Bab 14
“YOU
buatkan I cupcakes Emma,
eh?” soal Andy
dengan nada yang
teramat ceria. Aku
mengangguk sambil tersenyum
melihat wajahnya yang
ceria. Aku berjalan
ke arahnya yang
menatang sedulang cupcakes yang
aku buat petang
tadi. Barang-barang dah
ada, lebih baik
aku buatkan dia cupcakes
memandangkan dia begitu
gemar makan cupcakes aku.
Tambahan pula, aku
kebosanan di rumah.
Tak ada aktiviti
langsung.
Dia tersenyum
manis membalas senyumanku
lantas mengambil sebiji
cupcakes di
dalam dulang lalu
disumbat ke dalam
mulutnya. Sampai terpejam
matanya menikmati cupcakes yang
kubuat itu. Hendak
tergelak aku melihat
telatahnya yang nampak
comel itu.
“Sedapnya cupcakesyou. Sedap
sangat-sangat! Suka betul
I makan.” dia
puji cupcakes aku dengan
bersungguh sekali. Aku
rasa kembang sekejap.
“Thanks!”
aku ucapkan dengan
senyuman bangga. Ceh!
Memang tak dapat
nak kawal rasa
bangga dalam diri
ni bila dia
puji cupcakes aku. Itu pun belum
lagi dia puji
muka aku!
“Welcome,
mia amor!”
jawabnya. Suka betul
dia panggil aku
begitu. Dengki Mason
nanti! Eh, dia
dengan Mason dah
lama tak berjumpa.
Apa yang dah
jadi eh? Dah clash
ke? Gelinya nak
pakai perkataan begitu
untuk pasangan gay. Kelakar!
Dia makan lagi
sebiji. Cupcakes aku ini
bukannya besar mana.
Sekali dia sumbat
masuk mulut sahaja,
sudah sadaqallahulazim! Habis dan
hanya tinggal kertas!
“Jom tengok
movie nak?”
dia ajak aku.
Aku jungkit kening.
Movie?Dia menarik
tangan aku sambil
sebelah lagi tangannya
masih setia menatang
dulang cupcakes aku. Suka
betul dia pada cupcakes
aku rupanya. Setiap
minggu akan aku
buat untuknya. Tak
adalah aku rasa
teruk duduk di
rumahnya tanpa menabur
bakti.
“Movie?
Cerita apa?” aku
soal dia. Dia
menjungkitkan bahu. Oh,
jadi dia belum
putuskan untuk menonton
cerita apa ya?
Aku ikut saja
kata dia. Aku
pun sedang kebosanan
ni. Mata pun
tidak rasa mengantuk.
“Nanti kita
pilih dalam hard disk
I. Jomlah. Tengok
kat bilik I
jom. Kat situ
ada tv besar!
Baru syok nak
tengok. Gambar besar,
terang lagi.”ujarnya. Aku angguk-angguk bersetuju.
Ada benarnya juga
kata dia. Tengok
kat bilik dia
lagi syok! Ada
katil lagi untuk
kami landing. Kami berjalan
ke arah ruang
tamu.
Dia memasang
wayar-wayar yang berselirat
di hadapan tv
plasmanya. Aku sudah
pun landing di atas katilnya yang
empuk sungguh itu.
Syoknya. Aku letakkan
bantal di belakang
badandi kepala katil supaya kedudukan
aku lebih selesa.
Andy pun
sama juga. Dia
ambil tempat di
sebelahku. Sebelum itu,
dia sudah menutup
lampu dengan menepuk
sekali tangannya, supaya
keadaan di ruang
tamu itu menjadi
gelap. Barulah ada feel
nak tengok cerita.
Janganlah tengok cerita
hantu. Boleh mati
tercekik aku kat
sini. Aku ini
sebenarnya boleh tahan
juga pengecutnya. Tambah-tambah
bila cerita itu
berunsur suspens, mahu
terkujat aku di
depan tv.
Selepas itu,
Andy suruh aku
untuk membuat pilihan
sama ada ingin
menonton cerita apa.
Semuanya cerita Inggeris.
Patutlah dia suka
benar speaking London! Aku
pakai sebut sahaja.
Dia buka cerita
yang aku sebut.
Hm. Harapnya bukan
cerita hantu.
“Best
tak cerita ni?”
aku tanya dia. Biasanya itulah
perangai aku sebelum
menonton movie. Akan aku
tanya dahulu tentang
cerita itu. Kalau
tak best, sumpah aku
tak nak tengok.
Bazir masa aku
saja kalau tengok
cerita yang tak best.
Dia jungkitkan bahu
tanda tidak tahu.
Aku mula berkerut.
Takkanlah tak tahu
kut?
“I tak
tahu. Movie lama ni.
Bukan yang latest. I
baru ambil dari
Mason movie ni minggu
lepas. I tak
tengok pun lagi.”
dia berkata pula.
Dia menekan remote dan
membetulkan duduknya di
sisi aku bila
cerita itu sudah
bermula. Rapat.
Asyik-asyik Mason
saja yang disebutnya.
Naik cemburu pula
aku mendengar nama
itu! Lima minit
pertama, tak ada
gaya macam cerita
hantu pun. Aku
tarik nafas lega.
Mujurlah bukan cerita
hantu. Sepuluh minit
kemudian, ada babak-babak
yang tidak sepatutnya
aku tengok! Aku
berdeham. Alihlah! Andy,
alihlah cerita lain!
Apa pasal kau relax
aje tengok?!
Aku pandang
mukanya. Nak terloncat
jantung ke luar
bila tengok yang
dia sebenarnya tak
pandang skrin tv
tetapi... dia pandang
aku. Tajam! Daguku
diangkat lembut. Ekhem!!!
Kuat aku berdeham.
Dia terkalih memandang
skrin. Daguku dilepas
kalut.
Bukan cerita
hantu tetapi cerita
yang menjijikkan! Eeee.
Menyesal aku sebut
cerita itu tadi.
Inilah cerita Inggeris.
Bab-bab ‘itu’ tak
pernah ditinggalkan! Sentiasa
ada dalam filem-filemnya.
“Sorry,
I tak tahu
pun ada cerita
macam ni. Ini
cerita lama sebenarnya.
Mason ni nakal
betul. Takpe, nanti I
kerjakan dia cukup-cukup!”
dia meminta maaf
daripadaku. Mungkin dia
tahu aku tak
selesa kut? Oh,
jadi dia okey
lagilah ni dengan
Mason?
Ayat dia
yang belakang tu
buat aku rasa
nak muntah. Memanglah ‘awek’ you tu nakal.
Hendak sahaja aku
luahkan begitu. Selepas
itu, kami banyak
mendiamkan diri. Mungkin
kesan daripada movie tak berapa nak
senonoh tadi kut? Mason ni,
kononnya gay? Cerita macam-macam
ini pula ditontonnya.
Erkh! Jijik betul.
Aku pandang Andy.
Mukanya relaks sahaja.
Oh! Selamat. Mujurlah
Andy ini spesies
gay! Kalau
tidak, mati keras
aku kat sini
kena goda! Pheeww! Buat
apa nak takut?
Aku kan tengah
bendera merah ni?
Jadi kami
pilih untuk tonton
cerita Leap Year.
Kalau sebut ‘Lip
Ear’ pun macam
betul walaupun maksudnya
lain. Matthew Goode
jadi heronya. Bila
heronya hensem, aku pun
apa lagi? Mula
memasang angan hendak
sehidup semati dengan
Matthew Goode sedangkan
aku sudah ada
suami yang kacak.
Suami di atas
kertas aje pun.
Alah, apa ada
hal? Berangan aje
pun.
Risau juga
kalau cerita ini
pun cerita hantu
atau yang tidak
senonoh macam cerita
tadi. Minta-mintalah bukan!
Kami tonton cerita
itu dengan penuh
khusyuk. Sesekali, tangan
Andy meraba ke
dulangku dan menyumbat
cupcakes yang
aku buat tadi.
Tinggal cupcakes terakhir,
aku berebut jugalah
dengan Andy, tapi,
aku mengalah saja
memandangkan dalam peti
masih ada dua
dulang lagi. Mata
makin memberat bila
perut dah kenyang.
Cerita yang kami
tonton itu memang
sweet sangat!
Tapi terlebih makan cupcakes
yang sweet ni membuatkan
mata kami mengantuk.
Tanpa sedar, mata
aku terpejam rapat....
PAGI esoknya
aku rasa seperti
tidak selesa. Kenapa?
Aku bergerak ke
kiri. Sempit. Aku
berpusing ke kanan.
Sempit juga. Ruangan
bagaikan terhad. Akhirnya
aku baring menelentang.
Kaki bagai dihimpit.
Tiba-tiba perutku terasa
dipeluk kejap sehingga
menghangatkan tubuh aku
yang agak kedinginan
akibat disapa suhu
air-cond yang dipasang.
Aku celikkan mata
seluas-luasnya.
Andy! Dia
ada disebelahku. Sedang
nyenyak tidur rupanya.
Peluk aku dengan
kaki ‘mengunci’ kedua
belah kakiku. Aduhai
Andy!!! Aku imbau
semula detik semalam
dan aku sudah
pun rasa gugup
gila. Aku tertidur
dengannya semalam di katil ini? Alamak!
Aku tidur dengan
dia? Eh! Dia
suami akulah! Tak
apa. Tak berdosa.
Aku mula menyedapkan
hati. Selimut yang
menutupi tubuhku dan
Andy, aku alih
ke tepi. Andy
selimutkan aku? Terharunya.
Aku kerling
ke arah jam
di dinding biliknya.
Sudah pukul tujuh
suku pagi. Aku
kejutkan Andy. Comelnya
tengok dia menggeliat
macam budak setahun.
Aku kejut lagi.
Lambat-lambat matanya terbuka.
Berkerut-kerut dahinya sebaik
saja membuka mata.
“You
kerja kan? Bangunlah!”
aku kejutkan dia.
Dia angguk
perlahan sambil tersenyum
manis. Alahai, rambutnya
kusut masai. Macam
baru lepas kena
tinju dengan aku. Dia bangkit
perlahan-lahan dari baringnya.
Aku juga bangkit.
Aku pergi cuci
muka dahulu di
dalam bilikku. Selepas
itu, aku ke
biliknya pula. Aku
kemas katil dia yang
kami guna semalam.
Bukan main berkecah
lagi. Dengan dulang
cupcakes yang
masih ada di
atas meja di
sebelah katilnya. Ya
Allah! Inilah hasilnya
bila makan sambil
tengok cerita.
Dia sedang
mandi. Kedengaran pancuran
air dari dalam
bilik airnya. Secepat
mungkin aku mengemas
katil. Kemudian, aku
keluar dari biliknya
membawa dulang ke
dapur. Beberapa puluh
minit kemudian, Andy
turun dari tangga
dengan langkah segak
sambil melipat-lipat lengan
kemejanya. Aku nampak
dia sudah lengkap
berkemeja putih berseluar
slack hitam.
Segaknya! Tambah-tambah dia
hanya mengenakan tali
leher yang berwarna
biru gelap. Macam
tokoh korporat pula
aku tengok. Rambut
pun bukan main style
lagi dia rapikan.
“Younak
kerja dah?” aku
menyoalnya. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya
dan tersenyum senang.
Kot yang tersidai
di lengan diletakkan
di atas sofa.
Berkot? Ada mesyuaratkah?
Gembiranya wajah dia.
Siap bersiul lagi.
“I dah
sediakan breakfast untuk you. Baru
lagi I berfikir
macam mana nak
panggil you. Mujur you dah
turun.”aku berkata lantas
menarik tangannya supaya
mengekoriku ke dapur.Selepas
itu dia duduk
di hadapanku. Kuhulur
roti bakar yang
sudah disapukan planta
dan kaya kepada
dia. Dua keping.
Dia sambut dengan
ucapan terima kasih.
Kami makan tanpa
sebarang bunyi sampailah
dia bersuara.
“I betul-betul
minta maaf pasal movie
tak senonoh semalam.
I tahu Mason
sengaja nak menyakat
I!” dia berkata
begitu. Aku tersenyum
pahit. Bahagia benar
dia dengan Mason!
“It’s
okay. Kita bukan
tengok lebih pun,
mujur you sempat alih! You
jangan risaulah. I okey.” aku
berkata begitu untuk
menyedapkan hatinya.
“Itulah. Kalau
tengok lebih semalam,
I takut aje...”
dia belum habiskan
ayatnya, aku sudah menyampuk.
“You
takut I terkam
you, ya?
Haha! I bukan
orang yang macam
tu. I ada manner.
Lagipun I... Whisper, have
a happy period.”
aku berkata dengan
tagline tuala
wanita Whisper. Dia
tergelak mendengarnya.
“I tahu.
I kenal you. Dah
jadi isteri I
pun you masih lagi
jaga manner. You memang sopan.”
dia bercakap dengan
senyuman menawan. Pagi-pagi
lagi dia dah
pasang jerat. Terjerat
hati aku ini
melihat senyuman manisnya.
Dia kata aku
sopan? Aku cuma
menghormati dia yang
tak minat pada
aku ni! Kalau
ikutkan perangai nakal
aku ni, dah
lama aku terkam
dia. Nak takut
apa? Dah sah,
bukan?
“I pun
kenal you. Sangat kenal you.
Jangan risaulah!” aku
berkata tenang walaupun
hatiku sudah berkocak
hebat.
Serius aku
cakap, sebenarnya aku
takut terterkam dia!
Aku ni, bukan
boleh dipercayai sangat!
Kalau dia terkam
aku, nampaklah menipunya
cerita aku di
situ sebab dia
itukan... hesy. Biarlah
dia dengan hidup
dia. Asalkan dia
tak kacau aku,
aku patut bersyukur
bahawa dia sanggup
memperisterikan aku untuk
menjaga aku.
“Pasal bibik,
I rasa kita
tak perlukan bibik
lagi. I akan
buat semua kerja
bibik tu mulai
hari ini. Lagipun,
kita dah sah
nikah. I dah
selesa dengan kedudukan
kita sekarang ni.”
aku bersuara setelah
puas berfikir tadi
sewaktu menyediakan sarapan
buatnya.
“Serius?” soal
Andy. Aku angguk.
“Baik. Lagipun,
I tak berapa
suka kalau ada
orang yang I
tak kenal duduk
di rumah ni.
Walaupun untuk mengemas
rumah. Dulu I hire
dia pun sebab
nak bagi you selesa.”
dia berkata selamba.
“Okey! Thanks, Andy...”
luahku. Dia tersenyum.
Tapak tangannya singgah
di atas kepalaku
dan... rambutku dirunyaikan
olehnya!
Usai makan,
dia bangkit dari
duduknya. Tiba-tiba dia
hampiri aku dan dipegang kedua
belah pipiku lantas
dicium dahi aku
sebelum meninggalkan rumah.
Aku ketar lutut!
Janganlah, Andy. Jangan
macam ni. Nanti
aku tersyahdu sendiri.
Aku tak boleh
betul melihat wajah
kacaknya itu. Aduhai.
Comel. Nak saja
aku tumbuk-tumbuk buat
donat. Isy! Kasarnya.
“Take
care.” pesannya. Esh.
Aku yang sepatutnya
tinggalkan dia pesan
itu sebab bukannya
aku yang keluar
rumah tetapi dia.
Aku akan setia
di dalam rumahnya
ini seperti seorang
isteri mithali menanti
kepulangan suaminya dari
tempat kerja.
“Youtoo.”
akhirnya aku bersuara.
Aku senyum.
Setelah dia pergi,
aku pegang dahiku
dengan senyuman yang
amat sukar untuk
aku tafsirkan. Memang
sah! Aku ini
gila. Aku sudah
sah jatuh tergolek
di hati Andy.
Aku sukakan dia.
Suka sangat-sangat. Andy..
Andy. Kau buat
hidupku haru! Tolonglah
jadi lelaki tulen.
Itu saja doaku.
Aku berbaring di
sofa kami baring
sama-sama semalam. Alahai.
Rindunya pada Andy
walaupun tak sampai
sepuluh minit berpisah.Andy, jangan
sampai aku buat
keputusan drastik! Aku akan goda
kau sampai kau
punya ‘taste’ tu berubah!
Oucch! Nakal
juga kau ni
Emma! Aku tepuk pipi berkali-kali.
0 komen:
Post a Comment