BAB 9
JANGAN haraplah dia
nak mintak maaf
pada Zakwan. Menyampah.
Siapa suruh sesuka
hati menuduh tanpa
usul periksa? Arissa
rasa apa yang
dia berikan pada
Zakwan tadi masih
belum setimpal dengan
kesalahan yang lelaki
itu dah buat
terhadapnya.
Depan Ikmal
saja dia berlagak
seolah-olah dia akan
meminta maaf dengan
Zakwan. Belakang Ikmal?
Sorry sikit.
“Rissa, Ikmal
datang.” Hafizul melaung
dari luar. Arissa
tersenyum lebar. Bahagianya
bila bercinta!
“Tahu.” Bersahaja
dia menjawab. Sesudah
mengenakan perfume ke
badan, dia mencapai
beg tangan dan
keluar dari bilik.
Ikmal tersenyum memandang
ke arahnya. Kaki
laju saja melangkah
ke arah Ikmal.
Tak peduli dah
pada mata helang
si kakak.
“Ke mana?”
tegur Hafizul.
“Makan-makan kejap.”
Kata Ikmal. Hafizul
angguk.
“Besok jogging
tak?” soal Hafizul.
“InsyaAllah. Kalau
umur panjang.” Ikmal
tersengih.
“Ayat mintak
penampar.” Arissa menjeling.
Ikmal ketawa lepas.
“Jangan balik
lewat sangat.” Pesan
Aida. Arissa dan
Ikmal mengangguk serentak.
“Jaga adik
aku.” Pesan Aida
lagi. Ikmal mengangguk
berkali-kali. Tak perlu
orang pesan, tahulah
dia nak lindung
orang kesayangannya.
“SAMPAI DAH.” Tegur
Ikmal. Seatbelt dibuka.
Arissa menilik ke
luar. Aik? Ingatkan
tempat special. Rupa-rupanya
kedai tepi jalan
saja. Memanglah Ikmal
ada berkata tadi,
tapi dia masih
berharap agar Ikmal
sudi ‘mensweetkan’ dirinya
dengan membawa dia ke tempat
yang istimewa.
Arissa
masih duduk di
dalam kereta. Ikmal
sudah keluar. Arissa
berpeluk tubuh. Menanti
pintu kereta dibuka
Ikmal. Mana tahu
kut-kut Ikmal nak
jadi lelaki romantik
pada hari ini. Kata nak
jadi boyfriend mithali?
Huh!
Ikmal
yang sedar dirinya
tidak diekori Arissa
lantas berpaling. Terkejut
melihat Arissa masih
lagi di dalam
kereta. Kepala digaru-garu.
“Perempuan...” desisnya.
Pintu
kereta dibuka juga
dengan penuh keterpaksaan.
“Shall
we, Miss Intan
Payung?” sindir Ikmal.
Lebar senyuman Arissa
mendengarnya. Dia melonggarkan
seatbelt dan menghulurkan
tangan, minta ditarik.
Ikmal, dengan terpaksa
tentunya... menarik tangan
kekasihnya keluar dari
kereta.
“Muka
terpaksa.” Komen Arissa
sambil ketawa terkekeh-kekeh. Ikmal
menjeling manja. Terhibur
juga dia dengan
telatah Arissa yang
bersahaja.
“Mestilah. Ingat boyfriend mithali
awak ni kuli
ke? Apa yang
mengada-ngada sangat nak
keluar kereta pun
kena berjemput?” soal
Ikmal sinis. Arissa
semakin galak ketawa
apabila melihat muka
cemberut Ikmal.
“Marah
pulak.” Arissa mencebir.
Itukah yang Ikmal
rasa bila bukakan
dia pintu? Kuli?
Huh! Bukan kuli
cik abang, tapi
itu romantik namanya...
kut?
“Mestilah. Kalau
Rissa mengandung, boleh
dimaafkan. Ini elok
aje kan?” soal
Ikmal. Merah muka
Arissa bila Ikmal
berkata begitu. Jauhnya
pemikiran dia...
“Kata
nak jadi...” belum
sempat Arissa habiskan
ayatnya, Ikmal terlebih
dahulu menyampuk.
“Boyfriend mithali
tak perlu bukakan
pintu untuk girlfriend
dia. Dia perlu
jaga iman dia.
Perlu berkelakuan baik,
setia. Jujur. Itu
saja.” Ikmal memberikan
definisi kekasih mithali
kepada Arissa.
“Dan
Arissa lega, abang
ada ciri-ciri tu.”
Arissa kenyit mata.
Ikmal tersenyum. Sejuk
hatinya melihat senyuman
nakal Arissa.
Dia
meninggalkan Arissa di
belakang. Malas nak
jalan berpimpin tangan.
Dia rasa kekok.
Kerusi meja dipilih,
dia duduk dulu
tanpa mempelawa Arissa.
Arissa tak ada
masa nak terasa.
Dah memang itu
Ikmal yang dia
cinta. Terima sajalah
buruk baiknya.
“Kalau
Rissa kahwin dengan
abang, abang akan
layan tip top
punya.” Ikmal tersenyum.
“Eleh,
yelah tu...” Arissa
melabuhkan punggung di
hadapannya.
“Betullah. Itulah,
bila orang ajak
nikah, macam-macam alasan
dia. Dapatlah abang
yang berjiwa kayu
ni.” Ikmal menyindir.
“Nikah
bukan boleh dibuat
main, abang. Rissa
nak kahwin sekali
aje seumur hidup.
Tengah-tengah Rissa sibuk
belajar apa semua...
payah.” Arissa beralasan.
Dah memang betul
pun. Kalau ikutkan
hati gatal dia,
malam ni juga
dia nak menikah
dengan Ikmal.
Pelayan
datang mengambil order.
Mereka terdiam seketika.
Setelah pelayan pergi bersama
pesanan, mereka kembali
berbual.
“Abang
dah tua. Takut
bila dah berkerepot
baru pandai nak
pegang baby.” Arissa
telan liur. Ikmal
dah cakap pasal
baby?
“Mana
ada tua?”
“Tualah
dari Arissa.”
“Sabarlah bang.
Rissa tak lari ke mananya... lagi
satu, cara abang ajak
Rissa kahwin tu
macam ajak-ajak ayam.”
Kutuk Arissa.
“Lar,
habis tu nak
abang ajak macam
mana? Melutut satu
kaki tunjuk cincin?”
soal Ikmal sinis.
“Takdelah. Dulu
abang ajak kahwin
waktu baru declare
Arissa awek abang.”
Arissa mencemik. Mana
dia tahu Ikmal
betul-betul serius ajak
dia menikah? Ini
kali kedua Ikmal
sebut pasal nikah.
“Tapi
abang serius.”
“Abang
jangan tenung macam
tu. Rissa malu.”
Arissa tutup muka
dengan purse duitnya.
Sebenarnya dia lagi
segan kalau berhadapan
dengan Ikmal yang
sedang mengajak dia
kahwin dengan pandangan
yang serius begitu.
Ikmal tergelak.
“Malu
pulak dah?” tersenyum-senyum dia.
“Abang
tunggu eh? Sikit
aje lagi masa...”
Arissa menayang senyum
manis. Ikmal ikut
tersenyum.
“Ya
sayang. Abang tunggu.”
Ikmal bersuara senang
hati. Kembang hati
Arissa mendengarnya. Bukan
senang nak dengar
Ikmal panggil dia
sayang.
“ABANG, perasan
tak? Orang kat
table sana tu?
Asyik pandang-pandang kat
sini.” Arissa tak
selesa bila sekumpulan
lelaki seramai empat
orang memandang ke
arah dia dan
Ikmal selepas itu
berbual sesama mereka
dan kemudiannya merenung
semula. Hish! Menakutkan
sungguh.
“Tak
ada apalah.” Ikmal
malas nak ambil
pusing. Dia tak
mahu Arissa berasa
kurang selesa macam
yang dia rasa.
“Rasa
tak selesa.” Arissa
bersuara. Ikmal cepat-cepat
ingin menyudahkan makanannya.
Mulalah rasa tak
sedap hati bila
Arissa kata begitu.
Kalau dia tau
tadi, dia bawa
Arissa makan ke
tempat lain saja.
“Hmmm.
Arissa cantik sangat
kut malam ni?
Tu pasal dia
pandang?” Ikmal cuba
berlawak.
“Mungkin
jugak.” Jeling Arissa.
Bukannya dia tak
tahu Ikmal malas
nak ambil peduli
pasal itu. Ikmal
tersengih. Makanan disuap
ke dalam mulut.
“APA pasal
kereta belakang ni
asyik ikut saja?”
Arissa bersuara tak
puas hati. Ikmal
mengerling melalui cermin
pandang belakang. Dia
perasan sebenarnya tapi
disebabkan tak mahu
Arissa ketakutan, dia
buat tak endah
saja. Sebab itulah
kelajuan keretanya sudah
mula berubah.
“Nak
abang berhenti dan
tanya dia apa
masalah?” soal Ikmal
main-main. Dia tak
boleh buat Arissa
ketakutan.
“No!
Bahaya! Abang bukan
tak tahu kes
macam tu banyak
jadi kan? Tengah
kat jalan macam
ini pulak.” Arissa
gigit kuku. Ikmal
telan liur. Nampaknya
Arissa dia sudah
ketakutan.
“Paranoidnya Rissa
hari ni. Entah-entah
orang tu ikut
jalan yang sama...”
masih lagi hendak
menyelamatkan keadaan. Dia
cukup perasan kumpulan
lelaki tadi yang
mengekori mereka.
“Tak
mungkinlah...” jiwa paranoid
Arissa semakin terganggu.
Kereta di belakang
menaikkan lampu tinggi
sehingga Ikmal terpaksa
memperlahankan kenderaan akibat
silau.
Tiba-tiba kereta
itu melintasi mereka
dan berhenti tidak
jauh dari mereka.
Ikmal terpaksa menekan
brek mengejut. Lelaki-lelaki
di dalam kereta
itu sudahpun keluar.
“Oh crap!”
Ikmal bersuara. Baru
lagi hendak berundur,
sebuah kereta menghentikan
kereta betul-betul di
belakang keretanya. Pemandunya
tidak langsung keluar.
Ikmal terpaksa keluar,
tunjuk macho, minta
laluan.
“Abang!
Macam mana ni?
Arissa dah cakap
kan?” Arissa sudah
ketakutan.
“Rissa
tunggu dalam kereta.
Call polis sekarang.
Lepas tu call
abang Pijoi. Kunci
pintu tu.” Kata
Ikmal seraya membuka
pintu kereta, berlagak
tenang seolah-olah tiada
apa yang menakutkan.
Arissa pula hanya
menurut dengan tangan
yang terketar-ketar.
“Nak
apa?” soal Ikmal
terhadap lelaki-lelaki berbadan sado
yang berdiri di
hadapan kereta mereka.
Ikmal mencemik. Ini
muka orang yang
lebih buat work
out saja. Campak
lipas, bertempiaran lari.
Fikirnya.
“Kitorang tak
ada problem dengan
kau bro... kitorang
ditugaskan untuk ambik
budak perempuan dalam
kereta kau tu.
Itu saja.” Beritahu
seorang daripada mereka.
Ikmal tersenyum sinis.
“Well,
aku tak cakap
aku ada masalah
dengan kau orang
pun. Tapi sekarang
dah ada. Sebab
dalam tu awek
aku.” Ikmal menunjuk
ke dalam kereta.
Wajah pucat Arissa
dikerling sekejap saja.
“Well,
terpaksalah kami belasah
kau.”
“Relax
bro... kau pehal?
Bagitau aku masalah
apa yang dia
dah buat?” Ikmal
tersenyum senget bagaikan
tiada apa yang
berlaku.
“Dia
dah cari pasal
dengan orang kami.”
“Perlu
ke sampai ramai
macam ni datang
untuk cari seorang
perempuan? Tak rasa
jatuh ke maruah?”
sinis Ikmal mengejek.
“Kami
buat apa yang
ditugaskan. Baik kau
ke tepi sebelum
muka kau kami
hancurkan!” ugut lelaki
lain.
“Silakan. Tapi
jangan sentuh awek
aku.” Ikmal tersenyum
sinis. Dia dah
biasa dengan gengster
kampung begini. Meluat.
Di KL memang
banyak sangat orang
seperti ini.
Tiba-tiba tingkap
keretanya dipecahkan. Arissa
terpekik. Telefon di
tangannya tercampak. Mujurlah
sempat dia menelefon
polis. Hafizul, masih
dalam talian. Ikmal
memandang ke belakang.
Jadi pemandu yang
tak keluar dari
kereta tadi, Zakwan!
Dia patut dah
dapat agak!
“Highway
Duke! Highway Duke!!
Highway Duke!!!” jerit
Arissa berkali-kali supaya
Hafizul di talian
mendengarnya.
“Lepaskan dia
sekarang!” Ikmal mengamuk
bila tubuh Arissa dibawa
keluar dari kereta
dan dipeluk dari
belakang. Serentak itu,
perut Ikmal diterajang
oleh lelaki-lelaki di
hadapannya tadi.
Ikmal
berundur perlahan-lahan. Sakit!
Tapi dia dah
biasa merasa sakit
begitu.
“Kebetulan awak
ada kat area
sini malam ni.
Cadangnya nak serang
besok.” Zakwan tersengih-sengih. Arissa
meronta-ronta untuk dilepaskan.
“Rissa
you okay?” soal
Ikmal tanpa berpaling
ke belakang. Kalau
ikutkan nafsu nak
membelasah anak orang,
memang tengah tinggi
sekarang. Nak-nak bila
melihat Arissanya dipeluk
begitu. Dia sendiri pun
tak dapat nak
peluk Arissa!
“Tak!”
raung Arissa ketakutan.
“Hey,
you have muay
thai, remember?” Ikmal
mengingatkan Arissa. Serentak
itu mata Arissa
terbuntang. Apa pasallah
dia boleh terlupa
pasal tu? Itulah,
bila rasa pemakaiannya
hari ini terlalu
feminin, dia mula
terlupa tentang seni
mempertahankan diri yang
dia ada.
“Haiyargh!” dipeluk
dari belakang begitu,
Arissa menundukkan tubuhnya
dan melepaskan tangannya
dengan pantas. Kemudian,
dia menyiku ke
belakang, mengenai bahagian
abdomen Zakwan. Arissa
segera berlari menghampiri
Ikmal. Dia jaga
di belakang, Ikmal
jaga di depan
dalam masing-masing berkeadaan
bersedia untuk menerima
serangan.
“Ingat
apa yang abang
ajar?” soal Ikmal.
“Ingat.” Angguk
Arissa. Lelaki-lelaki tadi
mula mengepung mereka.
“Dah
buat apa yang
abang suruh?” soal
Ikmal.
“Dah.”
“Baik
kau bagi aje
awek kau kat
kitorang. Korang berdua.
Kami ramai...” Zakwan
tersenyum sinis.
“Okey
mereka mungkin ambik
masa sepuluh minit
dari sekarang. Arissa,
apa yang Rissa
tahu, buat saja.”
Pesan Ikmal tanpa
mengendahkan kata-kata Zakwan.
Arissa menggenggam penumbuk,
bersiap sedia.
“Sure you
don’t want to
mess with us.”
Kata si lelaki
yang bertubuh paling
besar.
“Cakap
untuk diri sendiri
ke, bro? Berapa
kau upah diorang
ni, Zack?” sinis
Arissa bersuara. Ikmal
berdeham. Memberi amaran,
jangan buat mereka
marah!
“Saya
ada duit. Berapa-berapa
ajelah. Yang pasti,
malam ni awak
jadi lauk saya.”
Kata Zakwan dengan
yakin. Arissa tersenyum.
“Abang,
Rissa yakin abang
takkan biarkan Arissa
jatuh ke tangan
mereka.” Kata Arissa.
Ikmal angguk. Mereka
diserang dari setiap
penjuru. Cuma Zakwan
saja memerhatikan mereka
berlawan dari situ.
Ikmal
mula membuka bunganya.
Pelbagai jenis teknik
digunakan bagi menangkis
serangan lelaki-lelaki tersebut.
Kaki dan tangan
bekerja keras. Arissa
juga sama. Dia
menyiku, menyepak dan
menerajang sesiapa yang
berada di depan
matanya.
Tumbukan
cangkuk, lurus dan
kradot chok digunakan
dengan pantas. Kaki
juga menerajang laju.
Apabila kaki dipegang
oleh seorang lelaki,
dia mula meloncat
dan berpusing dalam
masa yang sama,
menerajang menggunakan sebelah
lagi kaki sehingga
pegangan lelaki itu
pada kakinya terlepas.
Dia mendarat dengan
penuh bergaya.
Tidak
berhenti di situ, dia
berpusing dan menghadiahkan
elbow strike ke
dagu lelaki yang
sama. Biarpun buku
lima sudah mula
terasa bengkak dan
sakit kerana tiada
alat perlindungan, dia
tidak peduli. Dia
perlu selamatkan diri.
Keadaan
tenang beberapa saat
bila orang-orang Zakwan
terbongkok-bongkok menahan sakit.
“Rissa
okey?”
“Yes,
abang.” Jawab Arissa.
Sekali
lagi mereka diserang.
Ikmal menundukkan kepalanya
menyebabkan lelaki berbadan
paling sasa itu
menerjah bahunya. Ikmal
mengangkat menggunakan bahunya
dan menghentak lelaki
itu ke atas
jalan raya. Selepas
itu, Ikmal memegang
kaki lelaki yang
cuba menyerangnya dari
arah lain. Lelaki
itu melompat dan
membuat spinning kick
tetapi Ikmal terlebih
dahulu mengelak. Tumbukan
padu sebanyak tiga
kali dilayangkan ke
perut lelaki tersebut
menyebabkan lelaki tertunduk
memegang perut.
Ikmal
meloncat dan memijak
kuda-kuda lelaki tersebut
sebelum membuat spinning
kick di udara.
Kepala lelaki itu
menerima habuannya.
“Abang!”
Arissa tertangkap!
Ikmal
berlari dengan pantas
dan menggunakan sepenuh
tenaganya untuk membenteng
dirinya dari dipukul.
Tumbukan sepantas kilat
sebanyak mungkin dilayangkan
ke muka lelaki
yang memegang Arissa.
Siren
polis kedengaran akhirnya!
Tetapi, mereka masih
belum habis lagi.
Ikmal menerjah lelaki
lain yang masih
mempunyai tenaga untuk
berlawan. Dia mahu
kesemua mereka ditangkap.
“Abang!”
serentak itu, belakang kepalanya
terasa sakit. Bunyi
kayu jatuh ke
jalan raya menyebabkan
dia yakin kepalanya
dipukul. Ikmal melutut.
Kepala terasa sakit
sekali.
Arissa
menggunakan sepenuh tenaganya
untuk melawan semula.
Zakwan dipukul bertalu-talu.
Tetapi sempat salah
seorang daripada orang Zakwan
mula menarik Zakwan
pergi. Kereta polis
semakin hampir. Hanya
tiga orang yang
berjaya loloskan diri
termasuk Zakwan. Lagi dua orang
sudah bergelimpangan di atas jalan
raya.
“Tolong!!” rayu
Arissa sambil memangku
kepala Ikmal.
0 komen:
Post a Comment