Bab 11
“AIRA, awak okey ke tak
ni?” soalnya cemas di hujung
talian apabila aku
langsung tidak bersuara.
Terkejut sangat. Aku sudah berpeluh-peluh. Malu
betul bila salah
sergah orang. Betul
ke dia bakal
encik tunangku? Kenapa
aku rasa macam
pernah dengar saja
suara lelaki ini?
Garau?
Suara Irfan agak garau!
Gulp! Mungkinkah dia?
Dia seorang doktor
dan juga bernama
Mirul. Bad? Kureng garau
daripada Irfan dan
pemanggil. Bukan! Bukan
suara Bad! Suara
Bad tak garau
dan seksi meskipun
badan dia seksi.
Eh? Gatalnya aku.
Amirul Rashid, a.k.a
Alang? Entah? Tak
ingat pula bagaimana
suara dia. Kenapa
tiba-tiba terfikirkan semua jiran
aku ni? Eeii!
Gila apa? Bukannya
seorang dua saja
lelaki bersuara garau.
Bukan juga seorang
dua sahaja lelaki
bernama Amirul yang
menjadi doktor. Ramai,
kan? Jadi tak
mungkin jiran aku.Dunia
ini tidak kecillah,
Mona! Tak mungkin
mereka...
“Saya minta
maaf. Tadi saya
betul-betul ingat abah
saya yang bergurau
sebab dulu dia
pernah menyamar... situasinya
macam ni juga!
Sama sebiji serupa
tak berbeza.” Kalut aku meminta
maaf atas kebiadabanku
yang langsung tidak
memberi salam malah
terus menyergahnya. Sudahlah
aku menyembur dia dengan ayat
yang bukan main
‘ganas’ lagi. Kasihan
betul! Kedengaran suara
dia tergelak kecil
di hujung talian.
“Saya tahu,
saya dah dengar
bebelan awak tadi.
Bila awak tuduh
saya ni abah
awak, I just can’t
stop laughing. Abah
awak memang brutal
betul ya?” soalnyadan
seketika kemudian, terkekeh-kekeh gelak.
“Kenapa cakap
abah saya macam
tu?” soalku pelik.
Brutal? Apa dia
ingat aku tak
marah ke bila
dia kata abah
aku brutal tak
bersebab begini?
“Sebab itu
hari saya jumpa
abah awak. Dan
dia... dia... ya
Allah!” dia tergagap-gagap seketika
dan kemudian tergelak
sakan. Aku berkerut
sakan. Apa yang
kelakar sangat ni? Tak faham
betul aku apa
yang kelakarnya.
“Sekejap, beri
saya lima minit
untuk gelak dulu.
Saya tak tahan
betul bila ingat
semula, ya Allah!”
dia meminta masa.
Lima minit? Kalau
dia yang telefon
aku, aku boleh
bagi masa tu.
Tapi, sekarang, kredit
aku! Lima minit
ye? Erm... tak
sampai seringgit. Okey,
bolehlah.
“Okey.” aku
bersetuju selepas menghitung
kredit yang bakal
melayang dalam masa
lima minit itu.
Dia tergelak
selepas diberi masa.
Berdekah-dekah sehinggakan aku
yang tak tahu
apa-apa ini pun
tergelak sama. Kelakar
sangat dengar cara
dia gelak! Macam
dah setahun tak
gelak. Macam Irfan
gelak pun ada
gaya. Eh? Tak
habis-habis lagi fikirkan
jiran aku? Apa
pasal dengan aku
ni?
“Kenapa awak
gelak, Aira?” soalnya
selepas puas gelak.
Aku melihat jam.
Tak sampai limat
minit pun lagi.
Potong stim betul!
Aku pelik. Ha ah,
kan? Kenapa mesti aku gelak
juga sedangkan aku
tak tahu apa
cerita yang ingin
disampaikan olehnya? Ya
Allah! Aku memalukan
diri sendiri betullah!
“Dah awak
gelak, saya pun gelaklah!” aku
berkata jujur. Dia
tergelak lagi. Aku
tersenyum. Cara dia
gelak macam arwah
Fareez! Happy sangat... tiba-tiba
hatiku macam tumbuh
bunga pula. Dia
macam Fareez. Happy-go-lucky. Untuk
perkenalan pertamalah.
“Saya gelak
sebab saya dah
jumpa abah awak.
Sumpah! Saya cadangkan
abah awak masuk
Maharaja Lawak. Confirm menang!”
dia berkata dan
tergelak lagi.
Aku terpinga-pinga. Kenapa
dengan abah? Apa
yang abah aku
dah buat sehingga
dia bagi cadangan
begitu? Apa yang
abah dah buat
sampai dia begitu
yakin yang abah
boleh menang dalam
Maharaja Lawak tu? Aku dah
mula lost. Dia pernah
jumpa abah aku,
ya, aku tahu
tu! Tapi apa
yang abah dah
cakap kat dia
sampaikan dia tergelak
sebegini rupa?
“Kenapa dengan
abah?” soalku pelik.
“Itulah orang
pertama yang buat
abah saya yang
serius gila tu
tergelak. Terima kasih
untuk abah awak.”
ujarnya sambil tergelak
kecil. Aku ternganga.
Abah! Biar betul?!
Tapi orang gila
sahaja yang tak
gelak bila bercakap
dengan abah. Tapi
jangan ingat abah
aku tak garang...
dalam banyak main-main
abah aku tu,
sekali dia serius,
boleh makan hati
bertahun-tahun. Silap-silap hari
bulan bukan setakat
hati, dengan jantung-jantung sekali
termakan sama.
“Saya tahu
awak tak faham
kata-kata saya. Tapi
saya nak awak
ucap terima kasih
kat abah awak.
Sebab dia, abah
saya yang serius
tu dah tahu cara
nak senyum. Abah
awak kelakar sangat,
Aira. Kakak saya
berulang-alik ke tandas
jasa lawak abah
awak. Mesti awak
selalu kena sakat
dengan dia kan?”
soal bakal tunangku
itu.
“Hehehe, itu
perkara biasa. Abah
memang macam tu. Kelakar
dan suka mengena. Err. Awak nak
saya panggil awak
apa ni? Mirul
ke Alang?” soalku.
Dia tergelak lagi.
Entah apa yang
lucu pun aku
tak tahu. Dia
ni memang kuat
gelak. Itu yang
pasti.
“Awak pilihlah
nak panggil saya
Alang ke Abang...”
leretnya. Serius. Bulu
romaku merinding. Aku
bagi dua pilihan
iaitu Alang dan
Mirul saja. Abang
tu tak masuk
senarai pun. Gatal
rupa-rupanya dia ni...
“Eee!” aku
mendengus.
“Hehehe. Pilihlah.
Tapi tolong jangan
panggil saya Mirul!
Saya perlukan nama
lain selain daripada
nama tu.” dia
berkata. Aku terdiam.
Tak suka dipanggil
Mirul, atas alasan
apa?
“Kenapa tak
nak dipanggil Mirul?”
soalku.
“Awak tak
rasa ke nama
tu hanya ada
pada nama budak-budak
saja sekarang ni?”
soalnya. Aku tergelak
kecil. Ya tak
ya juga. Anak
murid dalam kelasku
seramai tiga orang
bernama Amirul! Dalam
sekolah pula, hampir
empat puluh pelajar
dari darjah satu
hingga enam yang
bernama Amirul! Dahsyat!
Setiap kelas ada
nama Amirul. Nama
kegemaran ibu bapa
agaknya.
“Kalau saya
panggil awak Alang,
okey? Tak rasa
macam kurang ajar
ke?” soalku teragak-agak.
Yalah, kalau aku
panggil dia dengan
panggilan Alang tu,
nampak macam dah
kenal lama saja
padahal dia bakal
tunang yang aku
baru kenal hari
ini.
“Tak pun.
Okeylah tu. Boleh
praktis dari awal.
Hujung minggu ni awak dah
jadi tunangan saya.
Alang dengan Abang
tu tak jauh
beza pun sebutannya.
Lepas kahwin nanti
dah boleh tukar
huruf ‘L’ tu
jadi huruf ‘B’.
Ya tak?” soalnya sambil tergelak
kecil. Aku mendengus.
Dia pun geng
abah! Suka menyakat...
“Awak pernah
tengok muka saya
ke?” soalku tanpa
menghiraukan kata-kata nakalnya
itu. Kalau dilayan
nanti makin menjadi-jadi
pula dia. Lelaki
kan?
“Belum pernah.
Tapi jujur saya
cakap, saya tak
memandang rupa. Sebenarnya
saya ni tak
adalah terdesak mana
pun nak kahwin.
Tapi saya memang
nak kahwin sebab
rasanya dah sampai
masa saya! Hehehe.
Lebih-lebih lagi bila
saya dapat tahu
kisah awak. Saya
rasa kita menyimpan
duka yang sama.
Cuma bezanya, awak
kehilangan dia selama-lamanya dan
saya pulak kehilangan
dia tetapi masih
mampu melihat dia...
dan saya memilih
untuk tidak melihatnya
bahagia. Memeritkan betul
tak? Tapi sekarang,
alhamdulillah. Dah tak
ada rasa apa
lagi dah.” ujarnya
mula berentak syahdu.
Aku berdeham.
“Ala, tak
naklah ungkit cerita
tu. Awak buat
saya sebak aje. Awak,saya call malam
sikit boleh?” aku
mula berasa tidak
selesa untuk bercakap dalam
telefon di tempat
awam begini. Payah
nak menyiasat, payah
nak menggatal. Kihkihkih!!
“Lah, kenapa?”
soal dia sedikit
kecewa.
“Saya ada
hal ni. Agak
pentinglah.” aku terpaksa
berbohong kepadanya.
Hendak mengaku
yang aku sedang
berjoging? Gulp! Tak
naklah aku... malulah
aku. Tentu dia
fikir aku sedang
beria-ia nak kuruskan
badan. Padahal, aku
termakan dengan pujuk rayu
si Julia ni.
Tentu dia fikir
yang aku ini
perempuan gemuk dan
kemudian, terus dia
nak batalkan niatnya
untuk mengenali aku.
Lelaki zaman sekarang
ini, bukannya boleh
percaya. Asal gemuk
sikit, tak nak
terus. Asal tak
lawa aje, terus reject.
Tak faham betul
aku kenapa mesti
ada yang memilih
rupa sedangkan yang
patut diambil berat
ialah hati dan
budi.
“Oh, tak
apa. Malam ni
saya yang call awak.
Jimat sikit kredit
awak.” ujarnya. Aku
angguk. Menyedari dia
tidak melihat anggukkanku,
aku membalas.
“Baik awak.
Terima kasih.” aku
berkata.
“Sama-sama. Take care.
Assalamualaikum.” dia memberi
salam.
“Waalaikumsalam.” aku
mematikan panggilan. Lega.
Tapi kenapa bila
dah lega, jantung
masih berdegup kencang
ni?
“MONA, jom balik.”
ajak Julia dengan
senyuman lebar. Dah
puas bercakap dengan
Taufiq agaknya. Taufiq
aku pandang sekilas.
Patutlah nak balik!
Orang tu pimpin
tangan anaknya. Gaya
macam nak balik
juga. Hailah Julia!
Gatal betul. Kelakar
sangat kawan aku
yang seorang ni.
Serius kelakar!
“Jom.” aku
menggamit lengan Julia.
Senyuman tiba-tiba terukir.
Teringat kepada si
pemanggil tadi. Hati
berbunga-bunga pula. Belum
pun berbual lama.
Tapi rasa macam
dah lama kenal.
Dia berborak denganku
tanpa rasa kekok.
Tapi ada sesetengah
orang memang juara
bercakap dalam telefon
tetapi bila berhadapan,
diam tak berkutik
pula. Akulah dari
spesies itu.
“Aku perasan
kau ada bercakap
dalam telefon tadi. Kau bercakap
dengan siapa?” soal
Julia separuh berbisik
lantas menyenggol lenganku.
Aku tersenyum. Macam
tak percaya sahaja
aku bercakap dengan
bakal tunang aku.
Itupun kalau jadilah.
“Mak.” jawabku.
Tipu sunat tak mengapa. Hehehe.
Sengaja aku hendak
merahsiakan dari si
Julia ini mengenai
Alang-bakal-tunangku. Nanti satu
kampung dia cerita.
Macamlah aku tak
kenal si Julia
ini bagaimana orangnya.
Kepoh.Suka sangat bercerita.
Aku pula jenis
yang agak berahsia.
Selagi tak sahih,
selagi itulah aku
malas nak buka
cerita. Bimbang tak
jadi bertunang nanti
mulalah aku juga
yang malu muka.
“Mak kau
cakap apa?” soal
Julia. Eleh, aku
tahu dia bukannya
nak ambil tahu
sangat pun tentang
aku. Sekadar nak
berbasa-basi saja.
“Cakap pasal
bakal tunang aku
nanti kononnya.”Bohongku lagi.
Dia bersorak senang.
“Tak lama
lagilah tu...” Julia
berkata senang hati.
Senang hati sebab
dia bimbang aku
curi Taufiq dia
agaknya.
“Kakak, kakak.”
panggil satu suara
kecil. Aku dan
Julia sama-sama berpaling
memandang si kecil
di belakang kami.
“Panggil Auntylah, Ema
sayang. Aunty ni dah tua
tak layak bergelar
kakak buat Ema...”
Julia berbahasa sambil
ikut memimpin tangan
Ema. Cis. Nak
muntahnya aku rasa!
Hipokrit sungguh Julia
ni.
Setahu aku,
Julia paling menyampah
kalau ada budak
kecil yang panggil
dia AUNTY! Memang dia
marah! Tapi hari
ini, aku tidak
silap dengar lagi
rasanya. Siap dia
yang mengarahkan Ema
memanggilnya Aunty! Sungguh aku
tak percaya! Meluat
aku melihat adegan
pimpin berpimpin ni.Rasanak
bernanah biji mata
hitam aku. Taufiq
hanya tersenyum sahaja
sementara sebelah tangannya
menyeluk kocek seluar
dan sebelah lagi
masih setia memimpin
tangan si anak
kesayangan.
Serius, Taufiq
ni memang ada
aura yang kuat.
Jambang nipis yang
menghiasi wajahnya memang
mencairkan betul. Paling
aku suka, tang
mata dia. Redupnya!
Antara jiran-jiranku, dialah
yang paling handsome. Patutlah
Julia angau gila. Seronok betul
cuci mata bila
dapat jiran yang
kacak-kacak begini. Bagai
di alam mimpi
pun ya juga. Wehehehe! Muka
dia... lain benar
dengan adiknya yang
biasa-biasa tu. Tidaklah
nampak macam berusia.
Kalau dia
kata umurnya dua
puluh tujuh atau
dua puluh lapan,
memang ramai yang
percaya. Aku pun
percaya. Tapi, takkanlah
dia kahwin muda
pulak ya? Mungkin
umur sebenar dia
dalam tiga puluh
tiga ke atas?Malas
aku nak ambil
tahu pasal umur
dia. Aku boleh
buat apa? Aku
berjalan di hadapan
manakala Julia dan
Taufiq beriringan.
“Aunty, umur auntyberapa?” soal
Ema. Patuh budak
ni. Julia lagi
muda dari aku. Kalau Julia
yang kononnya ‘tua’
itu dipanggil aunty,
aku? Nenekkah? Ah!
Berapa tahunlah sangat
beza usia aku
dengan Julia.
“Umur auntybaru...dua puluh
enam.” jawab Julia.
Meluat aku bila
dia sengaja leretkan
perkataan ‘baru’ itu. Sengaja nak
bagi Taufiq pasang
telingalah tu.
“Oh! Muda
lagi. Umur aunty sama
dengan arwah mama,
kan papa?” soal
si kecil. Suasana
diam seketika.
“Erk, ha.
Sama dengan arwah
mama.” ujar Taufiq
tergagap-gagap.
“Ha? Mudanya
arwah mama Ema.”
Julia terkejut. Aku
lagilah terkejut, Taufiq
menduda sebab ditinggal
bekas isterinya buat
selama-lamanya. Bukan bercerai
hidup.
Kasihannya Ema...
kehilangan kasih-sayang seorang
ibu. Simpatinya aku
pada nasib Ema.
Memang patutlah anak
kecil itu disayangi
Taufiq sesungguhnya. Sesekali
mataku ternampak dia
mengucup pipi anaknya
sewaktu di taman
tadi. Terharu sebenarnya
rasa hati bila
melihat lelaki penyayang
seperti ini. Tentu
dia tak mahu
Ema rasa ‘kurang’
kasih sayang. Oh
tuhan! Kagum aku
dengan Taufiq.
“Ha ah.
Kami kahwin muda.
Umur dia dua
puluh tahun waktu
tu. Saya pulak
baru dua puluh tiga.” cerita
Taufiq dengan suara
yang tenang.
Awalnya dia
kahwin! Ada duit
ke nak kahwin
awal-awal? Macam-macamlah! Aku
mencongak-congak umur si
Taufiq sekarang. Baru
dua puluh sembilan?!!
DUA PULUH SEMBILAN?!
Mudanyaaa! Kiranya jiran
sebelah aku yang
dua ekor kera
tu mungkin sebaya
dia sahaja. Maknanya,
mereka bujang terlajak?
Atau aku sendiri?
Theehehehe. Fikirkan
umur orang, umur
sendiri pun lebih
kurang juga.
“Oh, sorry pasal
arwah isteri Abang
Taufiq. Jue tak
tahu.” Julia tergagap-gagap.
“Eh, tak apa.
Bukan salah Jue
pun dia pergi.
Dah sampai masa
dia. Kalau salah
Jue, harus juga
Jue minta maaf. Hehehe. Dah
lama dah. Lepas
lahirkan si Ema
ni lima tahun
lepas, dia pergi.”
ujar Taufiq pula
dengan nada parau.
Aku yang di
hadapan ini terangguk-angguk. Rupa-rupanya... begitu
kisah dia. Kasihannya.
Lima tahun berlalu.
Dia masih menduda.
Tentu dia tersangat
cintakan arwah isterinya
sehingga tidak mencari
pengganti.
Eh?! Aku curi
dengar perbualan orang?
Sejak bila pula aku
bersekongkol dengan Bad
ni? Tadi aku
tuduh dia yang
mencuri dengar perbualan
orang. Sekarang, aku
pun sama sekaki!
“Sorry...” Julia
nampaknya masih dengan
rasa bersalah dia.
Kasihan Ema. Itu
sahaja yang aku
boleh komen. Kasihan
sangat.
“Tak ada
apalah, Jue. Yang
pasti, Ema tak
kesunyiankan, sayang?” soal
Taufiq.
“Ya! Ema
ada papa, ada
babah, ada daddy, ada
umi.” ujar Ema
teruja.
“Umi?!! Siapa pulak dia tu?” kuat
soalan Julia menyebabkan
aku berpaling memandangnya.
Aku menjegilkan mata
mengisyaratkan ‘kau tak patut sibuk
ambil tahu hal
tepi kain orang!’.
Julia pula bagaikan
tersedar. Ditepuk mulutnya
berkali-kali apabila Taufiq
dan Ema memandangnya
dengan muka pelik.
“Maksud saya...
err... Babah tu
siapa? Daddy tu siapa?”
soal Julia tergagap-gagap selepas
soalan pertamanya menampakkan
bahawa dia begitu
terkejut dengan kewujudan
nama ‘umi’ itu.
Tentu Julia fikir
dia sudah tidak
ada chance! Nampaknya Ema
sudah ada ibu
baru rupa-rupanya. Kasihan
Julia.
“Babah tu grandpa
dia. Daddy tu memang
dia panggil si
Rashid macam tu.
Umi pula neneknya.”terang Taufiq
tanpa syak.
“Alhamdulillah ya
Allah!” suara Julia
mensyukuri ‘nikmat’ itu
agak kuat. Tahulah
lega si Taufiq
masih belum berpengganti,
tapi janganlah nampak
sangat! Nak saja
aku sental mulut
dia dengan berus
sabut. Ya Allah,
malu aku dibuatnya.
“Kenapa Jue?”
soal Taufiq pelik.
“Eh? Hah?”
soal Julia terkejut.
“Kenapa ucap
alhamdulillah tiba-tiba?” soal
Taufiq pelik. Aku
telan senyum. Masaklah
kau Julia! Over sangat
siapa suruh?!
“Oh! Erk.
Ni ha! Mujurlah
si Ema ni
ada ramai yang
sayang. Ada umi
lagi, babah lagi...
si daddy lagi. Alhamdulillah
ada ramai yang
sayangkan dia.” ujar
Julia. Aku ternganga.
Kagum dengan jawapan
spontan dari Julia.
Wah, mudah dia
mencari alasan bagi
menutup keterujaannya tadi. Kagum
aku! Kalau aku
di tempatnya, mahu mati berdiri
aku mencari alasan.
“Itulah. Nanti,
daddy suruh
papa cari mama
baru untuk Ema.”
cerita kanak-kanak itu.
Aku ketap bibir.
Entah apalah reaksi
Julia sekarang? Menyesal
pula aku berjalan
di depan! Tak
dapat nak tengok
muka Julia. Mesti
macam orang tertelan
batu. Hahaha.
“Esh! Ema
ni! Jangan ceritalah
kat orang. Malulah
papa. Nampak sangat
papa ni tak
laku.” Taufiq berkata
lantas tergelak kecil.
Julia ikut tergelak.
Gelak bahagia dengarnya.
Untunglah Julia. Aku
bakal bertunang tak
lama, jangan-jangan kau
mendahului...
“Okeylah tu.
Aunty doakan Ema
dapat mama baru.
Yang cantik, baik,
lemah lembut dan
sopan dan yang
paling penting, dia
sayangkan Ema macam
aunty sayang pada
Ema.” ujar Julia
selepas gelak. Aku
dah buat muka
meluat di depan.
Nak kata kau ada semua
ciri-ciri itu ke
Julia?! Werk! Aku
tahu sangat, Julia
dah masukkan nama
dia sendiri dalam
calon mama baru
Ema. Tak payah
dicalonkan pun...
“Hesy! Merepek aje.”
Taufiq berkata sambil
tergelak kecil.
“Err, ni
kawan serumah awak
kan?” soal dia.
“Ha ah.
Mona namanya.” Julia
memperkenalkan aku kepada
Taufiq. Aku berpaling.
Dia tersenyum. Aku
membalas senyumannya.
“Hai Mona.”
dia berhai dengan
aku. Aku tersenyum
dan mengangguk.
“Hai.” sapaku
lantas kembali menghadap
jalan, membelakangi mereka.
“Mona kerja
sama dengan Jue
ke?” soal dia.
Aku tak pasti
sama ada soalan
itu untukku atau
untuk Julia. Tapi
aku tahu, Julia
akan membalasnya. Julia
kan tak suka
kalau aku berbual
dengan crushnya?
“Sama kerja.
Tapi Mona mengajar
dekat sekolah rendah.”
ujar Julia ramah.
Aku dah kata.
Julia akan menjawab
soalan Taufiq. Kami
sudah pun berada
di kawasan rumah.
Aku dan Julia
sudah masuk ke
dalam pagar. Taufiq
dan Ema juga.
Lama juga Julia
dan Taufiq ni
berbual kan?
“Oh! Untunglah,
dua-dua cikgu. Senang
Ema nak belajar
nanti.” seloroh Taufiq.
Aku dan Julia
tergelak serentak. Boleh
saja. Bukannya payah
nak mengajar budak
kecil. Kalau besar
sikit, macam anak
saudara si Bad
dan Irfan ni,
harus juga payah!
Dengan tak dengar
kata lagi. Huhu.
Sakit jiwa!
Eh? Irfan
dah ada? Habislah
aku! Bad dah
ada geng kat
sini. Bonet depan
kereta Irfan terbuka.
Nampaknya mereka sedang
melakukan kerja-kerja servis.
Haraplah mereka buat
tak tahu saja
pada kami ni.
“Awak carilah
cikgu sorang buat
bini. Hari-hari boleh
mengajar anak awak.”
aku berkata sambil
tersenyum. Taufiq tersengih.
“Awak nak
ke?” soalnya. Selepas
itu tergelak. Air
muka Julia sudah
berubah.
“Tak boleh,
dia kami punya.”
Irfan menyampuk! Kemudian
dia dan Bad
tergelak-gelak. Kami? Mata
aku mencerun memandang
dua badut yang
tersengih itu. Memberi
amaran bahawa, tolong
jangan menyampuk dan
tolong jangan mengaku
aku korang yang
punya!
“Jangan ambil
akak Fashionista akuuuu!”
Bad terjerit pedih.
Aku ternganga. Teruknya!
“Irfan, Bad!
Jangan nak menyibuk
boleh tak?!” aku
menjerkah kuat. Mereka
tergelak sahaja. Tiada
rasa gerun!
“Dia tak
nak punya. Dia
dah nak bertunang
tak lama lagi.”
Julia pula bersuara
sinis. Mukanya merah. Aku
terlopong.
Julia! Benda
tu belum tentu
jadilah! Aku rasa
nak menangis. Kalau
aku sudah bertunang
pun aku tak
mahu kecoh-kecoh! Takut...
benda tu tak
jadi macam kes
aku dengan Fareez
dulu. Kenapa Julia
tergamak cerita benda
tak sahih lagi
ni pada orang
ramai?! Takkanlah sebab
nak dapatkan perhatian
dari Taufiq? Taufiq
hanya bergurau tadi
kan? Semua mata
memandangku. Oh! Amirul
Rashid pun ada
sekali. Mereka semua
memandangku tidak percaya.
Spanar di
tangan Irfan terjatuh
ke lantai. Bad
di sebelahnya ternganga.
“Betul ke Mona?”
soal Irfan ternganga.
Mata aku sudah
berkaca. Sampai hati
Julia.
“Betul. Mak
dia dah telefon
tadi berbincang pasal
tu. Mak abah
dia yang jodohkan
dengan lelaki tu
sebab dia yang
suruh. Dia dah
malas fikir soal
jodoh katanya.” Julia
tanpa rasa bersalah
menyampuk.
Aku cengkam
jemariku kuat. Tangan,
janganlah melayang ke
pipi Julia. Tolonglah
jangan melayang ke
pipi Julia! Tolonglah!
Dia menjaja cerita
aku sesuka hati.
Aku ini suka
berahsia orangnya. Benda
ni tak ada
faedah pun kalau
beritahu orang! Aku
malu! Malu sungguh!
Kalau tak jadi
macam mana dengan
air muka aku
nanti?
“Ah! Habislah!
Lepas ni aku
dah tak ada
Kak Fashionista!” Bad
menggaru-garu kepalanya serabut.
Ah! Kenapa dengan
Bad ni? Aku
tengah sakit hati,
boleh dia bergurau
macam ini?
Muka Irfan
pula... entahlah. Aku
tak tahu nak
kategorikan dalam kategori
apa. Berkeronyot. Serabut.
Hampa. Terkejut. Macam
semuanya adalah! Amirul
Rashid pula ternganga
luas. Air mataku
tumpah juga setitis
apabila melihat riak
semua orang macam
nampak beruk berupa
manusia. Semua senyap.
Keadaan sangat kekok.
Bad menutup mulutnya
apabila melihat aku
sudah menitiskan air
mata.
“Julia. Jajalah
lagi cerita tentang
aku. Beritahu mereka,
aku nak bertunang
dengan siapa, bila.
Kenapa? Di mana...
atas alasan apa...”
aku berkata pedih
lantas masuk ke
dalam rumah. Air
muka Julia berubah
bila aku berkata
begitu.
“Mona...” panggilnya
lembut. Aku tetap
berjalan. Rasa tak
mahu bercakap langsung
dengan dia.
0 komen:
Post a Comment