh…”
Ikram menjawab selamba.
“Kenapa?” Benji
dah nampak macam
terkilan bila tak
boleh naik dengan
Ikram. Aku tahan
diri dari tergelak.
Kau nak sangat
ikut kan? Padan
dengan muka.
“Pembukaan aku
kena bawak drifter kedua
iaitu dia.” Kata Ikram lalu
menarik telingaku. Benji berpeluk tubuh,
mukanya mencuka dan
dia pandang ke
sisi. Mesti dia
bengang bila dia
tiada pilihan lain
selain naik dengan
aku.
“Alah, kalau
awak takut, awak
duduk tempat penonton
aje…” aku berkata.
“No
I’m not. I
okey je.” Hek
eleh, muka dah
pucat lesi aku
tengok. Bukannya drift
bawak laju sangat
pun sebenarnya sebab
dah dibuat litar.
Ada kon bagai.
Lagi satu ini
pertunjukan saja-saja. Suka-suka.
Soal keselamatan amat
dititikberatkan sebab show
ini merupakan show
haram.
Haram kali
ini bermaksud, kalau
sampai ke pengetahuan
pihak polis, kenalah
ca alif but!
Mula-mula buat kerja
ni memang aku
seram gila. Sekarang
dah terbiasa.
“BETUL ke
awak okey?” soalku
bila melihat muka
dia yang dah
pucat semacam. Dia
angguk. Tali pinggang
keledar dipasang. Sesudah dipasang,
dia memegang tali
pinggang keledar itu
dengan kejap. Nampak
cuak.
“Kalau awak
percayakan saya, awak
akan lebih tenang
sikit.” Kataku sambil
membaiki topi keledar
di atas kepala.
Sengaja aku pakai.
Ikram tadi tak
pakai pun. Walaupun
aku yakin dengan
kebolehan diri sendiri,
tapi isu keselamatan
diri sendiri tetap
perlu diutamakan.
Ikram berdiri
di tengah. Setelah
dinaikkan isyarat bagus,
aku mula bermain
dengan pedal minyak.
Enjin kereta menderum.
Tangan sedia di handbreak yang
masih belum diturunkan.
“Jangan risau.
Saya buat donut drift dulu.
Kalau awak tak
yakin, saya hentikan
kereta. Awak tengok
dari luar.” Aku
cuba pujuk Benji.
Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Teruskan aje.”
t
“Kita mestilah
dalam gear satu.
Okey? Gear satu. Tapi
ada juga yang
pakai gear dua.
Saya try buat tak
menjadi. Okey dan… Kemudian,
tekan throttle. Turn
the steering all
the way...” Ajarku.
Kaki aku menekan throttle sambil
mengawal stereng. Hilang
fokus, boleh terbabas.
Kon di
tengah aku fokuskan.
Kalau tumbang, jatuhlah
maruah aku sebagai
drifter perempuan
terbaik di sini.
“Wooo hooo!”
kedengaran Benji menjerit
ghairah. Mula-mula saja
rasa takut. Macam
aku dulu… sekarang
semua okey. Aku
mula bergerak ke
kon lain untuk
membuat drift 8.
Tangan dan kaki
memang kena cekap.
Kalau tidak…
Asap mula
berkepul. Bau tayar
kereta hangit akibat
bergeser. Ramai orang
bersorak. Benji ikut
bersorak riang. Sekurang-kurangnya aku
dah berjaya buat
orang yang payah
nak ketawa sepertinya
ketawa kegembiraan…
“OKAY? Macam
mana? Happy?” soalku sambil
menanggalkan helmet dan
aku gantikan dengan
topi biasa. Dia
tersenyum lebar dan
mengangguk berkali-kali. Memang
nampak muka terujanya.
“Rasa tak
puas…” kini dia
sudah tersengih nampak
gigi. Pergh, kacak
beb. Padu senyuman
dia bagi, terus
meresap kat jantung.
“Kan dulu
saya pernah bawa?”
aku mengangkat kening.
“Dulu I
tak yakin dengan
you.” Jawabnya. Oh,
sekarang dah yakinlah…
tingkap kereta diterjah
Ikram.
“Hoi, yang stunt
akhir tadi takde
patutnya…” sergah Ikram
sambil menepuk topi
di atas kepalaku
sehingga menutup muka.
Aku menyiku lengannya
yang ditongkat ke
tingkap kereta.
“Saja, nak
bagi Benji pengalaman…”
aku jawab selamba.
Tiba-tiba Ikram buka
pintu. Acah-acah nak
duduk atas riba
aku. Aku tumbuk
punggungnya.
“Kau duduk
berani…” aku mencabar
geram. Tapi, akhirnya
aku juga yang
mengalah. Menyusup ke
tempat duduk belakang.
Aku mengambil duduk
di tengah-tengah antara
seat penumpang depan
dan pemandu.
“Am, jangan
bawa laju. Aku
tak pakai seatbelt. Hantar
kitorang ke kereta.”
Arahku.
“Tak nak
minum dulu ke?”
soal Ikram.
“Boleh je.
Benji nak join?
Kalau tak nak,
awak baliklah dulu.
Saya balik dengan
Ikram.” Aku berkata.
“I join
sekali.”
“BESOK aku
nak tengok cerita
Fast 7. Ramai
kata gempak weh!” Ikram bersuara.
Aku mula rasa
nak mogok. Bukanlah
aku tak suka
cerita yang dia
sebutkan tadi malah aku pernah
tengok trailer cerita
yang agak gempak
juga.
“Aku rasa
Kingsman lagi gempak.
Aku nak tengok
Kingsman. Aku tengok
trailer dia… pergh!”
aku membantah. Ikram
mencemik.
“Cerita tu
mana ada dah
dekat panggung. Nanti
aku download ajelah.”
Dia bersuara memujuk.
“Hmmm, kalau
macam tu… cerita…
Mr X?” aku
memberi cadangan. Bukanlah
aku tak nak
tengok cerita Fast
7. Gila tak
nak? Cerita itukan
cerita baru? Tentang
kereta pulak lagi.
Memang aku suka
sangat. Tapi teringin
juga nak cuba
genre lain. Cerita
Fast 7 tu
mesti akan berada
di panggung agak
lama.
“Cerita hindi?”
“Ya. Sesekali…
tak salahkan?”
“Tak nak.”
“Okay. The
Cobbler? Aku suka
pelakon dia.”
“Aku nak
Fast.”
“Korang memang
kaki wayang eh?”
soal Benji tiba-tiba
setelah dari tadi
membisu. Mesti dia
serabut bila tengok
aku dengan Ikram
berperang mulut. Mujur
dia tak sebut perkataan
‘distracting’ dia tu. Aku
dan Ikram angguk
serentak.
“Good.
So, we watch
both. Tomorrow. My
treat.” Selamba saja
dia memberi kata
putus. Lagi pelik,
siapa ajak dia?
Huh! Tapi sebab
dia kata nak
belanja, aku rasa
tu idea yang
bijak.
“Cantik! Tengok
kat mana?” soal
Ikram yang langsung
tak hairan dengan
Benji yang tiba-tiba
nak mencelah.
“GSC. I
boleh book tiket awal-awal.”
“Er, which GSC?”
aku julingkan mata
ke atas. Dia
ingat ada satu
aje ke GSC
dalam Kuala Lumpur
ni?
“Pavi.” Pendek
dia jawab.
“Well, tempat
orang kaya, jalan
melenggak…” Ikram memberi
komen. Dia memang
anti dengan Pavilion.
Aku menjeling Benji.
Cubalah pilih MBO
Space U8 ke?
Memang lenganglah sikit.
Tak pun kat
Icity Mall.
Dulu mungkin
kat Pavilion tu
tempat orang kaya,
tapi sekarang tempat
tu paling banyak
budak-budak sekolah yang
baru nak up.
Aku tak berapa
suka tempat tu.
Sesak dan padat.
Lagi sakit mata
tengok budak sekolah
bercumbu dan sebagainya.
Macam tak ada
agama! Mentanglah ramai
mat saleh kat
situ, diaorang ingat
diaorang dekat bandar
New York agaknya.
“Saya lagi
suka kalau dekat
MBO Space U8.
Tak padat sangat.”
Aku memberi komen.
Ikram menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Tempat tu
tak boleh cuci
mata. Kurang kedai.
Aku suka Midvalley.”
“Okay. So, we’re
going to Pavi.”
Selamba dia memberi
kata putus. Memang
menyakitkan hati sungguh.
Nak juga dia
menang. Tapi takpelah.
Terlupa pulak yang
dia kata dia
nak belanja.
Aku dan
Ikram akhirnya terpaksa
mengangguk setuju. Bolehlah.
Dah orang nak
belanja.
“LAST I
tengok wayang, cerita
G.I. Joe.” Aku
tergelak mendengarnya. Teruk
sungguh. Lama sangat
dah tu. Dia
menghantarku pulang. Dan
itu merupakan dialog
pertama yang dia
tuturkan sepanjang berada
dalam kereta dengan
aku.
“Saya last,
Maleficent rasanya.” Aku
berkata. Dia mencemik.
“Cerita budak-budak.”
Kutuknya. Aku tersenyum
saja. Aku perempuan,
walaupun kaki drift,
tapi kalau bab-bab
movie, cerita Disney
memang wajib aku
tonton. Cinderella aje
aku tak sempat
nak tengok dulu
sebab Ikram busy.
Tak ada Ikram,
memang tak tengok
wayanglah aku.
“Biarlah. Janji
dapat tengok dekat
panggung. Dah lama
asyik download aje.
Sesekali teringin nak
habiskan masa dengan
Ikram macam dulu-dulu.
Tengok movie. Kadang-kadang
hari-hari kitorang tengok
sampailah habis cerita
dekat panggung. Tengok
siapa masyuk, dia
belanja.” Aku bercerita
senang. Kalau dulu
memang begitulah cara
kami.
“Kalau macam
tu, nanti masukkan
nama I sekali.”
Aku agak terkejut.
Dia nak join
aku dengan Ikram?
Biar betul ni?
“So
you choose to
stay Malaysialah ni?”
“Erm. Buat
masa ni I
dapat tawaran jadi
model sambilan dekat
satu company ni.”
“Oh
congrats.”
“Thanks!”
KEESOKAN harinya,
aku bersiap-siap. Mama
pun nampak tersenyum
lebar semenjak dua
menjak ni. Mentanglah
hubungan aku dengan
Benji agak baik.
Terus dia menyakat
aku. Tak lama
lagi bau nasi
minyaklah apalah. Huh!
Jangan harap perkahwinan
aku ada nasi
minyak. Aku nak
buat nasi ayam
atau nasi tomato.
Nasi dagang ke…
sedapnya! Apa aku
merepek ni?
Sesudah bersiap,
aku kerling ke
arah jam. Masih
ada sepuluh minit
seperti yang aku
janjikan dengan Benji.
Dia akan ambil
aku di rumah
manakala Ikram memandu
sendiri ke sana. Tapi
Benji orangnya sangat
menepati janji berdasarkan
pengalaman aku berjanji
dengan dia dulu.
Seperti jangkaanku,
Benji sampai di
rumahku lima minit
sebelum yang dijanjikan.
“Nak pergi
tengok wayang pakai
macam ni?” soalnya.
Aku pandang bajuku.
Apa yang salah
dengan memakai dress
ala-ala Marilyn Monroe
ni? Memanglah nampak
classic tapi aku
suka classic.
“Kenapa? Tak
sesuai eh?” soalku.
“Takdelah. Berapa
lama you buat
rambut ha?” dia
tegur rambut aku
pulak dah! Aku
pegang rambut aku
yang bergulung-gulung ini.
Beria aku pakai
cantik-cantik sebab nak
impress dia. Saja
nak buat dia
jatuh hati pada
aku walaupun aku
tahu dia takkan
jatuh hati dengan
aku. Sekali, ini
yang dia tegur?
“Tak sampai
sepuluh minit pun.”
“Berpengalaman nampak.”
“So true.”
Dia menjulingkan matanya
ke atas. Aku
tersenyum. Nampak sangat
dia tak minat
menunggu. Dan siapalah
yang bertuah membuat
dia menunggu tu
dulu? Haih, cemburu
pula rasanya.
“Jomlah. Nanti
kesian Ikram kena
tunggu.” Aku mengajaknya.
Takkan nak habiskan
masa berbual dalam
kereta kut? Dia
angguk. Handbreak diturunkan.
0 komen:
Post a Comment