BAB
11
“ABANG Aizat...” suara
itu lagi, suara
itu lagi. Siapa
lagi kalau bukan
Leha? Ya Allah,
betapa aku bersyukurnya
sebab baru-baru ini dia lenyap sehari
dua dari rumah
aku. Namun, kenapa
sekarang dia muncul
semula? Tak suka
tau bila Leha
ada? Terus Aizat
layan aku dengan
buruk. Aizat mengangkat
tapak tangannya membalas
sapaan Leha kesayangan dia
itu.
“Leha dari
mana?” soal Aizat.Cheh.
Kalau dia soal
aku dengan nada
begitu, mahu juga
aku tempek Cool
Fever ke dahinya.
“Leha dari
rumah. Bosan duduk
rumah. Tak ada
kawan. Sebab itulah
Leha ke mari.”
Ujar Leha. Nak
muntah aku. Ingat
dia itu orang
lama-lama ke? (Pinjam
suara Saloma sebentar.)
‘Dinda bosan,
tiada apa yang
boleh dinda lakukan
di rumah. Dinda
perlukan teman, dinda
perlukan kanda. Kerana
itu dinda ke
mari... untuk bertemu
dengan kanda...’ puihhhhh!!!
Geli sungguh aku
membayangkannya.
Aku lihat
Leha semakin pandai
bersolek sekarang. Bulu
mata pun dah
kalah bulu mata
Che Ta. Malah,
tak dapat beza
aku sama ada
itu bulu mata
Leha atau ulat
bulu yang berwarna
hitam melekat di
matanya. Bibir pula
merah menyala mengalahkan
buntut babun yang
dalam rancangan Animal
Planet. Pakaiannya pula
boleh tahan. Berkebaya
sentiasa. Punggung pula
ditonggekkan dan digoyangkan
ke kiri dan
ke kanan walaupun
dia hanya berdiri
setempat.
Ampunkan mata
aku, ya tuhan.
Pencemaran ada di
mana-mana. Aku tak
pasti sama ada
dia sengaja tonggekkan
punggungnya ataupun dia
sebenarnya baru kena
sengat dengan tebuan
tanah dalam perjalanan
ke sini. Siap
dengan action pintal rambut
lagi. Bernanah biji
mata aku ni.
“Dari rumah
pun bersolek bagai?
Lipstik tahun
bila Leha guna
tu? Bukan main
menyala lagi abang
tengok. Kalau lembu
tengok, hmmm...” Aizat
tidak menghabiskan ayatnya.
Leha tergedik-gedik ketawa.
Bahu Aizat ditepuknya
membuatkan Aizat terloncat
ke belakang. Terkejut
barangkali ditepuk manja
begitu.
“Apalah abang
Aizat ni! Bergurau
tau? Leha saja cuba bersolek.
Leha baru beli
alat solek tu.”
Kata Leha sambil
menepuk sekali lagi
bahu Aizat. Kali
ini, Aizat undur
dua langkah ke
belakang. Mungkin dia
tidak selesa ditepuk
begitu. Leha semakin
berani nampaknya.
Aku yang
menjadi saksi ni?
Tuhan saja yang
tahu betapa aku
mengharapkan petir memanah
si Leha ini
sehingga nampak tengkorak.
Macam cerita-cerita kartun
yang biasa aku
tengok...
“Melur, ambilkan
aku air. Haus
pulak tekak ni.”
Pesan Aizat. Tak semena-mena aku
pula yang kena
ambilkan air untuk
dia.
“Eh, apa
pasal pulak saya?
Awak yang haus,
awaklah yang ambil.”
protesku.
“Aku ada
tetamu ni.” Katanya
sambil mengerling ke
arah Leha. Leha
memintal rambutnya dengan
lebih lemah gemalai
lagi. Senyuman sinis
disedekahkan Leha buatku.
Aku menjelirkan lidah
dengan muka meluat.
Memang niatku nak
bagi dia tengok
muka meluat aku
ini.
“Tak maulah.”
Aku menolak.
“Tolonglah.” Pertama
kali dalam hidup
aku dengar dia
minta tolong. Lambat-lambat
aku bangkit dari
pangkin, berjalan menuju
ke dalam. Hari
ini saja aku
tolong dia. Itupun
sebab dia meminta
tolong.
“Ambilkan untuk
Leha sekali.” Pesannya.
Mati terus niatku
untuk membantunya sebaik sahaja
aku terdengar nama
Leha.
“Siapa cakap
saya nak ambilkan
air awak? Saya
nak masuk dalam.
Tengok Malaysian Idol.
Lagi bagus dari
tengok persembahan cina
opera dekat depan
rumah.” sindirku sambil
berlalu pergi. Sempat
aku menjeling Leha.
Wajahnya mencemik.
“Nak kelentong
biar berpada-pada. Malaysian
Idol tu dah
berapa tahun tak ada?” Aizat
menyindirku. Alamak! Terhenti
langkahku dibuatnya.Nak menipu
pun tak jadi.
Suara Leha
ketawa mengilai mula
kedengaran. Menyampahnya... perempuan
mengilai begitu sebab
nak cari perhatian
dari lelaki, tau?
Buruknya. Kalau Maya
Karin dengar ni,
aku rasa dia
tarik diri dari
berlakon cerita pontianak
tu.
“Ada, awak
aje yang tak tahu khabar
berita. David Beckham
yang sponsor.” Bohongku
lagi.
“Pandai-pandai aje
kau, kan? David
Beckham tu pemain
bola. Buat apa
dia nak sponsor Malaysian
Idol? David Backhand
ada. Tu aku...
biar akubackhandkan kau.” Kata
Aizat. Aduhai! Kenapalah
aku boleh sebut
nama David Beckham
pula?! Terkena lagi.
Suara Leha mengilai
semakin menjadi-jadi.
“Eh Aizat,
awak azankan orang
kat tepi awak
tu. Nampak macam
terkena histeria je.
Takut bila dia
balik kang ada
yang menumpang.” Semburku
sedas. Leha terdiam
terus. Haa, tau
pun takut.
DARI dalam
rumah, dapat aku
dengar suara mereka
berbual-bual. Okey, bukanlah
sebab suara mereka
kuat tetapi disebabkan
aku tempekkan telinga
aku di dinding
papan ini. Mencuri
dengar perbualan mereka
di luar. Aku
tahu perbuatan aku
sekarang tidak manis
kerana aku busybody. Tetapi,
aku perlu tahu
apa yang mereka
bualkan.
“Melurrr!!! Ambilkan
aku air!” jerit
Aizat di luar.
Nyaris aku tak
terjerit akibat terperanjat.
Mungkin Aizat fikir
aku berada jauh
di dalam rumah
sedangkan aku duduk
betul-betul bersebelahan dengan
dia. Kami cuma
dipisahkan dengan dinding
papan sahaja. Bergegar
gegendang telinga aku. Boleh pekak
aku dibuatnya. Malas
aku nak menyahut...
“Abang Aizat...
abang kerja apa
waktu dekat KL
dulu?” soal Leha.
Ha ahlah. Tak
terfikir pula nak
tanya Aizat mengenai
pekerjaannya di Kuala
Lumpur sana.
“Abang tak
kerja...” jawab Aizat
acuh tak acuh.
“Eleh. Kalau
tak kerja, takkanlah
abang boleh beli
gitar... boleh ada
duit nak balik
ke sini... itu
hari Leha nampak
abang berbelanja dekat
kedai Pak Teh...”
kata Leha. Oh!
Dia intip Aizat
rupa-rupanya.
“Abang mengemis.”
Jawab Aizat pula
dengan suara mendatarnya.
“Alah abang
ni main-main tau?
Cakaplah betul-betul. Abang
kerja apa?” soal
Leha dengan suara
gedik-gedik sengaunya itu.
Macam orang telan
lintah. Uwek!
“Adalah. Mana
boleh bagitahu.” Jawab
Aizat pula. Serius
pula perbualan mereka.
Sewaktu aku di
luar tadi, bukan
main ramah lagi
Aizat. Aduh, Aizat
ni berahsialah pula.
Dia kerja apa
di KL sana?
“AWAK kerja
apa kat KL
sana?” akhirnya aku
usulkan juga soalan
itu setelah hampir
sepuluh minit Leha
pulang ke rumah.
Gila! Budak itu
tak mahu pulang
ke rumahnya selagi
Aizat tak cakap,
“Leha baliklah dulu.
Abang nak rehat.
Nak solat lagi.
Leha tak nak
solat ke?” fuhh!
Sampai tahap macam
itu barulah dia
sedar diri nak
balik ke rumah.
“Tak baik
curi dengar perbualan
orang.” Aizat menyindirku.
“Masa bila
pulak saya curi
dengar ni?” soalku
berpura-pura tak tahu.
Silap aku juga.
Aku patut tunggu
lagi sepuluh minit
untuk menyoal soalan
itu. Sekarang nampak
sangat yang aku
curi dengar perbualan
dia dengan Leha
tadi.
“Kura-kura dalam
perahu. Kau ingat
aku tak tahu
kau duduk tepi
tu tadi?” soal
Aizat sambil memuncungkan
mulutnya ke sudut
di mana aku
duduk tadi.
“Eleh, mana
awak tahu saya
duduk dekat tepi
tu?” soalku pula.
“Aku sentiasa
dapat rasa kehadiran
kau.” Jawabnya pula.
Eh, dah macam
ayat dalam drama
pula. Bezanya, ayat
itu ditutur dengan
lembut oleh sang
hero kepada heroinnya.
Berbeza dengan nada
bengis Aizat ini
tadi.
“Alah, saya
duduk kat situ
bukan sebab nak
curi dengar. Saya
nak cari subang.
Tercabut.” Nafiku lagi.
Aizat mencemik.
“Jumpa tak
subang tu?” soalnya.
“Dah!” jawabku.
“Tak baik
menipu. Aku tak
pernah tengok kau
pakai subang sepanjang
aku duduk dengan
kau ni.” Ujarnya.
Alamak! Nak cakap
apa bagi dia
percaya ni?
“Yelah. Saya
baru nak pakai
subanglah tadi.” Jawabku
pula. Kelentong lagi.
“Menipu tu
berdosa.”
“Tak baik
menuduh. Menuduh pun
berdosa.” Balasku semula.
Dia menayang senyum
sinis. Nampak seperti
tidak mempercayai penipuanku.
“Macamlah aku
tak perasan kau
lintang pukang berlari
dari situ lepas
aku suruh Leha
balik tadi. Sekali
kau berlari, macam
Big Foot kau
tau? Bergegar satu
rumah. Baik kau
mengaku. Kau cemburu
pada Leha kan?”
soalnya. Eh, ini
dah dikira mendesak!
“Argh! Teruknya
perasan! Saya terdengar
perbualan awak dengan
dia, okey? Awak
cakap kuat sangat.
Bukan saya sengaja
nak curi dengar
pun. Kalau cakap
macam guna mikrofon
macam tu, Pak
Teh kat kedai
pun boleh dengar.”
Aku menjelirnya.
“Kaki kelentong
betul kau ni.”
Kepalaku diluku.
“Cakaplah awak
kerja apa?” soalku
kembali kepada pokok
pangkal perbualan kami
tadi.
“Kau tekalah.”
Eleh, berahsia pula.
“Kalau nak
kata cikgu, takkanlah.
Awak ni pandai
ke? Lagi satu,
mana ada cikgu
lelaki berambut panjang
macam ni. Kalau
nak kata jurutera,
kenapa kulit awak
cerah? Tak macam
orang berjemur saja.
Ada ke jurutera
rambut panjang? Kalau
nak kata doktor,
ada ke doktor...
muka awak langsung
tak ada nur.
Ada ke doktor
berambut panjang macam
awak ni? Kalau
nak kata...” kata-kataku
dipotong olehnya.
“Berapa banyak
lagi ‘kalau nak
kata’ kau tu?
Aku dah bosan
dengar. Semua pekerjaan
kau nak kaitkan
dengan rambut aku,
kan? Apa dosa
rambut aku pada
kau ha?” soalnya
yang mula menjegilkan
matanya. Isk!
“Alah bagitahu
sajalah.” Aku mengalah
akhirnya.
“Aku kerja
kat salon. Dah,
puas?” soalnya sambil
berlalu pergi...
0 komen:
Post a Comment