BAB
12
“MELUR!! Apa
ni, dah nak
Maghrib tapi gelak
macam orang kena
sampuk ni?” tegur
mak dengan suara
yang meninggi.
Aku mengesat
air mata yang
berlinang akibat ketawa
yang melampau. Rasa-rasanya
sudah hampir satu
jam aku ketawa
begini. Setiap kali
aku berhenti ketawa,
pasti kata-kata Aizat
kembali berlegar di
fikiran sehingga menyebabkan
aku ketawa semula.
Pekerjaan dia kelakar
sangat pada pendapatku.
Bukanlah pekerjaan dia
yang kelakar sebenarnya,
tetapi perwatakan dia
dengan pekerjaan itu
langsung tak ada chemistry! Tapi
rambut dia, ada!
“Mak! Mak
tak tahu ke
cerita sensasi?” soalku.
Mak pasti akan
tergelak besar mengetahui
apa sebenarnya pekerjaan
Aizat di KL
sana.
“Cerita apa
pula ni?” mak
mula duduk di
sebelahku.
“Pasal Aizat...
dia tu kerja
kat salon waktu
kat KL dulu.
Kelakar kan mak? Patutlah rambut
dia beralun cantik!
Tapi kan, tak
kena langsung gaya
dia dengan kerja
tu. Hahaha!” aku
tergelak lagi. Bukan
setakat aku, mak
turut sama terbahak.
“Hahahahahahaha! Mana
kamu dapat berita
palsu tu?!” mak
menepuk lenganku. Mak
pun sudah berair
matanya akibat gelak
melampau.
“Palsu apanya?
Dah dia sendiri
bagitahu tadi.” Aku
tergelak lagi.
“Dia berguraulah
tu.” Mak sudah
berhenti ketawa. Air
mata disapunya bersama
sengihan dan gelengan
kepala.
“Lah... betul
ke?” soalku sedikit
terkejut.
“Betullah. Buat
apa mak nak
tipu?”
“Habis tu
dia kerja apa
kat sana?” soalku
semakin hairan. Jadi,
dia tipu aku
sajalah tadi? Kenapa
aku ditipu?!
“Tanyalah dia
sendiri. Mak malas
nak bagitahu. Yang
pasti bukan kerja
salon. Kamu dah
kena tipu.” Mak
ketawakan aku.
“Sebab tanyalah,
dia jawab macam
tu. Siapalah yang
mengajar dia bergurau
macam tu? Sakit
betul hati ni.
Kita punyalah gelak
sampai sesak nafas.
Sekali, kena tipu
rupa-rupanya.” Aku mendengus.
Aku tertipu rupa-rupanya.
Memang aku sental
mulut dia lepas
ni!
“Yang kamu
tu takkanlah boleh
percaya? Perwatakan macam
tu kerja salon?
Haih! Kamu ni
agak-agaklah.” Sekali lagi
lenganku ditampar mak.
Kemudian, mak kembali
ketawa. Mak ketawakan
kebodohanku. Aku boleh
nampak tu.
“Dah kerja
salon aje yang
nampak sesuai dengan
penampilan dia.” Aku
jawab pula. Yalah,
sesuailah dengan rambut
panjang dia.
“Sesuai dengan
penampilan, bukan perwatakan.”
Mak berkata pula.
Seperti bertegas. Aku
mencemik.
“KENAPA awak
tipu saya?” soalku
tidak berpuas hati.
Satu... dua... tiga...
tiada reaksi langsung
daripadanya. Dia terus
menonton tv. Mukanya,
macam biasalah. Tegang
saja.
“Aizat, kenapa
awak tipu saya
tentang pekerjaan awak
di KL?” soalku
lagi. Dia memandangku
sekilas sebelum kembali
menghadap tv. Riaknya
masih sama.
“Aizat... cakaplah
kenapa?” soalku lagi.
Mulalah rasa nak
menangis. Pertama kali
dalam hidupku, aku
berjumpa dengan lelaki
yang sentiasa buat
aku rasa nak
menangis macam si
Aizat ini. Tak
patut betul!
“Entah? Hobi.”
Jawabnya selamba.
“Aizat!
Bagitahulah saya
apa yang sebenarnya.”
Solat aku pun
menjadi tidak khusyuk
kerana asyik memikirkan
apa pekerjaan dia
di KL sana.
Dapatkah dia bekerja
senang kerana dia
itukan bekas pelajar
budak sekolah jahat?
Susahkah hidup dia
sepanjang dia bekerja
di KL sana?
Entah kenapa aku
terlalu prihatin tentang
dirinya, aku juga
tak tahu.
“Kau ni
sebenarnya manja, kau
tahu tak? Aku
akan bagitahu kau
nanti. Percayalah cakap
aku.” Jawabnya dengan
suara yang perlahan.
“Alah, semua
benda awak nak
bagitahu nanti. Nanti
tu bila?” soalku
tidak sabar lagi.
“One
fine day. Aku
dah pernah cakap
kan?” soal Aizat
semula.
“One
fine day tu
bila?!” aku mendesak
lagi. Aku dengar
dia mengeluh.
“Bila waktu
kau jadi bini
aku.” Jawabnya.
“Hmmm. Saya
rela tak tahu
langsung.” Aku bangkit
dan berlalu pergi
dari situ.
“ASSALAMMUALAIKUM!” satu
suara yang dah
lama aku tunggu!
Abang Long dah
balik! Ya, aku
pasti. Memang Along.
“Waalaikumsalam. Along!!!”
jeritku lantas berlari
turun tangga dan
menerpa abangku yang
berdiri tercegat di
tanah. Dia memelukku
dan badanku dipusing-pusingkannya. Terasa
macam Ashwariya Rai
yang dipusing-pusingkan dalam
hujan oleh Shah
Rukh Khan.
“Dah gemuk
Melur... hahaha.” Itu
ayat pertama dia
bila jumpa dengan
aku?! Mana ada
gemuk?! Tak sampai
lima puluh kilo
pun. Mungkin sebab
dulu aku hanya
seberat empat puluh
dua kilo agaknya.
“Mana orang
lain?” soal Along
yang mula terjengul-jengul itu.
Mencari kelibat orang
di rumah lagaknya.
“Abah kat
kebun. Mak dekat
rumah Mak Teh.
Abang Din dengan
Alang kerja. Aizat,
teman mak. Kat
rumah tak ada
orang. Mak dengan
Aizat balik kejap
lagi agaknya.” Kataku
dengan laju. Penyampai
maklumat yang berjaya
rupa-rupanya aku ni.
“Bagus ni...
kita buat pelan
kenakan diorang jom.” Ajak Along
dengan muka nakalnya.
Makin berisi abang
sulungku ini. Tentu
ada berita baik
dari KL.
“Pelan apa?
Kang mak marah!”
aku menolak. Yang
kena marahnya, aku.
Bukannya Along.
“Alah, sekali
seumur hidup aje
kena marah.” Along
berkata selamba. Eleh,
bolehlah dia cakap
macam tu. Bukannya
dia yang kena
marah setiap hari
macam aku.
“Itu Along.
Melur setiap hari
kena marah.” Aku
merungut.
“Alah, tak sporting
la Melur ni.”
Kutuk Along. Dia
mula buat muka.
Merajuklah tu bila
aku tak sekepala
dengan dia.
“Yela. Nak
kenakan macam mana?”
soalku. Mengalah. Biarlah.
Aku dah lali
kena marah setiap
hari. Nak buat
macam mana? Dah
Along suka benar
nak tengok aku
kena marah.
“Macam ni...
mula-mula selerakkan rumah
ni sikit... Melur
pi menyorok bila
Along suruh. Bila
diorang melaung, jangan
jawab. Senyap aje.
Lepas tu Along
keluar dari tempat
persembunyian Along,
buat-buat macam perompak...”
cadang Along. Lantas
telinganya aku piat
laju. Pedulilah jika
dia abang sulungku
atau siapa. Idea
dia memang nak
makan kasut sungguh.
“Along ni
cari penyakitlah. Kang
Aizat debik Along...”
aku merengus. Aku
juga tak mahu
didebik.
“Berbaloi kena
debik kalau dapat
tengok muka sesak
diorang bila Melur
hilang. Hahahaha! Mesti
kelakar nanti.” Along
sudah ketawa jahat.
“Heeee, rasa
bersalah pulaklah.” Aku masih
terasa
berat hati hendak
menurut rancangan khianat
Along ini. Bimbang
kalau dimarahi mak
dan abah. Tapi
bukannya selalu.
“Tak nak
tolong sudahlah. Macam
mana nak tahu
diorang sayangkan Melur
ke tak...” Along
memancingku. Ya... aku
nak tahu apa
perasaan Aizat bila
aku tiada. Mesti
dia buat tak
kisah aje.
“Hmmm. Yela.”
Akhirnya aku bersetuju
jugalah.
“On
ni?” soal Along
dengan kening terangkatnya.
“On. Tapi
Melur tak mau
kemas balik rumah
yang bersepah nanti,
okey?”
“Okey. Along
kemas.” Tak ada
apa-apa kut... risau
juga hati ni.
Bimbang jika Aizat
buat tak tahu
saja. Kenapa aku
sibuk sangat nak
tahu perasaan dia
entah?! Argh! Aku
tak suka kenangkan
dia. Dahlah jahat!
Kenapa si jahat
itu jugalah berada
dalam fikiran aku?
“YA
ALLAH.
Apa dah jadi
dengan rumah ni,
Melur?” suara emak
bertempik dapatku dengar
dengan sayup-sayup. Akhirnya
mereka balik juga.
Dah nak dekat
sejam aku duduk
menyorok di belakang
tong gas di
dapur. Haraplah Along
keluar cepat. Aku
sudah tidak tahan
mengantuk lagi. Malam
tadi aku tidur
lewat.
“Melur mana?”
sayup-sayup suara Aizat
menyoal. Oh, dia
bertanya tentang aku
pertama sekali dia
buka mulut. Terharu
sungguh...
“Melur?” semakin
perlahan suara itu
kedengaran. Mataku juga
semakin memberat. Along
ni mana? Cepatlah
muncul. Aku mahu
ke bilik dan
tidur di atas
katilku yang selesa
itu.
“Ada orang
rompak ke? Mak
De, mana Melur?”
suara Aizat semakin
cemas. Atau aku
sedang bermimpi? Mungkin
juga...
AKU
BANGUN
terpisat-pisat dari tidurku.
Aku tertidur di
atas kerusi di
ruang tamu? Aku
melihat sekeliling. Terkejut
juga aku melihat
kelibat Aizat yang
sedang duduk di
atas kerusi single, sedang
berpeluk tubuh. Mata
Aizat merenung dalam
ke wajahku. Wajahnya
tegang saja. Aku
bermimpi siang lagi
ke? Mana perginya
Along? Mana mak
dan abah aku?
“Mak abah
tak balik lagi?”
soalku sambil cuba
membetulkan suara yang
tenggelam timbul.
“Kalau dah
tahu tidur mati,
baik kau pergi
tidur dalam bilik!”
tiba-tiba dia memarahiku.
Terkejut aku. Lain
aku tanya, lain
yang dia jawab.
Jawab dengan nada
tidak elok pula
tu. Aku tanya
baik-baik, jawablah baik-baik
juga. Aku bangkit
dari kerusi.
“Saya mimpi
Along balik.” Kataku
sambil meregang-regangkan tulang
belakang badan.
“Kau anggap
ni semua mimpi?
Tololnya kau ni!”
marah Aizat lagi.
Aku dapat lihat
dia mengacip-ngacip giginya.
Kenapa dia marah
sangat?
“Yang awak
nak marah sangat
ni kenapanya?!” aku
kembali memarahi dia.
“Ish laaa
engkau ni, Melur!
Nak kena penampar
beruang ke dengan
aku?! Kau ikut
pelan gila si
Along tu sekali
lagi memang aku
ajar kau cukup-cukup!
Seronoklah hati kau
kan buat semua
orang risau?” jerkahan
itu bergema-gema di
ruang tamu. Aku
semakin pelik dengan
sikap garangnya. Along?
Aku dah agak
aku tak bermimpi
yang Along balik!
Pelan? Oh!
Pelan gila Along.
Aku sudah ingat
sekarang.
“Apa jadi?
Saya mengantuk sangat
tadi. Along kat
mana?” soalku yang
tercari-cari kelibat Along.
“Hoi! Orang
lain mengantuk, mengantuk
juga. Tapi tak
adalah sampai tidur
peluk tong gas.
Bila orang menjerit
panggil nama kau,
kau tak melaung.
Dengan si leader sekali
naik risau. Dahlah
badan tu lebih
kurang sama besar aje macam
tong gas, pakai
pulak baju yang
sama warna dengan
tong gas! Nasib
mata aku ni
tajam. Kalau tak
sampai Maghriblah aku
tak jumpa kau.
Mujur tak kena
sorok dengan hantu susu.” Panjang
sekali bebelan Aizat.
Eh?
“Nak marah
pun marahlah. Jangan
sampai melucah.” Aku
mendengus. Cepat-cepat aku
bangkit. Ingin beredar.
“Melucah? Itu
nama dah paling
sopan aku bagi
tu. Melur, Kalau
kau tahu betapa
risaunya aku tadi...”
dia berkata, membuatkan
aku terhenti melangkah.
“Saya tak
suruh pun awak
risau.” Aku merengus.
Terkejut sebenarnya. Risau ke
macam tu? Orang
risau pasti akan
cakap elok-elok. Tak
adalah marah-marah macam
dia.
“Kau ingat
nak risau ni
kena bersuruh?” soalnya
sinis. Aku bercekak
pinggang menghadapnya.
“Saya...” belum
sempat aku menghabiskan
kata, suara Along
kedengaran, “Bangun pun
budak bertuah ni!”
Along muncul di
muka pintu dengan
tangan penuh dengan
beg plastik. Mata
Along lebam.
“Along, kenapa
mata ni?” aku
menyentuh mata Along
itu dengan jari
telunjuk. Laju Along
menepis tanganku sambil
mengaduh sakit.
“Aku tumbuk.”
Aizat berkata selamba.
Aku sudah terbelalak
melihat Along dan
Aizat silih berganti.
Wajah Aizat sangat
tenang manakala Along
sudah tersengih-sengih.
“Hish! Awak
ni kenapa?!” aku
mencekak baju Aizat
dan menggoncang-goncangkan badannya
bagaikan seorang gangster
meencekak baju mangsa
buli. Aku paling
pantang bila ada
yang membuli keluargaku.
Aizat mendengus. Tanganku
ditarik dari mencekak
bajunya.
“Kau tu
kenapa? Aku ingatkan
dia perompak. Aku
ingat dia buat
bukan-bukan pada kau.”
Tegas Aizat. Aku
kehilangan kata-kata. Adakah
ini bermakna dia
risaukan aku?
“Hab... habis
tu takkanlah awak
tak kenal Along
saya.” Aku tergagap-gagap jadinya.
“Along pakai
penutup muka.” Along
menyampuk. Kali ini
aku meluku kepala
abangku. Dia terkekek-kekek ketawa.
Sakit sungguh hati
aku.
“Along ni
saja cari penyakit!”
marahku.
“Kau pun
cari penyakit juga!
Sekali lagi kau
buat kerja bodoh
macam tu memang
aku lempang kau!”
aku pula yang
dimarahi Aizat. Aku
cuma mengikut pelan
Along sahaja. Along
mengangkat ibu jarinya.
Sengaja nak memadankan
muka aku. Memang
aku menyesal ikut
idea dia...
“Dia risau
sangat kat Melur
tadi.” Kata Along
sebaik sahaja Aizat
menghilang.
0 komen:
Post a Comment