Bab 10
“MAK CIK sebelah
rumah ni baru
aje pindah keluar,
terus ada orang
baru masuk. Adik-beradik.
Seorang duda, seorang
lagi bujang trang
tang tang tang!
Dua-dua memang mengancam.”
Bersungguh Julia menyambut
kepulanganku dengan berita
itu. Dia bercerita
sehingga membulat matanya.
Nampak kesungguhan dia
kat situ.
Aku mengeluh.
Apa pasal mak
cik sebelah rumah
ni pindah? Konon
bulan lepas kata
tak jadi nak pindah? Kiranya,
rumah kami ni
tersepit dengan lelaki-lelaki
la ni? Dudalah,
bujanglah.
Dugaan aku
yang dah nak
bertunang ni agaknya...
akan aku anggap
itu dugaanku. Eh,
pasal apa pula?
Macamlah aku nak
menggatal. Tupperware berisi makanan
masakan mak aku,
aku letak di
atas meja. Sofa
yang sedia untuk memelukku, aku
terjah. Baring. Rehat-rehatkan tulang-temulang disebabkan
memandu lama dari
Damansara ke Selayang.
Apa yang menyebabkan
lama? Jammed tentunya! Hari
Ahad ditambah pula
dengan ada kemalangan
jalan raya tadi.
Masakan tidak jammed?
Julia tidak
henti-henti bercerita mengenai
jiran baru kami.
Baru berpindah sewaktu
aku pulang ke
rumah mak dan
abah pada hari
semalam disebabkan mak
cik di sebelah rumah berpindah pada
sehari sebelumnya. Kiranya
hari ini merupakan
hari kedualah mereka
di sini.
“Kau tak
nak tanya ke
ciri-ciri lelaki tu?”
soal Julia teruja.
Aku menggeleng-gelengkan kepalaku
dan mencemikkan mulut.
Tak berminat langsung
hendak tahu mengenai
jiran baru mahupun
jiran lama yang
senget itu.
“Ala, tanyalah!”
eh? Main desak-desak
pula. Bahu aku
digoncang-goncangkan dengan gedik.
Meminta aku menanyakan
mengenai jiran baruku.
“Macam mana?”
soalku terpaksa. Julia
tersenyum kemenangan.
“Duda tu handsome.” itu
jawapan dia? Semuanya
handsome! Irfan handsome, Bad handsome! David
Carusso handsome! Semua handsome di
mata Julia. Tiada
yang tidak handsome. Pendapat
aku pula... semua
yang Julia kata handsome
itu memang handsome kecuali
David Carusso.
“Semua orang handsome
kat mata kau.”
selamba aku menempelaknya. Muka
dia keruh seketika.
“Kali ini super
power punya handsome. Kalau
kau nak Irfan
tu, kau boleh
ambil. Aku nak
abang duda... ada something tentang
dia yang membuatkan
aku rasa lain
macam. Nak kata handsome
gila-gila tu tidaklah.
Tapi, mungkin... jambang
dia kut yang
buat aku rasa
nak usik... atau...
atau... bibir seksi
terbelahnya itu...” Julia
berkata sambil memejamkan
matanya. Tengah bayangkan
yang dia pegang
jambang si dudalah
tu. Aku julingkan
mata ke atas.
Dia dah
mula buat perangai
gedik dia. Siapa
tak kenal Julia?
Drama queen...
“Duda ada
anak?” soalku. Dia
angguk berkali-kali. Terkelip-kelip biji
matanya. Huh! Usah
tanyalah tahap ke
berapa tahap gedik
dia. Memang teratas!
“Berapa?” soalku
pendek. Dia angkat
jari telunjuk. Satu...
duda satu anak
rupanya. Tentu bercerai.
Tak ada kes
lain.
“Comel sangat
muka anak dia. Kulit cerah
aje. Rambut perang-perang
sikit. Mungkin ikutkan
gen bini lama
dia kut? Sudahlah
budak tu ramah.
Suka betul aku
menegurnya.” bersungguh jawapan
yang aku terima.
Aku berdeham.
Setahu aku,
Julia jenis sukakan
lelaki yang bujang.
Kacak. Badan tough petak-petak
macam papan kekunci
laptop aku. Si
duda pun begitukah?
Dulu, dudalah golongan
yang Julia elakkan.
Apa yang ‘somethingnya’ dengan
si duda sehingga
Julia nampak begitu
bersemangat sekali untuk
bercerita mengenainya? Harus
aku ambil tahu...
Setahu aku
lagi, Julia bukannya
suka pada kanak-kanak!
Sebab itu dia
mengajar di sekolah menengah.
Kalau dah sampai
tahap suka budak-budak
ni, curious juga aku.
Apa yang istimewanya
si duda itu?
Jeng jeng jeng!
“Kau sukakan
duda, itu perkara
baru. Kau kata
anak si duda
itu comel, itu
lagilah perkara baru!”
aku memberi komen.
Julia tersenyum manis.
“Aku pun
tak tahulah. Perasaan
aku lain setiap
kali nampak dia.
Rasa berdebar. Bila
berbual dengan anak
dia pula, entahlah.
Rasa sejuk hati. Aku cadang
nak buat puding
roti untuk anak
dia. Sebab anak
dia kata, teringin
nak makan puding
roti.”ujar Julia sambil
tersenyum simpul. Aku
ikut tersenyum. Sampaikan
nak buat puding
roti untuk si
anak? Ini pelik!
Dah terkena panahan
cintalah ni jawapannya!
“Bujang sorang
lagi tu kau
takkan tak nak
pulak?” aku menyindirnya.
Julia menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Tak nak
sesiapa dah. Aku
suka abangnya...” jawab
Julia sambil tersenyum
angau. Aku geleng-gelengkan kepala
sahaja dengan perangai
Julia yang mudah
sangat jatuh hati
ini. Kalau betul
dia suka si
duda ni, haraplah
lelaki ini lelaki
terakhir yang dia
jatuh suka secara
drastik begini. Kalau
ada lagi, baik
aku jampikan saja
kawan aku ni.
PETANGini, aku terpaksa keluar
dengan pakaian sukan.
Julia mengajakku untuk
berjoging. Apa masalah
dia pun aku
tak tahu. Puas
dia memaksaku, akhirnya, aku
bersetuju. Kasihan pula
dia sampai memonyok
muka dengan aku.
Selalunya, bila aku
mengajak dia berjoging,
beribu-ribu alasan dia
beri. Sekarang? Aku
pula yang didesaknya.
Macam ada something wrong
somewhere saja.
“Hai...” tegur
satu suara garau.
Aku berpusing menghadap
arah suara itu
datang. Seorang lelaki
tinggi, berkulit hitam
manis dan berkaca
mata. Jiran barukah
dia? Kacaknya boleh
tahan...
“Assalamualaikum.” aku
menyapa pula. Muka
dia berubah malu-malu
meow! Mungkin dia
ingat aku sedang
menyindir dia kut?
Padahal aku memang
sudah terbiasa menegur
orang dengan memberi
salam terlebih dahulu.
Sudah menjadi tabiat...
tabiat yang bagus,
bukan?
“Waalaikumsalam... awak
duduk kat sini,
dengan Julia ya?”
soalnya. Aku mengangguk-anggukkan kepala
mengiyakan soalannya bersama
senyuman seikhlas hati.
Dia tegur secara
elok, baguslah.
“Oh, saya
jiran baru awak.
Baru lagi pindah masuk semalam.
Julia kata awak
balik rumah mak
abah awak baru-baru
ni. Saya tak
sempat berkenalan dengan
awak. Nama awak
apa?” soalnya ramah.
Aku berdeham. Kenapa
nak tahu nama?Eh.
Apa salahnya, kan?
“Nama dia
Kak Fashionista.” satu
suara menyampuk sebelum
aku sempat membuka
mulut. Aku tahu
suara siapa. Bad! Siapa lagi
yang panggil aku
dengan panggilan itu
kalau bukan dia?Dari
mana entah munculnya
dia? Kalau ada
cili sudah lama
aku cilikan mulut
dia! Kena tanam
cili depan rumah
pula lepas ni.
Jiran baru aku
tersengih mendengar jawapan
Bad itu. Kelakarlah
sangat, Bad! Bravo!
“Betul ke?”
soal lelaki di
hadapanku ini. Takkanlah
wujud orang bernama
begitu? Heee. Aku
tempeleng juga budak
dua orang ni
nanti.
“Bad! Baik
diam kalau tak
nak kena sembur
dengan racun rumput!”
aku memberi amaran.
Bad terkekeh-kekeh gelak
mengejek. Geram betul
aku! Geram! Geram!!
Jiran baru turut
tergelak namun setelah
dia memandang wajah
seriusku, terus dia
telan tawanya. Takutlah
agaknya tu.
“Mona nama
saya. Jangan pedulikan
dia.” aku memperkenalkan diri
sambil menjeling Bad.
Tak rela kalau
aku dikenali sebagai
Kak Fashionista di
kalangan jiran aku!
Lagi parah bila
satu perumahan ni
kenal aku dengan
nama Kak Fashionista
dan tahu sebab
aku dipanggil begitu.
Memang hantu punya
Bad!
“Awak?” soalku
tidak lama kemudian.
Rasa bersalah pula
melihat si jiran
baru yang terkulat-kulat menantiku
untuk menyoal namanya.
Siapalah nama dia?
“Oh! Mona.
Nama saya Amirul
Rashid.” ujarnya sambil
tersenyum sungging.
“Nak panggil
apa ni?” aku
sekadar berbasa basi
sementara menanti si
Julia bersilat dengan
alat soleknya di
dalam bilik. Lama
sungguh mak nenek
tu bersiap. Sempat
mendung dulu cuaca
ni nanti. Kata
nak berjoging?
“Nak panggil
Amirul boleh, Rashid
pun boleh. Tapi
saya lebih suka
kalau awak panggil
saya, Alang. Sebab
saya lebih selesa
dipanggil Alang. Famili
panggil saya Alang
dari saya kecil lagi.”
ujar lelaki itu dengan ramah sambil tersenyum
manis. Aku mengangguk.
Tidak lama selepas
itu aku terlompat
sendiri! Amirul? Alang?
Gulp! Kebetulan saja.
“Kenapa?” soal Amirul Rashid
sambil tergelak kecil
melihat aku terloncat
tadi.
“Eh?” aku cover
ayu. Seganlah pula.
Buatnya, dia encik
bakal tunangku, mana
aku nak sorok
muka? Perangai aku
tak semenggah depan
dia. Wahahaha. Esk!
Tak mungkin! Tak
mungkin! Mungkin pelanduk
yang bernama serupa
je kut? Aku
menyedapkan hati sendiri.
“Hai Alang...”
Julia menyapa. Alhamdulillah. Dah
muncul budak ni. Selamat.
“Hai Jue...”
Amirul Rashid menyapa
semula.
“Hai Abang
Bad.” Julia menegur
lagi. Aku berpaling.
Bad masih di
sini? Dia tersengih
apabila Julia menegurnya.
“Hai.” Bad
membalas sapaan Julia.
“Abang Bad
buat apa petang-petang
ni?” soal Julia
beramah. Aku mencemik.
Tak kuasa aku
nak menegur dia
begitu.
“Oh, abang
tengok ulat bulu naik daun...”
balas Bad selamba
sambil matanya mengerling
ke arahku. Aku
hembus nafas sekuat
hati. Kalau ada
tahi hidung, dah
lama terpelanting ke
muka dia! Geram
sungguh aku. Menyindir
sahaja kerjanya. Bila
dia nak bersara
entah?
“Bad!” aku
menjerkah geram.
“What?” dia menyoalku
dengan muka blur. Inocent sahaja
wajah yang dipamer.
Rasa geram nak
cabaikan biji matanya.
Terkebil-kebil lagak budak
kecil tiada salah.
Amirul Rashid di
hadapanku yang masih
setia di sebalik
pagar hanya tersenyum
simpul dan malu-malu.
Lesung pipitnya begitu
jelas ketara. Wah,
comelnya!
“Menyindir orang
ajelah kerja dia.”
bebel aku sendiri.
Baju lengan
panjang, aku sinsingkan
ke siku, bersiap
sedia untuk mencari
barang yang boleh
dihayun ke arah
Bad ni. Sudahlah
curi dengar perbualan
orang. Lepas tu,
sibuk sahaja dia
nak menyampuk! Lepas
tu siap dengan
pakej menyindir aku
lagi. Eii! Macam
manalah aku tak
sakit jiwa berhadapan
dengan orang macam
dia ni?
“Eh? Menyindir
apa pulak? Betullah
ni, ha! Ada
ulat bulu warna
kuning hitam naik
daun!” dia menunjuk
ke arah daun
pokok bunga yang
aku tanam.
Aku mendengus.
Aku tahu tiada
ulat bulu di
situ. Setiap hari
aku jaga tanamanku
dengan elok. Setiap
hari aku tatang
bagai minyak yang
penuh pada tanamanku!
Hitam kuning? Itu
pakaianku hari ni!
Kalau yang jadi
daunnya, tentulah si Amirul Rashid
sebab dia pakai
baju fit warna
hijau tua! MEMANG
BAD NI MENTAL!!
Julia terkekeh-kekeh gelak
apabila menyedari ‘double meaning’
Bad. Sabar ajelah!
“Besok jangan
tanya kenapa Zahid
kena gantung sekolah.”
aku bersuara sambil
menahan rasa geram
yang kian memuncak.
Ugutan mula dijalankan.
Air muka Bad
berubah. Zahid tiada
kaitan dengan kes
ini tetapi budak
kecil itu ada
kaitan dengan si
pembuat kes ini.
Padan dengan muka. Aku
tahu betapa dia
sayangkan Zahid.
“Okey, sorry!” dia
mengalah. Kedua belah
tangan diangkat tanda
dia sedang mengalah.
Magnificant! Good! Tak
payah susah-susah aku
nak ugut benda
bukan-bukan. Aku menyapu
kedua belah tanganku.
Settle satu
masalah! Apa yang
susah? Ini Mona
Airawani, kan?
“Tapi jangan
tanya kenapa kalau
besok kereta Kak
Fashionista tak bertayar.”
dia sambung dengan
riak tak bersalah.
Senyum
senget-mengejek-menganjing
dia jelas kelihatan. Aku
ternganga luas akibat
tak percaya! Setan punya
Bad! Ada alasan
dia mengalah rupa-rupanya.
Gelak Julia semakin
menjadi-jadi. Dia sudah
tahu kisah benar
di sebalik tayar
kereta aku yang
pancit itu hari.
Memanglah patut dia
gelak sakan macam
ni. Eee!
Mujurlah AmirulRashid
tidak gelak kerana
dia tidak tahu
punca cerita. Mujur...
kalau dia tahu,
aku rasa lebih
baiklah aku kurung
diri aku di
dalam rumah sahaja.
“Eh, mana
abang yang seorang
lagi tu?” soal
Julia setelah puas
gelak. Matanya terintai-intai ke
pintu rumah sebelah.
Hmm. Itulah niat
dia sebenarnya. Nak
mencuci mata tengok
si duda. Macamlah
aku tak kenal
kawan baik aku
ni. Gelakkan aku
tapi mata pandang
ke pintu rumah
jiran baru.
“Oh! Taufiq
ya? Dia pergi berjoging kat
taman sana dengan
anaknya. Nak teman
anaknya bermain di
taman sambil-sambil tu...”
ujar Amirul Rashid
sambil tersenyum.
Taufiq namanya...
aku angguk perlahan-lahan. Patutlah
Julia tergedik-gedik nak berjoging hari
ni. Siap dengan
pakej mendesak lagi. Ada agenda...
mesti dia tahu
si Taufiq itu
rajin berjoging dengan
anaknya pada setiap
petang, sebab itulah
dia mengemukakan cadangan
hendak berjoging pada
hari ini.
‘Kau memang
bijak Jue!’
“Oh! Kebetulan!
Kita pun nak
joging ke taman
tu kan, Mona?!”
Julia sudah mengheret
lenganku. Eh? Ada
ke dia kata
kami nak ke
taman tu? Aku
pandang Julia dengan
muka blur, Julia mengecilkan
matanya dan mengangguk-angguk sedikit.
Memberi isyarat supaya
aku mengiyakan kata-katanya.
“Err. Aaaa,
ya!” aku jawab
teragak-agak. Mulut Julia
sudah bergerak-gerak mengucap
terima kasih kepadaku
kerana membantunya. Tak
pasal-pasal aku dapat
dosa kering menipu
orang hari ni.
“Mona.” panggil
Amirul Rashid. Aku
berpaling.
“Boleh tolong
bagi ni dekat
Ema tak?” soal Amirul Rashid
sambil menghulurkan sebotol
air dalam botol
air berwarna pink
kepadaku. Aku ternganga.
Siapa pula?
“Emawho?” aku menyoal.
Dia tersenyum dan
menggaru-garu kepalanya spontan.
Muka macam orang
serba-salah pun ada
juga.
“Ema, anak
abang Taufiq.” ujar Amirul Rashid.
Baru lagi aku
nak memberi alasan
yang aku tak
kenal siapa itu
Taufiq, terus, botol
air minuman yang
dihulurkan kepadaku dirampas
oleh Julia.
“Tak apa,
Alang. Jue bagi
aje nanti. Mona
tak kenal siapa
Abang Taufiq. Jue
kenal.” ujar Julia
sambil terkedek-kedek berlari
anak meninggalkan aku.
Bersungguhnya dia hendak
ke taman... nampaklah
aku pada kesungguhan
dia nak beli
jiwa Taufiq tu. Hisy. Gatal
terlajak sungguh anak
dara Pak Cik
Rahim ni!
“Terima kasih,
Jue!” jerit Amirul
Rashid.
“No mention!”
Julia tidak berpaling
tetapi dia mengangkat
ibu jarinya tanda
sama-sama. Aku berpamitan
sebelum mengekori langkah
si Julia. Bad
memanggilku. Langkahku mati
lagi.
SAMBIL berlari perlahan
ala-ala atlet yang sedang berlari
di atas treadmill, aku
membelek telefon bimbit
yang bergetar menandakan
ada mesej masuk.
Siapa pula yang
mesej aku di
saat-saat begini? Nombor
pelik! Gulp. Belum
pernah aku diganggu
nombor pelik semenjak
beberapa bulan ini.
Daripada berlari perlahan,
kini aku hanya
berjalan.
“Assalamualaikum.” Hanya
itu mesej yang
aku terima. Aku
buat tak endah
sahaja. Lantak dialah!
Waalaikumsalam, aku jawab
di dalam hati
sahaja. Yang pasti,
dia orang Islam.
Satu maklumat dalam
satu mesej. Oh
ya, dia juga
agak sopan sebab
memulakan mesej dengan
memberi salam tetapi
belum cukup sopan
sebab dia tidak
nyatakan siapa dia.
“Tak jawab
berdosa.” lagi sekali
aku menerima sms
daripadanya.
Aku menghentikan
langkah apabila kaki
sudah menjejak kawasan
taman. Aku duduk
di bangku yang
kosong di situ
sambil membiarkan Julia
beramah dengan Abang
Taufiqnya. Kacak! Memang
betullah kata si Julia.
Mata redup, bibir
seksi, jambang pula
nipis. Ada gaya
Farhan sikit. Tapi
serius, sangat-sangat kacak!
Hampir jugalah aku
cover cun tadi. Hm... nak big
fish aje si
Julia ini...
“Waalaikumsalam.” aku
balas mesej itu
dengan terpaksa. Siapa
dia ni?
“Tak nak
tanya ke saya
siapa?” soal dia
pula dalam sms
ke seterusnya. Aku
menggeleng-gelengkan kepala. Menyedari
dia tidak nampak
gelenganku, aku membalas
pendek. Huruf ‘x’
mewakili tak nak.
Malas nak ambil tahu walaupun
hati tertanya-tanya juga
siapa sebenarnya dia.
“Saya bakal
tunang awaklah, Aira.
Dah dua hari
saya tunggu awak
mesej saya tapi
tak ada.” dia
membalas bersama simbol
muka sedih. Aku
terbuntang. What? Aku tak nak tahu
dia siapa, tapi
dia beritahu juga.
Tak apalah. Tak
adalah hati aku
tak tenang memikirkan
dia itu siapa!
Betul ke dia
bakal tunang aku? Aduh, aduh!
Apa aku nak
buat ni? Apa
yang aku boleh
buat sekarang?!
“Si Doktor?”
aku menyoal. Tidak
lama selepas itu,
dia membalas.
“Errr.” hanya
itu sahaja yang
dibalas? Tak puas
hati pula aku.
Betulkah dia? Atau...
alamak, bukankah terlalu
tidak beradab untuk
aku mempersoalkan pekerjaannya?
Kenapalah aku tak
tanya si Dirulkah?
Tentu dia fikir
yang aku ini
terlalu sibukkan pekerjaannya.
Oh tuhan, aku
memalukan diri sendiri!
Alah, dah alang-alang
tanya, tak mengapalah.
“Maksudnya?” soalku
lagi.
“Mungkin...” jawabnya.
Main-main!
“Mirul?” soalku
lagi.
“Hehehe.” balasnya
pendek. Macam tak
nak main mesej
aje. Betul ke
bakal tunang aku
ni? Ke abah
yang menyamar? Bukannya
abah aku tak
pernah buat kerja
macam ni? Dulu,
waktu dia baru
tukar nombor telefon
pun begitu juga
perlakuannya!
“Alang?” soalku
lagi.
“Erm...” balasnya
lagi. Pendek.
Macam
abah! Hatiku kuat
menyatakan dia abah
aku! Entah-entah, abah
nak kenakan aku
sekali lagi tak?!
Aku mula mendail
nombor telefon ‘si-bakal-tunang’ ini
secepat mungkin. Aku
nak sergah! Memang
kerja abah! Dulu
aku pernah kena prankmacam ini.
Betul-betul situasi seperti
ini. Abah menyamar
sebagai kekasih gelapku!
Cis! Abah aku
memanglah ‘bahagia’ sikit
cara dia mengenakanku.
Kadang-kadang sampai menangis
aku disakat abah.
‘I’m at a
payphone trying to
call home all
of my changes
I spend on you,’ suara
Adam Levine berkumandang
sebelum talian diangkat.
Tak mudahlah abah!
Pasang lagu Payphone
dekat Caller Ringtone!
Nanti mulalah membebel
bila kredit asyik
habis kena telan!
Belum pun dia
menyapa, terus aku
menyergah! Hahahaa.
“Abah!!! Jangan
ingat Aira tak
tahu ni semua
kerja abah! Cepat
mengaku! Cepat! Cepat!
Cepat mengaku!! Dulu abah menyamar
jadi kekasih gelap
Aira, sekarang menyamar
jadi bakal tunang
pulak! Tak serik-serik
ek nak kenakan
Aira? Kali ni
jangan harap Aira
tertipu lagi!” aku
menyergah sambil tergelak
jahat. Berbangga kerana
aku berjaya mematahkan
hasrat abah untuk
terus mempermainkan aku.
Tentu abah kehilangan
kata sekarang, sebab
itulah dia diam
sahaja.
Biar abah
tahu, anak dara
dia ni semakin
bijak. Tidak mudah
tertipu. Takkan ada
lelaki yang berani
menganiaya aku. Itulah
Mona Airawani. Anak
abah yang semakin
dewasa. Wah! Terasa
diri ini gagah
pula.
“Erkk? Errr...
Aira?” soal suara
itu. Aku terdiam.
Eh alamak! Bukan suara abahlah.
Suara siapa ni?
Malu! Malu! Malu!
“Si... si...
siapa?” soalku tergagap-gagap. Rasa malu kerana
telah tersalah orang,
aku tolak ke
tepi. Terperanjat mendengar
suara itu. Garau
dan seksi. Gulp!
Benarkah dia... lelaki
yang dijodohkan untukku?
0 komen:
Post a Comment