BAB
1
“PAK TEH, nak ikan
bilis dua ringgit.”
aku memesan sambil menongkat
sikuku ke meja
kaunter dengan tangan
kanan. Sebelah tangan
lagi mengetuk-ngetuk permukaan
meja itu sementara
menunggu Pak Teh
menyediakan ikan bilis yang
aku pesan tadi.
Pak Teh
bangkit lalu menuju
ke bakul ikan
bilis. Sehelai plastik
berwarna oren dikeluarkan.
Dikibas-kibas sehingga terbuka,
lantas dimasukkan beberapa
genggam ikan bilis
ke dalamnya. Selepas
itu dia meletakkan
ikan bilis di
dalam plastik tersebut
ke atas alat penimbang. Beberapa
cekup kecil dibuang
dan ditambah... akhirnya,
plastik diikat dan
diserahkan kepadaku.
“Nak beli ini aje
ke?” soal Pak
Teh. Aku menggeleng.
Sebenarnya aku sedang
cuba mengingat semula
barang-barang yang emak
aku pesan tadi.
Banyak juga tak
silap aku.
“Kicap sebotol...
erm... telur lima
biji dengan... haaa!Garam
sekampit.” akhirnya aku
mampu ingat semula!
Perkara sebeginilah yang sering menjadi
masalah bila membeli
barang tanpamenulis senarai
terlebih dahulu. Payah
untuk aku menghafal
segala macam jenis barang yang
dipesan emak. Aku ini sudahlah
pelupa orangnya.
Tiba-tiba ada
tangan meletakkan sebotol
air mineral sejuk
di sebelahku. Berurat
timbul. Aku memandang
tuan empunya tangan.
Keningku terjongket sebelah.
Siapa dia ni?
Lelaki berwajah bengis
berambut panjang yang
ditocang tinggi. Serupa
sungguh gaya samurai
jepun.
“Pak Teh,
ada orang nak
bayar.” aku melaung
nama Pak Teh. Mata tak
henti-henti memerhati si dia di
sebelahku.
Si jejaka
yang berambut panjang
ala-ala rambut samurai
ini hanya menjelingku
dari atas sehingga
ke bawah. Dia
pandang aku macam
tak hairan. Tak
berterima kasih langsung
dengan laungan aku. Hek eleh!
Kerek pulak kau!
Di belakangnya terkandung
sebatang unknown! Aku pun
tak tahu apa
sebenarnya yang dia kendong.
Pedang tak? Mata
dah sepet macam
samurai. Rambut panjang
mengurai! Boleh jadi
dia bawa pedang
di belakangnya macam
samurai. Baru lagi
nak menilik apa
yang dia ‘kendong’
di belakangnya, Pak
Teh muncul dengan
barang-barang yang aku
minta.
“Lapan ringgit.”
Pak Teh mengira.
Aku mengeluarkan wang
berwarna merah dari
poket lantas kuhulur
pada Pak Teh.
Lelaki di sisiku
hanya membeku. Riak
muka bosan jelas
terpancar. Bibir nipis
itu tertutup rapat.
Tidak terbuka sedikit
pun menyerlahkan lagi
kesombongannya.
“Anak ni,
seringgit aje.” Pak
Teh menegur dia
dengan sopan.
Muka Pak
Teh nampak teragak-agak
bila berkata-kata. Mungkin
pemakaian dan wajah
bengisnya menakutkan Pak
Teh agaknya. Seluar
koyak di lutut.
Baju lengan pendek
berwarna hitam kecil
bergambar tengkorak berlidah.
Memang menakutkan gaya
dia ditambah pula
dengan rambut tocang
dia yang kalah
samurai itu! Dia
meletakkan wang RM50
ke atas meja kaunter.
Pak Teh dan
aku sama-sama terbelalak.
Dah tak ada
duit kecil ke
apa mamat samurai
ni?
“Duit kecil
tak ada?” soal
Pak Teh. Kelihatannya,
Pak Teh nak
menegur pun takut-takut.
“Tak.” jawabnya
pendek. Mukanya serius.
Macam nak bunuh
orang pun ada
gaya. Serius aku
gerun. Tak pernah
dalam hayat aku
ada berjumpa dengan
lelaki seperti ini.
Berwajah seperti orang
bermasalah.
“Er,
Pak Teh,
bayar sekalilah.” aku dalam terburu-buru
ni! Lagipun, aku
takut nak berlama
di sini. Aura
negatif muncul apabila
berdiri di tepi
mamat samurai ini. Dia
nampak seperti sedangmencari
mangsa. Huh! Aku
nak kahwin dulu.
Tak nak mati
lagi...
Duit lebih
aku Pak Teh
tak bagi semula.
Emak aku bukannya
suka jika aku
keluar lama-lama. Nanti
dituduhnya aku melepak
dengan si Ijai. Ijai itu merupakan sahabat baik
aku semenjak kecil
lagi. Cuma, sekarang
emak sudah melarang
aku untuk berkawan
rapat dengan Ijai
lagi disebabkan mulut
dan cakap-cakap orang
kampung. Nampak tak
elok asyik berkepit.
Kasihan Ijai. Bukan
salah dia. Kalau
dia nak jumpa
aku, dia pula
yang perlu bertandang
ke rumah aku.
Kasihan... kasihan...
Pak Teh di hadapanku
hanya mengangguk bersetuju
dengan cadanganku. Dia
pun takut agaknya
nak minta duit
kecil daripada lelaki
bengis ini. Dia
memulangkan RM1 kepadaku.
Si lelaki samurai
tadi memandangku dan
menunduk sedikit. Bibirnya
bergerak. Terima kasih.
Tetapi... tiada suara.
Nak ucap terima
kasih pun payah!
Sampai tak keluar
suara! Aku menanti
barangku diisi ke
dalam plastik besar.
Si lelaki samurai
tadi terus berlalu
dengan air mineralnya.
Nafas lega dapat
kuhela. Dia dah
tak ada di
sini. Tak adalah
aku terkeras lagi
di sebelahnya.
Aku pandang
Pak Teh, Pak
Teh pula leka
memandangnya yang semakin
menghilang dari pandangan.
Aku tak ada
hati hendak memandang
si samurai. Buatnya
dia berpaling dan
terus hayunkan pedang
samurainya sampai tergolek
kepalaku ke tanah,
macam mana aku
nak berikan barang-barang
ini kepada emak?
Oh tuhan! Minta
simpanglah!
“Siapa tu,
Pak Teh?” soalku
perlahan. Pak Teh
angkat bahu.
“Entah? Macam pernah tengok
aje muka dia.
Muka dia macam
ada iras... siapa
entah? Lupa dah
Pak Teh ni.”Pak
Teh menggaru keningnya.
Muka Pak Teh
macam sedang berusaha
untuk mengingat semula siapa
gerangan si samurai
tadi. Aku menarik
barang-barangku lantas meninggalkan
Pak Teh.
“Tak apalah
Pak Teh, saya
balik dulu ye.”
Aku meminta diri
walaupun kaki sudah
melangkah ke luar
kedai Pak Teh.
Lantaklah lelaki tadi
itu siapa pun.
Apa aku nak
hairan? Bukannya aku
nak pun berkenalan
dengan dia.
“Elok-elok jalan
tu.” pesan Pak
Teh.
SEDANG menghayunkan
barang-barang yang aku
beli tadi ke depan
dan ke belakang
sambil berjalan gembira,
tiba-tiba telingaku terdengar
sesuatu. Prakkk! Alamak!
Telur pecah! Aku
lupalah ada telur
dan kicap kat
dalam ni! Pak
Teh letak dalam
satu plastik aje?
Heee Pak Teh
ni, memang nak
kena geletek. Aku
menilik plastik. Mujurlah
ada dua biji
sahaja yang pecah.
Masih dapat buat
telur dadar yang
tiga biji lagi
tu. Mesti mak
bebelkan aku nanti.
Nak beli baru
ke tak nak ye?
Kalau beli
baru, ala. Aku
dah separuh jalan
dah ni. Kalau
tak beli baru,
aku kena berhadapan
dengan amarah mak.
Mana satu lagi best?
Kena bebel dengan
mak atau kepenatan?
Ah! Duit tinggal
seringgit pulak tu.
Dapat ganti dua
biji juga.
Tak payah
beli barulah, bazir
masa pula nanti.
Aku menghayunkan langkah
secepat mungkin. Mungkin
mak sedang menanti
dengan bercekak pinggang
di hadapan pintu
dapur. Seram! Tiba-tiba
mataku tertangkap kelibat
lelaki tadi. Lelaki
samurai tadi sedang
berjalan tenang ke
satu arah. Entah ke
mana? Tapi, dia
sehala denganku. Aku mengecilkan mataku.
Oh! Bukan pedang
yang dibawa olehnya
di belakang badan
tadi. Gitar rupa-rupanya.
Buta sangat ke
mata aku ini sampaikan gitar
sebesar alam itupun
aku cap sebagai
sebilah pedang? Mungkin
kerana perwatakan lelaki
itu yang menyerupai
samurai kut yang
menyebabkan aku berfikir
begitu?
Dia berjalandengan langkah
yang semakin perlahan.
Aku ikut berjalan
lambat. Yalah, takkanlah
aku nak berjalan
melintasi dia? Sudahlah
aku kena kekalkan
cara jalan aku
ni yang melenggang-lenggok gaya
perempuan melayu terakhir.
Tak kuasa aku
nak beri dia lihat punggung
aku bergolek ke
kiri dan ke
kanan. Muka dia
dahlah macam orang
pecah rumah saja.
Menakutkan.
Dari gaya
dia pun aku
sudah tahu yang
kehidupan dia ni
liar! Baju terkoyak di sana
sini konon-konon nak
serlahkan gaya rock
kapaklah tu! Kasut,
simple. Sneaker yang
lusuh yang berwarna
merah. Hmm... badan?
Tak macam Aaron
Aziz tapi macam Allayarham Aziz
Satar zaman muda
mudi dulu! Keding
macam sate kering.
Eh, buat
apa aku nak
tengok dia? Baik
aku berjalan pandang
jalan saja...
“Kau nak
apa ni ikut-ikut
aku?” terkejut aku
mendengar sergahan dia. Aku terhenti
melangkah apabila tubuhku
hampir terlanggar badannya
yang berhenti mengejut
di depanku. Mujur
brek emergency aku cukup
makan! Tengok jalan
pun, inilah bahananya.
Tak perasan pula bila dia
brek? Nyaris aku
tak tercium dada
dia. Euw! Dahlah
ada gambar tengkorak
jelir lidah. Geli aku!
“Siapa yang ikut awak?”
aku menyoal sambil
usyar-usyar di belakangku
walaupun aku tahu
dia sedang menyoal
aku. Tiada sesiapa
pun. Memang aku
tak tahu siapa
ikut dia. Perasanlah
dia ni. Apa
dia ingat aku
berani sangat ke nak ikut
orang yang mukanya
macam orang pecah
rumah ni? Memang
cari nahaslah aku
kalau betul aku
ikut dia.
“Kau ikut
aku dari tadi
apa pasal?” aku
nak tergelak bila
tengok dia bercekak
pinggang begitu. Macam
pondan. Badan keding
buat macam tu,
buruk benar! Lengan
baju yang sedia
pendek itu berlipat-lipat sehingga
menampakkan bahunya yang
agak berotot. Tak
sangka. Keding pun
ada keluar muscle. Nampak
jugalah bulu ketiaknya
tersembul keluar. Erkh!
Kau ni dah kenapa,
Melur?! Asyik sangat
perhatikan ketiak orang.
Aku menjelingnya.
“Kenapa ikut
aku?!” jerkahnya. Terhinggut
bahu aku akibat terkejut
dijerkah. Hek eleh
mamat ni. Kerek
pula dia. Tak pasal-pasal pula
nak jerkah aku.
Aku tak buat
salah apa pun.
“Cantik sikit.
Mana ada saya
ikut awak!” aku
menjerkah semula. Tiada
lagi nada sopan!
Aku belanja air
mineral tu pun
dah cukup bagus!
Ucap terima kasih
pun nak tak
nak. Kalau aku
tak halal, tak
pasal-pasal pecah perut!
Huh!
“Orang gila
pun tahulah kau
ikut aku!” dia
mendengus. Menjelingku lebih
tajam. Orang gila
pun tahu? Dia sahajalahorang gilaitu.
Orang gila yang
perasan! Benci pula
aku pada dia
ni. Menyesal aku
tolong bayarkan untuk
dia ni tadi.
Sepatutnya aku biarkan
sahaja dia tersekat
di kedai Pak
Teh tadi. Biar
Pak Teh ketakutan
sendiri melayan pelanggan
yang macam penjenayah
ini.
“Saya?” aku
menunjukkan jari telunjuk
ke hidungku dan
aku halakan ke
dia.
“Nak ikut
awak?” sambungku lagi.
Dia mengangguk-anggukkan kepalanyabersama muka
serius yang tak
pernah nak senyumnya
itu. Melihat sahaja
anggukannya, aku tergelak-gelak.
“Mental!! Saya
nak balik rumahlah!”
aku muncungkan mulutku
ke sana. Dia
pandang ke arah
sana dan kemudian
beralih kembali kepadaku.
“Kau blah
cepat sebelum aku
ngap!” dia mendekatiku
dengan membuntangkan mata
sepetnya. Aku terundur
ke belakang. Siapa
dia ni? Sesedap
rasa tanpa perencah
nak ngap aku?!
Eee. Kalau badan
katang okey jugak.
Ni?? Hahahahaha! Sengaja
hendak membuat akusakit
perut kerana mentertawakan
dia ke apa?
Larat ke nak
ngap orang?! Aku menyindir di
dalam hati. Takut
kalau sindir depan-depan,
dia ngap aku betul-betul kat
sini. Mati tertelan
anak tekak aku
nanti.
“Eh! Tepilah!
Dia yang halang
laluan saya. Saya
nak balik rumahlah
ni! Kita sehala.
Jangan nak perasan
sangat eh? Saya
tak ada hati
pun nak ikut
awak! Muka tu
dahlah macam orang
pecah rumah. Orang
mental pun tak
beranilah nak ikut
awak. Jangan risau,
awak selamat dari
diekori.” aku menepis
bahunya dan berjalan
bengang meninggalkan orang
tak beradab itu.
Lelaki samurai yang
mental! Entah-entah, gitar
kat belakang badan
dia itu pun...
gitar curi. Hasil
pecah rumah orang
agaknya.
“Kau nak
buat apa balik
kat rumah mak
aku, huh?!” aku
terlompat kecil. Dia
mengejar langkahku yang
semakin hampir dengan
rumah rupa-rupanya. Gila!
Serius seram! Dia
dah tahu tempat
tinggal aku! Kalau
dia datang untuk
merompak atau menghendap,
bagaimana?
“Kau buat
apa kat sini?!”
dia menjerkah lagi.
Tiba-tiba sahaja
dia menjerkahku. Eh?
Apa kena dengan
mamat samurai ni?
Sudahlah dia ikut
aku balik rumah.Selepas
itu ada hati
menyoalku begitu. Dia
ingat aku akan
tertipulah dengan kata-katanya?
Takkanlah aku tak
kenal rumah aku
sendiri pula? Tak
beragak langsung hendak
membohong.
“Hey, hello! Kat sini rumah
mak saya, okey?!My mom
punya house! An... der...
sten? Ni rumah
mak bapak I!
Limah bin Husen
dan Zamri bin
Mat!” aku menekan
nama ibu bapaku.
Dia garu dagu.
Tangan diseluk ke
kocek seluar.Selepas itu, dia mencebir.
“Mana satu
mak mana satu
bapak ni?” soal
dia dengan muka
serius. Tak tahu
lagi? Limah tu
nama untuk lelaki
ke? Waktu dia
tengok cerita Hantu
Kak Limah Balik
Rumah, agak-agaknya dia dapat cam
tak jantina Kak
Limah tu?
“Limahlah mak
saya! Takkan Zamri
pula?” aku menjegilkan
mata.
“Nama mak
pun kau letak
‘bin’. Mak kau transgender ke
apa?” soal dia
sambil menjelingku. Aku
terdiam. Alamak! Limah
Bin Husen? Aduhai!
Bukan patut ‘binti’
ke? Astaga! Aku
yang tak dapat cam jantina
emak sendiri. Mak! Maafkan Melur!
“Ah,
saya tersalah! Nak
buat apa pergi
rumah emak saya,
Limah Binti Husen?”
soalku menjegilkan mata. Membetulkan
nama emak aku
sebenarnya. Dia mencemik.
“Ah, pembohong! Kau
tak payah nak
kelentong akulah, perempuan.
Warna merah tu, aku ingat
lagi. Tu rumah arwah
mak aku dulu.
Sekarang Mak De akuyang tinggal
kat situ!” eh
dia ni. Cari
gaduh pula. Sudahlah
perasan! Eh kejap.
Rumah Mak De
dia?
“Eh? Mak
De? Tu mak
saya, awak ni
siapa?” soalku terkejut.
Aku mengurut-urut dada.
Maka, dia kenallah
mak aku! Kalau
itu rumah arwah
mak dia, maka...
dialah anak Mak
Long!
“Aku sepupu
kaulah agaknya. Hee,
malang betul aku
ada sepupu mulut
bising macam kau!
Macam manalah aku nak
lena tidur.” dia
mengeluh seraya mengangkat
beg gitar di
belakang badannya lalu
disarungkan ke badanku!
Masya-Allah! Berat! Hampir
sahaja terlentang ke
belakang aku menampung
benda sebesar alam ini.
Malang dia
atau malang aku?
Dia buat apa
kat sini?
“Hey! Ambil
balik!” aku cuba
menarik keluar gitar
tersebut namun... apakan
daya. Hanya sebelah
tangan sahaja tak
cukup kuat untuk
mengeluarkan benda seberat
ini. Gitar logam
ke gitar batu
ni? Berat! Kalau
guna dua tangan
ini nanti, macam
mana dengan telur
dan kicap di
dalam plastik ni?
Dah elok tinggal
tiga biji, nanti
makin berkurang lagi
telur ayam untuk
emak.
“Hey! Jangan
kata yang awak
ni, Aizat?!” aku
dah hampir terpekik.
Tiba-tiba teringat pada
namanya yang sering
‘diseru’ oleh emak.
Dan dia ada
sebut aku mungkin
sepupunya. Kalau betullah
dia sepupuku yang
satu itu, memang
patut aku jauhkan
diri daripada dia!
“Tahu pulak
kau nama aku.”
dia bercangkung di
atas tangga rumah
aku dengan riak
selamba tak bersalahnya.
Aku mencebir. Kerek
sangatlah dia ni.
Sah! Dia sepupu
aku yang mak
sibuk bercerita baru-baru
ni! Aduhai malangnya
nasib aku bersepupukan
samurai macam dia...
“Siapa yang tak tahu?
Kecoh satu kampunglah
yang awak masuk
sekolah budak jahat.
Entah-entah dah besar
terjebak dengan gangster,
pecah rumah... muka
dah ada gaya.
Badan pulak kurus
macam mat pek(penagih).” ayat
di belakang, aku
perlahankan tapi nampak
riaknya, aku tahu
dia dengar.
“Aku lempang
kau ni kang,
terpusing kepala!” dia
menjegilkan matanya dan
mengangkat tangannya acah-acah
hendak menamparku. Eleh,
jauh lagi jarak
kami, ingat aku
takut agaknya nak
makan pelempang kurus
dia tu?
“Kuat sangatlah
melempang sampai terpusing
kepala! Awak nak
apa balik sini?
Dah berbelas tahun
tak balik sini.
Tup-tup dah besar,
jadi samurai, sibuk
nak meninja kat
sini.” aku membebel.
Aku mencampakkan selipar
yang masih tersarung
pada kaki ke
tanah lantas aku
naik ke rumah
dengan susah payah
kerana terpaksa menggendong
gitar dia yang
berat amat ini.
“Aku tetamu
kau.Banyak bunyi pulak
kau. Mak kau
okey je bila
aku cakap nak
balik sini.” dia
menjawab selamba sambil
duduk di tangga
rumahku. Dia menanggalkan
kasut dan stokingnya.
Lalu dia mencampak
stokingnya ituke badanku.
Kurang ajar betul
mamat ni.
“Hey! Stoking dah
la bertukar warna.
Bau pulak ya
Rabbi! Ada hati
nak campak kat
saya.Apa masalah awak
ni sebenarnya? Weng?”
aku memarahinya.
Geli sungguh
aku dengan stokingnya.
Busuk! Dia buat
aku mendidih dari
tadi. Aku tak
ada salah ini
pun dijerkah sesuka hati.
Angin datang bulan,
tak sangka menyerang
pada lelaki macam
dia. Yalah. Mungkin
sebab dia berambut
panjang. Bulan tu
datang kat dia
sebab ingat dia
perempuan... hmm. Boleh
jadi tanggapanku itu...
“Mujur aku
tak campak kat
muka selebet kau!”
dia meregang-regangkan ototnya
selamba. Aku tak
sangka, sepupuku ini
perangai macam syaitonirajin! Mujurlah
anak yatim piatu.
Kalau tidak, memang
aku sumbat stoking
dia ke dalam
mulut biar dia
rasa. Selebet, dia kutuk aku?
“Saya ni
dahlah perempuan. Awak
ambillah balik gitar
awak ni. Berat
tahu tak? Sakit
bahu ni.” aku
mengendurkan suara. Penat
menggendong gitarnya masih
terasa. Malas nak
bergaduh. Tak ke mana
juga kalau aku
bergaduh dengan budak
bandar yang jahat
ni. Bakal suami
aku ke dia ni? Serius,
mak? Mak kata
dia baik?! Eh!
Tak nampak macam
baik pun. Sikit
pun tak. Mak
salah pusing cerita
ni...
“Kenapa dengan
perempuan? Kalau perempuan,
tak boleh nak angkat
barang? Macam tu?”
soalnya sinis. Aku
mencemik geram. Dia
ni... dahlah perangai
macam tutt... tak
hormat perempuan pula...
argh!
“Mana mak
kau?” dia berdiri
dan menggeliat. Lama
sangat agaknya dia
naik bas. Tak
pun naik bas
loncat-loncat. Mahunya tak
penat? Kenapa bas
tu tak terus
loncat sampai ke Golok sana?
Biar terus dia
ke sana. Menyampah
aku nak tatap
muka dia kat
sini.
cerita ni sumpah best gila! tak tipu! semoga berjaya selalu dalam dunia tulisan :) kan best kalau samurai ni betul betul wujud >_<
ReplyDelete