Bab 10
“KAU nak
apa, hah?!” Abby
terhenti melangkah sesaat
sahaja dia terdengar
satu suara yang
amat dikenalinya menjerkah
kuat. Dia melilau
mencari empunya suara
namun tiada. Eh?
Kepala yang tak
gatal digaru-garu. Air
mata yang merembes
tadi diseka. Dia
masih tersedu-sedan
sebenarnya. Perit hatinya
usah dikata. Baru
lagi dia bekerja
di situ dan
sekarang, dia dihalau
dengan cara paling
tak berhormat sekali.
Suara itu kedengaran macam suara Arrayyan!
Ya. Suara itulah
yang selalu mengganggu
ketenteramannya selama dua
hari dia bekerja
di Syarikat Avaloft
itu. Dia menjerkah
siapa? Dan, dia
sebenarnya di mana? Abby membawa
kotak barangnya dan
bersembunyi di sebalik
tembok. Dia terintai-intai ke
arah punca suara.
Kenapa pula dia
sibuk nak ambil
tahu tentang Arrayyan?
Dia nampak
Arrayyan sedang dipegang
dengan kasar oleh
dua orang lelaki
dengan kuat. Seorang
lelaki berbadan agak
kecil berdiri tegak
di hadapannya. Tentu
itulah ketuanya! Abby
mengetap bibir. Nak
tolong ke tak
nak? Kenapa nak
tolong? Dia dah
halau aku dengan
cara yang paling
hina sekali tadi.
Abby menanam dendam
di dalam hati.
Melihat keadaan Arrayyan
itu bagaimanapun, membuatkan
hatinya sayu.
Cepat-cepat Abby
menampung kotak yang
dipegangnya tadi dengan
sebelah kepala lutut
manakala sebelah tangan
memegang kotak tersebut
dan sebelah lagi
kaki mengimbang dirinya.
Tangan kiri menyeluk
beg bimbit lantas
mencapai telefon bimbit.
Dia menelefon polis,
berbisik-bisik selama beberapa
saat dan menyatakan
tempat ‘jenayah’. Kasihannya
Arrayyan, beberapa kali
perut dan mukanya
ditumbuk lelaki itu.
“Kau, lelaki
yang tak tahu
adab. Bodoh! Kau
menghina orang sesuka
hati kau. Hari
ni aku nak
kau tahu macam
mana bila kau
dihina orang lain
pulak!” lelaki itu
mencekup dagu Arrayyan
dan meludah mukanya.
Abby terbuntang! Ludah?
Gila!
“Jangan pegang
akulah sial!” jerkah
Arrayyan kuat sehingga
terhinggut bahu Abby
dan laju sahaja
dia melatah.
“Sial, mak
kau meletop!” kotak yang
dipegang serta-merta terlepas
dari pegangan dan Abby menekup
mulutnya kuat-kuat. Debaran
di dada sudah
menggila. Bergema bunyi
kotak yang terjatuh
ke bawah itu.
Abby ketap bibir
kuat. Kenapalah dia
tidak balik sahaja
tadi? Sekarang, dia
sudah menyusahkan diri
sendiri. Berharap agar dirinya
tidak dijumpai.
“Weh, ada oranglah!”
seorang lelaki bersuara.
“Kau orang pegang jantan
keparat ni kuat-kuat,”
lelaki kecil itu
bersuara geram. Dia
melilau mencari kelibat
orang yang melatah
tadi. Abby menggigil-gigil dari
tempatnya. Adakah hari
ini merupakan hari
malangnya? Dipecat dan
mungkin, bakal dipukul?
Abby menyorok di
celah-celah tiang di
situ. Kat mana
lagi dia nak
lari? Baru sahaja
matanya tertancap pada
‘port’ selamat, dia disergah!
“Haaa! Gotcha!” sergah
lelaki itu menyebabkan
Abby tertampar pipinya
kuat. Terkejut sungguh
dia dengan sergahan
lelaki itu yang
datang dari arah
sisi. Jantungnya memecut
laju. Takut! Seram!
“Bodoh!” jerkah
Abby akibat terlalu
terkejut.
Si lelaki
yang bengang akibat
ditampar Abby cuba
menarik lengan Abby
namun Abby meronta-ronta
minta dilepaskan. Akhirnya,
Abby ditolak ke
arah Arrayyan sehingga
dia tersungkur ke
kaki Arrayyan. Malang
sekali lagi menemuinya
apabila lututnya mula
berdarah. Aduhai. Menyesal
pakai skirt paras lutut!
Abby menilik lututnya.
Mak! Sakit!!
“Awak tak
balik lagi?” soal
Arrayyan dengan mata
buntangnya. Abby buat-buat
tak dengar sahaja.
Benci dengan Arrayyan.
Dia cuba bangun.
Kakinya sakit benar,
namun dia cuba
untuk tidak mengendahkan
luka di lututnya.
Dia hanya mahu
balik!
“Heroin nak
selamatkan hero? Wah! Bravo!”
si lelaki kecil
itu menepuk-nepuk tangannya.
Dua orang lelaki
berbadan sasa yang
memegang Arrayyan itu
berdekah-dekah ketawa.
“Hey, lepaskan
dia!” Abby menjerkah.
Lagi kuat tawa
lelaki itu bersama
kuncu-kuncunya.
“Auuw!
Takut I nyah!”
lelaki itu membuat
gaya lelaki lembut
dan mengekek-ngekek ketawa.
Arrayyan sakit hati
melihatnya. Dia mendapat
satu idea. Jika
Abby melatah teruk,
mungkin ideanya berkesan!
“Abby, cepuk
kepala dia!” jerkah
Arrayyan kuat membuatkan
Abby melatah lantas
dia mencepuk kepala
lelaki yang mengejeknya
dengan beg tangannya.
Beberapa kali sebelum
sempat lelaki itu
bertindak.
“Ini makan
dia! Ini ambik ni!!” Abby mengacipkan
giginya dan memukul
dengan geram. Seorang
lelaki cuba membantu
dengan melepaskan pegangannya
pada Arrayyan dan
Arrayyan mula bertindak.
Dia menghentak celah
kelengkang si lelaki
yang masih memegangnya
sehingga lelaki itu
bergulung di atas
tanah.
Abby sudah
dipegang oleh lelaki
sasa yang melepaskan
tangan Arrayyan tadi. Abby jadi
pucat. Macam mana
ni?
“Hentak anu dia kuat-kuat!!!”
Arrayyan sekali lagi
menjerkah sekuat hati
dan seperti yang
dijangkakan, Abby menurut
perintahnya dengan tangkas.
Melatahlah katakan.Lututnya yang
masih berdarah itu
dihentak tepat ke
celah kelengkang lelaki
yang memegangnya. Lelaki
itu tertunduk menahan
kesakitan dengan erangan
yang menyeramkan!
Arrayyan mengambil
kesempatan itu dengan
membelasah dua orang lagi lelaki
lain. Dalam masa
tak sampai lima
minit, mereka semua
mengkerekot jatuh dan
memegang ‘anu’ mereka
yang dihentak Abby
dan Arrayyan. Semua
mengerang kesakitan tahap
diva terpelecok di
pentas.
Lelaki yang
baru dihentak anunya
oleh Abby tadi
disepak lagi oleh
Arrayyan di bahagian
perut.
“Ambik
kau! Hilang dara!”
terperanjat Abby bila
mendengar bekas bosnya
berkata dengan ayat
yang sangat tak
sopan. Tetapi, bila
dia melihat celah
kelengkang lelaki itu,
dia berusaha menahan
senyum. Benarlah. Darah
dilututnya yang menghentak
lelaki itu tadi
melekat tepat-tepat pada
celah kelengkang lelaki
tersebut.
Arrayyan menarik
tangan Abby dan
membawa dia jauh
dari situ. Dia
bertindak untuk menelefon
polis. Abbyakhirnya berkeputusan
untuk kembali mengambil
kotaknya yang jatuh
tadi dan juga
beg tangannya yang
sudah tercampak jauh.
Dia mahu pulang.
Polis sudah sampai!
Dia tiada keterangan
mahu diberi kerana
dia masih lagi
dalam ketakutan!
Abby berjalan
pergi meninggalkan Arrayyan
sendirian yang masih
termengah-mengah akibat bergasak
dengan tiga lelaki
tadi.
“Lutut awak!”
Arrayyan berkata sambil
mengesat mukanya yang terdapat
sisa air liur
lelaki kecil yang
diludah oleh lelaki
tadi dengan sapu
tangan. Dia menyaingi
langkah Abby. Abby
melajukan lagi langkahnya.
Dia tidak sangka...
arrayyan menarik lengannya
dan dia segera
tempis.
“Hah?” Abby
masih lagi pending.
Dadanya berombak
kencang. Dia sudah
membelasah orang? Biar
betul? Ini tak
normal. Dia tidak
sepatutnya bertindak membelasah
orang sehingga macam
itu sekali! Dia
sudah melakukan dosa!
Ini semua Arrayyan
punya pasal! Kenapa
Arrayyan menjerkahnya sehingga dia
termelatah dengan teruk lantas terpukul
orang?
“Meh saya
tengok!” Arrayyan menunduk
dan memegang kaki Abby sehingga
Abby tanpa sengaja
tersepak kaki Arrayyan.
Dia geli dan
terkejut dengan sentuhan
itu. Berani betul
Arrayyan memegang lututnya?
“Jangan!” tegah Abby lantas
berjalan pergi. Arrayyan
masih lagi mengejar
langkahnya. Nampak sangat
Arrayyan rasa bersalah!
“Awak!” panggil
Arrayyan kuat. Abby
buat pekak.
“Awak jangan
buat derk ajeeh, kalau
saya panggil? Awak
tu pekerja saya!”
jerkah Arrayyan sehingga
menyebabkan Abby termelatah
pendek. ‘opocot!’.
“Awak bukan
lagi bos saya,”
Abby menjawab tegas.
Tiada lagi sopan
santun. Dia malas
bercakap dengan Arrayyan.
Teringat bagaimana teruknya
cara dia dihalau
keluar tadi. Siap
diberi cek lagi.
Ingat dia gila?
Ingat dia mata
duitan?
“Yes
you are my
worker! Mulai hari
ini, saya nak
awak bekerja semula
dengan saya sebagai
hutang budi saya
kepada awak tadi,”
Arrayyan berkata dengan
nada yang lebih
tegas dan menarik
lengan Abby ke
keretanya. Abby meronta-ronta
namun Arrayyan tetap
tenang mengheretnya pergi dari
situ. Dia membawa
Abby ke satu
tempat yang Abby
sendiri pun tak
tahu di mana.
“Awak nak
bawa saya ke
mana ni?” Abby
menyoal kalut.
“Saya nak
bawa awak ke
rumah saya,” jawab
Arrayyan selamba. Lagi
mahu tanya ke mana? Balut
lukalah! Jawabnya geram
di dalam hati.
“Ya Allah!
Saya mungkin telah
difitnah dengan teruk
tetapi jangan awak
sangka saya gadis
murahan! Saya tak
rela dihina lagi!
Cukuplah dengan fitnah
yang dah orang
tua keparat tu
sebarkan. Saya tak
mahu lagi ditimpa
sebarang fitnah! Tolong
berhenti kat sini!”
Abby mula mengamuk.
Arrayyan ketap bibir.
Apa ni? Cadangnya
dia jawab main-main
sahaja. Tak sangka
Abby ambil serius.
“Hey! Terlalu
jauh! Terrr... lalu
jauh. Apa awak
ni? Awak ingat
saya nak terkam
awak ke apa? Saya tak
bawa awak ke
rumah pun. Ingat
sikit, saya ni
bos awak, awak
tak boleh panggil
saya dengan panggilan
‘awak’. Mana perginya
rasa hormat awak?”
Arrayyan berkata dengan
nada tinggi lantas
dia berhenti di
tempat Abby arahkan
dia berhenti.
“Awak dah
halau saya. Awak
dah hentikan saya!”
Abby membentak.
Belum pun
Abby dapat membuka
pintu, Arrayyan terlebih
dahulu mengunci pintu
di bahagian Abby. Seketika, tubuh
mereka bersentuhan. Abby
menahan debaran. Dup
dap semacam saja
apabila tercium haruman
perfume yang
dipakai lelaki itu.
Hugo Boss. Nampak
sangat ketagih dengan
pangkat ‘bos’ tu
sehinggakan perfume pun ada
perkataan ‘Boss’.
“Tunggu kat
sini, saya nak
belikan ubat untuk
lutut awak tu,” Arrayyan keluar
dari kereta. Abby
terkejut dengan perilaku
Arrayyan. Rasanya, inilah
kali pertamanya dia
mendengar Arrayyan berkata
dengan nada yang
sungguh lembut dengannya.
Sementara menanti
Arrayyan membeli ubat, Abby mendail
nombor Wandi, iaitu
kekasih hati kesayangannya. Dia
dengan Wandi sudah
lama menjalin hubungan
cinta. Tentulah dia
mahu mengadu kepada
kekasih hatinya.
“Helo,” suara
Wandi serak-serak basah
di hujung talian
menjawab panggilan.
“Helo abang,”
Abby mula hendak
merengek. Dengar suara
Wandi pun buat
dia rasa nak
menangis. Sangat-sangat hendak
menangis. Terkenang kejadian
tadi, itu bukan
diri dia! Diri
dia takkan memukul
orang sesuka hati.
“Kenapa call abang?”
soal Wandi. Dingin.
Abby sudah mencemik.
Salahkah dia menelefon
kekasih hatinya sendiri?
Habis, dia hendak
call siapa lagi?
Tunang Diela?
“Tak boleh call
abang ke?” soal Abby pula.
Tersentuh hatinya bila
Wandi menyoal dia
seolah-olah dia tidak
diperlukan lagi. Selalu
Wandi macam ini
bila menjawab setiap
panggilannya. Terkadang sampai
lima puluh kali
dia menelefon pun
Wandi tak angkat.
“Bukan tak
boleh. Sekarang ni, masa tak
sesuailah. Tolonglah faham,”
Wandi bersuara sedikit
membentak.
“Abang kan
baru balik kerja?
Tak sesuai kenapa?”
soal Abby lembut.
“Abang cakap masa tak
sesuai tu tak
sesuailah maknanya. Hisy!
Orang nak berehat,
dia mengganggu,” bebel
Wandi geram. Abby
gigit bibir. Semakin
hendak menangis. Wandi
sudah berbeza!
“Abang ni.
Orang nak report, kaki
orang luka. Tadi
ada orang nak
pukul saya,” Abby
mengadu.
“Habis tu?
Abang boleh buat
apa? Report polislah senang.
Teruk ke?” soal
Wandi. Abby lega
sedikit. Sekurang-kurangnya Wandi
bertanya keadaan dia.
“Tak adalah
teruk. Mujur ada
bos,” jawab Abby
pula. Dia semakin
terasa dengan nada
Wandi yang kedengaran
mendatar dan bosan
itu.
“Dah tu?”
Wandi menyoal. Sedikit
pun tiada nada
risau. Abby mengeluh
pula.
“Kaki saya
lukalah! Besar jugaklah,” Abby
mengulang lagi. Mungkin
Wandi tak perasan
akan apa yang
dituturnya tadi.
“Alah, esok
lusa baiklah tu.
Luka sikit pun
nak mengadu,” Wandi
bersuara mendatar. Abby
mencekup rambutnya yang
berserabai itu dengan
geram. Bercakap dengan
Wandi sama macam
bercakap dengan mesin
basuh! Luka sikit?
Wandi bukan tengok
pun! Memanglah tak
berjahit tapi, kulitnya
terkopek agak besar.
Sebesar penumbuk.
“Yalah. Abang
bila nak...” belum
pun habis bersuara,
Wandi terus mencelah.
“Abang ada
hal, bye!” pap!
Talian dimatikan. Abby
hanya mampu menahan
rasa. Dalam masa
yang sama, Arrayyan
masuk ke dalam
kereta. Abby menahan
air matanya agar
tidak tumpah. Sudah
beberapa bulan Wandi melayannya
dengan endah tak
endah.
“Awak? Mata
awak tu berair
kenapa? Sakit sangat
ke lutut tu?”
soal Arrayyan yang
baru muncul itu
dengan prihatin. Abby
menggeleng-gelengkan kepalanya. Sakit
di lutut tidak
dapat menandingi sakit
di hatinya. Sakit
hati dengan Dato’
Rahman, sakit hati
dengan Arrayyan dan
sekarang, dia sakit
hati dengan Wandi!
Malangnya nasib dia.
“TERIMA kasih
sebab selamatkan saya
tadi,” Arrayyan ucap
dengan berat hati.
Jatuh egonya apabila
dia diselamatkan oleh
seorang gadis! Tiga
lelaki tadi sudah
berjaya diberkas. Lega
di hati usah
dikata. Tiadalah lagi
yang bakal menyerangnya
sebegitu. Sudahlah ditumbuk
dan diterajang di
perut dan muka.
Sakit sungguh dia
rasa! Tetapi sakit
itu seolah-olah hilang
bila Abby muncul
menyelamatkannya. Terasa bertenaga
dan bersemangat pula.
Tidak tahu mengapa.
“Saya tak berniat
nak selamatkan bos
pun tadi sebenarnya.
Tapi, benda dah
nak jadi,” jawab Abby selamba.
Cis! Tak nak
selamatkan aku rupa-rupanya.
Hati Arrayyan mendongkol
marah.
“Awak ni,
mulut pedas jugakkan?”
soal Arrayyan geram.
Dia masih lagi
mengelap lutut Abby
dengan kain kapas
yang baru dibelinya
tadi dengan ubat
antibakteria. Sesekali Abby
berkerut dan mengaduh
kesakitan. Perit lukanya
terasa.
Abby mencuri
lihat wajah Arrayyan
yang begitu tekun
mencuci lukanya. Inilah
pertama kali dia
dilayan sebegini oleh seorang lelaki.
Lebih memeranjatkan lagi
jika lelaki itu
adalah bosnya yang
berperangai macam saka!
Terharu betul rasanya.
Wandi pun tidak
pernah melayannya begini.
Bila kakiAbby melurut
jatuh, Arrayyanmula mengangkat kaki Abby
dengan tinggi tetapi
kali ini Abby
menempeleng mukanya.
“Awak ni
kenapa?” marah Arrayyan
geram. Dia hanya
hendak membantu. Boleh Abby menampar
pipinya? Eee. Abby
ni semakin hari
semakin agresif! Kalah
firaun! Dengan bos pun boleh
dia buat perangai
hantu dia ni!
disebabkan Abby berjasa
kepadanya, jadi dia
tolak sahajalah kesalahan
Abby itu. Bak
kata orang Kelantan
nei tolok nei
(enam tolak enam).
“Bos tu
angkat lutut saya
tinggi-tinggi apa pasal?
Terselaklah skirt saya!” Abby
mengamuk pula. Mukanya sudah
memerah menahan malu. Skirt
pejabat formal yang
berwarna hitam separas
lutut itu ditarik-tarik
ke bawah. Arrayyan
mengetap bibir. Lupa
pula yang Abby
hanya memakai skirt.
“Itulah lain
kali lagi senang
kalau pakai seluar
panjang. Terjaga maruah,”
bebel Arrayyan. Dia
kembali mengelap luka Abby dengan
lebih berhati-hati. Sanggup
dia melutut di
atas lantai dan
membiarkan Abby duduk
di kerusi semata-mata
untuk mencuci luka
gadis itu.
Abby rasa
malu bila ditegur
sedemikian. Alahai! Segannya.
“Tahulah saya,”
jawab Abby menahan
malu. Sumpah aku
takkan pakai skirt lagi
dah! Hatinya bersumpah
geram dan malu.
Menjatuhkan maruah sungguh.
Sejurus selepas
siap lututnya dirawat
Arrayyan, Arrayyan mengajak
Abby untuk makan
memandangkan perutnya sudah
berasa lapar benar.
Abby hanya menurut
sahaja disebabkan Arrayyan
mula menggunakan kuasa vetonya.
“AWAK ceritalah,
apa yang menyebabkan
awak kata Dato’
Rahman memfitnah awak.”
Arrayyan membuka mulut.
Abby menguis-nguis makanannya.
Satu persatu cerita
yang dibuka, akhirnya
siap dia bercerita.
Bagaimana Dato’ Rahman
cuba mencabulnya dan
bagaimana Dato’ Rahman
mengugutnya. Dia juga
menceritakan bagaimana payahnya
dia untuk mendapatkan
sesuatu pekerjaan kerana
Dato’ Rahman sentiasa
menggunakan kuasanya.
“Saya akan
balas perbuatan dia
pada awak,” Arrayyan
memberi komen selepas
Abby habis bercerita lantas
menyuapkan makanan ke
dalam mulutnya. Dia
jadi bengang dengan
kaum lelaki seperti
itu. Menjatuhkan maruah
kaum lelaki yang
lain. Kalau kena
dengan pandangan masyarakat,
tentu mereka berkata
‘tengoklah lelaki sekarang,
tak boleh pakai’!
Sebagai seorang lelaki,
dia rasa tercabar
jika itu yang
diperkatakan masyarakat.
Orang seperti
Dato’ Rahman ini
seharusnya mendapat pengajaran
yang setimpal. Memfitnah
dan memalukan orang
lain. Mencalarkan maruah
orang. Dia tahu
apa yang ingin
dilakukan terhadap Dato’
Rahman. Cuma perlu
ada bukti yang
kukuh dan masa
yang sesuai untuk
dikenakan balik.
“Nak balas
macam mana?” soal Abby pelik.
“Suatu hari
nanti saya akan
balas. Awak jangan
risau. Sekarang saya
nak awak habiskan
makanan awak secepat
mungkin,” kata Arrayyan
dengan nada tegas.
Dia kembali menyuapkan
makanan ke mulutnya.
Dia sebenarnya
rasa malu dan
terhina dengan perlakuan
si lelaki yang
menyerangnya tadi. Barulah
dia tahu sampai
ada yang sanggup
berdendam dengannya. Dia
meminta maaf kepada
lelaki tadi sebelum
polis membawa lelaki
bertiga tadi ke
balai. Ego yang
jatuh, tidak diperdulikan.
Ikutkan rasa malu,
memang dia tak
mahu menjelmakan diri
lagi di dunia
ini. Sampai kena
ludah di muka!
Tersangatlah hina!
Salahnya juga
kerana terlalu sombong,
bongkak dan berhati
kering. Allah berfirman:
“...sesungguhnya Dia tidak
menyukai orang-orang yang
menyombongkan diri.”
(An-Nahl 16: 23).
Rasulullah juga bersabda
: “Tidak akan
masuk syurga orang
yang dalam dirinya
terdapat kesombongan (meskipun
hanya) sebesar biji
sawi.” (Riwayat Muslim
darippada Ibnu Mas’ud).
Tak masuk syurga?
Gulp! Arrayyan menelan
liur. Teringat pula
di pada satu
surah. Surah al-Hujurat,
ayat 11 di
mana menyatakan:;
“Wahai orang-orang
yang beriman, janganlah
sekumpulan orang lelaki
merendahkan sekumpulan lelaki
yang lain kerana
boleh jadi yang
ditertawakan itu lebih
baik dari mereka.
Jangan pula sekumpulan
perempuan merendahkan kumpulan
yang lain, boleh
jadi yang direndahkan
itu lebih baik.
Janganlah suka mengaibkan
orang lain dan
jangan memanggil dengan
gelaran yang mengandungi
ejekan. (Larangan yang
tersebut yang menyebabkan
orang yang melakukannya
menjadi fasiq, maka)
amatlah buruk gelaran
nama fasiq (kepada
seseorang) sesudah dia
beriman. Ingatlah sesiapa
yang bertaubat (daripada
perbuatan fasiq), maka
mereka itulah orang-orang
yang zalim.”
Sekali lagi
Arrayyan tertelan liur
sendiri. Setelah apa
yang berlaku pada
hari ini barulah
dia teringat akan
surah itu. Surah
yang seringkali mamanya
meminta untuk dia
baca dan hafal
sejak kecil lagi
memandangkan dia hidup
dalam kemewahan...
“Saya dah
tak kisah,” Abby
menjawab perlahan. Arrayyan
tersentak mendengar suara
Abby. Terlupa bahawa
dia masih dengan
Abby. Muka sayu
Abby dipandang lama.
Mata gadis itu
berkaca.
“Kenapa pulak
awak cakap macam
tu??” soal Arrayyan
terkejut. Tidak risaukah
Abby pada maruahnya
yang tercalar disebabkan
fitnah Dato’ Rahman?
“Sebab, dia
dah jaja fitnah
tu kat semua
orang. Bikin saya
malu dan tadi,
saya dibuang kerja.
Dia dah pernah
bersumpah nak gelapkan
masa depan saya.
Betul atau tidak
fitnah tu, sama
aje. Dah tak
ada guna lagi.
Masa depan saya
dah hancur sebab
dia,” Abby berkata
tenang. Namun, perasaannya
tidaklah setenang kata-katanya.
Air mata mula
bergenang di pelupuk
mata. Teruk dia
dikenakan oleh Dato’
Rahman itu.
Arrayyan kaget
melihat air mata Abby yang
mula bertakung itu.
Janganlah dia main
drama kat sini!
Doa Arrayyan di
dalam hati. Pantangnya
sejak dahulu lagi
ialah melihat air
mata wanita. Aduhai.
Rasa sebak mula
bertandang!
“Hancur apa
ke bendanya? Awak
ni, jangan merepeklah.
Saya dah bagi
awak kerja dengan
saya, awak nak
emo apa lagi?
Saya cakap, nanti
saya balaslah balik
perbuatan dia tu.
Dia tentu ingat
saya dah pecat
awak. Dah-dah! Rimas
betul saya tengok
air mata awaklah!
Rasa nak cungkil
biji mata tu,”
bebel Arrayyan geram.
‘Sudahlah mata
tu besar, berkaca-kaca
pula! Dah kalah
mata Garfield dah
aku tengok! Buat
sayu hati aku aje,’
Arrayyan bermonolog di
dalam hati. Kalau
dulu dia ada
pekerja yang telinganya
sebesar cawan, sekarang,
dia sudah ada
pekerja yang bermata
besar, sebesar bola
golf! Lepas ni,
dia rasa nak
kutip pekerja yang
berhidung besarlah pula.
Biar cukup korum.
“Dah! Makan
cepat. Awak buat
lembab-lembab, saya tinggal
awak kat sini,”
ugut Arrayyan apabila
melihat Abby menguis-nguis
makanannya. Abby memandangnya
dengan pandangan tajam
sebelum menjelingnya tajam.
“Eh, jeling-jeling
pulak!” marah Arrayyan
geram. Dia membuntangkan
matanya pada Abby
dan malang sekali
nasibnya apabila Abby
membuntangkan matanya kembali
dengan lebih besar.
Sepantas kilat Arrayyan
mengurut dadanya kalut.
Terperanjat dengan mata
besar Abby.
Kalau ada
sepuluh pekerja yang
macam Abby ni,
habislah merana jantung
dia. Niatnya hendak
menakutkan Abby dan
tak sangka langsung
dia pula kembali
ditakutkan Abby. Apa
punya pekerjalah!
0 komen:
Post a Comment