Bab 11
“EMMA, I nak
keluar dengan Mason.
You nak join
kitorang tak?” dia
bertanya kepadaku. Aku
memandangnya pelik. Perlukah
dia menceritakan setiap
aktiviti hariannya kepada
aku? Aku menggeleng
sahaja bagi soalannya
tadi. Perlukah aku
turut serta dan
melihat kemesraan mereka
berdua sehingga menanahkan
biji mata aku?
Argh. Tak rela!
Aku tak
boleh terima betul!
Dahlah Andy ini
pernah jadi crush aku!
Malah dia masih
lagi crush aku sebenarnya.
Hm. Bilalah hati
aku ni berubah
suka pada lelaki
tulen pula ya?
Tak pun, bilalah
Andy ni nak
berubah suka pada
aku?!
“Mason lagi.”
aku berkata dengan
suara yang perlahan. Tergugat rasa
diri ini. Aku
ini perempuan! Cantik
dan menawan lagi
tu. Bukankah sepatutnya
dia lebih rasa
terpikat pada aku?
Bukannya pada Mason.
Urgh! Kenapalah
dia mesti jatuh
hati pada Mason?
Pandai menggodakah Mason
itu? Cheh! Itu
pula yang aku
boleh fikir sekarang?
Masya-Allah. Teruk juga
otak aku ni.
Aku rasa
macam nak hempuk
saja dahi dua
orang gay ini. Benci
betul! Kalau aku
ada kuasa, mahu
saja aku ubah
makhluk dua orang
itu supaya kembali
ke pangkal jalan.
Ah! Sepatutnya aku
kembalikan diri aku
yang sesat ini
ke pangkal jalan
dahulu. Barulah boleh
kembalikan Mason dan
Andy!
Aku tunduk
menekur lantai. Aduhai
Andy. Jadilah lelaki
sejati yang boleh
mencintai aku! Bukannya
lelaki yang menyusahkan
hati aku. Hati
aku susah setiap
hari memikirkan ‘kemahuan’
kau yang lain
daripada yang lain
itu. Aku susah
hati bila terlalu
fikirkan pasal kau!
“Biasalah. Mason
tu kan bini
I?!” dia berkata
lantas ketawa. Aku
tak rasa lucu
pun! Jijik adalah.
Eee. Geli betullah
aku. Tapi, melihat
dia ketawa bersungguh
seperti itu, aku
tak sampai hati
pula untuk membiarkan
dia ketawa sendirian
jadi aku sampuk
tawanya dengan ketawa
yang boleh tahan
tidak ikhlasnya!
Penat ketawa,
aku berhenti.
“You
memang seorang kawan
yang baik! Sangat
baik. I beruntung
dapat kawan macam you.”
Andy tiba-tiba meluahkan
ayat yang menyentap
tangkai hatiku. Tangannya
mengusap-usap bahuku. Tersentuh
rasanya. Kawan yang
baik? Ya. Aku
hanya mampu menjadi
kawan dia... hanya
kawan.
“Kenapa?” aku
tanya dengan muka
pelik.
“I tahu you
tak rasa lucu
dengan apa yang
I cakap tadi
tapi you ketawa juga.
Sama macam waktu
I bercerita tentang
I pada malam
hari jadi I
baru ni. You ketawa
walaupun benda tu tak kelakar.
You jaga
hati I. Thanks!” dia
ucap dengan senyuman
manis. Tanganku digenggam
erat. Aku rasa
bagai dihempap batu
besar. Malunyalah! Dia
tahu aku buat-buat
ketawa selama ini?
Alahai. Aku tertunduk.
“Sorry.”
hanya itu yang
mampu aku ungkapkan.
Segan gila.
“It’s
okay. You’re cute in that
way actually.” dia
puji aku sambil
tersenyum menayang gigi
ratanya. Tersusun cantik!
Ikhlaskah dia memujiku?
Muka dia selamba.
Tak ada riak nak
marah. Agaknya ikhlaslah
tu kut?
“You
balik bila?” aku
menyoalnya. Mengubah topik.
Dia terdiam sekejap.
“Malam ni.
Mungkin juga petang
ni.” dia berkata.
Oh, kalau malam
ni, lama betullah
dia pergi berdating dengan
Mason. Bibik pula
tak datang-datang lagi.
Bersendirian sungguhlah aku
kalau dia balik
malam nanti.
“You
termenung fikirkan apa?”
suara Andy membuatkan
aku tersentak. Cepat-cepat
aku menggeleng-gelengkan kepala
menandakan tiada apa-apa.Aku
nampak Andy tersenyum.
Cair sungguh aku
melihatnya. Orangnya manis.
Sentiasa memberikan senyuman
manis menyebabkan dia
kelihatan bertambah manis!
Aku rasa, nak
pergi check doktorlah besok.
Takut ada kencing
manis!
“Pukul berapa
you nak
pergi berjumpa dengan
Mason ni?” aku
menyoalnya lantas kuteguk
air Coke yang dihidangkannya. Berkerut
juga muka aku.
Banyak betul gas!
Bahaya untuk kesihatan.
Biasanya itulah yang
sering dibebelkan mummy kalau
aku minum minuman
berkarbonat. Cheh, arak
pula macam mana?
Lantaklah. Aku kan
dah tak minum arak
lagi dah?
“Pukul dua. You
nak pesan apa-apa
tak?” dia bertanya
padaku dengan kening
yang terangkat sebelah.
Aku berfikir-fikir dahulu.
Hm..
“Tolong belikan
I majalah ke apa ke?
I bosanlah! Cerita
artis Malaysia, I tak tahu
langsung dah. Artis
luar negara lagilah
I tak tahu.”
aku mula menggunakan
kuasa mem besar
di rumahnya ini!
Dia hanya mengangguk.
Kemudian dia panjat
tangga. Mungkin bersiap-siap
hendak keluar. Aku
merencana aktivitiku sendirian
di rumah.
Hmm. Buat
kek sajalah. Cupcakes! Kali
ini aku nak
buat cupcakes yang comel-comel
supaya kami boleh
makan setiap hari.
Aku nak letak
dalam peti nanti.
Sebab, cupcakes sebanyak tiga
puluh lima biji
yang aku buat
hari tu, semuanya
sudah habis. Andy
dan aku habiskan
dalam masa dua
hari saja. Aku
makan tujuh sahaja
sebenarnya. Selebihnya Andy
yang pulun. Gemuklah
Andy aku nanti..
hihihi.
Sekarang, aku
tahu kegemarannya! Jadi
senanglah hati aku!
Selepas itu, aku
nak berkaraoke. Aku
suka layan lagu
Shima yang bertajuk
Setelah Aku Kau
Miliki dan Teringin.
Aku juga suka
nyanyikan lagu M2M
yang bertajuk, The Day You Went
Away. Lagu tu
buat aku sedih.
Teringatkan mummy sebab mummy aku
suka lagu tu.
Dulu, sewaktu
berkaraoke dengan Andy,
aku tak menyanyi
pun lagu itu
walaupun aku ada
nampak nama lagu
tersebut dalam senarai
lagu dia. Aku
takut aku termenangis
di depan Andy
sebab rindukan mummy. Nanti
aku diejek anak
manja pula.Banyak sungguh
lagu dalam memory card
Andy. Stok buat
perniagaan karaoke jumlah
lagunya. Lima belas
ribu. Sampai sakit tekak
kami menyanyi bersama
dahulu.
Sebentar lagi,
aku akan tinggal
di rumah ini
bersendirian jadi, aku
akan lepaskan rindu
aku pada mummy. Lagu
M2M itu akan
aku nyanyikan banyak
kali! Banyak lagi
lagu yang mengingatkan aku
pada mummy. Mummy selalu cakap,
lagu tu sama
seperti kisahnya dengan
daddy. Sedihnya
aku... lagu Hijau
Daun yang berjudul
Suaraku Berharap juga
menyebabkan ingatanku kembali
pada mummy.
Dulu, sewaktu
hendak dodoikan aku, mummy
aku selalu pasang
lagu Viva Forever.
Sedih sangat. Mungkin
lagu itu akan
aku nyanyikan sebentar
lagi. Sepuluh minit
kemudian, aku nampak
Andy sudah turun.
Segak pemakaiannya mengundang
debaran hati aku.
Sebenarnya dia hanya
berseluar jeans dan
berbaju kemeja berkolar
lengan pendek yang
berwarna putih. Gayanya
sangat ringkas hari
ini. Tapi, dia
tetap nampak solid! Huarghh! Rasa
tak nak bagi
dia pergi dating aje. Jealousnya aku!
“I keluar
ni. You jaga diri.”
pesannya lantas menempekkan
dua jarinya ke pipiku. Aku
keras lagi di
tempat kejadian! Andy oh
Andy... please
be a man... the
real one.
SEBAIK
sahaja Andy melangkahkan
kaki keluar dan
bayang keretanya tidak
lagi kelihatan, aku
mula memasang lagu
di mp3ku lalu
aku sumbat earphone ke
telinga. Aku pasang
lagu enjoy dan terbaru
sekuat hati. Gadget
mp3 segera aku
masukkan ke dalam
seluar pendek paras
pahaku.
Lagu Maroon
5 menjadi pilihan
pertama hatiku pada
hari ini. Lagunya
yang menduduki carta
pertama Billboard yang
bertajuk One More
Night menjadi santapan
telinga aku. Dalam
masa yang sama,
aku mula mengeluarkan
alatan membuat cupcakes. Aku
bawa keluar tepung
dan pelbagai lagi
alatan lain sambil
menari-nari lagu yang aku
dengar.
Aku pecahkan
telur dan asingkan
telur kuningnya sama
seperti dahulu. Habis
lagu One More
Night, aku dengar
lagu Oppa Gangnam
Style pula. Lagu
ini tak best mana
pun sebenarnya tapi,
aku suka tengok
tariannya. Tarian kuda itu merupakan
tarian tradisional orang
Korea. Itu kata
penyanyi dialah, Psy.
Aku pun selamba
menari seperti mana
tariannya dalam video
klip lagu itu.
Nanti aku
nak ajak Andylah
menari lagu ini.
Seronok juga. Sambil
buat kerja, aku
memonteng untuk menari
sekejap. Selepas habis
lagu itu, aku
dengar lagu Taylor
Swift yang bertajuk
We
Never Ever Getting
Back Together. Enjoy juga
lagu ini sebenarnya.
Daripada pemukul telur
itu aku guna
untuk memukul telur,
kini, aku sudah
jadikan mikrofon aku!
“This
time, I’m telling
you... I’m telling you,
we, are never
ever ever! Getting back
together, we, eee.
Are never ever
ever, getting back
together, you go talk
to your friends,
talk to my
friends, talk to me! But we,
eee, are never
ever ever ever,
getting back together...
uuu.. uuuu. uuuu!!” dengan
gembiranya aku menyanyikan
lagu itu. Seronok
sungguh!
Sambil memukul
telur, aku menggoyang-goyangkan punggung
aku. Seronok sangat-sangat!! Best
sangat-sangat lagu ni.
Habis saja lagu
ini, aku menyanyi
lagu lain pula.
Whistle daripada FloRida.
Sedar-sedar, sudah siap cupcakes
aku dipukul. Dah
gebu pun! Kalah
muka gebu Kak
Ton! Sesudah aku
masukkan ke dalam
gelas-gelasnya, aku masukkan
dulang berisi cupcakes itu
ke dalam oven.
Tibalah masa untuk
menunggu cupcakes itu kembang.
Sambil menanti
cupcakes aku
siap dibakar, aku
tukar lagu Some Nights
nyanyian kumpulan Fun.
Boleh tahan juga
lagunya. Menaikkan semangat.
Sambil-sambil aku menyanyi,
aku buat krim
yang berwarna-warni. Teringat
pada kenangan aku
dan Andy mencalitkan
krim ke muka.
Bahagianya kami.
Kenangan paling
indah mungkin? Sudah
hampir satu minggu
aku tinggal di
sini. Seronok sungguh
bila tinggal sendiri.
Jarang dia berada
di rumah, betullah
katanya dulu. Dia
sangat sporting. Setiap
kali dia di
rumah, pasti kami
akan menyanyi dan menari bersama-sama.
Dia pandai menari.
Itu aku tak
dapat sangkal. Macam
Chris Brown sahaja
tariannya. Kemas!
Kalau
menari lagu kelab
pula, dia kelihatan
seperti Pitbull yang cool.
Sangat tenang. Suka
betul aku tengok
dia menari. Kalau
dia pandai buat
tarian B-boy, memang
aku salute sangat! Tapi,
dia tak pandai! Kami
juga akan menghabiskan
masa bersama dengan
bermain permainan PS3.
Kami main lawan-lawan
Streetfighter. Aku
jadi Chun Li,
dia jadi Ken
atau Ryo. Kadang-kadang
kami lawan kereta.
Biasanya dialah yang
menang. Aku pilih
GTI biasa. Dia
upgrade Skylinenya jadi
turbo dan laju.
Memang kalahlah aku!
Aku manalah pandai
main game lelaki begini?
Bila aku
fikir semula, memang
kami serasi sangat
bersama. Tapi, itulah.
Dia bukan untukku.
Tak mengapalah. Asalkan
aku disayangi olehnya.
Tidak dicintai pun
tak mengapa. Aku
harap dia bahagia.
Aku dapat rasa
yang aku semakin
cintakan dia. Sebolehnya
aku tak nak
semua ini terjadi
pada aku. Tetapi,
nak buat macam
mana?
Tuhan uji
aku dengan buat
aku jatuh cinta
pada kaum Lut!
Aku tak salahkan takdir
sebab aku tahu
semua ni ada
hikmahnya. Jangan pelik
pula. Ingat aku
tak belajar agama
ke? Aku percaya
pada rukun iman
yang ke enam
iaitu beriman kepada
qada’ dan qadar.
Aku terror dalam Pendidikan
Islam kut. Sentiasa
dapat A! Dulu
pun aku pakai
tudung. Waktu sekolahlah
tapinya.
Cuma, aku
buat perangai buruk
macam ni sebab
aku tak dapat
perhatian daripada mummy dan daddy
bila mereka berdua
sibuk bertingkah sehingga
mengabaikan aku. Sehinggalah
sekarang. Aku sudah
terbiasa dengan keadaan
itu. Daripada niat
asal hendak menunjuk
protes, kini, sudah
menjadi tabiat pula
kehidupan liarku itu.Aku
tak nak fikirkan
tentang sesiapa lagi.
Aku jadi kaki
kelab dan mabuk-mabuk
selepas mummy dan daddy bergaduh
teruk dua bulan
sebelum mereka bercerai.
Tiada sesiapa
pun tahu kisah
hidup aku melainkan
Awin dan Andy.
Sebab tu aku
percayakan mereka berdua
sungguh-sungguh. Dah jauh
aku merepek rupanya!
Kek aku telah
pun siap! Tingg!!Selepas menghias
cupcakes aku,
aku susun dalam
peti. Cantik macam
si pembuatnya juga. Cheh!
Terkembang sendiri pula.
Setelah berkemas
segalanya di dapur,
bibik datang tepat
pada masanya. Aku
masih tidak tahu
nama dia apa tetapi yang
pasti, kami sentiasa
berbalas senyum. Dia
cuci cermin, aku
ikut mencuci cermin.
Sebenarnya aku rasa
bosan! Tak tahu
nak buat apa. Aku cuci
dari dalam sajalah
manakala bibik mencuci
dari luar. Dia
menggeleng-gelengkan
kepalanya, mungkin tidak
membenarkan aku mencuci
sama tetapi aku
ikut menggeleng-gelengkan kepalaku.
Aku
juga mahu mencuci
cermin sliding door! Akhirnya
dia tersenyum dan
mengangguk. Puas aku
berbahasa isyarat dengan
bibik dari Myanmar
ini tadi. ‘You, cuci
kat luar, I
cuci kat dalam’.
Aku takut untuk
keluar. Kalau kantoi dengan
jiran nanti, habislah
hidup aku. Berkahwin
dengan Andy? No, I mean, berkahwin
dengan GAY? You gotta
be kidding me!
Buat seksa batin
aku je.
Aku masuk
ke setiap bilik
dari tingkat pertama
sehingga ke tingkat
atas termasuklah bilik
Andy untuk mengemas
apa yang patut.
Tapi aku tak
berlama di biliknya.
Aku takut dituduh
menceroboh. Bibik memang
tidak dibenarkan naik
ke tingkat atas
walaupun untuk mengemas.
Setelah mencuci segalanya
hampir juga sejam
setengah, aku turun
ke bawah. Bibik
sudah mahu pulang
apabila kerjanya beres.Hanya
aku yang masih
rajin mengubah suai
sedikit barang-barang yang
mencacatkan pandangan. Tirai-tirai
dan alas meja,
aku sumbat ke
dalam mesin basuh.
Usai segalanya,
aku mengerling ke
arah jam. Sudah
jam enam setengah
petang rupanya! Aku
mahu berkaraoke sekarang.
Sebolehnya sebelum Maghrib!
Walaupun perangai aku
buruk, tapi aku
masih tahu menghormati
Azan. Lagu mula-mula
aku pilih adalah
lagu Shima, Teringin.
Kemudian aku menyanyikan
lagu-lagu jiwang yang lain
seperti Tabah dari
Mazlela, Tenda Biru,
Bertamu di Kalbu,
Tak Mungkin Kerana
Sayang dan bermacam
lagi. Selepas itu
barulah lagu The Day You Went
Away.
Setiap bait
lagu The Day You
Went Away ini
membuatkan hati aku
sebak. Mengisahkan tentang
seseorang yang masih
mengharapkan seseorang yang
berpisah untuk kembali
ke pangkuannya. Mummy, dia
tujukan lagu itu
buat daddy, sekali gus
membuatkan aku rasa
bersalah. Aku yang
menyebabkan mummy dan daddy bercerai.
Aku memang anak
yang tak guna!
Barulah hari
ini aku rasa
kosong! Aku benar-benar
rindukan mummy! Aku lampiaskan
tangisanku sepuas hati.
Sudah lama aku
pendam perasaan rindu
aku ini. Aku
benar-benar rindukan mummy.
Hanya mummy tempat aku
mengadu selama ini.
Sumpah aku rindukan
mummy! Kenapa
Dia tarik nyawa mummy
aku di saat
aku tidak punya
sesiapa di dunia
ini?
“Mummy,
Raisha rindukan mummy. Raisha
rindukan mummy sangat-sangat!!!” aku
menjerit kuat! Sebaknya
menahan rindu. Akhirnya
aku biarkan sahaja
lagu itu berkumandang
tanpa suara. Aku
menekup mukaku ke
meja kecil di
hadapan tv lalu
aku menangis sepuas
hati.
Tiba-tiba aku
rasa tubuhku dipeluk
kejap dari arah
belakang. Aku tahu
siapa. Tentu Andy. Bau dia,
aku kenal. Sudah
pulang rupanya dia.
Aku terus membalas
pelukannya dan menangis
tanpa rasa segan
lagi. Entah bila
dia balik pun
aku tak perasan!
Yang pasti, aku
lega dia ada.
“Hey, kenapa
ni? Syyy. Jangan
menangis mia amor.” dia
cuba pujuk aku
namun percuma. Pujukannya
menambah rasa sayu
dihatiku. Aku menangis
lagi sehinggalah aku
sudah tidak mendengar
bunyi rentak dan
irama lagu apa-apa
lagi. Tentu dia
sudah menutup set
karaoke itu.Aku peluk
dia tambah kuat
dan menangis semahu-mahunya didada
bidangnya. Dia membalasnya
tanpa arahan dariku.
“I rindu mummy
I!!! Tolonglah I, Dee. I betul-betul rindukan
mummy I.
Kenapa mummy I tinggalkan
I seorang diri?”
aku merintih. Air
mata yang mengalir
lebat tidak kuseka.
Andy peluk aku
semakin kuat. Tidak
lagi aku rasa
tidak selesa memeluknya.
Dia duduk disebelahku.
Cuba menenangkan aku
dengan kata-kata semangat
darinya.
“You
bukan keseorangan, you ada
I. I akan
temankan you sampai bila-bila.
Stop crying,
mia amor.
Mummyyou pergi
sebab tuhan lebih
sayangkan dia. Sudah
tertulis di Lohmahfuz
segala-galanya. Ini semua
ketentuanNya. When
there is death,
there will always
be death! Ingat
kata-kata dalam cerita
Men In Black
tu.Kita tak boleh
nak pertikaikan. Tentu
ada hikmahnya kenapa
Allah tarik nyawa mummyyou.
Mungkin sebelum
ni you tak hargai
daddyyou mahupun
adik you. Mungkin juga you
tak pernah menghargai
mummyyou sewaktu
adanya dia. You akan
lebih menghargai orang
di sekeliling you. You kena
reda dengan pemergian
mummyyou. Mummyyou tentu
tak suka you menangis
macam ni. Seksa
dia di kubur.
Sudahlah. Kita doakan
untuk mummyyou ya? Doakan
semoga rohnya sentiasa
tenang dan aman di sana.”
dia pujuk aku.
Air mataku yang
mengalir diseka dengan
jemari kasarnya. Aku
terasa tenang mendengar
kata-katanya. Aku masih
tersedu-sedan walaupun air
mataku sudah tidak
mengalir lagi. Andy
pandang mata aku. Berdebar!
“Tengok ni,
kalau I tahu you
macam ni, I
takkan pergi jumpa
Mason tadi. I
akan temankan you saja
di rumah. Dah
bengkak mata you!” dia
membebel. Dia menyelak
rambut yang menutupi
mukaku. Kedua ibu
jarinya menyeka air mataku
yang mengalir lebat.
Aku terkejut dengan
perlakuannya. Namun, aku
hanya membiarkan saja.
Dia hanya menambahkan
rasa syahdu dalam
hatiku saja sebenarnya.
Terharu aku bila
ada yang masih
mengambil berat tentang
aku. Aku letakkan
kepalaku atas dadanya
dan aku pejamkan
mata. Terasa tangannya
mengusap rambut aku.
0 komen:
Post a Comment