BAB
7
SEPERTI yang
dijanjikan oleh Aiman,
mereka keluar pada
malam itu ke
kedai makan di
B5. Ramai juga
orang di situ.
Mereka memilih gerai
di hujung sekali.
Aiman selalu melepak
di situ. Zara
menurut sahaja. Hmm.
Entah apalah khabar
berita Irsyad dan Shila
sekarang ini ya? Tentu mereka
berdua sedang berbahagia.
Makan bersuap. Cemburu
betul!!
“Zara nak
makan apa?” soal
Aiman apabila pelayan
kedai makan itu
menghampiri mereka untuk
mengambil pesanan. Zara
masih lagi terpinga-pinga. Aiman menanya makan apa tanpa
suara kepadanya. Oh!
Makan apa rupanya...
itulah... sibuk sangat
memikirkan Irsyad. Khayal
lagi!
Zara pula
berusaha memerah otaknya.
Dia nak makan
apa ya? Biasanya
dia hanya makan
di cafe atau
dewan makan yang
terdapat di kompleks
siswi sahaja. Tak
payah order, pelbagai jenis
lauk ada djual
di situ dan
dia hanya tinggal
pilih sahaja. Sekarang,
berbeza benar! Sukarnya
nak buat pilihan
untuk benda yang
tak ada kat
depan mata!
“Err... Nasi
goreng....” leretnya tak
sudah. Dia meminta
nasi goreng sebab
perutnya terasa lapar.
Tapi nasi goreng
apa yang sedap?
Nasi goreng belacan?
Dah lama tak
makan. Tapi, macam
tak nak makan
pulak hari ni.
Nasi goreng lada
hitam? Panas pulak
badan malam nanti.
Nasi goreng kampung?
Alaa. Dah jemu
pun. Nasi goreng cina?
Nasi goreng pattaya?
USA? Apa ni?!!!
“Ikan masin.”
Aiman akhirnya membantu
dia membuat pilihan
apabila perkataan ‘goreng’
itu dileret hampir
dua minit lamanya.
Zara mengangguk-anggukkan kepalanya.
Ya! Bedallah labu!
“Nasi goreng
ikan masin?” soal pelayan
wanita itu meminta
kepastian dan soalannya
dibalas dengan anggukan
Aiman. Zara mengeluh.
Apa keslah dengan
aku hari ni? Kenapa otak
tak pandai nak
berhenti memikirkan Irsyad?
Apa istimewanya lelaki
tu?
“Bagi
dua.” ujar Aiman
selepas itu. Si
pelayan mengangguk-angguk.
“Minum?” soal
si pelayan lagi.
Muka pelayan itu
sudah nampak kebosanan
melayan karenah Aiman
dan Zara. Ambil
pesanan untuk mereka
berdua pun macam
ambil pesanan untuk
dua belas orang.
Si gadis itu
nampak macam tak ready
langsung. Nanti fikirlah
siang-siang nak makan
apa. Kutuk si
pelayan di dalam
hati. Pelayan tersebut
terlalu sibuk untuk
terus berada di
meja yang sama
selama beberapa minit.
“Tea ‘O’
Ais dengan Carrot
Susu.” Aiman membuat
pilihan untuk adiknya. Nanti
dileretkan lagi. Macamlah
dia tak kenal
adiknya itu. Leret
bukan main panjang,
Tetapi akhirnya, menu
yang biasa dia
makan juga yang
akan dipesan.
Setelah pelayan
tersebut pergi, Aiman
memandang ke wajah
adiknya.
“Memang cadang
nak mintak pelayan
tu maki Zara
kat sini ke
apa?” sindir Aiman.
Dia pula yang
berasa geram dengan
Zara akibat lewat
meminta pesanan. Mujurlah
bergelar adik. Kalau
kawan, sudah lama
dia terbalikkan meja
itu.
“Alah. Biarlah.
Kita sebagai pelanggan
perlu membuat keputusan
yang bijak. Tak
boleh tergesa-gesa. Dan
dia sebagai seorang
pelayan, dia perlu
banyak bersabar. Kalau
tak pelanggan lari.”
si adik mula
berceloteh menegakkan ‘haknya’.
Aiman menggeleng-gelengkan kepalanya.
Serentak itu, dirunyai-runyaikan rambut
Zara. Ada sahaja
alasannya!
“NAK makan
apa ni, Shila?”
soal Irsyad menyeluk
poket seluar. Dia
memandang ke kiri
dan kanan. Amboi,
bukan main ramai
lagi orang di
KFC itu. Shila
pula dilihatnya sedari
tadi duduk tak
diam. Sekejap pandang
jam, sekejap dia
berSMS. Naik rimas
Irsyad melihatnya. Entah
berSMS dengan siapa
entah?!
“Apa
kata, Icat belanja
Shila makan dekat
B5 aje? Murah
dan lebih cepat sikit kut?
Tak payah beratur
panjang macam ni.”
Shila tiba-tiba buat
perangai. Irsyad mengeluh.
Cis! Kenapalah tak
cakap awal-awal? Kan
senang kalau dari
tadi gadis itu
memberikan cadangan itu
kepada dia? Bukannya
apa, mereka berdua
dah beratur panjang
menunggu giliran. Alih-alih,
bila dah hampir
sampai di kaunter,
Shila beri idea
tak bernasnya itu.
“Habis tu?
Rugi masa ajelah
kita beratur ni
tadi?” soal Irsyad
tidak berpuas hati...
lagi dua orang
sahaja yang mereka
perlu tunggu untuk
mendapat giliran.
“Ala, Icat
beli ajelah set dinner
plate, bungkus, then kita
pergi join Zara makan
kat B5.” ujar
Shila tidak lama
kemudian. Irsyad tersentak
apabila nama Zara
menyapa cuping telinganya.
Zara pun ada dekat
bandar? Dia buat apa?
Dekat B5? Shila
tahu dari mana? Oh, kalau
dia tahu, dari
awal lagi dia
ikut sahaja ke
mana Shila nak
pergi.
“Oh, tadi Shila berSMS
dengan Zara ke?”
soal Irsyad dengan
penuh minat.
Terpasak elok
kakinya ke bumi
apabila nama Zara
menjadi bualan. Bolehlah dia
menghadap Zara. Rindu
juga hendak mendengar
suara Zara. Sudah
lama dia tidak
menegur Zara semenjak
kejadian salam perkenalan
dari dia ditolak
dulu.
“Hmm. Shila
saja tanya dia
kat mana? Dia
dengan Aiman makan
kat B5. Shila
nak siasat hubungan
diorang yang sebenar!
Jealous hati Shila ni
menengok ramai yang
suka pada Zara.
Shila pulak kat
sini tak ada
yang nak pandang
pun. How sad.” luah
Shila jujur. Mendengar
sahaja nama Aiman,
terus semangat Irsyad
luntur.
Lah. Apa
pasallah Zara dengan
Aiman ni tak
boleh berpisah walau
sekejap? Langsung tak
ada chance untuk dia mengurat Zara.
Bodoh punya Aiman!
Menyibuk!! Hatinya menjerkah
geram.
“Shila, mamat
siber itukan dah
ada? Aiman dengan
Zara tu couple. Tak
payahlah kacau diorang.”
Irsyad berkata setenang
yang boleh. Ah!
Kalau ikutkan hati,
hendak sahaja dia
mengamuk. Tapi, untuk
apa? Untuk perasaan
yang tak berbalas
inikah? Wajarkah?
“Hmm. Mamat
siber tu, errr...
hehehehe. Shila takut
dia tu catfish aje.
Haaa, Si Zara
tak pernah komen
apa-apa pun pasal
hubungan diorang setiap
kali Shila ejek
diorang berdua. Dia
cakap BFF aje.”
Shila tidak berpuas
hati. Irsyad tersenyum
sinis. BFF sampai
rapat macam tu?
Orang gila pun
tak mahu percaya!
“Biarlah diorang!
Jangan nak menyibuk!”
Irsyad sudah meninggikan
suaranya. Tertekan bila
mengenangkan hubungan Aiman
dan Zara.
Shila terperanjat
apabila disergah begitu.
Amboi kau? Biar
betul? Apa pasal
garang sangat ni? Tak
memasal dia terkena
amukan Irsyad. Pelanggan
di KFC yang
terperanjat dengan suara
Irsyad yang tiba-tiba
meninggi itu memandang
mereka berdua. Malu
muka Shila jadinya!
“Ah, Icat
tak nak pergi
sudah. Biar Shila
aje yang pergi.”
Shila mula merajuk.
Geram pula dia
dengan sikap Irsyad.
Tiba-tiba jadi garang
macam tu, dah
kenapa?!
“HEY baby boo.”
tegur Shila lantas
menepuk bahu Zara
yang sedang khusyuk
makan itu Zara
tersentak. Eh? Shila
buat apa kat
sini? Takkanlah masih
tidak berputus asa
mahu mengajak dia
makan KFC kut? Tadi, waktu
berbalas SMS dengan
Shila, gadis itu
kata mereka ada
di KFC.
“Hey. You dah
siap makan kat
KFC ke?” soal
Zara terkejut. Amboi,
cepat betul! Aiman
di sebelah Zara
hanya menghadiahkan senyuman
menawan kepada Shila.
Comel!
“Join
kami?” pelawa Aiman.
“Eh eh?
Icat pun ada
jugak? Duduklah Cat.
Kita makan sekali!”
pelawa Aiman setelah
menyedari kewujudan Irsyad
di belakang Shila.
Tersejat sekejap
darah Zara mendengar
nama itu. Gulp!
Dah lama dia tak
ditegur Irsyad. Malah,
kalau bersua muka
pun, Irsyad buat
tak nampak sahaja.
Kadang-kadang terseksa juga
batin dia bila
tidak ditegur Irsyad!
Ah! Sudahlah, Zara!
Mungkin kemarahan Irsyad
masih bersisa dengan
layanan acuh tak
acuhnya dulu kut?
“Tak
ganggu
ke?” soal Irsyad
lantas mengerling ke
arah Zara yang
menyuap makanan semakin
lambat. Gadis itu
tertunduk-tunduk bagaikan tidak
rela dia menyertai
mereka. Nampak sangat
tak suka aku
ada kat sini.
Fikir Irsyad.
“Tak. Kami
baru nak makan
ni pun. Duduklah.”
ajak Aiman dengan
seikhlas hati.
Irsyad bersalaman
dengan Aiman. Dia
duduk bertentangan dengan
Zara yang duduk
bersebelahan dengan Aiman
itu. Shila pula,
dengan bungkusan KFCnya
mengambil duduk bertentangan
dengan Aiman iaitu
bersebelahan dengan Irsyad.
Pandangan Shila menakutkan
Zara. Silih berganti
Shila memandangnya dengan
Aiman. Macam tak
puas hati sangat.
Irsyad pun begitu
juga. Aduh! Sebu
perut!
Kenapa
pula
Aiman mengajak Irsyad
duduk sekali? Takkanlah
dia nak menghadap
muka Irsyad sampai
habis makanan? Perut
yang lapar sudah
tidak terasa lagi. Entah dia
boleh makan dengan
tenang atau tidak
bila diperhatikan begitu
oleh dua ekor makhluk
‘asing’ ini.
“Best
ke makan kat
sini? Macam bising
je? Crowded satu masalah
lagi.” Shila memberi
komen dengan muka
tak bersalahnya. Zara
memandang Aiman yang
ada ketika itu
sedang memandangnya juga.
Mereka tersenyum menghantar
isyarat, ‘biasalah, anak
orang kaya, kan?’
“Tadi Shila
jugak yang ajak
ke sini.” rungut
Irsyad geram apabila
mendengar komen Shila
itu. Banyak cekadak
betullah kalau berurusan
dengan orang perempuan
ni. Spontan dengan
itu lengannya dicubit
Shila.
‘His! Tolonglah
jangan beritahu tentang
perkara itu di
hadapan Zara dan
Aiman. Nampak sangat
aku nak menyiasat
mereka!’ hati Shila
memekik geram. Siaplah
kau balik nanti!
Zara yang
ternampak ‘adegan’ manja
itu hanya menjeling
ke langit. Sumpah
dia rasa mual!
Salahkah dia berasa
sakit hati dengan
Shila yang tak
berniat hendak menyakitkan
hatinya? Kenapa Shila
nak dera hati
dia di situ?!
Kalau ikutkan hati
yang membara, tentu
sahaja dilambung makanannya
itu ke arah
Irsyad dan Shila.
Tetapi, waraskah dia
kalau dia berbuat
begitu tanpa orang
lain tahu puncanya?
“Best
makan kat sini.
Murah pun murah.
Err, anyway, happy birthday, Shila.
Sorry lambat
wish. I
pun baru tahu
tadi.” Aiman bersuara.
Shila tersipu-sipu. Oh,
Aiman pun tahu
pasal birthday dia. Wahh
tentu Zara yang
cerita.
Tiba-tiba rasa
bangga apabila Aiman
tahu mengenai tarikh
hari jadinya. Aiman
kan... budak ‘suam-suam’
di kolejnya? Walaupun
tidak hot macam Irsyad,
sekurang-kurangnya adalah si
‘suam’ ini yang
tahu mengenai hari
jadinya.
“It’s
okay. Thanks.” ucap
Shila sambil tersenyum
manis. Irsyad mendengus
tidak senang. ‘Awek
seomel-comel manusia dah
ada kat tepi,
boleh lagi mengayat?
Tengoklah Zara, orang
yang kau cinta
tu menggatal depan
mata kau, boleh
kau buat buta?’
hatinya berdetak tak
puas hati... kasihan
Zara jatuh cinta
pada orang yang
salah!
Zara yang
mendengar dengusan Irsyad
itu mengerling lelaki
itu. ‘Apa pasal
tak puas hati
sangat? Abang aku
tegur gitu-gitu aje pun
awek kau! Wish birthday
aje pun. Tak
luak pun!’ hati
Zara menderam marah.
Suasana di
meja makan tu
jadi canggung apabila
Irsyad dan Zara
berbalas pandangan tak
puas hati sesama
mereka. Shila mengangkat
keningnya menyoal Aiman.
‘Kenapa dengan diorang
ni?’. Aiman mengangkat
bahu tanda tidak
tahu. Pelik juga
dia apabila Zara
menjeling Irsyad dengan
tajam dan Irsyad
pula membuat muka
serius. Mata Irsyad
masih tidak lari
dari merenung Zara.
Zara pun sama.
“Erkh, hahaha!
Jom makan KFC. Yummy,
yummy!” Shila cuba
menceriakan suasana itu
namun tak berjaya.
Panahan mata mereka...
tak terganggu sedikit
pun dengan suara
Shila. Mereka masih
merenung tanpa suara.
“Jom! Yeehaa!” Aiman
bersuara pula. Keadaan
masih sama. Krik
krik krik...
Shila tersenyum
salah kena memandang
Aiman.
“Okay...
this is, awkward...” Shila
menyanyi tang ‘awkward’ itu.
Aiman tersengih mendengar
nyanyian sumbang Shila.
Apa kena dengan
budak dua orang
ni sebenarnya? Itu
dia tak tahu...
nanti dia akan
siasat! Kenapa Zara
selalu mengelak dari
bertemu Irsyad?
Bila dah
berjumpa, kenapa mereka
menjadi sedingin ini?
0 komen:
Post a Comment