BAB
13
FITNAH orang kampung
sekali lagi merebak.
Hasyim punya kerjalah
ni. Siapa lagi yang suka
menabur fitnah kalau
bukan dia dengan
Leha, kan? Bukannya
aku tak tahu yang dia itu sebenarnya
ada hati pada
Leha. Dia bengang
apabila Leha sentiasa
berdamping dengan Aizat.
Nak-nak, sekarang Leha
sentiasa melekat dekat
depan rumah aku
dengan pelbagai warna
kebaya dan pembayang
mata yang dikenakan
semata-mata untuk mengurat
Aizat.
Siapa tak
bengang? Kalau aku
pun aku bengang
sama sebab yang terkena
tempiasnya, aku! Tak
pasal-pasalpula aku dicadangkan
supaya berkahwin dengan
Aizat. Yang asyik berkepit dengan
Aizatnya bukan aku!
Tapi Si Leha
tu!
Disebabkan aku
pulang dari kedai
Pak Teh dengan
Aizat beberapa hari
lepasditambah pula dengan
cerita aku melepak
dekat kedai ABC
dan aku ke
pekan sehari dengan
Aizat, habis dicanang
cerita itu kepada
satu kampung. Sakit
sungguh hati aku.
Aku balik dengan
Aizat pun bukannya
si samurai tucarry aku
naik basikal! Tension tahu?
Depan awam lagi
tu. Tak ada
nak sentuh-sentuh apa
pun. Benci!
Dekat kedai
ABC pun sama!
Bukannya aku berdua-duaan
dengan Aizat pun. Ada
Ijai sekali. Bincang
hal nikah Ijai
pula tu! Dekat
pekan sehari pula?
Aizat berdiri sepuluh
meter dari aku,
okey?! Sungguh aku rasa
sakit hati. Mulut
Hasyim ni memang
kena ada yang
tolong tamparkan seribu
kali!
Pagi tadi,
ada dua tiga
orang mak cik
datang ke rumahku
semata-mata nak tengok
muka aku dengan
Aizat. Selepas itu
mereka menggeleng-gelengkan kepala
dan pulang ke
rumah masing-masing. Dah
macam orang tak
ada kerja pula!Pelikbetul orang-orang
kampung ni. Heeee.
Inilah sebabnya aku rasa nak ‘chalu’
dari kampung ni.
Mujurlah aku ini
kurang berpendidikan dan
manja budaknya. Tak
dapatlah nak lari
keluar dari kampung
ini berjauhan dengan
mak abah.
Kalau aku
ni sebaya mak,
lama aku sumbukan
aje si Hasyim
tu. Geram pula
aku. Macamlah aku
terliur sangat nak
buat maksiat dengan
Aizat. Macamlah aku
tak belajar ilmu
agama di sekolah
dulu. Aku mungkin
tak berapa cerdik
dari segi pelajaran
tetapi tidaklah bodoh
untuk menjatuhkan air
muka ibu dan
bapa aku.
“MAK nak
dia jadi suami
kamu dari dulu
lagi, Melur. Melur
ingat lagi kan? Lagipun dia sepupu kamu
sendiri. Senang dia
nak duduk kat
rumah ni sampai
bila-bila. Umpatan orang kampung
pun nanti berhenti
jugak. Sekarang makin
teruk si Hasyim
tu jaja cerita
semenjak Leha berbaik
dengan Aizat ni.
Tak seronoklah kalau
kita jadi tumpuan
orang kampung disebabkan
cerita tak elok.”
beritahu mak. Aku
julingkan mata ke
atas. Mak!!
“Mak! Kalau
mak nak jadikan
dia suami Melur,
baik mak lupakan
saja. Melur tak
nak merisikokan diri
Melur berkahwin dengan
penjahat macam dia. Baik dia
kahwin dengan Leha
tu saja. Habis
juga cerita. Nanti
dia duduklah dengan
Leha tu. Nak
jumpa pagi petang
siang malam pun
tak apa. Tak
ada halangan dah!
Kenapa pulak bila
Leha yang kerap dating
dengan dia, alih-alih
Melur yang kena
kahwin dengan dia?
Tak logik tau
mak? Lagipun, Melur
memang dah jarang
bertegur dengan dia.
Takkanlah boleh timbul
lagi fitnah macam
ni? Melur tak nak hidup
dengan lelaki biadab,
jahat, macam dia ni.” aku menjeling Aizat.
Mata Aizat
terbuntang. Macam hendak
menelanku. Tapi aku
tetap menayangkan riak
tak kisah dengan
pandangan penuh amarahnya
itu. Memang kebelakangan
ini aku jarang
bercakap dengan dia.
Baik di dalam
rumah mahupun di
luar rumah. Nak-nak
semenjak Leha semakin
berani memeluk lengannya
dan menyelitkan rambut
panjangnya itu ke
belakang telinga dua
tiga hari lepas.
Eee, tak tahulah
kenapa mesti aku
rasa marah sangat.
“Melur, tak
baik cakap macam
tu. Mak kenal
anak saudara mak ni macam
mana orangnya. Mak
tahu dia baik.
Dari kecil lagi
dia memang anak
yang baik. Nakal-nakal
sikit tu adatlah,
orang lelaki. Tak
nakal tu, pondanlah
jawabnya.” mak aku
membela Aizat. Aku mencebir. Rambut
panjang macam tu,
bukan pondankah?
“Mak, kalau
nakal sikit-sikit tak
apa lagi. Dia
ni bekas pelajar
kat sekolah budak
jahat-jahat. Kalau dah
sampai ke situ
perginya, baik apa?
Nakalnya sikit apa?
Dekat pekan sehari
hari itu pun,
bertempiaran lelaki tu
lari disebabkan dia!
Mesti itu mangsa
buli dia. Tengok
Alonglah. Habis lebam
biru mata dikerjanya.”
aku menjelingnya.
Dia memandangku
tajam. Nak marah.
Tapi, ada aku
kisah? Ini soal
masa depanku. Aku
tak nak berkahwin
dengan dia. Mulut
dia dahlah macam
puaka niang rapik!
Perangai lagilah berganda-ganda ‘rapik’nya!
Asyik buat aku
menangis dan marah sahaja. Tak
ada kerja lain
sangat dah agaknya.
“Melur!” abah
menegur dengan suara
yang naik satu
oktaf. Marah bila
Aizat dikutukku. Dah
memang betul, kan?
Dia belajar di
sekolah budak jahat.
Takkan aku nak
cakap dia belajar
dekat sekolah baik
pula? Tengoklah perangai
dia sendiri macam
mana? Tak pernah
nak bersopan denganku.
Bercakap pula tidak
pernah mahu mengambil
hatiku. Semuanya kasar!
“Melur! Along
dengan kamu yang
cari pasal. bukan
dia nak tumbuk
sesaja aje. Mak
pun bersorak waktu dia tumbuk
tu. Mana nak
tahu dia tumbuk
Along? Dah Along
pakai topeng. Lagi
satu, kes lelaki
bertempiaran dulu... lelaki
tu bukannya mangsa
buli Aizat tapi
dia...”
“Mak De,
sampai masa nanti
saya bagitahu dia.
Tolonglah Mak De...
biarlah dia nak
fikir apa. Itu
semua tak penting.”
Aizat memotong. Mak
menggeleng-gelengkan kepalanya. Di
wajah mak, dapat
aku lihat kesedihan.
Aku tak berniat
nak buat mak
sedih. Apa maksud
mak? Lelaki itu
siapa untuk dikaitkan
dengan Aizat?
“Mak pun
tahukan, Melur tak
suka langsung kat
dia ni.” aku memandang ke
arah Aizat. Dia ternganga sedikit.
Mukanya macam langsung
tak percaya yang
aku benar-benar tak
suka padanya. Muka
terkilan agaknya. Entah?
Biasanya aku tengok
dia dengan satu
reaksi saja pada
wajahnya iaitu ‘ada
aku kisah?’.
Ah! Tayanglah
muka apa-apa pun. Ingat aku
hairan? Mentanglah kau
dah tak ada
rumah nak pergi,
tiba-tiba rumah ini
jugak yang kau
pilih. Mak saudara
yang lain berlambak,
tapi rumah mak
aku jugak kau
nak tinggal! Selama ini
seronok sangat kau
hidup kat bumi
KL tu sampai
bertahun-tahun tak balik!
Dah jadi anak
teruna, mintak tinggal
serumah dengan anak
dara macam aku.
Ingat, muka dia tu aku
hairan sangat nak
pandang?! Huh!
“Melur tak
ingin nak kahwin
dengan dia! Dahlah
macam orang tak
siap! Rambut panjang
kalah samurai! Mulut
pulak jahat nak mampus.” Aku mengutuk
seenak rasa. Ya,
aku tahu yang
Aizat sudah kurang
bercakap kasar denganku
tapi... entahlah. Aku
tetap cari jalan
nak bergaduh dengannya.
Mak pandang
abah, abah pandang
mak. Mereka berdua
menggeleng-gelengkan kepala. Mungkin
geram dengan kata-kataku
agaknya. Dah memang
betul kataku, tak
mungkin mereka nak
menafikannya!
“Macamlah aku hadap sangat
nak kahwin dengan
kau! Muka kau tu tak
dapat beza aku
dengan muka beruk
belakang rumah! Nyet
lagi lawa. Dahlah
banyak mulut. Sakit
otak aku. Nama
pulak Melur! Klasik
habis. Lebih baik
aku bercinta dengan
Jasmin lagi baiklah!”
jawabnya selamba lantas
bersandar enak ke
kerusi kayu sambil
memejamkan matanya. Tak
bersalah langsung rupa
yang dipamerkan. Huh!
Boleh dia kutuk
aku sampai macam
tu sekali?
Mendengar sahaja
nama gadis lain
selain namaku yang
disebutnya sudah cukup
membuatkan hati aku
menggelegak! Wargh! Kenapa
tiba-tiba aku rasa nak mengamuk?
Siapa Jasmin tu?
Kekasih dia di
KL sanakah? Aku
lebih rela dia
sebut Leha berbanding
Jasmin...
“Hey! Ingat
saya nak kahwin
dengan awak? Entahkan
hari pertama lagi nikah
dengan awak, saya
dah kena tetak!
Bukan boleh kira
awak ni! Bekas
budak jahat, kan?”
aku menjerkah pula.
Dia menjegilkan matanya.
“Melur!” mak
dan abah bersuara
serentak. Kedua-duanya sudah
hampir menjerit kerana
marahkan aku.
Asyik-asyik aku
aje yang kena
tegur. Benci betul.
Mak sayang sangat
pada dia. Budak
jahat macam itu
pun mak sayang
lebih. Entah apa-apa.
Apa yang menyebabkan
dia kena hantar
kat sekolah budak
jahat dulu? Sampai
sekarang pun aku
tak tahu. Mak
aku pula terus-terusan
kata dia baik.
Baiklah sangat! Dengan
aku, perangai singa
bertanduk sepuluh dia
tu terserlah bukan
main lagi.
“Ya...” aku menunduk.
Akur apabila melihat
mata abah semakin
membuntang memberi amaran
kepadaku supaya menjaga
nada apabila bercakap
dengan Aizat.
“Jiran kita
dah mengata sakan.
Kita ni duduk dekat kampung
aje. Bukan dekat
bandar sana. Mulut
orang tu yang
kita kena jaga. Takkan mak
nak halau anak
saudara kesayangan mak
ni. Dia tak
ada rumah dah.
Kat sini aje
tempatnya berteduh kasih.
Lagipun ini memang
rumah dia. Kalau
ikutkan, kita yang menumpang
sekarang ni. Dulu sebelum dia
balik ke sini, Melur sendiri
pun setuju nak
nikah dengan dia.
Bila dia dah
balik ni ha,
Melur tak nak
pulak. Bertekak aje dua puluh
empat jam. Dulu
kata sanggup aje
nak dijodohkan dengan
dia.” mak bersuara.
Mak mengungkit! Itu
dulu. Itupun sebab
dah puas kena
paksa!
“Mak, Melur
setuju dulu sebab
Melur tak tahu
lagi orangnya macam
mana. Ni muka
dahlah macam pailang
aje, siapa berani
nak menikah dengan
dia?” aku mencebir
lagi. Kali ini
Aizat ketawa. Kali
pertama aku melihat
dia ketawa besar.
Telan liur jugalah
walaupun malu nak
mengaku. Mata sepetnya
bertambah sepet. Kacak!
“Apa gelak-gelak?!” aku
menjerkah. Dia berhenti
gelak. Terus mukanya
serius memandangku.
“Mak, Melur
tak nak kahwin
dengan lelaki badan
keding macam ni.
Melur nak lelaki
macam Aaron Aziz.
Sedap bawak tidur...”
aku gigit tepi
bibir. Mak aku
mencampakkan kusyen tepat ke mukaku
tanpa aku sempat
mengelak. Pukkk!
“Memang dah
patut kahwin pun.
Gatal! Tak malu!”
mak mengamuk sambil
mencampak kusyen ke
mukaku. Abah dan
Aizat tergelak besar
lagi sekali. Terhinggut
bahunya akibat ketawa
melampau. Subhanallah. Terpukau!
Terpukau! Inilah agaknya
sebab dia payah
nak ketawa. Kerana,
sekali dia ketawa,
boleh sejuk hati
yang sedang membara.
“Mak! Orang
tak nak kahwin
dengan lelaki badan
keding macam dia!”
aku mengulanginya sambil
menjeling si samurai
tiga ratus enam
puluh darjah.
“Kedinglah sedap...”
dia berkata sambil
menayang muka kereknya.
Aku pandang mak.
Mak dan abah
menggelegak suka. Cis!
“Mak tengoklah
dia ni!” aku
membentak.
“Mak kau
kan dah jenuh
tengok muka aku?”
dia menyoalku dengan
muka tak bersalah.
“Mak!!” aku membentak lagi.
Mak dan abah ketawa terkekeh-kekeh pula.
“Kahwin ajelah
Melur.” Along yang
baru keluar dari
biliknya menyampuk.
Along ni... mentanglah baru
balik dari KL,
tak tahu cerita
apa-apa mengenai aku
dan Aizat, terus
sahaja dia mengarah
supaya aku berkahwin
dengan Aizat. Dia
pulak boleh relax je
biarpun ditumbuk sampai
lebam dengan Aizat?
Tahulah dia selalu
lepak dengan Aizat
sepanjang mereka di
KL. Tapi... humph!
Dia tak tahu
apa yang si
samurai tu dah
buat pada aku!
Si samurai
tu dah jatuhkan
aku dari buaian,
mengejek-ejek aku sampai
aku menangis dan
dia jugak lelaki
yang buat aku
jatuh pokok sampai
terseliuh pinggang! Si
samurai ni dah
banyak buat hidup
aku menderita dengan
kata-kata pedasnya. Huh! Kalau dia
tahu, tak ada
canlah Samurai ni
jadi sepupu kesayangan
dia lagi.
“Tak apa,
suruh dia yang
buat keputusan. Melur
ikut aje. Melur
yakin, dia pun
tak ingin nak berkahwin dengan
Melur. Melur bukan
bijak pandai pun.
Dahlah comot. Nama
pulak Melur! Memang
tak ada sesiapa
pun nak. Lagipun,
dia dah ada
Leha.”Aku berpeluk tubuh
dan tergelak jahat.
Barulah kini aku
bersyukur kerana dikurniakan
nama yang klasik
dan otak yang
kurang cerdas begini.
“Sedar pun
kau yang kau
tu buruk sebenarnya!”
kutuknya. Heeee! Geram
betul aku. Keluarga
aku dah tergelak
sakan mendengarnya. Tak
aci, tahu? Kalau
aku yang mengutuknya
begitu, tidak pula
mak dan abah
aku ketawa macam
ni. Malah, aku
dimarahi mereka.
“Bisinglah awak!”
jerkahku semula.
Aku tahu
sangat, dia pun
tak ingin nak
berkahwin dengan aku.
Mana dia nak
campak Leha yang
selalu sangat muncul
kat depan rumah
ni semenjak beberapa
minggu yang lalu?
Dia pun macam
ada hati kat Leha. Aku
yakin dia tak
mahukan aku.
“Mak De, Pak De,
saya ni dah
banyak sangat menyusahkan
Mak De dengan
Pak De...” tak
sempat dia menghabiskan
kata-katanya, aku terus
menyampuk.
“Haaa! Sedar
pun awak!” air
mukanya berubah. Air
muka mak dan
abah pula berubah
bengis. Ooo... ooo!Kan
aku dah kata?
“Melur!” suara
abah sudah naik
satu oktaf. Aku
terdiam. Ketap bibir
rapat-rapat. Takut nak
bersuara bila suara
abah dah naik
tinggi. Along aku
hanya tergelak mengejek.
Geram sungguh aku!
“Tak apa
Pak De, saya
setuju nak kahwin
dengan dia. Akan
saya ajar dia
cara nak respect orang.”
dia tersenyum senget.
Aku rasa terhenyak!
Muka dia nampak
jahat... macam Joker!
Silap mulut dia
tak sampai ke
pipi saja! Aku
dah cari nahas.
“Makkk....” aku
mencemik. Nak menangis.
“Dah dua-dua
setuju, berlangsung ajelah
kita.” mak tersengih.
Aku rasa nak
menangis sangat. Tak
bercakap langsung pun
kena kahwin juga.
Setuju? Bila masa
aku setuju? Huh!
“Settle
masalah.” abah dan Abang Long
bersorak. Aku pandang
Aizat, dia sedang
tenung aku tadi
tapi dia alihkan
pandangannya. Huh! Takut
dengan renungan maut
akulah tu.
“Mak! Kenapa
tak kahwinkan dia
dengan orang lain?
Kenapa mesti Melur?”
aku memprotes.
“Habis siapa
lagi anak dara
mak kat rumah
ni? Abang Din?”
soal mak aku
sinis. Along dan
Aizat tergelak kuat.
Mengejek. Mak ni,
tak teragak nak
cakap Abang Din
tu anak dara.
Sudahlah badan abangku
yang satu itu
katangnya, ke main!
“KENAPA awak
ni setuju nak
nikah dengan saya?”
aku menyoalnya dengan
tidak puas hati.
Dia buat tak
tahu sahaja. Memang
dari dulu lagi
riaknya toya begitu.
Huh! Menguji kesabaran
sungguh setiap kali
tengok muka tak
bersalah dia, tahu?
Macam manalah hidup
aku lepas ni
kalau hari-hari menghadap
muka satu riak
dia ini saja?
“Saja, aku
nak ajar kau.”
dia menjelingku selamba.
“Dah tak
ada cara lain
nak ajar saya?”
aku menyoal.
Dia
masih
lagi setia dengan
muka satu pesennya tu. Langsung tak
terkesan dengan amarah
aku. Aku hanya
membontoti langkah dia
ke dapur. Dia
menuang air ke
dalam gelas lantas
diminum. Tuala putih
yang tersangkut di
bahunya aku pandang.
Dia nak mandi
ke? Mungkinlah. Dia
ni memang rajin
mandi. Tiga kali
sehari. Aku pun
mandi dua kali
aje sehari. Huh!
Malu pula rasa.
“Ada, lepas
kahwin dengan kau,
aku madukan kau.
Leha ada.” dia
berkata selamba. Aku
mula mencebik-cebik. Tak
kahwin pun lagi
dan dia sudah
cakap pasal madu?
Leha pula tu.
Bukannya lawa pun. Sudahlah tak
ada tulang. Humph!
“Eleh macamlah
mampu.” aku mencemik.
Cuba memujuk hati
agar tidak terpengaruh
dengan kata-katanya.
“Jangan selalu
pandang rendah pada
orang. Jangan nak
pandang orang tak
guna mata. Kalau
aku cakap yang
aku mampu pun
kau takkan percaya.”
dia berkata selamba.
“Dah memang.”
aku mencemik lagi. Tiba-tiba tuala di bahunya, dia
sidaikan ke bahuku.
“Sedangkan dekat
KL pun aku
boleh buat dua
tiga kerja sehari
nak beli apa yang
aku nak, inikan
pula nak berbini
dua.” dia menjawab
dengan nada sinis.
Aku terdiam.
Rasa macam diketuk
berkali-kali dekat kepala. Jadi,
betullah ni, dia
nak madukan aku?!
Bencinya! Bajunya ditanggal
di hadapanku. Bulat
mataku! Bulat sangat.
Badan keding... tapi. Wargh! Kenapa
aku tak putus-putus
tengok badan dia
ni? Kenapa tak
boleh nak alih
biji mata ni?
“Apa pandang-pandang?” dia
menyoalku. Terus aku
alihkan biji mata
ke lain.
“Aku bagi towel
tu suruh kau
tutup mata kau.”
dia merampas semula
tuala dari bahuku
sebelum kembali menyidainya
ke bahu dan
berlalu ke tandas.
Aku nak cakap
sesuatu dengan dia,
tadi kan? Kenapa
aku dah lupa
apa yang aku
nak cakapkan? Arghh!
Aku dah nyanyuk
sekarang...
Dan... kenapa
aku boleh berselera
nak tengok badan
dia sedangkan abang-abang
aku sering ke
hulu ke hilir
di dalam rumah
di dalam keadaan
tak berbaju seperti
ini? Kenapa pula
keadaan sekarang berbeza?
Sebab dia sepupu
akukah? Atau disebabkan
dia bakal laki
aku? Euw!
Heee! Aku
benci kau, Aizat!
Sebab kau selalu
buat nafas aku
tersekat. Aizat gila!
0 komen:
Post a Comment