Bab 4
SATU
kerja gila bila
mana aku mengikut
Andy pulang ke
rumahnya! Sumpah aku
takut. Tapi, dia
telah menyatakan bahawa
semuanya akan okey.
Aku tidak perlu
risau tentang apa-apa
pun. Itu katanyalah!
Tadi, aku terpaksa
menyeludup masuk ke
rumahnya. Bahaya. Takut
ditangkap. Rumah dia
juga besar! Boleh
tahanlah. Banglo.
Bukan boleh
tahan lagi, ini
memang rumah mewah!
Subang Heights
Bungalow! Pheewit!
Nak aje aku
minta stay sampai mereput
kat sini. Jadi madam
besar. Macam tuan
empunya rumah. Andy,
kahwinilah I!
“Andy,
can I stayhere?” soalku
selamba yang masih
tercengang dengan kecantikkan
rumah ini. Memang
tak ada rasa
malu langsung. Oh,
mungkinkah kesan daripada
Margarita tadi? Atau
aku sememangnya sudah
tidak kenal erti
malu lagi? Nak
kata kesan dari
Margarita, kepala aku
dah kurang peningnya.
Aku dalam keadaan
waras ni...
Setiap pintu
rumahnya berkaca. Dan
nampak mewah sangat!
Yalah, rumah aku
tidak semewah ini.
Sebab apa aku
bersetuju untuk mengikut
Andy pulang ke
rumah? Aku sekarang
sudah jadi penganggur
terhormat! Dalam masa
yang sama, aku
ditinggalkan orang yang
aku sayang. Rumah
pula telah disita.
Semuanya berlaku dalam
tahun 2013! Semuanya
berlaku serentak. Mana
aku tak pening?
Jadi, aku setuju
sahajalah dengan pelawaan
Andy.
“Of
course you can.
I cadang pun
memang nak ajak you
stay dengan I
kat sini since that you’re a
homeless girl now.
You had
clearly fallen on
hard times, so
why shouldn’t I help you?”
ujarnya selamba dengan
senyum senget. Aku
tercengang lebih luas.
Tidak terasa dengan
kata-katanya yang menyatakan
aku ‘a homeless girl
now’ tetapi aku rasa
terharu. Terharu dengan
kebaikan hatinya. Dia
kata aku fallen on
hard times, dan
ya! Memang betul.
Aku memang tengah
tak ada duit
langsung!
“Are you serious?”
mataku membulat tidak
percaya. Andy ketawa.
Aku suka tengok
dia ketawa. Nampak
macho dan
seksi. Ah! Lupakan
keseksian dia yang
bukan untuk perempuan
macam aku ni!
“Yeap!
You can
count on me.”
jawabnya yakin. Count On Me.
Lagu nyanyian
Bruno Mars juga
merupakan lagu tema
persahabatan kami. Kalau
boleh, aku nak
melompat sungguh-sungguh. Rasa
macam nak buat
lompat bintang sepuluh
kali dalam lima
saat. Terlalu gembira!
Aku tahu yang
aku sedang menambah
dosa. Bersekedudukan dengan
lelaki bukan muhrim
mahram seperti ini.
Tetapi aku tidak
punya pilihan lain!
“Okey, mana
bilik untuk I?”
soalku yang tak
berselindung dengan perasaan
malu lagi. Andy
tersenyum nakal. Tangannya
didepakan.
“You
tidur dengan I.”
jawabnya sambil mengenyitkan
matanya yang kuyu
itu. Aku membuntangkan
mata.
Are you damn
crazy? For god
sake! Aku bukanlah
perempuan yang mudah
menerima golongan homoseksual
ini. Tetapi, disebabkan
Andy tergolong dari
kumpulan itu, aku
dengan muka tak
malunya meminta untuk
tinggal bersama. Yalah,
gerenti, kesucian diriku
terjaga. Aku, perempuan
yang hanya mahukan
untung dan tidak
mahu rugi! Dan
sekarang, perangaiku itu tidak berubah
pun walaupun tiada
apa-apa lagi harta
padaku. Melainkan sebuah
kereta Myvi.
Oh
My Lord!
Kereta aku? Macam
mana??!Tersadai kat mana?
Haraplah Awin bawa
balik. Sekarang sudah
jam lima pagi.
Kunci pada Awin,
sudah tentulah selamat.
Kawan baikku itu
memang boleh diharap.
Barulah sekarang aku
teringatkan kereta aku.
Apa punya tuanlah!
“No,
just kidding! You
can choose one.
Mana-mana saja. Atas
tu, tepi sekali
bilik I tau? You
jangan salah pilih
pulak. Sebab, selamanya
you kena stay
kat bilik tu once you choose
it. Okey? Tak
mau tukar-tukar.” Andy
mengenakan syaratnya. Aku
mengangguk-angguk tanda setuju.
Kalau aku pilih
biliknya, bermakna, aku
akan tidur dengan
diakah? Erkh! Tak
mahu fikir macam
ni!! Aku ketuk
kepalaku sekali.
“Gosh!
Ingatkan betul-betullah kena
tidur dengan you! Tak
dapat I nak
bayangkan macam mana!”
aku berkata lega.
Andy ketawa geli
hati mendengar jawapanku.
“That’s
not going to
happen. You know
me better!” dia
berkata dengan muka
bangga.
“Yeap!
I
know you! I really
really knowyou!” aku
berkata selamba. Dalam
hati mahu saja
aku menambah, ‘you’re a gay!’. Tapi
tak sampai hati
pula. Biarlah dia
dengan fitrahnya asalkan
dia tak ganggu
aku. Sekurang-kurangnya, aku
selamat...
“Inilah masanya
I buat tour kat
rumah you! Okay, anggaplah
I sebagai pemantau
kebersihan.” ujarku selamba
sambil melangkahkan kaki
ke setiap penjuru
rumah. Dia tergelak
kecil. Tangan di
dalam kocek.
“You
are the first
girl that step
into my house.
And I’m
glad!” ujar Andy
sambil tersenyum manis.
Kan? Mesti sebelum
ni, Mason yang
dibawanya masuk ke
dalam banglo mewah
dia ni. Wow!!
Agak-agak berapa kali
mereka berasmara dana
di sini? Eeeuuuww! Jijik
betul otak kau
ini Emma.
“Mason?” soalku
selamba. Andy berkerut.
“He’s
not a girl!”
jawabnya tegas. Wow!
Garangnya. See? I’ve told you
already. Nampak tak
ke-gay-an dia
kat situ? Damn! Badan
dia dah smoking hot!
Muka dia dah seriously
handsome! But!
Itulah. Tak ada
satu pun makhluk
tuhan ini sempurna.
Tak apalah. Tak payah fikir
pasal kejadian dia
okey?
“Okey, I
nak bilik ni!”
aku duduk terkinja-kinja di
atas katil yang
bertilam empuk itu
dengan perasaan yang
gembira teramat sangat
setelah tiga buah
bilik aku jelajah.
Inilah bilikku! Sudah
aku cop tempat
ini sebagai bilik
tidurku. Yeay! Bilik
yang cantik, kemas
dan luas. Sukanya!
“Ada syarat
tau kalau you nak
terus stay sini?” ujarnya
seketika kemudian. Air
mukaku berubah. Syarat
apa pula?
“Kena bayar
sekarangkah?” soalku lurus.
Andy ketawa kuat.
Entah apa yang
kelakar, aku pun
tak tahu. Yang
pasti, muka aku
cuak habislah saat
ini.
“Nope
sayang!” jawabnya tidak
lama kemudian. Kemudian
dia ketawa lagi.Why is
he laughing at me? Do I
look like an
idiot? Aku tengah
terdesak gila ni.
Kalau aku stay dengan
Awin, okey tak?
Awin pun stay dengan
Jeff! Macam mana?
Aku tak ada
hala tuju, so, Andylah
tempatku bergantung harap!
Untuk sebulan dua saja.
Nanti, aku bayarlah
kepada dia segala
perbelanjaannya selepas aku
bekerja nanti.
“Then?”
soalku pelik.
“Youdon’t
have to pay!
But, you
have to cook!
I tak ada
pembantu rumah. I
tak boleh nak
bawa you keluar selalu.
Nanti kita kena
cekup. You just stay
in here! Tak
boleh keluar rumah.
Once you
step in, you can’t step
out. Never! Understood?” soal Andy.
Aku mengangguk perlahan-lahan. Aku
ingatkan syarat apalah
tadi.
“Habis macam mana I
nak kerja, Dee?”
soalku bersedih setelah
teringat pada kerja
yang aku harus
cari nanti. Andy duduk
di birai katil,
bersebelahan denganku. Dipeluk
bahuku kejap.
“Youdon’t
have to worry
bout that!” ujarnya.
“Why?”
kata-katanya membuatkan aku
naik pelik. Kenapa?
Habis, aku bekerja
sebagai apa? Sebagai
perempuan simpanan diakah?
Esh! Dia itu
‘lain’!
“Cause,
I can afford
everything.” ujarnya lagi.
Kedengaran seperti dia
sedang membangga diri
tetapi wajahnya benar-benar
ikhlas. Aku keliru
dengan riak wajah
yang dipamerkan oleh
si Andy ini
sebenarnya.
“But,
I have to
work. To pay
back your money!”
aku membantah. Takkanlah
free-free sahaja aku
duduk kat rumah
mewah dia ni?
Memang mewah betullah
hidup aku.
“No need
to pay back
my money.” dia
berkata tegas.
“Hmm. What if you’re getting
married? What about me?
Are you
going to abandon
me? ” soalku pula.
Lama Andy terdiam
dan aku tahu
kenapa.
“That’s
not gonna happen!” ujarnya dan
lantas berdiri. See? Cakap
pasal married, berubah terus
air mukanya. Siap
cakap, ‘that’s not gonna
happen’ lagi. Cis!
Melepas aku! Okey,
aku masih mengharapkan
yang dia itu
bukan gay. Atau, mungkin
mengharapkan agar minat
dia berubah kepada
perempuan.
“Andy! Thanks! I owe you so
much!” ucapku apabila
melihat dia melangkah
ke luar. Dia
berhenti melangkah sekejap.
Aku nampak dia
menganggukkan kepalanya dan
terus berjalan. Why? Dia
takut dengan perkataan
‘married’ disebabkan
dia gay? Oh. Of course!
Gay mana
yang tak takut
untuk berkahwin dengan
perempuan?
Aku berbaring-baring di
atas katil ini.
Empuknya! Sumpah! Sudah
lama aku tidak
merasa berbaring di
atas tilam seempuk
ini. Selesanya. Baik
sungguh hati Andy
ini rupa-rupanya. Kalau
seribu orang golongan
gay yang
baik hati macam
Andy, akan kuubah
pandangan buruk aku
terhadap golongan tersebut!
Dek kerana
rasa penat akibat
tidak tidur sedangkan
jam sudah pukul
empat setengah pagi, aku
menarik selimut lembut
itu sehingga ke
paras dada. Barulah
teringat hendak menutup
suis apabila mataku
sudah mula memberat.Malas betul.
Jadi aku panggil
Andy. Jahat tak
aku? Memang! Tidak
dapat aku nafikan
lagi kejahatan aku
berada diparas paling
bahaya sehingga hampir
terkeluar lapan tanduk
di atas kepalaku.
Jahat sangat!
“Andy!” laungku
dengan menggunakan suara
malas tetapi penuh
bertenaga. Sengaja aku
malas hendak bangun
semula. Aku kan
madam besar di
rumah orang? Teruk
betul! Baru tak
sampai sejam aku
duduk di sini,
aku sudah tunjuk
belang. Muka tak
tahu malu.
“Yeap!”
sahutnya. Tidak lama
kemudian dia masuk
ke bilikku. Rambutnya
kusut masai. Pakaiannya
sudah ditukar. Kacaknya
dia berseluar pendek
dan berbaju t-shirt
lengan pendek berwarna
merah.
“I punya
bilik kat sebelah
aje. Why?” soalnya. Mungkin
dia berkata begitu
disebabkan suaraku yang
mampu memecahkan lima
biji gelas dalam
frekuensi yang paling
tinggi kut? Ah
peduli apa aku.
“Tolong tutup
lampu tu, please?!” arahku
selamba. Andy membuntangkan
matanya. Ternganga sekejap
mulutnya. Hendak tergelak
pun ada bila
melihat riaknya.
“Hey! Pemalas
betul! Macam ni,
kalau you malas nak
capai suis, you boleh
tepuk tangan sekali
saja untuk off, thenyou tepuk
dua kali, untuk on
lampu ni. As simple
as that.” ujar
Andy bersama demonstrasinya. Ditepuk
sekali, terus malap
suasana bilik aku.
Dia tepuk kembali
dua kali, menyala
semula. Sekali dia
tepuk semula. Akhirnya
gelap.
Aku tercengang.
Wow! Ini sudah
jauh lebih mewah
dari hidupku dulu.
Lampu yang mendengar
kata. Eh bukan! Lampu
yang mendengar tepukan!
Aku ingatkan hanya
cerita omputih sahaja
ada lampu ini.
Bagus! Segar sekejap
mataku jadinya.
Setelah Andy
keluar, aku pun
apa lagi? Beberapa
kali aku main
tepuk amai-amai di
dalam bilik itu. Sampaikan terkekeh-kekeh sendiri
aku ketawa. Seronok
betul melihat lampu
yang ‘mendengar kata’.
Kalau lampu ini
boleh berkata-kata, tentu
dia akan berkata,
‘Hai, sudah-sudahlah menepuk
tangan! Penat dah ni nak
menyala-nyala! Tidur-tidurlah!’. Aku
ketawa lagi. Comel
betul aku melihat
lampu ini.
“Hai sudah-sudahlah tu
bermain dengan lampu!
Tak penat ke?
Tidur-tidurlah! Kesian kat
lampu tu.” teguran
itu membuatkan aku
ternganga. Sama seperti
apa yang aku
fikirkan. Lampu ini
bercakapkah? Aku sudah
naik cuak. Rumah
ini berhantukah?
Tiba-tiba pintu
terkuak dari luar. Gosh!!!
Mujur aku tak menjerit. Andy
rupanya. Sedang memeluk
bantal peluk? Wow! This is
really cute actually!
Lelaki semacho dan sesegak
Andy sedang mengelek
bantal peluk? Auch! Suhu badan
aku naik mendadak!!
Comelnya Andy!
“Sorry!”
ucapku perlahan. Menahan
suka sebenarnya.
“Why
are you playing
with the lamp?
Ada apa-apa masalah
ke dengan lampu
tu?” soalnya dengan
nada mengantuk. Alahai
kesiannya. Monyok wajahnya.
Mesti dia kepenatan sangat.
“How...
how did.. how
did you know
that I am...??”
aku kehilangan kata-kata.
“Bila rumah
ni gelap, memang
dia akan gelap
sungguh. Kalau dia
tiba-tiba ada biasan
cahaya terang, maknanya,
someone is
playing with the
lamp!” sarkastik pula
bunyinya. Terasa jugalah
hatiku buat sesaat.
Aku tahan ketawa
sahaja. Kesian dia
terpaksa menahan kantuk
apabila berhadapan dengan
kejakunan melampau aku.
“Okey, I’ll promise!
Inilah kejakunan yang
pertama dan juga
yang terakhir I!”
aku mengakuinya. Aku
juga sudah berjanji.
Bagus kan?
“Betul ni?”
soalnya kemudian. Aku
mengangkat ibu jariku
tinggi. Dia berpuas
hati nampaknya dan
pergi meninggalkanku setelah
pintu ditutup!
0 komen:
Post a Comment