BAB
9
“PERGI ke kedai
Pak Teh kejap,
Melur. Belikan beras
sekampit untuk mak
ni ha. Beras
dah habis. Tak
makan kau orang
semua ni nanti.
Lupa nak suruh
abah belikan tadi
sewaktu dia ke
kedai.”mak aku membebel
sambil mengeluarkan duit
dari kocek baju
kurung kedahnya.
Aku menggaru-garu
belakang telinga. Rasa
malas sungguh nak
memikul beras seberat
lima kilo itu.
Sudahlah jarak dari
rumah ke kedai
Pak Teh itu
boleh tahan jauhnya.
Untuk menolak? Aku
tak pernah menolak
sebarang permintaan daripada
mak.
Yalah, duduk
secara percuma di
rumah ini pun
sudah cukup bagus.
Makan tanggung, berak
cangkung. Walaupun usiaku
mencecah dua puluh
satu tahun, aku
masih disara oleh
mak dan abah.
Orang lain yang
sebaya denganku sudah
sibuk bekerja, aku
masih tinggal di
celah ketiak mak
dan abah. Apa
yang aku minta,
kebiasaannya dapat walaupun
cepat atau lambat.
Jadi, atas jasa
mak dan abah
itu, aku haruslah
berbuat baik dengan
mereka, bukan?
“Bagi duit.”
aku menghulurkan tapak
tangan. Duit sebanyak
dua puluh ringgit,
mak letak ke
tapak tanganku.
“Kalau tak
cukup, hutang dulu
dengan Pak Teh. Duit, abah
terbawa ke kebunlah
tu. Tak ada
dompet dia kat
sini. Ajak Aizat
suruh tolong pikul
beras tu.” mak
menyuruh. Aku menggeleng-gelengkan kepala
sambil mata mengerling
ke arah Aizat
yang setia menonton
televisyen di ruang
tamu.
“Tak apalah.
Melurkan dah biasa pergi beli
beras seorang diri.”
aku beralasan. Aku
nampak, dia memandang
ke arahku. Sekejap
saja sebelum kembali
mengalihkan pandangannya ke
kaca tv.
“Mak nak
suruh belikan bawang
dengan garam sekali
ni. Berat. Payah
Melur nak bawa.”
mak aku bersuara.
“Tak apa,
meh Melur belikan
aje. Melur boleh bawa. Melurkan
kuat.” aku berdegil.
Tak mahu terbabit
langsung dengan samurai
tu. Menyakitkan hati
aku saja pada
setiap masa. Aku
lebih rela bersusah
payah sendirian daripada
dibantu Aizat.
“Betul ni?”
soal mak tidak
berapa yakin. Aku
angguk sambil menayangkan
otot lenganku yang
seciput ini. Sengaja
nak tunjuk ‘kekuatan’
aku.
“Meh aku
temankan.” si samurai
tiba-tiba menyampuk. Eleh,
nak tunjuk baik
depan maklah tu.
“Tak payahlah!
Baik awak duduk
rumah tengok tv,
lagi bagus dari
mencari gaduh dengan
saya sepanjang perjalanan
tu nanti. Mak,
Melur pergi dulu
ye.” aku terus
turun ke bawah,
menyarungkan selipar dan
berjalan laju ke
kedai Pak Teh.
Benci tau? Menyibuk aje.
Bila aku dah
tak tegur dia,
sibuk aje dia
buat baik dengan
aku. Bila aku
dah macam nak
baik dengan dia,
sibuk pula dia
melayan aku macam
sampah. Suka sangat
main tarik tali,
kan? Sakit hati
aku tak hilang
lagi dengan kes
dia dan Ijai
menjadikan aku bahan
jenaka di kedai
ABC semalam.
“Lajunya kau
jalan!” Suara Aizat
sedikit melaung. Terkejut
aku bukan kepalang.
Nyaris tak terloncat.
Dia ikut aku?
Nak apa pula
mamat ni? Obses sangat ke
dia dengan aku ni? Ya,
aku tahu aku
cantik... tak perlulah
dia mengekori aku ke mana
saja.
“Nak apa
ikut saya?” aku
teruskan berjalan tanpa
berpaling.
“Erm... Mak
kau tadi lupa
nak pesan. Dia suruh kau belikan teh
sekali. Teh dah
habis.” dia berkata
dengan nada mendatarnya.
Teh? Dah
habis ke? Baru
semalam aku belikan
mak teh. Cepat
betul habis. Rasanya
semalam kami semua
minum Nescafe di
waktu petang. Macam
mana pula teh
uncang Lipton yang
ada dua puluh
peket itu boleh
habis? Mak makan
ke? Aku terhenti
berjalan memikirkannya. Buk!!
Aduh!! Cepat-cepat aku
berpaling. Eh? Dia
terlanggar aku dengan
basikal.
“Hey! Jangan
berhenti macam tu aje!” marahnya.
Tak tahu kenapa
dia nak marah
sangat sedangkan aku
yang dilanggar dan
bukannya dia.
“Eh? Bukan
basikal ni dah
rosak ke?” soalku
pelik bila teringat
pada basikal yang
menjadi mangsa sepakannya
itu hari. Tidak memperdulikan amarahnya.
“Aku dah
baiki.” jawabnya pendek.
“Bila?” soalku.
“Bila-bila ajelah.
Waktu kau berkurung
dalam bilik, waktu
kau sibuk dengan
kawan selekeh kau
tu! Waktu kau
tengok tv, waktu
tv tengok kau.”
dia kutuk Ijai?
Huh! Tak patut.
Ijai, selekeh dia
pun, duit poket berkepuk. Tak
macam si samurai
ni! Dahlah tak
bekerja! Menganggur! Heee.
Tak layak jadi
hero drama. Hero
drama mesti nak
CEO punya.
“Cepat naik.”
dia berhenti mengayuh
di hadapanku. Aku
buat tak tahu
dan meneruskan perjalanan
lagi. Dia tak
macam hero drama.
Hero drama naik
BMW! Dia naik
basikal BMX pun
tak mampu!! Basikal
buruk juga yang
dia renew. Eeee, menyampahnya
aku tengok tahap
menganggur dia ni.
“Cepatlah naik.
Aku carry.” dia mengeraskan
suaranya. Aku buat
tak tahu lagi.
“Aku kata,
naiklah!!” dia sudah
mengamuk.
“Nak paksa-paksa
orang pulak! Awak
tak tahu ke
kalau saya naik
kat belakang tu,
lepas tu jenuh
mak abah kena
tadah telinga lagi?
Mata si Hasyim
tu ada di
mana-mana.”aku berkata geram.
“Tak apalah.
Adalah jalan penyelesaiannya nanti.”
dia berwajah selamba.
“Apa?” marahku.
“Nanti kau tahu sendirilah.
Tak payah tunggu
aku cakap.” dia
menjawab. Akhirnya dia
yang turun dari
basikal itu dan
menuntunnya di sebelahku.
Berjalan seiringan denganku.
“Heeee! Tak
sukalah jalan berdua-dua
macam ni. Pergilah
dulu ke kedai
Pak Teh tu!”
aku mendengus.
“Aku tak
ingat jalan.” eh?
Bukannya payah nak
ingat jalan. Lurusssss
aje! Lagipun, dulu
dia beli plaster luka
dulu kat mana?
Kedai Pak Teh
juga, kan? Aku
tak faham betul
dengan dia ni.
“Alasan! Awak
ni kenapalah suka
sangat mengada-ngada macam ni?
Lebih baik awak
duduk di rumah,
petang nanti Leha
datang. Hah! Senang,
berbual aje dengan
diasampai kencing berak
dalam seluar. Tak
ada siapa nak
larang. Ni, sibuk
jugak nak ikut.
Apa faedahnya pun
tak tahulah?” aku
membentak. Dia buat
pekak sahaja.
“Kau ni
bisinglah, Melur!” dia
mendengus.
Terdiam aku
dibidasnya. Heeee. Memang
aku tak suka
sungguh dia ni.
Cara percakapannya kasar sungguh! Tak
sesuai dia bercakap
dengan perempuan. Ya
ke? Leha tu
bukan perempuan ke?
Apa pasal bukan
main lembut lagi
bahasanya? Hm, sengaja
nak sakitkan hati
akulah tu agaknya.
Dah tak ada
kerja lain. Benci
aku.
Aku hanya
mendiamkan diri setelah
dimarahinya. Sesekali terdengar
dia menyanyi kecil.
Lagu Qiaralah, lagu
Lettolah. Huh!
“Asal kau
diam?” soalnya.
“Tadi awak
cakap saya ni
bising!” aku sudah
naik marah.
“Tapi aku
tak suruh kau
diam pun, kan?”
soalnya sinis. Aku
rasa nak cekik
sahaja samurai ni.
Sabar, Melur! Sabar!
Bukankah sama aje
maksudnya amarah dia
tu tadi? Heee.
Samurai ni memang
nak kena!
“Apa-apa ajelah!
Huh!” dengusku. Aku
berjalan pantas ke
kedai Pak Teh
yang semakin hampir
dengan kami. Tak
sanggup lagi untuk
berjalan seiringan dengan
dia. Terasa macam
ada lima ekor
setan di sebelahku.
Belum kira lagi
setan yang menghasut
ketika kami berdua-duaan.
“PAK TEH, nak
beras sekampit, bawang,
teh dengan geram.”
aku meminta dengan
muka monyok. Sampai
ke sini, dia
masih mengekoriku. Benci.
Kenapa dia tak
balik sahaja? Kalau
nak beli teh
tu, bukannya berat
mana pun. Mampu
aje aku nak
bawa. Kalau tak
mampu sangat, aku
junjung saja beras
tu atas kepala.
Macam aci-aci selalu
buat.
“Geram?” soal
Pak Teh dan Aizat
serentak.
“Geram dengan
awak!” aku jegilkan
mata ke arah
Aizat. Dia pandang
Pak Teh. Pak
Teh tergelak.
“Garam.” dia
membetulkan kataku. Pak
Teh mengangguk. Aku
bersandar ke meja
kaunter Pak Teh
manakala dia membuka
peti sejuk. Minuman
ringan diambil sebanyak
dua botol. Kickapoo.
“Semalam baru
beli teh, kan?”
soal Pak Teh.
“Ha ah.
Itu yang pelik
tu. Ni tadi,
dia yang cakap,
mak pesan suruh
beli teh.” Aku
berkata kepada Pak
Teh yang mula
bergerak mencari barang-barang
yang dipesan aku.
“Teh tu
mak kau cakap
ada kera masuk
dalam rumah makan
teh-teh tu. Habis.”
Cerita Aizat pula.
Eh? Kera mana
pernah masuk rumah
aku! Kalau masuk
sekali pun, takkanlah
aku tak tahu
berita sensasi ni?
Pak Teh hanya
tersenyum saja mendengarnya.
Kepalanya
digeleng-gelengkan. Entah kenapa?
“Mak tak
cerita pun. Saya
duduk kat rumah
sepanjang hari, kenapa
saya tak perasan
ada kera masuk?
Kalau kera tu
masuk mesti diorang
jumpa saya dulu.
Minta izin.” kelentongku.
Pak Teh sudah
tergelak besar manakala
Aizat memandangku dengan
muka bosannya. Bosan
mendengar cerita auta
aku.
“Oh patut
pun aku tengok
kau dengan kera
tak ada beza.”
Gumamnya namun aku
masih boleh mendengar
dengan jelas. Jangan
sampai terbang segala
bekas coklat di
Kedai Pak Teh
ini nanti kalau
sekali aku amuk.
“Hish! Pak
Teh, nak cili
api seguni. Nak
cilikan mulut dia
ni biar mengeleber
macam selulit.” Aku
berkata geram. Semakin
galak tawa Pak
Teh. Sakit sungguh
hati. Aku memang
ditakdirkan untuk dikenakan
Samurai ini ke?
Tak ada samurai
lain dah? Macam
Kaenu Reeves dalam 47 Ronin tu ke,
nak juga aku...
“Waktu kera
tu masuk mesti
waktu kau tengah
sedap terbongkang. Sebab
tu kau tak
perasan.” Kata Aizat lagi. Sengaja
menambah rasa sakit
hati aku.
Aku memandang
sekilas ke arah
Pak Teh yang
tersenyum-senyum sambil mendapatkan
barang yang aku
pesan. Pak Teh
boleh ketawa dengan
lawak bengong Aizat? Selesai Pak
Teh membawa barang
yang kami minta
itu ke meja
kaunter, ditekan-tekan kalkulator.
Titt, titt! Titt!
“Air ni nak kira
sekali ke?” soal
Pak Teh pada
Aizat. Aizat mengangguk
minta kira sekali.
Mataku terbuntang. Mula
pandang duit di
tangan takut-takut. Ada
dua puluh aje.
Beras, bukan sebarang
beras! Beras wangi
tu! Gulp! Manalah
cukup! Patut aku
halau saja dia
balik tadi. Menyusahkan
sungguh.
“Dua puluh
empat ringgit lapan
puluh sen.” Pak
Teh berkata sambil
menayangkan angka yang
tercatat pada kalkulator.
“Alah! Mana
cukup. Pak Teh,
saya hutang dulu
yer.” aku berkata
sopan sambil menghulurkan
dua puluh ringgit
kepada Pak Teh.
Pap!! Tanganku
ditampar laju ke
tepi sebelum sempat
Pak Teh mengambil
wang yang aku
beri. Aku pandang
Aizat. Mukanya selamba.
Not lima puluh
dihulurkan pada Pak
Teh. Asyik lima
puluh ringgit dia
tu aje. Auta
betul dia ni.
Padahal itu sekeping
sahaja wang yang
dia ada. Macamlah
aku tak tahu?
“Nah, guna
duit ni. Duit
tu pulang balik
kat mak kau.
Aku menumpang rumah
kau, takkan seenak
aku nak makan free?”
dia menyoalku. Eh?
Bagusnya. Pak Teh
tersengih.
“Bagus Aizat.
Bila dah besar
ni, berfikiran jauh.”
puji Pak Teh.
Aizat mengangguk sahaja.
Eleh. Banggalah tu
dipuji Pak Teh.
Muntah aku!
“Saya belajar
banyak benda kat
sana.” dia berkata
perlahan. Botol airnya
diambil. Sebotol lagi
dihulur kepadaku. Beras
di atas meja
kaunter dipeluk dan
dia meninggalkan aku
tanpa mengambil baki
wangnya.
“Berikan duit
lebih tu pada
Melur.” dia sempat
berpesan sebelum keluar
dari kedai Pak
Teh. Pak Teh
menghulurkan aku baki
wangnya. Dua puluh
lima ringgit dua
puluh sen. Mungkin
pada orang lain
duit ni tiada
nilai. Tapi pada
aku, duit ini
bernilai sangat.
“Bagus budak
Aizat tu. Tak
berdendam orangnya. Dia
kena fitnah pun
boleh dia buat
macam tak ada
apa.” Pak Teh
memuji. Fitnah?
“Oh! Dia
ada hati kat
Leha. Memanglah dia
buat tak tahu.”
aku berlagak faham.
“Bukan Lehalah!
Fitnah Leha tu
kecil aje. Tu
yang dia tak
kisah tu. Ada
yang lagi besar.
Pak Teh tak
nampak macam dia
suka Leha. Pak
Teh nampak macam
dia suka kau!”
uhukkk!! Tersedak sakan
aku dibuatnya.
“Hahaha! Pak
Teh ni, pandai
melawak! Saya balik
dulu ye.” aku
meminta diri.
“Ni teh,
garam dengan bawang.
Jangan tercicir. Pak
Teh berpesan. Aku
angguk sambil mengepit
air botol Kickapoo
di celah ketiak
dan membimbit plastik
berisi bawang, garam
dan teh yang
dipesan mak.
“LAMA kau
berdating dengan
Pak Teh kat dalam
tu.” dia bersandar
di tiang elektrik
dengan berpeluk tubuh.
Laaa. Aku ingatkan
dia dah pergi?
Maknanya, sekali lagilah
aku kena hadap
dia ni sampai
ke rumah nanti?Kenapa
mesti aku?
“Ada rahsia
kerajaan.” jawabku selamba.
“Mana perginya
beras?” soalku. Dia
memuncungkan mulutnya ke
arah basikal. Tempat
duduk belakang basikal
itu terdapat beras
yang sudah diikat
supaya tidak jatuh.
“Jom balik.”
dia mengajakku. Aku
angguk. Dia menuntun
basikalnya sambil berjalan
beriringan denganku.
“Awak pernah
kena fitnah?” soalku.
Dia terhenti. Aku
ikut terhenti. Lama
dia berdiri statik
begitu. Hanya dadanya
sahaja bergerak naik
turun menarik nafas
yang dalam. Benarlah
dia difitnah? Daripada
reaksi dia, macam
berat sahaja fitnah
yang menimpanya.
“Pak Teh yang cakap
kat kau?” soalnya
memecah kesunyian. Aku mengiakan.
“Lagi dia
cakap apa kat
kau?” soalnya. Aku
angkat bahu.
“Tak ada
apa dah. Dia
cakap tu aje.”Ujarku
jujur. Aku nampak
dia mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Okey.” dia membalas dan meneruskan perjalanan.
“Siapa fitnah?
Hasyim?” soalku yang
membontotinya.
“Lambat laun
kau akan tau
jugak.” dia berkata
selamba.
“Eleh. Nak
berahsia pulak. Bagitahulah!”
aku mendesak. Tak
sedap hati aku
ni kalau tak
tahu pangkal cerita.
“Aku kata
nanti kau akan
tahu la. Buat
masa ni, baik
kau tutup mulut
kau sebelum aku
sendiri yang tolong
tutupkan dengan mulut
aku.” jawabnya bersahaja.
Aku nak tahu
sekarang masalahnya! Bukannya
nanti! Huh! Nak
tutup mulut aku?
Boleh blah! Dengan
mulut dia? Boleh
mati keras aku
dekat sini...
“Suka sangat
berahsia. Pelik-pelik aje
lelaki zaman sekarang
ni.” aku membebel.
“Banyak bunyi
pulak kau ni.”
dia menjelingku. Huh!
“Tak patut awak layan
saya macam saya
yang fitnah awak.
Orang yang fitnah
awak, nak pulak
awak layan dengan elok.
Saya ni? Huh!”
aku meninggalkannya yang
masih menuntun basikal
itu.
“Satu hari
nanti kau akan
tau jugak!” dia
berkata kuat. Aku
menjelingnya. Pedulilah.
“Tak nak
tau pun!” aku
menjelirnya. Geram.
“Pulak dah?!”
katanya pelik.
“NI, masa
bila mak suruh
beli teh ni?
Berlambak lagi teh
uncang kat dapur
tu. Siapa yang nak minum?
Ke Melur nak
makan?” mak membebel.
Aku pandang Aizat
dengan dahi berlapis-lapis.
“Bukan mak
ke yang suruh
Aizat ke kedai
Pak Teh...” belum
sempat lagi aku
menghabiskan ayatnya, Aizat
sudah menyampuk.
“Aku salah
dengarlah tu.” jawabnya
sambil menggaru-garu belakang
kepala.
Huh? Salah
dengar? Logik ke
tidak? Teh? Atau...
mungkin dia terdengar
yang mak suruh
dia temankan aku
ke kedai Pak
Teh. Pak Teh
dan teh, bunyi
yang sangat sama! Boleh jadi
tu. Eh, tapi ‘Kisah Aizat
dan Kera’ pula
bagaimana? Apa yang
mak dah sebut
sampai dia boleh
terdengar kera masuk
rumah makan teh?
“Bukan ke ada kera
masuk rumah...” aku
baru nak menyoalkan
emak perihal kera
yang masuk rumah,
terus dipotong Aizat.
“Melur, aku
cakap aku salah
dengar, kan?!” suara
Aizat tertahan-tahan tetapi
tegas sekali.
“Kera apa
pula nak masuk
rumah ni? Kamu
berdua tu yang
‘keranya’. Bergaduh dua
puluh empat jam.
Naik rimas mak
menengoknya.” Mak membebel.
Ewah! Kami
pula yang dilabelsebagai kera.
Semakin hairan aku.
Apa yang tersumbat
di telinga Aizat
sampai teruk sangat
dia tersalah dengar
ni? Tersumbat cicakkah?
Aizatlangsung tidak memandang
mukaku malah dia memandang ke
tempat lain sambil
bersiul-siul. Peliknya perangai
dia sekarang.
“Mak, ni
duit mak.” aku
menghulurkan duit baki kepada
mak.
“Lah! Apa
pasal dua puluh
balik? Kamu tak
bayar ke, Melur?”
soal mak aku
terkejut. Namun duit
itu dicapai juga.
“Ni, dia yang bayarkan
tadi.” aku memuncungkan
mulut ke arah
Aizat.
“Kenapa bayarkan,
Aizat?” soal mak.
“Biarlah Mak
De. Tak selesa
juga saya duduk
sini, tak keluarkan
duit pula tu.
Macam menyusahkan aje.”
dia bersuara. Ha!
Tau pun kau!
Geram aku nak
balun dia dengan
kata-kata itu biar berasap telinganya.
Aku pasti, selepas
telinganya berasap tentu
giliran telinga aku
pula berasap dengan
bebelan mak. Jadi,
lebih baik aku
diam sahaja.
“Hm. Aizat
tu anak saudara
Mak De. Tak
selesa apanya? Tak
menyusahkan langsunglah.” mak
aku menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Takpelah Mak
De, anggap ajelah
saya belanja hasil
titik peluh saya.”
ujarnya pula. Mak
aku mengalah. Dia
angguk sahaja. Malas
nak berkata apa.
Si samurai ini
kan degil ya
Rabbi? Titik peluh?
Titik peluh buat
kerja apa entah?
“Nah. Ni
duit lebih awak.”
aku menghulurkan wang
baki kepadanya.
“Kau simpanlah.
Buat beli ABC
ke. Teddy bear kecik macam si
selebet tu belikan
ke.” dia berkata
lantas meninggalkanku. Eh?
Apa kena?
“Ijai dah
bagi, buat apa
nak beli lagi?”
soalku keliru. Dia
terhenti melangkah.
“Simpan jela!
Banyak bunyi pulak
dia ni!” bentaknya
sambil berlalu pergi.
Eh? Datang
bulan lagi ke
apa? Tiba-tiba ajenak berkasar.
Heee, sabar sajalah
hati. Aku renung
duit di tangan.
Sengihan jahat menjelma.
Aku ada duit!
Bolehlah aku meronggeng
dekat Pekan Sehari
hari Ahad ni dengan
Ijai. Nak ucap
terima kasih? Dia
sudah hilang dari
pandanganku. Hm. Nanti
ajelah.
0 komen:
Post a Comment