BAB
9
“YEAYYY!!!” jeritan
mereka bergema. Tak
mustahil jika satu
UiTM boleh dengar!
Zara, Nurain dan
Annur terkinja-kinja memegang
kertas soalan terakhir
mereka iaitu subjek
MGT. Bahagianya rasa!
Mereka hanya perlu
mengemas dan menghantar
borang clearance sebelum pulang
ke rumah. Wee
hee...
Irsyad hanya
memerhati dari jauh.
Dia tersenyum sendiri
melihat betapa gembiranya
Zara apabila ‘merdeka’.
Comel betul. Mengikut
perkiraan, cuma tinggal
lagi tiga jam
untuk Zara bersiap
dan pulang. Dan,
dalam tempoh itulah
dia perlu mencari
idea untuk menumpangkan
Zara pulang ke
Kuantan. Lama dia
menunggu Zara untuk
keluar daripada DSG
itu. Ya, sudah
dua jam dia
menunggu kelibat Zara
dari bangunan Audi
yang berhadapan dengan
Dewan Serba Guna
itu.
“Melihat Zara
berjalan pulang sendirian
membuatkan dia terkejut.
Eh? Kenapa sahabat
yang lain menghala
ke bandar ya?
Kenapa Zara seorang
sahaja yang mahu
pulang ke kompleks?
Hm. Tak sabar
nak balik, mungkin?
Irsyad berjalan
ingin mendekati Zara
namun langkahnya mati
apabila terdengar bisikan
nakal budak lelaki
di hadapannya.
“Aku nak
kenakan Zara weh.”
si lelaki jambu
bersuara. Dia memegang
sebuah kotak. Cantik
berhias. Sudah siap
berbalut. Apa isinya?
Terdetik juga persoalan
itu dalam diri
Irsyad. Nak kenakan
apa? Berani betul!
“Weh, kau
nak kenakan apa?”
si lelaki skema
ternganga-nganga.
“Katak... she hates
frog and I
love to see
her in the
most shocking time.”
lelaki jambu itu tergelak-gelak. Hanya
lelaki jambu itu
sahaja yang tergelak
sedangkan rakan skemanya
sudah berubah riak.
Marah mungkin? Bukan
lelaki skema itu
sahaja yang berubah
riak, Irsyad pun
turut sama berubah
riak.
“Weh, janganlah!
Aku tak sukalah
kau kenakan anak
dara orang macam
tu. Tak eloklah.
Kesian dia.” lelaki
skema cuba menahan.
“Kau jangan
takut... ni nanti,
cuti sem, kot?
Lepas ni, semester
depan kita minta
maaf ajelah! Buat
penat aku kutip katak ni
semalam.” lelaki jambu
itu berbunyi. Mendidih
hati Irsyad mendengarnya.
Ada hati nak
kenakan awek aku?!
Nak kasi katak?
Ee. Irsyad sendiri
pun geli dengan
katak. Minta ampunlah!
“Tak payah
buatlah! Kejam sangat
tu! Dosa kenakan
orang, dah sekian.
Dosa menyeksa binatang
pun sekian lagi.”
lelaki skema itu
masih tidak berputus
asa hendak membantah.
Dia cuba merampas
kotak berbalut cantik
itu tetapi si
lelaki jambu mengelak.
“Kau diamlah!”
marah lelaki jambu
itu. Dia mengejar
langkah Zara dan
meninggalkan sahabat skemanya.
Irsyad turut berlari
mengejar langkah lelaki
itu.
“Zara.” panggil
lelaki jambu itu.
Zara berpusing.
“Eh... Nik!
Kenapa?” soal Zara
ramah. Nik nama
lelaki itu? Huh!
Menyampah! Bisik hati
Irsyad. Zara terkejut
melihat kehadiran Irsyad
selepas Nik. Ada
apa pula lelaki
ni?
“Saya ada
hadiah untuk awak.”
Nik bersuara. Tangannya
menghulurkan kotak berisi
katak itu kepada
Zara. Zara tidak
menyambut.
“Untuk apa?”
soal Zara pelik.
“Untuk meraikan
hari terakhir kita
semester ni. Ambillah.”
Nik masih setia
menghulur. Baru lagi
Zara hendak menyambut
huluran itu, tiba-tiba
Irsyad merampas kotak
itu lantas mencampakkan
kotak itu sejauh
mungkin.
“Kau, jangan
ingat aku tak
tahu tujuan kau
nak bagi sampah
tu pada Zara!
Kau blah sebelum aku
hentak kau kat
sini!!” Irsyad menjerkah
Nik. Terhinggut bahu
Nik dan Zara
mendengarnya. Zara membuntangkan
mata. Bukan main
berlagak lagi Irsyad.
Mana boleh dia
mengugut Nik macam
tu?! Eee. Teruk
betul. Hadiah yang
berbalut cantik dipanggil
sampah? Urghh!!
Nik terkocoh-kocoh lari
meninggalkan Zara dan
Irsyad. Zara mendengus.
Dia menjeling Irsyad
dengan tajam. Langkah
kaki diatur dengan
laju menuju ke
kompleks. Jauhnya perjalanan
ke kompleks. Lagi
dua ratus meter,
mungkin. Irsyad mengejar
Zara dengan laju.
Tangan Zara dicapai.
“Apa awak
nak?!” serentak dengan
jerkahan itu, Zara
merentap tangannya daripada
dipegang Irsyad.
“Saya...” belum
pun Irsyad habis
bersuara, Zara memotong.
“Awak nak
cakap yang awak
ni terlebih bongkak?
Hadiah kecil macam
tu pun, tak
layak untuk saya
terima? Macam tu?!”
jerkah Zara.
Dia berlari
meninggalkan Irsyad. Kain
baju kurungnya diselak
tinggi sedikit agar
kakinya boleh melangkah
luas lantas dia
berlari lebih laju.
Lantaklah apa orang
nak kata. Drama
hindi sebabak atau
apa, dia tak
nak ambil peduli!
Padanya sikap Irsyad
sudah melampau sangat!
“Tu
bukan
hadiah! Tapi sampah!”
jerit Irsyad. Malangnya,
dalam cubaan dia
hendak membela diri,
dia hanya menyebabkan
Zara bertambah membencinya.
Hadiah daripada
orang biasa digelar
sampah?! Bongkak gila!
Kutuk hati Zara.
Malas dia hendak
berhadapan dengan orang
macam Irsyad. Hidup
rasa tak tenang
jadinya! Irsyad menyepak
batu di pinggir
jalan itu sekuat
hati. Argghh!! Kenapa
lari lagi manusia
bernama Zara ini?
Niatnya suci! Hendak
mengelakkan Zara daripada
menjadi bahan gelak
rakan-rakannya. Ini balasan
yang dia dapat?
Kecewanya hati apabila
dilayan dengan teruk
oleh Zara! Dia
memegang dadanya kuat.
Rasa pedih... rasa
tak dihargai dan
terhina dilayan begitu
oleh orang yang
dicintainya.
Tiba-tiba, bahu
Irsyad disentuh lembut
dari belakang. Irsyad
berpaling. Tersentak melihat
gerangan yang memegang
bahunya. Mata gadis
itu berkaca. Shila!
“PUKUL berapa
nak bertolak ni?
Borang clearance orang dah
hantar tau?” Zara
menelefon abangnya. Aiman
sudah serba salah.
Digaru-garu kepalanya yang
tak gatal itu.
Aduh, mana nak
cekau idea??
“Maaflah Zara,
Iman ada exam ni.
Err, Zara, tumpang
Irsyad balik ke
Kuantan ye?” Aiman
bersuara takut-takut dia
faham betapa bencinya
Zara pada Irsyad
walaupun tidak diketahui
apa sebabnya?
“Alaa. Apa
ni Iman?! Kenapa
baru cakap? Kalau
tahu awal-awal, tentu
dah cop nak
balik dengan Zati!
Ni suruh balik dengan Irsyad.
Macamlah Iman tak
tahu orang tak
suka dia tu.”
omel Zara geram.
Teringat kejadian dua
jam lepas. Eee.
Menyampah jadinya dia
pada sikap Irsyad.
Betul-betul menguji kesabaran.
“Alahh, trylah cari
tiket kat bandar.”
pujuk Aiman lembut.
Padahal dia sudah
menyuruh agar Irsyad
memujuk Zara sehingga
berjaya.
“Alah, cakap
senanglah! Lecehlah macam
ni!” bebel Zara
lagi. Kalau dia
tak hantar borang
clearance, tak
apa juga. ini,
dia sudah menyerahkan
kunci kepada pihak
UPK. Macam mana
dia nak balik
ke Kuantan?
“Icat pun
nak balik ke
Kuantan. Tumpang dia
sajalah.” Aiman memujuk
lagi.
“Ah! Orang
rela balik naik
bas dari tumpang
budak bongkak tu!”
marah Zara. Kaki
dihentak-hentak kuat. Teringat
kes tadi. Menguji
kesabarannya betul.
“Alah. Janganlah
macam tu.” pujuk Aiman
lagi.
“Habis tu
nak macam mana??
Tak pun, bagi
Zaralah kunci kereta
Iman. Nanti Zara
ambil Iman aje,
boleh?” soal Zara
yang sudah memegang
lesen P kereta
itu. Aiman terdiam
lama. Alamak. Ini
masalah yang sebenarnya.
Sebab keretalah dia
tidak dapat menghantar
Zara!
“Err. Sebenarnya.
Kereta Iman... rosak.”
tutur Aiman lambat-lambat. Takut
adiknya melenting tak
tentu fasal.
“Oh! Jadi
sebab itulah Iman
tak dapat hantar
ya?” serkap Zara.
“Err, bukan.
Iman ada exam jugak.”
Aiman terpaksa berbohong.
Lantaklah apa Zara
nak fikir pasalnya.
Yang pasti, dia
mahu adiknya pulang
ke Kuantan dengan
selamat.
“Habis tu,
macam mana dengan
Zara ni?” soal
Zara dengan nada
sayu.
“Tumpang Icatlah
eh? Hari ni aje.” Aiman
memujuk. Zara mendengus.
Talian dimatikan. Tumpang
Irsyad?! You wish, Iman! You
wish!
“BETUL ke
kau nak tumpangkan
dia?” soal Aiman
kepada Irsyad yang
sudah siap berpakaian
segak itu. Macam
nak keluar berdating
pula! Irsyad mengangguk-angguk yakin.
Memang dia hendak
menumpangkan Zara. Janji
haruslah ditepati.
“Betullah. Kau
jangan risaulah. Aku
dah janji kut?
Lagi pun aku
nak balik Kuantan
ni.” Irsyad bersuara.
Tentang isu hadiah
itu tadi, Irsyad
malas hendak memanjangkan
dan memburukkan lagi
keadaan. Kalau buruklah
yang difikir Zara,
maka buruklah dia.
Tak ada guna
dia menerangkan kejadian
itu sedangkan hati
Zara menolak untuk
mendengar alasannya. Niatnya
kini, cuma mahu menghantar Zara
pulang.
Aiman berasa
lega mendengarnya.
“Kau bawak
kereta elok-elok. Pujuk
dia tau? Aku
takut nanti dia
tumpang siapa-siapa. Hish.
Risau betul hati ni. Berkerut-kerut
dahi si abang
yang risaukan adiknya.
“Iyelah Man.
Berapa kali kau
nak pesan ni...?”
soal Irsyad yang
sudah mula naik
bosan dengan pesanan
yang sama dititipkan
oleh Aiman itu.
Macamlah orang nak
bawa awek dia
ke Lubnan sana!
Risaunya kalah apa.
“Hehehee. Aku
risaukan dia.” jujur
sahaja jawapan yang
diberi oleh Aiman.
Irsyad menahan amarah.
Tak boleh marah...
tak kena tempat...
tak kena masa...
tak ada sebab...
dia menyedapkan hati
sendiri dengan alasan-alasan
itu. Kalau ikutkan
hati, diseligi-seligi kepala
Aiman. Benci betul!
LANGKAH kaki
Zara semakin cepat.
Rasa diekori dan
tidak selamat! Hendak
berpaling? Dia takut!
Kenapa dengan kereta
belakang ni? Aku
dah jalan dekat
tepi jalan dah
ni. Pergilah lintas!
Jalan pun luas
lagi!
Irsyad di
dalam kereta mencari
akal hendak memperdaya
Zara untuk pulang
ke Kuantan bersamanya.
Alamak. Kasihan pula
gadis polos itu.
Apalah rasanya kalau
dia tahu yang aku bersekongkol
dengan Aiman untuk
menipunya? Ah! Aku
bukan buat benda
tak elok! Niat
aku baik. Aku
cuma nak hantar
dia balik sahaja.
Aiman pun punya
niat sebegitu.
Kami lelaki
yang baik... Irsyad
menyedapkan hati sendiri.
Kasihan pula dia
melihat betapa gelabahnya
Zara bila dia mengekori
gadis itu dari
belakang. Aduhai. comel
betul Zara ni! Akhirnya Irsyad
menekan honnya. Terhinggut
bahu Zara akibat
terkejut dihon. Alamak!
Reaksi comelnya membuatkan
Irsyad tersengih.
“Zara...” panggilnya
apabila cermin tingkap
dibuka sedikit. Zara
berpaling dan membuntang.
Terkejut melihat Irsyad
di situ! Kebetulan
atau suratan? Suratan
attau kebetulan? Aduhai!!
Semakin laju
Zara melangkahkan kakinya.
“Zara!” panggil
Irsyad dengan lebih
kuat. Irsyad tidak
berputus asa apabila
Zara tidak mengendahkannya. Dia
dah terbiasa! Malah,
kejadian tadi seperti
tidak meninggalkan sebarang
kesan di hatinya.
“Zara, jom
saya hantarkan awak
balik Kuantan.” ajak
Irsyad.
“Tak nak!” jerit
Zara kuat.
Eh? Makin laju Zara berjalan.
Kenapalah telatah Zara
yang gelabah itu
mencuit hatinya? Kenapalah
dia boleh melupakan
dengan mudah peristiwa
Zara menjerkahnya disebabkan
hadiah sampah itu
tadi? Semuanya sebab
Zara? Kerana gadis
itukah? Memang sah
kau dah jatuh
cinta tahap petala
tujuh ni, Irsyad!
“Zara!” panggilnya lagi.
Zara berpaling dengan
muka yang sudah
menyinga... alamak!
0 komen:
Post a Comment