Bab 13
ALHAMDULILLAH...
rasa lega bila akhirnya aku
sudah sah bergelar
isteri dia. Dah
sah! Jadi, aku
tak perlu dihantui
rasa berdosa lagi
bersekedudukan dengan lelaki
yang bukan ahli
keluargaku.
Setelah seminggu
kami berperang dengan
kursus kahwin, ujian
HIV dan sebagainya.
Begitu menyesakkan dada!
Melihat sahaja jariku
dicucuk jarum untuk
ujian HIV, hampir
pitam aku! Andy
sangat comel. Sewaktu
jarinya dicucuk jarum,
dia mengetap bibir
dan memejamkan mata
dengan kening yang
berkerut-kerut. Sumpah comel!
Aku rakamkan gambarnya
itu ke dalam
telefon bimbit tanpa
pengetahuannya. Itulah, siapa
suruh pejam mata?
Paling aku
tak sangka, kewujudan
daddy mewalikan aku.
Sudahlah tidak cakap
banyak, selepas mewalikan
aku, daddy meminta
izin dari kami
untuk terbang ke
Kanada semula. Berbual
dengan aku pun
tak sempat katanya
pada Andy. Banyak
sungguh alasannya. Apa
dia ingat, aku
tak tahu agaknya?
Dia memang tidak
mahu berbual dengan
aku. Sepatah kata
pun tak ada
untuk aku melainkan,
‘are you
ready?’. Selepas aku
mengangguk, haram tak
ada kata-kata lain
dah untuk aku.
Okey, sekarang
Andy ahli keluargaku
yang terbaru. Urff!
Gelinya! Sungguh! Tak
sangka aku akan
menerima lamaran seorang
lelaki gay untuk dibuat
suami. Apa yang
aku dah buat
ni? Andy, janganlah
dia muntah berdarah
menghadap muka aku.
Sungguh aku rasa
lega sekarang. Tapi,
yang tak leganya...
Andy. Dia seperti
tidak mahu bercakap
denganku.
Dari tadi,
dia mengelak sahaja.
Aku masih lagi
tak percaya bahawa
aku sudah bergelar
isteri kepada dia.
Peliknya! Sebaik sahaja
sampai ke rumah,
kami masing-masing berpecah,
masuk ke bilik
masing-masing. Perlukah aku
bersedia untuk malam
pertama? Tot! Tak
perlu sebab dia gay.
Aduhlah Emma! Itu
pun tak boleh
fikir ke? Tapi,
perlukah aku menggodanya?
Wargh! Nampak macam
perempuan jalang pula. Jalangkah kalau
menggoda suami sendiri?
Tentulah tidak!
Tapi bagi
aku... ahahaha! Kelakarnya!
Sudahlah aku masih
dara bergetah lagi. Nak menyerah
pada Andy begitu
sahaja? Buatnya nanti,
dia tergoda. Huargh!!
Tak sanggup! Aku
belum bersedia lagi
ni. Okay cool, Emma.
Aku menarik nafas
panjang lalu kuhembus perlahan-lahan.
Aku kena
cakap dekat Andy
mengenai perkara ini.
Aku tak mahu
dia anggap aku
menyombong. Dan, aku
mahu dia tahu
yang aku faham
tempatnya. Aku cuma
nak katakan padanya
yang dia tak
perlu risau untuk
memberiku nafkah batin.
Bila aku dah ready
nanti, aku dengan
sendirinya akan ke
bilik dia dengan
berpakaian seksi dan
pegang cemeti. Urff! Gross!
Aku tak boleh
berkata begitu.
“Andy, I
faham tempat you. You tak
perlu risau tentang
I. I okey
je. Tentang nafkah
batin... you tak perlu
risau. I faham
keadaan you.” aku menyusun
ayat. Nafas, kutarik
dalam. Tombol pintu,
aku buka.
Serentak itu,
Andy muncul dari
bilik sebelah. Kami
berpandangan dengan agak
lama. Dia ternganga
memandangku yang juga
ternganga memandangnya.
“I
have something to
tell you!” kami
berkata serentak. Aku
kemam bibir. Dia
juga sama. Mukanya
pucat.
“You
beritahulah dulu.” aku
memberinya keutamaan. Dia
menggeleng.
“I dah
lupa.” jawabnya. Halkum
dia bergerak dari
bawah ke atas dan
kembali ke bawah.
Dia telan liur!
Dia juga nak
berbincang tentang malam
pertama kamikah? Yang
tak jadi ni?
Urff.
“Oh! Tak
apalah. I... er...
I masuk dulu.”
aku menunjuk ke
arah bilik.
“You...
you... you
nak cakap apa?”
soalnya tergagap-gagap macamlah
aku ajak dia
tidur sekatil denganku.
Alamak! Nak tanya
ke tak payah?
“Err, tak
penting pun. Nanti
pun I boleh
tanya.” aku berkata
sambil tersenyum. Dia
tersenyum nipis dan
menunduk-nunduk tanda faham.
“Err, I should...
um... off to bed.” ujarnya
bersama tawa untuk
menyembunyikan rasa kekok
antara kami.
Mungkin dia
tak menyangka bahawa
dia akan beristeri
secepat ini. Aku
lagilah tak sangka
akan bersuami secepat
ini. Secara tiba-tiba.
Dengan gay pula tu.
Sadisnya! Sebab tak
nak dihantui rasa
berdosa, aku rela
memperjudikan nasib hidupku
dengan menikah dengan
gay? Dia
nak tutup mata
orang, aku pula?
Terpaksa menutup mata
orang untuk dia...
sebenarnya, aku dipergunakan,
bukan? Tapi aku
juga mempergunakan dia
untuk mendapat lesen
tinggal di sini! Stress!!
Tuppp!! Pintu
kembali terkatup. Alamak!
Dia dah masuk
bilik, dan aku?
Termenung di sini?
Aku tepuk dahi!
Jangan harap dia
nak ubah selera
dia pada aku!
“ANDY,you
tolong bawa I
ke pasar raya
sekejap boleh?” aku
meminta dengan penuh
harapan. Dia sedang
leka menonton tv
saat itu. Entah
cerita apa yang
ditontonnya itu, aku
pun tak tahu
dan malas hendak
mengambil tahu. Aku
bukan suka sangat
tengok tv. Tambah-tambah
drama. Memang bosan
habis! Kena tunggu
sambungan. Alahai.
Dia berkerut.
Aku sudah rasa
takut melihat kerutannya.
Takkanlah tak boleh
kut? Aduhai. Inilah kali pertama
aku meminta tolong
daripada dia untuk
membawa aku keluar.
Aku tinggal di
sini sudah nampak
macam perempuan simpanan
dia pula. Tak
syoknya bila fikir
macam tu. Ya, memang
kami telah menikah.
Dah selesai pun.
Tapi, kami hidup
seperti inilah. Cuma,
Andy kerap berada
di rumah semenjak
jadi suami aku
ni. Memasak dan
sebagainya. Tahu juga
dia nak ‘jaga’
aku.
“You
nak beli apa?”
dia tanya aku.
Aku terdiam
lama. Memikirkan jawapan
yang sesuai untuk
aku perkatakan pada
dia. Yalah, kalau
tersalah jawab nanti,
dia tak mahu
bawa aku keluar
pula. Cadangku, selepas
ke pasar raya,
aku mahu mengajaknya
untuk makan dan
lepak sama-sama.
“Adalah barang
yang I nak
beli. You tak pernah
bawak I keluar
pun selama I
kat sini. Muka
Awin pun I
tak tahu macam
mana dah sekarang.
Entahkan sudah bertambah
jerawat ke, terkurang
jerawat ke, terkurang
gigi ke?” aku
bercakap seperti sedang
merungut. Dia pun
menutup tv. Gilalah!
Dia sedang khusyuk
tengok pun boleh
dia tutup macam
tu saja bila
bercakap dengan aku?
Terharunya!!
“Biar I
sajalah yang belikan
untuk you. You pesan saja
apa-apa. I boleh
belikan.” dia berkata
begitu pula. Aku
mendengus geram. Tak
menjadi pula alasan
ini. Aduhai... Cuba
alasan yang lain
pula.
“Alah... Biarlah
I pergi sekali.
Banyak benda yang
I nak beli
ni.” aku beralasan
lagi. Aku mula
buat muka. Harap-haraplah dia
bersetuju. Bukannya banyak
pun barang yang
aku nak beli.
Saja. Alasan.
Liat betul
Andy ini rupanya.
Aduhai. Macam manalah
nak pujuk dia?
Boleh tahan degilnya
kepala otak dia.
Kenapalah dia tak
benarkan aku keluar
pula? Kulit aku
ni dah jadi
putih gebu tanpa
perlu makan kologen
akibat duduk di
rumah tanpa melihat
dunia luar. Entah-entah
kat luar sana
sudah bertambah bangunan,
atau wujud pelabuhan
UFO ke?
“Tak boleh.
You duduk
sini je, I
yang pergi belikan.
Jangan degil.” dia
masih lagi tidak
mahu berkompromi. Aku
jadi geram dengan
jawapan selambanya itu.
Kalau tak memikirkan
yang dia ini banyak membantuku,
sudah lama aku smack
down dia! Smack
down macam Rey
Mysterio dalam WWE
Superstar tu. Tak
pun jadi John
Cena. Aku bosan!
Kalau aku tinju
dahi dia masa
dia tengah tidur
pagi tadi kan
bagus?
“Alah... Bolehlah.”
aku pujuk dia
lagi dengan muka
sepuluh sen.
Mata Garfield
sudah aku pakai
semata-mata hendak menagih
simpati dari dia.
Dia buat derk
saja. Geram betul
aku. Kalau guna
mata Puss In Boots
pun tak jalan
juga kalau macam
ni. Aku pandang
Andy macam nak
makan. Dia pandang
aku semula macam
nak telan! GULP! Ouch!
Seksi habis.
“Tak boleh.
You duduk
rumah sajalah, mia amor!”
Andy berkata begitu
pula. Aku mendengus.
Mengalah.
“Cepatlah. Barang
apa yang you nak
I belikan?” dia menyoal aku
seperti mendesak. Aku
mencebik geram. Tak
puas hati tidak
dapat keluar sebenarnya
ni. Hendak memprotes?
Hish! Kena sedar
diri juga yang
hanya menumpang ini.
“Pad.”
aku jawab dengan
muka yang memerah.
Segannya!
“Pad?
You nak
buat apa dengan
benda tu?” dahi
dia berkerut sejuta.
Aku lagilah berkerut
berjuta-juta. Boleh dia
tanya apa yang
aku nak buat
dengan pad? Masya-Allah! Nak
buat apanya lagi?
Huish!!
“Nak pakailah!”
aku marah dia.
Sudahlah aku rasa
malu sungguh sebenarnya
ni. Sesedap dia
saja nak tanya
aku soalan macam
budak tadika tu.
Tak ada feeling langsung.
Aku ini sensitif
sikit bila jadi
macam ni.
“Yalah-yalah. Maksud
I, you nak knee pad
ke elbow pad?” dia
tanya aku tegas.
Aku yang mendengarnya
sudah tergelak gila-gila.
Rasanya kalau aku
gelak guling-guling sekarang
pun tak apa!
Andy mencedutkan wajahnya
yang kacak itu.
Dia ingatkan pad
pelindung tu rupanya!
Aku sudah keras
perut menahan rasa
lucu yang menggeletek
ulu hati.
“You
gelak-gelak apanya? Cepatlah.
Nak pad yang macam
mana? I carikan.”
dengan yakin dia
berkata. Macam betul
aje.
“Bukan pad itulah,
Dee! Pad lain!”
aku cakap sambil
cover malu.
Alahai. Jari telunjuk
aku cantumkan dengan
malu-malu. Nak cakap
ke tak nak?
Nak cakap ke
tak nak? Berfikir
sepuluh kali aku!
Kenapalah dia boleh
tak tahu apa
yang aku nak? Pad
pelindung tu aku
nak pakai untuk
apa? Bergusti? Takkanlah
pula! Aku nak
bergusti dengan siapa?
Kalau Mason ada
baru boleh!
“Pad lain?
Ada pad lainkah?”
dia soal aku
dengan mulut ternganga.
Aku angguk yakin.
Memang banyak Andy
oii. Pad wing, non
wing, overnight, ultra
thin dan berbagai
lagi! Kau seorang
je tak tahu!
Jenama pula, Libresse
ada, Kotex ada,
Laurier pun ada.
His! Susahnya. Takkan
dia tak pernah
ambil tahu soal
ini?
“Erm. Roti
kering.” aku beritahu
dia sesuatu yang
sama maksud dengan
pad. Dia
berkerut seribu. Teruknyalah
rupa dia sekarang!
Rasa macam nak
sedekah buku lima
sahaja bila aku
perhati lama-lama.
“Roti kering
pulak dah! Tadi
nak pad. Betul-betullah you ni. Pad,
lagi? Roti kering?
Lagi?” dia macam
nak marah. Aku
pening. Dia tak
tahu juga rupanya.
“Roti keringlah!
You tahu
tak?” aku marah
dia pula dengan
kaki yang sengaja
aku hentak geram
tanda protes. Geram.
Aku tahu, dia
tentu fikir roti
kering lain! Ingat
roti kering yang
aku maksudkan itu,
boleh makan ke?
Hee, payahnya!
“Roti yang
keras warna kuning
dan ada gula
tu ya?” dia
soal aku. Aku
nak tergelak. Tapi,
bila tengok muka
dia yang serius
tu, aku tak
jadi gelak. Aku
bagi usus aku
sahaja yang gelakkan
untuk aku. Sampai
keras perut aku
menahannya. Roti tu
sedap! Tapi bukan
roti tu maksud
aku!
“Itu roti
makan! Aduhai. You ni takkanlah tak
tahu langsung. Pad tu,
roti kering a.k.a roti
panjang!!!” aku bagi
kiasan lain pula.
Segannya. Aku perlu
cakap pasal aku
sedang mengibarkan bendera
merahkah? Aku garu-garu
kepala yang tak
gatal.
“Roti panjang?
Roti ban ke
rotan?” dia menyoal
aku.
Aku rasa
macam nak pecah
otak ni memikir
perkataan sinonim dengan
‘pad’. Aduhai
bengap betullah kepala
anak orang kaya
seorang ni! Kalau
Andy ni aku
balun dengan pelepah
kelapa, seronok juga
ni. Mujurlah pelepahnya
tak ada di
kawasan rumah orang
kaya di sini.
“Bukan roti
panjang tu. Ini
roti panjang untuk
bendera merah!!! KOTEX!!
LIBRESSE!! Whisper, have a
happy period! Ada
paham?” aku menyoalnya
geram sambil buat
tangan yang mengibar
bendera. Siap aku
guna tagline pad yang
berjenama Whisper tu lagi.
Geram tahu?
Kuat suaraku
menjerit. Kali ini,
dia terdiam. Sehingga
memerah mukanya. Tidak
lama selepas itu,
dia tergelak sehingga
terbang separuh nyawanya
entah ke mana!
Daripada berdiri, kini
dia sudah tertunduk-tunduk memegang
perutnya akibat ketawa
yang melampau. Sumpah
aku malu lihat
dia tergelak semacam
itu. Teruknya perangai.
Hendak saja aku
hantukkan ke dinding
kepalanya saat ini.
Boleh dia gelak
sampai macam ni?
“Okey, jomlah.
Kita pergi beli
sekali. Cakaplah awal-awal
yang you nak tuala
wanita. Adeh. Roti
panjanglah, roti keringlah,
bendera merahlah, padlah
apalah! Cepat bersiap.”
dia membebel. Aku
ketap bibir. Lupa
pada perkataan ‘tuala
wanita’ itu. Nampak
sivik sangat! Patut
pun aku tak
ingat. Aku ini
bukannya terror sangat berbahasa
melayu yang skema-skema.
“I nak
pergi tadi you tak
bagi!” aku hamburkan
amarahku padanya. Geram
betul. Dia tergelak
saja. Walaupun comel
mukanya, tapi sakit
hati aku melihatnya.
Urgghh!!
AKU
membelek-belek tuala wanita
yang ada dihadapan
aku. Aku suka
pakai jenama Libresse
sebab Yuna dengan
Adibah Noor betul-betul
telah dapat meyakinkan
aku tentang keberkesanan
tuala wanita ini
dalam iklan Libresse
yang aku tonton
dulu.
Kalau aku
belajar subjek Marketing sewaktu
Diploma dahulu, ini
dah masuk dalam
tajuk Leader Opinions dalam Social
Factors of Consumer
Desicion Making. Pengaruh
orang ternama. Aku
mengambil satu peket.
Tak sangka, otak
aku masih ingat
lagi apa yang
pernah aku belajar
di zaman universiti
dulu.
Saiz maxi. Aku
belek-belek bungkusan plastik
yang berwarna biru
itu. Ada sepuluh
saja di dalamnya.
Hm.. Aku letakkan
semula di tempat
asalnya. Baik aku
beli yang banyak-banyak
terus. Nanti susahkan
Andy pula nak
kena bawa aku
keluar. Aku pandang
ke kiri. Cis!
Andy pun ikut
pegang tuala wanita
yang aku pegang
tadi. Dia belek-belek
juga macam aku.
Bila aku letak,
dia letak. Bila
aku ambil, dia
ambil.
Mahu saja
aku pelangkung kepala
dia sekarang dengan
Libresse-Libresse di hadapanku
ini. Orang ramai
tersenyum-senyum memerhatikan kami
lebih-lebih lagi si
Andy yang nampaknya
serius benar memerhati
label pada plastik
pad tersebut.
Sumpah aku rasa
segan.
“Letaklah! Hee, you
tunggu kat sanalah!”
aku marah dia
dengan suara tertahan-tahan. Gigi
sudah terkacip rapat
menahan rasa geram.
Takut ada yang
dengar. Dia buat
pekak saja. Mukanya
memang toya betul.
“Biarlah, nanti
senang I nak
belikan untuk you.” dia
berkata selamba. Bagaikan
dicekik-cekik mendengar jawapannya
itu, aku kutil
lengannya. Dia mengaduh
sakit sambil mengusap
lengannya yang kukutil
tadi. Hah! Dah
merah. Padan dengan
muka.
“You
tak payah nak
malulah, I suami you.”
Andy berkata geram.
Suami apa? Pandang
isteri pun tak
lalu? Kehidupan tak
macam suami isteri
yang lain pun!
Kalau dia suami
aku, dah lama
aku lalui malam
pertama kami dengan
indah. Bengang betul
dengan dia ni.
Apa yang Mason
tu pakai agaknya
sampai dia tak
tertarik pada aku?
Aku malas
hendak melayan dia.
Aku akhirnya ambil Libresse yang
mempunyai dua puluh pad
bersaiz maxi dan dua
puluh pad bersaiz
medium yang
berwarna hijau plastiknya.
Selepas itu aku
capai pantiliner pula. Selamba
saja Andy ambil
pad di tanganku
dan dipeluknya. Sumpah
aku malu. Eee.
Kalau aku bagi
makan pil gila
kang, tak memasal
aje dia pergi
mewarnai kehidupan penghuni
di Hospital Bahagia.
“Biar I
bawalah!” aku marah
dia dan cuba
merampas balik pad-pad aku.
Dia buat bodoh
saja. Lagi kuat
dia memeluk pad yang
aku ambil tadi.
“Biarlah I bawa.” dia
berkata selamba tanpa
rasa malu.
Akhirnya aku
menarik sebuah bakul
kosong yang berdekatan
dengan tempat kami
berdiri lalu aku
rampas pad aku dan
letakkan ke dalam
bakul tadi. Dia
rampas bakul itu
pula. Aku mendengus.
Tapi, biarlah! Daripada
dia peluk pad itu,
lebih baik dia
bawa bakul saja.
Tak adalah aku
rasa malu sangat.
Selepas itu
kami pergi ke
bahagian coklat. Banyak
sungguh. Cadburry ada, Vochelle
pun ada. Aku
cari satu jenis
saja. Iaitu Milky
Bar, kegemaranku. Aku
minat sungguh makan
coklat Milky Bar
itu. Berlemak sungguh.
Rasanya yang sedap
itu membuatkan mata
aku terpejam ketika
menikmatinya. Cheh.
Setelah terjumpa
coklat yang aku
idam-idamkan, terus aku
sambar dua peket.
Andy kelihatan seperti
tidak berpuas hati
denganku jadi, dia
ambil lagi tiga
bungkus. Terperanjat sungguh
aku melihatnya! Dia
ni memanglah. Suka
betul membazir. Dalam
otakku, aku sudah
menghitung-hitung harga yang
bakal dikenakan sebentar
lagi.Andy buat ronda-ronda
di kawasan coklat
itu. Setiap kali
lalu, dia ambil
satu peket coklat
dari jenama yang
berlainan. Sampaikan sudah
hampir penuh bakul
itu dengan coklat
sahaja. Geram pula
aku melihatnya!
Duit aku!!!
“Jangan risau,
I bayar! I
suami you.” bagaikan mendengar
jeritan hatiku, dia
selamba berkata. Suami?
Cheh! Poddah! Tak payah
ingatkan berkali-kalilah! Naik
tension aku memikirkan
yang suami aku gay.
Mujurlah aku tak
perlu membayar coklat
yang banyak itu.
Mahu mati keras
aku di hadapan
kaunter itu nanti
dengan harga-harga coklat
yang mungkin sudah
mencecah seratus hingga
dua ratus ringgit
itu.
Macam-macam jugalah
makanan yang Andy
ambil. Air susu
kocak untuk sarapan
kami dan beberapa
jenis makanan ringan.
Hm. Banyak betul
duit dia. Tahulah
anak tauke kilang.
Teruknya berbelanja. Dia
tak merasa hidup
susah macam aku...
Sesampai di
kaunter, aku hulur
duit juga untuk
bayar harga pad aku,
seperti biasa, dia
menolak. Dia yang
bayarkan semuanya. Aku
jadi tak sedap
hati pula. sudahlah
aku tinggal di
rumahnya secara percuma,
barang-barang dan segala-galanya juga
adalah percuma. Terasa
macam aku ini menyusahkan dia
pula walaupun dia
suami aku.
0 komen:
Post a Comment