Bab 12
SETELAH
puas menangis, Andy
terpaksa mendengar cerita
tentang mummy aku pula.
Entah kenapa, bila
aku bercerita tentang
mummy, rasa
rinduku padanya terubat
sedikit demi sedikit.
Aku dan Andy
bergelap pada malam
itu. Aku yang
mengarahkan Andy untuk
tidak membuka lampu.
Jadi, dia hanya
menurut dan menyalakan
lilin. Lilin wangi
memang terapi yang
baik.
Dia faham
situasi aku katanya.
“Mummy
I selalu membebel
bila I tak
dengar kata dia.
Antara I dengan
adik I, I
yang paling banyak
buat mummy I pening
kepala. Pernah mummy ajar
kami buat cupcakes, I
selalu buat lagi
banyak dari adik
I. I selalu
nak menang. Waktu
tu umur I
sebelas tahun.Adik I
tak pernah marahkan
I tapi mummy yang
selalu marah. Mummy kata,
dia dah suruh
I bahagikan sama
rata dengan adik I tapi
I degil. I
makan dengan banyak
cupcakes yang mummy
buat. Tapi, cupcakes I,
I bagi member-member
I yang rasa.
I bagi mummy I
rasa satu aje.
Teruk kan I
ni?” aku mula
bercerita.
Teringat kenangan
dahulu sewaktu mummy mula-mula
berniaga kek. Dua
tahun sebelum penceraian
mummy, mummy sudah
tidak membuat kek
lagi. Kedai kami
ditutup sebab mummy punya
masalah kewangan.Setiap kali mummy
aku membuat cupcakes perisa
baru, akulah orang
yang paling seronok
sebab aku suka
sangat makan cupcakes yang mummy
buat. Sekarang, cupcakes buatan
mummy hanya
ada dalam ingatan
aku saja.
“Mummy
ajar I buat cupcakes. Dia
kata, sewaktu buat cupcakes, buatlah
dengan seikhlas hati
kerana orang yang
makan cupcakes buatan kita
itu akan ingat cupcakes
kita sampai bila-bila.
Mummy kata, cupcakes
yang dia buat
untuk I dengan
Ella adalah cupcakes yang
paling penuh dengan
kasih sayang. Sebab
tu, cupcakesmummy I, the best!”
Andy peluk bahu
aku. Aku rebahkan
kepala ke bahunya.
“You
pun ada bakat
buat cupcakes macam mummyyou. Kek
buatan you sedap. I
tahu you ikhlas buat
kek sama macam mummyyou
walaupun I tak
pernah merasa kek
buatan mummyyou.” Andy cuba
menyedapkan hati aku.
Aku senyap sekejap.
“I tak
pernah rasa kehilangan
macam yang I
rasa sekarang ni.
Dulu, sewaktu mummy meninggal,
I tak nak
bersedih, jadi I
minum sampai mabuk
supaya I tak
merintih lagi. Setiap
kali I terkenangkan
mummy, mesti
I lari dari
realiti. I cuba
hidup huha huha.
Macam tak ada
apa yang berlaku.
Bila tiba hari
yang I rasa
nak kenangkan mummy, I
tak sangka, peritnya
hidup tanpa mummy I!”
aku luah lagi
bersama rembesan air
mata.
“I tahu. You
kuatkan hati you, okey?”
dia pujuk aku
lagi. Aku rasa
lenganku digosok-gosok lembut.
Dia sedang cuba
redakan perasaan aku.
“You
mana tahu rasa
kehilangan macam I!
I kehilangan orang
yang I sayang.
Perit tahu tak?!”
aku lampiaskan rasa
sedih aku kepadanya.
Dia peluk aku
tambah kejap. Rasa
selamat aku dalam
pelukannya.
“I tahu.”
dia berkata pendek.
“No you don’t!
You tak
rasa apa yang
I rasa.” aku
menangis lagi. Dia
masih punya mama!
Sedangkan aku ini? Mummy
sudah pergi, daddy pula
bagaikan tidak mahu
mengaku aku ini
anaknya. Sewaktu mummy meninggal
dulu, hanya Ella
sahaja yang pulang
dari Kanada.
“I pernah
rasa apa yang you
rasa. Jangan ingat
I tak pernah
rasa. Sakit, ya.
I tahu memang
sakit! Rasa tu
lebih sakit dari
rasa kecewa. Tapi,
kita yang hidup
ni kena teruskan
hidup. Doakan mereka
di sana.” dia
memujukku. Dia pernah
rasa? Ah! Dia
mana pernah rasa.
Sengaja mahu sedapkan
hati aku.
“You
pernah rasa kehilangan?”
aku tanya dia.
Aku pandang anak
matanya. Dia melarikan
anak matanya apabila
ditatap aku.
“Let’s
not talk about
it.” dia mengelak.
Aku angguk saja.
Kepalaku kembali melentok
ke bahunya. Mungkin
dia tidak punya
kekuatan untuk bercerita
tentang hal itu
kepadaku? Mungkinlah. Orang
lelaki kan lebih
gemar menyimpan rahsia
hatinya daripada diketahui
orang.
“Okey.” aku
bersetuju sahaja. Lega
sedikit rasa hati
aku ini setelah
meluah apa yang
aku pendam selama
ini.
“Do you need
beer?” dia menyoalku.
Aku menggeleng-gelengkan kepalaku
cepat-cepat. Aku rasa,
aku sudah tidak
perlukan semua itu
lagi! Aku akan
hadapi kenyataan dengan
lebih berani. Selepas
meluah, rupa-rupanya, lagi
lega. Rasa seperti
bebanan yang menjerat
aku ini beransur
pergi.
“Beer
can’t solve problems.
Arak hanya menambahkan
masalah I selama
ni. I memalukan
diri I. I
menghabiskan duit I.
I rosakkan kesihatan
I yang Allah
dah bagi ni.
Lepas ni, I
tak nak minum
lagi. I nak hadapi hidup
I ni. I
lega. Dengan meluah,
beban I beransur
pergi. Beer tak dapat
buat I lega
macam tu. Besoknya
kita akan kembali
berfikir tentang masalah
tu. Beer tak boleh
nak selesaikan masalah
I. I nak
berhenti!” aku bagaikan
berikrar. Dia lentokkan
kepalanya ke atas
kepalaku pula.
“That’s
my Emma! That’s my
girl. Lepas ni,
kita quit sajalah minum
ya?” dia berkata
padaku. Aku angguk.
Jemariku digenggam oleh
jemari kasarnya.
“You
pun nak berhenti?”
aku menyoalnya.
“Ya, bila
I tengok, you dapat
hadapi kenyataan perit you
dengan menangis semahunya,
lepas tu meluah.
I rasa, I
pun boleh hadapi
kenyataan I juga.
Tak perlulah I
lari lagi dari
rasa kehilangan dengan
minum beer sampai bila-bila.
Betul kata you tadi.
Besoknya I kembali
fikirkan tentang masalah
I semula. Kalau
macam tu, sampai
bila-bila pun I
rasa terbeban dengan
masalah ni. You bagi
I semangat nak
mula hidup baru.”
dia berkata perlahan.
Aku tersenyum mendengarnya.
Benarlah. Bukan
dengan cara minum
aku dapat lari
dari masalah. Tambah
masalah adalah sebenarnya.
Lega hati bila
aku sudah tidak
perlukan semua itu
lagi. Siapa kata menangis hanya
menambah stress? Tak
semestinya. Menangis adalah
ubat paling mujarab
dalam menangani stress!
Ya, kadang kala
kita perlu menangis...
“I
don’t know. Kita
tak terlewat ke
untuk berubah?” soalku
tiba-tiba. Dia tersenyum
dan menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Youknow
what? It’s never too
late to mend.”
jawabnya yakin. Dia
ni, penuh dengan
kata-kata semangat.
“JOM
kita turun makan.”
aku diajak makan
setelah dia usai
memasak. Dia masih
memakai apron.Sweet
kan? Siap datang
jemput kat bilik
lagi. Dah macam
amah aku pula
gayanya Andy ni.
Sudah hampir sebulan
aku tinggal di
sini. Namun, hanya
beberapa kali sahaja
kami berjumpa. Dia
jarang berada di
rumah. Busy, anak taukeh
kan? pengurus besar
pula lagi. Genap
satu bulan, aku chow!
Aku ikut
saja langkah kakinya
yang menuju ke
dapur. Perut aku
pun dah terasa
lapar sangat dah
sebenarnya. Berkeroncong lagu
Ghazal untuk Rabiah.
Alahai. Dia nampak
sangat cool dan
segak walaupun hanya
dengan berseluar panjang
berwarna putih dan
berbaju lengan panjang
berwarna biru tua
yang tersarung kemas
di badannya.
Tapi aku
perasan akan sesuatu.
Dia banyak mendiamkan
diri hari ini
dan aku cukup
perasan pada perubahannya.
Tidak seperti hari
sebelumnya. Kalau tidak,
wajahnya macam disuluh
lampu saja. Ceria
sentiasa walaupun kurang
bercakap berbanding aku.
“Kenapa you diam?”
aku menyoalnya. Dia
berpaling memandangku sekejap.
Sempat dihadiahkan sekuntum
senyuman yang agak
mahal! Cair sekejap
aku melihatnya. Cepat-cepat
aku beristighfar. Lupakan
dia! Gay! Gay! Gay! Beberapa kali
otakku mengingatkan tentang
perkara itu.
“Tak ada
apa, dear.” dia jawab
macam biasalah tapi
hari ini kurang
ceria sahaja bunyinya.
Tak bermaya saja
lagaknya. Macam lelaki
yang baru mati
bini. Aku nampak
dia cabut apron
yang dipakainya tadi
lalu disangkutkan ke
tempat penyangkut. Lemah
dan lemau.
Aku tahu,
dia ada masalah.
Mukanya sudah jelas
menunjukkan segalanya. Tak
perlu dia berbohong.
Mungkin dia ada
masalah yang tidak
mahu dikongsikan dengan
aku. Aku diam
sahaja. Aku tengok
dari gaya dia
memasak di dapur.
Gayanya tidak bersemangat
macam biasa. Kalau
sebelum ini, dia
memasak sehingga naik
otot-ototnya, tetapi tidak
hari ini. Dia
kelihatan lembik.
Hati aku
tertanya-tanya apa yang
membuatkan dia jadi
lembik semacam itu.
Mati binikah? Andy
mana ada bini!
Mati Masonkah? Hey,
celoparnya hati! Adakah
disebabkan mamanya ataupun
mungkin juga dia
sedang ada masalah
dengan Mason?
Usai memasak,
dia menghidangkan nasi
goreng yang digorengnya
tadi di hadapan
aku. Aroma nasi
goreng itu memang
menambat hatiku. Belum
lagi aku rasa.
Mesti sedap. Aku
menyuapkan makanan ke
dalam mulut. Mahu
saja aku luah
balik. Sedap sangat.
Tapi masin Ya
Rabbi!!! Masin sangat-sangat! Entah
berapa cawan dia
letak garam di
dalam masakannya ni.
Aku terus
saja makan perlahan-lahan sambil
mataku mengerling ke
arahnya yang tunduk
menekur makanannya di
dalam pinggan. Makanlah
cepat nasi goreng
tu!! Boleh kena
darah tinggi aku
kalau macam ni.
Hati aku mengarahnya
makan. Biar dia
rasa. Sebaik saja
sesuap nasi goreng
dimasukkan ke dalam
mulut, dia berlari
ke sinki dan
diluah semula makanan
tadi.
“Masin nak
mampus! Macam mana you
boleh makan nasi
ni?” soalnya sambil
mukanya berkerut-kerut menahan
rasa masin. Dia
mengelap bibirnya dengan
belakang tangan. Aku
tengok muka dia
macam asam kecut
sebaik saja dia
meluahkan nasi yang
digoreng tadi. Hah!
Ambik kau.
“Makan sajalah.
Tak elok membazir.”
aku berkata selamba.
Padahal, satu suap
nasi itu aku
ambil masa lima
minit nak mengunyahnya.
Terseksa amat!
Aku suap
lagi ke dalam
mulut. Hendak menjaga
hati dia sebenarnya.
Mahu saja aku
campak ke tong
sampah. Berapa kilo
dia letak garam
ni agaknya? Teruk
sungguh rasa masinnya.
Mummy pernah
cakap, kalau masakan
terlebih garam, alamatnya,
dah tak lamalah
nak kahwin tu...
Kahwin dengan Mason.
Ha ha ha.
Tiba-tiba hati aku
tergelak jahat dengan
perkara itu.
“I masakkan
you yang
baru.” eh. Kalau
nak masak yang
baru, tak apalah
kalau aku membazir
sekali-sekala. Orang dah
offer kan?
Aku terus
berhenti makan. Laju
sahaja aku tolak
ke tepi nasi
goreng tadi. Tak
perlulah aku hipokrit
lagi. Aku minum
air suam bagi
meneutralkan rasa masin
melampau tadi. Memang
masin amat. Rasa
nak tercabut lidah
aku ni.
“I tak
nak makan nasi
goreng. I nak
makan roti bakar.”
aku mula buat demand
dah. Ha ha
ha. Siapa suruh
dia buat tawaran
yang macam itu?
Aku ini Emma,
suka mengambil kesempatan!
Dia hanya
mengangguk. Dia memasukkan
roti ke dalam toaster.
Kemudian, dia duduk
di hadapanku sementara
menanti roti itu
garing. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku
melihat kealpaan dia.
Alahai Andy! Aku
tahu sangat, dia
ada problem! Sangat-sangat problem!
“You
ada masalah kan? You
fikirkan apa sebenarnya
ni?” aku memberanikan
diri menyoalnya.
Aku tatap
anak matanya dalam-dalam.
Dia melarikan anak
matanya. Aku tahu
dia ada masalah.
Keluhan yang dilepaskan
cukup berat. Aku
mengeluh juga walaupun
aku tahu mengeluh
itu tidak baik!
Aku sudah terbiasa
mengeluh kerana hidup
aku sebelum ini
sering ditimpa musibah.
Kenapa aku
sering ditimpa musibah?
Sebab aku selalu
melakukan dosa besar!
Dosa besar yang
sudah aku lakukan
ialah meminum arak!
Berzina? Hampir sahaja
tetapi... nak ikutkan,
tak jauh beza
pun zina dengan
keadaan kami yang
tinggal serumah sekarang.
“Tak adalah.
Kenapa?” suara Andy
kedengaran sayu. Dia
masih berdalih. Aku
tersenyum.
“Garam you letak
lebih, you tak fokus
pada apa-apa yang you
buat hari ni. You
banyak mengeluh. Cuba you
tengok, toaster tu? Sampai
kiamat pun kita
tak boleh makan
rotinya sebab you tak
hidupkan suis. Fikiran
you ke
mana sebenarnya ni?
Cubalah cerita kat
I. Mana tahu
I boleh tolong
you ke?
Ini tidak, buat
muka macam orang tak
cukup kasih sayang.
Macam minta dibelai
dengan penampar I.”
aku mula membebel.
Aku yang
akhirnya bangun dan
hidupkan suis toaster itu
lalu pusingkan suhunya
ke tahap tiga
saja. Yang sedang-sedang
saja. Macam lagu
pula. Sepanjang aku
duduk di rumahnya,
sedikit sebanyak, aku
sudah pandai memasak
makanan yang mudah-mudah.
Aku juga sudah
pandai membakar roti
dengan rasa rangup
dan enak. Hehehe.
“I susah
hati ni. Mama
nak suruh I
kahwin.” akhirnya dia
bersuara. Mengaku pun
kau ada masalah.
Hati aku mengutuknya
geram. Kahwin? Alahai
Andy. Patut pun
muka kau macam
orang sembelit lima
hari!
“Wow. Mesti
besar gila problem ni.”
aku selamba saja
berkata begitu. Tak
ada nada kasihan
pun. Jahat juga
aku ni.
Andy mengangguk-anggukkan kepalanya
perlahan-lahan. Alahai. Kasihannya
aku melihat dia.
Macam mana dia
nak berkahwin? Dengan
Mason? Boleh mati
berdiri mama Andy
ini nanti bila
melihat pengantin ‘perempuan’
Andy. Kasihannya. Aku
teringat semalam, Andy
tak pulang ke
rumah kerana dia
tidur di rumah
mamanya.
Mungkin, semalamlah
mamanya mendesak supaya
dia kahwin. Kalau
tidak, masakan moodnya
boleh menyimpang jauh
sebegini? Alahai, kasihannya
anak mama. Jadi
begini pula.
“You
terus-teranglah sajalah pasal you.”
aku cuba menasihatinya. Andy
terdiam lama. Bagai
cuba mencerna apa
yang aku katakan
padanya.
“You
nak tengok mama
I mengamuk ke?
Sekali dia lempar
barang perkakas dia,
I nak lari
ke mana? Dahlah
you serumah
dengan I. Mahu
mengamuk dia nanti
bila nampak you kat
sini. You nak kena
amuk dengan mama
I?” Andy menyoalku
pula. Kasihannya dia.
Aku menggeleng-geleng perlahan.
Tak mahu diamuk.
Keluhan berat aku
lepaskan. Macamlah masalah
Andy itu, aku
yang punya. Aku
turut sama memikirkan
cara untuk menyelesaikannya.Tapi bila
aku fikir balik,
memang patut pun
mamanya Andy ni
suruh dia kahwin.
Anak tunggal! Nasiblah.
Umur pun sudah
meningkat.
“You
cakap you boleh tolong.
Kahwin dengan I
jom?” tercekik air
liur aku mendengarnya!
Gila? Menggeletar tangan
aku dibuatnya.
“Errr...” aku
tergagap-gagap.
“Lagipun, I
tahu you tak selesa
duduk berdua-duaan dengan
I. Kalau you kahwin
dengan I, you tak
perlu rasa berdosa
lagi. Mama I
pun suruh I menikah. So, you
nampak tak? Win win
situation.” ujarnya bersungguh
dan mukanya begitu
ceria. Penuh harapan.
Aku diam. Cuba
berfikir.
“Daddy
I...” aku mengeluh.
Dah lama aku
tak contact dengan daddy!
“I akan
cuba hubungi daddy you.
Kalau tak boleh,
terpaksalah kita proceed. Kita
kahwin koboi dulu.”
dia mencantas. Aku
tergamam. Sampai begitu sekalikah?
“Mama you?” soalku.
“We
can work on it. Selepas
nikah, I akan
beritahu you apa mama
suka dan apa
yang mama tak
suka so that, bila I bawa you jumpa mama
nanti, youbersedia dengan segala
apa kemungkinan.” Andy
berkata dengan wajah
yang serius. Cepat
gila dia jawab!
Macam memang dah
rancang pula! Ada
sahaja alasannya.
“So,
you nak
kahwin dengan I
secara diam-diam dulu.
Begitu? Habis, kalau
mama you tahu nanti,
macam mana?” soalku.
Sebolehnya, biarlah aku
berkenalan dengan orang
tua dia dulu.
“Emma, you kena
fikir. You pun tahu,
berdosa berdua-duaan dengan
I kan? Tambah-tambah, kita
berdua ni dah
berazam untuk berhenti
dari buat perkara
tak elok. Kita
kahwin. Kita halalkan
apa yang haram.
Kalau you tak sedia
pun tak apa.
Kita hidup macam hari
sebelum ini juga. But
at least, kita
ada ikatan... it’s better.”
Andy memujukku. Aku
terdiam lama.
Betul kata
dia. Hidup macam
sebelum ini? Nampak
sangat dia tak
redha menerima aku
sebagai isterinya. Hampeh!Mungkin, dengan
menikah, dia dapat
menutup mata orang
yang perasan bahawa
dia itu sebenarnya
gay! Mungkin.
Boleh jadi juga
begitu. Baiklah! Aku
bersetuju.
Satu, sebab
hubungan kami halal.
Aku tak perlu
rasa berdosa lagi. Kedua, sebab
aku tiada tempat
bergantung. Cukuplah kalau
aku dapat tinggal
di rumahnya ini
dengan percuma. Tak
perlulah aku bersusah
hati lagi nanti.
Hehehehe. Ketiga, sebab
aku nak ubah
minat dia pada
aku. Habis tu
Mason macam mana?
Nak tanya dia
tapi, aku rasa macam...
errr, tak sopan
pula.
“Okay
then.” aku mengangguk
setuju. Andy bersorak.
“Problem,
solved! Thank you so
much, Emma! Come!” dia
menarik tanganku dan
mengheretku. Aku ternganga.
Apa pula ni?
“Pergi mana?”
soalku.
“Buat persiapanlah!” dia berkata
dengan penuh kesungguhan.
“Wh..
wh... what?!” aku
tergagap-gagap. Kaki masih
lagi mengikut langkah
kakinya yang laju.
“Kita halalkan
secepat mungkin. Cepatlah!”
desaknya. Eh? Pakai
macam ni aje?
“Takkanlah
nak
pakai macam ni?”
soalku sambil menjenguk
tubuhku sendiri. Hanya
berbaju-t lengan pendek dan
berseluar jeans sendat.
Dia terhenti melangkah.
Matanya memandangku ke
atas dan ke
bawah.
“Cepatlah naik
tukar baju!” aku
terloncat dari tempatku
berdiri. Dia memang
serius?!
0 komen:
Post a Comment