BAB
8
“BENJI, kau tolong
ambilkan gambar kita
orang boleh?” pinta
Ikram. Belum pun
Benji memberi kebenaran,
Ikram sudah meletakkan
Iphone6nya di tapak
tangan Benji. Bahuku
dipaut wajah Benji
serius saja dari
tadi.
“Okey, thanks.”
Ucap Ikram sebaik
sahaja gambar kami
diambil.
“Ambil gambar
I dengan Oddie
pulak.” Permintaan Benji
itu membuatkan dahi
aku berlapis. Pelik. Nak
pulak dia bergambar
dengan aku yang
biasa-biasa ni tadi. Tapi
aku turutkan sajalah.
Nak jaga hati.
Lagipun aku pun memang teringin
nak simpan gambar
kami berdua. Sebenarnya.
Tiba-tiba, tangannya
jatuh di bahuku.
Nampak kekok. Dia
macam nak pegang
bahu aku tapi
macam teragak-agak. Entahlah. Akhirnya
dia cuma letak
saja tangan ke
bahuku, tak cekup
pun bahu aku
macam Ikram buat
tadi. Aku mulai
gayat. Cepatlah Ikram
ambil gambar kami
berdua. Aku nak
chow.
“Jom, selfie
bertiga.” Ajak Ikram
sambil menunjuk telefon
bimbitnya yang sudah dibuka
kamera depan. Nak
tak nak terpaksalah
aku menurut. Aku
dihimpit mereka berdua.
Mentanglah aku perempuan
dan kecil daripada
mereka, berani mereka
himpit aku macam
daging burger? Huh!
“Say cheese…”
arah Ikram. Aku
dan Benji menurut
patuh. Sengihan lebar
kami sedekahkan.
“Berapa lama
lagi masa yang
kita ada ni?”
soalku setelah kami
mula berjalan semula
tanpa arah tuju.
Nak cari kasut,
aku dah jumpa.
Aku dah tak
nak cari benda
lain dah.
Benji mengerling
jam tangannya.
“An hour
and half.” Katanya.
“Karok jom. My
treat.” Ikram berbaik
hati hendak belanja
hari ni.
“Kau tau
tak karok kat
Red Box tu
harga dia sembilan
puluh lebih per kepala? Untuk
tiga jam? Dan
ada buffet? Membazirlah!
Kita baru aje
lepas makan. Lepas
tu lagi sejam
setengah dah bazir.”
aku menegah.
“Okey so,
apa kita nak
buat ni?” soal
Benji.
“Hmmm, nyanyi
jelah. Aku belanja
jangan risau. Sampai
tamat masa, kita
terus tengok wayang.”
“Alah membazirnya…”
“Takpe. Aku
belanja, kan?” Ikram
masih bertegas.
“Yelah, tapi
sejam setengah lagi,
dibazirkan macam tu
aje. Makanan buffet
pun… hmmm.”
“Takpelah. Aku
dah lama tak
dengar kau menyanyi.
Dah lama tak
berduet dengan kau.
Makanan aku boleh
habiskan. Sebab perut
lapar jugak ni.”
Ikram menepuk-nepuk perutnya.
“Hey, baru
lepas makan kut…”
Benji bersuara. Terkejut
dengan selera Ikram
yang luar biasa.
“Dia ni
tong sampah.” Selamba
aku mengutuk. Serentak
itu, Ikram memaut
leherku dan sengaja
mengetatkan pautan lengannya
supaya aku tercekik.
Sebelah tangannya meluku
kepalaku. Aku tergelak
besar. Marah sangat
dia bila dipanggil
tong sampah padahal
memang betul pun.
Tapi dia
kuat makan macam
mana sekali pun,
badan tetap maintain.
“YOU tak
payahlah rapat-rapat macam
tu dengan Ikram.
I tengok dia
macam suka Saleha.
Nanti you patah
hati.” Terkejut aku
mendengar kata-katanya. Masakan
aku suka Ikram?
Aku dah lama
berkawan dengan dia.
Dah nama pun
kawan, memang aku
anggap kawan sungguhlah.
Patutlah senyap
semacam saja dari
tadi. Kami dalam
kereta, menghala pulang ke
rumah selesai menonton
Avengers tadi. Tentu
dia fikir aku
sukakan Ikram. Tidaklah!
Mentanglah aku
menyanyi berduet dengan
Ikram lagu cinta,
dia ingat kami
bercinta agaknya. Mengarut!
Aku pun ada
berduet dengan dia,
apa? Suara dia
memang sedap. Memang
malu muka aku
dengan Ikram yang
menyanyi bagaikan katak
panggil hujan ni.
Huh!
“Rapatlah dah
saya kawan baik
dia. Dia yang
ajar saya erti
bebas. Dia yang
ajar saya macam-macam.
Drift, drag… segala
yang mencabar semua…”
aku cuba untuk
tidak cepat melenting.
Mungkin dia tak
bermaksud pun nak
menyinggung perasaanku.
“I tak
suka tengok you
rapat sampai macam
tu. Peluk-peluk. Almost
kissing.” Dia bergumam
tapi aku dengar.
Almost kissing?
Tak pernah langsung!
Mana ada. Mata
dia buta ke
apa?
“Tapi
kenapa?” kali ini
aku sudah berkecil
hati. Aku dengan
Ikram dah lama
berbaik. Memang dah
macam adik beradik.
Kalau orang kata
kami bercinta pun
aku dah rasa
sumbang sangat sebab
aku anggap dia tu abang
aku.
“Sebab you
nampak macam perempuan
terhegeh-hegeh. Macam tak
tahu malu. You
tahu? Dia tu
cuma layan you
macam adik aje.
You yang perasan
lebih.” Kata-katanya kali
ini memang tak
dapat dimaafkan!
“Saya anggap
dia dah macam
abang kandung saya
sendiri dan tolonglah
jangan bercakap seolah-olah saya
ni ada hati
dekat dia! Saya
rasa sumbang tahu
tak! Berhenti dekat
sini! Saya balik
naik teksi.” Aku
mengamuk. Air mata
mula berjujuran. Kecil
hati sungguh aku.
Aku ingatkan
hubungan kami dah
baiklah. Rupa-rupanya dia
masih sama! Sombong
dan langsung tak
pandai menjaga hati.
“Oddie, I…”
dia mula tergagap-gagap. Terkejut
barangkali melihat aku
menangis. Memang aku
sentap gila! Apa
masalah dia pun
aku tak tahulah.
Asyik nak cari
kesalahan aku saja.
“Berhenti sekarang!”
aku mengamuk. Dia
terpaksa menurut. Aku
keluar dari keretanya
dan terus pergi
tanpa berpaling lagi.
Aku tahu dia
tak blah lagi.
Masih menunggu di
sana tapi aku
tak ada hati
nak masuk semula
ke dalam kereta
tu.
Aku tahan
sebuah teksi dan
terus balik.
“ODDIE… mana
Benji?” mama terkejut
melihat aku balik
menaiki teksi. Dia
yang masih memegang
remote pagar itu
sedikit ternganga. Air
mata aku masih
tak kering, mungkin
menyebabkan dia masih
ternganga.
“Kenapa ni
sayang?” mama menyoalku.
“Mama jangan
sebut lagi nama
dia. Oddie benci
dia.” Aku berkata
dalam tersedu-sedu sambil
terus masuk ke
bilik.
Pintu bilikku
diketuk bertalu-talu.
“Oddie, apa
yang dia dah
buat dekat Oddie?
Cakap dengan mama,
sayang. Dia ada
ambil kesempatan ke?”
soal mama kerisauan
di luar bilik.
“Bukan! Dia
menyakitkan hati. Dahlah
mama, Oddie nak
menyendiri.” Aku menekup
muka dengan bantal
dan menangis puas-puas.
Kecewanya aku bila
hubungan baik aku
dengan Ikram disalah
ertikan malah aku
dituduh tersorong-sorong pula.
Memang mulut Benji
tu sangat puaka!
AWAL aku bangun
hari ni. Awal-awal
pagi lagi aku
dah bersiap sedia
untuk ke Bukit
Broga. Aku terlalu
stress sampai tak
dapat nak fikir
apa lagi dah.
Sembap mataku akibat
menangis malam tadi.
Kami bukannya bercinta
pun. Nak kata
putus cinta lagilah
tidak. Tapi kesannya
sama macam orang
putus cinta. Mungkin
sebab perasaan aku rasa
terhina sangat agaknya.
Entahlah?
Bagpack aku
galas di belakang.
Air mineral botol
kecil aku sumbat
di tepi beg.
Stoking aku pakai.
Muncul mama bertelekung.
Aku terus menunduk.
Aku tak nak
mama tengok mata
aku bengkak macam
belon sebab menangis
kerana seorang lelaki
yang menjadi pujaan
hati.
“Pagi mama.”
Tegurku cuba menceriakan
suara.
“Nak ke
mana?” eleh mama
macam tak tahu
kalau aku berpakaian
begini?
“Takkan ke
butik pulak, ma…” tegurku sambil
menyarungkan kasut sukan.
“Solat dah
ke?” soal mama.
Angguk. Tangan ligat
mengikat tali kasut.
“Elok-eloklah tu
karang.” Pesan mama.
Angguk lagi. Aku
salam tangan mama
dan segera berpaling.
Aku tahu mama
dah sedar dengan
mata sembap aku.
“Oddie.” Panggil
mama. Langkah aku
terhenti.
“Nanti mama
cuba cakap dengan
Aunty Marlynn ya?”
lembut suara mama
memujuk. Aku pejam
mata. Dengar nama
mama Benji pun
aku jadi sentap.
“Mama,
Oddie
tak nak…” aku
merengek. Aku memang
tak nak!
“Ya mama
tahu, sayang. Mama
nak cakap tentang
itulah. Mama dengar
cakap Oddie.” Aku
berpaling semula dan
memeluk mama. Pipi
mama aku kucup.
Kemudian mama kucup
dahi aku. Sejuk
sedikit hati yang
membara.
“Terima kasih,
mama.”
Aku harap,
di atas puncak
nanti aku akan
bertemu jodoh. Aku
tak nak ingat
Benji lagi. Tak
nak.
LEGA bila
berjaya sampai ke
puncak. Seperti biasa,
bila sudah sampai
ke puncak ini,
tugas aku mengambil
gambar pemandangan. Walaupun
dah berkali-kali naik
ke sini tapi
aku tak pernah
rasa puas untuk
menangkap gambar pemandangan
yang cantik ini.
“Cantik, kan?”
tegur seorang lelaki.
Aku berpaling melihat
wajahnya. Silau sebab
mentari pagi dah
menyinar. Aku kecilkan
mata. Dia tersenyum
dan menghampiriku. Orangnya
segak sekali. Segak
gaya melayu.
“Amzar.” Dia
memperkenalkan diri.
“Oddie.” Aku
memperkenalkan diri sambil
tersenyum.
“Oddie untuk?”
keningnya terangkat. Aku
tersenyum.
“Saodah.”
Bohongku. Dia
tersenyum lebar dan
mengangguk sedikit. Mesti
dia kata nama
tu klasik dan
patutlah aku menggelarkan
diri aku Oddie.
“Kenapa bukan
Odah? Ops, I um… I Aliff Amzar.”
Dia memperkenalkan nama
penuhnya. Aku menayang
sengih. Tak hairan
pun dengan nama
Saodah?
“Sofia Irdina.”
Aku memberitahu jujur.
Dia angguk dan
tersenyum. Dia sudah
di sisi aku,
menghadap pemandangan yang
indah ini bersama.
Tangannya di dalam
kedua belah kocek
seluar trek.
“Too
much heaven.” Ujarku
tiba-tiba bila melihat
kecantikan alam yang terbentang di
depan mata. Mata
terpejam, hidung menarik
nafas panjang. Segarnya.
“Huh?”
“Cantik.” Ujarku.
Dia senyum lagi.
“Yes.
Awak mengingatkan saya
lagu Too Much
Heaven.” Keningku terangkat.
Terkejut mendengarnya. Dia
tahu lagu…
“Bee Gees!”
kami berkata serentak,
kemudian ketawa.
“Nobody
gets too much
heaven no more.
It’s much harder
to come by,
I’m waiting in
line.” Kami menyanyi
serentak. Kemudian, ketawa
lagi. Okey, dia
lucu. Dan dia
berkemungkinan ada ilmu
telepati macam aku
dengan Ikram. Ouch!
Sebut Ikram, teringat
peristiwa semalam. Cepat-cepat
aku kambus rasa
sakit hatiku.
“Saya tak
sangka awak tahu
lagu tu!” aku
berkata sambil tergelak
lucu. Dia melirik
senyuman manis.
“Are
you kidding? That’s my
favorite song!” ujarnya
pula.
“Awak suka
Bee Gees?” soalnya
tiba-tiba. Angguk.
“Like,
who doesn’t? Bee
Gees kan?”
“Kan? Saya
suka lagu How
Deep Is Your
Love dengan Stay
Alive.” Dia mula
rancak berbual.
“Well
you can tell
by the way
I use my
walk…” aku menyanyi
sepotong lagu Stay
Alive. Dia tergelak
senang hati.
“Yeap!
Awak memang peminat
Bee Gees.” Katanya
sambil bertepuk tangan
dan ketawa kecil.
Kagum.
“Saya minat
To Love Somebody.”
Aku berkata.
“You
don’t know what
its like… Baby you
don’t know what
its like… to
love somebody…” dia
menyanyi perlahan. Aku
tergelak kecil. Ya.
Aku suka sangat
lagu tu. Lagu
untuk Benji tanpa
Benji tahu lagu
itu untuknya. Allah,
dia lagi… dia
lagi. Aku tak
nak ingat dia.
Itu sebabnya aku
kat sini.
Kami berpandangan
dan tersenyum. Tak
tahu apa yang
lucu sangat tapi
kami masih tersenyum.
Tak sangka barangkali
yang kami akan
berbual rancak begini
sedangkan baru saja
berkenalan. Kacak sungguh
dia. Dengan jambang
yang nipis… mata
redup, hidung mancung,
bibir terbentuk cantik.
Allahu, boleh cair
aku kalau tatap
lama-lama.
Aku perasan
matanya merenung aku.
Mungkin dia juga
meneliti wajahku. Aku
berkerut. Tidak ke
pelik tu?
Kemudian kami tersedar setelah
lama bertatapan sesama
sendiri. Aku berdeham.
Masing-masing mengalih pandangan.
Tiba-tiba dia tergelak
kecil. Mungkin masih
teringat perbualan kami
tiba-tiba rancak hanya
disebabkan lagu Bee
Gees.
“Selalu naik ke
sini?” soalnya memecah
kesunyian.
“Are
you kidding? Saya
ke sini setiap
minggu.” ujarku.
“Saya jarang
ke sini aje.
Dalam sebulan sekali
aje. Tapi baru
inilah nampak awak.”
Ujarnya. Aku angguk.
Aku pun baru
inilah pertama kali
ternampak dia. Takkan
Allah makbulkan doa
aku agar menemukan
jodoh buatku di
atas puncak ni?
Biar betul?
“It’s
pretty hard to
find me.” Gurauku.
“One
in a million
huh?” dia tersenyum
senget.
“Kinda.”
Jawabku sambil tersenyum.
Dia tergelak kecil.
Kami berbual
macam biasa selepas
itu. Amzar seorang
arkitek. Umurnya sudah
tiga puluh. Mati-mati
aku ingat dia
baru dua puluh something sebab
dia nampak muda
dan segak. Kalau
dia pakai tuksedo
ni, mahu berhenti
mengepam jantung aku.
Sedangkan dia pakai
pakaian sukan pun
aku sudah telan
liur berkali-kali.
Kami turun
ke bawah bersama-sama
sambil rancak berbual.
Tak susah pun
nak berbual dengan
dia sebab dia
sangat ramah. Kedua-dua
belah pihak berbual
sama rancak. Tidaklah
macam aku dengan
Benji. Asyik aku
saja yang banyak
mulut. Hish, Benji
lagi.
“Payah nak
jumpa perempuan memanjat
sendirian. Maksud saya,
tak dengan kawan-kawan
perempuannya yang lain.”
Lamunanku terhenti mendengar
suaranya.
“Awal-awal dulu
ajak kawan. Lama-lama
dah biasa, dan
saya cakap dengan
diri saya, ‘Hey
Oddie, apa kata
kau belajar pergi
sendirian pulak?’ And here
I am.” Aku
tersenyum bangga dengan
pencapaianku.
“Saya baru
kali pertama memanjat
sendirian.” Ujarnya. Oh.
Aku terangguk-angguk. Teringin
juga nak tanya
dia, sebelum ni
memanjat dengan girlfriend ke?
Atau kawan? Kang
dia kata aku
sengaja guna pick up
line pulak. Tapi
serius, aku memang
nak tahu dan
aku tak tahu
kenapa aku nak
tahu sangat.
“Rasa puas
hati bila berjaya
sampai ke puncak
kan? Lebih dari
bila pergi dengan kawan-kawan.”
Ujarku. Dia angguk.
“HEY, can I
have your number?
Mana tau kut-kut
I nak ajak
you panjat ke
sini lagi… atau
makan-makan, lepak-lepak dengan
you ke?” soalnya
bila kami sudah
pun di bawah.
Aku angguk.
“Sure.”
Tambah kawan, apa salahnya?
Aku menyeluk tangan
ke dalam bagpack. Dompet
aku keluarkan dan
selepas itu aku
keluarkan pula kad
bisnes dan hulurkan
kepada dia. Dia
mengambil kad tersebut
dan tersenyum.
“Oddie’s Paradise.
Nice.” Dia
tersengih. Giginya rata
cantik terbentuk. Hai,
semuanya indah.
“Saya tak
tahu awak ada
bisnes sendiri.” Aku
hanya senyum. Selalu
sangat orang tak
sangka aku ada
butik. Muka aku
nampak macam tak
sesuai ke nak
buka butik?
“Semua orang
cakap macam tu.
Maklumlah, saya ni
tak ada gaya…”
aku mula buat
ayat merendah diri.
“Hey, bukan
itu maksud saya…”
dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
Aku tersengih. Aku
tahu maksud dia
apa. Sekadar nak
memuji sebenarnya.
“Hmm, saya
kena balik.” Aku
mengakiri rasa kekok
ini.
“Can
I see you
again? Oddie?” aku
telan liur. Yes!
Yes! Yes! Nak
saja aku jerit
macam tu untuk
menunjukkan betapa terujanya
aku bila dia
menyoal begitu tapi,
takkanlah?
“You
got my number,
so…” Aku tersenyum
sebelum melangkah ke
kereta. Dia tersenyum
semakin lebar.
“Oh yes!”
Dia ketuk kad
itu ke keningnya.
Aku senyum
lagi. Tak tahulah
kenapa, senyuman ni
terasa bahagia sangat.
Bagpack aku
campak ke bawah
tempat letak kaki
di sebelah penumpang.
Dia pula sudah
menghilang dari pandangan
mata. Hmm… Aliff
Amzar. Nice name.
Lagu aku
pasang. The Carpenters,
Top Of The
World. Aik, pelik
semacam aje lagu
ni. Nak sindir
aku ke? Atau
aku yang terlebih-lebih nak
terasa? HAHAHA. Aku
tak pasti kenapa
aku gembira sangat.
Sebab aku berjaya
sampai ke puncak
dan stress itu
hilang selepas melihat
keindahan alam atau
sebab aku jumpa
Amzar?
0 komen:
Post a Comment