BAB
7
“WAH Bedah,
cantik kau hari
ni.” Tegur Ikram.
Aku menayang sengih.
Lain orang yang
aku harapkan pujian,
orang lain yang
beri. Tak apalah. Sekurang-kurangnya ada
yang nak puji. Benji
menjelingku sekilas.
“Biasa je
I tengok.” Komennya
dengan cemikan.
Automatik aku menjeling sebaik
saja mendengar komennya.
Lebih baik dia
tak payah bersuara
langsung sebab kata-kata
dia itu cukup
menyakitkan hati. Cuba
korang guna sepenuh
effort untuk
meng-impress-kan seseorang lepas
tu seseorang tu
boleh cemik muka
dan cakap biasa
aje usaha korang
tu? Korang tak
rasa nak kakikan
dia ke?
“Pelik aku
dengan mata kau
ni.” Tegur Ikram
pada Benji. Aku
hanya buat tak
tahu. ‘Biasa’ lebih
elok dari ‘tak
cantik langsung’ kan? Aku cuba
sedapkan hati sendiri.
“Kau nak
popcorn tak?” soalku kepada
Ikram, mengubah topik.
“Sayang, tentulah
nak. Share ajelah. Tak
habis kalau makan
sorang-sorang.” Ikram mengada-ngada. Aku
menjuihkan bibir. Cukup
meluat mendengar kata-katanya.
“Tak habis
kalau aku beli
sebekas untuk kau.
Tapi bila aku
tak belikan kau,
kau habiskan yang
aku. Takde-takde. Lebih
baik beli asing-asing.
Kau boleh share
dengan Benji.”
“I tak
makan sangat popcorn. Mungkin
I ambil yang
you aje nanti.”
Dia bersuara apabila
perlu. Seperti biasa.
“Biarlah. Hello guys,
kita tengok dua
cerita ni nanti.”
Dan aku rasa
satu bekas popcorn
dikongsi bertiga takkan
cukup sebab aku
hantu popcorn!
“The Cobbler
dah takdelah, ngek.
Kau tak dengar
ke Benji cakap
tadi?” soal Ikram
menyekeh kepala aku.
Aik pelik. Fast
7 masih ada. Takkan
The Cobbler dah
tak ada?
“Lah, habis
tu tengok cerita
apa aje kita
ni?” soalku bersedih.
Punyalah aku nak
berlama-lama melepak dengan
Ikram. Alih-alih… tak
ada pulak cerita
tu. Dahlah lama
tak berpeluang melepak
dengan Ikram. Huh.
“I ganti
dengan Avengers. Tapi
ada gap tiga
jam. Kita boleh
pergi makan dulu.
Karaoke ke…” Benji
berkata. Aku angguk.
“Awal sangat
kita pergi. Dah
banyak gap. Tapi
takpe juga. Boleh
selit-selit dengan shopping kan? Karaoke
pun sounds nice to me.” Aku
cuba menceriakan suasana.
Sebenarnya aku tak
minat berkaraoke. Bukan
tak minat sebab
suara aku tak
sedap. Tak minat
sebab suara aku
sedap dan aku
tak mahu berkongsi
dengan sesiapa mikrofon
aku tu nanti.
Hahaha.
“Yeah!” sahut
Benji.
“HISH. Cerita
orang putih mesti
nak kena tayang
punggung perempuan yang
montok-montok macam ni.
Kenapa entah?” komenku
tidak lama selepas
cerita itu bermula.
Sakit mata nak
tengok. Yelah, aku
perempuan. Nak berkenan
apa dekat punggung
perempuan? Lainlah kalau
budak dua orang
kat kiri dan
kanan aku ni.
Tak berkelip mata
memandangnya.
“Nak kibar
bendera pun terlenggok-lenggok gitu.
Gelinya.” Kutuk aku
lagi. Mana taknya?
Pengibar bendera waktu
kami drag dulu,
lelaki. Kadang-kadang Ikram
jadi tukang kibarnya. Tak
ada maknanya perempuan
berani ke tengah
dalam saat-saat cemas
begitu.
“Syhhh. Distracting.” Faham-faham
sajalah ayat tu
muncul dari mulut
siapa. Aku menjelingnya
yang berada di
kananku. Dahlah kotak
popcorn aku dia
ambil. Tangan menyeluk
kotak popcorn lalu
menyumbat ke dalam
mulut tanpa riak
bersalah.
Mesti tengah
bayang mengunyah apa
yang ditayang di
dalam filem ini.
Huh! Memikirkan saja
aku jadi loya.
Aku memandang Ikram
di sisi dengan
wajah meminta simpati.
Dia mengerlingku sekilas.
“Nak?” soalnya.
Aku angguk. Dia
menghulurkan popcorn namun
kotak popcorn dia berlaga dengan
kotak popcorn yang
Benji pegang.
“I dah
tak nak. Manis
sangat. You ambillah.”
Kata Benji. Aku
tersenyum dan menilik
isi popcorn dengan
cahaya yang samar-samar
dalam bilik panggung.
Mati senyumanku.
“Dah sikit!
Konon ‘I tak
makan popcorn sangat’.
Sama aje macam
Ikram! Tak makan sangat,
tapi bila dah
makan, tinggal separuh.”
aku mengajuk cara
dia bercakap tadi.
Ikram terkekeh-kekeh gelak.
Seketika kemudian, dia
mencurahkan popcorn di
dalam kotaknya ke
dalam kotakku sehingga
tinggal sedikit dalam
kotaknya.
“Oh,
this is why
I love you.”
Aku berkata terharu.
Ikram mengenyit mata
sebelum kembali fokus
menonton filem. Aku
pandang Benji sekilas.
Dia menjelingku.
“Flirting.” Dia
menjeling terbalik. Hek
eleh. Aku dengan
Ikram memang begitu.
‘love’ kami merupakan
kasih sayang antara
rakan. Hubungan kami
dah macam adik
beradik.
“Shut
up. Very distracting.” Aku memulangkan paku
buah keras. Aku
lihat dia tahan
senyum.
“AKU rasa
sedih sangat tadi...
nak-nak bila kita
tahu Paul Walker
dah mati. Ayat
Vin Diesel last
tu… menusuk betul.”
Komenku pada Ikram.
Ikram mengangguk-anggukkan kepalanya
sambil menyudahkan sedutan
terakhir air Pepsinya
sebelum membuang cawan
kertas itu ke
dalam tong sampah.
“Aku pun
sama. Lepas ni
takkan samalah dah
cerita tu sebab
dia dah tak
ada…” kata Ikram.
Aku berpaling ke
belakang. Teringat pada
Benji.
“Kenapa jalan
dekat belakang?” soalku.
Dia tersenyum hambar.
“Saja. Nak
tengok siapa ingat
I.” katanya seperti
berjauh hati. Aku
tersenyum. Lengannya aku
paut. Lantaklah dia
nak rasa pelik
atau apa. Ini
pautan seorang sahabat.
Bukan pautan gedik
manja.
“Saya ingat
orang yang dah
belanja saya.” Aku
tersenyum dan mengheretnya bersama Ikram
pergi dari situ.
Mesti ramai orang
ingat aku perempuan
paling beruntung diapit
dua lelaki kacak.
“So kita
nak makan dekat
mana?”
“Kopitiam.” Ikram
berkata sepatah.
“MARI makan…”
aku menepuk-nepuk kedua
belah tangan apabila
makanan yang dipesan
terhidang di depan
mata. Gembira tak
terkata. Duduk dalam
aircond panggung wayang
tu gila sejuk!
Bila sejuk, perut
cepat lapar. Sekotak
popcorn pun tak
dapat membantu.
Makanan yang
dipesan memang sama
dengan makanan Ikram.
Kami kan sahabat
sejati sentiasa di
hati? Mana boleh
berbeza sedikitpun.
“Ehemmm.” Benji
berdeham bersama mata
yang mengecil memandangku.
Serentak itu,
aku bagaikan robot,
menadah tangan. Huh,
cukuplah sekali aku
termalu sendiri dengan
dia sewaktu kami
pulang dari airport
dulu. Aku tak
nak peristiwa sama
menghantui aku. Ikram
nampak terkejut dengan
tindakan spontan aku
tadi.
“Doa.” Aku
berkata sepatah. Pecah
tawa Ikram.
“Tak sangka
kau akan ingatkan
aku.” Yelah, biasanya
bila dah tinggal
sebutir nasi dalam
pinggan baru kami
nak teringat baca
doa makan. Orang
lain dah baca
doa selepas makan, kami
baru baca doa
nak makan.
“Dan tak
sangka yang Benji
akan ingatkan aku.”
Aku menjeling Benji
di sebelah. Benji
tersenyum bangga. Terdiam
Ikram. Mesti dia
malu, dia itu
melayu sejati pun
tak ingat nak
berdoa sebelum makan.
Macam aku rasa
dulu.
“Pergh, melalui
ehem aje…” Ikram
komen tidak lama
kemudian. Selesai berdoa,
kami mula melantak,
memenuhi perut yang
kosong.
Sewaktu makan,
aku dan Ikram
banyak menggunakan isyarat
mata dan ilmu
telepati. Dia kemudian
tersengih-sengih. Kemudian, tidak
lama kemudian dia
memotong cendawan dalam
mangkuknya dengan sudu
dan garfu lalu
diletakkan ke pingganku.
Tanpa sebarang bicara.
“Hmm, I
tak tahu pula you
both so talented
dalam ilmu telepati.”
Tegur Benji dengan
nada mendatar tanpa
memandang wajah kami.
Dia menekuni makanannya.
“It
was a gift.”
Kata kami serentak
dan kemudian ketawa
bersama.
Itulah perkara
yang sering menjadi
teguran orang ramai
mengenai aku dan
Ikram. Dan itu
juga merupakan jawapan
kami kepada mereka
yang menegur. Kami
memang rapat sehinggakan
tak perlu berkata
apa-apa. Hantar saja
isyarat mata, semua
akan selesai.
Ramai kata
kami ditakdirkan untuk
bersama. Entah apa-apalah
teori mereka. Asal
ada connection menggunakan minda
sikit, mesti kata
sesuailah, berjodohlah. Huh.
“KASUT apa kau
nak beli ni?
Berjam usyar satu
pun tak berkenan.”
Ikram sudah mula
berbunyi. Aku menayang
sengih. Sejujurnya, aku
sendiri pun tak
tahu kasut jenis
macam mana yang
aku nak.
“Kaulah tak
bagi cadangan.” Aku
salahkan dia.
“Kita tengok
dulu…” dia berkata
sambil menarik telingaku
dan kami beriringan
jalan ke butik
Vans. Menyampah aku
nak berjalan dengan
Benji. Senyap sunyi
saja makhluk tu.
“Hey Oddie,
give me
my chewing gum.”
Tiba-tiba Ikram menadah
tangan. Aku menyeluk
beg tangan. Dia
tumpang letak barang
dalam beg aku.
Setelah meraba-raba
‘harta’ yang dicari
sambil berjalan, akhirnya
terjumpa juga. Chewing
gum itu terletak
dalam bekas petak
berwarna hitam. Aku
menghulurkan kepada dia
tanpa kami berhenti
berjalan dan tanpa
aku memandang wajahnya.
Dah macam cerita
ejen risikan, pendrive
bertukar tangan sewaktu
berjalan dengan perisik
lain yang berselisihan
sambil muka memandang
ke arah lain,
cover line.
Tapi, ini
bukan pendrive. Ini
chewing gum saja.
Sejurus selepas kotak
hitam itu bertukar
tangan, dia membuka
jaket coklat yang
dipakainya dengan penuh
gaya.
Tiba-tiba terasa
seolah-olah kami sedang
menjalani pengambaran filem
risikan Rusia. Kami
berpandangan, tak perlu
berkata apa-apa. Ilmu
telepati kami sangat
kuat. Kami tergelak
serentak.
“Siallah! Style
doe.” Dia berkata
bangga.
“Silap tak
ada orang rakam
aje tadi. Aduh!”
aku berkata pula.
“Itulah. Mentanglah
baru habis tengok
Fast 7 kan?
Memang style aje
cara berjalan. Cara
passing chewing gum
pun nak kena
style.” Dia terkekek
gelak.
“Siap buka
jaket lagi. Kau
pehal ngek? Silap
takde angin sepoi-sepoi
bahasa aje tadi.”
Aku menumbuk tapak
tanganku. Rugi-rugi. Kalaulah
ada yang merakam
betapa berkarismanya cara
chewing gum itu
bertukar tangan tadi,
pasti boleh pecah
panggung.
“Funny.”
Mendatar komen yang
kami terima. Wajahnya juga
serius memandang kami
berdua. Aku tahu
dia memang tak
faham apa pun
yang berlaku. Hanya
aku dan Ikram
saja yang faham.
Dan sebenarnya aku
dah terlupa pun
pada kewujudan dia
sebab dia terlalu
pasif.
“I
seriously have no idea, what’s
the matter with
you two. Ilmu telepatikah
atau you both memang
originally insane?”
Benji membebel.
Nampaknya dia
tak sukakan ilmu
telepati kami yang
kuat ini. Aku
dan Ikram berpandangan
dan kami tergelak
serentak. Sekali lagi
ilmu telepati kami
gunakan. Nak buat
macam mana, anugerah
Allah.
“Pilih dik…”
Ikram tiba-tiba bertukar
menjadi customer service
assistant. Aku terkekeh
gelak.
“Aku tak
pandailah bab-bab pilih
kasut stylo ni.”
Aku cakap terus
terang. Mudah saja,
jari telunjuk Ikram
jatuh kepada satu
pasang kasut di
hadapan kami. Tak
perlu tunggu aku
arahkan dia untuk
membuat pilihan.
“Okey, aku
ambik yang ni.”
“Macam tu
aje?” soal Benji
dengan kening bertaut.
Aku tersenyum dan
mengangguk.
“Saiz 36 please.” Pintaku.
“Pilihan aku
tak pernah salah.”
Ikram berkata bangga.
Benji menunjukkan riak
tak faham apa-apa
yang dah berlaku.
Kesian dia. Dia
perlu banyak bergaul
dengan kami berdua
kalau nak ‘survive’ dalam
persahabatan kami. Siapa
tahu suatu hari
nanti dia akan
mahir menggunakan ilmu
telepati seperti kami?
0 komen:
Post a Comment