BAB
9
SENANG hati
aku hati bersiap
hari ni. Mama
pun naik pelik.
Sebelum aku pergi
ke Bukit Broga
bukan main sedih
lagi wajah aku.
Bila dah balik,
macam kena suluh
dengan spotlight. Tentang
Amzar, malas aku
nak ceritakan pada
mama. Biarlah dulu.
Bukannya apa, kami
baru perkenalkan diri.
Aku tak nak
rasa teruja sangat.
Nanti mula rasa
sedih.
Selepas bersiap,
aku terus ke
butik. Malas nak
melencong ke tempat
lain dah. Aku
nak pergi ke
Sabah pulak nanti.
Baik aku kerja
keras sikit. Langkah
aku mati bila
melihat ramai orang
di depan kedai
aku. Hati mula
rasa tak sedap.
“Oddie… habis
kedai.” Saleha menangis
di bahuku.
Linda menayang
muka sedih. Matanya
merah. Mesti dah
siap menangis pun. Aku berjalan
menghampiri butikku lambat-lambat. Mulut
ternganga tak percaya.
Pecah cermin segala.
Mujur ada gril
yang berantai mangga.
Cermin tingkap kaca
semua habis pecah.
Aku terkejut.
Siapa yang buat
dajal dekat aku
ni memang tak
selamat hidup dia!
Itu aje aku
doakan untuk orang
yang berhati busuk
begitu. Aku menghampiri
kedaiku.
“Kita buat
laporan polis.” Aku
berkata tenang. Bukan
kali pertama aku
dengar pemilik butik
menghadapi masalah yang
serupa. Aku cuma
tak sangka aku
akan menjadi salah
seorang daripada mangsa
itu saja. Cruel people!
Orang beransur-ansur lengang.
Aku menunggu polis
untuk tiba. Tiba-tiba
sebuah kereta yang
cukup aku kenal
pemiliknya berhenti di
depan butikku. Keluar
dia dengan wajah
yang berkerut. Risaukah?
“You
okay?” soalan pertama
yang terbit. Shit, aku
tak nak tengok
muka dia. Teringat
kata-kata kejamnya semalam.
“Yeah.”
Jawabku ringkas. Dia
duduk di sisiku.
“What
had happened?”
“As
you can see.”
“You rasa
kerja siapa?”
“I
don’t know.”
“You dah
call polis?”
“Yeah.”
“Mama you
beritahu mama I
tentang ni.” Dia
berkata apabila sedar
aku tak nak
layan dia. Mama
beritahu mama dia
tentang kedai ni?
Hmm, memanglah tadi
aku mengadu dekat
mama pasal ni.
Ekspress betul mama
aku. Agak-agaknya mama
aku ada beritahu
tak mama dia
pasal… apa yang
aku suruh mama
aku cakap pagi
tadi?
“Oh.”
“Hey. Your mom also told
my mom about
us… no. Tentang
plan mereka,
tentang apa yang…
hmm. I am so
sorry, Oddie.”
“Alhamdulillah. Dah
beritahu ya?” aku
meraup muka. Kelegaan.
Terasa macam beban
tu diangkat pergi
dari membebani fikiranku.
“Yes.”
Jawabnya perlahan.
“Nanti tak
perlulah kita nak
serabut lagi.” Aku
mengukir senyum. Aku
terpaksa berlagak tenang.
Aku sedang bermasalah
sekarang. Masalah aku
dengan dia, masalah
aku dengan butik…
“Tentang malam
tadi, I tahu I terlalu
cruel. I tak
patut cakap you
macam tu dan I betul-betul
minta maaf.”
“It’s
okay now.” Aku
berkata. No it is not! Takkan
kau boleh okey
begitu saja? Nonsense! Aku
cuma nak dia
cepat blah dari
sini. Nanti hati
aku berkecamuk lagi. Mintak
maaf lepas tu
buat balik! Memang
boleh blahlah kau
Benji!
“What happens here?”
soal satu suara.
Aku mendongak. Amzar!
Terlopong aku melihat
pakaian dia sekarang.
Tadi dia berpakaian
sukan. Sekarang dia
berpakaian hmmm. Macam
pakai pakaian kerja
tapi dia takkanlah
tak kerja? Awal
lagi ni. Takkan
ponteng kut?
“Hey!” aku
menegur setelah menyedari
aku memandangnya terlalu
lama.
“Hai. Kenapa
ni?” soalnya. Keningnya
berkerut.
“Ada yang
berhati busuk.” Keluhku.
“Oh. Your…” dia
berhenti di hadapan
Benji sambil menghulurkan
salam.
“Uh, ini
kawan saya. Airiel
Benjamin. Panggil Benji.
Benji ni kawan
saya, Amzar.” Aku
memperkenalkan mereka. Benji
bangun dan bersalaman
dengan Amzar. Sekurang-kurangnya dia
dah dapat dua
kawan semenjak dia
kenal aku. Ikram
dan Amzar.
“Nice
to meet you…”
sapa Amzar ramah.
Benji sekadar mengangguk.
Senyuman nipis menjadi
balasan kepada kata-kata
Amzar. Sombong nak
mampus dia ni.
Apalah salahnya kalau
balas semula dengan
kata-kata yang elok?
“Hey
you know what?
Lepas siap buat
laporan segala ni,
apa kata awak
cuti dulu hari
ni? Kita pekena
Boat Noodles dekat Publika.” Amzar
mengajak. Aku tersenyum.
Idea yang baik.
Dah lama sangat
aku tak pekena
Boat Noodles.
“Tapi awak
tak kerja ke?”
soalku teragak-agak.
“Oh
don’t mind me.
Boleh settle punya.
Nak tak?” soalnya
dengan kening terangkat.
Aku tersenyum. Boleh
juga. Dah lama
aku tak makan
Boat Noodles.
“That
sounds good to me.” Kataku.
“Yeah,
to me too.”
Benji menyampuk dengan
nada mendatar. Cis!
Nak mengejek ke
apa ni? Air
muka kami berubah
sebaik saja dia
menyampuk. Aku lupa
ada dia. Aduh,
dia ni takkan
tak malu tiba-tiba
nak join? Huh!
“Yes,
yes. You too.”
Kata Amzar. Blergh.
Asyik dia ada
aje. Ingat aku
suka agaknya?
“So, you nak naik
dengan I atau…”
belum pun dia
menghabiskan kata-katanya, aku
bersuara.
“Saya naik
dengan Amzar. Takpe
kan?” soalku kepada
Amzar. Amzar tersengih.
Dia angguk. Benji
ikut angguk. Huh,
memang betullah ni,
dia ikut? Menyampah!
“BUKAN boyfriend
awak ke dia
tu?” soal Amzar
yang sedang memandu,
sesekali memandang cermin
pandang belakang. Benji
ikut di belakang
kami sebab dia
tak tahu kat
mana terletaknya Publika.
“Taklah. Kenapa
awak tanya macam
tu?” soalku bersahaja.
“Tengok dari
gaya dia pandang
awak…” aku tergelak
sinis mendengarnya. Pandangan
dia memang mampu
menipu semua orang.
Cara dia pandang
memang nampak prihatin
tapi sebenarnya hati
busuk! Tapi takkanlah
aku nak burukkan
dia depan Amzar
pula?
“Dia memang
macam tu. Sebenarnya
kerja dia duk
menyinis saya aje.
Mungkin hari ni
dia tak sindir
saya sebab kesian
dengan apa yang
terjadi pada saya
kut?” aku meneka.
“Oh, patutlah
nampak pelik. Awak
bergaduh ek?” soalnya
nakal.
“Yelah. Ada
perselisihan faham sikit.”
Jawabku malas-malas. Bosan
bercakap pasal Benji.
“Macam mana
awak boleh kenal
dia?” soal Amzar
lagi.
“Dia tu
anak kawan baik mama saya.
So, mama nak
kami berdua berbaik
macam dia berbaik
dengan mama Benji.
Tapi kami memang
selalu berlaga angin.”
Aku mengeluh. Malas
nak cakap tentang
niat asal mama
kami nak jodohkan
kami berdua. Nanti terkejut
beruk Si Amzar.
Nanti jatuhlah market
aku.
“Oh… mesti
dah kenal dari
kecil.” Amzar meneka.
Aku angguk. Memang
pun tapi tak
pernah pula aku
berkawan dengan dia
sewaktu kami kecil.
Mungkin sebab dulu
hubungan mama aku
dan mama dia
tak serapat sekarang.
“Tapi kami
berbaik juga kadang-kadang. Kalau
lain pendapat, terus
bermasam muka. Dia
tak macam Ikram.”
Aku mengeluh lagi.
“Siapa pulak
Ikram? Boyfriend awak?” soalnya.
Aish! Asyik nak
tanya pasal boyfriend
saja.
“Huh, sumbang
rasanya kalau dia tu boyfriend saya.”
aku mencemik.
“Kenapa?”
“Ikram tu
kawan baik saya. The
best ever! Saya
anggap dia macam
abang kandung saya dah.
Ilmu telepati memang
usah kata. Tip top!
Nanti awak berkenalanlah
dengan dia. Semalam
kami keluar tengok
wayang bertiga, dengan
Benji.” Aku bercerita.
Amzar terangguk-angguk.
“Awak memang
rapatlah dengan Ikram
tu?” kening Amzar
terjungkit.
“Yes.”
“Awak ramai
kawan lelaki, takkan
boyfr…” ayat dia
lebih kurang saja.
Tahulah aku dia
nak tahu status
aku single ke, taken ke.
“Saya tak
ada boyfriend. Sejujurnya saya
tak ada sangat
kawan perempuan.” Aku
berkata sambil ketawa.
“Kenapa?”
“Sebab saya
ni tak feminin
sangat agaknya. Saya
tak pandai nak
jaga hati perempuan.
Sebab perempuan mudah
sentap, cepat terasa,
mudah nak bergosip.
Saya tak suka.”
Jawabku selamba. Amzar
tersengih.
“Memang betul
pun…” kata Amzar.
KAMI memesan
lima belas mangkuk
mee. Biar penat
kami habiskan nanti.
Mesti tak cukup. Waktu
aku stress, aku
kuat makan. Aku
pernah makan sampai
tujuh mangkuk untuk
aku seorang. Mula-mula
mata Benji membulat
bila tengok aku
order sampai lima
belas untuk kami
bertiga.
Dia mana
pernah pergi ke
sini. Mesti dia
tak tahu sebenarnya
semangkuk mee tu
sikit sangat isinya.
Harga pun murah.
Apa yang aku
suka di sini
ialah rasa boat
noodles dia yang
sememangnya sedap gila
tu… dan aku
suka air teh
ais dia yang
kaw gila. Pergh…
tak pernah lagilah
aku rasa air
teh ais yang
sedap macam tu.
“Awak pun
suka lepak kat
sini ek?” soalku
pada Amzar sementara
nak tunggu makanan
sampai.
“Who? Me?”
soal Amzar. Aku
angguk. Yelah, awak.
Takkan mamat kerek
ni pulak? Tengok
muka pun dah
tahu dia tak
pernah ke sini.
“Yes
you! Takkan awak
pulak, Benji kan?”
aku cuba buat
ramah dengan Benji.
Malas nak bergaduh
depan Amzar.
“Kenapa takkan
dia?” kening Amzar
bertaut.
“Sebab dia
baru balik ke
sini. Dia belajar
kat US dulu.”
Aku buat-buat prihatin.
Kalau ikutkan nak
aje aku tendang
dia jauh-jauh. Sampai
ke US semula
pun tak apa.
“Oh. Wow.” Amzar
nampak kagum.
“I dah
hampir sebulan di
sini. Dah dapat
kerja pun okey?”
Benji berkata sinis
kepadaku kemudian matanya
beralih kepada Amzar.
Dah dapat kerja?
Hmph. Dia memang
nak duduk Malaysia
dah ke? Aku
julingkan mata ke
atas.
“So
how bout you?
Berapa lama dah
kenal Oddie?” tiba-tiba
Benji bersuara. Aku
tak berapa suka
bila dia bersuara
sebab aku takut
dia kecilkan hati
Amzar pula. Bukan
boleh kira si
mamat Itali ni.
“Err, pagi
tadi.”
“What?!” muka
Benji nampak bengang.
Nadanya juga tinggi.
Err, dah kenapa?
“Ammm… yeap.
She’s so funny.”
“Hahahaha. Awak
tu yang lucu.
Bee Geeslah apalah.”
“But you
sing their song!”
“Because I
know their song!”
aku berkata sambil
tergelak. Dia pun
terkekeh-kekeh ketawa. Tidak
lama kemudian kami
diam. Terlupa ada Benji.
Aku
rasa dia ni
menyibuk ajelah. Dia
bukan tahu apa-apa
yang kami bualkan
pun. Suasana tiba-tiba
jadi awkward bila
dengan dia.
“Kami jumpa
kat puncak Bukit
Broga pagi tadi.
That’s how we
met.” Amzar kembali ke
soalan utama.
“Wait. Oddie,
you climb alone?”
Benji nampak marah.
Aku angguk. Memang
betul pun aku
memanjat sendirian tapi…
aku dah biasa
pun.
“Yeah…” sebab
saya stress dengan
awak. Sambungku di
dalam hati.
“Kenapa tak
ajak I?” huh,
aku stress dengan
dia. Kalau ajak
dia, mahu aku
biarkan diri aku
tergolek dari atas
bukit tu.
“Kenapa?”
“It’s dangerous.
You are a
girl.”
“Saya dah
biasalah memanjat sendirian
sebelum ni.”
“You should
try. Bukit Broga
ada pemandangan yang
cantik, kan?” Amzar mencelah sambil
menanyakan pendapatku. Aku
angguk.
“Breathtaking.” Jawabku.
“Yeah, just
like you.” Kata-kata
Amzar itu mengundang
rasa kurang selesa
dalam diri aku. Aku lihat
dia tersenyum. Nampak
ikhlas. Jadi, aku
senyum semula.
Ek eleh, gedik punya benji! Jeles ler tuuu...hahaha gud job cik writer! Tak sabar nak tunggu next entry..;)
ReplyDelete