BAB 14
SEWAKTU kakiku
hendak melangkah ke
pangkin, tanganku ditarik
kuat dari belakang.
Ya Allah! Terkejut
sungguh aku jadinya.
Heeee. Nyaris tak
tertumpah asam pencicahyang
aku bawa di
tangan kanan ini.
Aku nak makan
buah mangga muda yang dicicah
dengan kicap di
pangkin. Buah mangga
muda sudah setia
menanti di pangkin
sana dibawa pulang
oleh Alongku dari
KL beberapa hari
lepas. Aku berpaling.
Aku dah agak
dia! Hanya dia
yang rajin berkasar
begini denganku. Tiada
orang lain!
“Aizat, kenapa
awak suka sangat
tarik tangan saya
macam ni?” aku
mengamuk.
Dulu pun
dia tarik tangan
aku macam ni. Apa dia
ingat tangan aku
ni untuk dibuat
tarik tali ke?
Dia memang suka
membuli aku bila
mak abah tak
ada kat pandangan
mata. Aku nak
melepak dekat pangkin
pun payah! Semua
disebabkan dia. Mana-mana
aku pergi aje,
mesti dia ada
sekali. Aku merentap
tanganku dengan kasar
dan berjalan ke
pangkin dan melabuhkan
punggungku ke situ.
“Suka hati
akulah. Aku nak
tarik tangan kau
ke, nak tarik
kau ke.” dia
berkata selamba lantas
melabuhkan punggungnya ke
sebelahku. Aku mengesot
menjauhinya.
“Nak apanya?”
aku menyoal dia dengan geram.
“Tak ada
apa. Kau nak
makan sedap sorang-sorang
aje kan? Tak
ajak aku.” bebelnya.
Aku mencemik. Nak ajak dia
untuk makan dengan
aku? Blah la!
“Buat apa
nak ajak awak
makan? Kalau awak
makan sedap, bukannya
nak ingat saya.
Balik-balik si Leha
patah leher tu
jugak yang awak
sibukkan.” aku menjelingnya
geram.
“Kau jealous erk?”
soalnya dengan kening
terangkat-angkat.
“Tak ada
masa.” Aku menjelingnya
terbalik.
“Eleh. Nampak
sangat kau jealous.” Yakin
benar dia. Tak
ada masa aku
nak cemburu! Bukan
dapat apa pun.
“Saya cakap
benda yang betul.
Buat apa nak
makan ajak awak? Awak makan
apa-apa tak pernah
ajak saya.” aku
mengulang kata-kataku. Dia
terdiam seketika.
“Okay, salah
akulah tak ajak
kau makan.” ujarnya
tanpa riak bersalah.
Mengaku salah tapi
riaknya? Tak bersalah.
Tak faham aku.
Memang aku takkan
pernah faham lelaki
macam dia ni.
Pelik!
Dia mencapai
pisau di atas
pangkin dan mengambil
sebiji buah mangga
lalu dikupas-kupasnya laju. Aku pula
yang terasa seriau
melihat kepantasan dia
menggunakan pisau. Tak
takut terhiris tangankah?
Sesudah itu,
dia membasuh buah tersebut di
paip yang berdekatan
sebelum kembali duduk
di sebelahku. Macam
itu aje? Aku
tak pelawa pun
boleh pula dia
menyibuk. Buah mangga
di tangannya dihirisdan
sesekali buah tersebut
dihulurkan kepadaku. Aku
menyambut dan mencicah
sebelum menyuap ke
mulut.
“Cicahkan untuk
aku.” dia meminta
sambil tangannya sibuk
menghiris buah itu.
Aku menurut. Ambil
sehiris buah mangga
muda dan cicahkan
untuk dia.
“Suapkanlah. Itu
pun nak kena
bagitau ke?” soalnya
kerek. Aku mendengus.
“Awak bukannya
tak ada tangan
sampai tak boleh
nak suap sendiri.”
aku mencemik.
“Aku pegang
buah ni.” dia
memberi alasan.
“Awak boleh
letak aje dulu
buah dan pisau
tu ke tepi.”
aku menyangkal kata-katanya.
Dia nak aku
suap? Sorry! Kalau dia
Aaron Aziz, baru
aku suapkan. Tak
payah suruh pun
terus aku suapkan.
Buah di tangan
masih tidak aku
suapkan ke mulutnya.
Dia meletakkan buah
mangga dan pisau
ke dalam dulang
lalu diangkat tanganku
dan dibawa ke
mulutnya.
“Terima kasih
suapkan aku.” ujarnya
bersahaja.
Ternganga aku.
Heeee. Kenapa dengan
dia ni?! Bila
masa aku suapkan
dia? Kadang-kadang aku
tak percaya dengan
cerita mak. Waktu
kecil-kecil aku dulu,
aku sangat manja
dengan Aizat. Manja
sampai selalu tidur
di ribanya. Itu
waktu kecillah. Aku
pun lupa. Pernah
ke? Eee, tak
rela nak membayangkannya sekarang.
“Gila!” aku
menjelingnya.
“Bakal laki
kau jugak yang
gila ni.” redha
sahaja dia dipanggil
gila.
Setelah puas aku
makan, aku bangkit
meninggalkan dia dan
alat-alatan yang aku
bawa tadi di
atas pangkin itu.
Biarlah dia yang
bawa masuk. Kali
ini tangan kiriku
direntap kuat sehingga
aku terduduk ke
ribanya. Cepat-cepat aku
bangun.
“Heeee, awak
ni kenapa? Gatal
sangat!” aku memarahinya
sambil tangan kanan
menampar kuat bahunya.
Dia hanya tersenyum
senget. Tangannya masih
tidak melepaskan tanganku.
“Biarlah. Aku
suka kau duduk
kat riba aku.”
dia jawab sambil
menyumbat sepotong buah
mangga muda ke
mulutnya. Dia mengunyah
dengan muka tak
ada perasaan. Geram
pula aku melihat
muka dia ni.
Kalaulah dia pacat,
nak aje aku
tabur garam dekat
dia bagi tamat
riwayatnya! Tapi... sanggup
ke aku nak
tengok dia mampus?
Gulp! Eh? Aku
ni kenapa?
“Eee, gatal!”
aku menjelingnya.
Aku cuba
melepaskan tanganku dari
pegangannya namun tak
berjaya. Dia pegang
aku sampai timbul
urat! Kasar sangat
dia ni. Apalah
nasib aku bakal
bernikah dengan orang
kasar macam dia
ni?
“Awak ni
kasarlah!” aku memarahinya.
“Memanglah kasar.
Aku lelaki. Takkan
kau nak aku
jadi lembut macam
sotong pulak!” dia
menjawab selamba.
Aku menahan
diri dari tergelak.
Tak dapat bayangkan
kalau dia betul-betul
selembut sotong. Warghh!
Keadaan dia sekarang
adalah lebih baik!
Aku lihat dia
juga menahan diri
dari tersenyum. Kenapalah
payah sangat nak
tengok dia senyum
ya? Kadang-kadang aku
fikir dia ni
terlalu menjaga ego
dia yang melangit
tu.
“Aizat, lepaslah.
Apa kata orang
nanti.” aku merungut.
“Diorang akan
kata, kau dengan
aku memang patut
menikah cepat-cepat.” dia
berbisik perlahan sambil
tersenyum dan mengenyitkan
matanya.
Subhanallah! Manisnya
senyuman dia. Patutlah
dia payah senyum.
Untungnya aku dapat
melihat senyumannya. Aku
tiba-tiba tersedar. Dah
lama aku perhatikan
dia sampai senyumannya
mati merenungku. Berdebar
sungguh hati aku!
“Tak ingin
saya menikah dengan
awak!” aku merungut
perlahan. Tak pasti
dengan hati sendiri.
Benarkah aku tak
ingin?
“Ye ke
tak ingin?” soalnya.
Aku mendengus.
“Kau duduk
semula, baru aku
lepas tangan kau.”
dia berkata separuh
berbisik. Aku menurut
lambat-lambat. Kenapalah aku
mudah terpukau dengan
dia? Ilmu apa
dia pakai entah?
“Melur, maksud
aku, duduk kat
tepi aku. Bukan
atas riba aku.”
dia menegur.
Mataku terbuntang.
Ya Allah! Aku
duduk elok kat
atas riba dia!
Apa ni, Melur?!
Gatalnya kau!! Cepat-cepat
aku duduk kat
tepi dia dan
memandang ke arah
lain. Dia tergelak
kecil. Sungguh, aku
nak tengok sangat
muka dia sedang
gelak tapi... aku
malu.
“Aku faham
keinginan kau untuk
duduk atas riba
aku, Melur. Tak
apa. Tak lama
lagi dah...” dia
berkata meleret.
“Aizat, tolong
jangan perasan!” aku
mendengus sambil tangan
kucepuk ke belakang
badan dia secepat
mungkin. Dia tergelak
akhirnya. Aku pandang
dia. Ternganga. Terkejut
melihat dia gelak.
Bila dia perasan
aku ralit perhatikan
dia, terus dia
diam.
“Kenapa kau
pandang aku macam
tu?” dia menyoalku.
Kekok.
“Suka tengok
awak gelak macam
ni.” aku mengaku.
Serius, terpukau!
“Well...
aku hanya gelak
dengan orang yang
aku...” dia terhenti.
“Orang yang
awak apa?” soal
aku tak sabar.
“Orang yang
aku...” jeda. “Ah!
Biarlah!” dia mendengus.
Aku terdiam sahaja.
Malas nak mendesak.
Orang yang dia
suka buli. Aku
tahu sangat, itu
jawapan dia. Tentu
dia tak sampai
hati nak bagitahu
aku macam itu.
“Kenapa kau
diam?” soalnya.
“Kenapa awak
suruh saya duduk
balik? Awak nak
apa?” soalku.
“Aku nak
kau.” jawabnya tanpa
memandangku. Dup! Berdebar
jantung.
“Apa kena
dengan awak ni
Aizat?!” terberdiri aku
mendengar kata-katanya. Dia
tersenyum. Tanganku ditarik
agar duduk kembali.
Dan aku pun
terduduk kembali di
atas pangkin itu.
“Jangan bagitau
aku yang jantung
kau dah berdebar
menyebut nama aku.”
ujarnya sambil tergelak
kecil. Aku jadi
pelik dengan dia
ni. Bukan main
ceria sangat dia
ni? Entah-entah dia
ni dah buang
tabiat nak mampus?
Heee, jauh-jauhkanlah. Aku...
tak sanggup kalau
dia mati! Memanglah
aku tak suka
dia tapi tak
adalah sampai doakan
yang tidak-tidak.
“Heee, tak
ada masa nak
layan awak ni!
Mental!” jeritku geram.
Aku berdiri dengan
spontan. Sakit hati
usah dikata.
“Di hati
ini tempatmu, bunga
melur... bukan di taman
yang indah, bunga
Melur...” dia menyanyi lagu
Tan Sri P.
Ramlee itu sambil
memejamkan matanya dan
melekapkan tapak tangannya
ke dada. Tapi
liriknya digubah sekali
lagi. Heee. Aku
tak faham betul
dengan dia ni!
Kenapa dia jadi
macam ni? Dia
buat aku berdebar!
Takkanlah dia suka
aku? Mengarut!
“Aizat! Tolonglah
jadi normal!” aku
bersuara geram.
“Laaa, kalau
aku jadi normal,
kau pulak yang menangis.” dia
bersuara dengan muka tenangnya itu.
Aku mendengus.
“Saya lebih
rela menangis.” aku
berkata selamba.
“Aku tak
rela nak terus
buat kau menangis.”
jawabnya pula.
Heee, dia
mendebarkan hati aku
sangat-sangat ni! Kenapa
dengan Aizat ni?!
Mana pergi perangai
samurai dia? Ini
lagi ganas dari
samurai tahu tak?!
Seramnya! Aku cepat-cepat
meninggalkan dia di
situ. Lantaklah! Mood dia
tengah senget tu.
Dapat aku
dengar dia tergelak
sakan. Mengejek akulah
tu. Malas aku
nak pusing tengok
dia. Buat jantung
aku semput mengepam
darah saja.
0 komen:
Post a Comment