BAB
7
IJAI datang ke
rumah aku pada
hari ini. Seperti
biasalah, kami melepak
di pangkin di
halaman rumahku. Berbual sakanlah
aku dengan dia. Sahabatku
ini banyak mulut.
Macam-macam cerita yang
dia kongsikan dengan
aku.
“Aku rasa
kan, tiap-tiap petang
aku nak datang
melepak kat sinilah.
Memandangkan kau dah
ada skandal baru
sekarang. Aku rasa, tak
ada masalah kalau aku
melepak kat sini.”
Ijai berkata selamba.
“Skandal baru?!”
terkejut aku.
“Sepupu kau itulah.” dia
memuncungkan mulutnya ke
arah Aizat yang
sedang membaiki basikal
usang mak itu.
Aku mencemik spontan.
“Heeee. Tak
rela.” Aku tayang
muka meluat.
“Asal pulak
tak rela? Dia handsome
apa? Dah kecoh
satu kampung yang
kau dengan dia
digosipkan bersama. Tak
adalah aku kena
gosip lagi dengan
kau.” jawab Ijai
selamba. Handsome kata Ijai?
Ah! Seribu kali
kacak pun kalau
perangai buruk buat
apa?
“Ah! Aku
rela kena gosip
dengan kau dari
digosipkan dengan lelaki
gila tak ada
adab tu!” aku
jawab jujur. Suaraku,
terrrrrrkuat sikit.
Gedegang!!! Aku
dan Ijai sama-sama
berpaling ke arah
bunyi itu. Aizat
bercekak pinggang menghadap
basikal yang sudah
terbaring lesu di
atas tanah. Lesu?
Untuk basikal? Sesuai
ke, Melur? Ah!
Apa-apalah. Yang pasti,
aku dapat melihat
wajah cemberut Aizat.
Macam nak makan
basikal itu saja
gayanya.
“Kau ni!
Menyusahkan aku betul!
Menyakitkan hati aku!
Pedihkan biji mata
aku aje! Dahlah rupa tu
buruk!”
Aizat menyepak-nyepak basikal
yang dibaikinya dahulu.
Aku pandang Ijai,
Ijai pandang aku
semula. Dia terlopong.
“Aku terasa
hatilah. Rasa macam dia cakap
kat aku aje.”
bisik Ijai ke
telingaku. Mungkin dia
takut dengan amarah
Aizat agaknya. Muka Aizat nampak
bengis sungguh.
“Kenapa dia
nak cakap kat kau
pulak?” bisikku semula.
Tak faham kenapa
mesti Ijai berkata
begitu? Tak ada
tujuan Aizat nak
marahkan dia. Dia
bukannya buat kacau
pun dengan Aizat.
Kemudian, telinga aku
tadah, menanti jawapan
dari Ijai. Mata
kupejam. Geli bila
Ijai mendekat.
“Mungkin dia jealous
dengan aku?” Ijai
berbisik semula. Kali
ini dia tadah
telinga. Giliran aku
pula berbisik ke
telinga Ijai.
“Tak pasal-pasal
nak jealous. Aku tak
rasa dia jealous pun.”
aku berbisik semula.
Aku tadah telinga
kananku dengan mata
terpejam sementara menanti
input terbaru masuk.
“Habis tu,
takkanlah tiba-tiba dia
nak mengamuk macam
tu? Basikal tu
tak adalah buruk
mana pun aku
tengok. Aku rasa
aku lagi buruk
daripada basikal tu.
Mungkin dia tujukan
kat aku...” kata
Ijai dengan nada tidak senang.
“Mengutuk!” jerkahannya
tepat di tepi
telinga sebelah kiriku
membuatkan aku terloncat
dari pangkin. Bukan
aku sahaja. Ijai
juga turut terloncat.
Entah masa bila dia
ada dekat sini?
Bergegar gegendang telinga
aku bila dengar
dia pekik sekuat
itu. Itulah, sedap
sangat mengutuk sampaikan
tak sedar dia
dekat sisi aku!
“Eh! Tak
adalah, bang!” Ijai
garu belakang telinga
dengan sengihan takut-takut.
“Macamlah aku
tak dengar. Korang
ni berbisik ke
pakai mikrofon haa?!”
jerkahnya. Bahu kami
terhinggut. Terkejut.
“Kenapa tu?”
suara lain menyampuk.
Ah!! Aku tak
suka pendatang asing
tanpa izin ni! Leha berlenggang-lenggok menghampiri
Aizat. Dia nak
apa datang ke
mari? Tak berjemput
pun sibuk nak
menempel kat sini. Mahu
saja aku halau
balik.
“Tak ada
apa, Leha. Abang
saja je. Menyakat
budak-budak ni.”Aizat terus cover
macho. Nada suaranya
terus menurun.
Aku pandang
Ijai dan kami
sama-sama mencemik. Menyakat
apa? Muka dia
nak menyakat orang?
Aku berani kerat
telingalah! Dia takkan
menyakat punya! Nak
gugur jantung kami
kena jerkah tadi.
Menyakat apa macam
tu? Sampai pucat
macam siamang dah
aku tengok muka
Ijai ni. Eh,
siamang pucat ke?
Aizat dan
Leha beriringan ke
tangga. Aku menjelingnya.
Ijai mendengus. Barangkali
dia masih geram
apabila dijerkah begitu
tadi. Kami kembali
duduk di pangkin.
Berbual topik lain
yang langsung tiada
kaitan dengan si
samurai. Sekejap-sekejap aku
lihat Ijai menggosok
dadanya. Mungkin debaran
akibat dijerkah Aizat tadi masih
berbaki. Trauma sahabatku.
Sekali-sekala aku
terdengar si Leha
tergelak manja. Mataku
automatik menyorot ke
arah Aizat. Wajahnya
tidak kelihatan seperti
orang yang sedang
melawak.Jadi, atas alasan
apa Leha ketawa
semanja itu?Pelik aku
dengan Si Leha
ni.
“Abang nyanyikanlah
Leha sebuah lagu.”
Leha membuat permintaan.
Aku yang
mendengar ini mula
rasa mual. Aku
menjulingkan mataku dengan
perasaan sebal. Ijai di hadapanku
pula sibuk mengejek-ejek
kegedikan Leha itu. Tergelak aku melihatnya. Ijai
memang anti sungguh
dengan Leha. Itu
yang dapat aku
rumuskan. Dari kecil
lagi sebenarnya dia
memang tidak sukakan
Leha! Leha gedik.
Leha lembik. Leha
kaki repot. Dari
dulu lagi itulah
komennya pada Leha.
“Nak abang
nyanyi lagu apa?”
soal Aizat melayan.
Huh! Berbulu telinga
aku mendengar bahasa
mereka. Abang-Leha? Muntah
sepuluh kali pun
tak mampu menghilangkan
rasa mual di
tekakku ini.
“Lagu Radja.
Takkan Melupakanmu.” pinta
Leha mengada-ngada sambil
memintal-mintal rambutnya yang
berkerinting macam bulu
biri-biri itu. Badannya
pula terlentok-lentok. Nak
muntah aku menengoknya.
“Hmm. Kejap...”
dia membetul-betulkan tali
gitarnya sebelum dipetik.
Terindah, lagu
yang terindah.
Sengaja aku
cipta, untukmu yang
terindah!
Semoga dapat
meluluhkan segala keraguan.
Semoga dapat
menghancurkan kerasnya batu
prasangka...
Aku takkan
melupakanmu.
Takkan meninggalkanmu.
Takkan menduakan
cintamu kubersumpah...
aku, tak
ingin mengingkar janji,
tak ingin
menjadi duri,
tak
ingin menjadi api
cinta yang membara.
Nak tercekik
aku melihat renungan
tajam Aizat sepanjang
dia menyanyikan Leha
lagu itu. Eh?
Macam tuju kepada
aku pula. Leha duduk dekat depan mata
dia sahaja! Saja
aje nak tunjuk
muka bengis dia itulah. Dah
tak ada kerja
lain. Apa dia
ingat aku takut
dengan muka kerek
dia tu?!
“Abang...” panggilku
pada Ijai mengajuk
cara Leha sambil
memintal-mintal rambutku. Ijai
tergelak.
“Yaaaa, Melur.”
Ijai melayan semula
dengan muka perasan
kacaknya itu. Aku tahan gelak.
“Nyanyikan Melur
satu lagu.” aku
mengerdip-ngerdipkan mataku dengan
gedik. Mengejek si
Leha. Leha kukerling.
Muka dia masam
mencuka. Muka Aizat
pula dah macam
cemberut. Bengang barangkali
kerana kami mengejek
orang kesayangan dia.
“Melur nak
abang nyanyi lagu
apa?” soal Ijai
melayan lagi.
“Abang nyanyikan
Melur lagu...” aku
memikir-mikir.
“Lagu....” aku
memikir lagi. Alamak!
Lagu apa erk?
“Dah tak
ada kerja lain?!!”
jerkah Aizat tiba-tiba.
Terloncat lagi aku
dengan Ijai dibuatnya.
“Aku balik
dululah weh! Nak
pergi klinik. Check jantung.”
Ijai terus bangkit
mengurut dada. Terkejut
dijerkah Aizat. Aizat
ni memang kaki
jerkah orang sungguhlah!
Dah biru muka
Ijai tu aku
tengok! Terkejut sungguh
gayanya.
“Blahlah kau!”
jerkahnya lagi.
“Aku nak
blahlah ni.” Ijai
turut meninggikan suaranya.
Motor dihidupkan dan
dia berlalu begitu
sahaja tanpa melambai
ke arahku seperti
biasa. Tergamam aku!
“Aizat! Melampaulah
sampai menghalau kawan
saya!!” aku menjerkahnya
semula. Memang pantang
betul aku bila
ada yang berkasar
dengan Ijai. Ijai,
sahabatku semenjak aku
kecil! Dari tadika
lagi... dan, ya!
Aku sudah tidak
mogok suara dengannya.
Kesabaran aku sudah
hilang.
“Aku peduli
apa? Ni tanah
Mak De aku!
Rumah arwah mak
aku!” dia menjerkah
aku pula.
“Okey! Leha,
kau pergi berambus
sekarang!!” aku menghalau
Leha pula. Leha
terkujat di situ.
“Kau ni pehal?!”
jerkah Aizat semakin
meninggi. Mak sudah
turun rumah! Menyaksikan
pergaduhan kami.
“Melur... Aizat...”
mak menegur.
“Peduli apa
saya? Ni tanah
mak saya!” jerkah
aku pula. Sengaja
memulangkan paku buah
keras. Bagi dia
rasa.
“Melur!!” suara
mak naik satu
oktaf. Terkejut agaknya
bila aku menghalau
anak dara orang
keluar dari halaman
rumah kami.
“Kau berambus!”
jerkahku lagi kepada
Leha tanpa memperdulikan
amarah mak.
Tak mengapa,
aku sanggup menanggung
amarah mak berbanding
menyaksikan Aizat melayan
sahabatku dengan buruk.
Leha berlari balik
dengan air mata
mula merembes. Padan dengan muka.
Ingat aku hairan
dengan air matanya.
Aizat sedikit pun
tidak memandang ke
arah Leha yang
merebas lari itu
malah matanya mencerun
tajam memandangku. Aku
tahu dia marah
pada aku tetapi
aku peduli apa?
“Melur, tak
baik berkasar.” mak
aku menegur dengan
tegas.
“Dia dulu yang
berkasar. Dia dulu
yang halau kawan
Melur.” aku membentak
geram lantas berlari
masuk ke rumah.
Sakit sungguh hati.
Apa-apa sahaja yang
melibatkan pergaduhan aku
dengan Aizat, pasti
aku yang dipersalahkan.
“MELUR tak patut
halau Leha.” Tegur
mak sewaktu aku
menonton televisyen. Mataku
menyorot ke arah
sekujur tubuh yang
duduk di jendela
sambil memeluk gitar.
Wajah yang menaikkan
darah aku. Saat
mata kami bertentang,
laju sahaja aku
menjelingnya.
“Dah Aizat
tu halau Ijai
dulu. Macamlah dia
ada hak nak
halau kawan Melur.
Melur tak pernah
pun nak tengking
Leha macam dia
tengking Ijai sepanjang
Leha menyotong dekat
depan rumah tu.”
Aku membebel. Mak menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Melur...” mak
nak buka kitablah
tu.
“Salah saya,
Mak De.” Tiba-tiba
dia mencelah dan mengaku salahnya.
Terdiam mak dibuatnya.
“Sedar pun.”
Aku mengomel tetapi
mak mendengarnya kerana
dia mencubit lenganku.
“Kamu berdua
ni asyik bergaduh
saja. Tak penat
ke? Tak nak
ke cuba berbaik?
Berbual macam adik
dengan abang?” soal
mak pula. Lembut.
“Saya tak
boleh, Mak De.
Dia bukan adik
saya. Dan dia
takkan pernah jadi
adik saya. Mak
De pun tahu
kenapa. Saya minta
maaf atas kejadian
tadi. Takkan berulang
lagi, saya janji.
Saya minta maaf
dekat Ijai nanti.
Saya minta diri
untuk mandi.” kata
Aizat sambil turun
dari jendela dan
meninggalkan kami begitu
sahaja.
“Kereknya dia!
Tak nak Melur
jadi adik dia
konon. Macamlah Melur
ada isi borang
nak jadikan dia
abang Melur. Perasan
teruk dia tu!”
kutukku dengan geram.
Mak tersenyum.
“Maksud dia
tu lain. Kamu
aje lurus bendul!”
mak aku menyekehku
sebelum melangkah ke
biliknya. Aku mendengus.
Maksud lain apanya?
Takkanlah teruk sangat
tahap lurus bendul
aku ni kalau
kata-kata yang dah
jelas begitu masih
aku tak dapat
tangkap maksudnya? Membohong!
“IJAI!” panggilku
sedih.
“Hmm.” Ijai
menyahut acuh tak
acuh.
“Wey, sepupu
aku tu memang
macam tu, kau
janganlah tak datang
rumah aku lagi.
Nanti siapa yang
nak berkawan dengan
aku?” aku bersuara
sayu. Dia di
hujung talian menghembus
nafas. Kesian dia,
tak pasal-pasal jadi
mangsa amarah Aizat
yang datang bulan
bintang tu. Sakit
hati aku melihat
sahabat karibku dilayan
begitu.
“Kau kawan
ajelah dengan dia.”
Kata Ijai dengan
suara mendatarnya. Masih
terasa agaknya dengan
layanan buruk Aizat
terhadapnya.
“Tak ingin
aku.” Aku menjulingkan
mata ke atas
biarpun Ijai tidak
nampak.
“Dia jealous dengan
aku tu. Aku
rasa dia suka katkaulah, Melur.”
Ijai berkata dengan
nada serius.
“Ah! Tak
ada maknanya! Baik
kau jangan cakap
macam tu. Benci
aku.” aku mendengus.
“Betullah. Dia
menyanyi tadi pun
pandang kau. Lepas
tu kita gelak-gelak,
dia boleh mengamuk.
Padahal tak ada
sebab pun untuk
dia mengamuk, kan?
Melainkan dia cemburu
tengok kau ketawa
riang ria raya
dengan aku.” Ijai
mengukuhkan lagi tuduhan
palsunya.
“Ah! Muntah
berdarah aku kalau
kau cakap macam
tu lagi! Weh,
tadi tak sempat
nak tanya kau
pasal projek kita.”
aku cuba mengubah
topik. Suka tang
mana? Suka menyakitkan
hati aku, ya!
Ya sangat!
“Ha ah!
Dialah menyibuk. Dah
lupa nak cakap
pasal tu...” dia
berkata pulak. Bengang
aje nadanya. Aku
tergelak.
“Besok kau
datang, kita bincang
erk.” aku cuba
memujuk dia untuk
datang ke rumahku
lagi. Habis, siapa
lagi yang boleh
temankan aku pada
setiap petang kalau
bukan dia?
“Hmm, malaslah.
Kita lepak kat
kedai ABC jelah.
Aku belanja sampai
kau naik lelah.”
ujarnya memancingku.
“Cantik! Tapi...
apa kata Hasyim
nanti kalau dia
nampak kita?” soalku.
Hasyim tu bagaikan
hantu! Semua orang
takut terserempak dengan
dia!
“Aku yakin,
Hasyim takkan fitnah
kau dengan aku
lagi dah. Dia
kan sekarang sibuk
nak fitnah kau
dengan sepupu kau?
Hasyim tu bukan
boleh orang dekat
dengan Leha dia.”
selamba sahaja dia
berkata.
Ya, memang
Hasyim tu ada
hati pada Leha.
Silap hari bulan,
dia paksa Aizat
tu kahwin dengan
perempuan lain asalkan
tak usik Leha
dia. Berebutlah kau
orang berdua dekat
Leha tu! Entah
apa yang istimewa
sangat dengan manusia
tak ada tulang
tu pun aku
tak tahulah.
“Hmm. Yelah-yelah.
Besok pukul berapa?” soalku. Aku
ni memang pantang
jika diumpan dengan
ABC. Mudah sahaja
untuk aku menurut.
Ijai memang sedia
maklum akan kelemahan
aku.
“Besok pukul
empat.” jawabnya ringkas.
“Pukul empat?”
aku menyoal tak
puas hati. Apa
pasal lewat sangat.
“Yalah! Memanglah
besok hari cuti
aku tapi aku
kena check getah mak
aku dulu.” dia
berkata. Dia ni
kuat bekerja. Itu
pendapatku. Malah, dia
tidak lokek untuk
membelanjaku. Setiap kali
berduit, ada sahaja
barang yang diberikan
kepadaku. Dia memang
begitu semenjak kecil
lagi. Suka bersedekah.
Emak dan arwah
abahnya pun begitu
juga. Bapa borek
anak rintiklah katakan.
“Yalah-yalah. Aku
tunggu.” aku meletak
gagang telefon dan
tersengih. Cantik!
“Ekhem!” aku
terkejut. Tengok muka
yang berdeham ni,
terus senyumanku mati.
Huh! Dia lagi,
dia lagi! Kalaulah
dia tahu betapa
bencinya aku pada
dia...betapa aku rasa
nak tampar-tampar dahi
dia dengan tapak
kaki gajah... Huargh!
Tak nak tengok
muka dia lagi!
Benci sangat. Tak tahulah kenapa.
“Nak ke mana besok?”
soalnya.
Aku buat
pekak sahaja. Malas
nak membalas katanya.
Setiap kali aku
buka mulut, ada
sahaja benda yang
tak kena. Lebih
baik aku berdiam
sahaja. Lagi satu,
untuk apa dia
ambil tahu ke
mana aku nak
pergi besok? Bukan
urusan dia pun
dan tak ada
kena mengena langsung
dengan dia.
“Aku tanya
kau nak pergi
mana, besok? Pekak!”
dia menaikkan suaranya.
Amboi, main kasar
nampak sampai pekak-pekakkan aku!
“Awak tu
siapa sibuk nak
ambil tahu?!” aku
menjelingnya.
“Ada projek
apa? Kau nak
buat projek tak
senonoh ya?” soal
dia menyerkap. Sinis.
Aku rasa nak
cangkulkan sahaja kepala
dia. Sungguh aku
sakit hati! Sesuka
hati nak tuduh
aku buat benda
tak senonoh. Dia
ingat aku ni
apa?
“Curi dengar
perbualan orang!” aku
memarahinya. Kaki kuhentak
geram dan masuk
dalam bilik. Semenjak
dia duduk di
rumahku ini, kuakui,
tumit kaki aku
dah mula retak
sebab aku suka
jalan hentak-hentak. Tunjuk
protes!
“Mak De,
tengok si Melur
ni dah pandai
nak buat maksiat
dengan budak selebet
tu!” mengadu?! Heeeee!
Makin tambah satu
darjah rasa benci
aku pada dia.
Sumpah pun! Ijai
dipanggil selebet? Dia
apa kurangnya?
“Melur nak
buat apa?” soal
mak bercekak pinggang.
Aku tak jadi
masuk ke bilik.
Hanya berdiri tegak
di depan pintu.
“Mana ada
buat maksiat pun!”
aku membentak.
“Habis, ‘tadi
tak sempat nak
tanya kau pasal
projek kita’ tu
apa?? ‘Takut Hasyim
nampak’ tu pula
apa?” soal Aizat.
Heee, dia ni
memang melampau. Dahlah
curi dengar perbualan
orang. Selepas itu,
boleh pula dia
fikir negatif terhadapku.
“Apa ni
Melur?” suara mak
sudah naik satu
oktaf.
“Melur nak
bincang projek Melur
dengan Ijailah! Sibuk
aje dia ni!”
aku menjeling Aizat.
Mak ketawa.
“Ingatkan apa
tadi. Aizat dah
salah anggaplah tu.
Janganlah marah-marah. Kalau
Melur marah-marah macam
tu, lagilah orang
percaya yang Melur
nak buat bukan-bukan.
Nanti bagitau mak
apa perkembangannya.” mak berpesan. Aizat
dah nampak ternganga-nganga. Tak tahu nak
menyampuk celah manalah
tu? Mak aku
pun tak marah-marah
aku.
“Projek apa
ni Mak De?”
soal Aizat. Huh!
Sibuk saja nak
tahu.
“Adalah projeknya.”
mak pun berahsia.
“Dia nak
keluar pukul 4
petang besok. Itu
yang saya tanya
projek apa?” dia
mengadu lagi. Hey,
makin sakit hati
aku dengan Samurai
ni.
“Lah! Tak
boleh bincang depan
rumah aje ke?”
soal mak memandangku
dengan dahi berkerut.
“Lepas kena
halau dengan samurai
ni, dia dah
tak nak datang
rumah lagi. Besok
kitorang bukan pergi
jauh pun. Dekat
kedai ABC tu
aje. Ijai dah
cakap, dia nak
belanja Melur sampai
lelah.” aku bercerita.
“Oh, pergilah.
Jangan minum ais sampai lelah!
Letih mak nak
hantar ke hospital
nanti. Aizat, besok kamu temankan
dia.” selamba mak
berpesan.
“Eh! Orang
tu tak nak
datang rumah sebab
tak nak tengok
muka dia! Buat
apa mak suruh
dia pergi? Nak
memburukkan lagi keadaan?”
soalku tak puas
hati.
“Tak elok
pergi berdua. Kamu
tu dahlah nak
bincang pasal kahwin
dengan si Ijai.
Nanti karang kalau
telinga lintah Astro
tu dengar, merasalah
kamu lagi kena
fitnah.” mak menggeleng-gelengkan kepalanya.
Hasyimlah tu orangnya.
Hahaha! Kan dah
lekat panggilan Astro.
“Pergi dengan
dia pun sama
aje kena fitnah!”
aku menjelingnya. Aizat
nampak ternganga. Muka
dia tiba-tiba memonyok.
“Biarlah dia
pergi. Dia dah
tak sabar sangat
nak nikah tu.”
perlahan sahaja suaranya
keluar. Kenapa pulak
muka dia macam orang frust
menonggeng ni? Dia
syok kat aku
ke? Eh? Teruknya
aku perasan!
“Nanti apa
kata tunang si
Ijai tu kalau
si Astro tu
buat fitnah lagi?
Berdua-duaan macam tu,
tak elok. Dia
tunangan orang. Aizat
temankanlah si Melur
ni. Mak De
risau jadi fitnah
pula nanti!” mak
berpesan pula. Dari
riak mak, aku
tahu mak tak
nak fitnah tersebar
lagi.
“Oh! Dah
bertunang rupa-rupanya budak
selebet tu! Tak
apalah, besok saya
temankan Melur ni
ya, Mak De?
Jangan risau. Akan
saya pastikan Melur
selamat pergi dan
selamat sampai ke
rumah.” muka bukan
main bahagia lagi
dia. Hek eleh! Tadi muka
hampa sangat. Huh! Kalau dia tak teman
lagi selamat hidup
aku!
“Sibuk aje.”
ngomelku sendiri.
“Melur!” mak
menegur. Humph! Tak
boleh usik sikit
pun anak emas
dia. Bengang betul
aku! Tak faham
aku,kenapa mak dengan
abah sibuk sangat
nak jaga hati
dan perasaan Aizat?
Perasaan aku pula
bagaimana?
“Alah, cakap
macam tu pun
marah. Sayang sangat
dekat dia...” aku
memprotes dan terus
meninggalkan emak dan
si Samurai. Lebih
baik aku berkurung
saja di dalam
bilik. Lagi tenang
jiwa aku. Tak
adalah kena hadap
muka dia dua
puluh empat jam.
Kurang best!
ReplyDelete