Bab
4
PETANG yang nyaman...
aku bercadang hendak
mencabut rumput di
dalam pasu bunga.
Sudah lama aku
tidak membuat kerja
penjagaan bunga-bunga kesayanganku.
Bunga semakin bertambah
tetapi, nak menjaga
pula aku terasa
malas. Semenjak munculnya
jiran lelaki yang
bujang seperti sekarang
ini,terasa wujud satu
batas yang besar.
Bimbang nanti menjadi
perbualan mulut jiran
tetangga yang lain.
Yalah, kami sama-sama
bujang, kan? Tambahan
pula, aku memang
tak berminat nak
menghadap Bad dan
Irfan. Mereka sentiasa
mengenakan aku setiap
kali terserempak dengan
aku.
Aku memakai
earphone dan
memasang lagu penyanyi
kesayanganku. Siapa lagi
kalau bukan Bruno
Mars? Suara seksinya
menyeksakan nafasku! Lebih-lebih
lagi jika dia
menyanyi lagu Grenade,
Talking To The
Moon dengan When
I was Your
Man. Adess, cair...
cair... dengan suara
Bruno Mars yang
seksi itu. Aku
tak faham... kenapa
suara Bruno Mars
ni shedap shangat-shangat? Kalau
aku jumpa dia,
memang aku jentik
tengkuk dia sebab
dah berjaya buat
aku jatuh hati
pada suaranya.
Kemudian, aku
sarungkan tudung bawal
dan aku sidaikan
ke bahu kiri
dan kanan. Siap! Tak payah
nak make over bagai.
Percayakan pada natural beauty
okey? Cheh! Padahal
diri sendiri yang
malas nak bergaya.
Aku keluar dengan
bacaan bismillah lantas
memulakan kerja-kerjaku.
“Same
bed but it
feels just a
little bit bigger
now. Our song on
the radio but
it don’t sound
the same!!!” aku
mula menyanyi girang.
Rumput yang menghijau
dalam pasu bungaku,
aku tarik keluar
macam tarik bulu
ayam. Yeeha! Sesudah satu
pasu, aku meneruskan
dengan pasu lain pula. Seronok! Ada
lapan belas pasu
kesemuanya. Jiranku di
sebelah, tiada... hehehe.
Itu pasallah aku
menyanyi gila-gila holiao!
Baru lagi otak tenang
sebab tiadamereka, tup-tup...
senyuman bahagiaku mati
sebaik sahaja ternampak
kelibat Irfanyang baru
pulang dari kerja.
Jelas kelihatan muka
penat dia! Cepat-cepatlah masuk!
Bad tentunya tak
balik lagi. Irfan
punya kereta sahaja
yang masuk parking ni...
Kenapa pulak aku
mesti perhatikan gelagat
jiran aku eh?
Mona!!
Makin leka
aku buat kerja,
makin aku rasa
diperhatikan. Aku mendongak,
nyaris tak tercampak
perkakas di tangan.
Irfan ikut bercangkung
di hadapanku rupa-rupanya.
Menghadap aku buat
kerja pula tu!
Dia tersengih melihat
muka terkejutku. Dia
tak pandai nak
masuk ke rumah
ke? Nyaris tak terhenti denyutan
nadi aku!
Aku longgarkan
earphone di kedua-dua telingaku.
Hanya terdengar sayup-sayup
lagu Bruno Mars.
Kalau dengar lagu
kuat-kuat, automatik mulut
pun nak nyanyi
kuat-kuat juga.Selepas itu,
nanti mulalah aku
juga yang termalu
sendiri.
“Sedap juga
suara awak.” puji
Irfan. Aku tersenyum
malu.
“Awak pernah
rasa ke??” soalku
pula. Ada pula
suara yang sedap?
Merdulah! Merdu? Aku
sedang duduk dalam
bakul atau apa
ni?
“Hehehe... merdu.
Maksud saya, pitchingnya boleh
tahan. Hampir tak
kenal saya dengan
awak tadi. Ingatkan
Bruno Mars dah...”
dia berkata sambil
tergelak kecil. Memang
nak kenakan aku
rupa-rupanya! Ada pula
suaraku yang lemah-lembut
bak sutera ini
disamakan dengan suara
jantan? Memang dia
ni... isk!
Tidak lama
selepas itu, muncul
pula Abang Seksa.
Siapa? Encik Opocie...
huh! Asal pandang
dia aje, automatik
mata aku terbakar.
Terus terasa bahang-bahang
yang aku bakal
dikenakan olehnya sebentar
lagi. Dia keluar
dari perut kereta
dengan gaya kalut
dia.
“Akak Fashionistaaaaa...” sapanya.
Seperti yang aku
jangka, dia menegurku
dengan panggilan yang
buat aku naik
isim memikirkan kenapa
aku patut dipanggil
begitu? Dia gerenti
bakal menyakat aku
dengan lebih teruk
lagi. Menyesal pula
aku longgarkan earphone aku
ni tadi. Menyampah
betul aku nak
hadap muka dia
ni.
“Bad...” Irfan
meleretkan suaranya tanda
tidak mahu aku
diganggu.
“What?”
soal Bad sambil
mengangkat bahunya dengan
mulut yang mencebik.
Buat muka innocent. Menyampah
betul aku tengok
muka Bad. Lebih
rela aku tatap
buntut kera dari
muka dia sekarang!
Irfan berdeham.
“Jangan kacau
Mona aku.” Irfan
bersuara. Mataku terbuntang.
‘Mona aku’ dia
kata? Hold on, sejak
bila aku jadi
hak milik dia?
Ada tercop di
dahikah yang aku
ini milik Irfan?
Gelinya.
“Sejak bila
saya jadi Mona
awak?!” soalku kasar.
Dia tersengih-sengih sambil
menggaru-garu belakang telinga.
Bad mencemikkan muka.
“Dia Monafendy
aku...” Bad pula
bersuara. Irfan tahan
gelak. Aku mendengus
geram. Kalau boleh
disedekahkan pelempang, sungguhlah
happy rasa
hati. Kalau boleh,
biar terteleng ke
kiri mukanya.
“Kau ni
Bad... dah tak
lama nak kahwin
dah. Bagilah chance kat
aku pulak nak
mengurat anak dara
orang. Apa kata
tunang kau nanti...”
Irfan bersuara dengan
dengan kening yang
terangkat-angkat. Terlebih jujur
pula. Janganlah mengaku
dia nak mengurat
aku depan aku!
Ades! Eh, dah
bertunang rupanya Encik
Opocie ni.
Guess what? Pertama
sekali, aku fikir,
ada ke orang
nak kat dia?
Mulut macam... hai
ya Allah! Puaka!
Perangainya, lagilah puaka. Puaka
Niang Rapik pun
boleh makan hati
dengan perangai puaka
dia. Aku rasa,
kerja dia, gerenti
menyakat tunang dia
sampai tunang dia
menangis gila-gila ni.
“Eh? Dah
bertunang? Ada jugak
makhluk yang terliur
kat dia, eh?”
soalku bernada sarkastik.
Padan dengan muka.
Kelat wajah Bad
dengan seranganku. Hahaha!
Rasakan... jangan dia
ingat hanya dia
tahu nak menyindir
orang.
“Why?
Jealous?” soal
Bad sambil mengangkat
kening. Hold on a sec! Ini
melampau! Sangat perasan
dan aku nak
muntah!
“Excuse
me?” soalku yang
sudah berdiri bercekak
pinggang. Keningku terangkat
tinggi. Geram! Ada
masa pula aku
nak cemburu? Tak
ada kerja sungguh!
Irfan berdiri memegang
pagar dan memandang
aku dan Bad
silih berganti. Dia
tercengang-cengang di tengah.
Tak tahu hendak
mengadili yang mana
satu.
“Don’t
you hear me?
Are you
jealous of me,
Kak Fashionista?” soal Bad
sinis. Kini dia
berpeluk tubuh dengan
muka kerek tak bergulanya
itu. Kenapa dia
tak masuk aje rumah
dan jangan keluar
sampai bila-bila? Hati
aku sakit teramat
sangat dah ni!
Sakit, sakit dan
sakittt!!
“Scusa?”
soalku sekali lagi. Kali ini
dengan bahasa Itali!
Sungguhlah tak percaya
bila dia kata
aku jealous. Apa dia
ingat aku ada
hati ke pada
dia? Muntah berdarah!!
Aku takkan jatuh
hati pada dia.
Takkan!
“Jealous?” soalnya
dengan senyuman senget
lagi sinis.
“Nak jealous apa? Cut
the crap!” nadaku
sudah meninggi. Irfan
ternganga-nganga. Tidak tahu
hendak mencelah bagaimana.
“Jealous
ke yang saya
ni, ada juga
orang nak. Awak
tu, ada ke,
eh?” soal Bad
menyindir. Terbakar! Terbakar!
Bukan tak ada
yang nak, aku
yang jual mahal!
Aku yang tak
mahu fikir pasal
bercinta okey?!
“Whatever
you think! Nak jealous
dengan awak? I’m sorry,
tak ada faedah.
Better saya jealous
dengan Jaclyn Victor
sebab dia jadi
penyanyi terkemuka Malaysia.
And, by
the way... tahniahlah
nak kahwin. And, beritahu
pada bride, takziah buat
dia. kahwin dengan
laki tak siap
macam awak! Loca!” aku
menghempas alat pencakar
tanah ke lantai
dan aku pijak-pijak
geram. Irfan menaik
turunkan kedua belah
tangannya supaya aku
bertenang. Bad tergelak
sinis.
“Relax,
dear. Dia memang
macam ni. Bad,
jangan kacau dia...”
Irfan bersuara memujuk.
“Aku kacau
dia? Ohlala! Baik aku masuk tidur
lagi baik.” angkuhnya
dia! dia berjalan
memasuki rumah sambil
merungkaikan tali leher.
Irfan meminta maaf
bagi pihak Bad. At
least, Irfan tidaklah
annoying macam
Bad. Aku hargailah sikit.
Irfan ikut masuk
ke rumah. Aku
sumbat semula earphone ke
dalam telinga. Daripada
aku layan rasa
sakit hati aku
ni, baik aku
dengar suara Bruno
Mars yang menyejukkan
telinga.
“AISKRIM!!!” kuatnya
jeritan Julia! Aku
yang mendengar lagu
sekuat hati ini
pun masih boleh
tersentak. Aku cabut
sebelah earphone dari dalam
tudung. Aku pandang
dia dengan pandangan
tak puas hati.
“Abang Mail...”
leret Julia gedik.
Nak aiskrim ke
nak tuannya ni?
Aku julingkan
mata ke atas
bila tengok Julia
pintal-pintal rambut panjangnya.
Huk aloh! Gedik
tak menahan. Kalau
sembur muka dia
pakai spray merah ni,
seronok juga. Aku
geleng-gelengkan kepala. Mataku
tertancap pada sesusuk
tubuh yang baru
keluar dari rumah
sebelah. Irfan dengan
singlet hijau
lumutnya bersama dengan
seluar pendek berwarna
putih. Comelnya dia. Eh? Mona!
Eh? Cepatnya
dia tukar baju.
Tak sampai sepuluh
minit pun. Nak
buat apa duduk
kat luar kalau
tak ada aktiviti?
Menyusahkan pula. Menyeksakan
nafas aku. Hihihi.
“Aiskrim, Julia?”
soal Abang Mail,
si penjual aiskrim
kepada Julia. Julia,
bila melihat kelibat
Irfan, terus buat
serius. Hilang lenggok
suara gediknya tadi.
“Saya nak
aiskrim jagung.” serius
wajah Julia kali
ini. Wahhh! Ini
nak mengayat the big
fish la ni.
Abang Mail tu
dah berkahwin. Yang
di sebelah rumah
ini masih bujang trang
tang tang... mestilah
Julia nak yang
trang tang tang
tu.
“Mona nak?”
Abang Mail menyapa.
Aku tersenyum comel.
Eh? Perasannya aku! Melihat aiskrim
di tangan Julia
membuatkan tekakku tiba-tiba
diserang rasa haus.
“Jue, kau
bayarkan dulu. Aku
nak aiskrim keladi.”
aku bersuara pula.
Kaki melangkah ke
paip dan aku
membasuh tangan sebersih-bersihnya beserta
sabun basuh cecair
yang sengaja aku
tinggalkan di luar
bila hendak mencuci
kereta.
“Baru pindah
dik?” soal Abang
Mail menyapa Irfan
yang hanya bertenggek
di bangku hadapan
rumahnya. Irfan mengangguk
dan tersenyum. Manis!
“Baru bang...”
jawab Irfan penuh
berbudi. Alahai. Aku
dah mula suka
dia ni. Sebab...
dia agak comel.
Lagu Count On
Me nyanyian Bruno
Mars berkumandang di
telinga. Kuat. Lebih
kuat dari lagu
Grenade nyanyian Bruno
Mars yang sedang
aku dengar dari
Mp3 telefon bimbitku.
Aku melihat ke
arah Irfan.
“Helo.”
dia
menjawab panggilan. Dia
pun suka BM?! What
a surprise!! Leka
aku termenung mengenangkan
minat kami yang
tiba-tiba tersama ni.
Alamak. Petanda apa-apa
ke?
“Abang Bad,
nak?” soal Julia.
Bad? Aku memandang
ke pintu rumah
sebelah. Bad sedang
bersandar ke tiang
pintu dengan muka
angkuhnya. Aku menjeling.
Tak puas hati.
Apa pasal dia
keluar cepat sangat?
Lagi satu,
mana baju dia pergi? Apa
pasal dia pakai
seluar trek coklat
semata tanpa baju?
Saja nak tunjuk
body petak-petak macam
papan kekunci laptop
tu ke apa?
Aku buat tak
nampak kewujudannya. Lidah
menikmati aiskrim keladi
di tangan.
“Thanks
Jue, abang tak
nak.” jawab Bad mendatar sambil
matanya memanah pandang
aku. Kerek. Tak puas
hati dengan aku lagi ke
apa? Masih tak
puas hati lagi
kena sindir yang
dia tu ‘laku’
jugaklah!
“Okay,
abang Bad. Abang
Irfan, nak tak
aiskrim?” soal Julia
pula. Abang Mail
sudahpun meminta diri.
Irfan memasukkan telefon
bimbit ke poket
seluarnya. Dia tersengih
dan menghampiri kami.
Tangannya menggenggam pagar.
“Kalau abang
nak yang pada tangan Mona tu boleh?”
soal Irfan dengan
muka gersangnya. Aku
memberi renungan amaran.
“Watch
your mouth.” aku
bersuara memberi amaran.
Dia tersenyum senget.
Bad sudah bersorak,
woohoo! Mengayat.
Bukan aku nak
perasan tapi aku
tahu, Irfan ni
sedang mengayat.
“Mona, boleh
tak? Abang nak
rasalah aiskrim keladi
tu.” abang?? Aku
mendengus. Jangan buat
aku hilang sabar.
Lelaki jenis inilah
yang masuk dalam blacklist aku.
“Tak payah
nak mengada. Tadi
tak nak beli
sendiri!” aku bersuara
geram. Dia tersenyum
menggoda. Ya Allah!
Aku tarik balik
pujian aku pada
dia tadi. Tak
comel langsung! Gersangnya!
Irfan dengan kegatalan
tahap maksimanya, Bad
dengan mulut puaka
niang rapiknya! Aku
dengan kesabaran setebal kulit
bawangnya... argh!
“Ala, Mona,
bolehlah... tadi tengok
macam tak best. Bila
tengok lidah Mona
yang cute rasa aiskrim
tu, automatik abang
rasa...” pap!! Tak
sempat dia sambung,
dah terpacak aiskrim
kon atas kepala
dia. Siapa suruh
gatal sangat? Tak bestlah,
lidahlah, cutelah! Benci!
“Automatik rasa
sejuk kat atas
kepala, kan?” aku
menjerkah geram. Bad
sudah tergelak sampai
tergolek-golek ke tanah
manakala Julia menggigit
kuku.
“Abang Irfan,
maafkan kawan saya.
Maafkan dia.” beria-ia
dia meminta maaf
bagi pihakku. Kalau
aku, sampai kiamat
aku tak nak
minta maaf! Siapa
suruh miang sangat?
Sepatutnya, aku yang
makan ais krim
keladi ni yang
miang macam keladi. Aku
berpeluk tubuh. Irfan
menarik aiskrim kon
itu dari kepalanya
lalu ditenung aiskrim
itu dengan sengihan
lebar. Dia tersengih?
Aku tak salah
tengok ke?
“Tak apa,
Jue. Abang suka.
Inilah baru cabaran
namanya...” Irfan mengenyitkan
matanya. Rahang aku,
Julia dan Bad
sudah cecah lantai!
What the?
“Urgh! Disgusting!” aku
berlari masuk ke
rumah. Ilai tawa
Bad masih jelas
kedengaran.
“Macam tu kau nak
buat bini? Kalau
aku, fikir lapan puluh kali
pun jawapannya tidak!”
Bad terkekeh-kekeh gelak.
Bad kutuk aku?
Memang Bad ni
dah melampau tau
tak?! Aku geram
betul. Julia masuk
ke rumah dengan
muka merah padam.
Aku tau, dia
marahkan aku.
“Asal abang
Irfan suka kat
kau?!” soalnya meninggi
tetapi nada terkawal.
“Mana aku
tahu? Lepas ni,
tak ada maknanya
dia nak suka.”
aku mengangkat bahu.
Julia menghentak kaki.
“Kau tak
patut buat dia
macam tu.” Julia
menegur.
“Tak patut
apa? Padan dengan
muka dia. Gatal
sangat, siapa suruh?”
aku membentak. Aku
tak rasa yang
aku salah pun...
memang setimpallah apa
yang Irfan terima
itu. Siapa suruh
gersang sangat?
“Kalau kau
tak nak dia, pass
ajelah kat aku.”
Julia bersuara merengek.
Aku menghembus nafas
dengan kasar. Tak
suka. Dalam otak
Julia, dia fikirkan
mengurat! Mengurat! Mengurat
dan mengurat! Aku
naik tension!
“Memang aku
tak nak!” aku
menjawab selamba.
Badan aku rebahkan ke
sofa. Tv dibuka.
Siaran MTV menjadi
fokus aku pada
hari ini. Semua
lagu Bruno Mars
ditayangkan. Untung aku
agaknya hari ni. Aku menguatkan
lagu sehingga benar-benar
kuat. Aku malas
nak berborak dengan
Julia sebenarnya. Isunya,
tak lain tak
bukan pasal lelaki!!
Itu yang aku
rimas tu. Macam
dah tak ada
topik lain yang
hendak dibualkan. Menggatal
saja kerja dia.
“Kau nak
abang Bad eh?”
Julia menyendeng ke
bahuku. Aku jelirkan
lidah dan buat
muka meluat.
“Heavennya kalau
tak dengar nama
tu. Itu lelaki
terakhir yang akan
aku buat laki
sekiranya dah habis
lelaki kat dunia
ni!” aku jawab
dengan penuh dendam
kesumat. Bagai terngiang-ngiang ejekannya.
Suaranya memanggilku Kak
Fashionista. Huh! Terbakar
betul rasa hati
ni.
“Mula-mula memang
gaduh...” Julia menyakat
lagi. Aku mendengus.
“Aku tak
suka dia. Lagipun
dia dah bertunang
dan bakal kahwin.
Irfan yang cakap. So, memang
taklah! Kalau dia single
pun memang aku
tak hingin! Bukan kau
sepatutnya jatuh hati
dekat Bad ke?”
soalku. Dulu bukan main
dipuji Bad sesungguhnya.
Julia ternganga. Terkejut
dengan berita pertunangan Bad
agaknya.
“Memang dulu
aku suka dia.
Tapi dia tu
tak cakap lembut
dengan aku. Tak gentle
langsung. Lagipun kau
cakap yang dia
dah nak kahwin,
kan? Sebab tu
aku suka Irfan.
Dia lembut, gentle... baik...
ramah.” puji Julia
pula. Aku mengeluh.
Mudahnya dia menukar
perasaannya. Macam tukar channel
guna remote. Jealous pula aku
yang payah jatuh
hati pada sesiapa
ni. Tapi aku
akan pastikan yang
hati aku takkan
jatuh pada dua
ekor badut itu.
Aku benci
Bad dan Irfan.
Dua-dua buat aku
sakit kepala. Baik
tak ada jiran!
Aku tolak badan
Julia dari menghempap
bahu aku. Rimas.
Lagu Bruno Mars
aku nyanyikan dengan
gembira.Treasure!
0 komen:
Post a Comment