Bab
3
“GOOD morning, sunshine!” aku
disapa satu suara
garau yang seksi
seperti biasa. Semenjak
dia menjadi jiran
aku ni, pantang
nampak aku, pasti
dia akan menegur.
Dengan ayat-ayat
ala-ala buaya naga dia tu. Siapa lagi
kalau bukan Irfan?
Kalau si Badrul
tu pulak, pantang nampak
aku, mesti nak
mengena aje kerja dia.Aku
pandang sekilas pada
Irfan yang duduk
di dalam kereta
dengan sebelah kakinya
keluar. Segak dia
bersandar ke pintu
keretanya dengan enjin
kereta yang sedang
dipanaskan. Berpakaian formal.
Macam orang kerja pejabat. Erm...
kacak.
Aku buat
tak endah sahaja
pada kewujudannya di
situ walaupun dia
tersenyum-senyum bajet kacak.
Pedulilah! Dasar lelaki
kuat mengayat! Tanganku
lincah memasukkan segala
jenis buku ke
dalam kereta dan
kemudian, aku panaskan
enjin kereta Myviku.
Aku buat tak
dengar sapaan dia
tadi. Malaslah. Bukan
dapat apa pun
kalau layan buaya
karat tu.
“Hey
sunshine. Shining bright
today?” soalnya pula.
Geram aku nak
tanya, muka aku
ni ada gaya
tengah shining ke? Macam
matahari ke? Tak
nampak ke dia,
muka aku sikit
punya berkeronyot ni?
Menyampah betul.
“Stop
calling me that! Ii’m
not sunshine! Please stop
calling me sunshine
or I’ll cut
you!” aku mengugut.
Geramnya. Dia tersenyum
sahaja.
“Teacher
huh, sunshine? Nama
apa?” dan dia...
masih lagi memanggil
aku dengan panggilan
sunshine. Aku
sakit hati betul!
Mana dia tahu
aku cikgu? Err,
buku-buku latihan ni kut? Ketara
amat! Mujur aku
tak pakai name tag
lagi. Kalau tak,
terserlah ‘ke-skema-an’ aku.
Kenapa dia tak
mengalah sahaja? Takkan
dia tak nampak
betapa ‘ikhlasnya’ aku
nak melayan dia
sekarang?
“Tak payah
tahu nama saya.”
aku berahsia.
Aku mengukir
senyum paksa. Kemudian
melangkahkan kaki kiri masuk ke
dalam kereta dan
duduk bersandar macam
si Irfan. Kaki
kanan terjulur keluar.
Bezanya, kereta aku
menghadap rumah, kereta
dia pula menghadap
ke luar pagar.
So, sebelah-menyebelahlah kami
ni.
“Ala, senanglah
nanti. Kalau saya
panggil awak, sunshine, awak
marah.” Dia berkata
dengan senyuman segak
Diether Ocamponya. Oh
no, no! Bukan
Diether tapi, ‘kembar’
Diether yang lagi handsome
tu, Xian Lim.
Ermm. Boleh tahan
mengancam. Eh, eh?
Mona, jangan dilayan
sangat perasaan tu.
Dugaan mata. Dugaan
sangat.
“Don’t
call me, then!It’s easy.”
aku berkatasinis sambil
mata menghala ke
pintu rumah. Menanti
satu kelibat untuk
muncul dari situ.
Mana budak
Julia ni? Melaram
kalah orang nak
kahwin! Aku tak
nak berlama kat
sini. Takut si
beruang tu keluar!
Bila dia keluar,
tentu aku lagi
menjadi mangsanya. Dan
seperti yang aku
geruni, beruang itu
keluar dengan segaknya.
Gulp! Dah macam...
arghh! Handsomenya! Kenapa mata
aku ni? Bertambah
power ke
apa? Kena buat
spek mata barulah
ni nampaknya.
Segaknya dia
dengan kemeja biru
laut disinsing paras
siku dengan tali
leher berwarna biru
tua yang belum
dipasangkan lagi tersangkut
di bahu. Kemeja
pun tak butang
habis menunjukkan keseksian
dia. Stoking dikibas-kibas
sebelum disarungkan dengan
kalut. Eh, eh?
Mona!!! Kenapa leka
pandang dia? Aku terus
pandang ke tempat
lain. Malas nak
layan perasaan gila
aku ni. Aku
ada terpuji dia
seksi? Memang dunia
ni dah nak
kiamat ke apa?
“Eh, eh!
Kak Fashionista rupanya!” dia
dah buat dah!
Dia dah buat!
Dia memang dah
buat aku marah!!!
Seluar slack yang dipakainya
disapu-sapu bagai ada
kekotoran. Aku menjelingnya
tiga ratus enam
puluh darjah. Masih
tak lupakah dia
pada kejadian memalukan
aku tu?! Geram
betul!
“Kau ni,
Bad! Tak baik
panggil sunshine aku macam
tu.” Irfan bersuara.
Sejak bila entah
aku jadi sunshine dia? Uwerk!
Tak ingin! Bad
tayang muka meluat.
Aku lagilah seribu
kali meluat. Kalau
mulut ni boleh
buat lebih mencebik
dari huruf U yang terlingkup
ke bawah, sudah
lama aku buat
untuk menandakan betapa
meluatnya aku dengan
dia.
“Sunshine
kau ke kak
Fashionista aku ni, Pan?”
soal Bad lantas
terkekeh-kekeh mentertawakan aku.
Aku julingkan mata
ke atas. Sejak
bila aku jadi
Kak Fashionista dia
entah? Mulalah waktu
ni aku nak
pinjam alat pemadam
ingatan yang dalam
cerita MIB tu.
Biar dia hilang
semua ingatan terus,
lagi bagus. Boleh
aku mengaku yang
dia itu orang
gaji aku selama
ini.
“Sunshine,
please? Tell me your
name?” soal Irfan
masih memujuk untukku
tahu namaku. Aku
menggeleng dan tersenyum
nipis. Tak nak
beritahu. Memujuk atau
mendesak? Dari tadi
tak putus asa
pun dia. Aku
pula yang rasa
nak putus asa
menunggu Julia di
sini.
“Nama dia, Fa-shio-nis-ta!” sebut
Bad satu persatu.
Argh! Ada yang
makan kaki goreng
berempah ni kang!
Tak sempat aku
nak jawab lagi
dia dah jawab.
Letak nama bukan-bukan
pulak tu.
Sabar, Mona!
“Hisy!
Kau ni Bad!
Kacaulah! Awak, bagitaulah
nama siapa.” pujuk
Irfan lagi.
“Nama dia...
jeng jeng
jeng...” Bad dah buat
gila. Aku mendengus.
Kalau marah, cepat
tua. Aku tak
nak nampak tua
disebabkan umur pun
dah meningkat saban
hari ni. Kesabaran
aku semakin terhakis
sejak kemunculan Bad
ni. Aku genggam
stereng sekuat hati.
Tak tahan. Tak
tahan betul! Ini
dugaan pagi-pagi buta
namanya. Sangat-sangat dugaan!
Hon aku picit
sekuat hati sehingga Bad
termelatah.
“Opocot!” hahahaha! Melatah
anak teruna orang
ni rupa-rupanya. Buat
malu! Aku anak
gadis Mak Cik
Sarimah ini tak
melatah pun. Aku
rasa diri aku
hebat tika ini.
Hebat kerana tak
melatah.
Dia mengusap
dada manakala Irfan sudah
terkekeh-kekeh mentertawakan dia. Err. Lebih
sesuai kalau guna,
berdekah-dekah kut? Sebab...
muka Irfan tu,
lagi sikit nak
sama dengan muka
beruk sembelit. Ketawa
bukan main kuat
lagi. Aku tahan
senyum dengan mengetap
rapat bibir aku.
Tercuit juga hati
ni nak ketawa
sebab aku betul-betul
rasa lucu bila
berhadapan dengan lelaki
melatah. Lebih melucukan
lagi bila berhadapan
dengan orang yang
ketawa dengan volume yang
sangat tinggi macam
si Irfan ni.
Siapa sangka, orang
sekacak ini tidak cover
langsung apabila ketawa?
Muka Bad dah macam
cemberut. Oh, sekarang,
aku akan panggil
kau Encik Opocie! Kenapa
tak Opocot? Tak
comel langsunglah bunyi
Opocot tu kat
telinga aku. Klise. Selalu
sangat dah dengar.
Rasakan kau Encik Opocie!
Rasakan!!! (gelak jahat).
Hon aku
tekan lagi. Nak
kenakan Encik Opocie dengan
nak panggil Julia
di dalam. Bukan
main lagi cikgu
seorang tu melaram!
Dan sekali lagi
Encik Opocie melatah. Aku
tahan gelak sampai
keras perut. Sabar
Mona, sabar... jangan
gelak.
“Eh dia ni memang
nak kena!” Encik
Opocie dah berbunyi.
Macam marah saja
pada aku sebab aku dah menyebabkan dia
melatah. Hahaha. Rasakan.
Sekarang aku dah
tahu kelemahan kau!
Kau Opocie!
“Bisinglah Mona!
Sabarlah kejap!” suara
Julia dari dalam
menjerit. Aku telan
air liur. Gulp!
Kenapa Julia
panggil nama aku?
Kenapa, Julia? Kenapa?
Soalku di dalam
hati sambil membuat
riak wajah orang
tak dapat menerima
hakikat. Memang habis
aku kena tegur
setiap hari jika
Irfan dan Bad
ni tahu nama
aku. Tak sukanya.
Tak ada masa
nak beramah dengan
orang gatal dan
kaki sakat macam
jiran senget aku
ni.
“Mona...” leret
Irfan sambil tersenyum. Alamak!
Dia dah tahu
nama aku. Wrongactionlah tadi!
Huh. Mesti hari-hari
dia nak menegur
aku lepas ni...
hmmm...
“Monalisa...”
leret si
Bad pula.
Ada jugak
aku hayun pasu
bunga kat kepala
dia ni kang.
Boleh dia buat
gaya potret Monalisa
kat depan aku?!
Aku tak tahan
betul! Dugaan melampau.
Irfan terkekeh-kekeh melihat
Bad buat gaya
potret Monalisa tu. Harus aku
akui, sedarjah lagi
muka Bad dengan
Monalisa tu nak
dekat sama. Aku
ketap gigi. Kesabaran
sudah tiada lagi.
“Sehari tak
ganggu hidup orang
tak sah ke
hidup tu? Tak
boleh nak tengok
orang hidup tenang
ke?” aku menyoalnya
geram dengan suara
tertahan dan gigi
yang terkacip elok.
“Eh! Garangnya!”Bad buat-buat
takut dengan menggigit
kuku-kuku jemari tangannya.
Meluatnya aku tengok
dia ni! Reaksinya
bukan main over lagi.
Apa dia ingat,
dia dah cukup
comel agaknya nak
buat reaksi macam
tu? Macam sotong!
“Siapa suruh
panggil orang Monalisa?
Saja nak tengok
orang naik darah?
Saya starlight jugak awak
ni nanti!” aku marah lagi.Turun
naik nafas aku
dikerjakan dia ni!
Fareez dulu tak
macam ni pun.
Eh! Bukan! Irfan
tak macam dia
pun!
“Okaysorry...sorry. My bad! Pan,
jangan panggil dia
Monalisa, tau? Aku
tersilap tadi. Kesian kat dia.” Bad
menunduk-nunduk meminta maaf.
Aku menarik nafas.
Haaa, tau pun
takut kena starlight! Mujur
dia tahu meminta
maaf. Kalau tak, spanar
kat bawah kaki
ni, memang aku
hayun kat kepala
dia laju-laju. Biar
biol anak teruna
orang ni setahun!
Bertahun-tahun lagi bagus.
Biar dia merempat
terus dekat tepi
jalan sana. Astaghfirullahalazim Mona,
bawa bersabar...
“Panggil dia
Monafendy. Kejam tu dah ada
gaya.” tambah dia.
Aku rasa nak menangis
kat situ juga. Siapa yang
kejam sekarang? Ingatkan
dia betul-betul insaf.
Rupa-rupanya, dia panggil
aku dengan panggilan
pembunuh yang pernah
menggemparkan satu Malaysia
dulu tu. Lagi
teruk dari Monalisa,
tau tak? Seribu
kali lagi teruk
dari Monalisa! Jangan
tanya kenapa kalau
sebulan lagi aku
masuk berita dan
ganti tempat Monafendy!
Aku betul-betul rasa
nak katuk kepala
orang sampai bersepai
dengan spanar sekarang
ni!
Irfan pula
menahan tawa sehingga
tawanya tersembur ikut
hidung. Aku benci
dua ekor monkey ni!
Aku benci sangat.
Benci! Benci! Benci!!!
Kelibat Julia akhirnya
muncul juga. Amboi.
Hampir tak kenal
aku Julia dengan
cina opera! Aku
mendengus. Kalau tak
memikirkan kereta dia
rosak, memang aku
cabut awal-awal lagi!
Tak ingin aku
menghadap dua ekor
beruk mat ye
sebelah rumah aku
ni. Menyakitkan otak
saja.
Tanpa menghiraukan
budak dua ekor
tu, terus aku
tutup pintu kereta
dengan kuat. Saja
nak tunjuk protes.
Julia sempat lagi
bersapa dengan jiran
aku tu. Hai,
abang Bad, abang
Irfan. Sihat ke?
Nak pergi ke
kerja dah ke?
Dan bermacam-macam soalan
yang ditanya. Aku
julingkan mata ke
atas. Bad melayan
Julia dengan ramah,
manakala Irfan hanya
tersenyum memandang aku.
Manisnya senyuman dia...
Geram nak
tanya Julia, hai
Julia, nak makan
penampar aku tak?! Sengaja nak
melengah-lengahkan masa aku.
Aku mendengus dan
menekan hon sekali
lagi. Terlompat kecil
Julia. Kali ini
si Bad tak
melatah tapi dia
pandang aku. Tajam
sangat. Gulp!
0 komen:
Post a Comment