Bab 7
HARI
ini aku berasa
sungguh malas untuk
bangkit dari tidurku.
Jam baru menunjukkan
pukul sepuluh pagi.
Tapi, perut sudah
lapar berkeroncong bagai
nak gila membuatkan
aku terpaksa bangkit
juga! Ikutkan hati
aku yang tak
berapa nak bersih
ni, hendak saja
aku menelefon Andy
supaya pulang dari
bertemu Mason untuk
masakkan aku sesuatu
buat sarapan pagiku.
Inilah payahnya bila
hidup asyik berbeli
makanan saja. Memasak
untuk diri sendiri
pun aku tak pandai!
Aku menuju
ke kamar mandi
dengan langkah gontai.
Usai membersihkan diri,
barulah aku perasan
akan sesuatu. Aku
sudah tidak punya
baju lagi untuk
dipakai pada hari
ini. Baju kemeja
Andy semalam sudah
basah lencun terkena
air dalam tab
mandi tadi! Aku
dengan selambanya masuk
ke bilik Andy. Harap dia
tak marah. Harap
dia mengamuk!
Aku capai
kemejanya dari dalam
almari dan terus
keluar dari biliknya.
Walaupun mata aku
ni ternoda dengan
pelbagai jenis barang
yang simpan Andy,
aku cuba buat
tak tahu saja.
Aku ada ternampak
sebuah album besar
di dalam almarinya
sewaktu mengambil kemejanya
tadi. Hajat hati
hendak membukanya, tetapi
takut pula nanti
aku dituduh pecah amanahlah,
apalah! Akhirnya aku
buat tak nampak
sahaja. Lalala. Tak
nampak! Tak nampak!
Tangan pula, usah
katalah menggeletar! Menggeletar
hendak membelek.
Terus aku
tinggal bodoh saja
benda itu walaupun
hati ini meronta-ronta
ingin tahu isinya.
Gambar Andy dengan
Masonkah? Atau mungkin
dengan ibu bapanya?
Aku juga terlihat katilnya yang
tersusun kemas. Cantik.
Dia memang seorang
yang kemas. Sangat
kemas!Hajat di hati
aku, hendak berbaring
di atas katil
Andy selama sepuluh
minit. Tapi takut,
dari sepuluh minit,
jadi berpuluh-puluh minit
pula nanti.
Macamlah aku
tak kenal siapa aku!
Hanya aku yang
mengenali diri aku
sendiri lebih dari
orang lain. Macam-macam
yang aku nampak
kat bilik Andy
tadi termasuklah kerusi
urut automatik. Semuanya
kemas tersusun membuatkan
aku jadi malu
kerana selama menjadi
perempuan, aku tidaklah
sekemas itu. Aku
agak, Andy ini
merupakan seorang yang
agak berdisiplin.
Aku terus
saja ke dapur
setelah usai membuat
penilaian tentang bilik
Andy. Kemeja Andy
aku pakai sarung
sahaja. Tidak berniat
hendak membutangkannya pun.
Bukannya ada orang!
Andy pun tak
balik lagi. Kalau
Andy balik, pandai-pandailah aku
pusing ke arah
lain dan butangkan
cepat-cepat.
Aku berfikir-fikir untuk
memasak apa? Aku
ni bukannya pandai
memasak. Setakat masak
nasi tu bolehlah.
Kalau nak buat
gulai ke goreng-goreng ke,
memang taklah! Nak
goreng ikan pun
aku siap lari
sebatu! Peti Andy
yang besar gila
itu aku buka.
Banyak sungguh bahan
masakan yang dibeli
Andy. Dia beli
barang dapur petang
semalam. Andy, orang
kaya yang lebih
suka makan di
rumah dengan hasil
masakan sendiri.
Aku nampak
mentega dan kaya.
Puas aku buka
satu persatu kabinet
di dinding, akhirnya
jumpa juga roti!
Aku cari toaster pula
untuk menyediakan roti
bakar. Dapur Andy
ini besar jugalah!
Jenuh aku merayau-rayau
mencari toaster. Rupa-rupanya di
tepi periuk elektrik
saja! Hendak ketawa
rasanya apabila melihat
dapur Andy yang
cantik tersusun berubah
bersepah disebabkan aku! Gosh!!
Emma, what
have you done
to Andy’s kitchen?
Aku tak
ada mood hendak mengemas
semula tapi aku
mesti buat! Kalau
tidak, Andy halau
aku nanti, macam
mana? Di mana
hendakku merantau lagi?
Jadi, aku bakar
roti. Sementara menanti
roti itu garing, aku
kemaslah dulu apa
yang patut!
Tiba-tiba aku
terdengar bunyi pintu
rumah Andy ini
dibuka. Aku pun
apa lagi? Segera
membutangkan baju aku
dan menyorok di
dalam kabinet yang
tak berapa besar
itu. Risau jika
bukan Andy yang
pulang ke rumah.
Nahas aku.
“Emma! Dah
bangun ke?” suara
Andy memanggil aku!
Okey, now, aku boleh
keluar! Lama juga
aku cuba keluar
tetapi... oh damn! Lekat
pulak kat kabinet
ni. Macam mana
ni? Ouch! Sakit kepala
aku terhantuk dalam
kabinet ni. Tak
guna punya kabinet!
Dan aku mula
menyalahkan kabinet itu.
“Erk,
I’m here!” aku
akhirnya menyahut. Malu,
memanglah malu. Tapi,
siapa nak tolong
aku keluar dari
sini kalau bukan
Andy? Takkanlah selamanya
aku nak bermastautin
di dalam kabinet
sempit ini? Aku
benci kau kabinet!
Kau kabinet paling
bodoh pernah aku
tengok! Mulalah aku
sumpah seranah kabinet
Andy. Kalau nak
bergerak lebih, badan
mula jadi sakit. Terhad
sungguh ruang kabinet
ni!
“Hey,
what are you
doing down there?
How did you get
there?” soalnya prihatin.
Dia bercangkung di
hadapanku. Aku nampak,
dia pakai baju
lain daripada semalam.
Sempat lagi aku
bertanya.
“Baju baru
ke?” riaknya berubah
sedikit. Hmmph. Macamlah
aku tegur seluar
dalam dia! Muka
macam baru lepas
kena cium. Eh?
“Mason’s.” jawabnya
sepatah. Oh! Terlupa
pula dia bersama
siapa malam tadi.
Remuk hati bila
tengok orang kacak
macam ini bersama
dengan kaum sejenis!
Siap pakai baju
Mason lagi. ‘Sweetlah’ sangat!
Aku ni, pakai
baju dia. Terus
hilang ‘sweet’.
“Can you please
help me? Get me
out of this
sh**? I’m stuck!” aku
minta bantuannya walaupun
disertai dengan kutukkan
pada kabinetnya. Sudah
puas aku cuba
keluar dari situ.
Tak berjaya! Pinggangku
juga sudah mula
naik lenguh. Cis!
Kalau aku tahulah
kabinet ini kabinet
jantan, tak mahu
aku bersembunyi di
dalamnya! Sekarang kabinet
ini ‘peluk’ aku
dan tak mahu
lepaskan aku. Cis!
Gatal kau kabinet,bengong!
Dia tergelak
sakan sehingga kedudukannya
yang bercangkung tadi
berubah menjadi duduk
dan kemudian berubah
pula menjadi baring.
Aku rasa bagai
nak menangis sahaja
melihat keadaan dia
yang kritikal itu.
Melampau!
“Hey!” aku
sergah dia dengan
perasaan malu yang
teramat. Dia berhenti
gelak. Dia bangkit
dengan wajah yang
masih tersenyum-senyum dan
berusaha menarik aku
keluar dari kabinet
itu.
“Ouch!
Ouch! Ouch! My head!
Sakitlah!” aku menjerit
kesakitan.
“Sorry,
mia amor!!” ucapnya
lantas mengusap kepalaku.
“I ingatkan
bukan you yang balik
tadi. Itu sebabnya
I menyorok! This is
not a good
port anyway! Boleh
patah pinggang I
duduk di dalamnya.”
aku merungut setelah
keluar dari ‘kepompong’
aku. Andy tergelak
lagi sehingga berair
matanya.
“Sorry.”
luahnya sejurus sahaja
aku berdiri tegak
bercekak pinggang di
hadapannya dengan wajah
memberi amaran. Aku
membaiki rambutku yang
kusut masai setelah
puas ‘bermesra’ dengan
kabinet tadi. Dia
turut membantuku melakukan
hal yang sama.
Rambutku dibaiki dengan
lembut. Terharu sekejap
dengan tingkah lakunya
itu.
“Sorry,
I masuk bilik you
tanpa izin dan
ambil baju ni
tadi. I tak
ada baju nak
pakai. Baju you semalam,
dah basah. Kena
air. Jangan risau,
I tak tengok
apa-apa pun dalam
bilik you sebab lepas
I ambil aje
baju ni terus
I keluar.” aku
menerangkan dengan panjang
lebar supaya dia
tidak bersangka buruk
terhadapku. Andy tersenyum
saja.
“It’s
okay, kalau you nak
tengok apa-apa pun you
tengok ajelah. Jangan
terkejut sudah. By the
way, baju you ada
I buat balik.
Erm, kereta you, macam
mana ya?” soal
Andy bersama kening
yang terangkat sebelah.
Aku turut memikirkan
kereta kesayangan aku.
Kereta comel aku.
Pinky aku letak
namanya sempena warna body
dialah! Habis kereta
aku macam mana?
“Biarlah Awin
pakai dulu sementara
I tinggal dengan
you ni.” putusku
tidak lama kemudian.
Yalah, kereta itu
pada Awin, ada
baiknya Awin menjaga
keretaku itu dengan
sebaik mungkin.
“That’s
mean, Awin akan
pakai sampai bila-bilalah
kereta you!” kata-kata Andy
kali ini mengejutkan
aku sehingga aku
terasa semput sendiri.
No
way. Aku sayangkan
kereta aku itu
setengah mati. Bagilah
aku duit juta-juta
sekali pun, akan
aku ambil wang
jutaan ringgit bersama
dengan kereta kesayanganku
itu. He he he.
“Eh kenapa
pulak?” aku bertanya
pelik.
“I
want you to
stay here, be with
me forever!” jawab
Andy entahkan serius
entahkan tidak. Aku
tertelan liur. Baru
lagi hendak bertanya
sama ada Andy
demam atau tersalah
kunyah ubatkah, tiba-tiba
hidungku tertangkap bau
hangit! Masya-Allah! Roti
bakar aku! Entah
apa ceritanya pun
aku tak tahu.
“Roti bakar!
Dah hangit.... gosh!!” aku
terjerit-jerit dan terlompat
kecil. Segera aku
matikan suis. Andy
tergelak tengok reaksi
cuak aku.
“You
gelabah sangat ni
kenapa? You ni, tengoklah,
mana ada orang
pakai suhu paling
tinggi nak buat
roti bakar!” bebel
Andy lantas dipusingkan
suhu pada toaster
itu kepada suhu
yang sepatutnya aku
guna. Roti yang
sudah hangit itu
dicampak ke tong
sampah. Hitam! Siapa
nak makan? Aku
tersipu-sipu malu. Alahai.
Nak buat roti
bakar pun fail!
Inikan pulak nak
memasak makanan lain.
“Sorry.”
aku ucapkan itu
saja.
Perut aku
sudah mula berkeroncong
kuat. Berbunyi-bunyi minta
diisi. Perut aku
ini memanglah. Suka
sangat memalukan aku
depan orang. Andy
terdengar bunyi perut
aku dan dia
tergelak bagaikan orang nak
mati. Geram sungguh
aku.
“You
lapar eh? Kesiannya.
Meh. I sediakan
makanan untuk you. I
akan buat makaroni
dengan sos mushroom Prego
untuk you.” ujarnya lantas
menarik apron putih
yang tersidai di
penyangkut apron dengan
penuh gaya. Dia
mengibas apron itu
dengan bergaya dan
menyarungkannya ke tubuh
tegapnya. Solid! Aku memandangnya
dengan penuh minat.
Baru lagi
dua hari aku
duduk di rumahnya,
bermacam-macam jenis sos
aku kenal! Aku tahu sos
Prego dan aku
tahu sos tiram
dan sos lada
hitam. Entah-entah selepas
ini, sos caca
marba pun ada
tak?Baru lagi dua
hari aku tinggal
di rumahnya, aku
sudah rasa berdosa
sungguh! Bukan hanya
kerana rasa berdosa
sebab tinggal dengan
orang bukan muhrim
dan mahram tetapi,
aku rasa lebih
berdosa sebab terlalu
banyak menyusahkan dia.
Hari ketiga,
aku rasa nak blah
sajalah dari sini!
Kesian kat dia.
Dah macam orang
gaji aku pula
aku tengok. Tak
sanggup aku nak
menyusahkan dia sampai
macam ini. Tengoklah
sekarang, sebiji macam maid
aku. Pakai apron
dan memasak untuk
aku macamlah aku
ini tuan Puteri.
Padahal aku hanya
menumpang di rumahnya
tanpa bayaran. Humph.
“You
termenung? Why?” soal Andy
prihatin.
Aku pandang
wajahnya. Kacak, tenang
dan sentiasa menghadiahkan
aku senyuman paling
manis semanis gula!
Mudahnya dia tersenyum.
Susah nak tengok
dia serius. Aku
rasa, kalau dia
serius, lebih teruk
daripada orang lain
serius. Biasanya begitulah
sikap orang yang
ceria sepertinya.
“I rasa,
lepas ni, I
nak keluar dari
rumah you.” aku nyatakan
hasrat hati. Rasa
tak sanggup nak
biarkan dia dihambaabdikan oleh
aku sendiri. Kejam
sangat aku rasa.
Ya, aku memang
kejam. Kenapalah aku
tidak belajar memasak
sahaja sebelum ini?
Sekurang-kurangnya, aku tak
perlulah rasa bersalah
apabila tinggal dengannya.
“Why?”
sedih sahaja bunyinya.
Aku pandang ke
dalam anak matanya.
Mata yang mengharapkan
jawapan dariku. Ouch!
Mata dia...
“I rasa,
ini semua dah, too
much! Too much that
I’ve burdened you.”
aku akui perkara
itu. Dia mengeluh.
Aku turut mengeluh.
Hampa. Hampa kerana
terlalu banyak menyusahkan dia.
“I ikhlas
lakukan semua ini
untuk you. I ikhlas
nak jaga you, Emma!
I ikhlas nak you
duduk sini!” dia
tekan perkataan ‘ikhlas’
yang diulang sebanyak
tiga kali itu.
Dia mengerutkan dahinya.
Alahai. Manisnya. Hampir
berlinang air mataku.
Memang dah berlinang
pun! Cengengnya aku
sekarang. Semenjak tiada
apa-apa ini, barulah
aku sedar yang
selama ini betapa
aku kuat membazir!
“But
now, you look like
my maid! You don’t
need to prepare
me a breakfast! I
bukan tetamu you tapi
I hanya menumpang.
I ni penumpang.”
aku membantah lagi.
Dia mengusap bahuku.
Lembut.
“No,
I yang nak
sediakan breakfast untuk you. Pada
I, you kawan I
yang I ajak
duduk kat sini tanpa caj. You
bukan penumpang, Emma. You
tetamu istimewa I. You
boleh masak sendiri
onceyou dah
pandai memasak, okey?”
soalnya cuba memujukku.
Aku angguk perlahan.
“Stay
here, be by
my side!” arahnya.
Kadang-kadang aku tak faham
dengan Andy ini.
Dia anggap aku
macam kawan ataupun
adik? Dia jaga
aku macam seorang
abang sayangkan adik!
Terharu sangat...
“I takut
dapur I meletup
disebabkan you, dan disebabkan
itulah I volunteer nak
memasak!” tuturnya lagi.
Oh! Patutlah! Sayang
rumah rupanya. Patutlah
tak benarkan aku
memasak. Cheh! Aku
baru nak layan
perasaan tadi. Baru
aje nak tangkap
leleh. Aku jelirkan
lidah aku kepada
dia, dia ketawa
saja.
Baru lagi
dia pulang, loceng
rumah berbunyi. Bibik
datang hendak membersihkan
rumah. Ini waktunya
dia mengemas rumah.
Bibik tersebut berpakaian
seragam berwarna biru.
Dari agensi mana
ni?
“Hai!” aku
menyapa ramah. Bibik
itu tersenyum dan
melambaikan tangannya. Aku
pandang Andy.
“Dia faham,
kan?” soalku.
“Tak. Dia
tak faham. I
dah cakap, kan?”
soal Andy.
“Tu dia
melambai pada I?
I hai kan
dia.” aku berkata
teruja.
“You cakap
hai kat mana-mana
orang pun orang
akan balas. Cuba
you berbual dengan
dia.” Andy memuncungkan
mulut ke arah
pembantu rumah itu.
“Awak bekerja
kat sini ya?”
aku menegur dengan
senyuman. Pembantu itu
hanya terkebil-kebil memandangku.
Aku pandang Andy.
Dia sudah tergelak.
“See?
I dah cakap.”
Andy berkata bangga.
Dia memberi
isyarat kepada pembantu
itu. Di mana
yang harus bibik
itu kemas dan
di mana bibik
itu tidak boleh
kemas. Tingkat atas,
Andy melarang keras
bibik itu untuk
ke sana. Melarang
dengan bahasa isyarat
dan muka garangnya.
Aku sudah nak
terkencing akibat menahan
gelak. Payah sungguh
hendak berkomunikasi dengan
orang yang tak
berapa faham bahasa
Inggeris dan langsung
tak faham bahasa
Melayu seperti bibik
ini.
Sambil memerhatikan
bibik mengemas rumah,
kami berdua bersarapan.
Sesudah bersarapan, aku
ambil keputusan untuk
berkaraoke sahaja. Andy
turut menyertai aku.
Oh! Akhirnya aku tahu juga
kelemahan Andy di
samping minatnya pada
kaum sejenis. Andy
memang tak berseni
langsung! Suaranya memang
ke laut dalam.
Tak timbul-timbul bagaikan
sudah mendap ke
dalam delta!
Bagai puting
beliung mengganggu keamanan dan
ketenteraman awam, bagai
guruh menggerunkan bumi
dan bagai kilat
yang menyambar-nyambar! Suaranya
boleh diumpamakan seteruk
itu. Memetir sahaja!
Sudahlah sumbang dan
lari pitchingnya tidak dapat
dikejar lagi, boleh
jadi maut aku
mendengarnya. Kalau diikutkan
hati jahat aku
ni, hendak saja
aku menutup telinga
aku dengan sesuatu
yang kedap udara.
Memang Andy ini
tak boleh dibawa
masuk bertanding langsung.
Sesiapa yang mendengar
suaranya, awas! Boleh
terkena kanser telinga.
Saat paling
sweet sekali
adalah apabila kami
menyanyi lagu duet.
Lagu Lucky dan
Dua Insan. Biarlah
suaranya teruk macam
tarzan panggil beruk
sekali pun, asalkan
aku ada partner untuk release tension.
Aku tidak kisah
lagi suaranya itu.
Unggas yang sedang
terbang bebas pun
boleh maut secara
tiba-tiba di awangan
jika mendengar suara
Andy itu. Bibik
yang sedang mengemas
itu juga sesekali
terkekeh-kekeh ketawa mendengar
suara sumbang Andy.
Aku menahan gelak
apabila melihat bibik
itu sedaya upaya
cuba beriak tenang
apabila Andy memandang
ke arahnya. Kelakar!
Aku tak
sangka Andy ini
bersahaja orangnya. Aku
ingatkan anak orang
kaya macam dia
hanya tahu duduk
goyang kaki dan
melepak di tempat-tempat
mewah saja. Rupa-rupanya,
dia suka menghabiskan
masa lapang dengan
menyanyi, menonton filem
dan memasak di
rumah! Wow! Aku
semakin teruja untuk
mengenali dia dengan
lebih rapat lagi.
Teruja mahu
kenal dia lebih
rapat atau teruja
nak mengubah minatnya
kembali kepada perempuan
ya, Emma? Ouch!
Tekaan yang itu
betul. Ini Emma
Raisha, kay? Aku akan
buat sampai Andy
bertukar minat! Chaiyok!
0 komen:
Post a Comment