BAB
3
Cinta, sukar
untuk dimengertikan
Namun seringkali
dinantikan...
“BULAN MADU di
awan biru...” nyanyi
suamiku perlahan ke
telingaku. Aku tergelak. Suka
benar dia menyakatku.
Bukannya dia tidak
tahu aku penggayat
tegar. Dan, ya
kami berada di
dalam kapal terbang
untuk pergi berbulan
madu. Takkan nak
naik kereta pulak?
Boleh patah pinggang
meskipun hanya ke
negara jiran.
“Abang suka
tau... kacau Irqin
nak tidur.” Mataku
masih dalam keadaan
terpejam. Telingaku ditiup
berkali-kali sehingga aku
tergelak kegelian. Terpaksa
aku tahankan suaraku
kerana tidak mahu
mengganggu penumpang lain.
“Sayang bukan
nak tidur pun.
Sayang cuma pejam
mata sebab takut
nak tengok luar.
Bukalah mata, sayang.
Tengok luar. Tengok
sekarang ni, kita
dekat awan...” bisiknya
dan kemudian mengucup
telingaku.
“Gayat.” Aduku.
Tanganku diusap-usap lembut.
Kemudian, dapatku rasa
tapak tanganku basah
dikucupnya berkali-kali. Suka
betul dia buat
aku rasa dihargai.
“Sayang ni.
Tak sporting langsung. Sayang
patut hargai masa
sayang dengan abang.
Masa itu emas.
Abang kalau boleh
nak setiap masa
dengan Irqin. Nak
merasai kemanisan masa
tu dengan orang
yang abang cinta.
Supaya, nanti tiada
apa-apa yang akan
kita kesalkan. Bila
tua nanti, kita
akan kenang semua
kenangan indah bersama.”
Panjang lebar syarahan
suamiku. Ya, dia
seorang yang sangat
menghargai masa.
“Irqin bukan
sengaja nak jadi
tak sporting. Abang, lambat
lagi ke eh?
Irqin lapar.” Aku
mengubah topik memandangkan
perutku benar-benar terasa
kosong.
“Alahai kesiannya
dia. Abang order
makanan ye?” pujuknya
sambil melabuhkan bibirnya
ke dahiku tanpa
disuruh. Dia memang
suka menunjukkan kasihnya
dengan cara itu.
Mengucup dahi, ubun-ubun,
belakang tangan dan
tapak tanganku.
“Abang tutuplah
tingkap tu, Irqin
gayat.” Suruhku. Dia
patuh. Tingkap kapal
terbang ditutup. Aku
cuba membayangkan diri
ini berada di
dalam bas yang
penuh dengan orang.
Biarlah tak logik
asalkan rasa gayatku
mengurang.
“Sayang nak
kongsi dengan abang
atau nak makan
sendirian berhad?” soalnya
lagi.
“Nak kongsi
laa...” kataku pula.
Aku suka berkongsi
dengannya. Lagi suka
bila dia menyuapkan
aku. Ya, aku
tahu aku terlalu
manja dengannya. Siapa
yang tidak dimanjakan
oleh suami dengan
cara begini pasti
akan mengatakan yang
aku mengada-ada. Ya,
tak dinafikan yang
aku sangat mengada
bila dengan Rasydan.
“SAMPAI dah. Phuket huh?
Cantik kan laut
dia?” pujinya bersama
senyum manisnya. Aku
turut tersenyum. Lengannya
yang agak berotot
itu aku peluk
erat dengan kepala
yang sengaja aku
jatuhkan ke bahunya.
Walaupun perjalanan tak
sampai dua jam,
tapi disebabkan rasa
gayat, aku rasa
bagaikan sudah dua
hari aku duduk
di dalam kapal
terbang itu.
Loya, pening,
segala jenis penyakit
datang. Huh! Macam
manalah nak balik
nanti?
“Sangat cantik.”
Pujiku sambil mengucup
bahunya. Mata kuangkat
tepat ke wajah
kacaknya. Dia sedang
merenungku dalam.
“Sayang lagi
cantik.” Pujinya. Bibirnya
dilabuhkan ke dahiku.
Lama, sehingga terpejam mataku
menikmati kehangatan kucupan
itu. Penuh dengan
kemanisan dan kasih
sayang.
“Can’t
deny it.” Ujarku
dengan nada gurauan.
Kepalanya terundur ke
belakang sedikit. Wajahku
dipandang dengan senyuman
senget.
“Eleh, mengada.
Teruknya perasan. Bini
siapa ni, huh?”
soalnya sambil merunyai-runyaikan rambutku.
Wajahnya mencemik.
“Entah?” jawabku
sambil menjelirkan lidah.
“Hello! Anybody khap?
Who is she na khap? Medai?”
dia
bercakap menggunakan slang
Thailand. Macam pandai
saja. Serentak itu,
aku kutil pinggangnya
sekuat hati sehingga
dia terloncat dan
mengaduh kesakitan tapi
dalam masa yang
sama, dia tergelak
macam nak gila.
“Abang ni,
sampai hati! Buruk tahu
tak cakap macam
tu?”
aku mencemik. Merajuk.
Terasa hati betul.
Boleh dia tanya
orang yang lalu
lalang, siapa aku
ini? Bukan bini
diakah?
“Abang bergurau
aje, sayang. Sakit
tau...” dia menggosok-gosok pinggangnya.
Mesti berbekas. Biarlah.
Siapa suruh dia
menyakiti hatiku?
“Mengada tau!”
aku merengus sambil
berpeluk tubuh dan
membelakanginya. Dapat aku
rasa dia menghampiriku.
Serentak itu,
tangannya melingkar di
pinggangku. Telingaku digigit
lembut. Cara dia
memujukku memang mampu
mencairkan hatiku. Pipiku
dikucup dan dia
menongkatkan dagunya ke
bahuku. Masih dengan
cara memujuknya yang
tersendiri itu
Wajahku akan
diperhati lama. Aku
memuncungkan bibirku. Sengaja
tunjuk protes bila
dipujuk dengan cara
begitu. Malu hendak
mengaku yang itulah
cara paling berkesan
untuk dia memujukku.
“Uh-uh-uh!! Buat
muncung itik macam
tu pulak. Heee,
jom masuk hotel.
Abang kena buat
sesuatu dengan muncung
itik tu.” Dia
menggomol-gomol pipiku sehingga
aku terpaksa merungkaikan
pelukannya di perutku.
“Abang!” aku
menjegilkan mataku padanya
yang hanya tersengih-sengih itu. Di khalayak
ramai dia boleh
tunjuk keromantisan tahap
semanis madu dia
ini?
“Tengok kiri
kanan, sayang. Ramai
aje yang lebih
pada tu...” selamba
dia berkata. Yelah,
dah mat saleh.
Bukan Islam. Apa
nak hairan buat
perkara tak senonoh
begitu?
“Kita Islam.”
Aku membidas. Dia
tersenyum saja.
“Tapi dah
halal. Jom. Kita
kena rehat dulu.
Cas bateri. Nanti
nak pergi jalan-jalan,
kan?” pujuknya sambil
menarik tanganku dan
dikucup berkali-kali. Aku
sudah mampu tersenyum
pada tika ini.
Mudah sahaja dia
membuat aku tersenyum.
Aku cuma perlu
melihat senyumannya. Semudah
itu.
“Hmmm, bagus
juga. Irqin penat
ni.”
“Baru ke
Phuket. Belum ke
Paris lagi... entah
macam mana keadaan
Irqin agaknya kalau
duduk dalam kapal
terbang sampai ke
Paris.” Dia berkata.
“Dari ke
Paris, baik ke Mekah.”
Bidasku. Dia tersengih.
“InsyaAllah satu
hari nanti. Sama-sama
kita kumpul duit
buat umrah.” Dia
berkata.
“Hari ni
giliran abang.” Ujarku
selamba. Sengaja ingin
mengingatkan dia tentang
tanggung jawab dia
semenjak kami membuat
keputusan untuk bergilir-gilir melakukannya.
“Ya abang
tahu...” sedih sahaja
nadanya.
“Tak apalah.
Kalau abang penat,
besok sajalah. Tak
pun kita tunggu
bila kita balik
Malaysia semula ke.”
Aku mengerti yang dia itu
penat.
Kami
kena
tunggu satu jam
lebih di airport.
Dahlah perut masih
kosong kerana aku
terlajak tidur dan
tak sempat buat
sarapan. Hehehe. Berkejar
ke sana ke
mari. Jadi, apalah
salahnya jika aku
memberinya masa untuk
berehat? Bukannya selalu.
“Tak nak.
Abang suka bila
tiba giliran abang.”
Dia bertegas. Eleh,
giliran aku dia
suka, giliran dia
pun dia suka.
“Abang kan
penat?” aku memujuk
pula.
“Tak penat.
Selagi cinta abang
ni ada dekat
sisi abang, abang
takkan rasa penat.
Percayalah cakap abang.”
Katanya bersama cuitan
di daguku. Aku
tersenyum mendengarnya. Dia
memang pandai membeli
jiwa...
“Sure
ni? Bukan sebab
nak jaga hati
Irqin?”
“Bukan sayang.
Abang sure. Abang suka
dapat picit bahu
sayang. Sebab at the
end of the
day, abang boleh
letak kepala atas
badan sayang... dan tidur
dengan lenanya.”
“CINTA, give me
that camera. Berdiri
dekat sana. Abang
nak ambil gambar.”
Dia mengarahkan aku
berdiri di tempat
berlatarbelakangkan
pemandangan laut yang
membiru. Aku menurut
saja.
“Posing ala-ala
top model
sikit. Biar berapi
Tyra Banks.” Arah
suamiku. Aku tergelak.
Topi lebar di
atas kepala hampir
melayang ditiup angin
aku pegang. Belum
sempat aku bergaya,
dia sudah menekan
klik.
“Okey, tak
payah bergaya. Abang
dah dapat shot
yang cantik.” Tapak
tangannya dinaikkan, mengarahkan
aku mematungkan diri.
“Abang, topi
Irqin nak terbang
tadi. Semulalah. Semulalah.”
Aku mengarahkan dia
mengambil gambar sekali
lagi. Dia tergelak.
“Cantik dah
tadi sayang. Candid
habis. Comel je
sayang ketawa. Nak
tengok?” soalnya. Aku
menggeleng-gelengkan kepalaku. Tak
mahu. Aku tahu
dia menjaga hatiku
saja.
Apa yang
cantiknya kalau muka
cuak cuba menangkap
topi yang hampir
terbang? Membayangkan saja,
aku tak berselera.
“Yalah, yalah.
Cepat bergaya semula.
Abang ambilkan sekali
lagi. Dah tarik
dah muncung dia
tu...” dia mengalah.
Inilah sikapnya yang
paling aku suka.
Dia selalu mengalah.
“Abang jangan
menyesal kahwin dengan
Irqin.” Selamba aku
berpesan sambil mula
mengangkat sebelah kaki.
Kedua belah tanganku
dinaikkan ke atas.
Menunjukkan yang aku
sedang menikmati pemandangan
indah itu.
“Tidak sayang.
Takkan pernah. Hish
apalah cakap macam
tu.” Bebelnya sambil
tangan lincah menekan
butang klik.
“Sebab Irqin
suka bergambar...” aku
menjelirkan lidahku sambil
membuat gaya yang
lain pula. Memang
makan hatilah Tyra
Banks kalau dia
tengok gambar-gambar aku.
“Sayang, abang
lagi suka kalau
memori kad abang
ni penuh dengan
muka sayang tahu?”
dia berkata sambil
menghampiriku. Pingangnya aku
peluk bila dia
memeluk bahuku.
“Tolong picitkan
button tu.”
Dia mengarahkan aku
untuk memicit butang
klik pada kameranya.
Aku menurut. Dia
tersenyum. Ada gambar
yang aku sengaja
melentokkan kepala ke
dadanya. Ada juga
gambar dia mengucup
ubun-ubunku.
“Abang! Sini...
sini!” gamitku apabila
ternampak minah saleh
tak pakai baju
langsung. Hanya berspender
saja berjemur di
tengah panas.
“Kenapa sayang?”
soal Rasydan dengan
wajah sesak.
“Pejam mata.”
Arahku.
“Adoi apa
pulak ni?” soal
Rasydan pelik.
“Kalau Irqin
cakap, abang jangan
pandang...”
“Minah saleh
tu ek?” soalnya
memotong percakapanku. Serta-merta
aku kutil lengannya.
“Abang dah
pandang!” dia tergelak.
Bahuku dipautnya.
“Dah dia
kat depan kita.
Terpandang. Bukan sengaja.
Dia buatlah macam-macam
style, atau
tak pakai apa-apa
sekalipun... Abang tak
terliur langsung.” Kata
Rusydan selamba sambil
berjalan tenang melintasi
minah saleh yang
berbogel itu. Bahuku
masih kejap dalam
pelukannya.
“Nanti kita
dating dalam bilik
ajelah, abang. Banyak
sungguh cabaran...” aku
berkata. Suamiku tergelak.
“Ya Allah
sayang. Baru abang
tahu rupa sayang
jeles. Comelnya...” berair
matanya gelak tanpa
suara. Amboi lucu
sangat ke bila
tengok bini cemburu?
Mujur dia tak
ketawa berdekah-dekah. Kalau
tak memang makan
tangan.
“JOM tengok
apa yang menarik
sangat dengan Patong
Beach ni pada
waktu malam?” Rasydan
bersiap-siap hendak keluar.
Aku pula masih
terkial-kial hendak mengenakan
mekap ke muka.
“Abang, jom
cari penkek pisang.
Dah terasa-rasa dah
kat tekak ni.
Sedap betul yang
petang tadi tu
kan?” aku mengurut
tekak.
Teringat penkek
pisang yang kami
makan petang tadi.
Memang sedap sungguh.
Harga pun berpatutan.
Memang penkek pisang
terkenal sebagai makanan
jalanan di Phuket. Atau
mungkin di Thailand.
Tapi kena pandai-pandai
juga bertanya. Takut
kena kedai yang
tak halal. Contohnya,
ada bahan ‘lain’
yang diisi.
“Sedap...” suami
aku mengiakan sambil
mengeluarkan telefon bimbitnya.
Nak call driverlah
tu.
Dia bercakap
dengan pemandu pelancong
kami yang berasal
dari Phuket yang
boleh berbahasa Melayu
menggunakan slang Kelantan
itu, Ilyas. Tentu-tentunya orang islam.
Sempat lagi dia
ketawa. Cheh dah
macam bercakap dengan
awek pula.
Sesudah bersiap,
kami dibawa Ilyas
ke sekitar Patong
Beach. Memang malam
hidup tempat ni. Makan hati
aku tengok pondan-pondan
dan perempuan di
kawasan Patong Beach
ini. Semuanya berpakaian
seksa dan menyakitkan
mata. Siap goda
laki aku lagi.
Berapa kali aku
tunjuk penumbuk sampai
Rasydan terpaksa memeluk
aku. Bimbang mereka
memukul aku.
“Ni tempat
orang, cuba jangan
tunjuk gengster.” Pesan
Rasydan sambil ketawa.
Seronok ye tengok
aku jeles? Huh!
“Sakit mata
ni tengok tetek
palsu diorang! Suara
bukan main garau
lagi. Lepas tu
duk kerling-kerling abang.
Heyyy! Memang nak
kena. Tak peduli
dah dia tu
transgender.” Aku membebel.
Bertambah kuat suamiku
gelak.
“Kita patut
duduk kat Krabi,
kan? Sana tenang
sikit.” Suamiku mengeluh.
“Abang jangan
menggatal okey?”
“Dengan orang
yang ada apa
abang dah ada?
Eee! Geli!” Rasydan
menggeliat geli-geleman.
Pondan-pondan di sini seribu
kali lebih cantik
dari aku! Cis,
diorang bedah macam
mana boleh jadi cantik
sangat tu? Hilang
habis muka jantan
diorang. Mujur ada
di kalangan mereka
yang kami dapat
kenal pasti melalui
suara yang tak
dapat dibendung garaunya.
“Dengan perempuan
lain kat sini!
Dengan pondan pun
tak boleh. Jangan
sekali terfikir pun!
Kalau Irqin tidur
tengah malam buta
nanti abang curi-curi
keluar...” Aku memberi
amaran.
Ingatkan dekat
tepi pantai tadi
habislah dugaan. Malam
ni ada lagi.
Lagi banyak pula
tu. Tergugat rasa.
Memanglah Phuket
ni cantik. Tapi
kalau tempat begini,
orang menari tiang
di mana-mana... memang
meluat aku tengok.
Lepas ni aku
nak pangkah tempat
bernama Phuket ni
dari senarai tempat
perlancongan aku. Tak
pun... mungkin Patong
Beach ni yang
aku pangkah! Tak
sesuai untuk honeymoon.
Makan hati. Mungkin
boleh bawa balik
‘honey’ tanpa moon
dalam Bahasa Melayu.
No
way! Madu-madu, no!
Aku menjeling
pada perempuan atau
pondan mana entah
yang menari tiang
menggeliat geliut macam
ular kena palu
dari jauh. Aku
yang dah berlaki
ini pun masih
malu nak menari
tiang dengan aksi
ghairah begitu. Usahkan
menari tiang... menari
pun tak reti!
“Apa fikir
jauh sangat tu?”
“Ingat abang
ni jenis lelaki
miang ke tak
cukup dengan satu?”
dia mula bernada
macam orang berjauh
hati.
“Kalau takut
sangat, sayang ikatlah abang...”
tiba-tiba dia tersengih
miang. Kening diangkat-angkat.
“Hee gatal.”
Aku ikut tersenyum.
Senyum malu.
0 komen:
Post a Comment