BAB
3
“RAISE elbow. Tinggi
sikit. Ni nak defense
macam mana kalau
ketiak tak buka
luas? Tinggi lagi.
Nak malu apa?
Awak tu berbaju.
Bukan tak berbaju
macam abang. Bulu
ketiak pun nampak,
macam abang ni ha...” tunjuk
Ikmal tanpa segan.
Arissa pula yang
menderam marah. Marah
kerana malu. Hari
ini mood Ikmal
menyakitkan hatinya. Serius
sangat. Nak ke
mana dengan serius
dia tu?
Dari awal
lagi dia menjejakkan
kaki ke situ,
memang tiada langsung
senyuman terukir di
bibir lelaki itu
seperti sebelumnya. Datang
bulan ke apa?
Dia kalau datang
bulan pun tak
begitu. Bila orang
senyum pasti dia
balas. Kecualilah dengan
orang yang dia
tak suka. Takkan
Ikmal tak suka
dia?
“Nak buat shadow
kick macam mana
kalau kaki angkat
tak lurus?” sekali
lagi Ikmal menegur
tegas. Sakit jiwa
Arissa dibuatnya.
“Besar ini
sajakah yang boleh
dikangkang? Angkat tinggi
lagi, biar kena
muka pihak lawan.”
Brrrr... Arissa sudah
naik bengang. Sakit
sendi di celah
kelengkang kerana mengangkat
kaki dengan tinggi,
melepasi had seakan
tak terasa apabila
hati terasa lebih
sakit.
“Buat round kick.
Begini... swing kaki dari
belakang, kemudian, angkat
lutut tinggi dan
terus tendang ke
depan. Tengok kaki
ni macam mana.
Jangan buat lagi!
Kang hilang fokus
pulak. Tengok dulu!”
semakin tegas suara
Ikmal. Macam nak
lepas geram saja.
Tapi... tiada caci
maki.
Semua ahli
gym itu memandang
mereka pelik. Mungkin
mereka ikut pelik
dengan cara Ikmal
melayan Arissa kasar.
“Buat...” sepatah
saja arahan yang
dikeluarkan. Kali ini
wajah Arissa juga
mencuka sama naik
dengan wajah Ikmal.
“Hmmm, lutut
tu tinggi lagi.
Kaki tu luruskan...
ke depan macam
ni. Push ke depan.
Apalah, macam nak
menari saja!” semakin
tegas dan sinis
arahan yang dikeluarkan.
Arissa sudah rasa
nak menangis. Geram!
“Buat dari
awal. Hmmm, salah
tu! Kaki ke
depan... tolak ke depan!” semakin
tinggi suara Ikmal.
Macam melepaskan geram
saja.
Arissa menurut
walaupun dalam hati
sudah bernanah kerana
terasa hati dengan
Ikmal. Apa pasallah
sombong sangat ni?
Nak bawa ke
mana sombong dia
tu? Semakin sakit
hati Arissa bila
melihat wajah serius
Ikmal. Heee, kalau
tak kerana dia coach,
dah lama Arissa
kradot chokkan si
Ikmal ni.
Setelah berjaya
membuat round kick dengan
betul, Arissa terus
meminta diri untuk
pulang.
“Hmmm, saya
kena balik awal.
Ada hal. Terima
kasih.” Tiada lagi
Rissa-abang. Laju kaki
Arissa berjalan menuju
ke arah begnya
yang tersadai di
tepi dinding. Glove dicabut.
Dia tak ada
hati hendak belajar
lagi. Sudahlah dia
penat kerana berkejar-kejar dari
kuliah ke sini...
begini layanan Ikmal
terhadapnya?
“TUNGGU dulu.
Nak ke mana
dengan mulut muncung
tu?” Lengannya dipaut dan
Arissa terhenti berjalan.
Arissa merentap lengannya
dari dipegang Ikmal.
Dia tidak selesa
dengan cara Ikmal
itu. Nanti Ikmal
akan terbiasa begitu.
“Rissa dah
lambat.” Arissa terus
menonong berjalan melepasi
Ikmal.
“Tunggu...” Suara
Ikmal sudah kendur.
Tak tegas macam
tadi. Arissa terkaku.
“Hmm.” Sahutnya
perlahan. Kenapa dia
sensitif sangat? Dilayan
begitu pun dia
sudah rasa nak
menangis. Adatlah seorang
jurulatih mengajar pelajarnya.
Kenapa dia berharap
lebih? Tak. Kenapa
layanan Ikmal sebelum
ni membuatkan dia
berharap lebih?
“Menangis?” Ikmal
menilik muka Arissa
yang sudah merah
menahan tangis. Arissa
menjelingnya. Ikmal tersenyum
tiba-tiba.
“Tepilah!” Arissa nak
mengamuk melihat senyuman
Ikmal itu. Senyum
mengejek. Tadi bukan
main serius lagi
sampai dia senyum
pun langsung tak
nak balas. Sekarang?
Tiba-tiba boleh tersenyum
pula. Semakin parahkah
keadaan otak Ikmal?
Ish! Rissa, tak
baik tahu?
“Nak balik
dengan siapa ni?”
soal Ikmal. Semakin
sakit hati Arissa
dibuatnya. Tak pandai
meminta maaf pula
tu! Kenapa kaum
lelaki ini terlalu
menyakitkan hati? Nak
kena cakap guna
tangan ke baru
nak faham? Tadi
Zakwan begitu. sekarang
Ikmal pula.
“Sorang. Teksi.”
Jawab Arissa sepatah-sepatah. Protes.
“Rissa datang
tadi dengan siapa?”
kembali serius nada
suara Ikmal
“Kawan.” Ringkas
jawapan yang diberi
namun sudah cukup
menggeramkan hati Ikmal.
“Lelaki? Rissa
berkawan dengan lelaki?”
soal Ikmal. Dia
tahu sebenarnya. Sengaja
dia nak dengar
dari mulut Arissa
pula. Dia nak
tahu apa hubungan
Arissa dengan lelaki
itu. Sebab itulah
mood dia menyimpang
jauh tadi. Arissa
tak tahu ke
bahaya naik kereta
dengan lelaki yang
siapa-siapa entah tu?
Buatnya niat lelaki
tu tak elok.
Siapa susah?
Lagi dia
sakit hati, Arissa
langsung tak bersuara
tentang lelaki itu.
Takkan nak tunggu
dia yang tanya
dulu kut? Patutnya
Arissa dah boleh
agak!
“Yalah. Abang
pun lelaki. Kawan
Rissa juga...” Aduhai
pedihnya bila hanya
dianggap kawan. Kawan
tua? Atau apa?
Automatik tangan Ikmal
mendarat di dada.
Diusap-usap dada bagaikan
mengusap hatinya yang
sedang tercalar dengan
kata-kata Arissa itu.
“Abang lain.”
Tiba-tiba Ikmal jadi
sedih sendiri. Arissa
anggap dia kawan
saja?
“Apa yang
lain? Abang ada
ekor ke di
belakang?” bidas Arissa
geram.
Kalau cemburu
baik mengaku. Bentak
hati Arissa. Ikmal
sudah tepuk dahi.
Soalan Arissa itu
memalukan dia. Macam double
meaning pula. Bukan
lain yang begitu
maksudnya. Kedengaran ada
suara nakal pelatih
ketawa dan mengejek.
Ikmal menggamit
Arissa agar membontotinya
ke luar. Arissa
menurut dalam terpaksa.
“Abang tak
suka penampilan kawan
Rissa tu.” Dia
bersuara kemudiannya. Arissa
mencebir. Jadi, Ikmal
dah tahu siapa?
Kenapa Ikmal bertanya
lagi?
“Dia baiklah
bang...” Arissa membela
kawannya. Semakin tercabar
Ikmal mendengarnya.
“Hmm. Baik?
Mana buktinya?” soal
Ikmal pula.
“Dia hantarkan
Rissa ke sini.”
Arissa tersenyum bangga
apabila dia berjaya
memberikan bukti kebaikan
Zakwan.
“Tu bukan
contohnya. Dia mungkin
tak apa-apakan Arissa
hari ni tapi
nanti? Kita tak
tahu hati budi
sebenar dia macam
mana.” Ikmal tak
berpuas hati.
“Dia banyak
tolong Rissa.” Arissa
bersuara pula. Ikmal
mendengus. Tolong apa?
Bukankah dia juga
banyak menolong Arissa?
Tak ada pula
Arissa nak puji
dia baik. Apa
yang nak diagungkan
sangat dengan lelaki
pelik tu? Fikir
Ikmal.
“Apa namanya?”
Ikmal semakin tak
senang duduk dengan
soalan sendiri. Kalau
boleh, semua benda dia mahu
kelihatan lebih hebat
dari mana-mana lelaki
yang kenal Arissanya.
Termasuklah nama.
“Zakwan Arsyad.”
Blurghhh! Nama macam
anak manja. Kutuk
hatinya geram.
“Nama playboy.” Kutuk
Ikmal. Tak puas
hati bila Arissa
tetap juga pertahankan
si Zakwan tu.
Kalau handsome, tak apalah
juga. Ini standard kulit
tapak kaki dia
saja. Tak padan
dengan nama sedap.
‘Nama tak
mudahlah... sampai penuh ruang
kosong dalam sijil
kelahiran.’ Masih lagi
dia tak berpuas
hati dengan nama
lelaki tadi.
“Nama je, hello
abang... Ikmal tu
pun nama player tau?” sekali lagi,
dia yang terasa
sakitnya. Kenapa Arissa
mesti melaser dia? Mana ada player?
Orang yang bernama
Ikmal ini setia
tahu? Baik budi
pekertinya. Kacak pula
lagi. Ikmal membela
di dalam hati.
“Tapi abang
tak begitu.”
“Abang tak
ada awek memanglah
tak begitu.” Sekali
lagi dia rasa
diperlekehkan. Sampai hati
Arissa. Arissa tak
faham ke isi
hati dia? Takkanlah
Arissa tak perasan?
“Rissa awek
abang.” Akhirnya dia
bersuara tegas. Muka
Arissa nampak terkejut.
Ikmal buat tak
peduli saja. Siapa
suruh sakitkan hati
aku? Bentak hatinya
geram.
“Sejak bila?”
Arissa menyoal sinis.
“Sejak abang
berkata begitu.” Ikmal
kembali membalas. Sinis.
“Dua saat
lepas?” semakin sinis.
“Sekarang dah
tiga.” Ikmal menjawab
selamba sambil menayang
senyum senget. Puas
hati dengan jawapannya.
Arissa yang pada
mulanya nak melawan
kata itu terkaku.
Masing-masing menoleh ke
arah bertentangan dengan
senyuman malu-malu kucing.
“Mengarutlah.” Arissa
menggosok hidung. Rasa malu
dan nak tersenyum
bahagia masih bersisa.
Ikmal berdeham. Tiba-tiba
rasa geli sendiri
dengan kata-katanya tadi.
Bukan main lagi,
Mal. Ayat pick up
line siapa yang
kau pakai tu? Arissa macam
suka aje... petanda
baikkah?
“Abang tak
suka Rissa berkawan
dengan dia. Lepas
ni, abang yang
akan jadi driver Rissa.
Bahaya, Rissa.” Lembut
suara Ikmal memujuk.
Arissa mengeluh.
“Alah.”
“Abang boyfriend Rissa
sekarang.” Ikmal menggunakan
kuasa veto. Arissa
mencemik mukanya. Setakat
boyfriend...
“Boyfriend... Rissa
tak kata setuju
pula.” Masih lagi
ingin bertekak. Tapi
di dalam hati
dia berdoa agar janganlah Ikmal
hanya bergurau tadi...
“Tak nak
takpe. Abang pergi
Thailand la. Cari
awek Siam.” Ugut
Ikmal. Arissa membuntangkan
mata. Nampak macam nak marah.
Nak tergelak Ikmal
melihat respons spontan
dari Arissa itu. Eleh, mahu
tapi malu.
“Jangan nak
mengada!” mendengar kata-kata
itu sudah cukup
membuatkan Ikmal rasa
seperti hendak menumbuk
angin. Dia bahagia
tapi wajah bahagianya
memang payah dia
nak pamer.
“Rissa boleh
buat apa?” Ikmal
angkat kening.
“Hum... shadow kick?”
ugutan Arissa itu
mengundang tawa kecil
Ikmal. Lucu. Macamlah
Arissa mahir buat shadow
kick. Arissa betul-betul
buat dia rasa
geram... geram nak
cium.
“Eleh, berdiri
pun tak gagah
perkasa lagi.” ejek
Ikmal. Arissa mendengus.
Memang dia dah
agak, dia pasti
diejek.
“Abang ajarlah
dulu...”
“Rissa setujulah
dulu.” Perangkapnya. Arissa
mencemik. Dia malu.
Mana ada orang
lamar jadi awek
guna cara ni!
“Rissa nak
baliklah kalau macam
ni.” dengus Arissa.
Sakit pula hati
bercakap dengan Ikmal.
Mengada-ngada! Dia ingat
comel agaknya kalau
buat perangai macam
tu? Rasa macam
nak kick aje.
“Rissa...”
“Abang, abang
tu jauh beza
ngan umur Rissa.
Tak baik mainkan
perasaan Rissa macam
ni.” Arissa akhirnya
menyatakan
ketidakselesaannya. Dia memang
suka kalau Ikmal
turut sukakan dia
tapi... dia takut
Ikmal sekadar mahu
memainkan perasaannya.
“Masa bila
abang mainkan Arissa?
Lagi pula, umur
kita beza tak
sampai sepuluh tahun
pun. Tak ada
salah. Sedangkan atuk
tua boleh bernikah
dengan orang berpangkat
cucu. Inikan pula
kita, yang hanya
berRissa-abang?” amigo! Nak
tercekik air liur
Arissa mendengarnya. Ikmal
memang serius nampaknya.
“Habis tu?
Rissa awek abanglah,
apalah? Mengarut tahu?
Beza hampir sepuluh
tahun. Lapan tahun
beza. Kira banyaklah.”
Arissa cuba menyembunyikan senyuman
bahagianya.
“Rissa betul-betul
awek abang.” Kali
ini Ikmal berkata
serius. Wajahnya ikut
serius. Arissa sudah
telan liur.
“Hish! Sejak
bila?” Arissa cuba
menghilangkan rasa kekoknya.
“Sejak abang
berkata begitu.” sekali
lagi Ikmal mengulangi
ayat pick up
line yang selayaknya
memenangi anugerah penampar
seratus kali itu.
“Abang ni
tak romantiklah! Patutnya
katalah sejak abang
sayang Rissa ke, sebab abang
cemburu ke...” bentak
Arissa geram. Ikmal
hanya tersengih. Masih
tak nampak ke
kasih sayangnya terhadap
Arissa selepas apa yang berlaku
tadi?
“Haruslah. Abang
mana ada kekasih.
Tak pandai nak
beromantika de amor.”
Selamba Ikmal menjawab.
Masih berkeras tak
mahu menyatakan rasa
sayangnya. Cukuplah setakat
dia mempamerkan saja...
“Abang pernah
ada.” Arissa mendengus.
“Pijoi cerita?”
“Hah! Betul!!!
Rissa psiko aje.”
Tergelak Ikmal mendengarnya.
Eleh, macamlah tak
boleh tanya terus.
Bukannya dia tak
nak beritahu pun.
Dia terbuka soal
itu.
“Pernah ada
dulu. Bertahun-tahun dah.
Buat apa nak
ungkit? Buang karan.
Budak tu entah
hidup entah tidak
lagi dah.” Selamba
dia menjawab. Macam
kisah silamnya tak
memberi kesan langsung
kepada dia. Padahal
disebabkan itulah dia
semakin serius dalam
bertinju dulu. Tapi
sekarang, semuanya sebab
minat.
“Rissa jealous?” soal
Ikmal apabila Arissa
hanya diam. Arissa
menjelingnya.
“Tak ada
masa.” Nampak
sangat jeles. Kutuk
Ikmal di dalam
hati.
“Rissa pun jealous.
Hah, baguslah. Dah couple.
Selesai problem.” Ikmal menyapu
kedua belah tangannya
tanda selesai.
“Couple?
Kalau tahu dek
Abang Aris, mengamuk
dia.” sengaja Arissa
menggertak. Ingatkan Ikmal
akan terdiam tapi
sebaliknya. Ikmal ketawa
pula. macam tak
takut langsung dengan
Abang Aris. Padahal
Abang Pijoi bukan
main takut lagi setiap
kali disebut nama
Abang Aris. Sampai
sekarang pun.
“Abang tahu.
Niat abang baik.
Nak jaga Rissa.”
“Hadap Abang
Aris dulu.”
“Hek eleh.
Kalau Abang Aris
awak tu spesies
naga, takut juga
abang.” Ikmal masih
dengan perangai selambanya
itu. Arissa mengeluh.
Tak ada apalah
yang Ikmal takutkan?
Senanglah nanti Ikmal
nak ‘campak’ dia
pula...
“Abang Ikmal
ni...”
“Apa Abang
Ikmal? Panggil abang
saja. Jom, abang
hantar.” Ikmal menggamit
Arissa agar membontotinya
ke arah kereta.
“Kerja abang?”
“Biarkan.” Terkedu
Arissa. Wah! Tibsa-tiba
dia rasa terharu
tak tentu pasal.
Dia tahu Ikmal
mesti sayangkan dia.
Tapi mulut lelaki
itu saja tak
berkata-kata.
“Abang... abang
cakap sekali aje,
dengar betul-betul. Abang
sayangkan Rissa. Abang
tak nak Rissa
cedera atau diapa-apakan.
Jadi, jangan tanya
banyak kali. Jangan
uji abang. Tak
mau lagi dah
peristiwa kawan lelaki
hantar balik atau
ke mana-mana. Hanya
abang. Faham?” pesan
Ikmal sewaktu mereka
sudah di dalam
kereta.
Meremang tak
tentu fasal bulu
roma Arissa mendengar pengakuan
berani mati dari
Ikmal itu. Oh,
ingatkan tak nak
cakap sayang kepadanya.
Fikir Arissa, tamatlah
tadi perbincangan soal
kawan lelaki menghantar
dia.
“Abang bukan
suami Rissa.” Rungut
Arissa geram. Belum
jadi laki tapi
dah macam-macam pantang
larangnya.
“Jadi, abang
nak kena jadi
suami dulu?” soal
Ikmal. Arissa mencebir.
“Hmmm.”
“Besok kita
nikah.” Terkejut Arissa
mendengar kata-kata Ikmal
itu. Apa Ikmal
ni dah gila
ke?! Mujur Ikmal
sedang memandu. Kalau
tak? Memang penumbuk
dia sedekah ke
bahu lelaki itu.
Suka buat kejutan.
“Hesh! Rissa
belajar lagilah. Apa
ni? Cakap pasal
nikah pulak!” boleh
semput dia kalau
hari-hari menghadap dengan
sikap Ikmal yang
suka buat sesuatu
keputusan secara tiba-tiba.
Tadi tiba-tiba mereka
sudah bergelar sepasang
kekasih. Sekarang, tiba-tiba
Ikmal ajak dia
kahwin. Besok pulak
tu. Memang tak
logik!
“Kena tunggu
Rissa habis belajar
dah satu kerja.”
Kata Ikmal.
“Nak seribu
daya. Kalau nak
belajar Muay Thai
sampai ke Thailand
duduknya... apalah sangat
kalau nakkan seorang
gadis.” Selamba Arissa
bermadah. Ikmal tersenyum
senget.
“Untuk dapatkan
seorang gadis, prosesnya
payah sekali. Abang
terpaksa membenteng kesabaran
yang tinggi agar
iman terpelihara sepanjang
tempoh nak tunggu
Rissa habis belajar
dan tunggu kita
nikah. Abang terpaksa
guna kudrat, tulang
empat kerat, nak kumpul duit
nikah. Abang terpaksa
tadah telinga, diejek
lelaki tak laku...”
kata Ikmal. Arissa
menahan dirinya dari
gelak.
“Abang yang
jual mahal.”
“Bagus apa,
abang jual mahal?
Senang, Arissa dapat
abang kan? Kalau
abang jual murah,
lelong satu seringgit,
memang takde canlah
Arissa.” Kata Ikmal.
Hish. Memang tak
romantik sungguhlah mamat
muay thai ni.
Kang ada can
kena muay thai
dengan Arissa. Hafizul
tak begitu pun
dengan kakaknya.
“Dah
jumpa
orang lain nanti...”
Arissa menggumam namun
dapat didengari oleh
Ikmal. Sekali lagi
Ikmal tersenyum.
“Abang bukan
jenis begitu. Abang
payah tak setia.”
“Mana tahu...”
“Sekarang Rissa
dah tahu abang
bagaimana. Setia.” Masih
lagi dengan perangainya
yang satu itu,
selamba. Oh ya,
dan menyakitkan hati.
Terus Arissa tiada
mood hendak membuka
mulut. Fikirnya Ikmal
akan memujuk. Memang
harapan...
Dia langsung
tak dilayan. Malah,
Ikmal sengaja menguatkan
radio dan menyanyi
lagu Mewangi dari
Akim tanpa rasa
bersalah. Kuat memekak
macamlah mereka dah
lama bercinta. Tanpa
rasa malu...
“Jangan sembarangan
keluar dengan lelaki.
Dah, pergi masuk.”
Pesan Ikmal sebaik
saja mereka sampai.
Geram Arissa nak
hadiahkan flying kick. Tak
ada hati perut
punya pakwe! Tak
ada ke nak
cakap love you
atau apa? Pergi
masuk aje?
0 komen:
Post a Comment