Bab 13
AKU oleskan secalit
gincu ke bibir
dan aku merapatkan
bibir beberapa kali.
Meratakan gincu yang
berwarna natural itu. Aku muncungkan
mulut ke arah
cermin. Nampak cantik
sangat bentuknya! Eh?
Riak! Riak! Astagha.
Kemudian aku
kepitkan bulu mataku
dengan pelentik bulu
mata. Melindungi mata
sembabku semalam. Teruk
benar. Menangis tak
ingat dunia! Tiba-tiba
rasa malu pada
Encik Tunang Tubi.
Entah apalah yang
dia katakan padaku
nanti. Aduhai. Harap
dia tidak mengadu
pada abah aku
yang aku menangis
bagai nak rak
hanya disebabkan bergaduh
dengan Julia. Tentu
abah akan kata
yang aku masih
belum matang lagi.
Melihat wajahku
sendiri di dalam
cermin membuatkan aku
tertawa kecil. Mata
sembab sakan!
“Siapalah yang
malang nak kat
aku ni?” aku
menyoal sendiri.
Pipiku, aku
tepuk berkali-kali dengan
kedua belah tangan.
Tak percaya. Mukaku
yang biasa-biasa ini
ada ke orang
nak? Tapi, Encik
Tunang Tubi kan
tak pandang rupa?
Haraplah dia jenis
macam itu. Jangan
bila dia tengok
aku nanti, dia
lari sebatu. Bukanlah
nak kata muka
aku tak lawa.
Lawa sebenarnya... ececeh!
Eeee, ya
Allah! Perasannya aku!
Sambil membelek muka
sendiri yang bebas
dari noda jerawat
ni, aku tersentak.
‘Just give me
a reason just
a little bit
enough! Just a
second we’re not
broken just bend.
And we can
learn to love
again...’ Sms masuk!
Aku berlari mendapatkan
telefon bimbitku di
atas katil. Semenjak
perbualan mesra antara
aku dengan Encik
Tunang Tubi itu
semalam, memang aku
rasa excited sekali melihat
telefon bimbit.
Pagi tadi,
celik sahaja mata,
terus aku sambar
telefon. Entah apa
penyakit aku hari
ni agaknya? Ternanti-nanti sms
daripada Encik Tunang
Tubi. Aku belum
kronik lagi kan?
Hehehe. Adakah sms
yang baru aku
terima ini daripadanya?
Melihat ada satu
sms masuk. Aku
berharap sangat agar
dia yang mesej.
Hendak terkinja-kinja aku
apabila sms daripadanya
masuk.
“Assalamualaikum. Morning, Aira.
Kerja elok-elok tau. Drive
safe.”Pesannya bersama smiley
senyum. Aku tersenyum
sehingga ke telinga.
Dah lama aku
tinggalkan perasaan begini.
Sudah lama! ‘Fareez’
yang baru muncul
semula. Bahagianya. Apa
aku nak balas
ni? Banyak kali
aku membaca sms
yang sama. Bibir
pula tidak henti-henti
menguntum senyuman. Jujur
aku bahagia. Buat
masa sekaranglah...
“Waalaikumsalam. Morning awak!
Awak pun sama.
Kerja elok-elok. Jangan
mengurat nurse. Drive safe.” pesanku
pula. Sengaja buat-buat
cemburu. Sms masuk
lagi tidak lama
kemudian.
“Saya dah
ada awak. Buat
apa saya nak
mengurat nurse?” soalnya. Aku
tersenyum sahaja. Membiarkan
smsnya yang itu
tidak berbalas. Sekarang
sudah jam enam
lima puluh minit
pagi. Biasanya aku
bertolak ke sekolah
pukul tujuh suku.
Hari ini sengaja
aku hendak bertolak
awal. Malas hendak
bertembung dengan Julia.
Telefon bimbitku
berbunyi. Aku tersengih
melihat si pemanggil.
“Helo assalamualaikum.” salam
kuberi. Debaran tiba-tiba
muncul. Kali pertama
berbual dalam telefon
dengannya untuk hari
ini.
“Waalaikumsalam. Aira.
Awak tak balas
sms saya...” ujarnya
bernada rajuk. Aku
ketap bibir. Heee.
Tak balas mesej
pun jadi isu
ke? Sedih sungguh
suara dia bila
aku mengabaikan sahaja
sms daripadanya.
“Saya nak
balas apa?” aku
menyoal pelik. Bila
dia dah kata
macam tu, aku
nak balas apa
lagi? Aku bukannya
jenis yang suka
bersms sangat pun.
Menaip menggunakan komputer
riba aku sukalah!
Berbeza tu...
“Hm, balas
ajelah apa-apa. ‘Baiklah
sayang’ atau apa
ke? Jangan gatal-gatal
ke, sayang awak
ke apa ke...”
dia merungut. Aduhai.
Cair mak! Aku
tergelak kecil mendengar
rungutannya itu.
“Sayang? Awak
serius nak saya
cakap macam tu? Heee. Tak
naklah saya!” aku
berkata sambil menggeliat
geli-geleman. Dia ikut
tergelak di hujung
talian.
“Yalah. Saya
dengar aje suara
awak saya dah
jatuh sayang pada
awak. Dengar awak
menjerit malam tadi
pun dah berdetak
hebat jantung saya. Tak tahulah
awak macam mana.”
ujarnya. Aku telan
liur. Wujudkah orang
seperti ini? Mendengar
suara sahaja boleh
jatuh sayang?Mendengar aku
menjerit pula berdetak
hebat si jantung?
Berdetak hebat sebab
terkejut gamaknya. Mengarut!
“Banyaklah awak
punya sayang. Merepek.
Kalau jadi tunang
saya pun belum
tentu saya nak
sayang ye.” aku
berkata selamba.
“Betullah saya
sayangkan awak. Tambah-tambah
lepas awak menjerit
semalam. Alhamdulillah, itu
awak. Tak ada nak cover
ayu. Tapi awak
tu tak tentu
lagi nak sayang
saya bila dah
jadi tunang awak.
Sampainya hati awak...”
rajuknya. Dengar aku
menjerit pun bertambah
sayang? Hey, ini
pelik! Tak habis-habis
dia duduk ungkit
mengenai suara aku
menjerit semalam. Yakin
aku ini jodoh
dia hanya disebabkan
jeritan lolong aku?
Dan... alhamdulillah, itu
aku katanya? Bertambah
tak faham aku
dibuatnya!
“Okeylah. Gurau
aje. Sorry okey? Saya
kena pergi kerja
cepat ni. Saya
tak nak terserempak
dengan housemate saya. Marah
masih belum reda
lagi ni.” aku
bersuara selamba. Tak
ada masa nak
pujuk dengan ayat
bunga-bunga. Memang silap
besarlah kalau dia
nak aku pujuk
dia cara macam
tu. Dia tergelak
kecil.
“Jangan marah
lama-lama sangat Aira.
Tak elok untuk
awak. Tak elok
untuk dia. Okeylah.
Saya sayang awak. Bye
bye. Take care.”
Ujarnya selamba. Mudahnya
dia sayangkan aku?!
“Err. Okay. Bye, take
care too. Assalamualaikum.” aku
berkata tanpa membalas
kata-kata sayangnya. Baru
lagi sehari, Mona.
Baru sehari...
“Bye waalaikumsalam.” Jawabnya.
Talian mati.Panaskan enjin
sahaja sudah hampir
sepuluh minit. Aku
masukkan buku ke
dalam kereta. Sesudah
itu, aku duduk
di dalam kereta
sambil kaki tersadai
keluar sebelah macam
biasa.
“Malam tadi
ada yang terjerit
kuat. Tension katanya. Tension dengan
bakal tunang ke...?”
sindir satu suara
meleret. Aku mendengus.
Bad ni, kalau
sehari tak ganggu
aku memang tak
boleh ke? Memang
dia tak dapat
hidup tenang ke
macam mana? Dengar
suara dia saja
buat aku sakit
hati. Tapi... alamak!
Dia dengar suara
aku menjerit macam
tarzan semalam? Gulp!!
Aku pandang
dia dengan kerutan
di dahi akibat
rasa tak puas
hati. Irfan di
sebelahnya hanya tersenyum
manis. Masing-masing berpakaian
formal. Aku tak
faham. Doktor memang
berpakaian formal begini
ya? Pernah aku lihat, seorang
doktor hanya memakai
baju t lengan
pendek berkolar. Atau
kurang berdisiplin eh?
Entah?!
“Hai Mona.”
sapa satu suara.
Oh
my! Ini encik
Taufiq! Si Julia
yang punya. Nak
tegur ke tak
payah? Kalau tak
menegur nanti, dia
tuduh aku sombong.
Kalau menegur nanti,
Julia tuduh aku
menggedik. Balas sahajalah
pendek.
“Hai.” balasku
seperlahan yang boleh.
“Awak menjerit
semalam kenapa?” soal
Taufiq lagi. Aku
telan liur. Dua-dua
belah rumah dengar
ek?
“Eh! Tak
ada apalah...” aku
berkata malu-malu.
“Ye ke
tak ada apa?”
muncul pula si
Amirul Rashid. Dia
tersengih-sengih. Tangan di
dalam kocek. Aku
telan liur. Aduhai.
Semua dengarkah? Malunya.
Menyesal aku ikut
cakap Encik Tunang
Tubi semalam! Menyesal
sangat-sangat! Kalau tak,
tak adalah jiran-jiran
aku nak pandang
pelik macam ni.
“Betullah tak
ada apa. Cuma tension
sikit je.” aku
tersengih malu.
“Tension tu tension jugak.
Mengganggu ketenteraman awam
tu kena ambil
kisah jugak.” sindir
Bad lagi. Hey,
sekali aku ikut
cadangan Encik Tunang
Tubi malam tadi
ni bagus jugak.
Mujurlah rumah aku
tak ada tukul.
Kalau ada tukul,
dah lama aku
‘senyapkan’ si Bad
ni!
“Sibuklah!” aku
menjerkah. Mukanya berubah.
Dia mengusap dada.
Barangkali terkejut dengan
jerkahanku. Siapa suruh
mengganggu? Taufiq dan
Amirul Rashid ikut
memegang dada dengan
muka terperanjat. Kuat sangat ke
aku menjerkah? Aduhai.
“Uih mak!
Garang betul la
jiran kita ni. Tension
bebenar dia ni.
Nampak! Nampaklah aku
tekanan yang dia
hadapi ni.” dia
berkata kepada Irfan
dengan muka terkejut.
Menyampahnya aku! Tangan
masih setia mengurut
dada. Macam terperanjat
sangat je kena
jerkah.
“Biarlah dia
lepaskan tension dengan cara
dia. Berkesan cara
tu.” Irfan membelaku
dengan senyuman meleret.
Aku menarik nafas.
Dugaan macam ini
kan hari-hari aku
hadap? Chill, Mona! Chill!
“Malang tunang
dia...” komen Bad
sambil tersengih. Urgh!
“Dengan tunang
lainlah! Awak berdua
apa tahu?! Menyibuk
aje tak sudah-sudah!”
aku marah lagi. Kenapa
mereka sering menyakitkan
hati aku? Terutamanya
Bad ini. Benci
betul aku dibuatnya.
“Uuuu! Dengan
tunang tu lain
macam mana ya
Kak Fashionista?” Bad
menyakat lagi. Irfan
tergelak kecil sahaja.
Comel! Eh? Aku
bakal ada tunang
tak lama lagi,
kan? Tak elok
aku pandang lelaki
lain. Astaghfirullah.
“Macam ni!”
aku mengangkat penumbukku
ke arah Bad.
Dia tergelak sambil
menekan-nekan perutnya. Taufiq
dan Amirul Rashid
ikut terkekeh-kekeh gelak
melihat pergaduhan aku
dengan Bad ini.
“Mak aih!”
Irfan terperanjat. Kemudian,
dia tergelak sama.
“Dum! Pintu kereta aku
tutup. Air-cond aku
pasang. Pagi-pagi lagi
dah berasap satu
badan! Budak dua
orang tu memang
tak boleh nampak
aku ke macam
mana?! Geram sungguh
aku jadinya. Mujurlah
dua beradik tu behave
sikit perangainya. Tak
adalah nak menyakat
aku macam si
Bad dan Irfan.
Kalau mereka juga
sekepala, boleh masuk
hospital sakit mental
aku dibuatnya!
“AIRA... awak sibuk
ke?” sms aku
terima pada hari
itu membuatkan senyumanku
tanpa dapat ditahan
lagi sudah mencecah
ke telinga! Jemariku
laju sahaja menyentuh
papan kekunci. Membalas
smsnya.
“Dalam kelas.
Duduk-duduk aje pun.
Tunggu budak siapkan
latihan.” aku membalas
smsnya dengan senyuman.
“Awak jangan
menggatal dengan budak-budak
tu ye.” dia
berpesan. Bahuku terhinggut
menahan gelak. Budak
tak baligh lagi
pun dia ingat
aku terliur ke?
Kalau baligh sekali
pun, apa dia
ingat aku ni
jenis yang mudah
jatuh cinta?! Apalah
Encik Tunang Tubi
ni! Merepek betul!
“Banyaklah! Awak
ingat saya gatal
sangat ke sampaikan
budak tak baligh
lagi pun saya
nak tackle?” aku menyoal.
Tersenyum. Telefon bimbit
di tangan aku
pandang dengan tak
sabar. Cepatlah balas...
“Okey. Kalau
macam tu jangan
menggatal dengan yang
dah baligh. Guru-guru
lelaki ke.”dia menghantar
sms kepadaku tidak
lama selepas aku
membalas. Aku tergelak
juga akhirnya. Tak
larat betul aku
kalau macam ni.
Dia cemburu ke?
Takkanlah!
“Merepek awak ni!”
aku siap letak
tanda seru lagi.
Geram!
“Betullah Aira.
Saya tak nak
awak menggatal ke,
digatalkan ke... saya
tak nak. Saya
tak nak awak
tinggal saya walaupun
saya bukan siapa-siapa
pada awak. Belum
siapa-siapa lagi. Saya
tak mahu bakal
tunang saya terberkenan
kat lelaki lain...”
balasnya. Aku terlongo
sekejap. Comelnya. Serius
ke dia? Apa
pasallah romantik sangat
ni? Siapalah gerangannya?
Tak sabar untuk
aku tahu siapa
dia. Cepatlah kahwin!
Wehehehe... gatalnya aku!
Eh nanti
kejap, dia tak
sibuk ke? Pelik
juga aku! Dari
tadi bersms denganku.
“Cikgu...” panggil
seorang anak muridku.
Aku angkat kepala.
Masya-Allah! Dah depan
mata aku sahaja
rupa-rupanya budak Ariff
dan Zahid. Aku
urut dada. Telefon
bimbit tercampak ke
dalam beg. Mujur
tak tercampak ke
lantai. Phew! Cepat-cepat aku
kawal senyumanku.
“Ya Zahid,
Ariff.” aku menjawab
serius.
“Dari tadi
cikgu senyum. Ada apa-apa ke...?”
soal mereka berdua
sambil mengangkat-angkat kening
dengan riak muka
nakal tak terampun.
Aku membuntangkan mata. Busybody
betul budak dua
orang ni!
“Tak adalah.
Eh? Pelajar lain
mana?!” menyedari bahawa
hanya ada aku
dan mereka berdua
di dalam kelas
membuatkan aku terkejut
sangat! Tadi, anak
muridku memang sedang
tekun menghadap buku.
Nak keluar rehat
punya pasal.
“Semua dah
keluar rehat. Loceng
dah berbunyi tadi.”
Zahid berkata jujur.
Aku terbelalak. Bila
masa loceng berbunyi?!
Ye yo oh
je budak-budak ni?!
Aku pandang keluar.
Eh?! Memang sekarang
dah waktu rehatlah!
Pelik! Bila masa
loceng berbunyi ni?
Takkan aku tak
sedar bunyi loceng
yang kuat tu?
Penangan Encik Tunang
Tubi.
“Hah?! Kenapa
diorang tak tunggu
sampai cikgu bagi
keluar?!” aku membebel
geram. Boleh diorang
main keluar aje?At least,
hantarlah buku dulu
ke apa?
“Diorang tanya
tadi tapi cikgu
sengih-sengihpandang telefon dan tak jawab.
Saya bagilah diorang
keluar. Kesian. Diorang
mesti tengah lapar.”
Ariff berkata. Aku
tepuk dahi. Baik
hati si Ariff
ni...
“Siapa suruh
awak bagi diorang
keluar?!” aku membuntangkan
mata dengan geram.
Sesuka hati dia
saja memberi arahan
kepada rakan-rakannya. Ya
Allah budak dua orang
ni memang melampau
sungguh!
“Sengaja, cikgu
kan kawan uncle kitorang.”
jawab Zahid tanpa
rasa bersalah.
Muka tu
dah la macam
muka Bad. Aku
tenyeh jugak dengan
cili muka budak
ni! Selamba dia
saja menjawab begitu.
Sabar ajelah! Boleh
dia jawab ‘sengaja’?
Eii! Terbit perkataan
‘uncle’ itu mengingatkan aku
kepada si Bad
dan Irfan. Sudahlah
pagi tadi Bad
menyakitkan hati aku
dengan sindiran dia.
Huh! Meletup!!
“Masa bila
entah cikgu berkawan
dengan uncle kau orang?
Please! Bagi free
pun tak nak!”
aku dah mula
merusuh. Dah ternampak
Bad di muka
si Zahid ini.
Dendamku pagi tadi
masih belum berbalas.
Tak balas pada
Bad, pada Zahid
pun jadi! Padan
muka! Siapa suruh
muka sama?! Siapa
suruh perangai sama?!
“Ye ke
tak nak? Uncle handsome
pun cikgu tak
nak ke?” soal
mereka tak percaya.
“Tak nak.”
entah kenapa. Satu
kerja pula aku
nak bergaduh dengan
budak-budak ni! Memang
aku dah tak
ada kerja lain sangat dah agaknya.
“Weh, percaya
ajelah cakap cikgu
tu. Tadi muka
cikgu berseri-seri main
mesej. Rasanya ada
lagi handsome dari uncle kita
kut yang mengurat
cikgu?” Ariff berbisik
kepada Zahid. Zahid
mengangguk-anggukkan
kepalanya. Ingat aku
tak dengar bisikan
kau orang berdua?!
Berbisik macam pakai
mikrofon! Bertuah punya
budak! Ada yang
makan rotan ni kejap lagi...
“Tapi uncle paling
handsome. Pakwe cikgu
mesti tak handsome macam uncle.”
Zahid mencebirkan bibirnya.
Aku nak marah
bila Encik Tunang
Tubi aku kena
kutuk oleh pelajar
tak siap ni.
Encik Tunang Tubi
aku tak bersalah!
Biarlah muka dia
tak handsome sekali pun
asalkan perangai dia
lagi handsome dari jiran
aku tu!
“Hey! Pergi
rehatlah!” aku mengamuk
geram. Sakit pula
hati aku diapi-apikan
anak muridku ini.
Mereka berdua tergelak
serentak dan berlari-lari
anak keluar kelas.
“Cikgu menggatal!
Tak malu!” sempat
lagi mereka menyanyi
mengejek sambil menonggeng-nonggeng punggung
kepadaku. Eee! Sebijik
perangai Bad dan
Irfan! Aku geram
betul! Tak hormat
aku langsung. Mentanglah
aku dah capai
kata sepakat dengan
Irfan dan Bad
dulu bahawa aku
tidak akan mengenakan
sebarang tindakan terhadap
mereka. Menyesal aku!
Telefon bimbit
dalam beg aku
capai semula. Bertubi-tubi
sms daripada Encik
Tunang Tubi aku.
Hailah. Sorry!
“Aira.”
“Aira...”
“Kenapa tak
balas?”
“Sibuk eh?”
Baru lagi
hendak membalas, telefonku
bergetar. Panggilan masuk.
Hisy dia ni! Tak boleh
nak tunggu langsung
ke? Aku mulalah
rasa nak marah
bila setiap masa
dia asyik nak on
call, nak mesej.
Sudah lama aku
abaikan telefon bimbitku
sebelum ini, dan
sekarang aku perlu
sentiasa bersama telefon
bimbit kembali.
“Helo, assalamualaikum.” aku
memberi salam lantas
mengemas barang-barangku. Aku
mahu naik ke
pejabat guru. Sudah
habis waktu mengajar
rupa-rupanya. Malu betul
aku tertangkap dengan
dua orang budak
nakal tak terampun
itu.
“Kenapa tak
balas sms saya,
Aira?” soalnya merengek.
Aku tahan gelak.
Tak balas pun
jadi isu?! Bukan
tak balas sebenarnya,
tak sempat balas.
“Saya tak
sempat balas. Anak
murid saya yang
namanya Zahid dan
Ariff tu nakal
tak terampun. Dia
perasan kita bersms.
Dia sakat saya.
Tak larat betullah
saya dengan diorang
berdua tu. Dua
kali lima dengan
pak saudaranya. Tak
tahan! Nak pecah
kepala saya ni!”
aku mengadu geram.
Terkacip habis gigiku.
Tanpa aku dapat
tahan, kaki sudah
pun menghentak lantai.
Geram!
“Pak saudara
dia? Awak kenal?
Hmm?” soalnya seakan-akan
merajuk.
“Ya, saya
kenal. Dulu, budak
dua orang tu
pancitkan tayar kereta
saya. Saya suruh
diorang panggil penjaga,
sekali dia panggil
pak saudaranya. Lagi
malang bila pak
saudaranya tu jiran
sebelah rumah saya,
awak tahu tak?
Dahlah yang dua
orang tu perangai
kalah badut! Di
rumah, saya kena
sakat dengan diorang
berdua, di sekolah
dengan anak buah
diorang berdua. Saya sampai pengsan
hari tu. Semuanya
disebabkan empat makhluk
tu! Dahlah saya
dirawat oleh jiran
saya tu jugak,
awak fikirlah sendiri
berapa kali malang
yang saya terima sebab
diorang dalam satu
hari sahaja.” aku
berkata bersungguh. Geram.
Encik Tunang Tubi
berdekah-dekah mendengar aduanku.
Aku mencemik. Tak
bersimpati pada akukah?!
“Kesiannya kat
awak, Aira. Kat
sekolah ada orang
menyakat, kat rumah pun ada orang
menyakat juga. Kat
rumah mak abah
pun mesti mak
abah awak menyakat
awak kan?” soalnya.
Aku tersenyum. Dia
faham aku.
“Ya. Memang
betul sangat tu. Dekat rumah
dengan dua ekor
badut, dekat rumah
mak, dengan perangai
abah yang susah
nak serius. Kat
sekolah dengan murid
lagi. Cikgu pun
saya kena sakat juga. Cikgu
Farhan! Orangnya nampak
serius. Tapi kuat
menyakat.” aku berkata
pula bersama keluhan.
Hari-hari aku disakat
lima makhluk itu.
Tak larat... mujurlah
aku jarang disakat
abah sebab aku
jarang balik...
“Cikgu Farhan?
Lelaki ke perempuan
dia tu?” soalnya.
Aku tergelak.
“Lelakilah! Mana
ada Farhan nama
perempuan.” aku membebel.
Setahu aku, payah
nak ada perempuan
nama Farhan. Ada
tu memanglah ada...
tapi... jarang-jarang.
“Ada, pesakit
saya nama Farhan,
perempuan...” katanya pula.
“Okey. Dia
lelaki.” aku membetulkan.
“Awak jangan
menggatal dengan Farhan tu.”
dia memberi pesan.
Aku menggeleng-gelengkan kepala.
Tak sangka dia
ni jenis cemburu
juga orangnya.
“Tak ada
masa saya nak
menggatal dengan dia.
Kalau saya nak,
dari dulu lagi
saya menggatal dengan
dia.” aku menjawab
selamba.
“Dia menyakat
apa?” dingin suara
Encik Tunang Tubi.
Alamak. Cemburu ke?
“Kes tayar
pancit dululah. Dia
ajak saya naik
motor dengan dia. Konon nak
tumpangkan saya. Bersungguh-sungguh dia
ajak...” belum pun
aku habis bercerita,
dia menyampuk.
“Lepas tu
awak naik tak?!”
soalnya kuat. Terkejut
aku!
“Tak. Sebab
tu bukan motor
dia, tapi tu
motor pak cik
tukang kebun. Dia
gelak semahunya bila
saya cakap yang
saya tak nak
naik motor dengan
lelaki. Tak manis. Geram
betul saya. Lepas
tu dia ajak
saya naik kereta
dia. Itu baru
betul. Kereta dia...”
aku tak habis
bercerita lagi, sekali
lagi dia menyampuk.
“Habis tu
awak naik?!” soalannya
kuat macam tadi. Aku mendengus.
Apa kena dengan
Encik Tunang Tubi
aku ni?!
“Taklah. Saya
dah malu gila
sebab kena sakat
masa tu. Takkan
saya nak naik? Lepas tu
saya bawak buku
saya tunggu bas.
Saya tumpang jiran
saya balik rumah.
Jiran yang badut
tu...” aku bersuara
takut-takut. Takut sebab
suara Encik Tunang
Tubi tadi macam
marah-marah. Tiba-tiba dia
tergelak.
“Eleh, dalam
badut orang tu nak pulak
awak tumpang! Lain
kali jangan tumpang
sesiapa. Jiran-jiran awak
pun jangan melainkan
ada orang lain.
Perempuan atau budak!
Dengar cakap saya
ni...” dia berpesan.
“Baik awak...”
aku patuh.
“Saya tak
nak awak jatuh
cinta dengan jiran
awak. Saya nak
awak jatuh cinta
dengan saya seorang
sahaja.” ujarnya. Aku
angguk. Eh! Dia
tak nampak!
“Baik awak.
In shaa Allah...”
aku patuh lagi.
“Mona!” panggil
satu suara garau.
Aku berpaling. Telefon
bimbit masih di
tangan. Kelibat Cikgu
Farhan menyeluk poket
seluarnya muncul. Dia
bersandar ke pintu
kelas aku.
“Ya saya?”
aku menyahut.
“Aira?” di
talian pun sama! Adess!
“Awak tak
keluar rehat ke?” soal
Farhan. Aku menggeleng.
“Tak rehatlah,
Pa’an. Saya puasa
hari ni.” aku
berkata sambil tersenyum.
“Oh! Puasa
ganti erk?!” soalnya
nakal bersama sengihan
yang memang selayaknya
menerima tamparan menggunakan
kaki. Aku menjegilkan
mata. Malunya! Dia
tergelak kuat.
“Gurau-gurau. Saya
pergi dulu.” dia
meminta diri. Aku
mengangguk.
“Saya panggil,
awak buat tak
tahu. Dia juga
yang awak layankan...”
ujarnya berjauh hati.
Aku menelan liur.
“Dia siap bergurau pasal
peribadi awak pula
tu. Saya tak
suka. Gatalnya cikgu
tu. Kalau kita
kahwin nanti, memang
saya cucuk dia
dengan ubat pelali
kalau dia bergurau
macam tu lagi dengan awak.”
dia berkata geram.
Aku tergelak mendengar
kata-katanya. Mentanglah dia
itu doktor. Main
cucuk-cucuk orang sajalah
yang dia tahu!
“Ganasnya doktor
ni!” aku berkata
sambil tergelak.
“Jangan gelak.
Saya sedang serius.
Saya tak nak
orang kacau wife saya
macam tu. Sekarang
dia selamatlah sebab
awak belum jadi
tunang dan wife saya...”
dia bersuara geram.
Aku mengulum senyum.
Aduhai. Kelakar juga
dia ni rupa-rupanya.
“Okey sorry. Saya
pun takexpect dia nak
bergurau benda macam
tu. Saya puasa
nazar sebenarnya. Anak
murid saya banyak
dapat 5A dalam
percubaan.” aku bercerita
hal sebenar kenapa
aku berpuasa. Bukanlah
disebabkan puasa ganti.
“Itu pun
awak yang berpuasa
nazar kenapa?” soalnya
sambil tergelak kecil.
Tiada lagi suara
merajuk. Lega. Mudah
sejuk rupa-rupanya dia.
“Sebab... saya
punya subjek ramai
yang dapat A...”
ujarku bangga. Bukan
sengaja nak berbangga
tetapi... ini berita
gembira. Aku perlu
berkongsi dengan seseorang
dan dia adalah
Encik Tunang Tubi
aku.
“Tahniah Aira.
Saya tahu awak
seorang guru yang
bagus.” pujinya. Aku
tersenyum. Kaki melangkah
ke bilik guru
apabila masa rehat
hampir tamat. Aku
dan Encik Tunang
Tubi akhirnya berhenti
berbual buat masa
ini...
0 komen:
Post a Comment