Bab 6
“ABBY, ibu rindukan
anak ibu ni.
Sihat ke?” suara
lembut di hujung
talian menggetarkan naluri
Abby. Dia terlalu
rindukan ibunya. Baru-baru
ini dia ada
menelefon ibunya kerana
dia ingin mendapatkan
berita tentang si
ibu tetapi ibunya
tidak mengangkat sebarang
panggilan daripadanya. Jadi
dia menelefon abahnya
pula. Abah pula
tidak banyak bercakap.
Tapi abah kata
keadaan semuanya baik-baik
sahaja. Jadi Abby
mula berasa lega.
“Abby sihat
bu. Ibu pulak
macam mana?” Abby
menyoal ibunya di
dalam sendu. Bukannya
dia tidak boleh
balik ke kampung
yang terletak di KL
itu juga
tetapi dia yang
segan sendiri. Dia
tiada wang atau
cenderahati untuk dihulurkan
kepada ibu dan
ayahnya nanti. Dia
sudah tidak bekerja
lagi sekarang.
“Ibu macam
ini ajelah. Abby,
dah dapat kerja
ke dik?” ibunya
menyoal lagi. Ibunya
memang sentiasa memanggilnya
dengan panggilan manja
sebegitu. Maklumlah, dia
itukan anak bongsu
dalam keluarganya.
“Belum lagi
ibu. Nanti adik
usahakan ya? Ibu
meniaga tak sekarang?”
soalan Abby kali
ini dibalas dengan
keluhan.
“Itulah. Ibu
tak meniaga ni.
Dah seminggu lebih,”
ibunya bersuara lagi.
Lirih. Tentu ibu
sudah kehabisan wang!
Macam mana ni?
Aku belum mendapatkan
pekerjaan lagi.
“Lah, kenapa
ibu tak beritahu
awal-awal? Apa yang
menyebabkan ibu tak
meniaga lama macam
tu?” Abby menyoal
lagi. Prihatin sekali
nadanya. Ibunya mengeluh.
Aik, soalan dia
langsung ibunya tak
menjawab. Dia dapat
menghidu sesuatu.
“Ibu sakit
lagi?” Abby menyoal.
Lama ibunya mendiamkan
diri. Abby tahu
akan jawapannya! Ibunya
memang sakit dan
dia langsung tak
diberitahu.
“Tidak,” ibunya
menjawab sepatah.
“Ibu jangan
tipu adik,” Abby
menegaskan suaranya. Keluhan
ibu di hujung
talian membuktikan telahannya.
Abby menangis!
“BABE, aku rasa
aku nak terimalah
tawaran bekerja di
tempat bos hantu
kau tu,” Abby
akhirnya memberi kata
putus buat sahabatnya.
Matanya sembab akibat
menangis terlalu lama
malam tadi. Diela
tersenyum lebar. Kata-kata
Abby itu umpama
bulan jatuh ke
riba, duit jatuh
ke dalam kocek!
Dia sedang ketandusan
idea untuk memberi
alasan kepada bosnya
yang garang itu.
“Kau tak
menyesal ni?” soal
Diela yang sudah
tersengih sehingga ke
telinga itu.
Abby mengangguk
lambat-lambat. Separuh hatinya
seperti menyuruh untuk
dia menerima tawaran kerja
itu dan separuh
lagi melarang keras.
Gilalah! Kau dahlah
melatah, berani ke
kena jerkah hari-hari?
Silap hari bulan
kau yang menjerkah
bos kau semula,
Abby! Hati dia memberi
amaran. Abby menelan
liur. Alamak. Pahitnya!
Dia perlukan kerja,
tapi kondisi dia
juga tidak berapa
elok. Dia melatah
agak teruk!
“Sure?”
Diela menyoal Abby
sambil menjungkit-jungkitkan keningnya.
Abby menggeleng-gelengkan kepalanya
laju tanda tidak
pasti dengan keputusan
yang dibuatnya.
“Aku tak sure.
Langsung tak sure! Aku
cakap betul je,
aku terdesak sangat
nak bekerja kat
situ. Kalau tak
sebab terdesak, memang
haram aku tak
jejak kaki ke situ!” Abby
bersuara bengang. Dia
memicit-micit dahi yang
terasa pening tiba-tiba
itu. Tidak tahu
hendak membuat keputusan
yang bagaimana.
“Alahai, awat
tetiba emo ni
kawan?” Diela menyoal.
“Aku geram.
Ibu aku masuk
hospital baru ni
dia tak beritahu
aku. Takut aku
risaulah apalah. Bila
aku tanya pasal
dia punya bisnes,
boleh dia jawab,
ibu dah lama
tak meniaga. Geram
mana aku? Habis,
kalau aku tak
berikan ibu aku
duit, apa ibu
aku nak makan?
Sudahlah duit Along
aku beri, ibu
aku dah habiskan
bayar bil rawatan
dia. Langsung tak
cerita kat aku.
Sedih weh. Macam dianaktirikan pulak
aku rasa,” Abby
berkata geram. Terkilan
sebenarnya kerana dia
langsung tidak tahu
menahu nasib ibunya.
Air matanya
mula berlinang. Rasa
macam dirinya tidak
penting sahaja buat
ibunya. Mana boleh
ibunya merahsiakan perkara
penting seperti itu.
Dia berhak tahu
juga! Diela berusaha
menenangkan sahabat karibnya.
“Wey, janganlah
cakap lagu tu.
Ibu tu duk
risau kalau kau tau, kau duk abaikan
makan minum. Aku
tau sangatlah ibu
kau. Dia macam
ibu aku sendiri
dah. Usah sedih-sedih
na?” dia memujuk
Abby. Cis, mentanglah
tunang dia orang
utara. Boleh dia
berlagu tu lagu
ni dengan aku?
Getus Abby di
dalam hati.
“Aku sedihlah,
pasai dia selalu
sangat biaq aku jadi
orang yang terakhir
tau pasai kesihatan
dia. Awat, aku
ni bukan anak
dia ka? Awat
dia layan aku
lagu ni?” ambik Abby, dengan
kau-kau sekali dah
terikut cakap loghat
orang Utara! Diela
menelan senyum. Alahai.
Comel sungguh sahabat
karibnya ini.
“Kau ni, think
positive dear! Okeylah,
sekarang ni, kita
abaikan dulu bab
yang makan hati
sentap urat sendi-sendi
tu semua. Sekarang,
kau kena buat
keputusan rasmi, kau
nak atau tidak
bekerja dekat situ?
Aku tanya sekali
aje ni, lepas tu, aku
tak nak mau
tanya dah. Aku
cari hak lain
yang mana nak
bekerja kat situ,”
Diela menyoal dengan
nada mengugut. Eleh,
bukannya dia boleh
mencari pengganti tempatnya
dalam masa terdekat
ini. Abby mengeluh.
“Kalau aku
cakap tak, lepas
ni aku nak
makan apa pulak?
Aku bukannya anak
raja yang boleh
duduk goyang kaki.
Aku kena cakap
ya jugalah dalam
terpaksa,” Abby bersuara parau.
“Kau jangan
risau. Aku boleh
jadi sifu kau
nanti. Kau BBM
aku aje apa
yang kau kena
buat dan aku
akan balas terus.
Terus!” Diela mengulangi
kata-katanya dengan nada
yakin. Abby rasa
bersemangat mendengar kata-kata
Diela itu. Dia
menganggukkan kepalanya dengan
semangat yang mula
berkobar-kobar.
“SIAPA nama awak?”
Arrayyan menyoal sinis.
Dia memandang Abby
dari atas sehingga
ke bawah. Lagaknya,
tersangatlah bongkak. Buat
apa dia tanya
nama lagi? Bukan
ke Diela dah
beritahu dia pasal
aku? Siap disertakan
dengan resume lengkap lagi. Abby menggerutu
di dalam hati.
Abbysebenarnya tidak
tahu nak kata
apa. Dia tergagap-gagap. Kenapalah
Diela tidak memberitahunya dengan
lebih spesifik tentang
ketampanan bosnya ini.
Sumpah air liurnya
hendak meleleh keluar
apabila melihat wajah
tampan Arrayyan. Matanya
yang bundar berwarna
kelabu dan berbulu lebat.
Mata yang kuyu
sedikit. Cantik! Lelaki,
kalau dah matanya
cantik, maka dia
akan selamanya cantik
di mata Abby.
Betul ke?
Beralih pula
ke hidung mancung
mencacaknya. Alahai. Kalau
ada hidung macam
ini, baik aku
nak buat frame aje.
Getus hati Abby.
Cantiknya. Terpacak elok.
Bibirnya yang bergerak-gerak lembut
kelihatan sangat sesuai
dengan setiap isi
mukanya. Tidak besar
dan tidak kecil.
Sedang-sedang sahaja. Eh,
kejap, bibirnya yang
bergerak-gerak? Bergerak?!!
“Saya tanya
awak, apa nama
awak cik? Awak
tak nak perkenalkan
diri awak kepada
pekerja semua ke?”
Arrayyan mengulangi soalannya
tadi. Kali ini
nadanya kedengaran begitu
tegas. Abby tersedar
dari lamunannya. Aduhai.
Kereknya bos aku
ni.
“Nama saya
Nur Baity Jannati
binti Razali,” jawab Abby kalut.
“Hai, takkan
nak panggil Nur
Baity Jannati binti
Razali? Sempatlah client menciput
lari dulu daripada
mendengar nama panjang
awak tu,” wajah
Abby bertukar kelat.
Kan dah kena
sebutir! Aduhai. Semua
pekerja di hadapan
mereka menahan senyum.
Awal-awal lagi dah
kena sound. Macam
tak percaya sahaja
Abby bahawa lelaki
inilah insan yang
sering dikutuk Diela
selama ini.
Muka macam
baik aje? Tapi,
luaran kan?
“Err. Awak
semua boleh panggil
saya Abby. A-B-B-Y,”
Abby menjawab pula.
Satu soalan ditanya,
satu soalan dijawab.
Begitulah keadaan dia
dari tadi. Bercakap
sambil memandang sekilas
ke arah pekerja-pekerja Arrayyan
yang tidak berkelip
memerhatikan dia macamlah
dia terlepas dari
Zoo Melaka. Dia
hanya mampu tertunduk
menekur lantai. Kekok
sangat! Beberapa kali
jari yang sama
dipatah-patahkan. Itu tabiat
dia ketika sedang
menggelabah. Riak sahaja
nampak tenang sedangkan
lutut dah nak
tercabut sebenarnya.
“Cik Abby,
saya rasa nak
cekik awaklah. Beritahulah
kedudukan awak dekat
sini sebagai apa?
Lagi, umur awak,
status dan sebagainya.
Saya rasa, kat
dalam ni ramai
pekerja yang bujang
sibuk nak tahu
tentang awak!” sinis
lagi. Abby rasa
macam tertelan tanah.
Arrayyan menyeluk kedua
belah tangannya ke
dalam kocek dan
kepalanya menunduk ke
bawah memandang kasutnya
yang hitam berkilat.
Segak sekali pandang.
Dua kali pandang,
masih segak lagi.
patutlah tak kahwin
sampai ‘tua’. Bersikap
perfectionist, plus, dia
memang perfect. Nak cari
bini pun kena
fikir banyak kali!
‘Lagak lelaki
ego, begitulah!’ desis
hati kecil Abby.
Arrayyan berdeham. Abby
tersedar dari khayalannya.
“Saya minta
maaf, tuan!” Abby
meminta maaf daripada
Arrayyan.
“Jangan panggil
saya tuan sebab
awak bukan bibik
saya. Saya pun
tak pegang pangkat
Inspektor atau Kapten
kat sini rasanya,”
kena lagi! Abby
menahan rasa sabarnya
di dalam hati.
Semakin menggila hinggutan
bahu pekerja-pekerja di
situ yang menahan
tawa. Salahkah kalau
dipanggil Tuan?
“Perkenalkan diri
awak!” arahan tegas
tetapi perlahan daripada
Arrayyan. Abby mengangguk
tanda faham.
“Baiklah bos,
hai semua...” belum
sempat Abby menyambung
ucapannya, Arrayyan memotong.
“Hai? Sepatutnya
sebagai orang islam,
mulakan ucapan awak
dengan memberi salam,”
Arrayyan masih lagi
bertindak sebagai guru
Pendidikan Moral yang
mencari kesalahan pekerjanya.
Sabar Abby ya?
digenggam geram jemarinya.
Nafas sudah turun
naik. Dari tadi
Arrayyan asyik mencari
kesalahannya.
“Dah bos
potong saya cakap!
Macam mana saya
nak ucap salam?!”
ternyata Abby tidak
dapat menahan sabarnya.
Alahai. Abby itu
tersangatlah garang sebenarnya!
Semua pekerja terdiam
mendengar amarah Abby
itu. Tentu di
dalam hati mereka
sudah berdebar-debar. Berani
betul Abby melawan
kata bos? Arrayyan
sendiri pun bagaikan
ternganga dengan jawapan
keras daripada Abby
itu. Wah!
“Awak melawan
cakap saya?!” Arrayyan
membuntangkan matanya tidak
percaya. Abby menunduk.
Dia gigit bibirnya
separuh. Aduhai. Ke
mana perginya kesabaran
hati yang dipupuk sejak dia
menggenyeh mata yang
terkatup pagi tadi?
Hilang dibawa aruskah?
“Maaf, maafkan
saya bos, saya
dah terbiasa bercakap
dengan kawan saya
macam tu. Maaf,”
pinta Abby kalut.
Janganlah! Dia betul-betul
memerlukan kerja ini!
Dia tersangat perlukan
kerja ini. Dengan
keadaan ibunya yang
tak berapa sihat
itu membuatkan dia
dihurung rasa bersalah
kerana tidak dapat
memberikan wang belanja
buat ibunya.
“Itulah. Kawan,
dengan bos, besar
bezanya! Lain kali,
fikir dahulu dengan
siapa awak bercakap.
Bukan main hentam
sahaja. Saya tak
nak perkara ini
berulang lagi. Memandangkan
hari ini hari
pertama awak bekerja
di sini, jadi
saya akan menahan
rasa sabar saya.
Kalau besok, sabar
saya menghilang, jangan
berhenti secara drastik.
Sampai ke lubang
cacing saya cari
awak,” kereknya nada
dia. Rasa nak
sedekahkan batu kat dagu dia
biar terbelah dua.
“Maafkan saya, bos,” Abby
meminta maaf lagi.
Padahal di dalam
hatinya sudah berbakul
sumpah seranah ditadahkan
untuk bos kereknya
itu.
“Baik, sambung
apa yang tergendala
tadi,” Arrayyan bersuara.
Abby mengangguk-anggukkan kepalanya.
Dia kembali menghadap
pekerja yang setia
menanti ucapan pengenalan
daripadanya.
“Assalamualaikum. Saya
Nur Baity, kalian
semua boleh panggil
saya Abby. Saya
berumur dua puluh
lima tahun. Status
saya bujang, masih
belum bertunang dan
belum berkahwin. Saya
bekerja di sini
sebagai PA kepada
Encik Arrayyan binti
Dato’ Zainuddin menggantikan
tempat sahabat karib
saya Nor Adilah
binti Mukhtar,” Abby
memperkenalkan dirinya dengan
tenang.
Pekerja yang
lain dilihatnya sedang
terkekeh-kekeh ketawa. Dia
pelik. Arrayyan sudah
menggaru-garu dagunya. Matanya
memandang Abby dengan
tajam bagaikan sedang
mengancam ‘habitat’ dan
keselesaan Abby. Abby
tertanya-tanya di dalam
hatinya, ‘hey, why are
they acting so
weird?’
“Sebut balik
nama penuh saya,”
Arrayyan mengeluarkan arahannya.
Tegas. Lah kenapa
pulak? Arrayyan dilihatnya
sedang mengurut dagu
yang berjambang nipis
itu.
“Encik Arrayyan
binti... eh! Maaf!
Maaf! Encik Arrayyan
bin Dato’ Zainuddin.
Ya Allah bos,
saya minta maaf
sesangat!” Abby bersuara
serba-salah setelah menyedari
kesalahannya. Dia menekup
mulutnya yang terlopong
dengan tangan kanannya.
Pekerja-pekerja lain sudah
terbahak ketawa. Kecoh
pejabat itu dengan
gelak ketawa mereka.
Abby gigit bibir.
Muka Arrayyan sangat
menakutkan!
“Ada saya
suruh awak semua
gelakkan saya?!” mencerlung
mata Arrayyan memandang
ke setiap mata
pekerjanya. Semua terdiam
dan tertunduk menahan
gelak.
“Dan awak
pulak, Abby, mentanglah
saya cakap hari
ini saya kawal
kemarahan saya, berani
awak memperlekehkan saya?!”
Arrayyan menatap anak
mata coklat bundar
milik Abby. Abby rasa
bagaikan tertelan pasir.
Alamak! Tajamnya anak
mata Arrayyan. Arrayyan
mengalihkan pandangan matanya
ke arah pekerja-pekerjanya pula.
‘Diela ni,
aku suruh cari
pekerja yang telinganya
tak besar macam
dia, dia bantai
cari pekerja yang
bermata bulat macam
mata Koala pulak
dah! Takut aku
nak menengok matanya!’
Arrayyan mengomel di dalam hati.
Debaran di dada
menyurut perlahan-lahan.
“Maaf bos,
saya tak sengaja.
Bukan niat saya
hendak memperlekehkan bos!” Abby bersuara
dengan kalut. Keningnya
bertaut. Hari pertama
bekerja pun dia
dah mencari pasal
dengan Arrayyan. Bukannya
dia sengaja pun. Arrayyan tersenyum
sinis.
“Tak sengaja
konon,” dia tidak
memandang langsung ke
arah Abby. Lebih
selesa merenung pekerja-pekerjanya yang
lain. Tangan masih
di dalam kocek.
Sekejap-sekejap dibawa keluar
sekadar untuk mengurut
dagu dan kening.
Lelaki ego!
“Betul bos!” Abby menegakkan
lagi kenyataannya. Arrayyan
mengangguk perlahan-lahan. Rimas
apabila mendengar suara
Abby. Bersungguh-sungguh Abby
membela dirinya membuatkan
dia malas melayan.
“Sudah, sekarang,
semua boleh sambung
bekerja. Saya nak
awak, Abby, sediakan
air kopi dalam
cawan saya. Cawan
yang paling besar!”
arah Arrayyan dan terus dia
memboloskan dirinya ke
dalam bilik pejabatnya.Semua pekerja
berkerumun mengelilingi Abby
menghulurkan salam perkenalan.
“Hai, nama
akak, Rozieana. Abby
boleh panggil akak,
Kak Rozie,” Rozie
memperkenalkan dirinya terlebih
dahulu bersama huluran
salam. Abby menyambut
dengan senyuman mesra.
Jelas lesung pipit
kirinya yang dalam
itu. Tentu ada
pekerja lelaki bujang
yang bakal terpesona
dengan keayuannya nanti.
Atau dia dah
kahwin? Hehee..
“AkuSuzanna dan
ini partnerakuAzham,” Suzanna memperkenalkan dirinya
dan dia turut
memperkenalkan Azham yang
berdiri segak di
sebelahnya.
Azham tersenyum
cuma. Abby membalas
senyuman Azham. Abby
berkenalan dengan ramai
pekerja di situ.
Ada yang bernama
Fatin, Alia, Natasha,
Maira, Siti dan
bermacam lagilah nama.
Penat dia diserbu
ramai orang. Tidak
kurang juga dengan
jejaka bujang di
situ. Setelah hampir
lima minit diserbu
pekerja-pekerja di situ,
Arrayyan muncul.
“Mana kopi
saya?!” Arrayyan menyoal
tegas. Semua menciput
lari ke tempat
masing-masing sebaik sahaja
Arrayyan mula bersuara.
Bukannya kuat mana
seperti yang Abby
sangkakan. Mana ada
ribut petir taufan
apa pun? Tipu
aje lebih Diela
ni.
“Baik bos,
saya buatkan sekarang!”
Abby bersuara lantas
berlari ke pantri
dengan lajunya. Dia
harus menyediakan air
kopi untuk bosnya
dengan cepat sebab
Diela pernah berkata
bahawa bosnya tidak
suka menunggu. Tiada
sesiapa yang suka
menunggu...
0 komen:
Post a Comment