BAB 1
Tersimpul indah
ikatan ini,
Tersimpul sudah
di hentian nurani.
“SELAMAT pengantin
baru, Irqin!” pipiku
dikucup kiri dan
kanan. Aku tersenyum
bahagia sambil menunduk
hormat. Tubuhnya yang
kian berisi itu
kuraih ke dalam
pelukan. Lama.
“Terima kasih,
Farah.” ucapku terharu.
Dia sahabat karibku
yang menetap di
luar negara kini
atas alasan mengikut
si suami yang
bekerja di sana.
Sungguh aku tak
menyangka bahawa dia
sudi hadir juga
walaupun menelan belanja
yang banyak untuk
membeli tiket buat
seisi keluarganya.
“Rindu kat
kau, Qin!” luahnya.
Air mata mengalir
dari pelupuk matanya.
Aku ikut menangis.
Terharu. Ya, aku
juga merinduinya. Setiap
hari, pasti kami
akan berhubung melalui
Skype meskipun jarak
kami jauh beribu
batu.
“Bertuahnya aku
ada kawan macam
kau. Sanggup kau terbang balik
semata-mata untuk attend wedding
aku. Terharu sangat!”
air mataku mengalir
lagi. Dia ikut
menangis.
“Kau cakap
seolah-olah aku ni
bini Superman pulak
main terbang-terbang ni. Mana boleh
aku tak datang. Best
friend forever aku
nak kahwin! Gilalah
kalau aku tak
pergi. Kau sentiasa
ada untuk aku,
takkan aku tak
ada untuk kau?”
soalnya pula. Terharunya
aku! Air mata
semakin banyak pula
mengalir dek rasa
terharu dengan kesungguhan
sahabat karibku ini.
“Habis mekap
aku!” aku mengutil
lengannya dengan tangisan
bersisa. Dia tergelak.
“Not
my fault. Kau
yang cengeng. Dah
aku berjangkit sama.”
dia tergelak dengan
air mata yang
masih bersisa di
pipi.
“You
buat perempuan yang
I sayang menangis.
You ni
memang nak kena.”
pinggangku dirangkul dari
belakang. Dia datang
bersama senyuman manisnya.
Dia, Encik Rasydan,
bekas majikanku dulu. Farah
tergelak sahaja mendengar
kutukan Rasydan. Dia
dengan Rasydan pernah
berkenalan dulu. Jadi,
tidaklah mereka kekok
berbual dan bergurau.
“I tak
sengaja!” Farah berkata sambil
mengesat air matanya
yang masih bersisa
dengan ibu jari.
“Banyaklah you punya tak sengaja.
Sayang berbual apa ni?
Kenapa sampai menangis
ni?” soalnya sambil
merenung anak mataku.
Aku tersenyum. Sejuk
sungguh mata hati
memandang dia. Manis
sekali orangnya.
“I’m
just telling her
how much that
I’ve missed her.”
aku bersuara. Berbisik ke
telinganya dan dia
menunduk sedikit dek
kerana perbezaan ketinggian
kami. Kemudian dia
berkerut sedikit.
“Cakap rindu
pun menangis?” soalnya
tidak percaya.
“Yup.
We both girls.
Ah hem... women!
Faham-faham ajelah.” jawab
Farah sambil mengangkat
keningnya.
“You
berbual dengan wife I
dulu, ya? I
nak pergi layan
tetamu sekejap. Jangan
buat princess I menangis
lagi kalau tak,
I tak bagi
dia jumpa you lagi!”
pesannya berbaur gurauan
kepada Farah sambil
menyedekahkan senyuman paling
manis buat kami.
Sempat dia mengucup
keningku sehingga terpejam
mataku. Rasa hangat.
“Wow! Kau
dengan dia, sepadan
sangat. Serius! Kacaknya
dia pakai macam
tu. Kau tak ada rasa
bangga ke bersuamikan
lelaki macam dia? Perfect!” Farah
memuji. Aku tersenyum
simpul. Siapa menyangka?
Dia yang sekacak
itu menjadi suamiku
kini?
“Ya ke?
Aku rasa aku
tak padan dengan
dia. Aku ketot,
dia tinggi.” aku
tersengih. Farah cubit
lenganku.
“Heee. Sepadan
tu bukannya terletak
pada sama tinggi
ke sama rendah.
Sepadan tu terletak
pada sikap kau
orang sesama sendiri,
paras rupa kau
orang, the sweetness, the love!
Semua tu diambil
kira! Oh my Allah!
Tak sangkanya! You finally
get married!” Farah
berkata dengan muka
menghayati kata-katanya. Aku
tergelak sahaja. Dia
ini memang takkan
pernah lari dari
sikap Doktor Cintanya.
“Sweetness? Love? Oh! Tak sangka
aku ada semua
tu.” aku buat
riak terkejut. Farah
tepuk bahuku dengan
penamparnya. Aduh! Berbisa!
“Main-main kau
eh! Kau tunggu
malam ni. Memang
kau akan behave habis!”
Farah memberi amaran.
Kali ini aku
pula yang terdiam.
Liur ditelan. Alamak.
Kenapalah aku boleh
lupa pada agenda
malam ini? Malam
pertama! Malam yang
paling digeruni!!
“Farah, ajarkan
aku.” aku menelan
liur.
“You
don’t need me
actually. Well I
guess, he’ll be a great
mentor.” dia mengerling
ke arah Rasydan.
Aku telan liur
berkali-kali. Ini bermakna,
Farah tidak mahu
mengajarku. Malah, dia
mengharapkan Rasydan yang
mengajar? Gulp!
“HAPPY
tak, sayang?” soalnya
sambil duduk di
sisiku. Aku angguk.
Ya! Gembira. Majlis
perkahwinan yang selama
ini hanya wujud
dalam khayalanku kini
benar-benar menjadi kenyataan.
Kami menikah
dengan modal yang
habis hampir seratus
ribu! Itu semua
disebabkan kesungguhannya hendak
menunjukkan rasa cintanya
kepadaku. Ah! Anak
orang kaya bolehlah!
Pangkat pun besar.
Operation Manager di
syarikat yang sudah
gah. Biarpun banyak
kali aku melarang
kerana membazir, dia
tetap berdegil. Biarkan!
“Ada Farah
yang hadir. Tak
ada apa yang
dapat membuatkan Irqin
rasa tak puas
hati. Semuanya perfect!” aku
bersuara kagum. Dia
tersengih.
“Come.”
dia menggamit tanganku.
Aku bangkit dari
katil. Dia masih
duduk.
“Nak ke
mana?” soalnya.
“Abang kan
cakap ‘come’ tadi?” soalku
pula. Dia tergelak
kecil sehingga sepet
sedikit mata bulatnya.
“Here.
Duduk atas riba
abang.” dia menepuk
ribanya. Aku tersengih.
Salah anggap! Ingatkan
dia nak ajak
aku menari ke,
atau ke mana-manalah!
Rupa-rupanya di bilik
ini juga. Jangan
gemuruh, Irqin! Jangan
gemuruh! Aku mengingatkan
diri sendiri. Panik
sungguh rasanya. Berdegup
kencang saja jantungku.
Takutnya, Ya Allah!
“Biarlah. Abang
larat.” jawabnya selamba.
Aku duduk juga.
Keningku menjadi sasaran
bibir merahnya. Lama
sehingga terpejam mataku
menikmati kucupan hangat
itu. Benar-benar mendamaikan.
Benar-benar menyentuh perasaan.
Sebak sendiri aku
apabila dikucup begitu.
“I
love you, Nazreena.”
ucapnya. Aku tersengih.
Malu bila dia
memanggil nama pertamaku.
Payah untuk aku
dipanggil Nazreena disebabkan
sebutannya agak sukar
disebut berbanding Irqin.
“I
love you too,
Encik Rasydan Hakim!”
ucapku sambil tersengih.
Matanya terbuka. Senyuman
manis dilemparkan.
“Don’t
you ever call
me ‘encik’ lagi.
Zaman bekerja sudah
berlalu.” dia menongkat
dagunya ke bahuku.
Mengucup telingaku perlahan.
Aku cuba berlagak
tenang walaupun jantung
sudah terloncat ke
Sydney! Sungguh aku
segan berhadapan dengan
situasi seperti ini.
Terasa kekok. Tidak
tahu bagaimana mahu
gambarkan perasaanku sekarang.
“Tapi Irqin
suka panggil ‘encik’.
Menunjukkan betapa berkarismanya
suami Irqin ni.”
pujiku. Dia tersenyum.
Hidungku disentuh lembut
dengan jari telunjuknya.
“Good
reason. Tak nak
panggil Encik Hubby?” soalnya.
Aku menggeleng-geleng.
“I
think ‘abang’ is
better.” ujarku. Dia
tergelak kecil.
“Abang pun prefer
dipanggil ‘abang’. Lebih
sedap bunyinya. Lebih
hormat.” dia mengucup
telingaku sekali lagi.
Aku tersengih. Romantiknya!
Aku hanya menikmati
kucupan hangatnya. Dia
tidak terburu-buru. Legalah
aku. kalau dia
jenis yang terburu-buru,
meraung pun tak
guna. Dah jadi
suami pun.
“Abang ada
teka teki untuk
Irqin.” tiba-tiba dia
bersuara setelah lama
kami menyepikan diri.
Mungkin diri masih
terasa kekok. Kami
tidak pernah bersentuhan
kulit sebelum ini.
Malam ini, sentuhan
yang haram telah
pun dihalalkan. Debaran
di hati usah
dikata.
“Ya? Macam
mana bunyi teka-teki
tu?” soalku sambil
berpaling memandangnya. Hidung
kami bersentuhan. Terasa
panas desahan nafasnya
menampar wajahku. Jantungku
hampir saja berhenti
berdegup dengan situasi
ini.
“Teka-teki tu,
sayang kena bangun.
Berdiri di sebelah
abang.” ujarnya. Aku
menurut. Pelik semacam
sahaja teka-tekinya. Dia
membawaku ke hadapan
cermin.
Aku perhatikan
sahaja tingkah lakunya. Dia
menampal sticker
bintang-bintangku ke cermin.
Bertaburan bintang-bintang itu
di birai cermin.
Entah apa punya
pekerjaanlah yang dia
buat ni? Aku
pandang wajahnya melalui
cermin. Kacaknya dia.
Dia memeluk bahuku,
membawaku rapat ke
dadanya. Proses menampal
sudah pun tamat.
“Yang ni?”
soalku sambil ibu
jariku singgah ke
atas sticker bintang yang
berkilat itu. Aku
paling suka bintang
itu kerana sinarnya
nampak jelas.
“Kenapa pilih
yang tu?” soal
dia pula.
“Sebab dia
berkilat. Warna silver. Terang
berbanding yang lain.”
aku tersengih.
“Ya?” soalnya
sambil buat muka ‘Not
bad, Irqin!’. Aku
angguk mengiyakan soalan
pendeknya. Dia tersenyum
senget.
“You
are wrong, my
dear.” Ujarnya sambil
meniup lembut telingaku.
Aku menggeliat kegelian.
Salah ke? Dia
menggamit tanganku.
“This
is the most
shining star among
them.” dia membawa
tanganku dan melekapkan
tangan kami ke
kawasan tiada taburan
bintang. Hanya ada
wajah kami berdua.
Dia melekapkan tangan
kami di atas
dadaku dalam cermin
tersebut.
“And
it’s you...” sambungnya
lagi. Air mataku mula berlinang
kerana terharu. Tidak
menyangka bahawa dia
akan seromantis ini. Di
pejabat, orangnya serius
sekali. Sewaktu bercinta,
dia sweetlah juga. Sikit... Akukah
‘bintang’ yang dimaksudkan?
Sungguh aku terharu!
“Dan abang,
bulan Irqin. Cinta
hati Irqin. Yang
akan menemani setiap
malam Irqin. Malam
tanpa bulan akan
menyebabkan huru-hara.” ujarku
sambil berpaling dan
membalas pelukannya. Kuat.
Aku rasa selamat
dalam pelukannya yang berbahang. Selesa
dan sempurna.
“Dan sayang...
malam abang tanpa
‘bintang’ ni diibaratkan
seperti tiada penyeri.
Walau ada sejuta
bintang yang bertaburan
di langit, takkan
sama dengan Irqin
abang. Bintang yang
paling cerah dan terindah
di alam ini...”
dia melagakan dahi
kami. Hidung kami
bersentuhan. Anak matanya
merenung ke dalam
anak mataku.
“I
love you, sayang.”
ucapnya.
“Abang malu
sebenarnya...” dia bersuara
apabila dia melepaskan
bibirku. Aku tersenyum
dan mengangguk.
“Maaf kalau
Irqin rasa tak
selesa. Abang tak...”
“I
love you anyway.”
Cantasku sambil mengucup
laju tepi bibirnya.
Sungguh aku malu,
tapi apa salahnya
kalau aku kurangkan
rasa kekok dia
itu? Dia tersenyum
lebar. Pipiku diusap
dan dipicit geram.
“Nazreena yang naughty...” bisiknya.
“Rasydan yang
pemalu. Nampak saja
kerek!” kutukku. Dia
tergelak cara orang
beriman. Pipiku menjadi
mangsa ciuman geramnya.
Rasa kekok antara
kami perlahan-lahan hilang.
Dia mula memimpinku
ke arah mahligai
cinta yang bahagia.
Malam
yang
kami lewati bersama
sangat indah dan
sedikit pun tidak
terganggu. Sedar-sedar, telingaku
menangkap ‘Selamat malam,
cinta. I love you.’
Aku tersenyum dengan
mata yang terpejam
rapat. Mengantuk. I love
you two three
four five trillion,
abang! Banyak sangat-sangat!
Sweet mengalahkan susu pekat manis! Haha. Err ni novel ke mini novel? Ke cerpen?
ReplyDeleteHAHAAHAHAHA mini je rasanya kak.
DeleteHahaha so sweet
ReplyDelete