Bab 5
“WHAT
the hell was
that?” soalku
sebaik sahaja ternampak
sebuah mesin kecil
yang bergerak-gerak. Ternganga
aku dengan kewujudan
benda alah itu.
Aku turun dari
tangga laju menuju
ke arah Andy
yang sedang menonton
televisyen.
Dia hanya
memakai boxer tanpa baju!
Mana pergi baju
dia? Mengancam. Seksi
sungguh! Terbelalak mata
aku melihatnya. Wow! Badannya
segak sasa. Tegap.
Nampak otot-otot yang
terbentuk cantik. Jari
telunjuk aku gigit
spontan. Gaya perempuan
gedik. Mianglah kau
Emma! Dengan gay pun berkenan
ke? Aku kutuk
diri aku sendiri.
Keletuk! Bagaikan tersedar
dari mimpi bila
perkataan ‘gay’ itu melantun-lantun di
dalam otak.
“Vacuum!
Jangan cakap yang you
tak pernah tengok
sebelum ni?” ujar Andy
seakan tidak percaya.
Dia menutup televisyen
yang ditontonnya tadi
dan terus mengalihkan
tumpuannya pada aku.
“Seriously
and honestly, no!
This is
the first time I tengok
benda alah ni.”
jawabku jujur. Buat
apa aku nak
tipu? Bukan dapat
faedah pun!Hampir berterabur
gigiku bila melihat
kewujudan alat canggih
seperti itu. Aku
duduk bercangkung di
hadapan mesin yang
sedang sibuk menyedut
habuk secara automatik
itu. Kalau semalam
aku berjanji tidak
akan jakun lagi,
hari ini, aku
tarik balik janji
aku. Memang aku
tengah jakun sesangat.
“Okey! Come here,
I ajar you guna
benda ni.” Andy
menutup suis vacuum itu
lantas diambil dan
dibawa alat sebesar
dua tapak tangan
besarnya itu ke
riba. Aku tercengang-cengang melihatnya.
Ah! Kukira perangai
jakun aku ini
berada di paras
bahaya.
“Mula-mula, you tengok
tahap bateri dia.
Ada banyak mana,
ini, full atau tak?”
soal Andy sambil
menunjuk ke arah
skrin di atas vacuum
canggih itu. Aku
mengangguk-angguk sambil tercengang
lagi.
“Full!”
jawabku sepatah. Aku
leka memerhati alat
comel itu. Seronoknya
jadi orang kaya
macam Andy. Dengan
mudah sahaja dia
boleh dapat barang-barang
ni.
“Kay,
good! Kalau tak full,
you boleh
cas, sampai full. Lapan
jam lepas tu,
baru boleh guna.”
ujarnya. Dia membalik-balikkan mesin
itu.
“Cas?” soalku
pelik.
“Yup. Kat
sini tempat you nak
cucuh.” dia menunjukkan
satu tempat pencucuh
untuk mengecas alat
itu. Aku terangguk-angguk lagi
bagaikan burung belatuk.
Memang tak percaya,
benda-benda terlampau canggih
ini ada dalam
tahun 2013 di Malaysia!
“Oh! I see.”
jawabku yang masih
lagi terpegun dengan
alat itu. Aku
menekan suis pada vacuum
itu. Ia bergetar!
Aku terkejut! Aku
letak vacuum tersebut atas
permaidani mewah milik
Andy yang aku
pijak, dan benda
alah itu bergerak
menyedut habuknya. Wow!
“I’m
impressed!” ujarku. Andy
tersenyum menahan gelak.
“Takkanlah you tak
pernah tengok dalam
tv?” soalnya tidak
percaya.
“Nope.”
aku berkata jujur.
Aku bukanlah insan
yang gemar menonton
tv! Aku suka
tengok wayang terus.
Lagi best. Tapi,
sekarang dah jarang
sangat aku pergi
ke panggung wayang.
“Hmm, Sweet Spy?
Tak pernah tengok
cerita tu?” soal
Andy pelik. Terangkat
keningnya sebelah. Seksi.
“Nope!”
jawabku lagi yang
masih tekun memerhati
alat canggih itu
bergerak ke kiri
dan ke kanan.
“Oh, I
sampai ke negara
Jepun mencari alat
tu habis saja
I tengok cerita
tu.” ujar Andy.
Kali ini aku
ternganga luas! Takkanlah?
Sebab benda ini
dia sanggup berhabis
duit? Sewaktu hidup
aku mewah dulu
pun, aku biasa
menghabiskan duit untuk
berbelanja pakaian trend-trend baru
yang berjenama sahaja.
Untuk benda-benda begini,
jangan haraplah! Tapi
apa nak hairan,
dia kan bujang?
Nak mengemas rumah
pun malas! Tentulah
dia perlukan ‘robot-robot’
begini untuk mengemas
rumah.
“Sweet
Spy tu cerita
Jepun? I ingatkan
cerita Inggeris. Tajuk
Inggeris!” ujarku tidak
lama kemudian. Tak
sangka betul aku.
“Nope.
Korean drama. Tapi
biasanya alat canggih
ni ada dekat
Jepun saja. That’s why
I went to
Japan.” Andy membalas.
Aku diam sajalah.
Lelaki menonton cerita
Korea? Drama pula
tu. Andy ni
makin banyak menunjukkan
ciri-ciri gay dia. Artis
lelaki Korea kan
kebanyakannya gay?
Itu berdasarkan artikel
yang aku pernah
bacalah. Muka pun
jambu-jambu je semua.
Euw! Aku rasa
nak meninggal sekejap
sebab tak percaya!
Andy layan K-Pop?
Baik layan Thai
Lakorn. Lagi best!
“Ruginya. Membazir.”
aku berkata selamba.
Andy tergelak. Jangan
tak tahu pula,
Andy ini seorang yang
sangat mudah ketawa.
Aku pun tak
tahu kenapa. Mungkin
penyakit keturunan kut?
“Tak membazir
pun. Ini untuk
kemudahan I juga.”
kata Andy. Dia
tersenyum-senyum. Demam ke
apa? Asyik tersenyum
memanjang. Barulah hari
ini aku lihat
mukanya yang baru
bangkit dari tidur.
Nampak sangat mengiurkan.
Sumpah aku tak
tipu. Comel. Mata
yang sedia sepet,
kini semakin sepet.
Dah macam Ah
Seng!
“Emm..” aku
tak tahu nak
cakap apa lagi.
Kejakunanku terserlah gila
hari ini.
“Hey, you tak tukar baju
ke?” soal Andy
sambil memandangku dari
atas hingga ke
bawah. Macamlah aku
ini pesalah yang
melarikan diri dari
penjara! Aku akui,
aku pakai baju
semalam saja.
“Tak. I
tinggal baju I
kat dalam kereta.
My
bad!” ujarku tidak
tahu hendak berkata
apa. Andy bangkit.
Tiba-tiba sahaja. Terperanjat
aku. Dia menarik
tanganku menaiki tangga
ke bilik tidurnya.
Aku mengikut saja
macam pak turut.
“You
can wear this.”
ujarnya sambil menyerahkan
kemeja putih yang
disangkut kemas dalam almari
bajunya kepadaku. Aku
menyambut. Wow. Cunlah bilik
dia. Nampak kemas.
Kalah bilik tidur
aku di rumah mummy.
Nampak eksklusif. Macam
hotel mewah pun
ada gaya juga. Kemudian dia
menghulurkan sehelai seluar
panjang. Kalau aku
pakai, gerenti sapu
lantai!
“Thanks.”
ucapku. Dia sudah
banyak membantu. Sampaikan
pakaian pun dia
boleh nak share
dengan aku. Aku
rasa terharu. Aku
berlalu ke ‘bilikku’
untuk menukar baju.
Besar juga. Tak
pakai seluar pun
tak mengapa. Tapi
kena pakai juga
walaupun Andy tidak
berselera pun dengan
perempuan. Itulah untungnya
serumah dengan gay boy!
Tak payah sesak-sesak
nak fikir takut
kena terkam! Aku
yang risau takut
terterkam dia saja.
Dahlah muka tu
kacak! Badan pula
seksi. Phew! Eh?
“You
nak makan apa, dear?”
soalnya ketika aku
duduk termangu melihatnya
bekerja di dapur.
Setiap pergerakannya buat
aku tak senang
duduk. Begitu lincah
dia di dapur.
Hati rasa berdebar.
Kenapa ni? Kenapa
jantung aku berdegup
tak normal macam
biasa ni?
“Up
to you.” aku
jawab begitu sahaja.
Aku suka melihat
susuk tubuh tegapnya
yang memakai apron
di dapur tanpa
baju! Ah seksinya
Ah Seng ni! Rupa tu
dah ada gaya
cina. Andy ini
terlalu baik padaku.
Aku perhatikan dia
yang sedang menghiris
bawang dengan laju
tanpa ragu-ragu. Sudah
nampak macam hot chef
pula. Hot half-naked chef.
Sedut air liur
tu, Emma! GULP!
“I nak
buat burger! Memandangkan
hanya barang untuk
buat burger saja
yang ada dalam
peti I.” ujar
Andy sambil tersengih.
Aku ikut tersengih.
Tapi aku buat
muka selepas itu.
“Lain kali
tak payah tanya
nak makan apa
sekiranya tak ada
pilihan makanan!” aku
menyindirnya. Dan seperti
biasa, dia tergelak.
Manisnya!
“Sorry.”
ucapnya. Aku tersenyum.
“Malam ni
I tak balik
ke rumah. I
tidur rumah Mason,
so, you nak
I belikan you apa-apa
dulu sebelum I
pergi?” soal Andy.
Dia menyebut nama
Mason dengan senyuman.
Tiba-tiba hati aku
rasa macam ditoreh
bila nama Mason
disebut.
Mason dan
Andy memang tidak
pernah berenggang dari
dulu lagi. Aku
mengeluh. Sayangnyalah. Muka,
dua-duanya handsome! Mason anak
kacukan Belanda sebenarnya.
Kacak sangat! Lebih
kacak daripada Andy.
Andy kacak muka
Melayu Cina, Mason
kacak sebab kacukannya.
Tapi aku suka
tengok muka Andy.
Muka manja dan
nakal! Penuh dengan
misteri nusantaranya.
“Hey?” sergahannya
membuatkan aku terkelip-kelip. Terperanjat
mak! Aku tersengih-sengih dan
mengurut dadaku yang
ketara sudah berdebar-debar akibat
sergahannya tadi.
“Oh, you belilah
barang dapur. Senang
I nak masak.”
aku memberi cadangan.
Aku pakai cakap
saja. Barulah terfikir
akan sesuatu.
“You
pandai memasak ke?”
soalnya sehingga terjungkit
kening. Curiga saja
lagaknya. Aku terdiam
seketika. Mencari jawapan.
Inilah yang menjadi
ketakutanku. Soalan cepumas
ni!
“Err. Mestilah!
I pandai masak!”
ujarku tidak lama kemudian.
Berbohong! Liar!
“Are you sure?”
dia bertanya curiga.
Aku gelabah macam
nak mati.
“Yeap.
Sure!” aku jawab
separuh yakin. Aku
takut dapur dia
meletup! Aku bukannya
terror sangat
memasak ni. Ella
memang terror bab-bab memasak
tapi aku ni,
Emma! Emma mana
pandai memasak! Emma
hanya tahu buat
kek!
“Youdon’t
sound sure!” dia
berkata nakal. Senyuman
mula diukir. Aku
gigit bibir. Malu.
Aduh takkanlah dia
dapat baca apa
yang ada dalam
hatiku ini? Dapat
juga dia baca
kegelisahan hatiku. Cis!
“I
don’t know how
to cook.” akhirnya
aku mengaku juga.
Andy sudah tergelak
sehingga terbabas suaranya.
Bergema-gema ruang dapur
itu dengan suara
garaunya. Cis. Tak cover langsung.
Sakit hati aku
dengan reaksinya setelah
mengetahui bahawa aku
tidak pandai memasak.
“It’s
okay honey. I
boleh masakkan you makanan
untuk malam ni.”
ujarnya sambil tersenyum
segak. Aku menarik
nafas lega. Ingatkan
dia hendak mengejek
aku tadi. Mujurlah
aku tak buka
langkah taekwando aku
tadi! Kalau tidak,
puas cari gigilah
Andy.
“Can you do
me a favour?”
aku mula meminta
tolong. Bab-bab meminta tolong
ini memang memalukan
aku. Yalah. Aku ni boleh
dikatakan orang yang
paling liat untuk
meminta tolong kecuali
pada masa-masa aku
terdesak sahaja. Sekarang
ini, memang aku
terdesak sangat.
“Sure.”
jawabnya yakin. Macamlah
dia dah tahu
aku nak minta
tolong apa darinya.
Yakin sahaja dia.
Kalau aku minta
tolong dia dapatkan
semula rumah aku
tu nanti, baru
dia tahu!
“Boleh tak you
tolong ambilkan baju-baju
I kat rumah
Jeff? Ada pada
Awin but Awin
said that, baju I still ada
dalam kereta I
kat rumah Jeff.”
aku berkata takut-takut.
Yalah. Aku ini
menyusahkan dia lagi.
Hurm.
“Ohsure!
Boleh. Lagipun I
nak ke rumah
Jeff dulu. Kenapa
you tanya
macam tu? You
can ask me
to do anything,
and I’ll
do it just
foryou!” romantis betul
bunyinya. Hampir juga
terbabas keluar dari
mulut air liurku
apabila mendengar ucapannya.
Terlupa sekejap aku
pada ‘fitrah’nya bila
aku dengar dia
berkata seperti itu..
“If you don’t
mind, because I
feel like, I
am demanding too
much!” aku sedar
yang aku hanya
menumpang. Tetapi, aku
risau juga. Yalah,
sudahlah hidup menumpang
di rumah orang,
lepas tu mengarah
dia buat itu
dan ini pula.
Minta tolong tak
kira waktu lagi.
Damn! Menyusahkan orang
betul. Terpaksalah. Aku
bukan boleh keluar
dari kawasan rumah
ini. Mesti Andy
rimas dengan aku.
Lantaklah! Aku takkan
lama-lama kat sini.
Itu yang pasti!
“Hey, you langsung
tak menyusahkan I, so
don’t you ever
feel that way.”
ujar Andy. Dia
menyudahkan burger yang
dibuatnya itu.
“Here
we go, double
meat with double
cheese. Salads and tomatoes.
With some
slices of cucumber
and onion, and
some sauce with
mayor. This is especially
foryou!” ujarnya seraya
meletakkan hidangan itu
ke atas pingganku.
Aku tertelan liur.
Nampak sedap sangat!
Haraplah juga rasanya
tidak menghampakan aku.
“Benda apa
ni?” aku menunjukkan
pada sos yang
berwarna hitam.
“Sos tiram?”
soalku lagi. Andy
tergelak sakan. Aku
rasa, aku tidak
boleh bercakaplah nanti,
setiap kali aku
buka mulut, dia gelakkan aku
macam nak putus
nyawa. Ada juga
orang macam ini.
Terlalu mudah ketawa.
Menakutkan!
“No,mia
amor! Itu dipanggil
blackpepper sauce!”
ujarnya sambil tersenyum
manis. Ah! Janganlah
senyum lebih-lebih pada
aku sebab hati
aku ni miang
kalah tuannya! Sekali
aku terkam kang,
naya kau. Bertukar
minat terus! Dari
minat Mason, berhijrah
jadi minat aku!
“You
tak sebut pun
tadi. Wow! Looks yummy!” pujiku.
Sengaja aku cover rasa
malu sebab sos
tiram dengan sos blackpepper pun
aku tak kenal.
Memalukan betul.
“Rasanya lagi yummy
dari appearance dia!” dia
berkata selamba. Cheh!
Memuji masakan sendiri
nampaknya. Aku menjelirkan
lidahku kepadanya. Meluat
dengan kata-katanya.
Baru lagi
beberapa suap kami
memasukkan burger itu
ke dalam mulut,
telefon pintarnya berbunyi.
Macam semalam. Gangguan!
Aku rasa nak
mengamuk! Tak boleh
ke sekali sahaja,
bagilah peluang untuk aku berangan
jadi bini dia?
Berangan aje pun!
Kalau betul-betul, sah-sah
tak dapat!Popular sungguh
Andy ni nampaknya.
Dalam hati aku,
bermacam-macam juga sumpah
seranah yang aku
lambakkan kepada si
pemanggil. Penyibuk! Baru aku nak
rasa mengada-ngada dengan
Andy.
“Hey Mason!”
sahutnya gembira. Ceria
bukan main lagi
wajah Andy. Aku
menghentikan kunyahanku buat
seketika dan kembali
mengunyah perlahan-lahan. Cuba
memasang telinga sebesar
gajah. Aku memerhati
sahaja tingkah Andy.
Kalau dapat bercakap
dengan Mason, tak
ingat dunia kau!
Sengihan sampai ke
telinga
“Oh,
yeah!” suara Andy
kedengaran agak miang!
Damn! Kau
orang ni... Tolonglah. Behave sikit,
kay? Takkanlah
nak cakap pasal
‘benda-benda’ itu kat
dalam telefon kut?
Depan aku pula
lagi. ‘Oh yeah’ bagai.
“Urm. This night
huh? Oh yeah!” huh? This
night? What? Ada ‘agenda’
apa-apakah? Eee. Geli
betul telinga aku
mendengar suara miang
Andy! Rasa nak
tampar muka sendiri
sampai pengsan! Gelinya
aku! Kenapalah aku
sanggup duduk dengan
Andy dekat rumah
ni? Dahlah rasa
berdosa tu aku
tanggung, rasa geli
pun lagilah aku
kena tanggung!
“Oh! No no no! There would
be no problem
at all!” masalah
apa ni? Aku
rasa terlalu ingin
tahu! Makanan yang
aku kunyah semakin
banyak walaupun belum
sempat kutelan lagi.
Aku dalam tekanan!
Aku tertekan dengan
sikap busybody aku sendiri.
“Okay,
ciao!” sebaik sahaja
perkataan ‘ciao’ itu disebutnya,
aku terus mengunyah
laju sehingga tergigit
lidah sendiri. Ouch!!!
Sakit lidah mak!!!
“Ouch!”
aku terjerit. Setelah
habis kutelan makananku,
aku menjelirkan lidah.
Damn! Berdarah! Memang
berdarah. Cis. Itulah,
sibuk sangat nak
tahu hal tepi
kain orang. Berdaulat
ke apa Andy
ni?
“Hey! You bite your tongue!
Why? Are you
okay?” aduhai si
Andy ni. siapa
anak kacukan Kanada
sekarang ni? Aku
atau dia? Selalu
sangat speaking dengan aku!
Andy menilik lidahku
yang terjelir tadi.
Terasa wajahnya begitu
hampir. Sangat hampir
sehingga deru nafasnya
menyapa pipiku lembut.
Nafas aku tersemput!!
G-O-S-H!! Dia sangat
hot!
“Why
are you blushing,
my dear?” soalnya
dengan suara menggoda
tapi, kulihat riaknya
bersahaja. Sumpah aku
tergoda. Cis! You ni gay
ke biseksual, Andy? Damn!
Lidah aku yang
berdarah itu dia
lap dengan ibu
jarinya. Erk? Tak
geli ke?
“No,
I’m not blushing!
Sakitlah.” aduku cuba
mengalih topik. Segan
gila!
“Hati-hatilah lain
kali. I tahulah
I masak tu
sedap sangat, but, your tongue
is not a
meat or salad.
So, please hati-hati
lain kali. Mujur
tak putus lidah
tu!” bebelnya yang
masih sempat mengangkat
bakul sendiri itu.
Aku menampar bahunya.
Ya Allah. Memang
aku baru perasan,
perangai buruk Andy
ini, adalah bila
dia memuji dirinya
sendiri. Teruk sangat.
Sampai tak ingat
dunia dia membangga
diri.
“Perasan betul you
ni rupanya! Nak
muntahnya I!” aku
berkata selamba lantas
kucubit pipinya. Gosh! Malunya.
Sudahlah lidah aku
sakit. Lidah aku
ambil MC hari
ni. Nak bercakap
sikit pun rasa
sakit.
“Well,
you know me!”
katanya megah dan
kemudian dia ketawa
kecil.
“Yes.
I knowyou! I really
know who you
are!” aku berkata
dengan maksud yang
mendalam. Andy berkerut
sedikit.
“Why
are you keep
saying that? You really
know me, huh?”
soalnya pula. Aku
terkemap. Belum pernah
aku terfikir pada
jawapan buat soalan
Andy ni. Macam
mana nak jawab?
“Yes!
You are a
good guy!” aku
cuba membodeknya. Mujurlah
aku tidak menyebut
‘you are
a good gay!’..
Kalau tak, nahas
aku! Dia tersenyum
macam biasa. Manis
dan segak. Ouch! Tak
tidur malamlah aku
dibuat gay boy ni!
“Pandai membodek!”
dia menjelingku. Aku
tersenyum.
“Andy...” panggilku
setelah kami masing-masing
menyepi. Dia angkat
kening.
“I rasa
bersalahlah duduk berdua
dengan you...” aku bersuara.
Mesti dia akan
gelakkan aku bila
aku cakap yang
aku sebenarnya rasa
berdosa! Memang sebenarnya,
inilah kerja paling
gila yang pernah
aku buat selama
aku hidup. Lebih
gila dari masuk
kelab. Bersekedudukan? Gila!
Kalau tahu dek daddy
ni, memang daddy tak
nak pandang muka
aku langsung nanti.
“Why?”
soalnya.
“I rasa...
hmm. Tak selesa.”
jawabku tergagap-gagap.
“Sebab?” soalnya.
“Kita bersekedudukan. I mean,
kita berdua. SAHAJA.
You sedar
tak ni? Boleh yourelax
je?” soalku geram.
dia ketap bibir.
Kemudian, bibirnya mengukir
senyuman tipis. Dia
tersenyum aje? Azam
aku, sebaik sahaja
melangkahkan kaki ke
sini, aku takkan
sesekali balik semula
ke perangai buruk
aku! Bimbang jika
terlanjur atau apa.
Aku akan berhenti
minum untuk memastikan
aku selamat di
sini.
“You
risau eh, Emma?
Okey. Jangan risau
lagi. I bukan
selalu ada kat
rumah pun. Lagipun,
besok bibik I
datang. I baru hire
dia memandangkan you duduk
kat sini. I
tahu you takkan selesa
berdua dengan I.
Mungkin kemunculan bibik
tu setiap hari
akan buat you rasa
selesa sikit walaupun
dia bukan kat
sini sampai malam.
I nak ingatkan
you... dia
tak memasak! Dia
hanya mengemas. Dan,
seeloknya, tak payah
berbual dengan dia
sebab dia tak
pandai berbahasa Melayu.
So, lepas
ni you tak perlu
takutkan apa-apa. I
takkan apa-apakan you. Okey
macam tu?” jawab
Andy selamba.
Eleh! Macamlah
dia boleh apa-apakan
aku! Aku cuma
tak selesa. Tak
selesa sentiasa berdua
dengan dia. Sejahil-jahil
aku, aku tahu
juga batas pergaulan
aku dengan lelaki
bagaimana.
“You
hire dia kat
mana? Macam mana you
kenal dia?” soalku
pelik. Andy tergelak.
“You
ni Emma! You fikir
I hire dia dari
mana? Tentulah dari
agensi pembantu rumah.
Kalau dia buat
salah, I akan
tukar bibik lain.”
dia menjawab geram.
“Kenapa dia
tak masak?” sedih
sikit hatiku. Macam
mana aku nak
makan? Andy dah
terang-terang kata yang
dia jarang duduk
di rumah. So,
siapa nak masakkan
untuk aku? Huargh!
“You
nak ke makan
katak goreng kicap?”
dengar saja cukup
buat aku rasa
loya. Uwerk! Aku jelirkan
lidah. Andy tergelak
bersungguh-sungguh melihat sahaja
reaksiku. Heee. Jijiknya.
“Dia bukan
muslim.” Andy berkata
setelah tawanya reda.
“Kenapa tak hire
yang muslim?” soalku
lagi.
“You
nak kena tangkap
dengan pejabat agama
ke kalau bibik
muslim mengadu yang
kita bukan suami
isteri? Duduk serumah
pula lagi. Memanglah
kita tak buat
apa-apa tapi, kena
fikir juga. Risikonya
nanti. You tentu-tentu tak
nak kahwin dengan
I.” Andy mencantas.
Aku terdiam. Kalau
dia bukan gay, memang
aku nak sangat
berkahwin dengan dia.
Dia sahaja yang
tak tahu!
Walaupun dia gay,
perasaanku semakin hari
semakin tak menentu.
Aku rasa berdosa!
Lebih berdosa dari
dosa-dosa yang aku
pernah buat selama
ini. Entahlah! Serumah
dengan lelaki yang
bukan siapa-siapa denganku
membuatkan aku rasa
tak sedap hati.
Ya, aku tahu
aku teruk. Tapi...
serumah dengan Andy?
Aku haraplah semua
ini bakal berakhir
dengan cepat.
Unexpected issues in Bitcoin transaction in Binance
ReplyDeleteDo you want to erase the unexpected issues occurs in Bitcoin transaction in Binance? Clutch them out of the box solutions and remedies from the tandem of professionals who are always there to help you at every move. Dial Binance support number which is the easiest way to carry your worries to the professionals who are certified and have skill in solving the problems in the least possible time.
More Details:- https://www.cryptophonesupport.com/exchange/binance/
Great and I have a neat proposal: Who To Contact For House Renovation luxury home renovations
ReplyDelete