BAB
3
“ADIK, Iman nak
pakai lappy boleh?” Aiman
menelefon Zara untuk
meminjam komputer riba
adiknya. Dia benar-benar
terdesak. Banyak assignment yang
perlu disiapkan. Banyak
juga kerja yang masih tergendala.
Ini semua gara-gara
dia terlalu aktif
bersukan.
Laptopnya pula waktu inilah
nak rosak. Macam
dah tak ada
waktu lain! Zara
mencebir. Bila nak
minta pertolongan, baru
nak panggil dia
adik? Bila di
hadapan kawan-kawan pula,
Zara-Iman. Manalah orang
tak fikir bukan-bukan?
Jatuh market aku. Zara
mendengus.
“Lah, Iman nak buat
apa dengan laptop
Zara?” soal Zara
menggumam geram.
Mana boleh?
Dia mana pernah
berpisah dengan komputer
ribanya selama ini.
Buat apa dia
berpenat lelah bekerja
di kedai makan
di kawasan perumahannya
selama beberapa bulan
semata-mata untuk membeli
komputer riba itu
jika akhirnya jatuh
ke tangan Aiman?
Bagaimana dia hendak
menonton drama Hawai
Five O selepas
ini? Bagaimana dengan
cerita-cerita hindustan yang
masih belum ditonton
itu?
“Iman nak
buat kerjalah. Assignment
berlambak. Nanti kena
buat report lagi. Minggu
depan dah nak
kena hantar assignment tu
semua. Slide show untuk presentation pun
belum buat satu
habuk lagi ni.
Bolehlah dik? Bolehlah
eh? Bolehlah, bolehlah,
bolehlah eh?” soal
Aiman memujuk. Zara
berfikir-fikir sebelum memberi
jawapan. Ah! Aiman
ingat dia gila
ke? Bukankah Aiman
sudah ada komputer
riba sendiri?
“Jangan nak
mengada ek. Mana
perginya lappy Iman?” soal
Zara merengus.
“Lappy
Iman dah kena
histeria baru-baru ni.
Iman hantar kat
‘ustaz’ suruh buang
‘hantu-hantu’ tu. Sebab
itulah Iman nak
pinjam lappy Zara. Kalau
tak, Iman lagi
selesa guna lappy Iman.”
Aiman menjawab selamba.
Zara menahan senyum.
Perumpamaan yang dahsyat.
“Histerialah sangat!
Hantar kedailah tu!
Masuk virus?” soal
Zara.
“Hmm...” Aiman
menyahut.
“Hiss! Lappy Iman
tu kan baru
lagi beli? Takkanlah
dah masuk virus.
Iman dah masukkan
apa dalam lappy tu?
Sampai histeria dia.
Kasihan betul kat lappy
dapat tuan yang
bela hantu macam
Iman ni.” bebel
Zara geram.
“Lelaki kan...
masuk apa lagi
agak-agak Zara?!” soal
Aiman selamba. Zara
menjelirkan lidahnya. Geli
sungguh! Adalah ‘bendanya’
tu. His! Tak
senonoh punya abang.
“Euww!” Zara
menggeliat kegelian. Aiman
tergelak kuat.
“Yang fikir
benda bukan-bukan tu pasal
apa? Iman masukkan
macam-macam softwarelah. Video
editor, photoshop segala
benda. Berat lappy
Iman. Semua kena
format semula. Sedih
tau dak?!” Aiman
membebel. Zara ketap
bibir. Mana dia
tahu? Dah Aiman
kata, lelaki kan?
Jadi dia boleh
fikir apa?
“Nanti eloklah
tu.” Zara masih
berat hati hendak
melepaskan komputer ribanya
ke tangan Aiman.
Entah Aiman boleh
jaga entahkan tidak.
Jangan-jangan komputer ribanya
bakal histeria sama!
“Alah bagilah
Iman. Please? Iman perlukan
laptop tu lebih
dari Zara perlukannya.
Percayalah cakap Iman
ni, dik. Nanti
dah siap buang
histeria tu, Iman
bagi adik guna
seminggu. Lepas tu,
Iman download cerita-cerita kartun
semua untuk Zara.
Cerita Usop Sontorian
dengan Totally Spies eh?”
Aiman mengumpan si
adik. Zara seperti
tertarik dengan tawaran
Aiman itu. Lama
dia terdiam. Seperti
termakan dengan umpan
Aiman.
“Erm, okey!
Janji tau?” soal
Zara pula. Memang
dia sudah termakan
dengan kata-kata manis
si abang.
“Yalah-yalah. Iman
janji!” Aiman berkata
riang. Menang juga
dia dalam sesi
pendebatan dengan adik
kesayangan.
“Okey bila
nak ambil ni?”
soal Zara.
“Iman dah
tunggu dekat depan
kompleks dah ni. So,
sekaranglah ye.” ujar
Aiman selamba. Zara ternganga. Amboi!
Advance betul.
Yakin sangat Aiman
bahawa dia bakal
menyerahkan komputer ribanya
kepada si abang.
Tentu dia dah
tunggu sebelum meminta
izin tadi lagi.
Teka Zara.
“Kejaplah. Tunggu.
Zara turun. Tunggu
ya.” kata Zara
kelam-kabut.
Dia menutup
dan mengemas komputer
riba yang terpasang
di meja studi
lalu dimasukkan ke
dalam beg komputer
riba. Entah ke
mana perginya rasa
malu Aiman entah?
Sudahlah komputer riba
Zara berwarna pink!
Tak malu ke
nak pakai komputer
riba warna merah
jambu susu seperti
ini di hadapan
kawan-kawannya yang lain?
Zara terkocoh-kocoh turun
dari tingkat dua
Blok H ke
bawah. Dia berjalan lebih
seratus meter ke
pintu pagar kompleks
siswi itu. Sebaik sahaja
sampai ke pondok
polis bantuan, Zara
tertilik-tilik mencari abangnya.
Matanya tertancap pada
sekujur tubuh tegap
yang sedang bersandar
ke kereta Satria.
Aiman! Segaknya...
“Ni...” Zara
menyerahkan komputer ribanya
kepada Aiman. Aiman
mengambil dengan tangan
kirinya kerana tangan
kanannya yang patah
itu masih belum
sembuh. Komputer itu
dimasukkan ke dalam
kereta.
Zara mengerling
ke arah padang
ragbi. Sudah menjadi
rutinnya mengerling ke sana. Mencari
satu kelibat. Irsyad!
Dia ternampak Irsyad.
Lelaki itu sedang
bermain ragbi. Tetapi,
fokus lelaki itu
seperti hilang. Irsyad
memandangnya. Mata bersabung
seketika. Zara mengalihkan
pandangannya secepat mungkin.
Detak jantung tak
menentu. Sesak nafas...
“Cepat Iman
sampai.” ujar Zara
sambil matanya cuba
fokus pada abang
di hadapannya. Beberapa
kali juga dia
berdeham tanpa sengaja.
Debaran jantung apabila
bertentangan mata dengan
Irsyad sangat dahsyat.
“Iman tengok
orang main ragbi
ni ha.” Aiman
beralasan.
Zara mencemik!
Ada hati lagi
nak melihat orang
bermain ragbi. Kecewalah
agaknya kerana tidak
dapat turut serta.
Akal jahat tiba-tiba
muncul. Dicuit sedikit
tangan kanan abangnya.
Aiman mengelak. His!
Tangan dia sedang
sakit, boleh adik
dia cuit? Nak
kena budak ni!
“Tak nak
main ragbi ke...?”
leret Zara dengan
suara menyindir nakal.
Aiman mendengus. Geram
disindir begitu.
“Biasanya setiap
petang ada aje muka
dia kat situ...”
ejek Zara lagi
bila Aiman sekadar
mendengus geram dan
tidak menjawab soalannya.
“His! Sibuklah!”
Aiman mendengus lagi.
Lebih kuat dari
tadi. Muncung itik
mula kelihatan. Geram
apabila diejek adik
kesayangannya.
“Eh! Ya
Allah! Lupalah yang
Iman dah tak
boleh main ragbi!
Tangan dah bertapau!
Hahahahahaa!” Zara tergelak
jahat. Aiman apa
lagi? Bengang diejek.
Tangan kiri masih
ada. Dirunyai-runyaikan rambut
adiknya dengan geram.
Nakal benar! Zara
terjerit.
Zara berlari
mengelak. Aiman mengejar.
Zara lari sebatu.
“Haa! Asal
lari? Meh nak
debik!!” Aiman menaikkan
tangannya dan mengejar
si adik. Zara
berlari lintang-pukang memasuki
pagar kompleks siswi.
Kawasan larangan bagi
lelaki. Mujur!
“Tak dapat!
Tak dapat! Werk!
Werk!” ejek Zara
sambil meletakkan ibu
jari ke hidung
dan menggoyangkan jemarinya
yang lain. Mata
dijulingkan dan lidah
dijelir mengejek. Aiman
terkekeh-kekeh gelak. Buruk
benar wajah adiknya!
“Tak apa.
Selamatlah kononnya. Kalau
keluar, memang kena
eh?!” Aiman bercekak
pinggang. Zara menari-nari
mengejek si abang.
Kaki mula mengatur
langkah untuk ke
bilik semula. Dia
berlari anak secara
terbalik lantas melambai
ke arah abangnya.
Sudah lama
mereka tidak bersenda
begitu. Semenjak dia
menduduki SPM dan
Aiman melanjutkan pelajaran,
di Jengka itu,
mereka kurang meluangkan
masa bersama. Sekarang,
bila mereka dapat
belajar di tempat
yang sama, hubungan
mereka kembali akrab.
Tanpa mereka sedar,
ada mata yang
memerhatikan mereka dengan
renungan tajam.
IRSYAD meludah
bengang ke padang
ragbi. Dia menyumpah
seranah di dalam
hati melihat adegan
sebabak yang penuh
mesra antara Aiman
dengan Zara itu
tadi. Sakit di
hati usah katalah!
Macam kena tinju
berjuta kali. Bengkak,
luka! Bernanah! Geram!
Sakit hati
melihat Zara yang menyerahkan
komputer ribanya kepada
Aiman. Tentu dia
ada menyuruh Aiman
untuk membantunya melakukan
sesuatu perubahan dalam
laptop itu. Tak
pun, tentu dia
ingin meminta tolong
Aiman dalam pelajarannya.
Aiman itukan budak
dekan? Kenapa Zara
tidak minta tolong
dengan dia saja?
Dia pun boleh
tolong! Sakit matanya
melihat Zara berlari
tergedik-gedik dikejar Aiman.
Tak padan
dengan perempuan, buat
perangai macam tu
depan orang ramai.
Ramai yang tengok.
Tak malu langsung.
Bernanah biji mata
dia melihatnya. Irsyad berjalan ke
tepi padang. Selipar
yang terletak di
tepi susur gajah
disarung sekali lalu.
Baju yang sudah
lencun dengan peluh,
ditanggal lalu disidai
ke bahu.
Dia tidak
punya mood untuk
bermain ragbi lagi. permainan yang
masih berjalan ditinggalkan
begitu saja. Beg
di atas tanah
diambil dengan kasar
dan disandang ke
bahu. Dengan hanya berseluar
pendek, dia melangkah melewati
susur gajah. Pedulikan
peraturan universiti!
“Woi Icat,
takkanlah nak berhenti
dah?” soal Jamal
sedikit melaung. Dia
berlari mengejar langkah
Irsyad. Permainan automatik
terhenti jika Irsyad
berhenti! Tangannya menumpang
ke bahu Irsyad.
Irsyad menepis kasar
tangan Jamal yang
diletakkan ke bahunya.
Dia tidak punya
mood untuk bergurau
senda dan sebagainya.
“Wowowo!
Rileks sudah, Cat.
Apa pasal ni?
Marah-marah? Mood ceria
tadi mana pergi?”
soal Jamal pelik.
Terkejut bila tangannya
ditempis kuat. Mood
Irsyad tadi elok
sangat. Ceria lagi.
Tak sampai lima
belas minit mereka
bermain ragbi, terus
Irsyad bertukar jadi
singa!
“Argh! Tepilah!”
tengking Irsyad tiba-tiba.
Automatik Jamal mengangkat
kedua belah tangannya.
Menyerah kalah. Pelik
dia dengan perubahan
sikap Irsyad itu.
Irsyad berjalan menuruni
tangga lalu menuju
ke kolej kediamannya.
“Marah tu, marah jugak.
Tapi ingat malam
ni. Datang bilik
aku. Ada discussion nak
kena buat.” Jamal
mengingatkan. Irsyad berlalu
tanpa memandang mahupun
menjawab soalan Jamal.
Dia sedang marah.
Moodnya benar-benar mati
sesaat menyaksikan drama
sebabak Aiman dan
Zara sebentar tadi.
“Apa kena
dengan dia tu?”
soal Bahari pelik.
Jamal angkat bahu
sambil mencebirkan bibir.
Mukanya penuh dengan
tanda tanya. Semua
pelik melihat perubahan
sikap Irsyad yang
mendadak itu.
“Entah? Datang
bulan dan bintang
serentak agaknya.” Jamal
berkata selamba menyebabkan
Bahari terkekeh-kekeh ketawa.
Mereka kembali menyambung
permainan tanpa menghiraukan
ketiadaan Irsyad.
“MAN, mana
Jamal ek?” soal
Irsyad apabila melihat
hanya ada Aiman
di dalam bilik
itu. Aiman dan
Jamal merupakan teman
sebilik.
“Entah? Tadi
dia kata nak
keluar sekejap. Cari
barang. Dia dengan
Bahari. Ke J-Town
agaknya. Kau dah try
call dia?” soal
Aiman sambil tekun
menaip sesuatu di
dalam komputer riba
adiknya. J-Town merupakan
singkatan bagi Bandar
Pusat Jengka.
“Tak.” Jawab Irsyad sambil
menggeleng-gelengkan kepalanya. Buat
apa nak call bila
dah berjanji? Bukannya
jauh mana pun
bilik mereka. Irsyad
tertilik-tilik pada Aiman
yang sedang sibuk
membuat kerja itu.
Baru lagi dapat laptop
petang tadi, terus
dia buka? Huh!
Warna pink pula
tu. Tak malu
ke nak bawak
laptop warna pink?
Pink susu lagi!
Kutuk Irsyad di
dalam hati.
“Cantik laptop.”
Kata Irsyad dengan
nada mendatarnya. Automatik,
senyuman Aiman timbul.
“Kau perli
aku erk. Ni
laptop si Zara.
Aku pinjam petang
tadi. Ada kerja
nak kena buat.”
Kata Aiman sambil
tetap menekuni skrin
komputer riba itu.
Sesekali dia terhenti
menaip dan membaca
semula apa yang
ditulis. Untuk kepastian.
“Aduh duh!!
Sakit pulak perut
ni!” Aiman memegang
perutnya yang tiba-tiba
memulas sakit dengan
kening yang berkerut-kerut. Dia
berdiri tegak. Kemudian,
berlari mencapai mandian
di dalam baldi
di sisi katilnya.
“Kau duduklah
dulu. Tunggu si
Jamal tu. Aku
nak ‘melabur saham’
kejap.” Aiman menciput
berlari ke tandas.
Irsyad tertilik-tilik keluar.
Pintu yang tidak
sempat Aiman tutup
itu tadi ditutup
rapat. Tak tahan
sangat dah nampaknya
si Aiman. Bagus
juga. Dia segera
menghadap komputer riba
Zara. Dilihat pada
wallpaper Zara. Gambar
gadis itu sedang
tersenyum ke arah
kamera dengan mata
yang dikenyitkan. Gambar
comel betul! Dengus
hati Irsyad geram.
Geram kerana Aiman
dapat melihat gambar
ini.
Dia melihat
kerja yang dibuat
Aiman sebentar tadi.
Eh? Ini report
Aiman. So, dia pinjam
laptop Zara untuk
buat reportlah ni? Huh,
teruk, teruk! Macam
dah tak ada
laptop sendiri pula
nak buat kerja-kerja
begini. Dia memadam
beberapa perkataan yang dibuat
Aiman lantas ditukar
kepada perkataan yang
entah-apa-apa-maksudnya.
Biar tunggang-langgang ayat
Aiman. Rasakan kau,
siapa suruh tergedik-gedik dengan
buah hati aku?!
Hatinya berkata penuh
dendam.
Selepas itu,
Irsyad menjelajah pula
ke gambar-gambar gadis
itu. Bukan main
rapat lagi Aiman
dengan Zara rupa-rupanya.
Kalau nak kata
adik-beradik, gaya mereka
tak macam adik-beradik
langsung. Bahasa mereka
juga aneh. Muka
jauh beza! Aiman
gelap, Zara kulit
cerah. Mata Aiman
agak sepet manakal
mata mata Zara
agak bulat. Hidung
Aiman mancung dan
agak besar manakala
hidung Zara kecil
dan comel. Tang
mana yang sama?
Memang tak ada
yang sama langsung!
Sudahlah Zara siap
membuat satu folder
dia dengan Aiman.
Tertulis di situ
‘Zara dan Iman’.
Berbulu matanya menengok
gambar-gambar mesra Aiman
dan Zara. Argh!
Cemburunya.
Sesudah tidak
tertahan lagi melihat
gambar-gambar itu, Irsyad
membiarkan ia dalam
keadaan asal. Dia
berbaring ke katil
Jamal dan berpura-pura
membaca buku. Aiman,
entah bila-bila sahaja
akan pulang dari
‘melabur sahamnya’. Dia
perlu beriak seperti
tiada apa yang
berlaku. Entah buku
apa yang dirembatnya,
dia pun tak
tahu.
Sebaik sahaja
menyelak muka depan
buku itu, tertulis,
‘Zara yang punya’
di ruangan kosong
itu. Cis! Zara
lagi, Zara lagi!
Memang Aiman ini
suka mengambil barang
Zara atau apa?
Sebuah novel berbahasa
inggeris yang bertajuk
The Calhoun dari
Nora Roberts itu
dibelek-belek. Aiman pun
layan novel ke?
Wah, macam tak
percaya! Tentu Zara
yang menyuruhnya baca
atau, Aiman yang
tunjuk macho hendak
membacanya. Hmm, sweetlah sangat!
Hati Irsyad berterusan
mengutuk Aiman dan
Zara.
“Baca ajelah
dah alang-alang buka.”
komen Irsyad sendirian.
Dia membuka helaian
demi helaian. Tekun
dia membaca novel
itu. Tidak lama
kemudian, muncul kelibat
Aiman dengan wajah
leganya. Sudah selesai
melabur saham. Irsyad
menahan senyuman syaitannya.
Padan muka kau
Aiman! Aku dah
ubah report kau.
Bisik hatinya jahat.
“Mana Jamal
weh? Tak balik
lagi? Beli barang
ke buat barang
orang tua tu?”
bebel Aiman. Irsyad
angkat bahu.
“Entah. Tak
ada pun?” soal
Irsyad tanpa riak
bersalah.
“Aku sebenarnya
dah salah buat
report ni.” ujar
Aiman dengan muka
cuak dia. Dia
berjalan menuju ke
meja studi. Irsyad
berkerut. Salah? Kenapa?
“Salah buat
apa?” soalnya tidak
senang duduk. Jadi,
Aiman akan betulkan
semulalah laporan itu?
“Report ni,
aku kena buat
semula tau tak?!
Dari A sampai
Z. Aku lalu
kat bilik dak
Hazim ni tadi,
dia kata report
kitorang bukannya kena
buat berdasarkan benda-benda
ni. Report kitorang
kena buat berdasarkan
produk, syarikat apa
jadah semua tu!
Cis! Mujurlah baru
tiga muka surat
aku taip. Kalau
tak, naya aje
aku.” Aiman berkata sambil
menggeleng-gelengkan
kepalanya. Dia melangkah
ke meja studinya
lalu dipadam dokumen
yang dibuat tadi
begitu sahaja. Hati
Irsyad sudah mendengus
geram. Cis! Baru
nak failkan dia! Bentak
hati Irsyad geram.
“Mana perginya
budak Jamal ni?
Pergi J-Town macam
ke Kelantan. Lama
sungguh!” bebel Aiman
geram.
Dia tidak
suka tetamu menunggu
lama. Kasihan dia
pada Irsyad. Tentu
Irsyad kepenatan setelah
bermain ragbi di
padang petang tadi.
Jamal masih tidak
munculkan diri. Sepatutnya,
bila dah berjanji
dengan orang, perlulah
ditepati.
Irsyad mengeluh
perlahan. Rasa bersalah
memang ada terbit
di hatinya. Aiman
sentiasa bersangka baik
dengannya, namun dia
tidak suka bila
Aiman berbaik dengan
Zara. Zara buah
hatinya. Bukan buah
hati Aiman!
“WAH!! Tak
tengok cerita Hindustan
pulak orang tu
hari ni.” sindir
Nurain lantas duduk
di sisi Zara
yang bermonyok muka.
Memang pecah rekodlah
kalau hari ini
Zara tidak menonton
sebarang movie. Sudah
lebih dua bulan
Zara setia menonton
cerita kartun, mahupun
hindustan pada setiap
hari dan pada
setiap pukul sembilan
malam.
“Aiman pinjam
lappy aku.”
Zara mengeluh memandang
Nurain. Rakan sebiliknya
ini agak baik
dan pendiam. Dia
bercakap pun jarang-jarang. Tentu
hari ini dia
pelik dengan Zara
kerana Zara tidak
menonton filem seperti
biasa.
“Oh! Kekasih
gelap pinjam laptop
dia. Patutlah bermuram
durja mukanya.” Nur
Ain tersenyum nakal.
Mengusik.
Nurain pun
bukan kenal siapa
Aiman sebenarnya. Zara
hanya mengeluh. Buat
masa ini tidak
ada seorang pun
yang tahu hubungan
dia dengan Aiman
melainkan sahabat satu
sekolah dia dengan
Aiman dulu yang
belajar sekali di
sini. Itu pun
mereka buat tidak
tahu saja.
Dah biasa
agaknya. Zara dengan
Aiman memang dari
kecil lagi sentiasa
berkepit ke mana-mana.
Sukar benar untuk
melihat mereka berdua
berpisah. Di mana
ada Aiman, di
situ ada Zara.
“Dia boleh
pakai lappy kau yang striking
gila tu? Tak
nampak girlish ke kalau
dia pakai?” soal Nurain. Zara
tergelak membayangkan abangnya
yang berbadan tegap
itu tiba-tiba bertukar
girlish. Geli!
“Eee, entah
ek? Aku tak
terfikir pulak pasal
tu tadi. Hahaha!
Mesti kelakar gila!”
Zara tergelak kuat. Kemudian dia
menekup mulutnya. Cuba
menahan suara yang
keluar tanpa ampun
itu. tak dapat
dia bayangkan sekiranya
setiap seorang daripada
kawan Aiman menyoalkan
tentang kewujudan laptop
itu. tentu Aiman
malu.
0 komen:
Post a Comment