Bab
2
“HAI awak!”
suara garau lagi
seksi menyapa telingaku.
Suara yang sama
dengan si penegur
budiman pagi tadi. Lelaki
kacak itu. Ya. Aku telan
liur dan kepalaku menunduk
setunduk-tunduknyasehingga
terasa badanku melengkung
macam udang! Kejadian
pagi tadi benar-benar
menghantui aku! Aku
terpaksa berlakon seolah-olah
tidak mendengar sapaannya.
Janganlah dia menegurku
lagi.
“Awak...” panggilnya
lagi. Masih tak
putus asa nampaknya.
Aku mengangkat muka
dan memandangnya. Aku hanya mampu tersenyum
sebelum kembali menggembur
tanah. Kenapa dia
ni? Dia buat
apa dari keluar
rumah tu? Kenapa
tak duduk kat
dalam rumah dan
main PS2 ke,
kemas rumah ke
apa ke?Bukankah mereka
baru berpindah? Eloklah
jika mereka bergotong-royong apa
yang patut.
“Manisnya senyuman
diaaa...” leretnya. Aku menjulingkan mata
tanda meluat. Budiman
atau kaki ayat
ni? Memang aku
tak tipu, dua
puluh orang gadis
pun boleh berderet
beratur minta menjadi
aweknya. Kacak sungguh!
Tambah kacak, lesung
pipit di pipi
kanannya. Aduh-duh! Aku
perasankan lesung pipit
dia? Kenapa dengan
aku ni? Kali
terakhir aku usyar
tengok muka lelaki
handsome adalah
ketika zaman aku
bercinta dengan arwah
Fareez. Lama sangat
dah tu... itu
pun aku duk
usyar muka Fareez
seorang sajalah.
Seketika kemudian,
lelaki yang ramah
semalam itu menarik
paip getah ke
keretanya. Nak basuh
kereta ke jiran
baru aku ni?
Yalah tu agaknya. Selepas tu,
entah apa lagi
yang ditariknya. Sedar-sedar,
air paip dah
menyembur pada kereta
Vios miliknya dan
aku yang menggembur
tanah di dalam
pasu dekat tepi
pagar ini, terkena
tempiasnya. Cis!
“Awak... awak...”
lelaki itu memanggil
lagi.
Eeeii. Berawak-awak
pulak dah! Aku
buat pekak sahaja.
Malu pagi tadi
yang menyebabkan aku
tak nak menyahut.
Mujur lelaki gila
hon pagi tadi
tu tidak ada
kat sini. Kalau tak,
teruk aku kena
goreng agaknya dengan
badut gila tu. Tapi, lelaki
budiman ni, nampak
sweet. Terbias
wajah Fareez sikit.
Fareez lagi? Aku
dah janji pada
diri sendiri, tak
nak kenang Fareez
lagi. Aku nak
berhenti meratap!
“Wakkk..” panggilnya
lagi dengan leretan
yang boleh meremangkan
bulu ketiak aku.
Eiii dia
ingat aku Wak
Karjono Pak Sako
bagai ke nak
panggil aku Wak?Onceagain, ingatanku
kembali pada Fareez.
Ya, beginilah perkenalan
kami bermula. Fareez
sedang membasuh kereta
dan aku sedang
menggembur tanah. Aku
tersenyum hambar. Kenapa
semua ini bagaikan
berulang tayang pula
di mindaku? Dan
pada ketika itu,
aku langsung tidak
hiraukan teguran Fareez.
Sama seperti apa
yang berlaku hari
ini...
Aku berterusan
menekuni kerjaku tanpa
menghiraukan lelaki itu.
Fikirku, kalau dia
dah bosan menegur
dan tidak dilayan
aku, dia akan
berhenti dari menggangguku.
Aku rasa, dia
sengaja percikkan air
paip tu ke
muka aku. Marah
apabila dia tak
dilayan kut? Makin
banyak pula percikkannya.
Sengaja nak membangkitkan
kemarahan aku agaknya.
Ah! Pedulilah...
‘Berkuyup aku
kat sini, ngek!’ biar
hati sahajalah yang
memaki hamun beliau...
aku kan, seorang
guru. Tak elok
jika seorang guru
menghamun orang. Cheh! Padahal
pagi tadi buktinya,
betapa kesabaran aku
sangat tipis sebenarnya.
“Awak, pandang
sini kejap.” arah
lelaki itu. Eh.
Eh! Dah kenapa
dia ni? Nak
tak nak aku
pandang dia. Senyuman
aku lemparkan lagi.
Lepas tu aku sambung buat
kerja semula.
“Manisnya senyuman
awak. Berdegup kencang
jantung abang melihatnya.
Dap... dip... dup! Dap...
dip... dup di
dalam dada... jantung
berdebar...” eh eh!
Ini mulut lelaki
budiman itu ke?
Dah kurang
budiman bila membahasakan
diri dia ‘abang’.
Sejak bila entah
dia jadi abang
aku? Lagi zero tahap
budiman dia bila
dia menyanyi lagu
dangdut tu! Dah
macam gay terkemuka pulak!
Huh! Tanah yang
aku gembur semakin
menghancur! Geram punya
pasal.
Geli pun
ada. Tak macholah kalau
lelaki menyanyi lagu
dangdut gedik tak hengat
macam tu. Aku
pun tak pernah
menyanyi sebegitu gedik
lenggoknya. Aku tahan
diri dari memaki
anak teruna kacak
orang. Lagi satu,
entah kenapa rasanya
aku sedang cover cantik
depan dia. Erkh! Mona! At
least, carilah lelaki
yang bukan jiran
kau!
“Awak. Nama
saya Irfan. Awak
ni cantiklah. Nama
awak apa ek?”
soal lelaki itu.
Eh... eh! Kita
tak tanya pun
nama dia! Siap
dia senyum menggoda
tahap tak hengat lagi.
Aku menjelingnya terbalik!
Ini spesies lelaki
miang keladi ni...
awal-awal dia tegur secara baik.
Peringkat kedua ni
dah masuk ayat
nakal mengurat. Nanti
dia minta nombor...
lepas tu dia
minta kunci rumah
pula. Lepas tu
kunci bilik... lepas
tu. Popp! Uwaaa! Baby keluar! No, no, no! Ayat manis lelaki
tak boleh pakai.
Ingat, Mona!
“Awak...” panggil
dia lagi bila
aku tak menyahut.
Lalalala.
Cepat-cepat aku
letakkan pokok bunga
yang Julia beli
tadi ke dalam
pasu. Semalam aku
dah tempah dengan
dia suruh dia
carikan sebab dia
nak keluar bandar
kononnya. Kena pulak
hari aku dapat
malu besar, nak
tak nak terpaksalah
jugak aku keluar
untuk tanam pokok-pokok
bunga ni cepat-cepat.
Kalau tidak, memang
aku tak keluar
rumah langsung.
“Cik adik
manis, awak buat
apa tu?” Irfan
ni, bila nak
putus asa? Menyampah
betul aku nak
dengar suara dia
ni! Merosakkan telinga
aku aje.
“Sembahyang!” aku
jawab sepatah. Dia
terkekeh-kekeh ketawa mendengar
jawapanku. Dah, boleh
lagi dia tanya?
Macam tak nampak
pulak yang aku
tengah tanam bunga!
Rabun ke buta
Irfan ni? Kang aku
tanam dengan dia-dia
sekali ke dalam pasu bunga
ni, baru tahu!
“Amboi. Tak
menahan betulkan, Pan?
Bila panggil cik
adik manis baru
pandai nak menyahut!”
satu suara lain
menyapa. Ah! Badut pagi tadi!
Badut gila beruang
gila dan mengkarung
gila pagi tadi! Oh no!
“Sembahyang pula
tu.” Irfan pula
menyampuk. Dia tergelak
kecil.
Aku menjeling
sekilas dua tiga
ke arah lelaki
gila tu. Ya
Allah! Seksi gila
mamat ni. Eh
salah! Seksa gila
beruang ni. Aku
pejam mata. Masya-Allah!
Dugaan mata. Aduhhh...
duh... duh! Astarghfirullahalazim... beristighfar
panjang aku dibuatnya.
Naik juling mata
hitam aku melihatnya.
Masakan tak juling?
Lelaki gila itu
hanya berseluar pendek
paras atas lutut
dan bawah sikit
dari ‘akhemm hemm’ dia
tu! Nampak bulu
kaki yang tak
berapa lebat dia
tu!
Lagi seksa,
bila tengok singlet hitam
ketat yang melekat
kuat di tubuh
sasanya. Setiap kali
dia angkat tangan,
memang boleh nampak
bulu ketiak dia
tu... err. Mesti masyem!
Aduhlah amma! Apa nasib
aku dapat jiran
macam ni? Aku
sapu kedua tanganku
dan bangun laju-laju. Kerja
aku dah siap.
Sempat lagi aku
hentak-hentak kaki tanda
protes kepada dua
orang mamat ni.
“Pernah dengar
ada yang mati
tertelan penampar tak?!”
aku menjerkah. Cikgu
Mona dah naik
marah!
“Eh eh...
garangnya Akak Fashionista kita
ni!” lelaki bermulut
cabai ni memang
nak kena sental
dengan cabai! Tergelak
dua ekor badut
tu. Berdekah-dekah. Sakitnya
hati aku! Akak Fashionista dia
panggil aku?! Teringat
fesyen terbaru aku pagi
tadi. Mak,Aira nak
pindah rumah! Tak
nak duduk kat
sini lagi dah. Huargghh!
“Erkh! This means
warrrr!!!” aku berkata
penuh semangat. Genggaman
tangan aku tunjuk
dengan cebikan bibir
dan hidung yang
kembang kempis. Aku
angkat genggaman tanganku.
Fighting! Geramnya!!
Aku meninggalkan
dua ekor beruang
tu kat situ.
Gelaklah korang sampai
petir datang menyambar.
Aku nak masuk!
“EEEEEE!Hantu punya
jiran. Hantu sangat!
Arghh. Badut
gila. Beruang seksa!!”
aku hentak-hentak kaki
ke dapur. Mulut
mengomel itu dan
ini sambil menyabun
tangan. Aku sental
tangan aku yang
kotor dengan kuat bagaikan aku
menyental mulut cabai
lelaki seksa tadi
sambil menyeranah dia.
“Hahaha. Kau
ni kenapa bercakap
seorang diri ni
Mona?” soal Julia
yang entah dari
mana munculnya.
“Eeee. Geram
aku ni tau
dak?!” aku mula
nak buka kitab
aduan aku. Banyak
yang aku pendam
tadi. Kes pagi
tadi pun aku
dah cerita kat Julia. Boleh
dia gelak macam nak putus
urat kentut? Eeii...
Geram... geram!!
“Asal pulak
kau ni, Mona?”
Julia bersandar ke
kabinet dapur. Dia
mencapai bekasberisi biskut
teddy lalu
dia menyuap biskut-biskut
itu ke mulut.
Eh! Biskut aku
tu! Kalau bab
membeli, dia liat
sekali! Bila tiba
bab makan, dia
nombor satu! Ah!
Lantaklah. Kadang-kadang dia
belanja barang dapur.
Jadi apa aku
nak berkira sangat,
ya tak? Fair and
square.
“Bongok jiran sebelah
rumah ni! Macam
ba alif bangang
perangainya!” aku bersuara.
Nak kata ba
alif ba ya
tak sampai hati
pula. Mereka tidaklah
ada rupa ba
alif ba ya
pun... rupa kera
tu adalah... kera
yang kacak. Julia
tergelak mendengar rungutanku.
“Diorang
buat apa?” soal
Julia mula nak
menyibuk. Muka teruja
habis.
Aku buat
muka menyampah. Aku tahu, memang
si Julia ni dah
tersangkut dengan salah
seorang mamat kat
rumah sebelah tu.Aku
rasa, tentu dia
sangkut pada mamat
budiman yang bergelar
Irfan tu sebab...
lelaki itu macam
kuat mengayat! Aku
pun hampir ternoda.
Eh? Hampir tergodalah!
Kalau yang kera
seekor lagi tu.
Usahkan mengayat, menggayatkan
aku adalah!
“Kenapa kau
ni?” Julia buat
muka bengang bila
aku tak jawab
soalan dia tadi.
Aku rasa dia dah boleh
teka dah kenapa
aku menyumpah-seranah budak
dua orang tu.Sepatutnya
dia boleh teka
sangat!
“Kau pergilah
menghadap diorang sendiri. Lepas
ni nanti baru aku
cerita betapa durjananya
perangai dua ekor
kera tu!” hah! Tadi badut
ada, beruang pun dah ada.
Sekarang dapat nama
baru lagi. Kera
terus! Ya Allah,
janganlah anak murid
aku dengar makian
aku ni. Tak
elok dijadikan contoh!
“Kera kau
panggil? Kau tau tak,
muka dua-dua tu
sikit punya handsome? Eh...
banyak punya handsome! Sangat
tak patut!” Julia
membetulkan perkataan sikitnya
kepada banyak. Dia menggeleng-gelengkan kepala
tanda tidak percaya
dengan kata-kataku. Memanglah
dua-dua handsome tapi... dua-dua
perangai macam kera!
Kera pun tahu behave.
“Memang macam kera. Kau
pergilah tengok sendiri macam
mana diorang‘mengkerakan’
diri diorang tu...” aku
mendengus geram. Kalau
aku dengar budak
Julia ni back up
budak-budak yang dah
panggil aku ‘Akak Fashionista’ ni,
memang aku lari
dari rumah!
“Aku pergi
eh?” Julia bersuara.
Gatal aje muka
tu... siap baiki
rambut bagai. Baju
pun dibetul-betulkan. Eee,
gediknya kawan aku! Nak pergi menggediklah
tu. Tengok aje... tunggu...
“Tak payah
minta izin. Pergi ajelah
bila-bila masa kau
nak pergi! Teringin
aku nak tengok
reaksi kau bila
menghadap kera pramatang
tu!” ambik nak!
Aku marah sangat.
Sebenarnya, rasa
malu tu yang
menyebabkan aku naik
marah dengan budak
dua ekor tu. Lepas tu,
cara Irfan mengayat.
Teringat dekat arwah Fareez. Tapi arwah Fareez
kalut sikit... itu
yang membezakan Irfan
dengan Fareez. Arwah
Fareez, bila aku
tak layan, dia
terus tak menegur
dah. Aku pegang
dada. Takutnya kalau
terjatuh hati pada
Irfan. Sebab, bila
aku melihat Irfan
tadi, betul-betul mengingatkan
aku pada Fareez.
“Okey. Aku
tengok eh...” Julia
ni, aku sekeh
kepala tu tak
memasal aje. Pergi
ajelah tengok! Minta
izin dengan aku
pun apa guna? Aku jegilkan
mata kat dia
sambil bercekak pinggang.
Dia gelak ala-ala
perempuan gedik dan
berlari-lari anak ke
luar rumah. Huh!
Benci tau?!
SEPULUH minit
kemudian, aku terdengar
suara Julia terjerit
gedik. Bukan main
dia bergelak ketawa
dekat luar tadi.
Apa pasal dua
ekor kera tu
tak buat perangai
dengan Julia eh? Aku
garu kepala. Tapi
Julia memang pandai
bawak diri. Kalau
bagi berkawan dengan
harimau pun dia
boleh. Jadi tak
hairanlah kalau kera
dua ekor kat
rumah sebelah ini
pun boleh berkawan
dengan Julia. Rileks.
“Auww!
Sukanya!!!” jerit Julia
gedik.
Terloncat-loncat dia
memegang dada degan
mata yang terukir
bentuk love besar. Dah
terkena panahan cinta
sang monyetlah tu!
Serius, aku tak
jangka langsung reaksi
macam ni daripada
dia. Gedik dan
sangat meloyakan tekak!
“Kau ni
dah kenapa?!” aku
menyoal dia. Bukan
main gedik lagi
dia. Sabar aje aku!
“Arghh! Seksinya
dia!! Seksi! Suka..
suka... suka!!” jerit
si minah gedik
ini. Amboi dia!
Macam orang mereng dah
aku tengok budak
Julia ni. Sadis
ke apa?Dia terkinja-kinja setempat.
Aku patah-patahkan jari
aku. Bila-bila masa
aje Julia akan
tersembam kat kaki
aku kalau lima
minit lagi dia
tak henti terkinja-kinja macam
ni.
“Asal dengan
kau ni? Gila
ke?” aku menyoal
dia bila dah
tak tahan tengok
betapa gediknya minah
ni. Sabar Mona... sabar... sabar...
“Abang Bad...
salahkan dia! Dia
dah curi hati
aku. Dia dah
bawak lari hati
aku naik kuda yang dirotan
dengan cemeti dengan
memakai topi koboinya.
Auuww!!” ya
Allah mak cik
sorang ni... kalau
aku tak tahan
dengan kegedikan dia
ni kejap lagi,
jangan tanya kenapa
aku sedekahpenampor kat pipi
dia!Imagine tak
menahan betul! Koboilah.
Kudalah! Cemetilah. Loket rantai
silver yang
terukir huruf J
di lehernya digigit
gedik bersama bahu
bergoyang manja.
“Siapa pulak
Abang Bad?” soalku
jengkel.
“Jiran kita sebelah nilah,
dia pakai boxer dengan
singletaje. Sumpah
seksi! Sehingga menjilat
jari! Auuww! Seksinya!!!” Julia
berkata gedik sambil
mengucup-ngucup hujung jemarinya.
Menjilat jarilah tu
kononnya.
Tak mudah!
Ini kalau anak
murid dia tahu
perangai gedik dia,
memang satu sekolah
banned dia!
Buruknya perangai!!! Tak
tahan dengan jeritan
dia semakin nyaring,
aku tekup mulut
dia dengan tangan.
Teruk! Kalau jiran
aku tu dengar
macam mana? Buat
malu muka saja! Perasan tak
sudah mereka nanti!
Cikgu jenis
apa Julia ni?Minat
jejaka berbadan katang
dan kacak juga.
Seksi dan seksa.
Aduhai.Taste dia
macamlah dia tu model.
Selera tinggi sungguh.
Orangnya ketot aje! Atau,
aku yang terlalu
tinggi, eh? Tidaklah!
Aku mana ada tinggi
sangat. Hampir sama
dengan tiang elektrik
aje. Hehehe. Tidaklah! Tinggi
biasa-biasa saja.
“Hish. Tak
agak-agaklah kalau nak
menjerit pun. Kalau diorang
dengar, malu muka nanti!
Apa pasal gedik
sangat ni?!” aku
membebel. Julia tersipu-sipu.
Mukanya merah. Aduhai.
Sekali tengok, comel
kawan aku! Dua
kali tengok, rasa
nak humban ke dalam longkang.
Perangai...
“Dia seksi
sangat...” leret Julia
lagi. Aku julingkan mata
ke atas. Menyampah. Dari
tadi perkataan yang
sama. Seksi. Seksi.
Seksi. Huh. Cubalah
guna perkataan lain
pula. Contohnya, seksa
ke, seksa ke,
seksa ke? Okey,
memang pendapat aku,
jiran aku tu
seksa sangat!
“Seksi apa?
Seksa adalah! Pedih
mata ni duk
menghadap bulu kaki
dia! Hiss!” aku membebel.
Teringat pada
bulu kaki Abang
Bad kesayangan Julia yang bergulung-gulung itu.
Huh! Menyampah! Menci! Mengong! Lagi
seksa bila tertengok
bulu ketiaknya yang
lebat. Macam pergi buat treatment di
Yun Nam Haircare
pula lebatnya! Aduhh...
duh... agaknya lelaki
tu memang suka
pelihara bulu tak? Gelinya...Eeeuuw!
“Kau pun
dah tengok keseksian
dia rupa-rupanya! Ah!
Sukanya! Menyesal aku
tak pakai cantik-cantik
ni tadi.” Julia sudah menggedikkan
diri. Aku meluat!
Tolong berikan
aku kesabaran, ya
tuhan!! Julia mengipas-ngipas wajahnya.
Gaya dia ala-ala
perempuan gedik terakhir
kat muka bumi
ni. Urgh! Annoying sangat! Mujur
dia kawan baik
aku. Kalau tak,
harus ada kepala
yang tergolek ke
lantai ni nanti.Keseksian, otak
Julia! Keseksaan baru
betul! Terseksa hati
nurani aku melihat
lelaki gila kesayangan
dia tu tadi.
“Jangan buat
aku loya... aku
muntah kat kau sat
gi.” aku mengugutnya.
Dia tidak menghiraukan
amarahku sebaliknya hanya tergelak dan
memegang dadanya. Mata
terpejam rapat.
“Oh my... smartnya...suka betul
aku menengok muka
diorang berdua tu. Handsome
sangat! Yang pendiam
sikit tu lagi handsome
pada pendapat aku.
Tapi dia kurang
misteri la.” Julia
bersuara sambil mencemik
sedikit. Orang angau.
Macam itulah! Gedik
tak hengat!
“Handsome
apa kebendanya? Eee.
Tiga-tiga terencat!” aku
menyeranah.
“Weh, diorang duduk
bertiga ke kat
rumah tu? Siapa
lagi sorang? Macam mana
aku boleh tak
tahu ni?” soal
Julia bersama muka
terujanya.
Ini yang
aku tak berapa
berkenan dengan perangai
Julia ni. Gedik
kalah ikan sungai
yang dicampak ke
darat! Menggeletik mencari
nafas dan air. Tak padan
dengan cikgu sekolah.
Orang gila pun
tak tak ada
nafsu nak mengurat
orang gila sebelah
rumah tu.
“Diorang memang
berdua. Yang sama
sekali terencatnya kalau
digabung dengan kau!
Dahlah! Aku nak
mandi!” aku berlalu
pergi meninggalkan Julia.
Tak jadi kerja
kalau menghadap minah
gedik ini.
0 komen:
Post a Comment