BAB
4
“IMAN, temankan
Zara pergi jogging,
jom?” ajak Zara.
Dia mahu berjoging
kerana pahanya sudah
membesar sehingga seluarnya
yang bersaiz dua
puluh tujuh itu
sudah tidak muat
lagi! kebanyakannya ketat!
Itu membimbangkannya.
“Iman ada
kerja yang nak
kena siapkan ni.
Mana kawan-kawan Zara?”
soal Aiman di
dalam talian. Zara
mendengus. Kalau dia
sudah mempunyai kawan
untuk menemaninya, buat
apa dia minta
Aiman untuk temankan
dia?
“Alah, diorang
semua tak nak
berjoging dengan Zara
sebab kata diorang,
Zara selalu pecut
tinggalkan diorang.” kata
Zara seakan-akan berjauh
hati dengan kawan-kawannya.
Yalah! Dah
namanya berjoging! Mestilah
berlari perlahan begitu.
Bukannya berjalan. Kawan-kawan
dia pula sibuk
melenggang kangkung di
sekitar UiTM itu. Bertambah lenggang
apabila melewati padang
ragbi. Tahulah tumpuan
siapa yang cuba
dicuri mereka. Pantang
nampak abang senior
yang kacak-kacak sedang
beriadah sama, mulalah
mereka membaiki tudung.
Hembus atas tepi.
Berjalan pun bukan
main gemalai lagi.
Huh! Tak ada
kerja!
“Iman ada
kerjalah, Zara. Sorry. Dah
dekat nak submit ni.”
Aiman bersuara serba-salah.
Zara mengeluh hampa.
“Alah, bolehlah,
bolehlah, bolehlah...” pujuk
Zara lagi. Dia
pasti akan kesunyian
nanti. Kalau tidak
memikirkan yang dia
hendak mengurangkan lemak
di pahanya, sudah
tentu dia batalkan
sahaja hasrat untuk
berjoging itu.
“Alah, tangan
Iman ni baru
lagi baik.” kata
Aiman lagi. Mencari
alasan.
“Hm, yang
nak berlari tu
nanti, kaki ke
tangan?” sindir Zara
geram. Aiman tergelak
di hujung talian.
Tahu adiknya sudah
naik marah.
“Hisy! Kakilah.
Iman ada kerja
lagi ni.” ujar
Aiman berlembut. Belum
pernah dia menolak
pelawaan adiknya tetapi
pada hari itu,
dia benar-benar terpaksa.
Dia ada kerja
yang hendak dibereskan.
Kerja itu pula
yang menentukan carry mark
dia nanti. Sebolehnya,
dia mahu mencapai
carry mark
tertinggi bagi membolehkan
dia untuk mendapat
dekan.
“Tak apalah
kalau macam tu,
Zara pergi seorang
ajelah nampaknya.” sayu
sahaja suara si
adik. Talian dimatikan
tanda memprotes.
Zara mencapai
earphone lalu
disumbat ke dalam
telinga dan memegang
kemas telefon bimbitnya.
Sejurus selepas itu,
larian bermula. Lagu
dipasang sekuat hati.
Pedulilah kalau ada
yang ingin menguratnya
atau apa? Dia
tidak mahu melayan.
UiTM Jengka harus
ditawaf sebanyak dua atau tiga kali pada setiap hari
mulai pada hari
ini.
Bermula di
padang ragbi, Zara
berlari dengan konsisten
melalui blok kolej
ijazah di mana
abangnya tinggal dan
kemudian dia berlari
sehingga ke bangunan
yang berwarna ungu
dikenali sebagai bangunan
Fast Track yang
berada agak jauh
dari tempatnya bermula
tadi. Mungkin dalam tiga empat
ratus meter jaraknya.
Di Fast Track,
dia berehat sebentar
di pondok bas
akibat rasa mengah.
Sudah lama dia
tidak berjoging. Harus
mati semput kalau
dia menyambung lariannya
tanpa berehat tadi.
Setelah hampir
lima minit dia
berdiri di tempat
hentian bas itu,
dia melangkah semula
dengan penuh semangat
untuk menawaf bangunan
UiTM itu. Lagu Destiny
Childs yang bertajuk
Survivor dipasang
sekuat hati lantas
dia berlari mengikut
rentak itu. Terasa
bersemangat!
Tiba-tiba tubuhnya
dihimpit oleh sekumpulan
lelaki sehingga menyebabkan
dia terkeluar dari
garisan jalan dan
hampir terjatuh ke
dalam lopak air.
Mujur saja dia
sempat mengimbang badan
dan menarik tangan
salah seorang pemuda
yang mengekor langkah
sekumpulan lelaki tadi.
“Sorry,
sorry!” luah
pemuda itu kelam-kabut.
Kedua belah bahu
Zara dipegang.
Zara mengangkat
wajahnya memandang si
lelaki yang begitu
berani memegang bahunya.
Bagaikan terpaku, dia
memandang wajah lelaki
itu dengan mulut
yang hampir ternganga
akibat terkejut. Irsyad
lagi, Irsyad lagi!
Kenapa begitu kerap
dia terserempak dengan
Irsyad sekarang ini?
Selepas kejadian Aiman
patah tangan. Pasti
sahaja mereka asyik
terserempak di mana-mana.
Kalau tidak di
universiti, di bandar
pun ada! Kadang-kadang, di
kedai makan di
kawasan perumahan pelajar
Non Resident.
Di Taman
Jengka Impian, Taman
Permatang Syahbandar ataupun
di Taman Desa
Jaya. Mana-mana sahaja.
Semuanya ada muka
Irsyad! Jantungnya usah
katalah! Berdegup kencang
apabila melihat wajah
yang satu ini.
“Maaf ya?
Awak okey?” soalnya
sambil tersenyum. Pertama
kali dia berasa
dekat dengan Zara.
Muka mereka hanya
berjarak dua jengkal
sahaja. Indah sungguh
wajah gadis di
hadapannya ini. Wajah
orang yang sentiasa
disayangi dalam diam.
Bahu Zara dilepaskan
setelah menyedari kekhilafannya.
“Apa?!!” soal
Zara kuat dengan
muka blurnya. Dia nampak
mulut Irsyad bergerak-gerak tetapi
suaranya tidak ada!
Irsyad hanya
tersengih apabila suara
Zara tiba-tiba memekik
menyoalnya. Dia faham
kenapa. Matanya mengerling
pada telefon bimbit
di tangan Zara.
Zara ternganga sebelum
ikut memandang ke
tangannya. Eh? Aku
pasang earphone! Dengan kalut,
dia menekan butan pause
lagu yang dipasangnya
tadi.
“Apa awak
cakap tadi?” soal
Zara sekali lagi.
Kali ini suaranya
lebih lembut dan
perlahan daripada sewaktu
dia mendengar lagu
tadi.
“Saya cuma
cakap, saya minta
maaf.” ujar Irsyad
sambil menahan senyum.
“Oh! Tak
apa. Terima kasih.”
ujar Zara dengan
suara mendatar lantas
terus meninggalkan Irsyad
di situ. Pipi
ditampar berkali-kali.
Betul ke
Irsyad yang memegang
bahunya tadi? Betul
ke Irsyad meminta
maaf dengannya tadi?
Betul ke dia
dapat melihat wajah
Irsyad sedekat itu?
Jantungnya bagaikan tersumbat
di saliran esofagus!
Tidak percaya. Mungkin
dia sedang bermimpi.
Hendak berpaling atau
tidak?
Kalau dia
berpaling, buatnya Irsyad
tiada di situ?
Mimpilah namanya. Dan
bila mimpi, tentu
dia bakal kecewa
jika Irsyad tiada
di situ. Kalau
pun Irsyad masih
di sana, sanggup
ke dia nak
menatap wajah Irsyad?
Sedangkan berpandangan tidak
sampai seminit dua
pun hatinya tersangat
tak tenteram! Huh!
Akhirnya dia mengabaikan
sahaja rasa hatinya
yang ingin tahu
mengenai ‘kewujudan’ Irsyad
itu.
Lagu dipasang
semula sekuat hati.
Dia yakin, memang
Irsyad yang menegurnya
tadi. Senyuman perlahan-lahan menguntum
di bibirnya. Tadi,
bibirnya terasa beku
untuk mengukir senyum
buat Irsyad. Senyuman
Irsyad berjaya membekukannya. Ah!
Malu betul! Mesti
Irsyad kata dia
sombong! Padahal dia
masih dalam mood
susah-nak-percaya dia tu.
Rambut tocang
Zara beralun mengikut
langkah kakinya. Sesampai
di sebuah tasik,
sekali lagi Zara
menghentikan langkahnya. Dia
menyeberangi jawalan untuk
ke tasik kecil
itu. Penat sungguh
dia rasa. Seperti
tidak boleh bernafas!
Tambahan pula dengan
kewujudan Irsyad secara
tiba-tiba tadi. Memang
menyemputkan nafasnya.
Sudah lama
benar dia tidak
berjoging. Satu UiTM
ini pun masih
belum habis ditawaf.
Ada hati nak
buat dua pusingan?
Kalau Aiman ada, tidaklah dia
terasa bosan sangat.
IRSYAD mengeluh
hampa. Dipandang tangannya
yang digenggam Zara
secara tidak sengaja
tadi. Lembutnya jemari
gadis itu. Harus
dia tidak tidur
malam dibuat Zara!
Malangnya, gadis itu
terlalu sombong. Senyum
pun tak!
Bukannya dia
yang melanggar Zara
tadi tetapi sekumpulan
lelaki di hadapannya.
Dia meminta maaf
bagi pihak lelaki
itu. Semenjak dari
Zara di padang
ragbi lagi dia
sudah mengejar langkah
gadis itu secara
perlahan-lahan.
Semakin tidak
keruan dia apabila
melihat Zara disiul-siulkan sekumpulan
lelaki nakal yang
menaiki motor lalu
lalang di kawasan
itu. Lepas satu
pheewit ke satu
pheewit yang lain.
Terbakar sungguh jiwa
raganya.
Dia berkeputusan
untuk menyaingi langkah
Zara sehingga beriringan
dengan Zara. Tetapi
malang menemuinya apabila
Zara mengelak daripada
beriringan dengannya. Zara
berlari lebih laju
ke hadapan. Irsyad
mengeluh lagi. Sukarnya
mendapatkan perhatian daripada
seorang gadis yang
dipanggil Zara! Kalau
gadis lain, baru
ditegur hai pun
terus berebut-rebut ingin
berlari dengannya. Sedangkan
Zara? Gadis itu
ternyata berbeza benar!
Dia rasa tercabar
apabila tidak dikejar!
Dia tidak
berputus asa, langkah
Zara dikejar lagi.
Baru lagi beberapa
langkah hendak menyaingi
langkah Zara, tiba-tiba
telefon bimbit gadis
itu berbunyi. Zara
berhenti seketika untuk
berjalan sambil menjawab
panggilan. Irsyad ikut
berjalan sama di
belakang Zara.
“Helo!” suara
Zara mendatar sahaja.
Siapa? Dalam hati
Irsyad mula tertanya-tanya. Aimankah?
“Ya, Iman.”
Zara menyahut tidak
lama kemudian. Tersentak
Irsyad mendengar sepatah
nama itu. Tidak
bolehkah sehari dia
tidak melihat Zara
dengan Aiman ataupun
tidak mendengar nama
Aiman disebut Zara?
Hatinya sakit!
Cemburu menguasai
dirinya lagi apabila
sepatah nama lelaki
yang cukup dibencinya
itu meniti lembut
di bibir mungil
Zara. Tak apa,
cinta zaman universiti
tak akan kekal
punya! Kau masih
ada harapan, Icat!
Irsyad cuba menyedapkan
hati sendiri.
“Lah! Tadi
Iman kata tak
nak lari sama.
Zara larilah sendirian
berhad aje. Zara
dah nak lengkapkan
satu pusingan dah
pun ni!” Zara
bersuara merajuk. Kaki
dihentak-hentak geram. Irsyad
menahan rasa sakit
hatinya mendengar rengekan
Zara itu. Bermanjalah
tu.
Irsyad mencuka
waktu itu juga.
Mana Aiman ni?
Nak kena pepah
dengan kayu hoki
agaknya! Dia baru
sahaja mencari peluang
untuk mendekati Zara.
Tadi sebenarnya dia
baru sahaja memakai
kasut untuk bermain
ragbi, tiba-tiba matanya
melihat kelibat Zara
bersendirian. Terus sahaja
dia menarik diri
dan mengejar langkah
Zara. Bukannya senang
untuk dia melihat
Zara bersendirian seperti
sekarang!
Biasanya Zara
dengan Aiman itu
macam belangkas. Kalau
sebatang pen itu
boleh berkongsi pun
mereka akan berkongsi
bersama. Aiman ni,
apa yang susah?
Layan sahajalah Zarina
yang sudah lama
menaruh hati pada
dia! Kasihan Zarina
beberapa kali makan
hati disebabkan Aiman
tidak melayannya. Malah,
Aiman sering keluar
bersama dengan Zara
ke mana-mana. Sampaikan
dia naik rimas
melihat Aiman dan
Zara!
“Yalah, yalah.
Kita jumpa dekat
depan kolej tu
kejap lagi. Iman
tunggu ya?” suara
Zara mematikan lamunan
Irsyad. Dia berjalan
menghampiri Zara dan
menghadiahkan senyuman mesra.
Tiba-tiba ada pula
seorang makhluk yang
muncul entah dari
mana.
“Irsyad sayang,
bukan ke you
biasa main ragbi
petang-petang macam ni?
Apa yang dah
mengalih perhatian you
ni?” soal Kay.
Senyuman Irsyad mati.
Senyuman yang baru
hendak terbit dari
bibir Zara juga
mati. Dasar lelaki
buaya darat! Semuanya
nak bersayang!
Irsyad garu
kepala. Depan Zara
dia dipanggil sayang
oleh Kay?! Kenapa
timing macam
tak kena sangat
ni?! Nanti apa
pula yang Zara
fikir? Memanglah Kay
ada hati pada
dia, dan dia
pun tahu hal
itu tetapi dia
tidak sukakan sesiapa
selain daripada Zara!
Rasa nak buat
pengumuman di Dataran
Integrasi itu sahaja
bahawa dia cintakan
Zara seorang! Kenapa
setiap kali dia
cuba mendekati Zara,
pasti ada halangannya?
Irsyad memandang
Zara dengan pandangan
takut-takut. Pandangan Zara
begitu tajam sekali.
Sempat gadis itu
menghadiahkan jelingan maut
sebelum kembali berjoging.
Irsyad menelan liur.
Dia tersekat di
situ disebabkan oleh
Kay! Huh!
“I tukar
selera hari ni.”
jawab Irsyad.
Earphone dipasang
lagu sekuat hati.
Tidak mahu melayan
Kay lagi. Lagi
pula, memang itulah
tabiat pelajar yang berjoging
di UiTM Jengka
itu. Berjoging sambil
mendengar lagu melalui
mp3. Mungkin dengan
cara itu dapat
mengurangkan tekanan semasa
berjoging kut?
Dia meninggalkan
Kay dan cuba
mengejar kembali langkah
Zara yang semakin
menjauh. Dia tiba
di hadapan Dewan
Serba Guna atau
lebih dikenali sebagai
Dewan Sejuk Gila
di kalangan pelajar
UiTM itu kerana
kesejukkannya yang melampau.
Sekali lagi Irsyad
diganggu. Kali ini
dia diganggu oleh
gadis yang lain
pula.
“Cattt...” leret
Shila. Irsyad mendengus
geram!
“Mesej boleh?
Nanti Icat call!” kata
Irsyad tetapi tangannya
dipaut Shila. Irsyad
memandang lesu sahaja
langkah Zara yang
semakin menjauh. Zara,
teruskan lari. Jangan pusing!
Jangan pusing. Kalau
awak pusing, tentu
awak fikir bukan-bukan
tentang saya. Tolong
lari Zara! Lari
laju-laju!
Tiba-tiba, Zara
berpusing. Perasaan Irsyad
hampa saat itu
juga. Zara memandangnya
dengan tangan Shila
yang masih melekap
di lengannya. Kenapa?!
Irsyad rasa Tuhan
tidak berlaku adil
kepadanya pada hari
itu. Mesti Zara
akan fikir dia
buaya darat! Memang
dia kelihatan seperti
playboy sejati!
Dalam proses mendekati
si gadis idaman,
dia ditahan oleh
seorang yang memanggilnya
dengan panggilan ‘sayang’.
Tidak cukup dengan
itu, kini lengannya
dipaut oleh seorang
gadis hot stuff di
UiTM Jengka yang
juga merupakan rakan
sekelas sekali gus
merangkap gelaran rakan
karib kepada Zara!
Apalah nasib dia?!
Aduhai, masaklah aku
kalau macam ni!
Kali ini
jelingan Zara lebih
tajam dari tadi.
Tentu Zara sedang
berfikir yang dia
itu lelaki yang
tidak-tidak! Payah sungguh
untuk membuktikan kesungguhan... Shila
bukan kekasihnya!!! Bukan
buah hatinya!!! Namun
itu semua hanya
dijerit di dalam
hati.
“LAMANYA Zara
ambil masa nak
sampai ke sini?
Jalan jammed ke?” sindir
Aiman. Sudah lama
dia menunggu Zara
di hadapan kolej
itu. Kalau dia
buat satu pusingan
tadi, tentu sahaja
boleh terserempak dengan
adiknya. Termengah-mengah Zara
berlari menghampirinya yang
sudah bersedia dengan
pakaian sukannya.
“Nah air.”
hulur Aiman kepada
Zara, sebotol air
mineral.
Dia tahu
adiknya pasti kepenatan.
Zara mencapai air
tersebut lalu diminum.
Selepas itu, dia
menghulurkan semula botol
air yang sudah
tinggal separuh itu
kepada Aiman. Aiman
merunyai-runyaikan rambut si adik.
Itu caranya memujuk
adik yang berjauh
hati dengannya tadi.
Akibat rasa tidak
sedap hati membiarkan
Zara berjoging sendirian,
dia berusaha menyiapkan
kerja secepat mungkin.
Zara, bila dah
merajuk, lama betul!
Kalau adiknya
itu mematikan talian
tanpa menggunakan nada
yang elok, maknanya
dia sedang berjauh
hatilah tu. Zara
hanya menjeling Aiman.
Rambut panjangnya diikat
semula selepas teruk
dirunyaikan oleh si
abang. Lengan Aiman
ditarik untuk berjoging
sama. Dia terasa
bersemangat hendak berjoging
apabila sudah ada
teman ini. Earphone kali
ini disumbat ke
dalam kocek. Dia
mahu berbual dengan
abangnya sahaja.
“Kelas Zara
macam mana? Okey
ke Key-o?” soal
Aiman ingin tahu
mengenai perkembangan pembelajaran
adiknya di kelas.
“Okeylah jugak.
Bosan sikit. Zara
tak suka betul
pada budak kelas
Zara tu.” adu
Zara dengan muka
mencemik geram.
“Kenapa?” soal
Aiman apabila mendengar
aduan si adik.
Ada orang yang
mengganggu adiknyakah? Dia
akan bersua muka
dengan sesiapa sahaja
yang berani mengganggu
Zara!
“Budak kata
Zara sombong. Zara
mana ada sombong!
Cuma Zara tak
pandai nak berbual
macam diorang. Habis satu topik,
kira habislah. Kalau
diorang pulak, bermacam-macam topik
ada. Macam Astro.
Zara mana boleh
masuk suka-suka hati
aje. Ada perkara
juga yang Zara
tak tahu. Zara
tak naklah buat-buat
pandai.” bebel Zara.
Itulah sebabnya dia
mahu Aiman menemani
dia tadi. Hanya
Aiman yang boleh
mendengar luahannya. Dia
tidak percayakan orang
lain selain dari
abangnya sendiri.
“Pasal itu
pun diorang nak
kata Zara sombong?
Tak paham betul
Iman.” bebel Aiman
pula. Zara terdiam
seketika. Mencari nafas.
“Yalah, dulu...
bila Zara buka
mulut, diorang kata
mulut Zara ni
macam bertih jagung.
Sampai naik rimas
diorang mendengarnya. Sampai
satu tahap, diorang
suruh Zara senyap!
Malu tau? Nampak
tergedik-gedik kononnya. Bila
Zara dah tak
banyak cakap sekarang,
diorang pula macam
Astro. Zara nak
fokus pada pelajaran.
Tentulah Zara banyak
diamkan diri. Diorang
kata Zara sombong
pulak! Diam salah,
tak diam pun
salah.” bebel Zara
sambil mendengus geram.
Aiman tersengih. Biasa
dah. Dalam apa
jua keadaan, baik
atau buruk, tetap
juga akan ada
mulut yang mengumpat.
Itu lumrah dunia!
“Dah namanya
manusia, Zara. Memanglah
semuanya nak dijadikan
isu. Buatlah sehabis
baik pun tetap
akan ada yang
tak berpuas hati.
Iman pernah kena
dah. Dah lali
sampai dah.” komen
Aiman selamba. Mereka
meneruskan larian dengan
konsisten.
“Masalahnya, manusia
tu yang buat
Zara sakit hati,
tau tak? Zara
bukannya tak nak
bercakap dengan diorang.
Cakap lebih salah,
cakap kurang salah.
Dah bila orang
cakap rimas nak
dengar suara Zara,
Zara diamlah. Lepas
tu boleh pulak
diorang duduk sindir-sindir
Zara. Cakap Zara
dah sombong sekarang.
Serba-salah Zara jadinya.”
bebel Zara geram.
setelah penat berlari,
dia berjalan perlahan.
Aiman turut berjalan
di sisi adiknya.
“Jalan terbaik
ialah mendiamkan diri
dan pedulikan diorang.
Diorang semua ada
mulut nak mengumpat.
Yang dapat dosanya,
diorang tu! Nanti
bila diorang dah
penat cari kesalahan Zara, diorang
berhentilah. Zara fokus
aje pada belajar
eh? Takkan tak
ada seorang pun
kawan yang boleh
dibuat ‘kawan’?” soal
Aiman serius. Maksud
Aiman ialah, yang
betul-betul bergelar kawan...
“Ada. Shila
seorang ajelah. Dia
aje yang okey
dengan Zara. Dia
aje yang tak
pernah nak pedulikan
kata-kata orang lain.”
akui Zara.
“So, kawan
dengan dia seorang
sajalah! Ingat Zara, less
friends, less trouble.
Iman cuma cakap
aje. Sebab perempuan
ni, cara berkawan
diorang pelik sikit.
Tak macam lelaki.
Kalau perempuan, nak
yang satu kepala aje.
Kalau gedik, nak
juga kawan yang
gedik. Tak macam
lelaki, tak satu
kepala pun boleh
berkawan lagi.” beritahu
Aiman.
“Tu betul
sangat. Kenapa huh?”
soal Zara. Padanya,
pendapat Aiman itu
benar. Itulah yang
dapat dia rumuskan
sepanjang bergelar seorang
pelajar ini. Bab-bab
berkawan, pasti saja
ada yang tidak
berpuas hati.
“Sebab... Iman
memang terror bab-bab ni.” ujar Aiman
lantas merunyai-runyaikan rambut
Zara. Kemudian dia
melarikan diri. Zara
menghambat abangnya dengan
geram.
“Sepak kang!”
ugutan dikeluarkan. Tanpa
mereka sedar, ada
sepasang mata yang
galak memerhati kemesraan
mereka adik-beradik. Pedih!
Irsyad mendengus geram.
Penat-penat dia mengekori
Zara untuk menerangkan
kejadian sebenar, ini
yang dia dapat?
Rasa sakit hati
yang teramat sangat.
0 komen:
Post a Comment