Bab
11
“ZARA! Zara! Let
me clear things
up! I screwed up!!!”
pekiknya. Zara berlari
dengan laju dan
sekejap sahaja terus
dia menghilang... Irsyad
melutut ke pasir.
Ya Allah! Lemah
semangatnya masih terasa.
Lelah kerana menarik
Hani ke darat
tadi. Langkahnya jadi
sumbang... malah lebih
ketara sumbang bila
ternampak Zara dalam
situasi yang benar-benar
tak dijangka!
Zara, tolong
jangan menjauh lagi!
Berhenti menyeksa diri
saya. Zara! Tolong...
“Err,
kenal Raudhah?” soal
satu suara. Lelaki
itu mengheret lengan
adiknya yang masih
lemah menghampiri Irsyad
yang berteleku di
pasir itu. Irsyad
mendongak. Wajah lelaki
tampan itu sedang
tersenyum hambar memandangnya.
Sehelai kot diserahkan
kepada Irsyad. Irsyad
mengambil. Itu kot
dia tadi! Irsyad
mengangguk.
“Zara... I’ve been looking for
her for the
past six years.”
tutur Irsyad lemah.
Dia bangun dan
berdiri tegak. Kot
yang dipegang, diseluk
koceknya untuk mengeluarkan
Iphone 4s. Hendak
memberitahu mamanya tentang
Zara! Mujur barang-barangnya ada
lagi!
“Err, terima
kasih selamatkan nyawa
Hani. Ni adik
kembar aku. Do you
mind if I
ask you to
join me? Kita
minum-minum. Mungkin aku
boleh ceritakan serba
sedikit yang aku
tahu mengenai Raudhah,
or
Zara or whoever
she was.” ajak
Hadi.
Dia hanya
ingin membalas jasa
Irsyad kerana telah
menyelamatkan nyawa Hani
sebentar tadi. Irsyad
dilihatnya seperti sedang
menanggung seribu penyesalan.
Penyesalan untuk apa?
Tapi, wajah Irsyad
cukup keruh. Wajah
Zara ternyata lebih
keruh setelah terpandang
muka Irsyad. Apa
sebenarnya yang berlaku
di antara mereka?
Irsyad memandang wajah
kacak Hadi tak
berkelip. Mereka bukan
berpacarankah?
“Okey.” balas
Irsyad. Dia perlu
tahu tentang Zara!
“Terima kasih
selamatkan saya tadi.”
kini Hani pula
bersuara lemah. Irsyad
mengangguk sahaja. Dah
memang itu caranya
bila dia berhadapan
dengan perempuan. Tiada
suara.
“Err, aku
hantarkan dia ke
bilik dulu. Kau
tunggu kat cafe
hujung tu. I promise
you it won’t
be long.” ujar
Hadi. Dia perlu
tahu segalanya mengenai
Irsyad dan Zara.
Dia mahu tahu
atas alasan apa
Zara tidak mahukan
sebarang komitmen dengan
siapa-siapa.
Dia pernah
ingin mencuba untuk
menyelam ke dasar
hati Zara namun
Zara melayannya bagaikan
kawan saja. Itu
membantutkan niatnya. Jadi,
dia perlu tahu
atas alasan apa
Zara dingin dengan
semua lelaki. Pasti
ada kaitan dengan
lelaki kacak ini.
“Okey.” balas
Irsyad lemah. Dia
berjalan menuju ke
cafe yang ditunjukkan
oleh Hadi tadi.
Sementara menunggu Hadi,
dia membuat panggilan
dengan mendail nombor
mamanya.
“Mummy...” lemah
suaranya memanggil si
mama.
“Ya sayang.
Lemahnya suara.” lembut
suara mamanya di
hujung talian.
“Icat dah
jumpa dia.” Irsyad
bersuara lemah.
Mummynya sudah
tahu perihal kejadian
enam tahun lepas.
Dia juga yang
mengakui sendiri hal
itu kepada Mummy Qilah. Pada
awalnya Mummy Qilah benar-benar
mengamuk! Tetapi, setelah
melihat keinsafan dan
keadaan anaknya yang
teruk menanggung dosa
saban hari, dia
jadi simpati terhadap
Irsyad...
“Hah? Zara
ke??” soal si
ibu. Mata Irsyad
berkaca. Dengar nama
Zara disebut, hatinya
dipagut rasa pilu.
Kasihan Zara...
“Ha ah. But...
she ran
away from me,
mummy. What should I do?” Irsyad
bersuara parau. Sedih.
“You
are a captain
in the industry,
Irsyad. Why don’t you
try to be
a captain in
your own life?
Try harder.
Make it
work. Chase her. Get her.
Marry her!”
kata-kata semangat dari Mummy
Qilah membuatkan semangat
Irsyad yang melayang
tadi bangun semula.
“Memohon kemaafan
seseorang yang benar-benar
terluka sangat susah,
Cat. You never gave
up for the
past six year.
Buat apa nak give
up saat dah
jumpa dia? Usaha
lagi nak. Usaha
tangga kejayaan. A woman
is still a
woman. Macam mana
pun, hatinya tetap
akan lembut. Cuma
masa yang menentukannya. Believe me.
Time is a great
healer.” pujuk Mummy Qilah.
Irsyad mengeluh
perlahan. Ya. Dia
dah jumpa Zara.
Ini baru sebetulnya
pengorbanan yang dia
harus bayar untuk
memohon keampunan Zara.
“NAH.” hulur
satu tangan. Irsyad
memandang pada gerangan
yang menyerahkan tuala
kepadanya. Oh! Lelaki
tadi... dia mencapai
dan mengelap rambutnya
menggunakan tuala berwarna
putih itu. Hadi
mengambil tempat duduk
bertentangan dengan Irsyad.
“Nama aku
Hadi. Kawan Raudhah.
Actually, abang
kepada kawan baik
Raudhah. Tapi... kiranya berkawanlah juga
sebab sama satu
tempat kerja.” Hadi
memperkenalkan dirinya lantas
menghulurkan salam. Irsyad
menyambut. Rambutnya yang
masih basah itu
dilap-lap. Lega hati
Irsyad mendengar hubungan
Hadi dengan Zara.
“Irsyad.” Jawabnya
sepatah.
Hadi mengangguk-anggukkan kepalanya.
Irsyad ni nampak
macam orang yang
tertekan dengan hidup
aje. Macam banyak
sangat masalah! Berkerut
dan tak ada
senyuman pun. Dan
dia tahu, Irsyad
pasti orang berada.
Lihatlah pakaian dan
gajetnya.
“So,
order?” soal
Hadi sebelum memanggil
pelayan.
“Carrot susu.”
jawab Irsyad pendek.
Dia pun tidak
tahu bagaimana mahu
bercakap dengan orang
yang baru dikenalinya
ini.
“Carrot susu
dengan tea o’ ais.” pesan
Hadi. Setelah pelayan
itu pergi, Hadi
memandang tepat ke
wajah Irsyad.
“Raudhah. She looks
terrible.” Hadi mula bersuara. Memohon
penjelasan buat perubahan
rakannya. Irsyad mengangguk.
“She
should be.” jawab
Irsyad bersahaja. Diraup
wajahnya berulang kali.
“She
was as hard
as nails before.
Tak sangka langsung
dia akan berubah
jadi macam tu
sesaat dia pandang
kau. Kami pergi
kat sini atas
alasan... nak bersuka
ria sebab terlepas
sekejap dari beban
kerja. But then... you came up and...
give her
the kiss of
death.” ujar Hadi
selamba.
Tak kisahlah
kalau Irsyad nak
terasa ke apa.
Memang kedatangan Irsyad
telah merosak pelan
mereka untuk bersuka
ria pada petang
itu. Tetapi... kalau
tak ada Irsyad,
tentu Hani sudah...
oh tidak! Irsyad
cuma mengangguk sahaja.
Terima sahajalah pendapat
Hadi mengenai kemunculan
dia pada hari
ini. Ini semua,
Allah yang rancang!
Bukan dia yang
rancang hendak mengganggu
Zara kerana dia
sendiri tidak menyangka
akan bertemu Zara
dalam keadaan begini
walaupun dia sibuk
mencari.
“So,
ada apa-apa yang
perlu aku tahu
sebelum aku start bercerita
pasal dia?” soal
Hadi kemudiannya dengan
kening terjungkit. Hadi
memang mudah mesra
dengan sesiapa pun
yang dia kenal.
Jadi tak hairanlah
jika Zara yang
berhati beku itu
pun boleh berkawan
dengannya.
“Nope.”
jawab Irsyad berahsia.
“Sorry
bro. Macam mana
kalau kau tak
ikhlas dengan dia?
Apa yang kau
dah buat pada
dia? Dia tak
pernah pucat sampai
macam tu sebelum
ni.” nada Hadi
kali ini agak
tegas. Marah mungkin.
Irsyad menunduk... pernah!
Zara pernah lebih
pucat lagi daripada
hari ini. Malam
tu! Pelayan datang
menghantar air. Setelah
pelayan tersebut pergi,
Irsyad bersuara.
“Anggap ajelah
yang aku pernah
menyusahkan hidup dia.
Sekarang, aku cuma
nak dia maafkan
aku kerana sudah
menyusahkan hidup dia.
Tak hargai dia,
aku bunuh kepercayaan
dia. Selagi dia
tak maafkan aku,
hidup aku tak
tenang.” jawab Irsyad
dengan nada tenang
tetapi... hati bagai
dicarik-carik. Jawapan Irsyad
itu bagaimana pun
tidak menepati piawai
skema jawapan yang
dimahukan Hadi. Walau
bagaimanapun, dia sedar
yang dia tidak
layak untuk mengambil
tahu lebih.
“Kau betul-betul
ikhlas nak minta
maaf?” soal Hadi.
Ah! Kenapa Hadi
berlagak macam dia
kekasih Zara pula?!
“Betul. Kalau
boleh... aku nak
dia tersenyum dan
bergelak ketawa macam
sebelum dia kenal
aku... aku tak
nak dia susah.
Aku betul-betul nak
dia tahu yang
aku masih sayangkan
dia. Aku masih
tunggu dia... enam
tahun tak mampu
mengubah perasaan aku
pada dia. Aku
nak betulkan segala
salah faham yang
menjerat aku dulu. I
screwed up.” dammm!!
Hadi rasa bagai
tercekik dengan pengakuan
berani mati Irsyad
itu. Zara? Irsyad?
Mereka pernah menjadi
kekasihkah? Kenapa Zara
merahsiakan perkara itu
daripadanya? Ah! Apa
haknya untuk mengambil
tahu tentang itu?
Irsyad menunduk.
Rasa bersalah yang
tidak mungkin akan
luntur buat selama-lamanya. Zara,
beritahulah apa yang
patut saya lakukan
untuk membeli kemaafan
awak? Hadi pula
mengurut tengkuk. Bagaimana
dia hendak membantu?
Dan... kenapa hatinya
rasa bagai tercarik
dengan kata-kata Irsyad
itu? Perasaan apa
ni?! Takkanlah perasaan
suka itu bertukar
menjadi cinta?
“Err. Dia...
kami baru berkenalan
tiga tahun lepas.
Tak banyak yang
aku tahu pasal
dia. Tapi...” kenapa
hati aku rasa
lain macam? Sambung
Hadi di dalam
hati. Lemah rasanya
melihat orang yang
cukup pakej di
hadapannya ini pernah
berpacaran dengan Zara.
Kenapa hatinya rasa
tak sedap dengan
kemunculan Irsyad? Dia
menggosok-gosok dadanya yang
tiba-tiba terasa pedih.
“Tapi?” soal
Irsyad setelah Hadi
berjeda lama. Dia
sudah tidak sabar
hendak mengetahui hal
Zara. Sedikit pun
tak apa janji
dia tahu di
mana nak cari
Zara!
“Aku tahu.
Dia tinggal dengan
abangnya. Dekat Kuantan.
Sungai Lembing. Sebelum
dia duduk kat
Sungai Lembing, mereka
pernah duduk dekat
KL. Bila masing-masing
macam dah berkerjaya
sedikit, mereka pindah
ke Kuantan semula.
Ini pun aku
dapat tau dari
Hani. Hani best friend
dia.” Hadi bercerita
perlahan.
Kenapa semakin
sempit dadanya? Melihat
muka Irsyad yang
bagaikan disuluh cahaya
itu benar-benar menyempitkan
dadanya!
“Aiman? Dia
dengan Aiman tinggal
dekat Sungai Lembing
aje?” soal Irsyad
tidak percaya.
Merata-rata dia
mencari Zara rupa-rupanya
Zara masih di
Kuantan. Aneh. Enam
tahun lamanya dia
di Kuantan... kenapa
belum sekali pun
mereka terserempak tanpa
sengaja? Tak sangka
Irsyad. Merata dia
mencari Zara. Rupa-rupanya
gadis itu ada di Kuantan!
“Ya... Aiman
di Sungai Lembing...”
ujar Hadi. Jadi,
Irsyad juga tahu
mengenai Aiman? Sejauh
manakah perkenalan Irsyad
dengan Aiman dan
Zara sebenarnya? Hati
Hadi semakin tak
keruan. Perasaan apa
ni?
“Boleh berikan
alamat rumah dia
tak? Aku betul-betul
kena jumpa Aiman.
Dia kawan lama
aku...” Irsyad membuat
permintaan. Hadi mengangguk
lambat-lambat. Irsyad menyelamatkan
nyawa adiknya. Dia
terpaksa menurut. Hutang
budi yang menyeksakan!
Irsyad melepaskan
keluhan lega. Bagaimanalah
dengan reaksi Aiman
ya? marahkah? Tentu
sekali jika dia
sudah tahu.
‘Aku sudah
merosakkan kepercayaan semua
orang. Okey, niat
aku baik. Nak
jumpa Aiman, minta
maaf sebab dah
huru-harakan hidup adik
dia. Selepas itu
minta kebenarannya untuk
memperisterikan Zara atas
alasan tanggung jawab.
Tapi... Zara. Adakah
dia sudah berkahwin
atau berpunya?’ soal
hati Irsyad.
“Zara... dia
dah kahwin atau
bertunang ke?” satu
lagi soalan menyendatkan
nafas Hadi. Zara
memang tidak pernah
berpacaran... dia? Dia
hanya dianggap Zara
sebagai seorang abang...
Perlahan-lahan Hadi
menggelengkan kepalanya. Irsyad
tersenyum lega. Hadi
sudah mengetap gigi
menahan rasa.
“Boyfriend?” soal
Irsyad lagi lebih
teruja.
“Tak ada.” Semakin lemah
bunyinya. Irsyad sudah
menggenggam tangan dan
menumbuk udara. Gembira
tak terkata! Dia
masih punya peluang!
“Ramai yang
jatuh hati pada
dia...” kata-kata Hadi
itu menyebabkan senyuman
Irsyad langsung mati.
Hadi menelan liur.
Dan aku rasa...
aku salah seorang
daripada yang ramai
tu... hatinya menyambung
pilu.
“Ya?” soalnya
dengan muka yang
sudah pucat.
“Ha ah.
Tapi dia tak
pandang semua. Dia
ada cakap yang
dia rela jadi
macam biarawati. Tak berkahwin sampai
habis hayat.” luah
Hadi pula.
Benar! Memang
Zara tidak mahu
berpasangan dan dulu, dia
langsung
tidak tahu kenapa.
Sekarang dia sudah
dapat mengagak... Zara
kecewa dengan cintanya
bersama Irsyad, sebab
itulah dia tidak
mahu bercinta lagi.
Mana-mana perempuan yang
kehilangan Irsyad pun
akan rasa terkilan.
Irsyad mempunyai pakej
yang lengkap. Pasti
mampu membuatkan seseorang
menjadi gila.
“Aku akan
berusaha dapatkannya.” Irsyad
seperti berikrar.
Teruk benarkah
penangan perbuatannya dahulu
sehingga Zara seperti
sudah berputus asa
untuk mencari pengganti?
Bila mendapat tahu
Zara tidak lagi
belajar di UiTM
Jengka dulu, hatinya
rasa seperti disayat!
Takkan Zara langsung tak
menyambung pengajiannya disebabkan
perkara itu? Irsyad
rasa sungguh bersalah
untuk itu!
Kata-kata Hadi
tadi menyebabkan hati
Irsyad seperti ditusuk
sembilu. Perit. Zara
tidak mahu berpasangan
selepas apa yang
diperlakukan olehnya dahulu. Mungkin
Zara mengasingkan dirinya
semata-mata kerana dirinya
terasa ‘kotor’.
“Aku nak
kau jaga dia
betul-betul. Aku tahu
kau bagi kesan
mendalam kat dalam
hidup dia. Kalau
tak, takkanlah dia
boleh jadi sampai
macam tu sekali.
Pucat. Takkanlah dia
boleh tutup pintu
hati dia untuk
bercinta.. dan takkanlah
dia boleh sebut
nama kau hampir
setiap malam...” bertambah
perit tekak yang
meluah. Hadi menunduk.
Digenggam tangannya sekuat
hati. Cuba mencari
kekuatan.
Irsyad tersentak.
“Dia sebut
nama aku?” jantungnya
luruh!
“Ya. Adik
aku selalu tidur
kat rumah dia.
Hani selalu kata.
Raudhah ada mengigau.
Irsyad... nama lelaki
yang Raudhah selalu
sebut. Nama kau,
kan?” soal Hadi.
Irsyad menunduk.
“Dia mengigau
apa?” berdebar-debar hati
Irsyad.
“Dia tanya
kenapa buat dia
macam tu. Hani
cakap, hampir setiap
malam Raudhah mengigau
dan meracau ayat yang
sama. Kau tinggalkan
dia eh?” teka
Hadi.
Gulp! Liur
ditelan bagaikan pepasir.
Bukan aku yang
tinggalkan dia tapi...
dia yang tinggalkan
aku! Perlahan-lahan Irsyad
mengangguk. Takkanlah hendak
membuka aib dia
dengan Zara pula?
“Ada salah
faham yang menyebabkan
semua perkara ni
terjadi.” ulas Irsyad
lambat-lambat. Jemari digenggam
kuat. Hadi mengangguk.
Benarlah tekaannya. Zara
takut untuk melalui
perkara yang sama
dan sebab itulah
dia berkeputusan untuk
bersendirian.
“Kau
tak
ada cari yang
lain?” soalan Hadi
kali ini memeranjatkan
Irsyad. Hadi mengetap
bibirnya. Enam tahun
Irsyad dan Zara
berpisah, takkanlah lelaki
cukup pakej ini
tidak ada yang
lain? Kenapa mesti
dia terhegeh-hegehkan Zara?
Kenapa dia berdoa
agar Irsyad sudah
berkahwin? Mungkin kerana...
status Irsyad akan
menyebabkan Zara menolak
lelaki itu!
“Dia tiada
penggantinya.” hanya itu
jawapan yang Hadi
terima. Dia mengangguk
tanda faham. Cinta
yang mendalam. Dugaan
yang mencabar! Komen
isi hatinya.
‘Hadi... kau
harus berundur...’ hatinya
pula berkata. Liur
ditelan. Mampukah dia?
0 komen:
Post a Comment